Saturday, February 11, 2012

Insiden KFC: Babi, Buat Ayam Goreng Sendiri..

Perakam video Youtube tampil cerita insiden di KFC
KLANG 11 Feb 12: INDIVIDU di sebalik akaun Youtube Jess6366 yang memuat-naik dua video mengenai pekerja KFC i-City yang didakwa mengkasari seorang pelanggan, hari ini tampil mencerita kejadian tersebut.

Dia yang tidak mahu namanya disebut nama atau diambil gambarnya, berkata dia pada mulanya berada dalam barisan yang sama dengan mangsa kejadian itu, Danny Ng, ketika insiden itu berlaku.

NONE"Pada kira-kira pukul 9.30 malam, saya ternampak satu lagi barisan yang tidak ramai orang, jadi saya beralih ke sana. Terdapat lima orang yang berdiri di hadapan saya, manakala di barisannya (Ng) terdapat kira-kira 10 orang.

"Apabila sampai giliran saya, jam sudah pukul 10.45 malam, manakala terdapat seorang pelanggan di hadapan Ng. Apabila sampai gilirannya, ayam sudah habis kerana saya adalah orang terakhir membeli semua ayam," katanya dalam satu sidang akhbar di Klang hari ini.

Ng, dakwanya, yang marah kerana pengurus di situ tidak memberitahu pelanggan bahawa ayam sudah kehabisan, telah meninggikan suaranya terhadap pekerja di situ.

Bagaimanapun, dakwanya, selain daripada seorang pekerja memanggil Ng 'babi' dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak. Demikian lapor Malaysiakini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang hadir ketika sidang media itu meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu berkenaan sebagai isu perkauman.

"Ini hanyalah pertelingkahan berkenaan ayam goreng. Saya minta masyarakat di luar sana tidak menjadikan ianya sebagai isu perkauman," katanya menegaskan insiden itu berlaku disebabkan kelemahan pengurusan KFC yang tidak cekap.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS itu, pengurusan KFC seharusnya mengawal keadaan dan pengurus seharusnya sudah maklum keadaan yang berlaku. Namun begitu, beliau turut menegaskan tiada alasan untuk pekerja KFC itu bertindak ganas, namun beliau tidak menolak mungkin disebabkan faktor keadaan menjadikan pekerja itu berang dan bertindak di luar jangkaan.

"Pekerja harus bersifat rasional, jangan gunakan kekerasan, begitu juga dengan pelanggan, cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kasar yang boleh menimbulkan provokasi," tambahnya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pula berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka. Malah, menurutnya lagi, pihak polis juga akan membuat kawad cam hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang terlibat menumbuk mangsa dalam insiden tersebut.

"KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny.” -Lapor MI. (IH)

Video Ini, Iran Diserang 'Ninja Islam'?

Perempuan Iran berlatih menjadi Ninja (Press TV Iran)

INI bukan adegan filem pertarungan yang penuh efek di panggung. Di mana sekelompok orang menunjukkan kemampuan bela diri ala ninja, menggunakan shuriken, jungkir balik (tungging buyung), menendang, membanting lawan, bahkan berjalan di tembok.

Itu bukan menggambarkan peristiwa yang terjadi di Jepun, negeri asal ninja, melainkan di negara Iran, yang melaksanakannya dalam sistem pemerintahan. Yang menarik, petarung yang tunjuk kebolehan adalah perempuan berhijab.

Stasyen televisyen Iran, Press TV menayangkan video sebuah latihan di kelab Ninjutsu di Iran. Bela diri itu kini sangat populer di sana, terutama di kalangan perempuan muda.

Salah satu kelab Ninjutsu yang ditayangkan telah tubuh sejak 1989, selama itu, sudah ada 3,500 perempuan yang dilatih menjadi kunoichi atau ninja perempuan.

Instruktur Ninjutsu, Fatima Muamer mengatakan, bela diri itu menarik bagi perempuan kerana membantu menyeimbangkan jasad dan fikiran. "Pelajaran yang paling penting dalam Ninjutsu adalah rasa hormat dan kerendahan hati."

"Mereka belajar untuk menghargai diri mereka sendiri, pertama untuk menghormati keberadaan mereka dan kemudian seni yang mereka kuasai."

