Saturday, May 05, 2012
Tuduh Zina Patut Kena 80 Sebatan -Dr Juanda
KOTA BHARU: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.
“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.
Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.
Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan “Bersatu Demi Islam”. Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.
Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.
Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.
Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.
Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.
Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.
“Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.
“Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja,” ujarnya.
Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.
Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.
Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan.
KETIGA: SAHAM SYARIKAT ATAU RAKAN PERNIAGAAN
Skim ini mempengaruhi kamu, dengan menjanjikan kamu peluang menyertai syarikat mereka melalui.... Bongkar Penipuan Dalam Internet (4)
Ada Jalan Menuju Syurga di Cina ?
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
DI CHINA, khususnya di wilayah Tianamen, terdapat sebuah jalan yang sangat berliku – liku tajam. Orang Inggeris menyebutnya The “Heaven-Linking Avenue” atau “Avenue Toward Heaven”. Bila diterjemahkan, ertinya adalah Jalan Penghubung ke Syurga atau Jalan Menuju Syurga. Jalan ini juga dikenal dengan sebutan Big Gate Road yang terjemahannya adalah Jalan Gerbang Besar.
Mengapa jalan ini disebut dengan Jalan Menuju Syurga? Begini ceritanya. Di Tianamen, terdapat sebuah fenomena alam yang menakjubkan, iaitu Tianamen shan Big Gate. Tianamen shan Big Gate atau Gerbang Raksasa Tianamen ini adalah lubang besar yang menganga di gunung Tianamen. Lubang raksasa ini merupakan lubang terbesar di dunia. Fenomenal alam di dinding gunung ini terletak 8 km dari kota Zhangjiajie, di Provinsi Hunan, Cina.
Peristiwa terbentuknya lubang di gunung Tianmen ini tercatat dalam sejarah Cina. Lubang ini terjadi pada tahun 263 M, pada masa pemerintahan raja Wujing. Di zaman itu, ada sebuah gua yang bernama Shongliangshan. Gua yang terletak tepat di belakang dinding gunung Tianmen tersebut kemudian roboh dan meninggalkan sebuah lubang raksasa yang menganga. Dan sejak saat itu nama gunung ini diganti dengan nama Tianmenshan. Supaya dapat sampai ke sana, Anda harus menaiki 999 anak tangga dulu.
Nah, untuk mencapai gunung ini, Anda harus berkendara melalui jalan yang disebut Jalan Gerbang Besar terlebih dahulu. Jalan ini memiliki 99 kelokan sehingga disebut sebagai salah satu jalan paling berbahaya di Cina. Jalan ini juga mulai dari ketinggian 200 meter di bawah permukaan laut sampai puncaknya pada ketinggian 1300 meter di atas permukaan laut. Namun, dalam budaya Cina, angka 9 dianggap sebagai angka beruntung.
Mereka juga mempercayai bahawa syurga memiliki 9 tempat. Itulah mengapa jalan dengan 99 kelokan ini disebut dengan Jalan Menuju Syurga. Jalan ini dibangunkan selama 8 tahun, mulai dari tahun 1988 hingga tahun 2006. Pemandangan yang berada di sepanjang jalan ini sangat indah. Namun bila Anda melihat lurus ke depan selama perjalanan, akan terlihat menakutkan dengan berbagai tikungan tajam dan tanjakan yang Anda lalui.
Selain dengan kendaraan beroda, masih ada pilihan lainnya, iaitu dengan kereta gantung atau keret kebel. Tetapi pilihan ini sangat tidak disarankan bagi orang yang takut ketinggian. Kereta gantung ini adalah kereta gantung tertinggi dan terekstrim di dunia. Kereta gantung ini menempuh jarak sekitar kira-kira 20 minit.(techflesh/rei)
BERSIH: Tiada Alasan Untuk Serah Diri
Polis siar foto anggota kasari orang ramai, wartawan pula..
Aktivis mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk penuntut universiti yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Sabtu lalu tampil menyerah diri,
Bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab mempersoalkan arahan pihak berkuasa itu kerana gambar yang disiarkan tidak memaparkan butir peribadi yang jelas.
"Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH.
Ahmad Syukri yang kini bertugas sebagai koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan polis perlu mengikut prosedurnya, bukan mengeluarkan gambar "semberono" dan mengarahkan pihak berkaitan ke balai.
"Polis sepatutnya mengikut prosedur yang sebenar dengan mengeluar surat (panggilan) dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin hari ini yang menggesa 22 penuntut daripada 49 individu yang dikehendaki tampil membantu siasatan polis.
Sementara itu, Ahmad Syukri memaklumkan kumpulan mahasiswa akan menyediakan khidmat guaman kepada rakan mereka sekiranya dituduh di mahkamah.
'Lagi mudah keluarkan gambar polis'
Turut hadir dalam sidang media itu, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema).
Ahmad Syukri turut mempersoal mengapa polis tidak mengeluarkan gambar anggotanya yang didakwa mengganas dan tidak beretika pada perhimpunan tersebut.
"Sebenarnya daripada 250,000 ribu demonstran, dia boleh keluarkan (gambar) 49 orang, berbanding beberapa ratus polis yang bertugas hari itu.
"Lagi mudah (polis) mengeluarkan gambar-gambar polis, yang bertindak luar etika dan (supaya mereka) dihakimi secara adil," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, menggesa polis supaya mengikut prosedur siasatan yang sewajarnya dan tidak bersikap berat sebelah berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang media mereka, polis menyiarkan gambar anggotanya yang memperlihatkan aksi kasar terhadap peserta BERSIH.(gambar di atas)
Sementara itu, dalam sidang media sama, Koordinator GMPP R Karthiges mengumumkan pihaknya kini sedang merangka pelan pendidikan percuma di semua peringkat bersama pelbagai kumpulan mahasiswa dan parti politik.
"Hari ini kita dapatkan pandangan awal. Setiap kumpulan mahasiswa diberikan dua minggu untuk mendapatkan kata sepakat sebelum pilihan raya berlangsung," katanya. (MK)
Kajian: Tonton Filem Porno Rosak Otak
Penelitian ini melibatkan 12 responden wanita yang tercatat sehat secara fisik dan jasmani, belum memasuki masa menopause, dan heteroseksual. Mereka juga menggunakan kontrasepsi, sehingga hormon yang mengatur mood dan hasrat seksual selama masa siklus menstruasi dapat diperhalus.
Seperti dikutip Daily Mail, Khamis (19/04/2012), para responden kemudian diminta untuk menyaksikan tiga video porno. Satu video hanya menayangkan adegan foreplay dan masturbasi, sedangkan video lainnya menampilkan adegan-adegan yang lebih panas, dengan seks oral dan penetrasi. Sambil menyaksikan video porno para responden diamati aktiviti otaknya menggunakan Positron Emission Tomography (PET scan).
Hasil scan menunjukkan, saat responden menyaksikan filem yang paling vulgar, aliran darah ke bahagian primary visual cortex di otak semakin berkurang. Dengan aliran darah yang berkurang, kinerja otak pun semakin menurun.
Pakar uroneurologi Gert Holstage yang juga salah satu anggota team peneliti, menyebutkan bahawa otak lebih banyak berkonsentrasi pada proses rangsangan daripada memproses tampilan visual selama menyaksikan filem.
“Anda harus menyadari bahawa otak memerlukan cadangan energi sebanyak mungkin. Maka, jika ada beberapa bahagian otak tidak difungsikan, cadangan itu segera turun,” kata Gert Holstege, salah satu uroneurologis team peneliti. Penelitian itu juga membuahkan kesimpulan lain, iaitu wanita memerlukan situasi yang aman saat berhubungan.
“Agar dapat bekerja dengan baik, otak harus menyisakan energi sebanyak mungkin. Jika separuh bahagian otak tidak berfungsi (kerana tidak mendapat pasokan darah), kinerjanya akan menurun,” paparnya seperti dikutip LiveScience.
Holstage merujuk pada hasil studi sebelumnya yang menunjukkan bahawa otak dapat merasa gugup atau terangsang, tetapi tidak dapat melakukan keduanya sekaligus.
Selama orgasme, aktiviti di bagian otak yang mengontrol rasa gugup dan gelisah langsung menurun drastik. Inilah sebabnya mengapa wanita yang memiliki libido rendah kerap kali merasa gelisah.*
( IH/Rep: Panji Islam)
Friday, May 04, 2012
Bakar Utusan! Tolak Fitnah Lucah -Muslimat K'tan
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.
Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.
Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.
Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.
Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.
Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.
“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,”ujarnya.
Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.
Sultan Kelantan Jalan Kaki 7 Km
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah berjaya berjalan sejauh 7 kilometer sekitar Bandar Kota Bharu sempena program ‘Walk Whith Me 2012’ yang bermula selepas solat Asar semalam.
Sultan Kelantan [tengah depan] berjalan kaki 7 KM di Kota Bharu semalam
Terdahulu baginda membuat pelepasan untuk peserta 40 tahun ke bawah.
Turut bersama baginda hampir 30,000 peserta lain yang terdiri dari pemimpin kerabat D’Raja Kelantan, kerajaan negeri, Persekutuan, individu serta pelajar sekolah pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Program ini semakin mendapat sambutan selepas kejayaannya yang mula diadakan pada tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Kerabat Di Raja Al Muhammadi.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan negeri dan Persekutuan.
Gadis Ini Diatih Calon Bodyguard Di Israel (Gambar)
Mereka diwajibkan mengikuti pelatihan selama 8-10 bulan sebagai bekal tugas mereka kelak. Perusahaan akan memberi kesempatan bagi lulusan terbaik untuk mengikuti latihan lanjut di Akademi Keamanan Internasional di Israel.
Sepasang calon bodyguard memperagakan adegan pertarungan di lokasi pelatihan di kota Beijing, China,
Seorang gadis China mengikuti pelatihan calon bodyguard di Sanya, provinsi Hainan, China,
Seorang instruktur menghancurkan botol di kepala seorang peserta pelatihan bodyguard di Beijing, China,
Sejumlah gadis China mengikuti pelatihan calon bodyguard di Sanya, provinsi Hainan, China.
Seorang instruktur menghancurkan sebuah kayu di kaki peserta pelatihan bodyguard di Beijing, China,
Seorang peserta pelatihan bodyguard menodongkan pistol getah ke arah rakannya di kota Beijing, China.
(Sumber: Vivanews.com)
Apa Rahsia Lukisan Ini Dilelong RM363J
DUA kakitangan firma Sotheby's memegang lukisan The Scream di New York kelmarin.
NEW YORK - Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The Scream
dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus
mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual
dalam satu acara lelongan.
Lukisan itu pada asalnya dijangka dilelong pada harga AS$80 juta (RM242 juta). Namun, dua pembida menaikkan harga bidaan tersebut. Lelongan itu mengatasi rekod jualan lukisan Picasso, Nude, green, leaves and bust yang dilelong pada harga AS$106.5 (RM323 juta) dua tahun lalu.
"Ia sangat berbaloi untuk dimiliki," kata Tobias Meyer yang bertanggungjawab menjadi jurulelong.
Meyer menyifatkan The Scream sebagai ikon terhebat dalam seni halus. Bagi peminat seni, The Scream mungkin berada di tempat kedua selepas potret Mona Lisa. Pembeli lukisan itu tidak didedahkan. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa rahsianya sehingga harga begitu tinggi? Mungkinkah kekuatan pertamanya kerana jurulelong yag pandai melelong? Disitulah kreatifnya?
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Hitam & Kuning
Semalam Malaysia menyaksikan satu percubaan terbesar oleh para wartawan untuk menyuarakan kebebasan akhbar dan mengambil pendirian keras terhadap kekasaran polis. Bilik berita di seluruh negara menyaksikan ramai wartawan yang datang bertugas dengan berpakaian hitam - sebagai tanda protes, serta reben kuning - simbol yang digunakan untuk kebebasan akhbar.
Ia merupakan satu semangat perpaduan untuk belasan rakan-rakan mereka yang dikasari, diganggu dan diugut ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu. Malah, kebanyakan wartawan yang menghadiri satu sidang akhbar polis di Kuala Lumpur semalam, berpakaian hitam, manakala jurugambar pula mengikat kain kuning di kamera masing-masing sebagai tanda perpaduan.
Beberapa wartawan yang bertugas The Star (kiri) dan akhbar-akhbar utama berbahasa Cina turut mengadakan hari 'Media in Black (MIB)' di tempat kerja mereka. Dan gambar-gambar mereka dikongsi di laman rangkaian sosial peribadi Facebook dan Twitter, manakala media cetak Cina pula menyiarkan gambar-gambar yang sama di laman rasmi Facebook mereka.
Media cetak Cina, yang petugasnya paling ramai dikasari polis Sabtu lalu, tampil bergambar beramai-ramai sambil memegang kain rentang kebebasan akhbar, di depan pejabat masing-masing. Di stesen radio 988, deejay juga berpakaian hitam dan kuning, untuk bersama-sama rakan-rakan dari portal berita Malaysiakini, Merdeka Review, Free Malaysia Today dan saluran berita Astro Awani dan malah stesen TV kerajan - TV2 (foto di bawah).
Pembaca berita NTV7 Lee Siad Huey menulis di laman Facebooknya bahawa rakan-rakannya di seksyen Mandarin memakai MIB, tetapi mengeluh kerana kurangnya sokongan daripada rakan-rakan mereka dari seksyen bahasa lain.
Di The Sun dan Malay Mail, di mana wartawan kedua-duanya didakwa dikasari polis Sabtu lalu, petugasnya juga berpakaian hitam, bersama reben kuning.
Malah, wartawam The Sun, Radzi Razak, yang dimasukkan ke hospital
kerana kecederaan yang dialami pada hari berkenaan, turut menyiarkan gambarnya berpakaian hitam untuk memperingati hari tersebut di Twitter.
Radzi (kiri) dan jurukamera al Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami semasa membuat liputan di perhimpunan tersebut. Azmi cedera diserang peserta. Radzi dibenarkan keluar hospital pukul jam 7 malam semalam.
BERSIH 3.0: Muka Depan Akhbar Cina Hitam..
Akhbar-
akhbar China tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press,
Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka
dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa
keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka
terutamanya semasa berlaku demo.
Beberapa wartawan tempatan dan luar negara telah dikasari PDRM dan peralatan mereka telah dirampas dan dirosakan.
Dilaporkan disini bahawa lebih sepuluh orang wartawan cedera akibat dikasari PDRM ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.
PDRM sepatutnya memberi perlindungan kepada mereka dan bukan berkelakuan sebaliknya.
Esok merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia. Para wartawan dan jurugambar akan memakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang.Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia. (IH/Hrkh)
Sekitar D/Merdeka, Gambar Sejarah (1800-1900 an)
Dataran Merdeka 28 April 2012 Bersih 3.0
1950s - Kuala Lumpur - Merdeka Parade
Kuala Lumpur (KL) adalah ibu negara Malaysia. Seluas 243 km2 (94 batu persegi), mempunyai penduduk seramai 1.4 juta pada 2010. Dikenali juga sebagai Lembah Klang. Asal-usul pada 1850-an, apabila Ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh-buruh Cina untuk membuka lombong bijih timah. Pelombong mula mendarat di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang, Pudu dan Batu. Sekitar tahun 1870-an, Kapitan ketiga Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy, muncul sebagai pemimpin.
Gambar-gambar ini hanya diambil dari gambar bersejarah di sekitar Dataran Merdeka (nama sekarang) sahaja. Anaranya, Bangunan Sultan Abdul Samad, Royal Selangor Club, Jalan Tun Perak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Bukit Nenas dan lain-lain yang dirasakan peru.
1897 - Kuala Lumpur - Sultan Abdul Samad Building
1890s - Kuala Lumpur - Royal Selangor Club - Merdeka Square
1884 - Kuala Lumpur
1897 - Kuala Lumpur - Sultan Abdul Samad Building
1897 - Kuala Lumpur - Sultan Abdul Samad Building
1890s - Kuala Lumpur - Merdeka Square and Bukit Aman
1900s - Kuala Lumpur - Sungai Gombak
1942 - Kuala Lumpur - 2nd World War
1920s - Kuala Lumpur - Masjid Jamek
1909 - Kuala Lumpur - Masjid Jamek
1926 - Kuala Lumpur - Jalan Tun Perak
1950s - Kuala Lumpur - Bukit Bintang
1880s - Kuala Lumpur - Bukit Nanas
Apakah
himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April 2012 lalu mampu
mengubah dan membersihkan penyelewengan menjadikan Kuala Lumpur mencipta
sejarah indah di masa depan?
(IH)
Thursday, May 03, 2012
Bersih 3.0: Tuan Masuk 49 Dikehendaki Polis Ini?
BERSIH 3.0: Senarai 49 dikehendaki polis
Polis
hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran
penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.
Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.
Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.
Apa Misi PM Lawat K'tan Esok? 5 Tuntutan -Dr Fadzli
KOTA BHARU, 3 Mei 12: Kerajaan Kelantan menuntut lima perkara sempena kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya ke negeri ini bermula esok.
Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, Perdana Menteri perlu meluluskan tuntutan kerajaan negeri berhubung pemberian royalti petroleum.
Katanya lagi, pada masa yang sama kerajaan Pusat juga amat wajar menyediakan bajet pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang dan lebuh raya Pantai Timur yang telah ditarik balik pembinaannya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khasnya, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.
Selain itu, katanya kerajaan Pusat juga perlu membantu kerajaan negeri untuk pembinaan stadium bagi menggantikan yang sedia ada memandangkan sokongan rakyat terhadap bidang sukan di negeri itu semakin meningkat.
“Kerajaan Pusat juga seharusnya menunaikan permohonan kerajaan negeri untuk menaik taraf lapangan terbang di samping menyediakan bantuan untuk pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa,” ujarnya.
Sambungnya, Perdana Menteri sendiri pernah mengisytiharkan negeri ini paling miskin di Malaysia, sewajarnya bantuan dan perhatian diberi secara khusus.
“Walau bagaimanapun kami percaya lawatan Perdana Menteri kali ini ada misi politik disebalik persiapan Umno ingin merampas Kelantan.
“Sudah pasti terlalu banyak umpan, madu dan gula akan ditawar kepada rakyat di negeri ini sebagai cagarannya,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.
Beliau bagaimanapun berharap rakyat di negara ini lebih matang menilai pentadbiran kerajaan negeri dalam tempoh 22 tahun ini walaupun difitnah pelbagai agenda buruk oleh pihak lawan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa misi PM lawat Kelantan esok? Sudah tentu ada misi politik disebalik persiapan Umno ingin merampas Kelantan. Sudah pasti terlalu banyak umpan, madu dan gula akan ditawar kepada rakyat di negeri itu sebagai cagarannya.
Rakyat perlu jaga-jaga. Zaman sekarang ini orang memancing ikan pakai umpan plastik, yang tidak ada nilai permakanan sihat. Hanya cantik di mata, tetapi mencekek rengkong, akhirnya kelupor.. Kalau PAS dikatakan umpan Syurga, al-hamdulllah. BN pula umpan Neraka seperti umpan mata pancing tadi?
Subscribe to:
Posts (Atom)