Saturday, May 12, 2012

Kisah Mimpi Berbogel... Apa Tandanya?


Photobucket

;
Ini gambar hiasan sahaja.

BARU pulang dari kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?

Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat.

TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais.

Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.


Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?

Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.

Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima.. Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

(Diangkat dari Isu Hangat.net)

Friday, May 11, 2012

K'jaan Digesa Halang Program Penulis Pro-Lesbian


 
 Program M'sia tangguh, Manji (penulis kontroversi bukan penulis Islam kontroversi ) 'sangkut' di Indonesia

NONE"KL 11 Mei 12: Weblog Ibnu Hasyim menyokong Dewan Pemuda PAS yang menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara. Menurutnyanya, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

Bahkan menurut Dewan tersebut  'buku baru bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' (gambar) yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama'.

"Dan hari ini penerbit menerbitkan versi terjemahan buku tersebut, yang mengurus kemasukan Manji ke negara ini, telah mengumumkan semua acara berkaitan telah ditangguh ke minggu hadapan, sehingga masalah di Indonesia selesai. Ertinya program tersebut akan diteruskan juga." Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim.

"Bahkan penerbit itu juga cuba mempertikaikan gesaan supaya kerajaan menghalang penulis itu daripada mengadakan program di sini. Dengan alasan katanya, 'Kenapa kerajaan perlu halang dia masuk? Dia bukan penjahat, bukan penjenayah. Dia seorang penulis, seorang profesor. Kenapa mesti halang? Dia juga merupakan seorang penulis buku bertaraf antarabangsa. Dia cuma membincangkan mengenai kehidupan dan sebagainya..'

"Maka kerajaan perlu bertindak cepat sekarang, demi maslahah umat Islam di negara ini.." Jelas Hj Mohd lagi. (IH) 

Lihat sebelum ini..

Bongkar Penipuan Dalam Internet (5)




Bongkar Penipuan Dalam Internet (5)

By mAYANGmAYA
 (Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (4)

KEEMPAT: SISTEM KEAHLIAN KELAB ATAU PERSATUAN (CLUB MEMBERSHIP PROGRAM)
Sejauh ini kamu mungkin telah dapat menangkap cara atau teknik pengaruh atau pemukauan yang individu atau syarikat tertantu gunakan untuk mengambil duit kamu.... Seterusnya..Bongkar Penipuan Dalam Internet (5)

Majalah Al-Qaeda 'Inspire' Terbit Lagi. Percuma!

cinta Majalah Al Qaeda Terbit dan Ancam Hancurkan AS



WASHINGTON - Majalah Al Qaeda berbahasa Inggeris kembali muncul belakangan ini, meski penggagas dari majalah itu sudah terkorban oleh serangan misil Amerika Syarikat (AS). Dikatakan majalah itu pun mengkempenkan  serangan bom dan perang senjata kimia ke AS.

Al Qaeda Yaman merilis edisi ke 8 dan ke 9 dari majalah yang bernama "Inspire." Majalah itu pertama kali diterbitkan pada Juli 2010 lalu dan masih menyuarakan tentangan.Edisi baru di majalah itu juga menceritakan kematian dari dua tokoh Al Qaeda yang membantu penerbitan majalah ini. Mereka adalah Anwar al Awlaki dan Samir Khan.

Beberapa artikel dalam majalah itu menyebutkan, Negara Bahagian Montana di AS merupakan wilayah yang dipenuhi oleh hutan. Kebakaran hutan nampaknya akan menjadi hal yang akan mengancam wilayah itu.

"Menggunakan racun atau senjata kimia dan biologi untuk menyerang warga AS, dibolehkan dan sangat disarankan kerana dapat  melemahkan musuh kita," demikian artikel di majalah tersebut, seperti dikutip AFP, Khamis 3 Mei 2012.

Selain AS, Inggeris dan Perancis juga dikategorikan sebagai negara target serangan Al Qaeda. Meski Al Awlaki sudah tiada, tulisan-tulisan yang dulu dibuat olehnya serta perkataan-perkataannya cukup berpengaruh dan sanggup menginspirasikan militan Al Qaeda untuk melancarkan serangan.