Murid diajar untuk menggunakan senjata berbahaya, termasuk busur, pedang, nunchucks dan shuriken. Sensei Akbar Faraji adalah orang pertama yang memperkenalkan ninjutsu ke Iran ketika ia mendirikan kelab itu 22 tahun yang lalu. Kini memiliki 24,000 ahli.

"Dalam ninjutsu, lelaki disebut ninja, sementara perempuan disebut kunoichi."

Dia menambah, menjadi seorang ninja adalah melatih kesabaran, toleransi, dan ketabahan. Secara harfiah berarti seni menjadi tidak dapat dilihat.

"Ninjutsu, atau seni bela diri secara umum, dapat digambarkan sebagai ubat. Sama seperti racun ular, meskipun sangat berbahaya, itu boleh menjadi ubat penawar yang baik juga."

Ninjutsu dianggap salah satu bentuk yang paling mematikan seni bela diri, berhubungan dengan agen rahsia atau tentera bayaran, dan mengkhususkan diri dalam metode tidak lazim selama perang di Jepun antara 1185 dan 1868. (sumber: Daily Mail)

Kerana itu bolehkah ia disebut 'Ninja Islam' kerana tuntutan dan perlaksanaan ini sesuai dengan kehendak agama Islam? Kalau boleh, maka kini Iran sudah diserang dengan ilmu tahan diri 'ninja Islam'... (IH)

Video
Selasa, 7 Februari 2012, 11:27 WIB

Sebuah kelas Ninjutsu di Iran tampak dipenuhi murid perempuan yang sedang berlatih. Seni beladiri ninjutsu belakangan banyak diminati oleh perempuan-perempuan di Iran. Sekolah yang dibuka pada tahun 1989 ini memiliki 3500 murid perempuan yang belajar untuk menjadi kunoichi atau ninja perempuan. (Sumber: PressTV)

Video

VIDEO LAINNYA

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

(IH)

Jangkitan Rotavirus Menyerang Perak, 2 Bayi Maut..

KESIHATAN
TAPAH — Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai dijangkiti sejenis virus dikenali ”Rotavirus” yang menyebabkan kes ”Acute Gastroenteritis” (AGE).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap,” katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini semalam.

Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.

Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.

Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.

Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.

Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.

"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus,” katanya.

Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.

Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.

Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.

"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas,” katanya.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka. -BERNAMA

Kisah Burung Makan Bangkai Pun Jadi Duit.

JOM KREATIF

SEJUMLAH burung hering makan bangkai seekor lembu ini pun diproses jadi duit..

PITHAULI, Nepal - Di kampung ini, seorang wanita pernah menarik bangkai seekor lembu yang berada di atas sebuah troli dan menjatuhkan haiwan itu di sebuah padang.

Wanita itu kemudian berlari dan bersembunyi di sebuah pondok berdekatan semasa sekawan burung hering turun untuk memakan bangkai lembu tersebut. Kurang setengah jam, bangkai lembu itu hanya tinggal tulang.

Kawasan padang itu dikenali sebagai 'restoran untuk burung hering' yang dibuka untuk membantu menjadikan alam sekitar bersih. 'Restoran' itu menjadi daya tarikan pelancong dan para pelancong dikenakan bayaran untuk melihat burung tersebut.

Namun, ubat dikenali sebagai diclofenac yang digunakan untuk merawat keradangan lembu, boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian burung hering. - Reuters

Kisah gagak di Pelabuhan Kelang

Gagak & love

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia banyak burung gagak yang memakan bangkai. Bagaimana kalau ianya dikreatifkan macam kisah burung hering ini? Kreatif dapat duit, bukan buang duit dengan mengupah penembak-penembak gagak? (IH)

Lihat banyak lagi kisah-kisah kreatif..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

P.Pg: Keluarga Miskin Ini Perlu Tangani Segera..


RAHMATUNISA (dua dari kiri) memberi susu kepada anak bongsunya sambil diperhatikan Muhammad Nor (dua dari kanan) dan dua anak mereka di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga yang tinggal di flat Sungai Pinang dekat sini kerap berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.

Berikutan itu, Muhammad Nor Abdullah, 33, dan isterinya, Rahmatunisa Jeelani, 33, serta empat anak mereka yang berusia di antara dua hingga 15 tahun terpaksa mengharapkan sumbangan daripada jiran-jiran.

Malah, keluarga itu hanya menunggu masa untuk diusir keluar akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak sejak enam bulan lalu.

