Saturday, February 18, 2012

Pesta Seks Bogel Dunia, Apa Kaitan Dg PRU 13?

orgy girls standing naked World Record in Japan: Largest Orgy picture
Fakta ringkas:
  • Merupakan pesta seks bogel terbesar di dunia.
  • Disertai oleh 500 orang; 250 lelaki dan 250 perempuan.
  • Dibuat di sebuah gudang lama, dengan harapan untuk mencatat satu rekod dunia.
  • Dirakam dalam bentuk DVD dan diarahkan oleh William Shawn Edrah, seorang Inggeris.
  • Dirakam selama 2 hari 1 malam.

orgy girls busy World Record in Japan: Largest Orgy picture
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya. Bro yang tanya kami, apa faedahnya, siar berita dan gambar begini di sini?

Kami jawab, kerana..

Satu: Kami hendak ingatkan rakyat Malaysia, bahawa perkara seperti ini boleh berlaku di negara ini, dan sekarang sedang pun berlaku oleh kumpulan-kumpulan tertentu secara gelap. Sila cek kenyataan media dan laporan kes-kes polis.

Dua: Solusinya, ialah dengan mewujudkan sebuah negara agama, yang tidak sekularisme totok, meterialistik, asobiah kebangsaan, dan isme-isme yang tidak bertunjangkan kepada hari akhirat.

Tiga: Dalam kontek Malaysia, tidak ada pilihan lain kecuali parti Islam dan parti sekutu-sekutu dengannya. Dasar partinya mesti Islam, bukan kebangsaan dan lain-lain, kecuali parti-parti lain dasar itu, sanggup menyokong cita-cita kebajikan parti Islam.

Empat: Cara laksananya, siap sedia bila sampai Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), keluarlah beramai-ramai semua keluarga yang layak, mengundi PAKATAN RAKYAT (PR), yang didalamnya ada Parti Islam Se Malaysia (PAS). Tolak Barisan Nasional (BN) yang di dalamnya tiada parti berdasarkan Islam.

Sekian. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

Kelab Murtad, JPM Bisu, BN, Tiada Jalan Selesai.

BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.
BUKTI...laman sosial facebook yang menyokong murtad.

KL 17 Feb 12: "Biadab." Hanya itu yang boleh dilapor myMetro hari ini.

Menurutnya lagi..

"Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

"Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

"Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

"Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw." Begitu lapor myMetro.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan kepada pemimpin-pemimpin BN dalam menguruskan hal ehwal agama di negara ini. Inilah kesilapan besar BN menggunakan kuasa pusat memaksa Negeri Kelantan supaya tidak melaksanakan Islam sepenuhnya, sebagai satu cara hidup termasuk perundangan Islam.

Mahkamah Islam (Mahkamah Syariah) dipersempitkan, sehingga tidak mampu menghukum perkara-perkara asas dan besar dalam negara. Tiada undang-undang murtad seperti yang sepatutnya dilaksanakan oleh sebuah negara Islam yang berdaulat. Jadi, bagaimana hendak selesaikan masaalah seperti di atas?

Masalah 'murtad' bukan masalah orang bukan Islam. Ia masalah orang Islam yang belot, bertukar jadi pengkhianat agama sendiri, jadi musuh dalam selimut dan pemberontak dalam agama. Ia adalah perkara besar yang tidakboleh dibiarkan tertangguh lama. Supaya jangan menjadi penyakit berjangkit yang cepat merebak dan perlu dibasmi segera.

Selepas Nabi SAW wafat, Khalifah Abu Bakar sebagai pengganti beliau, tindakan awalnya yang diambil ialah memerangi atau menggempur orang murtad, walaupun hanya kerana enggan membayar zakat. Kerajaan yang tidak mahu menghukum dengan hukum Isam, wajib dihukum. Kalau mahu cara hidup Islam, kena pilih parti Islam (kena undi PAS). Bukan pilih MCA, MIC dan kuncu-kuncunya termasuk UMNO yang tidak Islamik.

Lihat perlembagaan PAS perkara 3, Dasar PAS ialah Islam. Perlembagaan UMNO dasar partinya ialah kebangsaan (asobiah), bukan dasar Islam. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
Perlembagaan PAS
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Kaligrafi: Cina & Islam, Begitu Rapat. siri 2

WOW, cantik! “Allah” dalam bentuk bunga.

“Ya Rahim”

Syahadatain: Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasullah.


Hmmm…
Sama tapi tak serupa…
Coba terka ketiga-tiga “khat Sini” ini membawa maksud apa?
(Ini Lafaz Basmallah)



Lafaz Basmallah (besar) dan doa dari al-Quran
“Dan dia berkata; Tuhanku Tambahkanlah Ilmuku” (kecil – tulisan Cina)

Orang Bersorban
Ya Mustafa (gelaran Nabi Muhammad)

Surah Al-Fatihah
(Kertas ini dibentang mengikut cara penulisannya,
walaupun Al-Fatihah akan lebih jelas jikalau horizontal)

Kaligrafi Arab

(..bersambung/IH)

Sebelum ini..

E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)


bogel_curang
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5 
Bab 6
Bab 7 
Bab 8
Bab 9 
BAB 10

Pesawat Bajet Air Australia Bankrap, Ribuan Kandas.


BEBERAPA penumpang syarikat penerbangan Air Australia yang terkandas duduk di sebuah lapangan terbang Phuket, Thailand.

SYDNEY – Beribu-ribu penumpang dari Hawaii menuju ke Thailand terkandas semalam apabila syarikat penerbangan tambang murah, Air Australia kehabisan wang.

Dalam satu kenyataan syarikat yang berpangkalan di Brisbane itu memberitahu, pihaknya telah melantik firma kecairan tempatan, KordaMentha sebagai pentadbir sukarela syarikat tersebut. Pentadbiran sukarela itu adalah sama dengan terma perlindungan bankrap.

Perkembangan tersebut berlaku sehari selepas syarikat penerbangan utama Australia, Qantas mengumumkan ia membuang sekurang-kurangnya 500 pekerja, memotong perbelanjaan dan menutup dua laluan antarabangsa selepas keuntungan syarikat merudum 83 peratus pada suku pertama kewangan tahun ini.

“Semua pesawat Air Australia tidak akan melakukan penerbangan. Syarikat kehabisan dana untuk membayar kos operasi, justeru, semua penerbangan dibatalkan dengan serta-merta,” kata kenyataan ketua Korda Mentha, Mark Korda.

Menurutnya, sekitar 4,000 penumpang yang kini berada di seberang laut telah menempah tiket penerbangan pulang dengan Air Australia. Beliau seterusnya menasihati mereka agar membuat persiapan alternatif untuk pulang ke Australia.

Beliau memberitahu stesen radio tempatan, ABC bahawa Air Australia tidak dapat membeli bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand pada malam kelmarin.

“Susulan perkembangan tersebut, lembaga pengarah syarikat bermesyuarat pada pukul 1.30 pagi semalam dan melantik kami (KordaMentha) sebagai pentadbir sementara Air Australia,” kata Korda.

Dalam perkembangan berkaitan, penumpang yang terkandas rata-rata memberitahu, mereka tidak dimaklumkan tentang perkembangan tersebut.

“Tiada seorang pun wakil Air Australia di lapangan terbang,” kata seorang wanita, Wesa Chau kepada media Australia ketika menunggu penerbangannya di Phuket.

“Mereka (Air Australia) tidak menawarkan apa-apa bantuan,” tambahnya.

Penerbangan Air Australia merangkumi laluan antarabangsa ke Pulau Bali di Indonesia, Pulau Phuket dan Hawaii selain destinasi tempatan iaitu Brisbane, Melbourne, Perth, Derby dan Port Hedland di Australia Barat. – Agensi

Revolusi Tandas, Penghasut Atau Penyelamat?

Tengok betoi-betoi, apa yang depa buat?
NEW DELHI: Seorang wanita India diberikan ganjaran kerana keputusan beraninya meninggalkan kediaman suaminya dalam tempoh beberapa hari selepas berkahwin sebagai membantah ketiadaan tandas di rumah itu, kata pihak berkuasa, semalam.

Anita Narre akan diberikan AS$10,000 (RM32,000) oleh sebuah organisasi, Sulabh International kerana enggan melepaskan hajat di kawasan terbuka dan mencetuskan “revolusi tandas” di kampungnya di Madhya Predesh, menurut majistret daerah, B Chadrasekhar.

“Anita mendorong wanita lain di kampungnya memujuk pasangan mereka supaya membina tandas. Kampung itu berubah hari ini, terima kasih kepada tindakan beraninya,” katanya. Anita meninggalkan kediaman suaminya, Shivram, seorang buruh selepas perkahwinannya Mei tahun lalu kerana tiada tandas di dalam rumah itu. Dia pulang hanya apabila suaminya sudah membina sebuah tandas dengan bantuan pegawai daerah.

Chandrasekhar berkata, kempen kebersihan yang menawarkan pembinaan tandas di daerah itu secara percuma sebelum ini dihalang kerana penduduk kampung menyangka mempunyai kemudahan itu di dalam rumah adalah kotor. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Organisasi, Sulabh International, bolehkah dituduh penghasut suami isteri atau juga penyelamat kebersihan? Apa begitukah caranya unsur-unsur luar masuk berhemah, yang akhirnya cuba menjajah pemikiran rakyat demi kepentingan politik mereka, seperti yang terjadi di negara Afghanistan? (IH)

E-Buku IH-49: Selingan..

E-Buku IH-49: Selingan..
Siri 1
Siri 2
Siri 3
Siri 4 
Ikuti selanjutnya..

Friday, February 17, 2012

Ini Valentine, Kahwin Bogel Ramai-ramai Di Pantai

Mereka berkahwin beramai-ramai dalam keadaan berbogel, kalau tidak disekat boleh berlaku di sini..
SEMBILAN pasang pelancong (gambar di atas) semalam menyuarakan ikrar perkahwinan.. “Saya terima” dengan berbogel di pantai Jamaica.

Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey. Dia tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.

“Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng,” kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat.

Di Malaysia Johor Bahru, hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih atau Valentine sebagai hari istimewa bersama pasangan, rupanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), malam kelmarin. Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan JAIJ bermula jam 10 malam hingga dua pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam.
Gambar bawah sekali lain pula, ia berlaku pada Hari Valentine tahun lepas di Malaysia, ditangkap berkhalwat dalam keadaan berpakaian coli dan seluar dalam sahaja.

Itulah antara bahayanya Hari Valentine, budaya songsang yang diimpot ke negara ini..
(IH/pelbagai sumber)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Kaligrafi: Cina & Islam, Begitu Rapat. siri 1

BEGITU indahnya kaligrafi Islam yang terdapat di negara China. Lihat contoh-contoh berikut..

The Chinese and Arabic calligraphic traditions have often been compared as the two of the world’s finest manifestations of the written word, but never likened; indeed, they are at once opposites and complements. When combined the result is an artistic piece that is a work of incredibly unique beauty, and a testimony to man’s synthesizing genius.

Master Calligrapher: Islamic Chinese Arabic Calligraphy

bismillah

Sejak zaman Dinasti Ming Cina (1368-1644), Muslim keturunan Arab dan Persia yang dulunya bermigrasi ke Cina sejak zaman Dinasti Tang (pertengahan abad ke-7), perlahan-lahan melakukan asimilasi terhadap budaya Cina. Bukan sahaja mereka berkahwin dengan penduduk tempatan bahkan mengganti nama mereka dengan nama Cina.

‘Ma’ adalah ‘Muhammad’ dalam versi Cina. Seperti ‘Ma Ho’, yang merupakan nama kecil dari Laksamana Cheng Ho, seorang admiral legenda Muslim dari Cina yang berperanan penting terhadap penyebaran Islam di Indonesia, Malaysia, Brunai dan lain-lain.

Kebudayaan Islam ikut terserap ke dalam budaya Cina termasuk seni kaligrafi ini. ‘Xiaojing’ adalah cara yang digunakan untuk menulis bahasa Cina menggunakan huruf Arab. Gambar menunjukkan inovasi baru dari seorang seniman Muslim Cina bernama Haji Noor Deen (Mi Guang Jiang), yang merupakan fusi antara kaligrafi Arab dan Cina.

Karya-karyanya lebih kepada menulis kaligrafi Arab dengan mengadopsi keindahan seni kaligrafi Cina. Keahliannya megundang beliau memberikan kuliah dan workshop di universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard dan MIT. Hasilnya tidak mengecewakan…Ternyata, banyak juga kaligrafi Cina yang menarik dan unik.

assalamualaikum

Islam-Chinese Calligraphy dinamakan sebagai sini khat “Sini”, menggabungkan elemen Arab dan tulisan Cina, menggunakan kuas bulu kuda yang biasa digunakan oleh orang Cina. Lihat gambar pertama, itu adalah lafaz بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ dalam khat Sini. Lihat kaligrafi-kaligrafi yang terpilih dalam blog ini….

'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang' dalam 5 Kaligrafi terkenal: Nasakh, Suluth, Muhaqqaq, Nastaliq, Riqa/Ruqah. (..bersambung/IH)

Diugut Bunuh Kerana Buat Filem Perkosaan Di Bosnia.

Angelina Jolie dan Brad Pitt (REUTERS)

HALAMAN HIBURAN

ANGELINA Jolie, penulis dan penyutradara filem pertamanya, "In The Land of Blood and Honey" mendapat banyak pujian pengkritik. Namun aktres isteri Brad Pitt ini mendapat ancaman bunuh kerana filem yang dibuatnya.

Menurut Guardian, filem yang berkisah tentang peranan Bosnia mendapat predikat sebagai filem perdamaian pada Festival Filem Berlin. Tayangan perdananya disaksikan 5,000 orang di Sarajevo. Namun filem yang berkisah tentang kesuraman perang Bosnia ini membuat Jolie dan beberapa pelakonnya menjadi target ancaman pembunuhan.

"Ada beberapa hal yang dikirim pada saya dan sebahagian lain dipunggah dalam jaringan. Pemain tidak pernah mengeluh tentang ancaman yang mereka alaminya. Seseorang, menghancurkan cermin kereta. Lainnya mengaku telefonnya dirompak atau dikirim email memberitahu bahawa ada yang disakiti kerana filem itu," ujar Jolie seperti dikutip dari Hollyscoop.

Dalam filemnya Jolie mengisahkan kekejaman yang diderita kaum wanita. Dianggarkan sekitar 50 ribu wanita menjadi korban perkosaan selama perang. Pemutaran perdana filem di Sarajevo juga menuai penilaian berbeda.

"Ramai yang menulis padaku tentang filem ini. Mereka kata sebahagian orang memberitahu bagaimana sepatutnya mereka bersikap atas filem itu, bersikap kepada sesama, dan sejarah. Saya fikir ini sesuatu yang tidak biasa." katanya. (IH)

Laptop & Sambung WiFi Lemahkan Sperm Lelaki.


PENGGUNA

KL 17 Feb 12: Kemajuan teknologi membuat semua orang berlumba-lumba untuk menikmatinya secara maksimum. Jika sepuluh tahun yang lalu hampir tidak ada orang yang memegang laptop ketika melepak, sekarang semua tempat melepak tak lengkap jika tidak menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

Tetapi ada risiko besar yang dihadapi oleh lelaki yang suka menghabiskan masa dengan laptop dan internet yang berhubung dengan isyarat Wi-Fi. Apa dia?

Dilapor oleh Vancouversun, satu kajian dilakukan di Argentina, dilaporkan pada Journal Fertility and Sterility mendapati bahawa laptop dan sambungan internet boleh menurunkan kualiti sperm.

Kajian dilakukan dengan cara mengambil contoh sperma dari 29 lelaki sihat. Beberapa titis sperm tersebut diletakkan di bawah sebuah laptop disambungkan dengan Wi-Fi yang sedang melakukan proses download. Manakala beberapa titis sperm lain ditempatkan pada suhu yang sama tetapi jauh dari laptop.

Selepas empat jam, didapati bahawa sperm yang diletakkan di bawah laptop sebanyak 25% tidak boleh berenang. Manakala sampel sperm jauh dari laptop sebanyak 14%, tidak berenang. Lebih buruk lagi, 9% daripada sampel sperm diletakkan di bawah laptop mengalami kerosakan DNA, tiga kali lebih besar dari sampel sperm yang jauh dari laptop.

Penyebab masalah ini adalah adalah radiasi elektromagnetik yang dihasilkan selama proses sambungan berlangsung antara laptop dan Wi-Fi, demikian menurut Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductiva di Cordoba.

“Data kami menunjukkan bahawa penggunaan laptop yang disambungkan dengan internet melalui rangkaian wayarles dan dikatakan dekat dengan organ pembiakan lelaki dapat menurunkan kualiti sperm mereka,” tulis para penyelidik dalam laporan mereka.

Maka, jaga-jagalah wahai lelaki.. (IH)

K'tan: L/Rakyat RM52.4J Diagih. Pihak Lawan Buta..

KOTA BHARU, 16 Feb 12: Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006.

Hari ini sahaja, Perbadanan Ladang Rakyat telah mengeluarkan dividen sejumlah RM3.86 juta bagi peringkat ke-18 sempena majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pada sidang medianya berkata, jumlah RM3.86 juta itu hanya untuk tempoh empat bulan iaitu Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Menurutnya, sudah terbukti bantuan melalui Ladang Rakyat sebanyak RM200 kepada penerima sebulan, membantu rakyat di negeri itu malah kehidupan mereka juga semakin berubah.

“Alhamdulillah kita bersyukur kerana bantuan ini telah banyak membantu masyarakat Kelantan yang berpendapatan rendah,”ujarnya.

Sambungnya, walaupun hanya lebih lima peratus bantuan berkenaan dapat membantu masyarakat keluar dari garis kemiskinan, namun sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai beberapa keistimewaan sebagai ahli koperasi.

Sambungnya lagi, 11 syarikat telah dipilih untuk memajukan 77,000 ekar tanah di bawah Ladang Rakyat.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjelaskan isu pembangunan di Lembah Sireh sengaja dibangkitkan Umno negeri itu demi kepentingan politik.

Sedangkan ujarnya, pelbagai pembangunan sudah dibangunkan di tapak itu sehingga kini.

Beliau turut menjelaskan pembangunan projek tersebut bukan dibuat atas tanah milik peribadi rakyat seperti yang dicanang pihak tertentu.

“Pihak lawan ni biasalah, sengaja nak buat bising dia ambil kesempatan. Walhal di lembah tu macam-macam ada pembangunan sekarang, Tesco, Masterskill dan macam-macam lagi.

“Dia persoalkan projek di situ... buat buta tak nampak, buta betul mata tu baru tahu,” ujarnya. (IH/Harakah)

Ni! Kekasih Dibogelkan Depan Awam Kerana..

LIHAT gambar ini seorang wanita dan seorang lelaki dibogelkan.. diarakkan orang ramai. Mengapa? Dikatakan kerana 'menipu dan membuat orang ramai naik marah'.

bogel_curang
pasangan-curang-diarak-bogel

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Wednesday, February 15, 2012

Zakat K'tan Dijangka RM100J, Lihat Agihnnya.

Nik Aziz menyaksikan penyerahan zakat oleh Maybank kepada MAIK

KOTA BHARU, 15 Feb: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) memperolehi sumbangan zakat RM94.08 juta tahun lalu. Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Haji Kamaruddin Bin Mohd Zin memberitahu, sumbangan zakat berkenaan diperolehi dari zakat harta, zakat perniagaan, zakat gaji dan zakat emas.

Sambungnya, pada tahun 2010, pihaknya memperolehi hasil sebanyak RM74 juta.

“Tahun ini kita menjangkakan akan memperolehi lebih RM100 juta berikutan pendapat rakyat di negeri itu semakin hari semakin bertambah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek zakat oleh pihak Maybank Islamic kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabat Menteri Besar, tengahari tadi.

Sambungnya lagi, golongan asnaf atau yang layak menerima zakat akan menikmati sumbangan zakat dari MAIK itu.

RM18 juta zakat pelajaran


Menututnya, sebagai contoh pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam dan luar negara, di mana tahun lalu pihak MAIK membelanjakan sejumlah RM18 juta.

“Mana-mana pelajar yang mampu masuk ke IPT untuk peringat ijazah kita akan memberikan sumbangan RM2,500 tunai sebagai modal untuk pengajian mereka.

“Manakala yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma kita bagi RM1,700, tetapi bagaimanapun mereka ni mesti tergolong dalam golongan asnaf, jika tidak mereka tidak layak menerima bantuan ini,”ujarnya.

Kamaruddin juga turut memberitahu MAIK turut membantu golongan miskin dengan menyalurkan bantuan bulanan RM200 sebulan kepada golongan yang tidak berupaya sama ada sakit atau keuzuran akibat sudah berusia. Tambahnya, Seramai 7,800 hingga 8,000 orang golongan ini telah menerima sumbangan dari MAIK sejumlah RM200 seorang dengan anggaran keseluruhan RM1.5 juta.

Jelasnya, sebagai jabatan yang menerima zakat secara tunggal di negeri itu, MAIK menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada penderma termasuk pihak institusi bank.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank Islamic, Muzaffar Hisham ketika ditemui pula berkata Maybank akan membuka cawangannya terbaru di Bandar Baru Kubang Kerian yang dijangkakan akan beroperasi awal bulan Jun tahun ini. (IH/Hrkh)

Task Force S'ngor Selesai Masalah Tanah 30 Thn..

SHAH ALAM, 15 Feb 12: Lebih 300 peneroka asal Kampung Perepat, Kapar yang mengusahakan tanah untuk pertanian di bawah Skim Rancangan Tanah Revolusi Hijau yang dimulakan pada 1981 akhirnya mendapat kepastian tentang pemilikan hak milik tanah.


Penyelesaian ini dicapai hasil usaha Task Force yang ditubuhkan khas oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah meneliti masalah yang melibatkan lebih 400 lot tanah di kampung berkenaan.

Akhirnya lebih 300 lot tanah telah mendapat kepastian tentang hak milik dan kini hanya tinggal tidak lebih 40 lot tanah yang belum diselesaikan kerana beberapa masalah termasuk pertindihan pemilik, tidak tetap pemilikan dan tanah disewakan kepada orang lain.

Perkara ini diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarahim dalam satu kenyataannya hari ini. Khalid berkata, majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menerima cadangan Task Force bagi pihak yang terlibat menyelesaikan masalah secara rundingan bersama pejabat tanah dan daerah.

Jika tiada persetujui dicapai, rundingan ini akan dibawa ke Arbitrasi (timbangtara) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri dan dianggotai pakar-pakar hal ehwal tanah, katanya.

"Pejabat Tanah dan Daerah Klang akan menghubungi 40 pemilik lot tanah ini untuk penyelesaian dan sekiranya gagal, kita akan menggunakan saluran undang-undang menerusi Arbitrasi," beritahu Khalid.

Katanya, kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Task Force ini yang dipengerusikan Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Haji Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli-ahli panel lain, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir, Dato’ Mat Lazim, bekas Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Abdul Ghani Zainuddin dan Setiausaha Task Force, Puan Hajjah Latipah Suliman serta mereka yang terlibat kerana berjaya menolong Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini yang lama tertangguh.

"Masalah Kampung Perepat ini jelas menunjukkan bahawa sistem pemilikan tanah yang tidak telus dan adil akhirnya akan mendatangkan banyak masalah kepada Kerajaan Negeri.

"Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan setiap pemberimilikan tanah dilakukan dengan penyiasatan dan semakan bagi menghalang dari berlaku salah guna kuasa, pertindihan dan pemberian kepada mereka yang tidak layak," tegas beliau. (IH/Hrkh)

Pekerja Maybank Lancar Piket Di Bangsar

Pekerja Maybank lancar mogok di Bangsar

KL 15 Feb 12 (5.08 PM): Hujan lebat petang tadi gagal melemahkan semangat kira-kira 200 pekerja Maybank dan ahli kesatuan sekerja yang berhimpun di ibu pejabat Maybank Bangsar untuk menuntut pihak majikan membatalkan penubuhan kesatuan dalam.

NONEDengan berpakaian serba merah, ahli-ahli kesatuan itu mula berarak dari pejabat Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (Nube) di Brickfields pada jam 3 petang tetapi tidak lama kemudian mendapati diri mereka basah kuyup akibat hujan lebat.

Namun, cuaca gagal mematahkan semangat mereka dan pekerja itu terus berarak sejauh dua kilometer dan sampai ke ibu pejabat Maybank Bangsar kira-kira 30 minit kemudian.

Pekerja-pekerja kemudiannya melaungkan kata-kata 'Maybank kejam', sambil membawa sepanduk dan kain rentang berbunyi: 'Henti jadikan ahli NUBE mangsa', 'Maybank rompak pekerja Malaysia' dan 'Kami diberi gaji kecil'.

NONEMogok tiga jam, anjuran NUBE itu adalah sebagai membantah keputusan Maybank untuk memecat dua pekerja yang kebetulan adalah pegawai kesatuan bank berkenaan.

Maybank juga dilaporkan menggalakkan pembentukan sebuah kesatuan dalaman tahun lalu yang dianggap NUBE melanggar Akta Perhubungan Perusahaan 1967. (Diangkat dari Malaysiakini)

Perhatian: Weblog Ibnu Hasyim tidak bertanggungjawab terhadap komentar ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.(IH)

Iran Tidak Dapat Dikalahkan -Seyyed Ali Khamenei

Tehran, Feb 15, 12: Pemimpin Agung Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata, negara Iran tidak boleh dikalahkan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pandangan dan maklum balas yang dikemukakan tepat pada masanya.

Ketua Agung itu membuat kenyataan di sini dalam mesyuarat Rabu lalu dengan kehadiran ribuan orang dari wilayah barat laut Azarbaijan Barat sempena ulang tahun pemberontakan mereka terhadap Shah yang digulingkan pada 18 Februari, 1978.

Ayatollah Khamenei memuji kehadiran rakyat Iran dalam himpunan di seluruh negara sempena ulang tahun ke33 kemenangan Revolusi Islam di Iran pada 11 Februari lalu. Menurutnya, pandangan dan maklum balas, kini tepat pada masanya untuk negara Iran menggagalkan propaganda musuh, membuktikan bahawa negara Iran tidak boleh dikalahkan.

Islamic Republic News Agency / IRNA NewsCode: 30819176 (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

Terowong Tempat Memadu Kasih, Tilam Pun Ada..


MELAKA: Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.

Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas.

Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar.

Penduduk, Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.

“Kami pernah menangkap beberapa pasangan. Dulu kawasan ini sunyi dan mereka suka memadu kasih di situ, malah pejalan kaki pernah menemui tilam atau tikar di dalam terowong itu, selain ia menjadi kawasan lepak Mat Gian.

“Pada waktu petang pula, terowong ini menjadi pilihan pasangan pelajar untuk berasmara. Namun kini, gerai berdekatan mula beroperasi dan ia dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat di dalam terowong berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Nordin, keadaan itu juga menyebabkan jemaah yang hendak ke masjid di situ untuk menunaikan solat Subuh takut menggunakan terowong berkenaan. Katanya, cadangan untuk membina pagar supaya laluan itu boleh ditutup pada waktu malam diaju kepada pihak bertanggungjawab, tetapi ia tidak dapat dilaksana kerana tiada individu yang sanggup memegang kunci pagar bagi menjaga laluan berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Noorazman Ali, 40, berkata selain menjadi lokasi pasangan bercinta, terowong berkenaan juga kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat. Katanya, keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang menghubungkan longkang di terowong itu dengan longkang berhampiran tidak diselenggara dengan baik.

“Setiap kali hujan lebat terowong ini dinaiki air kerana longkang sedia ada tidak dapat mengalirkan air keluar.

“Keadaan ini menyukarkan pengguna untuk melalui terowong berkenaan, malah keadaan sistem perparitan yang tidak diselenggara dikhuatiri mengundang serangan haiwan berbisa,” katanya.

Menurut Noorazman, keadaan terowong berkenaan bertambah bahaya apabila lampu yang disediakan rosak sehingga laluan itu gelap.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Abdul Razif Ibrahim, berkata pihaknya akan mengarahkan kakitangan jabatan itu untuk turun padang meninjau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan segera.

“Bagaimanapun, cadangan memasang pagar tidak dapat dilaksanakan kerana ia laluan awam dan kami tidak boleh menutupnya,” katanya. -Lapor myMetro hari ini..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukti lemahnya pentadbiran BN Melaka, walau sudah setengah abad memerintah.

AS/Israel, Palestin, M'sia & Anwar: Jawapan PKR

KL, 15 Feb 12: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dasar luar Malaysia dibawah kerajaan BN sebenarnya berkiblatkan Amerika Syarikat dan Israel apabila tidak pernah memberi layanan konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Dalam satu kenyataan kepada media, beliau merujuk kepada layanan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006. Ketika itu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar.

Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM). Namun yang aneh menurutnya, Malaysia telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006) malah menjemput Farouk berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

"Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

"Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya," katanya sebagai respon kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Najib terdahulu membidas Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel. Malah Najib mendakwa kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Tindakan kerajaan Malaysia ketika persidangan NAM itu kata Saifuddin tidak sukar difahami kerana Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.

Katanya, hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

Amerika Syarikat dan Israel seperti yang diketahui umum tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS sebaliknya lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya, kata Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin lagi, Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut dan menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Dr AlZahar dakwanya turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau, malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’.

"Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur.

"Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten," soalnya. (Hrkh)

Tunjuk Punggung Denda RM2,446. Tunjuk Semua?

Ratu Elizabeth II ketika lawatan.
BRISBANE: Seorang lelaki semalam didenda Aus$750 (RM2,446) kerana menayangkan punggungnya ke arah Ratu Elizabeth II ketika lawatan beliau ke Australia tahun lalu. Lelaki itu juga berkata dia akan melakukan perbuatan itu lagi.

Pekerja bar di Sydney, Liam Warriner, 22, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan gangguan awam ketika lawatan ratu berusia 85 tahun itu ke Brisbane, ibu negeri Queensland Oktober lalu.

Dalam perbiacraan di mahkamah majistret Brisbane, Warriner didapati menanggalkan seluar panjangnya dan berlari di samping kenderaan ratu sepanjang 50 meter dengan bendera Australia dikepit di celah punggung, lapor media.

Dia memberitahu polis perbuatannya sebagai protes politik untuk menunjukkan kebencian terhadap anggota monarki dan elit. - AFP

Berita sebelumnya... Remaja ini nekad tunjuk bon**tnya kepada Ratu Inggris

Seorang remaja Australia ditangkap polis setelah melakukan tindakan yang tidak sopan terhadap Ratu Inggeris. Ia nekad menurunkan seluarnya, lalu meletakkan bendera Australia di bahagian punggungnya.

Hal ini dilakukan remaja yang diketahui bernama Liam Warriner, ketika Ratu Elizabeth memberikan lambaian tangan padanya. Akibat perbuatannya, tentu saja Liam langsung dicekup polis dan dimasukkan ke penjara. Namun, ia dibebaskan dengan jaminan.

Setelah bebas, dengan santai katannya, "Setiap orang juga melihat punggung orang lain. Tengok sendiri! Kamu juga lihat di televisyen dan filem tapi mengapa itu jadi salah kepada Ratu," kata Liam, seperti dikutip dari The Sun, Isnin 24 Oktober 2011.

Polis Queensland mendakwa Warriner kerana dianggap dengan sengaja melakukan pelanggaran dan menimbulkan gangguan orang ramai. Insiden terjadi saat Ratu melakukan perjalanan dari Lapangan terbang Brisbane. Semasa Ratu Elizabeth memang sedang melakukan kunjungan ke Brisbane, Australia. (IH)

PRU 13: 230,000 Botol Dakwat, Betul Kekal Ke?



KANGAR - Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal silver nitrat bakal digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata, jumlah dakwat tersebut disediakan untuk memenuhi keperluan para pengundi bagi 10,000 undi awal dan 220,000 pada undi biasa.

Mengikut rekod SPR, katanya, jumlah pengundi yang layak mengundi melepasi umur 21 tahun sehingga September lalu iaitu 16,131,517 orang tetapi hanya 12.4 juta sahaja telah mendaftar.

"SPR telah membuat persiapan awal bagi keperluan botol dakwat kekal tersebut untuk para pengundi dan tempat mengundi.

"Setiap botol dakwat kekal itu hanya boleh digunakan untuk 100 pengundi sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Perlis di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Parti pembangkang perlu diberi peluang, kena check lagi.. apakah benar-benar kekal. Taraf kekal yang bagaimana?

Lihat siri-siri 'Selingan'...

Siri 1

Siri 2