Dalam majalah itu, Al Qaeda juga menampilkan instruksi bagaimana cara meledakkan bom. Penjelasan itu bahkan dilengkapi dengan foto-foto yang cukup jelas. [source] (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Anda mahu koleksi majalah ini dari mula, langgan percuma!! Sila klik di sini...
Atau trus saha di sini..

Lihat sebelum ini...

Bapa Kafir: Replika NST Dibakar, Boikot NST!



(Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri)

KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.

Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul  mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.

Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar)

Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian. Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau  menulis berita itu. Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah hukumnya.

“Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara duduk juga haram.

“Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28 April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan,” katanya pada kuliahnya.

Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada 1998. Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975 secara jelas memberi hak kepada negeri ini.

“Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan tersebut,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam, sedangkan jawatan itu sudah lama wujud.

“Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan menghalang,” ujarnya.

Bukan Islam pun marah

Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara ini.

Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas kepada Mursyidul Am. Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan mereka.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa resah di kalangan rakyat. Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, Harakahdaily juga menyiarkan syor boikot NST..

"Saya berharap pihak Harakah, PAS, KeAdilan dan DAP menyeru semua penyokong untuk memboikot NST supaya memberi pengajaran terhadap sikap biadap mereka. Menyiarkan berita seperti itu bukan sahaja menhina Tuan Guru dan PAS malah sebagai umat Islam ia seperti mempersenda umat Islam.

Tajuk rencana itu tak sepatutnya di tulis sedemikian rupa. Masih banyak cari lain untuk menyampaikan berita tersebut walaupun ianya bukan datang secara langsung dari pemberita NST. Ianya seolah olah melontar batu sembunyi tangan.Tajuk berita itu tidak langsung mengambil kira sensiviti kaum dan agama." Oleh Abdul Halim Mohamed Shariff, 
(IH/Hrkh)

Aishah Jadi Ahi PAS, Ceramah Bersama N/Aziz..

 
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai. (IH/Hrkh)

Kereta Ini Panjat Pokok. Mengapa?


KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland.
KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland. 

Pengajaran Kepada Pemandu Bahaya
WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok. Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.

Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah. Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu. Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.

“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.

Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.

“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.

Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya. Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.

“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM

Serangan Bom Syahid Di Damsyik



















GAMBAR menunjukkan lokasi dua letupan bom di Damsyik semalam.

Serangan berani mati di Damsyik 

DAMSYIK, Syria - Seramai 55 orang terbunuh dalam dua serangan pengebom berani mati yang menggegarkan ibu kota Syria di sini semalam.

 

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memberitahu, cebisan badan manusia bertaburan di beberapa jalan raya manakala banyak kenderaan turut rosak. Menurut kementerian berkenaan, serangan kali ini adalah yang terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad. 

 

Kebangkitan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak 14 bulan lalu. Letupan berkembar itu memusnahkan bahagian hadapan sebuah bangunan perisikan tentera yang menjadi sasaran serangan itu. Menurut kenyataan yang sama, lebih 370 orang cedera dalam letupan tersebut dan ia melibatkan bahan letupan seberat 1,000 kilogram.

 

Beberapa saksi memberitahu, letupan pertama menarik perhatian orang ramai yang berada di tempat kejadian. Satu lagi letupan kuat berlaku beberapa saat kemudian. Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melancarkan serangan itu. - AGENSI


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Serangan bom ini disebut serangan 'berani mati'. Bagi puak-puak penyerang ini disebut 'bom syahid'. Kerana mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Bagi Amerika Syarikat (AS) dan kuncu-kuncunya, dituduh 'bom bunuh diri'. Pagi ini keluar berita di media Malaysia, bahawa AS pula menuding jari menuduh Al-Qaeda terlibat dalam pengeboman syahid ini.

Loji Proses Gas Petronas Meletup, 1 Maut.



LOJI Memproses Gas Petronas di Dungun yang meletup dan terbakar sehingga menyebabkan seorang pekerjanya terkorban semalam.