Rahmatunisa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini juga sedih apabila anak sulungnya, Muhammad Saiful Rahman, 15, terpaksa berhenti sekolah baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.

"Dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah kerana suami hanya mengambil upah menjaga gerai buah dengan gaji RM10 sehari," katanya di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, semua pihak perlu menanganinya segera, perlu disiasat supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan mempunyai formula penyelesaian. (IH)

Salahguna Twitter, Hamza Hina Nabi Ditangkap



KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.

Mohammad Najeeb A. Kashgari (gambar semasa, di Balai Berlepas Lapangan) atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.

Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.

"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam. (IH/Kosmo)

Peka Politik, Artis Ini Batal Konsert Di Israel..

HALAMAN HIBURAN

NEW YORK - Penyanyi Chan Marshall yang juga dikenali sebagai Cat Power membatalkan konsertnya di Israel dengan menyertai beberapa artis lain. Pembatalan itu dilakukan disebabkan konflik Israel dengan Palestin.

Penyanyi itu sebelum ini dijadualkan mengadakan konsert di Tel Aviv esok. Namun, dia menghantar mesej semalam di Twitter dengan menyatakan tidak dapat membuat persembahan untuk para peminat Israel.

Menurutnya, dia berasa semangatnya terjejas. Namun, penyanyi terkenal, Madonna akan membuat persembahannya di Israel pada Mei depan.

Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyatakan pemerintahan sementara Palestin akan menjejaskan proses damai. Dia membuat kenyataan itu kelmarin kepada wakil-wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sebuah hotel di sini.

Menurutnya, satu perjanjian yang ditandatangani antara pergerakan Hamas dengan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebelum ini tidak akan menyumbang kepada rundingan damai dengan Israel. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artis ini peka terhadap perkembangan politik Asia Barat. Cuma kepekaan mereka menyokong puak mereka. Bagaimana dengan kepekaan artis kita, sanggupkah mereka menyatakan pendirian kita?

Sementara itu, Blok parlimen Hamas di Jalur Gaza menentang kesepakatan rekonsiliasi terbaru gerakan itu dengan Fatah, yang dipimpin oleh Presiden Palestin Mahmud Abbas. Hamas dilaporkan berisiko kehilangan pengaruh di Gaza di bawah kesepakatan tersebut, yang ditandatangani di Qatar minggu ini oleh Abbas dan pemimpin Hamas di pengasingan, Khalid Misyaal.

Dalam sebuah pernyataan hari Rabu lalu (8 Feb), 31 anggota parlimen Gaza dari Hamas mengatakan kesepakatan itu adalah tidak sah. Sembari mengatakan Abbas tidak boleh menjadi presiden dan perdana menteri sekaligus.

Namun seorang jurucakap Hamas di Gaza mengatakan perjanjian tersebut akan tetap dilakukan, meskipun adanya kritik tersebut.(IH)

Di Mana Kehebatan Pemikiran Yusuf Rawa -Subky Latif.



Pulau Pinang 10 Feb 12: Rahsia kehebatan kepimpinan dan pemikiran Allahyarham Tuan Haji Yusuf Rawa ialah kerana beliau pandai mengimbangi orang-orang kuat yang berada di saf kepimpinan beliau.

Pemimpin-peminpin yang disekeliling beliau ialah seperti Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS beliau), Abdul Hadi (Presiden PAS sekarang), Tok Guru Nik Aziz dan Mustafa Ali.

Pendapat mereka diambil dan diadun menjadi pendapat presiden yang dilaksanakan. Disitulah kehebatan kekuatan kepimpinan serta pemikiran beliau. Demikian dijelaskan oleh Hj Subky Latif seorang tokoh dan kewartawanan terkenal, dimajlis Forum Nusantara Siri 3, Legasi
Kepimpinan dan Pemikiran Yusof Rawa: Dari Lebuh Acheh ke Seluruh Nusantara, malam tadi.

"Jadi, pendapat beliau itu adalah pendapat ramai yang digabungkan dan dilaksanakan. Di zaman kepimpinan beliau lahirnya sifat keterbukaan dan kesederhanaan dalam PAS. Hubungan dengan kaum Cina dimulai. Wujudnya CCC dan lain-lain.. dan terus berkembang hingga ke hari ini.." Menurut beliau lagi.

Buku terbaru karya Subky Latif 'Anak Apak' habis terjual dimajlis tersebut. (IH)
Gambar kulit buku Hj Subky.

Friday, February 10, 2012

Nik Aziz Naik Beca, Himbau Sejarah Suram PAS

Kota Bharu 10 Feb 12: Ketibaan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9 pagi sebentar tadi dengan menaiki beca sejauh kira-kira 300 meter ke Pondok Pasir Tumbuh, ketika orang ramai mulai memenuhi masjid tiga tingkat yang tersergam indah.

Hal ini berlaku di majlis yang julung kali dalam sejarah, PAS Kelantan mengadakan seminar tiga dekad bagi mengimbau kembali sejarah panjang sehingga mampu bangkit semula selepas melalui zaman suram pada 1978. Pondok Pasir Tumbuh merupakan institusi pengajian pondok tradisional terbesar di Kelantan menjadi lokasi seminar tersebut.

Orang ramai mulai memenuhi persekitaran pondok sejak pagi lagi. Jalan menghala ke pondok tersebut mulai sendat kira-kira 8 pagi sehingga anggota Unit Amal terpaksa bekerja keras. Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Ahmad Yakob berkata, kebangkitan PAS Kelantan sebenarnya bermula di Pondok Pasir Tumbuh sehingga mencapai tahap cemerlang hari ini.

“Pengalaman yang kita lalui dalam perjuangan ini penuh berliku. Akhirnya kita merasakan bahawa penglibatan dalam perjuangan Islam bersama PAS merupakan satu nikmat dan indah dalam hidup kita,” katanya pada ucapan aluan.

Menurutnya juga program-program penerangan diadakan sejak awal lagi bagi membolehkan orang ramai faham mengenai perjuangan PAS, di mana ia bermula di madrasah dan surau-surau. Kata beliau umat Islam pada akhir zaman ini meneruskan risalah yang dirintis ulama terdahulu sehingga Kelantan berjaya dikuasai PAS pada 1959 dan berterusan sehingga sekarang. Bagaimanapun kata beliau sejarahnya begitu gentir sehingga ramai keluarga ulama dan pejuang dikenakan tahanan di bawah ISA pada 1960-an.

“Ulama-ulama kita ditahan tanpa bicara di Kemunting kerana mereka mempertahankan perjuangan Islam,” ujarnya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkefli Mamat berkata, orang ramai yang hadir pada seminar hari ini boleh mengambil kesempatan melawat pondok-pondok yang terdapat di sini untuk melihat lebih dekat kehidupan harian mereka. Katanya juga hasil sokongan semua pihak membolehkan kita mengadakan seminar bagi mengingatkan kembali sejarah jatuh bangun PAS di Kelantan (IH/Hrkh)

Yayasan Yusuf Rawa Akan Ditubuhkan Di P/Pinang


KL 9 Feb 12: Sebuah yayasan yang akan diberi nama 'Yayasan Yusof Rawa' akan ditubuhkan di Pulau Pinang, dan nama Tuan Haji Yusuf Rawa akan diabadikan pada sebatang jalan di Pulau Pinang tidak lama lagi. Demikian dinyatakan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa AJK Agung PAS kepada Harakah semalam.

Menurut beliau, sejarah hidup dan perjuangan Allahyarham Haji Yusof Rawa sebenarnya bukan sahaja terhad dalam aspek politik, tetapi juga merangkumi agama, pendidikan, keusahawanan dan perpaduan antara kaum di negara ini. Katanya yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum dan ahli parlimen Parit Buntar.

Beliau adalah salah seorang panelis Forum Legasi Kepimpinan dan Pemikiran Yusof Rawa yang akan diadakan hari ini 9 Februari, mulai jam 7.30 malam di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Forum yang akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman itu akan dipengerusikan pengamal media dan penggiat politik, Hj Mohd Hashim (Ibnu Hasyim), manakala barisan panelnya terdiri daripada beliau sendiri (walaupun awalnya beliau menolak), pengarang dan tokoh wartawan, Subky Abdul Latif dan ahli akademik yang juga penyelidik, Prof Madya Dr Fadlullah Jamil.

Menurutnya, "Forum seperti itu amat wajar diadakan oleh pelbagai pihak bagi membolehkan tokoh tersebut dikenali dengan lebih dekat oleh setiap rakyat negara ini bagi dijadikan inspirasi dalam perjuangan.

"Penang Institute atau Institut Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Seri kini telah mengambil langkah untuk mengembalikan fungsi Pulau Pinang sebagai hub intelektual Nusantara dengan menganjurkan Forum Intelektual Nusantara." Jelas beliau lagi.

Sementara itu, menurut sumber Penang Institut, "Forum tersebut merupakan siri forum awam yang mengetengahkan pandangan alam dan budaya fikir cendekiawan, sasterawan, budayawan dan institusi-institusi kelimuan yang ada kaitan dengan Pulau Pinang dan hubungannya dengan kebudayaan Nusantara secara keseluruhannya.

"Pulau Pinang yang suatu ketika dulu merupakan pusat pertembungan perdagangan, kebudayaan dan keilmuan yang sangat kosmopolitan sifatnya telah banyak mencambahkan benih perubahan dalam masyarakat.

"Tidak mahu hanya dibelenggu oleh romantism silam, Penang Institute turut terpangil untuk mengajak seluruh rakyat Pulau Pinang untuk bersama-sama mengembalikan kegemilangan itu kepada kejayaan masa depan rantau Nusantara.

"Setelah dua siri forum berlangsung, Penang Institute kini turut mengambil inisiatif menganjurkan forum yang akan diadakan hari ini." Jelas Penang Institut. (IH)

Thursday, February 09, 2012

Inul Daratista Goyang Ngebor, Sate Kelapa, Surabaya

CATATAN PERJALANAN siri 27

SETELAH melawat rumah berkaca atau gang Dolly, kami pun pulang. Dalam perjalanan pulang pemandu teksi itu berkata, "Ini panggung Inul Daratista! Kau kenal dia?"

Kami melintasi sebuah bangunan pangung yang tertera nama dan gambar Inul Daratista. Teringat aku, di kota Medan pun aku ada nampak panggungnya. "Ya, kenal sikit-sikit. Siapa tidak kenal Inul Daratista dengan tarian gelek gerudi. Goyang ngebor! Terkenal di Indonesia, Singapura. Apa lagi di Indonesia ini.." kataku.

"Persembahan Inul bagaikan tidak lengkap tanpa tarian itu. Walaupun gelek gerudi Inul menimbulkan kontroversi, namun tidak bermakna dia akan berhenti dari bergoyang." Pemandu teksi itu menyambung lagi.

"Pada aku, itu suatu kebanggaan. Dari seorang anak pengamen, menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri.. Sudah dihormati masyarakat, bila ada wang.." Begitu cara pikirnya.

Pengamen adalah anak jalanan, terbiar, kadang-kadang tiada ibubapa yang menjaganya. Kadang-kadang ibubapanya menyuruh begitu. Menyuruh meminta-minta melalui nyanyian jalanan, di kedai-kedai makan, di traffi light, dalam bas, keretapi dan lain-lain. (Lihat contoh pengamen yang dikawal agak baik.. Hibur Hibur Sikit.. 24 -Nyanyian Jalanan)

Juga klik juga video ini..

Teringat aku semasa di Medan bulan lepas, di sebelah beberapa pintu dari hotel yang aku tinggal ada sebuah restoren. Ada seorang pekerja lelaki berusia 19 tahun, kerjanya hanya jaga malam, tidur di lantai restoren semasa restoren tutup. Ia seolah-oleh tidak dibayar gaji, makan harian disediakan, cuma diberi seringgit dua kalau diikut nilai RM, untuk makan ringan-ringan per hari.

Kenapa tidak dibayar lebih dan letak di tempat kerja yang baik sikit? Aku tanya yang punya restoren itu.

"Oh, kau tak tahu, dia anak gelandangan. Aku ambil bantu dia. Dia tidak tahu siapa ibuayahnya. Tidak tahu membaca, menulis, apa lagi mengira, bagaimana aku nak bagi dia layan pelanggan?" Jelasnya. "Namun dia tetap gembira, tidak mahu ke lain lagi. Bagai ayam daging dikandang yang dipelihara untuk bisnes, tidak kenal dari mana asal dirinya dan siapa ayahibunya.. Di sinilah rumahnya sekarang."

Begitualah, antara corat-coret kehidupan pengamen dan gelandangan di kota-kota Indonesia. Begitukah kira-kira kehidupan Inul dulunya?

Pemandu teksi itu menjelaskan lagi..

"Inul
Daratista atau Ainur Rokhimah lahir pada 21 Januari 1979. Kini, dia adalah seorang penyanyi dangdut dan artis prestasi dari Pasir Puteh, Jawa Timur, Indonesia. Dia dikenali kerana gaya tidak senonoh menari, dan telah menyebabkan kontroversi utama di Indonesia.

"Inul
adalah versi rosak Ainur, nama timangan zaman kanak-kanak penyanyi itu. Ketika dia mula menyanyi, berkerjaya dalam band muzik 'rock', beliau mengambil nama Daratista. Inul Daratista meningkat kemasyhuran ke seluruh negara, selepas televisyen konsert Januari 2003 di Jakarta.

"Gerak tarinya, Goyang Inul atau Ngebor ( gerudi), dengan cepat menjadi sumber kontroversi kerana gerak pinggul (punggung)nya. Beberapa organisasi Islam seperti Majlis Muslim Indonesia (MUI) mengharaman konsert itu. Cubaan meluluskan rang undang-undang anti-pornografi negara telah digubal pada kemuncak kontroversi pertengahan 2003. Tetapi pada 2005 tidak diluluskan.

"Pada April 2006, Inul pernah membuat kontroversi dengan mengeluarkan pernyataan di media masa bahawa dia ingin berpose bugel di majalah Playboy edisi Indonesia." Terang pemandu teksi itu lagi.

Diceritakan juga, Inul Daratista memulai karier panggungnya sebagai penyanyi dangdut melalui acara-acara rakyat di daerah Pasuruan, Jawa Timur. Tanpa disedari, aksi panggungnya diabadikan dalam sebuah rekaman video. Video ini lantas diperbanyak dan diedarkan dalam format VCD ke berbagai pelosok daerah. Ini yang mendorong nama Inul mulai terkenal.

Seiring dengan melekatnya julukan 'Ratu Ngebor', Inul mulai tampil di banyak tempat. Tv pun main peranan berebut-rebut menampilkan Inul. Selain gunakan suara, Inul memiliki bisnes karaoke, Inul Vizta. Hingga memiliki beberapa cawangan. Namun tetap ada halangan. Kata pemandu teksi itu lagi.

"Gaya tarian Inul juga dikritik oleh penyanyi dangdut lain. Goyang Inul dianggap mengundang kesan negatif, berbau pornografi dan merendahkan pamor muzik dangdut. Rhoma Irama, penyanyi 'Raja Dangdut' atas nama PAMMI (Persatuan Artis Musik Melayu Indonesia), menentang peredaran album Goyang Inul yang dirilis Blackboard pada akhir Mei 2003. Bahkan, pada Januari 2006, kembali Rhoma di depan anggota DPR mengeluarkan pernyataan menentang aksi panggung Inul itu.

"Andar Situmorang pernah menggugatnya kerana dianggap melanggar masalah hak cipta. Tapi awal Jun 2009, kesnya dimenangkan oleh PN Jakarta Pusat. Akhirnya Inul pula menthabitkan Andar ke pihak berwajib dengan tuduhan membuat laporan palsu.

"Inul buat gempar lagi, melalui program bayi tabung uji dan berhasil melahirkan anak pertama pada 19 Mei 2009.

Aku tiba-tiba terkejut apabila melihat orang jual 'Sate Kelapa' di gerai pinggir jalan yang kami lewati. "Apa isi kelapa dibuat sate?" Aku memotong ceritanya tentang Inul yang sudah agak panjang itu.

"Oh, bukan. Itu sate daging sapi. Rasa daging sapinya kenyal dibalut parutan kelapa. Lazimnya sate, disunduk pakai lidi, dibakar di atas arang." Jawabnya. "Mahu cuba?"

Aku mengangguk. Teksi pun berhenti, kami pun turun ke gerai itu makan sate sama-sama. Itulah pertama kali aku rasa 'Sate Kelapa Surabaya'. Sedaaap!
Catatan perjalanan ini akan terus bersambung, jika ada kesempatan menulisnya.. Insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Jan 2012
Bali, Ind.

Lihat sebelum ini...

Ini, Bahaya Pakaian Jolok Mata, Bagaimana Atasi?

Lihat gambar-gambar ini.. Bahayakah pakaian yang menjolok mata?









Hal ini berlaku di barat, apa lagi kalau dibiarkan berkembang dalam negara umat Islam.. Bahkan dah ada pun. Dalam masyarakat, dalam iklan tv-tv dan filem-filem di Malaysia lebih teruk lagi. Apakah tiada daya mengawalnya?

Atau sengaja dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin atau ustaz-ustaz pemerintah, supaya lahir mesyarakat yang meninggal dan menanggalkan peraturan agamanya? Rakyat yang jauh meninggalkan agama adalah aset besar dalam mengaut sokongan, undi dan menaikkan parti yang bukan Islam seperti UMNO di negara ini?

Parti zalim kebangsaan asobiah akan subur, di tanah yang bergelumang najis maksiat. Untuk atasi masalah dedah aurat ini, pilihlah parti Islam atau PAS di Malaysia! Insya Allah, selamat dunia akhirat. (IH)

Wednesday, February 08, 2012

Pemikiran Y/Rawa, Dari L/Aceh Ke Seluruh N'tara..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SAYA bergegas pulang dari Indonesia kerana ingin turut hadir ke majlis Forum Nusantara Siri 3, Legasi Kepimpinan dan Pemikiran Yusof Rawa: Dari Lebuh Acheh ke Seluruh Nusantara. (Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa). Apalagi bila saya dilantik sebagai moderator di majlis tersebut. Lihat juga panelis-panelisnya..
Ucapan Perasmian oleh:
YB Dato’ Mansor Haji Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Moderator:
Hj Mohd Hashim (Ibnu Hasyim)
Pengamal Media dan Penggiat Politik

Panelis:
YB Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Subky Latif
Penulis & tokoh kewartawanan
Prof. Madya Dr. Fadhlullah bin Jamil.
Ahli Akademik/Penyelidik/Penceramah bebas

Tarikh : 09hb Februari 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),
Bandar Perda, Bukit Mertajam m a k i n g i d e a s w o r k
Orang ramai dijemput hadir.
Masuk adalah percuma!!
Sila hubungi:
hariszuan@gmail.com
Tel & SMS 013 7790709
Allahyarham Tuan Haji Yusuf Rawa (8 Mei 1922 - 28 April 2000) , adalah guru agama dan guru politik saya. Saya meminati beliau sejak saya berumur belasan tahun lagi. Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan, saya pernah mengikuti ceramah politiknya bersama kawan-kawan sekampung, di kampung Balik Pulau dan terpaksa berjalan kaki merentasi bukit Teluk Kumbar Pulau Pinang di tengah malam kerana ketiadaan bas lepas habis ceramah.
Kami waktu itu menyokong politik beliau dengan penuh semangat keagamaan. Saya mengikuti pemikiran politik beliau sepenuhnya, dengan membaca majalah dwi bulanan 'Al-Islah' terbitan beliau sejak awal diterbitkan hingga tutup.. tiada lagi, apabila beliau dilantik menjadi duta Malaysia ke Iran. (Sila lihat http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/articles/2995/07%20Bil%206%20MajalahIslah_Faisal&Hamidah.pdf)
Ulasan 'semasa' beliau yang menarik waktu itu ialah 'Teropong dari Acheen Street (sekarang Lebuh Aceh)'. Memang tepat dengan tajuk forum ini, antaranya '..Dari Lebuh Acheh ke Seluruh Nusantara'.
Pada saya, kehebatan beliau dapat dilihat dari 3 sudut.
Pertama: Kepimpinan.
Kepimpinan Tuan Haji Yusuf Rawa, boleh dilihat dari wataknya waktu kecil lagi.Yusof Rawa bersekolah Melayu Jalan Carnarvon, Sekolah menengah di Government English School dan kemudian ke Penang Free School di masukkkan dalam kumpuan pelajar terbaik.sehingga lulus peringkat Junior Cambridge sebelum ke Makkah. Ertinya beliau termasuk pelajar terpintar di sekolah yang banyak melahirkan pemimpin-pemimpin negara, seperti Tunku Abdul Rahman Perdata Menteri Pertama Malaysia dan lain-lain.
Kepimpinannya makin terserlah bila beliau mampu menggerakkan PAS peringkat awal sewaktu jadi pesurhjaya PAS Pulau Pinang ke 2, menggantikan Ahmad Azam yang diperintahkan ke Terengganu. Beliau pernah mengalahkan Dr Mahathir (sebelum jadi PM) dalam PRU di Kedah. Beliau juga adalah anak Pulau Pinang yang pertama menjawat jawatan Menteri dalam kabinet Malaysia.
Beliau juga, satu-satunya pemimpin PAS yang pernah memegang dua jawatan terpenting dalam parti iaitu Presiden (masa itu disebut Yang Di Pertua) dan juga Mursyidul Am. Pemikiran politiknya jelas terserlah apabila beliau dilantik sebagai Yang Di Pertua PAS menggantikan Dato' Dr Mohamad Asri Hj Muda yang melepaskan jawatan.
Saya masih ingat bagaimana meluapnya semangat mahukan kepimpinan ulama di kalangan generasi muda ahli-ahli PAS dalam Muktamar PAS 23 Oktober 1982 di Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Cubaan menukar kepimpinan lama dengan tokoh-tokoh agama atau disebut ulama. Akhirnya dinaikkan Tuan Hj Yusuf Rawa sebagai pemimpin yang boleh diterima oleh kedua belah pihak. Pemimpin penenang suasana yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki oleh perwakilan PAS waktu itu. Di situah antara kehebatan beliau.
Beliau yang mahir dalam bahasa Inggeris dan Arab pernah diberi kepercayaan oleh Tunku Abdul Rahman (PM) awal 1970an menganggotai delegasi negara melawat umat Islam di Taiwan. Apabila PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai wakil Malaysia ke PBB untuk membahaskan isu-isu antarabangsa. Juga pernah menjadi Konsul Kehormat Iraq di Pulau Pinang.
Pernah tinggal selama setahun di New York untuk mewakili negara di PBB. Sekembalinya dari New York beliau menyertai pilihanraya tahun 1974 dan menang tanpa bertanding. Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama didalam kabinet gabungan PAS/Perikatan (Dengan nama BN) serta pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki pada pertengahan tahun 1970-an.
Perubahan yang dibawa dalam PAS, antaranya memperkenalkan kepimpinan ulama, sikap keterbukaan dalam PAS dengan memulai hubungan PAS dengan orang Cina dan lain-lain.
Kedua: Sebagai ulama.
Semasa saya menjadi YDP PAS Kawasan Balik Pulau dulu, kami pernah mengundang beliau mengadakan kuliah bulanan tetap di markas PAS Kampung Perlis Balik Pulau. Antaranya ialah mengajar mata pelajaran tafsir Qur'an. Beliau yang memperolehi cemerlang Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah, Makkah, pernah menghasil dan menerbitkan Tafsir Qur'an Juz Amma yang pertama dalam bahasa Malaysia.
Ilmu-ilmu agama dan pemikiran Islam beliau, juga dapat dilihat dalam majalah 'Al-Islah' terbitan beliau, yang pada masa itu amat ketandusan majalah-majalah dan buku agama.
Ketiga: Jana Ekonomi.
Antara jasa besar beliau dalam bidang penjanaan ekonomi di Pulau Pinang ialah mengasas dan menubuhkan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Dewan yang menjadi tunggak kebanggaan orang Melayu Pulau Pinang hingga sekarang.
Beliau yang juga anak kelahiran Lebuh Acheh, dari kalangan peniaga dan pengusaha Pulau Pinang, di mana orang tuanya Abdullah Mohamad Noordin ar-Rawa banyak menerbitkan kitab-kitab agama tulisan jawi. Hj Yusuf Rawa juga pernah terlibat dalam penerbitan surat khabar 'Warta Negara' di Pulau Pinang, di samping 'Al-Islah' miliknya sendiri.
Melihat kepada ketokohan beliau, maka wajarlah penganjur majlis ini Institut Pulau Pinang (Penang Institute, dahulunya dikenali sebagai SERI) menonjolkan kepimpinan dan pemikiran beliau sesuai dengan matlamat penganjur iaitu..
"..mengetengahkan pandangan alam dan budaya fikir cendekia, sasterawan, budayawan dan institusi-institusi keilmuan yang ada kaitannya dengan Pulau Pinang dan hubungannya dengan kebudayaan Nusantara secara keseluruhannya."
Dan..
"..mengembalikan fungsi Pulau Pinang sebagai hub intelektual Nusantara".
Semoga berjaya, al-hamdulillah, insya Allah!
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
7 Feb 2012
Kuala Lumpur.
Sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails