Saturday, April 28, 2012

Polis "yang dicederakan perusuh" ... -K/Polis Negara

GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG dari Malaysiakini...


9.20pm Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Omar berharap petugas "yang dicederakan perusuh" segera sembuh dan mendapat rehat secukupnya sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Menurut Facebook polis, beliau berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan seluruh anggota polis ketika Op Aman 3.

8.05pm Kematian melibatkan pegawai polis sepertimana yang digembar-gemburkan adalah tidak benar, menurut tweet polis.

8.00pm
Jumlah tangkapan setakat 8 malam sebanyak 388 orang, menurut polis.

7.54pm
Polis siarrakaman video di Internet punca kereta polis terbabas dan sebabkan kemalangan.

Video tunjukkan orang ramai kerumuni kereta polis dengan membaling objek. Malah seorang lelaki kelihatan melompat dan menginjak-injak bumbung kereta dan seorang lagi melompat menendang cermin depan.

7.30pm Menurut polis, sehingga jam 7 petang, seramai 222 orang ditahan.

7.05pm Sewaktu serbuan polis beramai-ramai wartawan The Sun dikenali sebagai Radzi tercedera di mulut dan terlentang. Mulutnya berdarah. Dia mendapat pertolongan cemas dan di bawa ke hospital HKL.

Menurut seorang saksi, ketika seorang lelaki memakai baju BERSIH dan berada di hadapan Radzi, berlaku rempuhan daripada polis yang membuat serbuan. (Mk)

Bersih 30: Tahniah & Kesal -Nik /Aziz

 
KOTA BHARU, 28 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berjaya menyertai Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala  Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Melbourne, Makkah, Madinah, Mesir turut menganjurkan bersih di tempat masing-masing.

“Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” ujarnya.

Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa di negara ini turut berhimpun untuk menjayakan Bersih 3.0.

Katanya, mereka hadir beramai-ramai bukan atas bangsa, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan tuntutan Bersih 3.0 yang ternyata telah berjaya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.

Katanya, sekiranya Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj masih hidup, sudah tentu allahyarham akan menyokong tuntutan Bersih kerana menyedari ketidakadilan banyak berlaku dalam SPR.

“Lagipun sebelum ini allahyarham turut menyokong perjuangan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), kerana menyedari perjuangan Umno kini sudah menyimpang dari perjuangan sebenar,” ujarnya. (Hrkh)

388 Ditahan Termasuk Wartawan Harakah





Antara yang ditahan
KEMASKINI
KL: Menurut twitter PDRM, jumlah keseluruhan peserta himpunan Bersih 3.0 yang ditahan adalah 388 dan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol). Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.

Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau. Kesemua mereka sebelumitu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis. Di dalam trak itu, ramai antara mereka yang cedera dan berdarah. (Hrkh)

Bersih 3.0: Bernafas Dalam Gas

 DSCN0870.gif
 Bernafas dalam gas
 DSCN0867.gif 
 
 DSCN0872.gif
Dihantar oleh Shukri Abdullah yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Beliau sama sekali tidak kenal individu-individu dalam gambar ini. (IH)

'Duduk, Bantah & Makan' Di Dubai



(Selepas 'Duduk, Bantah dan Makan' mereka bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan)

DUBAI: Lebih 30 pekerja profesional Malaysia yang bertugas di Dubai sekarang berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil.

Mereka 'Duduk Bantah sambil Makan' sambil mengambil gambar tanda sokongan kepada perjuangan Bersih.

"Sebagai pekerja profeional dari Malaysia, kami mahu tunjukkan kami juga patriotik. Kami mahu Malaysia dikenali sebagai pengamal demokrasi sebenar," kata jurucakap mereka.

Selain itu, difahamkan juga, beberapa tindakan dibuat bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan untuk mendapatkan pilihan raya yang berih dan adil.

Dubai adalah salah satu dari 30 kotaraya seluruh dunia yang turut meraikan perjuangan Bersih 3.0 dengan turut mengadakan perhimpunan di tempat mereka.

Tian Chua, Dr Aziz Bari Antara 100 Ditahan?

 
LAPORAN LANGSUNG dari Malaysiakini...

Tian Chua & Dr Aziz Bari Ditahan..


6.57pm Berdasarkan gambar dalam laman Facebook polis, dianggarkan lebih 100 ditahan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dekat Jalan Semarak.

6.22pm:
Jln Sultan Abdul Samad - Konvoi berkereta polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya.


6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.
6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ.

5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan.

5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis.

5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis.

Gadis Pengsan. Kereta Pois Langgar.. Diterbalikkan..



Lagi 'LAPORAN LANGSUNG' dari Malaysiakini.

 Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ. Dan seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.


Lihat lanjut''


5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai.

5:01pm
JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.
5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

455pm
JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm
Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.

Lihat Video kereta polis diterbalikkan..

Lebih 35 Peserta BERSIH Ditangkap...

KL 28 Apr 12: Sebentar tadi kira-kira sebelum masuk waktu Asar, dalam 'LAPORAN LANGSUNG' Malaysiakini, menyebutkan di Jalan Raja Laut, kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

Sementara itu, turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.Bersih. Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan. Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 

Begini sambungan langsung terebut:

3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.
Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.

3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 

3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.

3.42pm Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang. Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.

3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.

3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.

3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik. Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.

Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis. Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.

3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.

3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.

3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.

3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.

3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai.

Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu".

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.(IH)

Bersih: Polis Tembak Gas, Kanak-kanak Jadi Mangsa




(Wajah-wajah pedih selepas terkena gas pemedih mata di Jalan Raja Laut)

KL: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.

Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai.


(Berkongsi garam di dalam masjid India selepas terkena gas pemedih mata)


Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.


(Orang ramai memenuhi jalan belakang sebelah Jalan Raja Laut selepas kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata)

Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat. Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.

Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya. Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.


(Kiri: Terpaksa berlindung selepas ditembak dengan gas pemedih mata. 

Kanan: Gas ditembak)

"Baru terkena gas pemedih mata,  Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter.

Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian. Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ. Begitu menurut sumber Harakah.
Sementara itu, disekitar pusat beli-belah Sogo, seorang pengurus syarikat sebuah majalah agama telah dihubungi Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi memberitahu bahawa beliau, keluarga dan anak-anaknya juga ditembak gas pemedih mata.
"Sakit.. aku tak tahan, anak-anakku menangis.." Kata Mohd Shukri pengurus pemasaran majalah Era Muslimah, Dian dan lain-lain.

Khabar-khabar disekitar itu bertiup kencang mengatakan seorang lelaki berumur, bangsa Cina dikatakan telah meninggal dunia kerana kesesakan nafas dalam perjalanan ke hospital. (IH)

Ambiga Isytiharkan Bersih 3.0 Berjaya.

 
Sambungan Laporan Langsung 


Malaysiakini melaporkan Ambiga istytiharkan Bersih 3.0 Berjaya, 100,000 banjiri Kuala Lumpur.


2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.

Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.

Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat.
1.55pm: Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka.

"Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu.

1.50pm Masjid Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama.

Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen keretapi yang mengarah ke Pasar Seni.

Dengan diterajui anggota Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng manusia.

1.45pm:
Pasar Seni - Kira-kira 30 orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad 'duduk bantah' di atas jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT.

1.38pm Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba.

1.30pm
Dataran Merdeka - Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong.

Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan "duduk" dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis.

Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.

1:33pm
Pasar Seni - Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah.

1:30: Pasar Seni - Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri.

1.40pm Polis keluarkan kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.

1:13pm:
Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000

1.09PM MASJID JAMEK Unit Amal membuat benteng manusia bagi memimpin orang ramai berarak ke Dataran Merdeka.
12.50pm Pasar Seni - Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ.

12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

"Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya.

"Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil."

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.

12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.

Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. "

Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya. 



12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.

12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.

12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.

Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan "BERSIH" dan "Stop Lynas".
12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning.
12:03 thr Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000
1155am: Pasar Seni - Peserta yang bergabung sekarang dianggarkan berjumlah 10,000 orang. Tempat letak kereta dibanjiri orang ramai yang menyanyi lagu Negaraku.
11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.

Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

11.47am Dekat Dataran Merdeka - Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk 'Rasa Sayang'.
11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.

"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.

Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.
1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak "Tolak SPR"

11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.

Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.

(Sambungan dari sebelum ini.. Laporan Langsung Hingga Sekarang..)

Bersih: Mekah-Madinah, Australia, N/Zealand, Korea Dll



(Lebih 100 berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Sydney, Australia)

KUALA LUMPUR: Ketika ratusan ribu rakan-rakan mereka berkumpul di Kuala Lumpur, beribu-ribu penyokong agenda Bersih juga berkumpul di tempat-tempat lain seluruh dunia. Khamis lepas, berpuluh-puluh penyokong Bersih 3.0 melancarkan kempen mereka lebih awal iaitu di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah.

Hari ini perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya. Di Sydney, Australia, lebih 100 orang berkumpul bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

(Perhimpunan di Masjid Nabawi, Madinah beberapa hari lalu)

Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter.

Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu ‘Negara Ku’.

Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta.

“Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!” tulis satu tweet. Semasa di Perth, Australia,

(Himpunan Bersih 3.0 di Kota Kinabalu)

150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut. Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
“Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan,” laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri)

(Perhimpunan Bersih 3.0 di Kucing)

Memakai baju-T kuning, mereka – kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu – membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.
Selain, penyokong Bersih juga berhimpun di Kota Kinabalu, Sabah. Begitu juga di Kucing, mereka juga berhimpun di sana.

Amaran Bersurai, Polis Tangkap, Tendang 3 Pemuda.


 
KUALA LUMPUR: Walaupun jam baru menunjukkan jam 1 tengahari, iaitu satu jam menjelang perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka,  polis sudah mengeluarkan amaran bersurai kepada orang ramai.

Mereka juga sudah bersiap sedia dengan water canon dan pasukan polis FRU untuk menyerang orang ramai jika arahan itu tidak diendahkan mereka.

Amaran polis ini bertentangan dengan janji kerajaan sebelum ini yang mengumumkan kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan kali ini sebagaimana yang mereka laku ke atas Bersih 2.0.

Di perkarangan KLCC, polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda  peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka. Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis.

Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Polis berkumpul


Lebih 500 anggota polis dilihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank Rakyat. Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing. Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing.

Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini.

Masjid Negara, D/Merdeka & Unit Amal


 

KL: Sebagaimana perhimpunan yang disertai PAS sebelum ini, Unit Amal sekali lagi memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan peserta terkawal.

(Pemimpin kanan Unit Amal memberikan taklimat kepada Pengerusi Bersama Bersih 3.0 S Ambiga)

Kira-kira 4,000 anggota unit di bawah pantauan Pemuda PAS dari seluruh negara itu dikerahkan ke perhimpunan kali ini.

Malah mereka sudah mula bertugas sejak beberapa malam lalu di Dataran Merdeka bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di situ.

Ia dibuat ekoran serangan samseng ke atas perkhemahan mahasiswa yang menuntut pemansuhan pendidikan percuma di situ.

Namun, ekoran peranan mereka, anggota Unit Amal kali ini menjadi sasaran polis.
Gambar sebelah menunjukkan risiko tugas mereka bagi mempasti peserta perhimpunan selamat sedang mereka sendiri terdedah kepada risiko ditangkap.
(Salah seorang anggota Unit Amal ditangkap polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 kali ini)

 

(Penuh Masjid Negara dengan baju kuning)

Sementara itu, menjelang perhimpunan rasmi Bersih 3.0 jam 2 petang ini, Masjid Negara penuh dengan jamaah yang berbaju kuning.


(Orang ramai bergegas ke dalam Masjid Negara apabila azan berkumandang)

Mereka ke sana untuk menunaikan solat Zohor apabila azan dikumandangkan oleh muazzim Masjid Negara.

Ini menyebabkan masjid itu penuh sesak umpama solat Jumaat. Sebelum itu, beberapa pemimpin telah membuat ucapan di perkarangan masjid itu.

Presiden PAS D/Merdeka, Ratusan Ribu Banjiri..

 
(Ratusan ribu sudah berkumpul menuju ke Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.

Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Dengan memakai jubah berwarna kuning, lencana bersih 3.0 dan juga headband Bersih 3.0, beliau akan bersama perhimpunan Bersih kali ini.

Dalam perhimpunan  Bersih 2.0, beliau antara yang ditahan polis dan dibawa naik ke black maria polis.

Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Dengan memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.(gambar kiri).

(Jalan Sultan)

(Masjid Negara)

(Sedang sampai di Stesen Komuter Kuala Lumpur)

(Dari Pudu Raya)

(Pasukan hijau yang bergerak dari KLCC)

Laporan Langsung Hingga Sekarang..

Laporan langsung menjelang perhimpunan BERSIH
GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG
Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.

11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.
11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.
11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.

Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik. Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.
10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.
10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.
Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat  berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.
  
10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am
Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar  - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am
Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.
10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.
9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.
9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

9.36am
Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.

Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.
9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta
9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."
9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.

Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.

Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.

Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut.
9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.
9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am
Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.
8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen. 8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am
JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am
JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am
JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

Tokoh Politik Britain, George Galloway Peluk Islam

JEMIMA.
JEMIMA.

GALLOWAY bersama isteri barunya, Putri Gayatri Pertiwi.
GALLOWAY bersama isteri barunya, Putri Gayatri Pertiwi. 
 
LONDON: Tokoh politik Britain, George Galloway dilapor memeluk Islam dalam satu majlis sulit lebih 10 tahuin lalu. Aktivis sosial, Jemima Khan berkata, anggota Parlimen berkenaan mengucapkan syahadah di majlis yang dihadiri anggota Persatuan Islam Great Britain.

Jemima yang memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan, dalam artikel yang disiarkan dalam majalah New Statesman, mendakwa dia mengenali seseorang yang turut hadir di majlis yang diadakan di barat laut London itu.

Bagaimanapun, Galloway, anggota Parlimen untuk Bradford West, menafikan adanya majlis itu. Namun, lelaki berusia 57 tahun itu yang sudah empat kali berkahwin, tidak menafikan dia Islam.

Galloway, dalam media, sentiasa dikatakan beragama Katolik. Sebelum kemenangan mengejutnya dalam pilihan raya kecil bulan lalu, tersebar surat di kalangan pengundi yang menyatakan sokongannya terhadap Palestin, usahanya untuk membebaskan Kashmir dan kenyataan dia tidak minum arak.


“Tuhan tahu siapa Islam. Dan Tuhan juga tahu siapa bukan Islam. Anda juga begitu,” antara kenyataan yang terkandung dalam surat itu. Galloway menafikan bertanggungjawab menulis dan menyebarkan surat berkenaan.

Jemima yang kini sudah berpisah daripada Imran, mewawancara Galloway di Bradford West yang mempunyai sejumlah besar masyarakat Islam, memulakan artikelnya dengan berkata: ‘George Galloway, Ahli Parlimen Bradford West, ialah Muslim.

“Dia memeluk Islam lebih 10 tahun lalu di satu majlis di sebuah hotel di Kilburn, dihadiri oleh anggota Persatuan Islam Great Britain.

“Mereka yang rapat dengannya tahu hal ini.

Yang lain, termasuk masyarakat Islam di kawasan pilihan rayanya, tidak tahu.” Jemima memberitahu Galloway, dia kenal seseorang yang hadir di majlis berkenaan. Dia bertanya kepada Galloway ketika wawancara itu: “Jadi, anda sudah memeluk Islam?” Menurut artikel berkenaan, Galloway menjawab: “Saya tidak boleh menjawab soalan itu.

Tuhan tahu siapa yang Islam.” Wawancara itu berterusan sambil Jemima dan Galloway menikmati makanan halal. - DM

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

12 Gerabak K/Api Tanah Merah Tuju D/Merdeka


 TANAH MERAH: Biar pun kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan mahkamah bagi menghalang perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka petang ini, namun ia tidak mematah semangat kira-kira 5,000 pendokong Pakatan Rakyat dari sini menyertainya.

Malam tadi sebahagian mereka menaiki 12 gerabak kereta api Ekspress Wau dari Tanah Merah menuju ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan membantah ketidakadilan dalam proses pengendalian pilihan raya di negara ini.

Sejak awal malam lagi stesen kereta api Tanah Merah mulai penuh dengan peserta Bersih 3.0 terutamanya mereka yang datang dari tempat yang agak jauh.

Rombongan berkenaan diketuai anggota Jawatankuasa PAS Tanah Merah, Mejar (B) Ramli Zakaria. Turut serta bersama rombongan berkenaan Setiausaha Kerja PAS Tanah Merah, Mohd Nordin Ahmad dan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS kawasan, Wan Doti Wan Yahya.

Nordin berkata, mereka menaiki 12 gerabak dan yang lain menaiki bas dan kenderaan sendiri yang bertolak lebih awal.

Difahamkan Kereta Api Tanah Melayu menambah bilangan gerabak memandangkan permintaan penumpang begitu tinggi.

Kereta api ekspress terbabit  tiba kira-kira jam 9 malam dan mereka beratur panjang menaiki gerabak berhawa dingin untuk bersama rakyat dari jajahan lain menyertai Duduk Bantah petang ini.

N/Aziz Tak Dpt Hadir, Hanya Pesan Dr T'ganu















Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di Marang malam tadi

MARANG: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi penegasannya bahawa umat Islam khususnya ahli serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berkemampuan wajib menyertai Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Namun begitu, katanya, beliau yang pada awalnya bercadang mahu juga menyertai Bersih kali inii tidak dapat turut serta pada perhimpunan tersebut kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sertai Bersih 3.0 wajib, masalah taknikal (tempat) itu boleh bincang. Tapi, saya sendiri tak dapat pergi, kerana keuzuran. Hari ini (Jumaat) pun, mengajar (kuliah pagi) di Kota Bharu pun tak larat.

“Sembahyang subuh pun baca surah pendek-pendek sahaja,” ujarnya kepada Harakah Daily selepas Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa di Kampung Bukit Parit, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, Marang, semalam.

Sementara itu, berhampiran Dataran Merdeka seramai 2,000 hingga 3,000 orang telah berhimpun bermula jam 10.00 hingga awal pagi tanpa sebarang sebarang gangguan pihak berkuasa.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata sekumpulan rakyat yang datang lebih awal mula berkumpul secara santai berhampiran dataran tersebut.

Menurutnya, orang ramai yang berkumpul terdiri dari kalangan anak-anak muda yang akan menyertai himpunan Bersih 3.0 hari ini.

“Semalam, saya berada di sekitar Dataran Merdeka untuk melihat suasana di sana. Orang ramai sekitar 2,000 hingga 3,000 orang anak muda mula berkumpul sejak jam 10.00 malam dan saya tinggal (lokasi) jam 1.45 pagi, orang masih ramai lagi,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

KL, Banjir Manusia Landa Sekitar D/Merdeka






Ribuan manusia sudah penuhi perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur menjelang himpunan Duduk Bantah jam 2 petang ini

KUALA LUMPUR: Ribuan manusia sudah mula berkumpul di sekitar ibu kota Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 walaupun perhimpunan rasmi hanya bermula jam 2 petang ini.

Malam tadi, lebih 1,000 datang ke Dataran Merdeka dengan pelbagai ragam bagi menyatakan sokongan mereka kepada tuntutan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Sehingga jam 9.15 pagi ini, ribuan orang sudah mula memenuhi pelbagai pusat perkumpulan sebelum mereka menuju ke Dataran Merdeka.

Di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, lebih 2,000 sudah berkumpul di situ.

Dataran Merdeka jam 9.45 pagi

Mereka melaungkan takbir, hidup Bersih dan sebagainya. Di persekitaran Dataran Merdeka sendiri, ribuan manusia sudah mula berkumpul di situ walaupun jam baru 9.45 pagi. Ada yang bermain dengan telefon bimbit masing-masing di samping ada yang mula memberikan ucapan menjelang perhimpunan rasmi bermula jam 2 petang nanti.


Dalam Komuter dari Seremban menuju Kuala Lumpur

Jalan-jalan menuju ke pusat bandar juga penuh dengan kenderaan yang merangkak menuju ke Dataran Merdeka. Kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar pula ditutup menyebabkan jalan yang terbuka penuh dengan kenderaan. Ekoran itu, orang ramai diminta menggunakan kenderaan awam khasnya LRT, Komuter dan Monorail yang nampaknya beroperasi dengan baik.

Taufek Ghani, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan melaporkan, komuter yang beliau naiki penuh dengan manusia khasnya orang muda. Ramai antara mereka pula memakai baju kuning dan kebanyakan mereka nampaknya menuju ke Dataran Merdeka.

Hijau dan Kuning

Para aktivis perhimpunan Hijau membantah Lynas mula berkumpul MBPJ New Urban Parks, Damansara Damai

Sementara itu, pihak yang membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan juga mula berhimpun pagi ini. Mereka akan menuju ke KLCC dan dijangka perhimpunan akan bermula di sana jam 11 pagi. Selepas itu, mereka juga akan berarak ke Dataran Merdeka untuk menjadikan perhimpunan kali ini adalah Hijau dan Kuning..