DUNGUN - Seorang pekerja maut manakala seorang lagi hilang apabila pusat pemprosesan gas di Kompleks A Loji Memproses Gas Petronas yang terletak di Kerteh, Kemaman dekat sini meletup semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.40 petang itu, seramai 23 pekerja cedera dengan sembilan daripada mereka dilaporkan parah kerana melecur teruk. Sebahagian lagi mangsa yang cedera mengalami sesak nafas. Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Zahirah di Kuala Terengganu.

Mangsa yang maut ialah Rosli Mansor, 31, dari Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini manakala pekerja yang hilang hanya dikenali sebagai Sheikh Azlan. Sehingga malam tadi, Sheikh Azlan belum ditemui. (IH)

Jaga, Restoran Guna Sos Babi Pula Diserbu..

 

SEORANG penguat kuasa JAIS melihat menu makanan yang dijual di sebuah restoran menggunakan logo halal swasta di Kuching semalam. 

PENGGUNA
KUCHING – Sebuah premis makanan di pusat beli-belah The Hills di sini diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana menggunakan logo halal tidak sah yang dikeluarkan pihak swasta.

Premis makanan itu juga didapati menggunakan sos tomato yang disahkan tidak halal selepas ujian oleh Jabatan Kimia sebelum ini mendapati ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Lumpur, Azizan Shaari berkata, pemeriksaan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang meragui logo halal di premis terbabit.

“Justeru, kita telah memberi amaran kepada pengusaha restoran itu dan memberi peluang untuk mereka memohon logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim atau JAIS.

“Jika pemeriksaan seterusnya mendapati mereka masih menggunakan logo yang sama, tindakan akan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan denda RM200,000 bagi kesalahan pertama manakala RM500,000 untuk kesalahan kedua,” katanya ketika ditemui di sini semalam. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pengguna kena jaga-jaga.

Obama, Lady Gaga Sokong Kahwin Sejenis..Gila!


Indonesia menolak Lady Gaga pejuang kahwin sejenis.

Gila! Presiden Amerika Syrikat Barack Obama kini secara terbuka menyatakan sokongannya pada pernikahan sesama jenis. Dengan ini, Obama menjadi presiden AS pertama yang terang-terangan mennyokong pernikahan sesama jenis.

"Saya telah menyimpulkan, bagi saya peribadi, penting untuk menegaskan bahawa saya fikir pasangan sesama jenis seharusnya boleh kahwin" kata Obama dalam wawancara dengan ABC News seperti dilapor berita AFP.

Sokongan Obama tersebut mendapat reaksi bermacam-macam dari kalangan penggila kahwin sesama jenis, artis Lady Gaga menyambut gembira pernyataan Presiden Barack Obama itu. Dalam akaun Twitter @Ladygaga dia memposting:..

"Obama, selamat menjadi presiden pertama yang menyokong pernikahan sejenis. Merasa seperti sebuah masa depan bukan kembali ke masa lalu," kata Gaga yang sedang melakukan roadshow di Asia hingga ke Indonesia. (IH)

Thursday, May 10, 2012

Fatwa Bersih Haram: PAS Akan Temui Mufti


 
 
TEMERLOH, 10 Mei: PAS Pahang mengambil inisiatif akan bertemu dengan Mufti Pahang bagi berbincang tentang beberapa isu berikutan kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang memutuskan perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu sebagai haram.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, pertemuan tersebut adalah ekoran saranan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang mengeluarkan kenyataan bersedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam soal fatwa.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, serentak dengan itu surat rasmi akan dihantar secepat mungkin bagi menemui Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli  Majlis Fatwa Kebangsaan.

“PAS Pahang alu-alukan kesediaan mufti untuk berbincang dan cadangkan tarikh 21 Mei ini untuk pertemuan tersebut bagi menyahut saranan tuan mufti sendiri,” katanya selepas mesyuarat AJK Harian PAS Pahang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman yang disiarkan sebuah akhbar harian semalam yang menyarankan pembangkang datang berbincang jika tidak bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan jika tidak berpuas hati.

