Saturday, April 07, 2012

Politik Iklan: Mana 'Jijik' & 'Lucah' Antara 2 Iklan Ini?

BERITA (myMetro) hari ini menyebutkan suatu 'iklan jijik' seperti di bawah ini..

PROMOSI HARAM...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
PROMOSI HARAM...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.

PROMOSI...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.
PROMOSI...iklan ubat kuat lelaki digantung di lampu isyarat di Bandar Baru Bangi.

KAJANG: Iklan haram menjual alat seks dan ubat ‘kuat’ lelaki yang digantung pada lampu isyarat di sekitar Bandar Baru Bangi, di sini, bukan saja menyakitkan mata, tetapi turut menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.

Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka, pengiklan berkenaan menggantung iklan tidak senonoh itu yang dicetak menggunakan bunting kecil pada lampu isyarat.

Taktik itu digunakan pihak terbabit supaya iklan mereka jelas dilihat pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat dan orang yang berminat boleh segera menghubungi nombor dipaparkan.

Tinjauan Metroplus di Bandar Baru Bangi mendapati iklan itu digantung di hampir semua lampu isyarat dan menggunakan nombor telefon bimbit berlainan pada setiap bunting. Iklan terbabit memaparkan ayat ‘adult toy’ dan ‘ubat kuat lelaki’ turut diterjemahkan dalam bahasa Cina menyebabkan orang ramai terutama wanita berasa jijik membacanya.

Penduduk, Siti Hasmah Othman, 30, berkata dia bimbang remaja dan kanak-kanak cuba membeli peralatan seks dan ubat kuat selepas melihat iklan itu.

“Iklan seperti ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Saya dan penduduk lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat,” katanya.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa mencari langkah untuk menyelesaikan masalah iklan haram kerana ia bukan saja merosakkan pandangan, tetapi mengotorkan kawasan.

Sementara itu, Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shariman Mohd Nor berkata, menggantung iklan di lampu isyarat taktik terbaru pengiklan haram untuk mendapatkan pelanggan.

“Apa MPKj buat sekarang adalah menyerahkan nombor telefon iklan haram ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menamatkan perkhidmatan.

“Tindakan ini menghalang perbuatan itu berulang dan pada masa sama, majlis menurunkan semua iklan terbabit bagi mengekalkan kebersihan persekitaran,” katanya.

Beliau berkata, sebaik mengetahui pihak majlis mengambil tindakan, pengiklan haram mencetak iklan baru dengan menggunakan nombor berlainan.

Lihat pula iklan di bawah ini pula, (Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama)

Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan

KL, 23 Mac: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata. Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama. Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana 'jijik' dan 'lucah' antara dua iklan ini?. Sutu untuk sekitar Bandar Baru Bangi, satu lagi untuk seluruh rakyat Malaysia. Satu dikaitkan dengan kerajaan Pakatan Rakyat (Selangor), satu dikaitkan dengan UMNO BN (Pemerintah Malaysia) Yaa.. fikirlah sama. (IH)

Jual Bayi, Pembeli Reda, Baik Dari Membunuh?

SELAMAT...Mohamad  melihat bayi yang diselamatkan.
SELAMAT...Mohamad melihat bayi yang diselamatkan.

KLANG: Wanita ini kudung kaki kiri, tetapi dipercayai mendalangi sindiket jual bayi warga tempatan kepada pasangan yang tiada anak untuk dijadikan anak angkat.

Dia yang juga warga Singapura dikesan menghantar gambar bayi berkenaan melalui MMS dan menawarkannya mengikut harga tertentu bergantung kepada kedudukan kewangan pasangan yang berminat membeli.

Malah, sindiket terbabit yang disyaki bergiat aktif sejak dua bulan lalu itu turut menggaji tiga wanita rakyat tempatan sebagai pengasuh bayi berkenaan sebelum dijual.

Kegiatan sindiket itu dibongkar dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pusat beli-belah, di sini selepas mereka cuba menjual dua bayi berusia 22 hari dan tiga bulan kepada dua pasangan suami isteri, pagi semalam.

Sebelum serbuan, sindiket terbabit sudah menjual dua bayi.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, sepasukan anggota menyerbu sindiket terbabit selepas mendapat aduan orang awam mengenai kegiatan penjualan bayi di kawasan itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jual bayi, bererti penjual atau ibubapa bayi redha meredhai dengan pembeli, bahkan membantu orang yang tidak mempunyai anak, dan pasangan ada anak tetapi miskin. Itu lebih baik dari pasangan yang membunuh bayi kerana berhubungan seks haram atau menyekat kelahiran bayi kerana tidak redha anak ramai takut miskin atau nak jaga badan takut suami poligami, walaupun mereka kaya.. (IH)

Novel 'Jihad Mardina': Unt Miskin Iman Mewah Dunia

Novel terbaru Rohani menyajikan “dakwah” yang kena pada tempatnya.

7 APRIL 12 : Nama Rohani Deraman memang sudah “melonjak naik” sejak 15 Ogos 2011 apabila beliau berani tampil mendedahkan bahawa penerbit tidak mahu membayar walau satu sen selepas cerpen dan novelnya diangkat menjadi teks Komsas.

Di sisi lain, penulis sepenuh masa kelahiran Pasir Putih, Kelantan yang kini menetap di Johor Bahru, Johor terus tekun menghasilkan karya-karya kreatif, khususnya novel.

Buku terbaru Rohani yang menggunakan nama pena “Fida Rohani” ialah “Jihad Mardina” (2012) dan saya menerima senaskhah novel itu semasa pertemuan kami pada 19 Februari 2012 untuk membincangkan perkembangan isu royalti teks Komsas.

Apa yang menarik perhatian saya terhadap novel setebal 546 halaman ini adalah bahawa “jihad” dan “dakwah” yang dilakukan oleh watak-watak dalam novel ini — serta oleh pengarang menerusi novel ini — bukan kepada “orang luar”.

Sering kali, saya secara peribadi menjadi amat menyampah membaca sekian banyak karya (cerpen dan novel) berunsur Islam yang bagaikan berkhutbah dan berdakwah secara langsung kepada orang “Bukan Islam”.

Misalnya, sebuah cerpen yang saya baca pada Februari lalu menampilkan suatu watak yang berasa amat bangga kerana “berjaya menerbitkan keragu-raguan yang munasabah dalam perasaan dan fikiran” satu lagi watak Bukan Islam. Pada saya, dakwah seperti itu amat bertentangan dengan ajaran sebenar Islam.

Rohani pula berjaya mengangkat martabat “seni berdakwah” menerusi novel ini apabila kumpulan sasaran yang perlu “didakwahkan” adalah orang Islam sendiri.

Penulis tidak pula menggunakan cara, teknik dan olahan konvensional dalam menjayakan misi itu. Sebaliknya paparan yang disajikan amat segar dan sangat menyentuh jiwa.

(Rohani) — Rohani berani mendedahkan penipuan dalam royalti teks Komsas melibatkan karyanya.

Kehadiran watak-watak Datuk Iskandar dan Datin Marisa mungkin kelihatan agak “skema” tetapi kisah sepenuhnya yang dipaparkan tetap membawakan sesuatu yang baru.

Seperti diakui oleh Rohani, belakangan ini banyak kes ibu bapa disisihkan anak-anak, serta anak-anak dipinggirkan ibu bapa atas pelbagai alasan.

“Semuanya kerana kemunduran iman yang semakin melata dalam generasi manusia yang semakin maju. Maka, saya terpanggil untuk menulis apa yang amat menyentuh sensitiviti masyarakat kita,” katanya.

Kisah keluarga yang disulami pelbagai masalah, cabaran dan rintangan dipaparkan dengan penuh kreatif sehingga pembaca mampu menghayati sepenuhnya pengalaman yang dilalui oleh watak-watak dalam novel ini.

Selain daripada Mardina sebagai watak utama dalam novel ini, satu lagi watak penting yang perlu diberi perhatian adalah Siti Fatimah, seorang mualaf yang memeluk Islam kerana cinta terhadap agama itu, bukan kerana cinta terhadap kekasih.

Rohani ternyata membuat kajian mendalam terhadap pelbagai isu semasa, al-Quran, hadis serta merujuk pakar bidang dalam menghasilkan novel Islamik ini yang sebenarnya sesuai untuk bacaan umum.

Bagi pembaca beragama Islam yang “miskin iman tapi mewah dunia” pula, novel ini mampu memberi peringatan penting: “andai tiba-tiba sakratul maut datang menjemput sedangkan lafaz taubat tidak sempat diucapkan”.

* Uthaya Sankar SB adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 & 1998/99). Beliau juga kolumnis di The Malaysian Insider.

Punca Banjir Klang, Peruntukan Tidak Kpd Negeri


KL 7 Apr 12: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melahirkan perasaan terkejut terhadap dakwaan exco kerajaan Selangor Ronnie Liu yang mendakwa kejadian banjir besar di Klang baru-baru ini berpunca daripada peruntukan berkaitan tidak disalurkan kepada negeri.

"Dalam hal ini, kementerian juga terkejut kerana dakwaan itu dibuat oleh anggota exco tanpa meneliti fakta berkaitan dalam isu ini," kata Ketua Komunikasi Korporat Yamuna Perimalu merujuk kepada kenyataan exco Selangor Ronnie Liu Rabu lalu.

Liu dalam sidang medianya berkata, kerajaan pusat mesti berhenti menyalahkan negeri dalam isu banjir kerana ia berpunca daripada peruntukan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Selangor, termasuk RM1 bilion untuk rancangan lima tahun tidak dilayan.

Dakwanya, semua permohonan di Selangor, termasuk di Klang, satu pun tidak mendapat kelulusan.

Dalam kenyataannya semalam, Yamuna berkata, banjir besar di Klang sebenarnya berpunca daripada hujan lebat tiga jam dan terbatasnya sistem perparitan, yang diburukkan lagi dengan longkang tersumbat.

"Jabatan sentiasa konsisten bekerja untuk menaiktaraf sungai, sistem perparitan, kolam tadahan dan sistem pengaliran banjir.

"Sebagai tambahan, jabatan juga menyediakan ramalan banjir dan amaran kepada penduduk di samping meningkatkan kesedaran awam dan kesediaan mereka untuk menghadapi banjir.

"Namun begitu, tindakan ini memerlukan komitmen dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat bagi mengurangkan risiko banjir," katanya lagi.

Yamuna bagaimanapun tidak menyentuh lanjut berhubung isu sekaran peruntukan RM1 bilion seperti didakwa Ronnie. (Mk)

K'tan Tinjau Bina Bangunan Terkini Di China

Gambar: Anggota delegasi tiba di Lapangan Terbang Beijing.

BEIJING, 7 April 12:
Seramai 11 orang delegasi Kerajaan Negeri Kelantan melakukan lawatan kerja selama tiga hari bermula semalam ke China dalam usaha meninjau perkembangan teknik pembinaan bangunan teknologi terkini.

Lawatan itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa. Turut serta, timbalan exco Hazami Mohd Nor, Pengarah Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, Ir Fauzi Abdul Rahman dan Pengurus TDC, Nazri Deraman.

Turut serta tiga orang rakan media, termasuk wakil Harakahdaily serta beberapa orang ahli perniagaan. Lawatan berkenaan meninjau perkembangan teknolgi terkini khususnya dalam pembinaan bangunan, iaitu Industrial Building System (IBS) pembinaan bangunan yang cepat.

Bukan itu sahaja, ianya bakal melibatkan kos yang rendah dan pengunaan tenaga buruh yang kurang. Besok rombongan akan melawat dua buah kilang yang berkaitan dan keesokkan harinya ke tapak projek untuk meninjau perkembangan teknologi terkini itu.

Rombongan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang kira-kira jam 9.00 dan selamat tiba kira-kira jam 3.00 petang, semalam. (Hrkh)

Tok Guru Rihat Di HUKM, Sultan Lawat..

Tok Guru & Sultan, mesra bersama rakyat..
KOTA BHARU, 6 April 12: Perkembangan terkini mengenai kesihatan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik perhatian Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Baginda berkenan berangkat menziarahi Tuan Jajarkan ke TengahGuru yang sedang ‘dirawat’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.

Turut sama berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari ketika bercakap kepada wartawan sebentar tadi berkata Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan tiba di hospital itu kira-kira 2.30 petang tadi, sejurus selepas solat Jumaat.

“Dan Sultan menasihati Tok Guru supaya berihat. Tok Guru stabil, cuma (dinasihatkan) berihat, dan akan keluar bila-bila masa saja.

“Tok Guru (hanya) ambil masa untuk berihat (di hospital) kerana jadual ‘kerja’ terlalu padat," ujarnya.

Menteri Besar dimasukkan ke HUSM, Kubang Kerian sejak Rabu lalu (4 April) setelah mengadu keletihan. (Hrkh)

Rollercoster Untuk Pasangan Bogel.. Mengapa?


ESSEX, 102 LELAKI dan wanita naik rollercoaster dengan keadaan bogel. Ada-ada saja etika manusia yang ingin menjadi popular dan terkenal di seluruh dunia. Di Essex, England ada 102 lelaki dan wanita nekad telanjang bulat.

Namun, kesemua 102 orang lelaki dan wanita yang bogel ini tidak melakukan hubungan intim. Mereka datang di taman bermain Adventure Island, di Southend naik rollercoaster, ingin mengukir sejarah dan masuk world record.

Rupanya ke-102 lelaki dan wanita bogell ini berhasil memecahkan rekod lama, yang dicipta oleh 22 orang lelaki-wanita bogel, yang bermain rollercoaster di taman bermain Alton Towers, di Staffordshire pada 2004.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginilah kalau negara tidak diasaskan kepada negara agama, tidak kira apa agama pun. Kalau di Malaysia terselamat dengan adanya parti Islam (PAS & rakan-rakan), bukan parti berdasarkan kebangsaan asobiah. Di Malaysia parti kebangsaan yang memerintah, parti apa?

Juga..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

Friday, April 06, 2012

Isu Mat Lembut, Rais Nafi. Canggah Timbalannya


Larangan' pondan di TV cetus kekeliruan Isu berhubung larangan watak pondan dan lelaki lembut di kaca televisyen ekoran percanggahannya dengan norma masyarakat beragama mengundang kekeliruan orang ramai.

Di sebalik laporan yang sama sekali bertentangan sebelum ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim akhirnya berkata perkara itu tidak benar sama sekali - penjelasan yang dibuat untuk kesekian kalinya.

"Tiada sama sekali pengharaman terhadap apa saja bentuk persembahan seni oleh mana-mana kelompok masyarakat termasuk pihak yang disebut sebagai 'lelaki lembut'," kata Rais.

Menulis di laman Twitter, menteri itu bagaimanapun berkata, kementeriannya tetap mempunyai hak untuk memilih kandungan untuk tayangan umum. (Mk)



Jabatan Penerangan nafi, timbalan menteri sahkan
Jabatan Penerangan hari ini menafikan mengeluarkan arahan supaya televisyen dan radio menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan dan lelaki lembut berkuatkuasa serta merta kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT)

Dalam status terbaru di Facebook, pentadbir laman itu berkata, status sebelum ini yang dianggap arahan hanya topik perbincangan Radio Bernama 24, juga di laman sosial sama.

NONE"Ia bukanlah satu arahan daripada mana-mana pihak.

"Kami meminta maaf jika terdapat kekeliruan akibat penyiaran status di FB kami semalam," status itu dipetik.

Semakan di laman Facebook radio tersebut mendapati, terdapat status yang sama, yang dikatakan arahan Jabatan Penerangan semalam.

Bagaimanapun, Radio Bernama 24 turut meminta pandangan pembaca sama ada tindakan itu relevan atau menafikan hakikat kehidupan semasa - perenggan yang tidak dimuatkan kembali Jabatan Penerangan dalam Facebook sebelum ini (lihat foto atas).

Kenyataan ini selari dengan kenyatan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim Datuk Seri Rais Yatim yang menafikan perkara itu.

Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan pengesahan Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Maglin Dennis D'Cruz kepada The Star hanya kira-kira sejam selepas penafian Jabatan Penerangan.

Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. (Mk)

Sebelum ini..

Syabas M'sia, Mat Lembut Pula Dilarang Di Tv /R

mat pondan
Budaya lelaki lembut...
KL 6 Apr 12: Syabas Malaysia! Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan yang disiarkan di halaman Facebooknya.

Arahan itu berbunyi: "Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini."

Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah. Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Syabas Malaysia.. dari Weblog Ibnu Hasyim.

Tapi dalam PRU13 akan datang Pakatan Rakyat mesti tetap pilihan terbaik... Kerana pengharaman hal-hal begini bertujuan untuk menunjukkan BN prihatin terhadap isu-isu agama. Tetapi kenapa baru sekarang bila sudah dekat PRU13? Tunjang kekuatan BN kini, hanya ada pada kemenangan Wakil Rakyat di kawasan Melayu dan Islam yang tinggi sahaja. Kalau tak buat begitu, ranaplah BN kali ini.. (IH)

Syabas M'sia, Haram Balet Lucah -Dr Hj Mohd Hasyim


KL 6 Apr12: Syabas kerajaan Malaysia kerana tidak meluluskan permit kumpulan Singapura untuk mempersembahkan tarian balet, termasuk "The Nutcracker" ekoran pakaiannya yang menjolok mata dan lucah. Demikian pandangan Weblog Ibnu Hasyim.

Ballet Illuminations ikut programnya sepatutnya dipentaskan tiga kali hujung minggu ini. Tetapi Singapore Dance Theatre diberitahu bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi menggantung permitnya tanpa penjelasan, seperti dilapor Reuters.

Ia mengejutkan kumpulan itu yang sudah mementaskannya di Singapura, dengan pakaian ketat dan skirt pendek yang sama, sejak dua tahun lalu tanpa sebarang masalah. Bilqis Hijjas, presiden MyDance Alliance di Kuala Lumpur berkata, keputusan itu "amat dikesali" dan bakal merosakkan reputasi Malaysia sebagai tuan rumah persembahan seni.

"Penyanyi Ballet di Baghdad pun dibenarkan memakai pakaian balet di pentas," beliau dilapor berkata kepada sebuah portal berita.

Tetapi menurut editor Ibnu Hasyim, "Malaysia adalah negara berdaulat, tidak perlu mengikut rentak negara lain seperti Singapura, Bagdad, atau barat. Kita ada budaya sendiri, budaya Asia atau timur, berpelembagaan 'Islam sebagai agama Persekutuan', dan majoriti penduduk beragama Islam.

"Apa lagi bila mengamalkan budaya 'berpakaian telanjang', budaya rendah akhlak kembali kepada tamadun silam yang menjijikkan! Dari sudut ini, saya sokong dan ucap syabas kepada kerajaan Malaysia!

"Namun dalam PRU13 akan datang Pakatan Rakyat tetap pilihan terbaik... " Kata editornya Dr Hj. Mohd Hasyim. (IH)

Saintis Jepun Cipta Sut Robot

JOM KREATIF

SEORANG pekerja Cyberdyne mengangkat beg jerami yang mengandungi beras seberat 65 kilogram di sebuah pejabat di Niigata semalam.


NIIGATA - Seorang saintis Jepun telah mencipta sut robot yang boleh membantu pemakainya mengangkat beban berat.

Sut robot berkenaan yang dikenali sebagai Tangan Bantuan Hibrid (HAL) dihasilkan oleh seorang saintis Universiti Tsukuba, Profesor Yoshiyuki Sankai yang juga presiden syarikat Cyberdyne.

Keupayaan sut HAL terbukti apabila seorang pekerja Cyberdyne dapat mengangkat beg jerami yang mengandungi beras seberat 65 kilogram dengan mudah pada satu sesi demonstrasi di sini semalam.

Sut berkenaan yang bercantum dengan tangan robot akan diuji di beberapa buah hospital dan rumah orang tua di sini pada Jun depan. - AFP

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Mengapa Dia Nak Sembelih Isterinya?

SAKDAWUT menghisap rokok sambil mengacukan pisau dekat leher isterinya di sebatang jalan raya di Bangkok semalam.

BANGKOK - Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.

Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan. Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.

Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu. Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku. - Agensi

Kereta Terbang Ini, Sesuaikah Di M'sia?

Kereta Transition bergerak di sebatang jalan raya di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

JOM KREATIF

DE
E-ANN DURBIN, Amerika Syarikat (AS)
: Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu.

Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat. Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu.

Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition. Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini.

Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952). Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang. Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.

Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara.

Yang ini, kena check di Iran, mungkin lebih murah?

Komen Weblog Ibnu Hasyim
:Sesuaikah di Malaysia, atau perlu disesuaikan?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Yuna: Pertahan Imej Bertudung Kerana Manusia?

HALAMAN HIBURAN

Yuna teruja untuk menanti reaksi peminat di Amerika terhadap album sulungnya.

KL 5 Apr 12: Penyanyi Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan dia boleh diterima oleh pengurusan albumnya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.

"Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya," ujarnya kepada mStar Online.

Yuna berkata, dia juga agak terkejut dengan penerimaan masyarakat di Amerika Syarikat dan menganggap ia sebagai satu permulaan baik untuk perkembangan kerjaya seninya. Penyanyi itu baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di televisyen negara itu menerusi program popular iaitu Conan dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu.

Yuna memberikan persembahan bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams. Dalam pada itu dia sangat teruja apabila album pertamanya berjudul Yuna bakal dilancarkan pada 24 April ini yang akan diadakan di kota New York.

Yuna memberitahu dia gembira melihat reaksi peminat terhadap muzik yang dibawanya dan berharap ia dapat diterima ramai selain mahu rakyat Malaysia berbangga dengan dirinya itu.

"Selama setahun lebih saya berusaha keras untuk album pertama dan berharap ia akan dapat diterima oleh peminat,” ujarnya.

Sementara itu, Yuna yang turut menghasilkan single keduanya iaitu Lullabies akan sibuk dengan konsert jelajah ke seluruh negara itu bermula bulan Jun depan selama 30 hari.

Selama tempoh tersebut dia akan mengadakan sebanyak 30 persembahan di pelbagai tempat dan memberitahu teruja dengan perancangan yang telah diaturkan oleh syarikat rakamannya.

"Saya tidak pernah membuat persembahan selama 30 hari berturut-turut tetapi saya akan menyahut cabaran ini dan begitu teruja untuk menjelajah ke seluruh Amerika," katanya.

Dalam perkembangan sama, Yuna berkata pihak syarikat rakamannya sedang mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album itu.

"Setakat ini album tersebut hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja tetapi Insya-Allah peminat Malaysia akan dapat membeli album itu nanti," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagus, kerana cuba membawa imej bertudung sebagai identiti Malaysia, walaupun di AS. Adakah perlakuannya itu sesuai dengan kehendak syariat Islam, menyanyi kerana Allah atau semata-mata kerana manusia? Itu soal lain, yang penting satu trend baru cuba diwujudkan, yang lebih baik dari 'berpakaian tetapi telanjang'..

Lihat sebelum ini..

K'tan Pertumbuhan KDNK Naik Lebih Maju

Takiyudin menyaksikan pertukaan dokumen perjanjian antara MPKB-BRI dengan Sentosa Jaya

KOTA BHARU, 5 April 12: Negeri Kelantan yang ditohmah sebagai sebuah negeri yang termiskin di negara ini, sebenarnya lebih maju dari apa yang disangkakan.

Malah pertumbuhan KDNK Kelantan telah mengatasi pertumbuhan KDNK negara bagi dua tahun berturut-turut, iaitu 8.1 peratus (berbanding negara 6.2 peratus) pada tahun 2007 dan 6.9 peratus (berbanding negara 4.1 peratus) pada 2008.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat, berkata demikian ketika berucap pada majlis perjanjian persefahaman pembinaan apartmen 25 tingkat antara MPKB-BRI dengan pengusaha Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, disebuah hotel tengahari tadi.

Majlis perjanjian itu yang diwakili beliau bagi pihak MPKB-BRI dan Sentosa Jaya oleh Pengarah Urusannya, Datuk Razali Daud, disaksikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Projek yang dibina di atas tapak Pasar Kubang Kerian itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan, sebagaimana mengikut perjanjian.

Menurutnya, pencapaian itu berlaku kerana kepesatan ekonomi dan pembangunan yang berlaku di negeri itu.

“Pada tahun ini juga, MPKB-BRI mensasarkan pendapatan sebanyak RM100 juta berbanding sebelumnya yang tidak begitu menepati sasaran.

“Menurutnya,sumber pendapatan tersebut melalui pulangan pelaburan projek usahasama MPKB-BRI dengan swasta,”ujarnya. (Hrkh)

Kisah ISA Dollah Ahmad (Antara Komunis 3 Abdul?)

BEKAS timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad (gambar kanan), lebih terkenal semasa tangkapan dulu sebagai 'komunis 3 Abdul' kerana sekali digolongkan dengan penangkapan Abdullah Majid dan Abdul Samad Ismail.

Menurut Malaysiakini hari ini, beliau percaya penahanannya di bawah undang-undang ISA selama lima tahun ketika pentadbiran Tun Hussein Onn merupakan konspirasi politik individu tertentu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Abdullah, yang popular dengan nama Dollah Kok Lanas, menyebut beberapa nama tokoh dan juga peristiwa penting berlaku menjelang penahanannya pada 1976.

Perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada Januari tahun berkenaan dan tujuh bulan kemudian, Abdullah merengkok di dalam tahanan kerana didakwa seorang komunis.

Abdul Razak kemudiannya digantikan Tun Hussein Onn yang telah menemuinya beberapa kali untuk memberi amaran mengenai penahanan tersebut, kata Dollah.

NONE"Tun Hussein beritahu saya 'Tahan ini, bukan apa. I percaya you bukan komunis tapi kita nak tahan Harun Idris ini (menteri besar Selangor dan ketua pemuda Umno pada itu) kerana rasuah.

"'Sebab ada dua puak, kita perlu buat pengimbangan. Pergilah untuk enam bulan'," kata Dollah, yang menambah, beliau menyetujui saranan berkenaan.

Dollah, 38 pada waktu itu, bagaimanapun ditahan selama lima tahun – diasingkan selama dua tahun dan selebihnya bersama tahanan lain pada waktu itu termasuk Dr Syed Husin Ali, Kassim Ahmad dan Abdullah Majid.

Dengan berjenaka, bekas penasihat Tun Razak itu berkata beliau "mungkin menjadi perdana menteri atau setidak-tidaknya timbalan perdana menteri atau menteri kanan" sekiranya tidak ditahan bawah ISA.

NONEHarun Idris pula dipecat daripada Umno apabila enggan meletak jawatan berhubung dakwaan rasuah dan kemudiannya dituduh dimahkamah dan dihukum penjara selama lima tahun.

Dollah juga menimbulkan mengenai peranan menteri dalam negeri waktu itu, Tun Muhammad Ghazali Shafie yang menurutnya, bercita-cita untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, ucapan Tun Razak di perhimpunan agung Umno 1975 yang ditulis Dollah menyatakan sokongan kepada tiga calon naib presiden – Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.

Semua pencabar lain, termasuk Ghazali, tewas dalam pemilihan parti tersebut. (IH)

FAM: Pemuda PAS Simpati Anuar Musa Digantung


SUKAN

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan simpati terhadap nasib yang menimpa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang digantung selama dua tahun enam bulan dari terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Beliau dikenakan tindakan demikian setelah Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati beliau bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat.

DPPNK secara dasarnya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk tertinggi sukan bola sepak Malaysia itu namun di dalam masa yang sama melihat bahawa keputusan ini merupakan satu kerugian kepada sukan bola sepak negara.

Ini kerana beliau dilihat sebagai seorang individu yang berpotensi untuk memajukan sukan bolasepak tanah air sebagaimana yang dilakukan oleh beliau di Kelantan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Rakyat tentunya amat kecewa sekiranya ada unsur politicking di dalam keputusan ini. DPPNK sejak dulu lagi menentang sebarang unsur mempolitikkan sukan khususnya bola sepak yang diminati ramai dalam apa jua bentuk sekalipun.

Justeru, DPPNK satu ketika dulu mengecam tindakan mengarak Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan Kelantan pada tahun 2010 ke kawasan pilihanraya kecil DUN Galas untuk kepentingan politik pihak tertentu.

DPPNK amat berharap agar kemelut pergantungan yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa ini dapat dijernihkan. Sesungguhnya, pergantungan beliau merupakan satu kerugian yang besar kepada bola sepak negara khususnya negeri Kelantan.

Kepada Tan Sri Annuar Musa, DPPNK ucapkan semoga bersabar dan menempuhi saat-saat ini dengan tenang dan tabah.

Oleh Ahmad Najib Deris,
Pengerusi Bahagian Sukan, Seni dan Budaya (DACS)
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Tranformasi Eko, Gagal Bantu Melayu -Dr Mujahid



KL, 4 April 12:
Usahawan Bumiputera didakwa masih terpinggir sehinggakan mereka gagal bersaing walaupun pelbagai dasar dilaksanakan termasuklah Program Transformasi Ekonomi.

Demikian tegas Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) dalam soalan tambahannya ketika sesi soal jawab pagi tadi.

Beliau turut mempersoalkan kerajaan apakah punca sebenar usahawan Melayu dilihat gagal bersaing dalam perniagaan mereka. Sedangkan, katanya, dasar menggalakkan keusahawanan di kalangan Bumiputera pada awalnya bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Kini kerajaan sudah ada model ekonomi baru tetapi dalam kita berpindah dari satu dasar kepada satu dasar, orang Melayu masih dimain-mainkan seolah-olah mereka masih ketinggalan.

"Jadi kita mahu lihat apakah perlu orang Melayu keluar dari kotak perlindungan politik kepada 'premis' yang sihat," tegasnya.

Mujahid turut memuji pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang melaksanakan dasar tender terbuka, akhirnya ramai usahawan Melayu mendapat tender tersebut. Tambahnya, ini adalah kajian menunjukkan tanpa perlindungan politik, orang Melayu masih boleh bersaing.

"Apakah perlu timbalan menteri buat satu kajian, apakah kita perlu keluar dari kepompong politik supaya orang Melayu maju dan mampu bersaing secara sihat," katanya.

Dalam soalan asal, Mujahid meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa banyak agensi dan jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan bumiputera dan senaraikan agensi dan jabatan terbabit beserta dengan peruntukan yang disediakan.

Menjawab soalan tambahan itu, Timbalan Menteri, Datuk Jacob Dungau Sagan menafikan dakwaan kerajaan mensisihkan usahawan Bumiputera sebaliknya menegaskan kerajaan menyediakan pelbagai program dan latihan kepada Bumiputera yang mahu melibatkan diri dalam bidang usahawan. (IH)

Bom Di Hatyai Ada Kaitan Dengan Bom Di Yala?


GAMBAR fail menunjukkan lokasi pusat beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza yang rosak akibat letupan bom di Hatyai pada Sabtu lalu.

Dua gerila pemisah Thai ditangkap

BANGKOK: Polis menyatakan dua anggota kumpulan pemisah Islam ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pengeboman di selatan Thailand pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Priewpan Damapong semalam berkata, dua suspek itu adalah antara 20 anggota pemisah yang dipercayai bertanggungjawab melakukan serangan bom kereta ke atas Hotel Lee Gardens Plaza di bandar Hatyai pada Sabtu lepas.

Sebanyak tiga orang terbunuh manakala lebih 200 yang lain cedera dalam serangan itu. Polis turut percaya bahawa serangan tersebut memiliki kaitan dengan pengeboman pada hari yang sama di wilayah Yala. Siri pengeboman di Yala meragut nyawa lebih 11 orang.

Lebih 5,000 orang terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand sejak gerakan pemisah Islam tercetus pada 2004. Kejadian letupan bom itu menandakan peningkatan serangan kumpulan tersebut.

Penentangan yang berlaku di selatan Thailand telah meragut nyawa ribuan penduduk Thailand sejak tahun 2004. Serangan bom atau tembakan yang berlaku hampir pada setiap hari disasarkan terhadap askar dan orang awam sama ada penganut Islam atau Buddha.

Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha menyatakan sebelum ini terdapat lebih 3,000 militan Islam terlibat dalam keganasan di selatan Thailand. Militan terbabit dipercayai bukan sebahagian daripada gerakan jihad global tetapi menentang apa yang didakwa mereka sebagai diskriminasi turun-temurun terhadap etnik Melayu Islam yang dilakukan kerajaan Thai.

Gabenor Songkhla, Grisada Boonrach kelmarin menawarkan ganjaran 500,000 baht (RM49,196) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan setiap seorang daripada dua suspek yang terlibat dalam letupan bom di hotel tersebut. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita dari Agensi tersebut menggambarkan seolah-olah golongan pemisah Islam bertanggung jawab ke atas pengeboman di dua tempat di selatan Thai itu. Tetapi sebenarnya tuduhan tersebut masih belum dibuktikan sepenuhnya lagi.

Apartmen 25 Tingkat Ganti Tapak Pasar

Takiyudin melihat model apartmen yang akan dibina
KOTA BHARU, 5 April 12: Lot 1910 Seksyen 54, yang dahulunya terdapat sebuah pasar yang dikenali Pasar Kubang Kerian, bakal berubah wajah apabila satu unit apartmen 25 tingkat yang bernilai RM115 juta siap kelak.

Projek berkenaan diurus Syarikat Sentosa Jaya Development Sdn Bhd dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Sehubungan itu, majlis perjanjian usahasama itu masing-masing ditandatangani Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat dan Pengarah Urusan Syarikat Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, Datuk Razali Daud.

Menyaksikan majlis perjanjian usahasama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apartment ini mengandungi 321 unit rumah kediaman, 11 unit pejabat, 10 unit kedai perniagaan, satu unit surau, satu unid dewan serbaguna, kolam renang dan kawasan riadah. Projek ini dijangka menarik perhatian masyarakat di negeri itu memandangkan kedudukannya yang begitu strategik dengan kadar harga yang berpatutan antara RM160,000 hingga lebih RM300,000.

Fauzi ketika berucap pada majlis itu memberitahu melalui pembangunan projek pusat komersial itu, MPKB-BRI bakal memperolehi pulangan langsung pelaburan RM5.17 juta.

“Keuntungan itu diperolehi dari projek RM3.87 juta dan bayaran in-kind secara tunai bagi pembinaan pasar baru sebanyak RM1.3 juta,”ujarnya.

Selain itu, tambahnya MPKB-BRI turut mendapat pulangan tidak langsung sebanyak RM433,000 setahun. (Hrkh)

Thursday, April 05, 2012

Ni, Pakai Pakaian, Macam Tak Pakai..





Berpakaiaan beginikah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat manusia, sebagai 'berpakaian tetapi bogel'? Pakaian yang dilarang oleh tabi'e manusia berbudaya dan berakhlak mulia..

(IH)

Wednesday, April 04, 2012

'Duduk Bantah’ Di Dataran Merdeka 28 April Ini

Pemimpin-pemimpin pertubuhan Bersih menunjukkan poster perhimpunan ‘Duduk Bantah’ semasa sidang media di Kuala Lumpur pada 4 April, 2012. – Foto oleh Jack Ooi Pemimpin-pemimpin pertubuhan Bersih menunjukkan poster perhimpunan ‘Duduk Bantah’ semasa sidang media di Kuala Lumpur pada 4 April, 2012. – Foto oleh Jack Ooi

KL, 4 April 12: Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 hari ini mengesahkan mereka akan mengadakan perhimpunan ketiga atau Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih pada 28 April ini.

Perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang di Dataran Merdeka itu turut akan dijalankan di seluruh negara termasuk juga di beberapa negara di seluruh dunia dengan anggaran seramai 500,000 peserta. Perhimpunan yang bertajuk “Duduk Bantah” itu masih lagi mengekalkan lapan tuntutan daripada perhimpunan sebelumnya pada 9 Julai tahun lalu. Antara tuntutan mereka adalah:
  • membersihkan sistem pilihan raya,
  • pembaharuan pengundian pos,
  • penggunaan dakwat kekal,
  • akses media yang adil,
  • 21 hari tempoh berkempen,
  • pengukuhan institusi awam,
  • hentikan rasuah politik,
  • dan hentikan politik kotor.

Perhimpunan itu juga adalah lanjutan daripada ketidakpuasan hati pertubuhan tersebut terhadap laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya yang telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat semalam tanpa dibahaskan.

Pemimpin Bersih ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini berkata, untuk perhimpunan kali ini, pihaknya akan memberikan keutamaan penuh kepada keselamatan peserta.

“Keselamatan peserta akan menjadi keutamaan kami. Malah kami juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memastikan tahap keselamatan yang paling tinggi ketika perhimpunan berlangsung,” kata Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan.

Sasterawan Negara, yang juga Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A. Samad Said, yang turut hadir ketika sidang media tersebut menuntut ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas mereka kepada rakyat.

“(Ketua-ketua) SPR perlu letak jawatan. Mereka bukan bekerja untuk kerajaan, tapi untuk rakyat.

“Kes-kes penipuan terus berlaku, seperti yang kami jelaskan membuktikan kerajaan hari ini tidak bercita-cita mengadakan pilihan raya dengan adil dan bersih,” tegasnya yang yakin Pilihan Raya Umum ke-13 ini akan menjadi medan pilihan raya paling kotor.

“Rakyat akan terus membantah kerana tiada komitmen menambah baik sistem pilihan raya sebelum PRU13,” tambahnya lagi.

Untuk perhimpunan kali ini, Bersih turut menerima penyertaan daripada Himpunan Hijau dan kumpulan mahasiswa, wakil Bersih dari Sabah dan Sarawak, termasuk 84 badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempunyai matlamat yang sama.

Selain itu, mereka turut melancarkan laman web www.pru13.info bagi membolehkan rakyat memantau proses pilihan raya bermula dari saat pembubaran Parlimen hingga proses pembuangan undi yang dijangka berlangsung dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

Ambiga turut menegaskan, pihaknya akan menghantar laporan mingguan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang berpengkalan di Geneva berhubung proses menuntut pilihan raya yang adil dan bersih itu. (Sumber MI)

Ambiga berkata PSC seakan-akan tidak mengendahkan tuntutan Bersih 2.0. — Gambar oleh Jack Ooi

Phahrolrazi, Dr Ismail Angkat Sumpah Exco Esok.

Al-hamdulillah, selesai.. Moga-moga tiada lagi suara-suara songsang kedengaran..

KL 4 Apr 12: Selesai sudah, desas-desus songsang di negeri Kedah. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau dan Datuk Dr Ismail Salleh akan menghadiri upacara angkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai exco kerajaan Kedah di Istana.

Satu langkah yang dilihat akan meredakan kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri itu. Upacara angkat sumpah jawatan exco itu akan berlangsung di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi esok.

Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini berkata, surat jemputan tersebut telah diterima oleh pembantunya pada hari Ahad, dan diserahkan kepadanya pada hari Isnin. Bagaimanapun, portfolio yang bakal diberi kepada ADUN Pengkalan Kundor dan Alor Mengkudu itu masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail timbalan pesuruhjaya dua PAS negeri, enggan dilantik semula Februari lalu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

PAS pusat kemudiannya campurtangan bagi menangani krisis kerajaan negeri Kedah itu dan mengarahkan Phahrolrazi, Dr Ismail menerima semula pelantikan exco. Sebuah jawatankuasa pemandu turut ditubuhkan memantau pentadbiran dan menyelesaikan krisis politik tersebut untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Azizan juga sebelum itu dilaporkan berkata, kedua-dua exco tersebut masih berpeluang dilantik semula selepas tamat tempoh khidmat. Semoga tiada lagi suara-suara songsang kedengaran. Mudah-mudahan. (IH)

Ibubapa Perlu Sedar Gerakan Liberal Mahasiswa.



"SECARA ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang."

Demikian tulis Luqman Abd Hamid, AJK Kajian dan Informasi PEMBINA, dalam Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak di kalangan mahasiswa adalah‘OccupyDataran’.. Berakar-umbikan ideologi liberal, kini telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa.

Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi dari protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks lebih luas. Seruan dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.

Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punyai pemimpin dan ahli. Tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.

Menurut Luqman lagi...

"Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq.

"Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syura” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syura” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya.

"Kesemua ini adalah LIBERAL!! Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan Islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat Islam akan membiarkan sahaja perkara begini?

"Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja. Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja.

"Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam? Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa? " Jelas beliau lagi.

Bahkan menurutnya, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA..

Akhirnya, tulis Lukman, jika ditanya apakah jalan penyelesian kepada kemelut ini, maka tiada jawapan lain yang dapat beliau unjurkan melainkan dengan memahami ungkapan ‘Al-Islam huwa al-hal’ (Islamlah satu-satunya penyelesaian).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibubapa kena sedar mengenai trend buruk ini, mengawasi perkembangan remaja masa kini, mengenengahkan Islam sebagai satu-satunya jalan penyelesaian, termasuk poitik, ekonomi dan kehidupan sosial. (IH)

Pelajar Cemerlang K'tan Dapat RM500


KOTA BHARU, 4 April 12: Kerajaan Kelantan akan meneruskan sumbangan kepada semua pelajar cemerlang negeri ini bagi kali keempat sebanyak RM500.

Keputusan itu telah diluluskan pada mesyuarat exco hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangun Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata semua pelajar cemerlang dalam tiga peperiksaan SPM, STPM dan STAM yang mengambil peperiksaan di negeri itu layak menerima.

“Selain itu, anak Kelantan yang belajar di luar Kelantan juga layak menerima sumbangan kerajaan negeri,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco.

Sambungnya, mana-mana pelajar yang layak menerima mesti mendapat 9A ke atas dalam peperiksaan SPM, STAM (mumtaz) dan STPM (4P) ke atas.

Jelasnya, mana-mana pelajar yang layak mesti mendapatkan borang khas yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan (Yik) minggu hadapan yang dilantik sebagai urusetia dalam program itu.

“Saya minta rakan-rakan pelajar sekolah termasuk sekolah kementerian atau ibu bapa sendiri memaklumkan perkara ini pada kawan atau anak masing-masing.

“Kita tidak mahu ada yang tercicir macam sebelum ini, dah lepas lama majlis siap baru ada yang datang memohon,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar cemerlang yang terlibat menghubungi Yik bermula minggu hadapan. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan terus prihatin terhadap kebajikan rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails