By mAYANGmAYA
(Sambungan Bongkar Penipuan Dalam Internet (7)
KETUJUH: PENDAPATAN DARI MELAYARI INTERNET (Paid To Surf)...Klik selanjutnya..Bongkar Penipuan Dalam Internet (8)
Saturday, June 02, 2012
Syarat Unt Ambil-alih Putrajaya -Presiden PAS
Gambaran awal di salah satu sudut stadium, orang ramai masih kurang. |
Stadium sudah penuh sesak dipadang dan juga di tempat duduk. |
Semua ruang dan arah penuh. |
Ramai hingga tidak terhitung. |
Mahfuz Omar yang jadi pengarah himpunan tertegun. |
Mohamad Sabu, Azizan Razak, Abdul Hadi dan lain-lain di pentas utama. |
Muslimat juga tidak ketinggalan bangkit berhimpun untuk ke Putrajaya. |
Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu mungkin tidak terfikir himpunan itu dibajiri 100,000 manusia. |
Katanya, antara syarat utama adalah setiap ahli PAS perlu menjaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.
"Menang Putrajaya tidak mustahil, tapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan roadmap yang ditentukan Allah SWT," katanya ketika berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Menurutnya, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.
Kemenangan juga katanya, tidak akan datang dengan percuma dan memerlukan ahli PAS untuk turun ke medan melaksanakan tugasan berdepan dengan golongan yang memerangi Islam.
Namun katanya, Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan PAS malam ini adalah sebagai usaha awal untuk mencapai kemenangan tersebut.
"Malam ini kita melihat tanda kemenangan. Himpunan diisi dengan solat hajat memohon pertolongan Allah.
"Berbeza dengan (himpunan) pihak satu yang diisi dengan perkara yang melalaikan," katanya dipercayai merujuk kepada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Umno BN.
Himpunan anjuran Umno BN minggu lalu itu turut diisi dengan persembahan tarian K-Pop artis korea dan kumpulan penari seksi dari Jepun sehingga mendapat respon negatif dari rakyat.
Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengingatkan semua ahli PAS berkerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya umum nanti.
"Jangan jadi orang yang tidak mengerti iaitu pertama orang yang anggap kita tak boleh menang sampai bila-bila, dan kedua orang yang nak menang cepat," tegasnya.
(Hrkh)
Sami Sujud Berdoa Sejauh 1,800km. Syabas!?
TAM MAN bersujud di sebatang jalan di wilayah Ninh Binh, sekitar 90 kilometer ke selatan Hanoi kelmarin.
Sami Sujud Dan Berdoa Sejauh 1,800kmHANOI - Seorang sami Buddha, Thich Tam Man melakukan sujud serta berdoa sejauh 1,800 kilometer (km) dengan masa diambil adalah selama 10 jam sehari.
Tam Man yang nama sebenarnya, Le Minh merupakan seorang bekas doktor perubatan. Dia memulakan perjalanannya sejak tahun 2009 dari kuil Buddha Hoang Phap, dekat bandar Ho Chi Minh menuju ke gunung Yen Tu yang terletak 150km ke timur Hanoi.
Lelaki itu akan melutut dan berdoa pada setiap langkahnya. Dia percaya bahawa setiap doa yang dibacanya akan memadamkan kesalahan masa silamnya. Tam Man juga berdoa untuk keamanan dunia.- Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan syabas? Kerana dia taat kepada agamanya. Orang yang taat kepada mana-mana agama sekalipun, tidak akan merbahaya kepada orang lain. Mereka orang baik-baik.
Yang merbahaya ialah orang yang mengaku beragama tetapi tidak patuh kepada ajaran agamanya sendiri. Terutama orang yang mengaku beragama Islam, tetapi menolak berhakimkan kepada Al-Quran dan Hadis. Itulah yang memecahkan peraduan umat, seperti...
Jururtera Dituduh Hina Sultan: Penjara 1 Tahun & ..
HON KEONG (kiri) bersama peguamnya
selepas dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh
Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang semalam.
|
Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chan Hon Keong, 29, selepas meneliti fakta dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan. Menurut Ikmal Hishan, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius kerana ia turut melibatkan kepentingan awam.
“Ini (kes tersebut) satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.
“Selepas meneliti, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini (semalam) dan denda RM50,000. Jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,” katanya.
Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman. Pada 15 April lalu, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak melalui ruang siber.
Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan itu melalui laman web http:// books.dreambook.com/duli/ duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Laman web tersebut kini telah disekat daripada dilayari. Komen itu berunsurkan lucah dan menghina institusi diraja Perak. (Kosmo)
Prof Dr Nik Zain, Lagi Tokoh/Teknokrat Sertai PAS
Dr Nik Zain mengangkat bendera Pas sebagai menandakan jihadnya bersama Pas bermula.
ALOR SETAR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.
Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13.
Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.
Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.
Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam. (Hrkh)
Kedah: Ust Azhar Idrus Lwn K-Pop Najib
ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.
Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.
Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.
Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.
"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.
Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.
"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.
Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.
Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.
"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.
Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.
Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.
Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.
Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS. (Hrkh)
Friday, June 01, 2012
Tersentuh Azan Di Tepi Israel, Syahadat Di Aqsa..
George Wenur
HAWA dingin Perth, Australia mengantarkan Republika bertemu seorang general manajer hotel terkemuka di kota tersebut, Rabu (23/5). Dia adalah George Wenur yang kini menjadi nahkoda King’s Hotel Perth. Sosok enerjik ini bukan pemain baru di dunia perhotelan. Bersama manajemen hotel Four Season, dia sudah melanglang buana mengelola bisnis yang satu ini.
Selidik punya selidik, penggemar motor gede Harley Davidson ini ternyata seorang mualaf. Sebenarnya dia terlahir sebagai seorang katolik. Namun demikian George menghabiskan masa kecilnya di lingkungan Islam. Di tumbuh di sekitar Masjid Al Falah, Surabaya. Sejak masa kecil itulah sebenarnya dia sudah mulai kontak dengan Islam.
Setamat dari SMA Santa Maria Surabaya, dia kemudian meneruskan kuliah perhotelan di Swiss. Setelah tiga tahun kuliah, George yang lahir 4 Oktober 1960 ini kemudian terjun ke dunia kerja. Setelah beberapa saat mencoba kerja di hotel, pada tahun 1986 dia ingin mencoba dunia baru dengan bekerja di kapal pesiar asal Italia. Dari sinilah kisah hidupnya berubah.
Saat mulai bekerja di kapal, dia berkawan dengan seorang warga Iran dan warga Irak. Bersama kedua orang ini dia sering berbincang soal Islam. Sebelum di kapal, dia juga pernah punya teman kerja di Venesia bernama Samir. Warga Irak ini menjadi teman satu kamar George saat tinggal di kota tersebut.
Setelah sembilan bulan kerja di kapal, kejadian tidak lazim mendorongnya membuat perubahan besar dalam hidup. Saat itu, kapal tempatnya bekerja melintas di sekitar perairan Ashdod, yang diduduki Israel.
Kapal ini memang melayani rute wisata menyusur Laut Mediterania. Kota Ashdod menjadi salah satu titik persinggahannya. Jadi, dalam setiap rute perjalanan mengelilingi Mediterania, George singgah di kota tersebut.
Di bulan kesembilan kerja di kapal itulah dia mendengar suara azan dari speaker kapal saat posisinya berada dekat perairan Ashdod. Dia berpikir, suara azan itu diputar oleh petugas radio komunikasi kapal. Namun George tidak lantas begitu percaya pada sangkaannya itu. Dia cek ke petugas radio komunikasi.
“Tapi ternyata mereka mengatakan tidak membunyikan siaran azan,” ujar George. Saat itu kira-kira tiba waktunya untuk shalat shubuh. Karena tidak ada yang menyiarkannya, suara azan ini pun mengundang rasa penasaran yang sangat besar. George berpikir keras untuk menemukan asal muasal panggilan azan tersebut.
Syahadat di Masjidil Aqsa
Sambil berpikir, pekerjaan di kapal pesiar terus saja dijalaninya
seperti biasa. Pada kesempatan berikutnya, kejadian yang sama terulang.
Dia mendengar suara azan dari pengeras suara di dalam kapal saat
menjelang shubuh di dekat Ashdod. Dia kembali mengecek ke petugas radio
komunikasi, dan ternyata mereka tidak menyiarkan azan.
Sebelum mendengar azan, George sudah sering berdialog dengan rekan-rekannya yang Muslim. Salah satu tema perbincangan yang membuatnya berpikir banyak soal Islam adalah tentang kitab suci. Di situ intinya terungkap bahwa Alquran adalah kitab suci yang menyempurnakan kitab suci-kitab suci yang diturunkan sebelumnya oleh Allah SWT.
Dua kejadian inilah yang kemudian mendorongnya kuat untuk berpindah agama dari Katolik menjadi Islam. “Saya langsung ke Masjidil Aqsha untuk menemui imamnya,” tutur dia. Upayanya itu pun berhasil. Di masjid inilah dia kemudian mengucap syahadat untuk menyatakan masuk Islam.
Saat itu, George berusia 26 tahun dan belum berkeluarga. Selepas mengucap syahadat, George mengontak kedua orang tuanya. “Saat itu ibu saya menyatakan bisa menerima dengan lapang dada dan bapak saya diam,” tutur George. Begitu masuk Islam, George merasakan suasana batin yang lebih nyaman dibanding sebelumnya.
Pada tahun 1989 dia kemudian pulang ke Surabaya dan berhenti kerja di kapal pesiar. Di kota ini dia memperdalam Islam selama setahun. George banyak menghabiskan waktu di Masjid Al Falah untuk lebih mengenal Islam. Kontak dengan teman-teman kecil dan teman sekolahnya pun terus dijalin. Saat itu dia sudah menikah dengan perempuan asal Surabaya.

Ditentang Keluarga
Pria yang setelah masuk Islam juga punya nama Muhammad Yusuf ini juga tetap bergaul dengan teman-teman Katoliknya. Kebanyakan teman, kata dia, tidak mempersoalkan keputusan pindah agama. Ada satu teman, yang kemudian menilai George telah menghianati Yesus. “Tapi saya katakan tidak, dalam Islam saya tetap percaya Isa,” kata ayah dua orang putra ini.
Dari saudara ibunya, dia juga mengaku sempat mendapatkan penentangan atas keputusannya memeluk Islam. Tapi, penentangan itu tak digubrisnya. Lama-lama situasi pun berubah normal. Ayahnya yang semula menanggapi dengan diam, perlahan-lahan bisa menerima keputusan George untuk meninggalkan Katolik menjadi seorang Muslim.
Selain kenyamanan, satu hal penting yang juga menjadi nilai tambah buat dia setelah masuk Islam adalah kedisiplinan. Sejak masuk Islam, dirinya merasa lebih disiplin dalam segala hal. Karena memang Islam banyak sekali mengajarkan tentang kedisiplinan.
Setelah setahun mendalami Islam di Surabaya, dia kemudian bergabung dengan manajemen Hotel Four Season dan ditempatkan di Bali. Setalah itu dia dipindahkan ke Jakarta. Selanjutnya di tahun 1998 dia pindah ke Amerika, Kanada, dan Turki. Di berbagai negara yang ditinggali, George mengaku tidak ada masalah dengan Islam.
Kemudian sejak tahun 2007, dia memilih pindah ke Perth, Australia, dan keluar dari Four Season. “Ini karena anak saya kuliah di sini sehingga kami memilih pindah,” ujar dia. Di Perth dia bergabung dengan King’s Hotel sebagai general manager. Di kota ini, dia pun tetap nyaman untuk menjalankan aktivitas keislamannya dengan baik.

Realiti Malaysia, PM Perlu Melayu Islam -Abd Hadi
ALOR SETAR: PAS memegang asas bahawa Perdana Menteri
bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah ditentukan
berdasarkan kaum yang paling besar dan pengaruh di negara itu.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, begitu juga di Malaysia, di mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar.
"Mengikut kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang paling besar berpengaruh.
"Sehingga kini semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum terbesar," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah di sini tengah hari tadi.
Turut serta pada sidang media itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang menanyakan pendirian PAS berhubung isu yang dimomokkan Umno kononnya DAP mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara.
"Lim Guan Eng sendiri pernah menyatakan yang dia mahupun DAP tiada hasrat nak jadi perdana menteri.
"Dia tahu realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar," celah Mustafa Ali.
"Kita dah sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan bahawa perdana menteri adalah Melayu Islam asalkan bukan Umno BN," tambah Mahfuz pula.
Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan menjunjung apa yang termaktub perlembagaan negara. Perkara itu katanya telah dipersetujui bersama dalam resolusi Pakatan Rakyat.
Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua negara. Terdahulu beliau menyampaikan amanat presiden sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di sini hari ini.
Mengulas pemilihan Kedah sebagai tuan rumah program ini Abdul Hadi berkata ianya kerana Kedah adalah paling ramai ahli PAS dan antara negeri yang mahu dipertahankan PAS pada PRU 13 akan datang selain negeri-negeri lain.
Sebelum itu ketika menyampaikan amanat presiden di dewan Datuk Fadzil Noor Kompleks PAS Kedah sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya hari ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia untuk berdialog dengan mana-mana kumpulan Islam yang menjadikan al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias sebagai sumber perjuangan.
Bagaimanapun, kepada kumpulan yang mengaku Islam tetapi tidak menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan perjuangan, beliau secara sinis berkata 'tunggu dulu'.
"Saya ulangi PAS sedia berdialog dengan kumpulan Islam yang menjadikan al Quran, Hadis, Ijma' dan qias sebagai rujukan.
"Kumpulan yang mengaku Islam, tapi tidak jadikan al Quran, Hadis, ijma' dan qias sebagai rujukan, tunggu dulu. Lebih-lebih lagi yang sudah berkuasa lebih 50 tahun," katanya disambut laungan takbir hadirin.
(IH/Hrkh)

Imigran Muslim Berbondong Menuju Finland
Muslimah Finland
HELSINSKI: Finland mulai
menerima keberagaman dalam masyarakat. Sikap itu membuat Finland menjadi syurga bagi
para imigran Muslim. Harian Mesir dalam tajuknya menulis, imigran
Muslim kini berbondong-bondong menuju Finland.
Dorongan itu berawal dari kisah sukses imigran Muslim yang menetap di Finland. Kini, dianggarkan populasi Muslim di Finland mencapai 60 ribu jiwa. Mereka berasal dari Afghanistan, Aljazair, Cina, Mesir, Kosovo, India, Irak, Iran, Maroko, Arab Saudi, Syria, Tunisia, Turki, Pakistan, Somalia dan Sub-Sahara Afrika. "Imigran dari Somalia sendiri meningkat dua kali lipat dalam dua tahun terakhir," tulis harian Mesir.
Sayangnya, fenomena itu diiringi dengan isu tidak sedap, sekitar kedatangan Muslim. Sejumlah media massa Finland menyatakan kedatangan imigran Muslim merupakan indikasi tumbuhnya kelompok radikal di negara mereka.
Akhbar Finland, Halsingin Sanomat melaporkan sebahagian besar imigran Somalia yang datang merupakan buta huruf. Ada dugaan dari mereka merupakan anggota kelompok Al-Shabab. Mereka sengaja datang ke Finland untuk merekrut para pemuda bagi berperang melawan pemerintah Somalia.
"Beberapa imigran Muslim di Finland bepergian ke Pakistan atau Somalia untuk menghadiri kamp pelatihan jihad. Pemerintah Finland telah mengakui bahawa Somalia menyalahgunakan prosedur penyatuan keluarga untuk memfasilitasi perdagangan manusia," tulis akhbar itu.
Menanggapi isu tersebut, Kementerian Dalam Negeri Finlandia pada Desember 2010 menyatakan bahawa individu yang ketahuan melakukan tindakan teroris akan dipenjarakan. Polis Keamanan Finland (Supo) juga meminta parlemen Finland untuk mencairkan dana € 1.7 juta yang digunakan untuk mencegah perkembangan kelompok radikal di Finland.
Sebenarnya tidak mudah bagi imigram Muslim untuk segera berintegrasi dengan masyarakat Finland. Kondisi itu tidak terlepas dengan latar belakang imigran. Sebagai contoh saja, anak-anak Muslim di sekolah Finland dilarang untuk ambil bahagian dalam kegiatan seperti menyanyi dan menari lantaran aktiviti itu tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Kes lain misalnya, Tuija Rinne, seorang muallaf Finland yang mengajar di sebuah sekolah di Helsinki, terpaksa berhenti mengajar tentang Islam setelah orang tua Muslim menuduhnya tidak cukup Islam..
Komen weblog Ibnu Hasyim: Kalau Finkland boleh jadi syuarga umat Islam, mengapa negara-negara umat Islam lain yang kaya terutamanya, tidak jadi begitu. Apakah negara bukan Islam lebih baik layanannya dari negara yang mengaku Islam? (IH/ROL)

Malu! Kempen Romney Salah Eja 'America'
Ia ekoran satu aplikasi untuk telefon pintar iPhone, 'With Mitt' yang diperkenalkan oleh pasukan kempen Romney membuat kesalahan ejaan yang serius. Masalah timbul apabila salah satu slogan itu mempunyai kesilapan bodoh dengan ucapan "A Better Amercia" dan bukannya "A Better America".
Kesalahan ejaan tersebut kemudian tersebar di laman sosial Twitter lewat Selasa lalu dan orang ramai mula mengejek dengan menunjukkan mesej 'Amercia'.
"Beberapa orang pereka aplikasi itu akan diikat di dalam sebuah sangkar, diletakkan di atas bumbung kereta dan diarak ke seluruh negara malam ini," kata seorang pengguna Twitter.
Aplikasi 'With Mitt' turut dipromosikan di laman web rasmi kempen Romney di mittromney.com.
"Kesilapan berlaku. Saya tidak fikir para pengundi peduli dengan kesalahan ejaan seperti itu," kata jurucakap kempen Romney, Andrea Saul kepada stesen televisyen MSNBC.
Tambahnya, versi kemaskini aplikasi itu telah dihantar kepada Apple Inc bagi membetulkan ejaan tersebut. - AFP
Rahsia Teliti B'mana Rasul Kacau Makanan/Minuman
APA rahsia meneliti bagaimana Muhammad SAW kacau makanan atau minuman? Berpandukan sunnah Rasulullah,
beliau sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam.
Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:
Pada
struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang
bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi
nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.
Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.
Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.
Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang di sini,
dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga
sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab
ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?
Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)
Hukum Tangan Kanan
Dalam
fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada
sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa
apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari
doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.
Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.
Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, dikatakan bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Maka terbuktilah keajaiban sunnah. Subhanallah!
-Allah Maha Besar, Allah Maha Agung. Allahuakbar !
(IH/DM dll)
(IH/DM dll)
Thursday, May 31, 2012
Jolie Bantu Perangi Keganasan Seks
HALAMAN HIBURAN
ANGELINA JOLIE berjabat tangan dengan Setiausaha Luar Britain, William Hague di London kelmarin.
LONDON - Bintang Hollywood dan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angelina Jolie akan berganding bahu dengan Menteri Luar Britain untuk melancarkan sebuah pasukan Britain bagi memerangi dan menghalang keganasan seksual di peringkat antarabangsa.
Majlis pelancaran tersebut yang dijadualkan semalam turut diiringi dengan tayangan filem arahan Jolie, In The Land Of Blood and Honey.
Setiausaha Luar Britain, William Hague memberitahu, inisiatif itu akan disusuli kempen diplomatik selama setahun berhubung isu tersebut.
"Keganasan seksual wujud paling banyak hingga sukar untuk kita bayangkan apabila berlaku peperangan dan konflik," jelas teks ucapan Hague.
Pasukan Britain tersebut katanya, akan melibatkan doktor, peguam, polis, pakar psikologi dan forensik selain pakar dalam menjaga serta melindungi mangsa dan saksi keganasan seksual.
Kumpulan itu yang boleh dikerahkan segera ke seberang laut akan mengumpul bukti dan keterangan untuk digunakan dalam pendakwaan, di samping menyokong misi PBB serta melatih pihak berkuasa di negara lain.
Kementerian Luar Britain menyatakan bahawa 20,000 hingga 50,000 wanita telah dirogol di Bosnia dan Herzegovina antara tahun 1992 hingga 1995. Sebanyak 50,000 hingga 64,000 orang pula dirogol Sierra Leone yang berdepan perang saudara dari 1991 hingga 2002.
Jolie yang kini merupakan utusan khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), pernah melawat beberapa zon konflik termasuk Iraq, Darfur di Sudan dan Libya semasa era konflik pada tahun 2011.
Filem In The Land Of Blood and Honey menyorot keganasan seks yang dilakukan oleh tentera Serb. - AFP
PRU13: Dilarang Guna Karikatur, Hujah Tempang
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.
"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.
SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Wan Ahmad berkata keputusan itu adalah untuk menjaga imej pemimpin dan calon yang bertanding di samping mewujudkan disiplin dalam pemasangan poster pada pilihan raya umum itu nanti.
Sementara itu sebanyak 26 PPPKR diwujudkan di semua kawasan Parlimen di Johor bagi memantau dan menjalankan penguatkuasaan ketika tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.
Johor mempunyai 1.5 juta pengundi berdaftar, katanya. - Bernama
Komen Seorang Peguam (Dr Zulqarnain Lukman/Hrkh)):
Beberapa laporan akhbar pada 31 Mei (hari ini) menyiarkan berita bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa gambar karikatur tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen PRU 13 nanti. Dalam respon segera oleh kartunis terkenal, Zunar beliau mengatakan bahawa beliau akan terus berkempen menggunakan karikatur.
Pertamanya, agak tidak tepat laporan Utusan dan Bernama itu kerana semakan saya mendapati tidak wujud Akta Pilihan Raya 1994. Yang ada adalah Akta Pilihan Raya 1958. Tetapi kandungan seksyen 4(a) itu tidak menjurus kepada maksud pengharaman itu. Saya fikir mungkin wartawan tersalah dengar atau tersalah catat. Yang sebenarnya mungkin seksyen yang menjadi taruhan Timbalan Pengerusi SPR adalah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Seksyen tersebut menyatakan:
Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan
4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau pemusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.
Seksyen ini tidak menyatakan samada karikatur atau banner atau poster atau gambar yang menjadi kesalahan. Yang menjadi kesalahan adalah mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara kaum yang sama atau berlainan. Justeru, hujah Timbalan Pengerusi SPR itu jelas tidak relevan.
Selain itu, apakah yang dimaksudkan 'mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan'. Apakah karikatur sahaja sudah cukup untuk mengembangkan perasaan jahat. Bagaimana pula dengan anak-anak kita. Nampaknya semasa musim pilihan raya nanti anak-anak sudah tidak boleh melihat karikatur di televisyen lagi jika ini tafsiran SPR. Sebab itu, saya mendapati hujah Timbalan Pengerusi SPR itu amat tempang. Itu belum lagi dipersoalkan apakah kuasa SPR untuk memberikan takrifan kepada seksyen 4A ini kerana setahu saya, hanya Mahkamah yang diberikan kuasa untuk membuat pentafsiran undang-undang.
Yang peningnya, (saya seorang peguam pun pening) bila membaca seksyen ini. Bahasanya berbelit. Tidak tahu di mana letaknya koma dan noktah. Kalau dibaca dalam satu nafas boleh bikin semput dada. Mungkin yang mendraf seksyen ini adalah orang yang gagal ujian Bahasa Malaysia. Kalau bahasanya berbelit sebegini payah, maka perlaksanaannya dalam proses pendakwaan dan perbicaraan tentu lebih sukar lagi. Sebab itu, kewujudan seksyen ini tidak digeruni samada oleh pihak yang berpolitik. Rakyat tidak faham, orang politik tidak faham, peguam tidak faham, malah hakim pun barangkali tidak faham. Sepanjang ingatan saya, belum pernah ada sesiapa yang didakwa di bawah seksyen ini semenjak seksyen ini diluluskan oleh Parlimen.
Akhirnya, SPR secara amnya, dan secara khususnya Timbalan Pengerusi SPR tidak usah memandai-mandai memberikan tafsiran kepada statut. SPR tumpukan dahulu kepada usaha pembersihan daftar pemilih yang masih kotor. Usah dihalang inisiatif dan kreativiti rakyat untuk berkempen. Jika berlaku pun perlanggaran seksyen 4A ini boleh tangkap sahaja orang yang melanggar seksyen ini dan boleh dibuat pendakwaan. SPR hendaklah ingat fungsi sebenarnya adalah untuk menjadi pengadil yang adil yang tidak berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding. (IH).
Bank Islam Raih Anugerah, Tapi Zalimi Penyimpan..
Bank Islam raih Anugerah Platinum
Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Platinum bagi perkhidmatan kewangan Islam untuk tahun keempat berturut-turut pada penganjuran Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2012.
Bank itu dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu adalah berdasarkan pengguna yang mengundi melalui kajian yang dijalankan dalam kalangan pembaca majalah. Dalam kajian itu, pengguna diminta menilai jenama paling dipercayai berdasarkan enam kriteria kualitatif seperti kebolehpercayaan dan kredibiliti, kualiti, nilai pemahaman keperluan pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial.
Jenama yang menerima Anugerah Platinum mencapai kedudukan Matematik sekurangkurangnya dua kali ganda berbanding pesaing terdekat.
"Bank Islam berasa amat berbesar hati dan merendah diri menerima status berprestij kerana ia mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan.
"Kepercayaan adalah elemen penting dalam perniagaan. Oleh itu, Bank Islam akan terus berusaha memperoleh serta mengekal kepercayaan pelanggan dari masa ke masa," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bank Islam untung dan raih anugerah, tetapi menzalimi penyimpannya. Contohnya, seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.
Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya.. Sambung.. Klik gambar di bawah...
Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti
Sepatutnya t/ada macam itu! -Mufti Sindir Najib
K/TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.
Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.
“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.
“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.
Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.
“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.
“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,” katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.(SH)
Komen Webblg Ibnu Hasyim: Syabas Mufti! Begitulah dalam kerajaan sekular, ulama cuma mampu menyindir, tetapi tiada kuasa melaksanakan Islam yang syumul (sepenuhnya). Kuasa agama pun ada di bawah telunjuk kaki politik asabiah UMNO. Apa nak buat, Islam dagang atau bangsat di negaranya sendiri. Sudah sampai masanya, rakyat Melayu/Islam tolak UMNO/BN dalam PRU 13 ini..
Lihat sebelum ini..
Mufti, Jadi Orang Tengah Tidak Menyerang -N/Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu
perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan
orang lain.
Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja.
“Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.
"Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.
“Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam," kata beliau.
Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?"
"Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin.
Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti. (SH)

Industri Pelacur Subur EURO 2012. M'sia Gembira?
GAMBAR yang dirakamkan pada 16 Mei 2012 ini menunjukkan
seorang pekerja sosial mengedarkan kondom kepada seorang pekerja seks di
Kiev, Ukraine
"Para pelacur Kiev bersedia untuk Euro 2012," kata sebuah laman web seks Ukraine. Malah ada antara pelacur membaca sejarah 16 pasukan yang bertanding dan maklumat asas mengenai bola sepak.
Ukraine menukar industri pelacuran daripada jenayah kepada hanya kesalahan kecil pada tahun 2006. Denda yang dikenakan cuma antara AS$10 (RM32) hingga AS$25 (RM79). Tetapi, individu yang menjadi bapa ayam atau mengendalikan pusat pelacuran tetap boleh dikenakan hukuman melakukan jenayah.
Menurut Pakatan HIV/AIDS Antarabangsa, negara bekas Kesatuan Soviet itu mempunyai 52,000 hingga 83,000 orang pekerja seks. Seramai 11,000 pelacur beroperasi di Kiev. Beratus-ratus ribu peminat bola sepak dijangka hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang bermula 8 Jun ini di Warsaw, Poland dan berakhir di Kiev pada 1 Julai depan.
Kumpulan aktivis wanita Ukraine yang dikenali sebagai Femen memberi amaran Euro 2012 akan meningkatkan aktiviti pelancongan seks. Sementara itu, menurut pengendali organisasi hak pekerja seks Legalife, Olena Tsukerman, kebanyakan pelacur mungkin akan menaikkan kadar perkhidmatan, berikutan kebanjiran para peminat bola sepak yang kaya dari negara Eropah Barat. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
- Bagi negara yang memikirkan ekonomi sahaja, tidak kira halal haram, tentu berita ini disambut dengan gembira untuk negaranya. Pelacuran, arak dan judi adalah sesuatu yang membangunkan ekonomi negara, dan syarat bagi negara yang ingin menjadi maju, termasuk spesisnya seperti Malaysia. Pedulikan halal haram dan hari Akhirat!
- Bolehkah perkembangan dan permainan bola sepak dipisah dari pelacuran, arak dan judi? Bagi pemimpin-pemimpin yang tidak yakin dengan agama Islam tentu yakin perkara tersebut tidak mungkin terjadi.atau dilaksanakan. Yakin tidak boleh, walauun hari-hari mulut mereka memotivasi rakyat supaya'Malaysia Boleh!
Subscribe to:
Posts (Atom)