Menurutnya, setiap fatwa yang dikeluarkan berserta dengan dalil dan pihaknya bersedia berbincang dengan pembangkang mengenai fatwa demonstrasi membawa kepada kerosakan harta benda, kekecohan lebih-lebih lagi ia seolahj-olah mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa ialah bagi sesuatu yang belum ada hukum.

“Sedangkan pemimpin Islam sedunia Dr Yusuf Al-Qardhawi sudah ada fatwa tentang perhimpunan untuk menuntut keadilan diharuskan dalam Islam.

“Jadi saya fikir tidak perlu ada fatwa lain, sebab setiap fatwa mestilah selaras. Kalau begitu kenapa tidak dikeluarkan fatwa tentang rampasan kuasa di Perak dulu yang melibatkan taktik yang begitu keji sekali?,” soalnya.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim tetap mengalu-alukan kesediaan Mufti Pahang untuk berbincang kerana Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini tidak langsung membuka ruang perbincangan sebelum mengeluarkan fatwa.

Pada 6 Mei lalu Muzakarah ke-99 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lepas.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berharap Majlis Fatwa melihat apakah hukumnya dan tindakan yang perlu diambil terhadap orang yang menghukum seorang Islam keluar daripada agamanya.

Beliau merujuk kepada isu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menuduh Mursyirul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai ‘bapa segala kafir’. (Hrkh)

Kes Rahim Nor: Lagi Laporan Polis Setelah 24 Jam..

 

KOTA BHARU: Hari ini Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (gambar) ekoran kenyataannya menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bapa kafir”.

Sebelum itu, Rabu lalu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka

Semalam laporan serupa dibuat Pemuda PAS Tanah Merah dan petang kelmarin Pemuda PAS Pasir Puteh juga berbuat demikian. Bekas Ketua Polis terbabit dalam kenyataan seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris 8 Mei lalu melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam berhubung kenyataan wajib menyokong Bersih 3.0.

Bagaimanapun selepas peluang diberi untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf tidak dimanfaatkan Rahim dan NST, maka tindakan mahkamah perlu diambil. Pengerusi lajnah terbabit, Hisham Fauzi berkata, saman itu dijangka difail minggu depan dibuat atas nama Menteri Besar sendiri.

Laporan polis hari ini dibuat atas nama, Mohd Aliman Ismail, 30 anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kota Bharu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa. Turut hadir Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, naib ketua, Hafiz Musa dan anggota jawatankuasanya. Kira-kira 50 pemuda dan pemimpin PAS hadir memberi sokongan di atas laporan tersebut.

Peguam Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS, Abdul Rashid Yah dan Firdaus Mohd Yusoff turut hadir. Abdul Latiff berkata, kemungkinan Umno memperalatkan bekas-bekas pegawai kanan polis untuk menghadapi kebangkitan rakyat sekarang.

“Biar pun peluang untuk membetulkan kenyataan diberi pada Rabu lalu, namun nampaknya Rahim tidak menggunakan kesempatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Maka wajarlah laporan polis dibuat memandangkan kenyataan tersebut dianggap di luar batas-batas normal,” katanya kepada pemberita di perkarangan IPD.

PKR Kelantan juga melahirkan rasa kesal kenyataan liar Rahim terhadap seorang ulama terkenal dan dihormati rakyat di negara ini. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap Rahim yang jelas membangkitkan keresahan umat Islam.(IH)

Bapak Kafir: Rahim Nor Nafi.. Ai, Takut Pulak



(Keratan berita NST 8 Mei 2012)

KL: Ai, takut terima tanggungjawab? Siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'?

Persoalan ini timbul apabila kekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh blog Malaysia Today menafikan beliau mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'bapak kafir'.

Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno. Ia bermula apabila, akhbar Umno, New Strait Times baru-baru ini menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei).

Dalam berita itu, NST melaporkan Rahim yang mendakwa Nik Aziz dengan menggunakan perkataan demikian. Menurut apa yang tertera pada NST di muka surat 6 itu, laporan itu dibuat oleh dua wartawan iaitu Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lean.

Rahmah pula melalui Twitternya menafikan beliau membuat laporan itu dan hanya terlibat dengan laporan yang memetik kenyataan Mahfuz Omar sahaja yang terletak di hujung berita itu. Ini bermakna tinggal dua sahaja sekarang iaitu seorang lagi wartawan atau editor kepada berita berkenaan.

Menurut Rahim dalam penjelasan bertulisnya itu, beliau ditemubual melalui telefon oleh wartawan NST. Rahim juga menjelaskan, beliau tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah 'political animal' kerana istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature'.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Main baling-baling batu sembunyi tangan. Ai, takut tangggung-jawab ke?

Bersih 3.0: 'Protes burger' Depan Rumah Ambiga




KL 10 Mei 12: Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur menerjah' rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger. (Lihat gambar di atas)

NONEDikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.

"Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0.

"Kami beri masa selama dua minggu. Jika Ambiga tidak respons kita tidak akan mendirikan lebih banyak lagi gerai di sepanjang jalan ini," katanya pada sidang media hari ini.

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Sementara itu, Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang. (IH)

Jad, Seorang Yahudi Islamkan 6 Juta Orang..

 Muslim Afsel dan foto Penulis
 


SUATU tempat di Perancis sekitar 50 tahun lalu, ada seorang bangsa Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim. Dia adalah orangtua yang menjual makanan di sebuah kedai makan. Kedai tersebut terletak di sebuah apartemen di mana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama "Jad", berumur 7 tahun.

Jad, anak Yahudi.. Hampir setiap hari datang ke kedai tempat Ibrahim bekerja, untuk membeli keperluan rumah. Setiap kali hendak keluar dari kedai, Jad selalu mengambil sepotong cokelat milik Ibrahim tanpa izin, kerana disangkanya Ibrahim tidak tahu.

Pada suatu hari lepas belanja, Jad lupa hendak mengambil cokelat. Ketika mahu keluar, tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahu, ia lupa mengambil sepotong cokelat sebagaimana biasa. Jad terkejut, dia sangka Ibrahim tidak tahu perbuatannya selama ini. Ia pun segera meminta maaf dan takut jika Ibrahim melaporkan perbuatan itu kepada orangtuanya.

"Takpa, yang penting kamu janji tak ambil lagi tanpa izin, dan setiap kali kamu mahu keluar dari sini, ambillah sepotong cokelat, itu adalah milikmu”, ujar Ibrahim kepada Jad sebagai tanda setuju dengan tindakan lalu.


Waktu terus berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim seorang Muslim kini menjadi seperti seorang ayah dan teman akrab bagi Jad, anak Yahudi itu. Jad pula sudah biasa bila hadapi masalah, selalu datang dan berkonsultasi kepada Ibrahim. Setiap kali Jad selesai bercerita, Ibrahim selalu mengambil sebuah buku dari laci, memberi kepada Jad dan kemudian menyuruhnya membuka secara acak. 


Setelah Jad membuka, Ibrahim membaca dua lembar, menutupnya dan mulai memberi nasehat dan solusi dari masalah itu. Begitulah hari-hari yang dilalui Jad bersama Ibrahim, seorang Muslim Turki yang tua dan tidak berpendidikan tinggi.

14 tahun berlalu...

Jad kini telah menjadi seorang pemuda gagah dan berumur 24 tahun, sedangkan Ibrahim saat itu berumur 67 tahun. Ibrahim meninggal dunia, namun sebelum meninggal ia menitipkan sebuah kotak melalui anak-anaknya kepada Jad. Dalam kotak itu diletakkan buku yang selalu ia baca setiap kali Jad berkonsultasi dengannya, sebagai hadiah.


Jad sendiri, setiap kali dirundung masalah, dia selalu teringat kepada Ibrahim.  Dia hanya ada sebuah buku dalam kotak itu, yang dulu selalu dibacanya bersama Ibrahim. Tetapi kitab itu berbahasa Arab sedangkan ia tidak tahu membacanya.

Suatu hari, dia pergi ke salah seorang teman bangsa Tunisia, meminta untuk membacakan dua lembar dari kitab tersebut. Rupanya, ternyata apa yang dibaca oleh temannya itu, mengena tepat pada masaalah yang dihadapinya ketika itu dan memberikan solusi kepadanya sesuai apa yang dibaca.

Jad pun terhenyak terkejut, "Buku apa ini?"


 "Inilah Al-Qur'an, kitab sucinya orang Islam!" jawab temannya itu.

Jad macam tak percaya. Tetapi akhirnya, bila tenang semula dia bertanya, "Bagaimana caranya menjadi seorang Muslim?"


"Oh, mudah... Ucap syahadat dan ikut syariat! "


Tanpa ragu, Jad mengucap Syahadat dan masuk Islam!

Bagaimana Jad Islamkan 6 juta orang?


Kini Jad sudah menjadi seorang Muslim.  Dia ganti namanya menjadi Jadullah Al-Qur'ani, sebagai rasa takdzim atas kitab Al-Qur'an yang begitu istimewa dan mampu menjawab seluruh problem hidupnya selama ini. Sejak itulah ia memutuskan akan menghabiskan sisa hidupnya mengabdi menyebarkan ajaran Al-Qur'an.

Mulailah Jadullah mempelajari Al-Qur'an serta memahami isinya, dilanjutkan dengan berdakwah di Eropah hingga berhasil mengIslamkan enam ribu Yahudi dan Nasrani.

Suatu hari, Jadullah membuka lembaran-lembaran Al-Qur'an hadiah dari Ibrahim itu. Tiba-tiba ia dapati sebuah lembaran bergambarkan peta dunia. Matanya tertuju pada gambar benua Afrika, nampak di atasnya tertera tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan itu tertuliskan ayat :

((اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ...!!))

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!...” [QS. An-Nahl; 125]

Iapun yakin bahawa ini adalah wasiat dari Ibrahim dan ia memutuskan untuk melaksananya. Jadullah meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah ke negara-negara Afrika. Di antaranya adalah Kenya, Sudan selatan (yang majoriti penduduknya adalah Nasrani), Uganda serta negara-negara sekitarnya. Jadullah berjaya mengislamkan lebih dari 6,000,000 (enam juta) orang dari suku Zulu, ini baru satu suku, belum dengan suku-suku lainnya.

Akhir Hayat Jadullah..
Jadullah Al-Qur'ani, seorang Muslim sejati, da'i hakiki, menghabiskan umur 30 tahun sejak keIslamannya untuk berdakwah di negara-negara Afrika yang gersang dan berjaya mengIslamkan jutaan orang. Jadullah wafat pada tahun 2003 yang sebelumnya sempat sakit. Masa itu beliau berumur 45 tahun, dan beliau wafat semasa berdakwah.

 Suku kaum Zulu..
Kisah belum selesai..

Ibu Jadullah Al-Qur'ani adalah seorang wanita Yahudi yang fanatik. Ia adalah wanita berpendidikan dan pensyarah di salah satu perguruan tinggi. Ibunya baru memeluk Islam pada tahun 2005, dua tahun sepeninggalan Jadullah.  Masa itu ibunya itu berumur 70 tahun.
 

Ibunya bercerita...

Masa anaknya masih hidup, ia menghabiskan waktu selama 30 tahun berusaha sekuat tenaga untuk mengembalikan anaknya kepada  Yahudi dengan berbagai macam cara.. dengan 
segenap pengalaman, kemapanan ilmu dan kemampuannya. Tetapi gagal. Sedangkan Ibrahim, seorang Muslim tua yang tidak berpendidikan tinggi, mampu melunakkan hati anaknya untuk memeluk Islam..

Menurutnya, hal ini tidak lain adalah kerana Islamlah satu-satunya agama yang benar. "Mengapa Jad si anak Yahudi memeluk Islam?"

Jadullah Al-Qur'ani pernah bercerita bahawa Ibrahim yang ia kenal selama 17 tahun tidak pernah memanggilnya dengan kata-kata: "Hai orang kafir!" atau "Hai Yahudi!". Bahkan Ibrahim tidak pernah kata sedikitpun, "Masuklah agama Islam!"

Bayangkan, selama 17 tahun Ibrahim tidak pernah sekalipun mengajarnya tentang agama, tentang Islam ataupun tentang Yahudi. Seorang tua Muslim sederhana itu tidak pernah mengajaknya diskusi masalah agama.  Tetapi ia tahu bagaimana menuntun hati seorang anak kecil agar terikat dengan akhlak Al-Qur’an.


Dr. Shafwat Hijazi (salah seorang dai Mesir) yang suatu masa pernah mengikuti sebuah seminar di London dalam membahas problem Darfur serta solusi penanganan dari Kristenisasi, beliau berjumpa dengan salah seorang pimpinan suku Zolo. Ditanya apakah ia memeluk Islam melalui Jadullah Al-Qur’ani?

Ia menjawab; tidak! Namun ia memeluk Islam melalui orang yang diislamkan oleh Jadullah Al-Qur'ani.

Subhanallah! Rupanya ramai lagi orang masuk Islam melalui orang-orang yang diIslamkan oleh Jadullah Al-Qur’ani. Dan Jadullah Al-Qur'ani sendiri memeluk Islam melalui tangan seorang Muslim tua bangsa Turki yang tidak berpendidikan tinggi... Namun memiliki akhlak yang jauh dan jauh lebih luhur lagi suci.

Begitulah kisah Jadullah Al-Qur'ani, kisah nyata yang penulis dapatkan kemudian penulis terjemahkan dari catatan Almarhum Syeikh Imad Iffat. Syeikh  yang digelar sebagai "Syaikh Kaum Revolusioner Mesir". Beliau adalah seorang ulama Al-Azhar dan anggota Lembaga Fatwa Mesir yang ditembak syahid dalam sebuah insiden di Kairo pada hari Jumaat, 16 Desember 2011 silam.


 Penulis adalah mahasiswa Program Licence Universitas Al-Azhar Kairo Konsentrasi Hukum Islam. Facebook; Mustamid
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Siapa Syarip Dol Samseng Felda? -Tuan Ibrahim

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man 

Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun

Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini.

Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.

Berita ini membimbangkan Syarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.

Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.

“Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain,” katanya di hati.

Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh Kampung Dusun bahawa Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.

Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kampung Dusun.

Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Dia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.

Maka sampai masa dinanti nanti, Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.

Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh.

Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Lalu Syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampungg Dusun, “Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!”

Serentak jawapannya “TIDAK! Tidak! Kami sokong Syarip Dol.”

Mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.

Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ini.....
Sekadar renungan untuk senyuman hari ini.
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah contoh cerita di Felda. Siapa Syarip Dol samseng dalam cerita di atas? Tidak lain, BN?

Halang Penulis Pro-Lesbian Irshad Manji... -P/PAS


KL 10 Mei 12: Dewan Pemuda PAS menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara.

Ketua pergerakan itu Nasruddin Hassan berkata, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa pejuang hak homoseksualiti itu akan mengadakan pertemuan dengan peminat di sebuah kedai buku di Petaling Jaya pada 12 Mei.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini," kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan.

Manji, 44, sebelum ini menerima tentangan hebat daripada kumpulan Islam di Indonesia sehingga menyebabkan tiga program diskusi dan promosi buku berkenaan di negara itu dibatalkan.

Media Indonesia melaporkan, salah satu program berkenaan di Gedung Salihara Jakarta terpaksa dibatalkan separuh jalan Jumaat lalu apabila diserbu ratusan kumpulan pendesak daripada Front Pembela Islam yang mahu ia dihentikan.

Bimbang kejadian berulang, dua lagi program sama di Yogyakarta semalam, masing-masing di di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga dan Universitas Gadjah Mada turut dibatalkan. Kampus berkenaan bertindak demikian susulan desakan serupa daripada kumpulan siswa Kelompok Rohani Islam.

Bagaimanapun, satu program Manji di Walisongo Islamic State University di Satilaga pada Selasa berlangsung dengan aman, menurut laporan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahnih Pemuda PAS  kerana cepat bertindak. Lihat berita di bawah ini.. 
 
Yogyakarta Kedatangan Irshad Manji ke Yogyakarta ditolak ratusan orang dari Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) dan organisasi dakwah kampus di UGM. Mereka tidak membubarkan diri meski diskusi bedah buku 'Allah, Liberty and Love' karya Irshad Manji dibatalkan. Mereka ingin memastikan diskusi tidak dipindah ke tempat lain.

"Kami tetap menolak (diskusi) di mana pun tempatnya," kata koordinator aksi, Yayan, di bundaran UGM, Yogyakarta, Rabu (9/5/2012).

Massa berada di bundaran UGM dan pintu masuk gedung masuk Gedung Pascasarjana UGM, tempat diskusi. Di luar, massa dikawal polisi. Sedangkan di dalam kampus, massa dijaga satpam.

"Itu (karya) bertentangan dan melecehkan ajaran Islam dan nabi," tambah Yayan.

Pantauan detikcom, Irshad Manji sempat menemui pihak pengundang diskusi di lantai 3 Gedung Pascasarjana UGM. Belum diketahui isi perbincangan penulis asal Kanada itu dengan pihak pengundang.

Diskusi seharusnya digelar pukul 08.30 WIB di Gedung Pascasarjana. Diskusi digelar Center for Religious and Cross-Cultural Studies (CRCS).

"Informasi dari Direktur Pascasarjana batal," jelas Humas UGM Wijayanti saat dikonfirmasi detikcom, Rabu (9/5/2012).

Sebelumnya diskusi Irshad Manji terkait bukunya 'Allah, Liberty and Love' dibubarkan FPI di Salihara, Pasar Minggu, Jakarta, pada Jumat (4/5). Irshad Manji dituding FPI menyebarkan paham gay dan lesbian. (IH/try/nrl)

K'tan Bina Lebuh Raya KB-KK Akhir Bulan Ini..

 

KOTA BHARU, 10 Mei: Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu. Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.

Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini. Beliau juga turut memberitahu, kerajaan Kelantan telah menerima cadangan dari pemaju untuk membina lebuh raya berkenaan dan cadangan itu telah disemak dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa.

“Selepas ianya disemak oleh jawatankuasa berkenaan kerajaan negeri bersetuju memilih dua syarikat untuk menguruskan projek sebagai peneraju utama.

“Tempoh pembinaan lebuh raya ini dua tahun setengah yang dibina atas tanah kerajaan.

“Bagi baki pembinaan di atas tanah milik orang ramai, kerajaan negeri menyerahkan pada JKR untuk menguruskan pengambilan balik tanah,” ujarnya.

Menurutnya, konsep yang dipakai untuk lebuh raya itu berkonsepkan lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat. Katanya, ianya berkonsepkan bebas tol dan akan dibiayai oleh kerajaan negeri sepenuhnya.

Tambahnya, kerajaan negeri berharap cita-cita rakyat Kelantan untuk melihat sistem perhubungan yang cepat, selamat dan selesa akan terlaksana. Katanya, kedua-dua kontraktor  berkenaan akan bertanggungjawab kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dilantik khusus oleh exco untuk memantau serta mengendalikan pembiayaan lebuh raya itu.

“Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana Kelantan Sdn Bhd) telah ditubuhkan untuk memantau projek ini dan seluruh prasarana di negeri itu pada masa akan datang,” ujarnya.

Menurutnya, syarikat itu diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar. Katanya, pembinaan lebuh raya itu akan membuka minda dan usaha sedemikian boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dan sekatan yang dilakukan oleh pihak lain terhadap negeri ini akan terhenti.

Dengan cara itu, katanya rakyat di negeri ini akan dapat menikmati kemudahan asas sebagaimana di negeri-negeri lain. Jelasnya, lebuh raya itu melibatkan tiga fasa, di mana fasa pertama melibatkan tanah-tanah kerajaan. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails