Saturday, June 09, 2012

Lagi, 54 Ahli UMNO Idris Jusoh Sertai PAS

BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu. Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS. Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

“Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.

Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai simboliknya. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad. (Harakah)

Sekolah 31 Bahasa, Bolehkah Diadakan Di M'sia?

foto
Sebahagian siswa sekolah English Martyrs’ Catholic School di Birmingham,England.

LONDON: Untuk mengawal satu kelas di sekolah rendah bukan tugas mudah bagi seorang guru.
Cuba bayangkan keadaan di Sekolah Katolik English Martyrs di Birmingham yang 414 muridnya bercakap 31 bahasa berlainan di kalangan mereka.

Seperti yang ditunjukkan pada gambar ini, murid di sekolah itu yang bercakap dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama adalah golongan minoriti.

Bahasa lain yang digunakan mereka, termasuk Lingala dan Yoruba, kedua-duanya digunakan di sebahagian benua Afrika, Mirpuri dan Hindko, dua bahasa yang berasal dari pakistan, dua loghat bahasa Benggali, Czech dan Sudan.

Meskipun pihak guru berdepan dengan cabaran, kepelbagaian bahasa itu berjaya meningkatkan pencapaian keputusan sekolah di Sparkhill itu.

Pengetua baru, Evelyn Harper berkata, pencapaian murid berkenaan adalah disebabkan budaya di rumah murid terbabit yang mementingkan pelajaran.

Tahun lalu, 91 peratus murid mencapai tanda aras empat atau lebih dalam bahasa Inggeris dan 89 peratus dalam matematik. Majoriti murid mempunyai latar belakang Pakistan dan bahasa utama yang biasa digunakan ialah Urdu dan Mirpuri.

Dalam usaha untuk menangani kepelbagaian bahasa yang digunakan itu, guru dilatih untuk mengajar Inggeris sebagai bahasa tambahan. Sekolah itu kadang kala menggunakan penterjemah serta sistem ‘teman’ yang meletakkan pelajar baru berpasangan dengan pelajar lama yang menggunakan bahasa ibunda yang sama dan boleh membantu mereka mula menggunakan perkataan Inggeris.

Bahasa yang digunakan di sekolah itu ialah: Afrikaan, Arab loghat Iraq, Arab loghat Lingala, Arab Sudan, Arab Yaman, Benggali Bangladesh, Benggali Sylheti, Czech, Belanda, Inggeris, Gaelic, Gujarati, Gurmukhi, Hindko, Jamaica Patois, Kachi, Lingala, Mirpuri, Nepal, Pashto, Poland, Portugis, Punjabi, Romana, Somalia, Sepanyol, Sudan, Switzerland, Perancis, Tamil, Urdu dan Yoruba.

Angka yang diperoleh oleh akhbar Birmingham Mail menunjukkan lebih 120 bahasa digunakan di sekolah di seluruh bandar itu.  Meskipun ia sekolah Katolik, majoriti murid mempunyai latar belakang Pakistan dengan Urdu dan Miropri adalah dialek utama digunakan mereka di rumah.

Semua guru mahir dalam mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa tambahan dan sekolah itu juga menggunakan penterjemah. - DM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mampukah model sekoah tersebut diadakan di Malaysia, di mana disesuaikan dengan persekitaran Malaysia dan Asia? Perlukah sekolah-sekolah agama Islam di bawa ke arah itu?

Menang PRU13, Bina K'jaan Islam -Nik Aziz


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala. (SH)

Lelaki Tawar 10 Dinar Beli Plak Royalti Kelantan


 KUALA LUMPUR: Belum sampai dua hari plak asal Sokongan Tuntutan Pendaratan Minyak dan Gas ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah ada individu yang menawarkan harga yang tinggi untuk memilikinya.

Menurut aktivis Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan (Gegar), Mohd Fauzi Mohd Azmi, seorang lelaki menawarkan 10 dinar (RM7,990) untuk membeli plak tersebut sewaktu berkunjung ke gerai pameran Gegar hari ini.

Bagaimanapun kata Fauzi, plak itu tidak akan dijual kepada sesiapa pun kerana mempunyai nilai sejarah bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sendiri.

"Plak itu tak akan dijual kepada sesiapa pun kecuali kalau boleh ditukar dengan royalti petroleum rakyat kelantan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata, plak tersebut terpaksa disimpan 'di tempat yang selamat' kerana ia mula menarik perhatian pihak-pihak tertentu.

"Pagi tadi saya terima penggilan yang kata dia dari pihak istana, nak ambil plak itu untuk cop mohor sultan.

"Tapi saya hubungi kawan yang bekerja di istana, dia kata tak ada. Kalau ada, istana mesti keluarkan surat terlebih dahulu. Jadi kami risau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dapatkan plak itu kemudiaan menghancurkannya," katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, Gegar meneruskan usaha mendapatkan tandatangan orang -orang kenamaan dari pelbagai parti politik untuk menyokong usaha NGO itu mendapatkan hak rakyat Kelantan.

"Kita sedang kumpul tandatangan  VIP tak kira aripada Umno, PAS, PKR, DAP atau dari mana-mana pun untuk menadapatkan sokongan mereka.

"Sekarang kita bukan fokus kepada royalti rakyat Kelantan sahaja tapi kita nak hasil minyak didaratkan di Kelantan, bukan di Thailand, bukan di tempat lain." tegasnya.

Kelmarin, Tuanku Sultan Muhammad ke-V  berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum itu bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV. (Hrh)

Sepasang 'Couple' Berjalan, Pimpin Tangan, Berpelukan..

SEPASANG 'couple' yang sedang berjalan, berpimpin tangan, berpelukan dan bercium-ciuman, perkara itu dah menjadi kebiasaan, sebab dari kecil dah ditanam dengan rancangan televisyen yang seperti ini.

Ber'couple' zaman sekarang dikaitkan dengan cinta, saling mencintai, cinta sama cinta atau 'cinta berlandaskan Islam' Apa pandangan blog Ibnu Hasyim.

Saya yang benar
Nurul -SMK Kucing.

Begitu bunyi e-mail yang sampai pagi ini..

Pihak kami jawab ringkas...

Istilah ber'couple' atau berpasangan-pasangan berlandaskan Islam itu, cuma ada dalam khayalan, dan mimpi siang hari anak-anak muda. Katalah, pasangan itu boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.


Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, kononnya perlu kenal lebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu pun dilarang. Tak boleh couple-couple Bagaimana kalau projek nikah itu gagal? Sedangkan sudah nikah lagikan bercerai!


Tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya baik saja tanpa cacat. Sebagaimana kata Abu Darda; 'Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.' (Riwayat Abu Darda')

Fenomena Couple dalam situasi terkini, adalah fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasulNya.

Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu.

Mudah-mudah fikir, begini sajaah!

Pernah terjadi, seorang kawan bercerita, kalau kamu nak beli satu barang, contohnya kamera yang baik puluhan ribu RM, kamu kata kepada penjual kamera itu, "Saya memang nak beli kamera ini, tapi biar saya bawa balik dulu sebentar, untuk check betul-betul. Lepas tu baru beli!


Apa jawabpeniaga itu? "Lu gila ka. Mana ada itu macam punya niaga? Boleh ambil-ambil dulu.."


Itu baru barang, apalagi manusia. Boleh test dulu baru nak kahwin?


Sila lihat penjelasan di bawah...


BATAS PERGAULN LELAKI-WANITA MENURUT ISLAM.

Satu: Menundukkan pandangan.

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
  • Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
  • Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
Dua: Menutup Aurat: 

ALLAH berfirman;
  • Dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
  • Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. 
  • Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
Tiga: Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, perlu disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
  • Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
Empat: Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; 
  • Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) 
  • Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Lima: Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
  • Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
  • Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berkata-kata dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita bercakap-cakap dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
Enam: Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis.
  • Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) 
  • Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) 
  • Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. 
  • Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; 
  • Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
  • Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32) 
Hukum Bercouple 

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
  1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
  2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
  3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
  4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
  5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
  6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama

I. Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau;
“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: 
  • Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
II. Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? 

Jawab beliau;
“Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji.. Maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.”

III. Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? 

Jawab beliau;
“Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman 
  • ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). 
 Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.”

Jadi, memang jelas haram. Tidak ada bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat. Memang tidak ada, kecali kalau suamu isteri yang sah.!

(IH)

Friday, June 08, 2012

Lebih 100 Rumah, Kedai Dibina Di Gua Musang


 














KOTA BHARU: Bandar Gua Musang bakal berubah wajah apabila beberapa buah projek yang membabitkan pembangunan bercampur bakal dibangunkan bermula tahun ini.

Projek yang mengandungi dua fasa itu dimajukan sebuah syarikat swasta True Impression Sdn Bhd dengan Majlis Daerah Gua Musang yang membabitkan tanah seluas 16.7 ekar di Bandar Lama Gua Musang. Majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak itu disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah hotel, di sini semalam.

Majlis Daerah Gua Musang diwakili Yang Dipertuanya, Mohd Yusof Hussin dan Ketua Whip MDGM, Hussin Embong. Manakala syarikat berkenaan diwakili dua orang Pengarah Urusannya, Rusnifa Wahid an Tan May Wee.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 33 buah unit rumah, 18 unit rumah kedai akan dibangunkan untuk fasa pertama ini. Tambahnya, manakala fasa kedua pula akan dibina 73 unit rumah teres disamping beberapa lagi pembangunan lain bagi menampung keperluan masyarakat di situ.

“Gua Musang sebagai sebuah jajahan pintu masuk ke negeri ini perlu disediakan pembangunan yang teratur memandangkan ianya menjadi tarikan pelancong,”ujarnya. (Hrkh)

Demo Cangkul, Riwayat UMNO Berakhir -N/Aziz


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan yang dilakukan sekumpulan penyokong proUmno di pekarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kelmarin hanya akan menyebabkan riwayat Umno berakhir. Lapor Sinar Harian.

Weblog Ibnu Hayim melaporkan semalam, selepas Projek demotrasi  'Senaman Tunjuk Punggung' dan jual bagger depan rumah Ambiga (Pemimpin BERSIH) bulan lepas, maka wujud pula 'Demontrasi Tunjuk Cangkul' yang mewakili 32 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam. Demontrasi itu juga disebut 'Tukar Acu Test Sepenggal'

Kata Tok Guru MB Kelantan itu, “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” dipetik menerusi facebooknya, semalam.

Kelmarin, seramai 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi sukarelawan 'Tukar Acu Test Sepenggal' atas dasar protes terhadap projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) di bawah Kerajaan Negeri yang menggunakan wang rakyat.

“Janji Pas untuk membina lebuh raya terbabit memang disambut baik, namun kami memprotes tindakan Kerajaan Negeri yang menggunakan wang rakyat untuk projek itu,” kata Pengerusi sukarelawan, Kamarudin Mohd Kasim ketika ditemui, kelmarin.

Dalam demonstrasi itu juga, mereka turut menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang berjanji akan menyuarakan pandangan tersebut kepada Nik Aziz untuk tindakan lanjut.

Mursyidul Am Pas itu juga mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah ‘najis’ di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, tindakan mengadakan demonstrasi berkenaan hanya akan menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah. Percayalah, Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti," kata Nik Aziz.

Bukti 2 MP PKR Sanggup Dibeli, Tapi Minta Lebih RM2J


Khalid Samad mempertontonkan rakaman video pada sidang media hari ini.
Khalid Samad mempertontonkan rakaman video pada sidang media hari ini.

15 AP PKR Dikenal Pasti Lompat Parti.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup.

Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu. Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, melibatkan dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN.

"Jumlah yang ditawarkan adalah RM2 juta iaitu jumlah yang normal untuk membeli Ahli Parlimen PR, sebelum ini.

"Namun, wakil Ahli Parlimen PKR ini, cuba untuk mendapatkan jumlah tertinggi sebagai bukti wujud usaha membeli dari BN," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan segala maklumat terperinci termasuk siapakah Ahli Parlimen yang dimaksudkan, Selasa depan di Parlimen.

"Berkemungkinan saya akan membawa Ahli Parlimen ini untuk memberi penjelasan berhubung perkara ini.
“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya.
Khalid mendakwa, BN mempunyai senarai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berpotensi untuk melompat parti dan keluar dari PR.
"Kita yakin mereka ada senarai tersebut dan difahamkan terdapat 15 ahli parlimen PR yang mereka telah kenalpasti," katanya.
Difahamkan, rakaman sebenar adalah selama tiga jam, namun dalam sidang media terbabit, media hanya melihat rakaman audio empat minit bersama beberapa keping gambar. Rakaman tersebut turut menyebut beberapa nama pemimpin yang telah melompat parti iaitu  Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim dan Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong.
Antara dialog dalam rakaman tersebut, termasuk "Bos (wakil ahli parlimen) cari juga orang yang macam Zahrin... Zahrin ini bijak..bukan kata bis tak bijak".
Khalid turut mendakwa agen tersebut turut mempelawa wakil Ahli Parlimen untuk berunding secara terus dengan pihak atasan, jika mahu mendapat jumlah sogokan lebih tinggi. Lapor Sinar Harian hari ini. (IH)

Keputusan Kes Saiful Apek Dibawa Ke 25 Jun

Saiful Apek
 HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan kes pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad dan peguam Mohd Fadli Hashim yang mewakili kesemua tertuduh.

Pada 1 Nov tahun lepas, Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Dalam hujahnya, Ahmad Ishrakh berkata berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi, pihaknya berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh telah menggunakan dadah berbahaya kerana mereka disahkan positif kanabis menerusihasil ujian pengesahan dadah yang dibuat terhadap sampel air kencing masing-masing.

Beliau berkata biarpun terdapat kesilapan penandaan tarikh pemungutan sampel pada label botol Saiful Apek dan Noremy, penjelasan sewajarnya telah diberi saksi pendakwaan kedua Sarjan M. Sanggar yang mengakui silap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10, yang mana kesilapan itu disedari saksi tersebut ketika memberi keterangan di mahkamah.
  
"Namun, kesilapan ini tidak langsung menjejaskan identiti eksibit kerana masih terdapat nama dan nombor kad pengenalan kedua-dua tertuduh pada label tersebut.

"Selain itu, keterangan saksi kelapan pendakwaan Inspektor Syed Mohd Rahayat Syed Mohd Ramli menguatkan lagi fakta bahawa kesilapan itu tidak disengajakan kerana mana-mana tertuduh dalam kes ini tidak pernah diambil urin atau ditahan pada 12.9.2010," kata Ahmad Ishrakh.

Beliau berkata pihaknya juga yakin identiti sampel air kencing keempat-empat tertuduh tidak terjejas kerana terdapat ciri-ciri unik dalam turutan nombor siri pada kesemua sampel tersebut.

Sementara itu, Mohd Fadli dalam hujahnya merujuk kepada percanggahan tarikh pada botol air kencing dua anak guamnya iaitu Saiful Apek dan Noremy.

Selain itu, beliau berkata tempoh penghantaran sampel air kencing kesemua anak guamnya ke Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pengesahan juga mengambil masa lama.

"Tarikh ujian air kencing diambil daripada kesemua anak guam saya ialah pada 12 Jun 2010 namun pada 18 Jun 2010 baru pegawai penyiasat menghantar sampel kesemua mereka ke Jabatan Patologi untuk tindakan lanjut, tempoh itu adalah terlalu lama," katanya.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta  Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. -- Bernama

Manifesto: Wajar... Nik Aziz Setuju RTM

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 
KOTA BHARU - Pas menyambut baik keterbukaan kerajaan membenarkan parti pembangkang menyiarkan manifesto parti masing-masing di stesen televisyen tempatan termasuk RTM semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebebasan tersebut memberi peluang kepada setiap parti di negara ini untuk menyuarakan pandangan menerusi manifesto di media sepanjang tempoh berkempen PRU13.

Menurutnya, sewajarnya kebebasan tersebut dapat dinikmati sejak dari dahulu lagi untuk membenarkan parti-parti pembangkang menyatakan hasrat yang diperjuangkan sejajar dengan Malaysia sebagai negara demokrasi.

“Saya merasakan ruang tersebut diberikan kerana selama ini kerajaan banyak menerima pelbagai desakan daripada pembangkang. Saya lebih daripada setuju dengan kebebasan itu,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Usaha sama antara Majlis Daerah Gua Musang dengan Syarikat True Impression Sdn Bhd di sebuah hotel di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan kenapa dalam tempoh sekarang kerajaan memberikan akses tersebut, bagaimanapun beliau sangat bersetuju dengan tindakan berkenaan biarpun ditetapkan had waktu siarannya.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini dan itu juga diputuskan berikutan penubuhan jawatankuasa khas berhubung perkara itu di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, akses media yang bebas dan adil adalah salah satu daripada lapan tuntutan menerusi Bersih 3.0 pada 28 April lalu untuk memperjuangkan hak mendapatkan liputan mahupun penyebaran maklumat pada PRU13 nanti.

Projek di Bandar Lama Gua Musang itu membabitkan pelaburan kira-kira RM20 juta melibatkan pembinaan unit kedai, pejabat, rumah berkembar dan banglo yang dijangka siap dalam masa 18 bulan dan semalam pihak pemaju turut memberi wang pendahuluan sebanyak RM1 juta.

Hadir sama pada program itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengarah True Impression Sdn Bhd, Ir Rusnipa Wahi dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.(SH)

Selepas Projek Tunjuk Punggung, Tunjuk Cangkul Pula.

ORANG ramai membawa alat pembinaan terpakai seperti kereta sorong, penyodok, cangkul dan beberapa guni pasir untuk diserahkan kepada Nik Aziz di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu semalam. (Kosmo)


Sebahagian ahli NGO yang menyertai demonstrasi 'Tukar Acu Test Sepenggal’, semalam.
Sebahagian ahli NGO yang menyertai demonstrasi 'Tukar Acu Test Sepenggal’, semalam




KL: Selepas Projek demotrasi  'Senaman Tunjuk Punggung' dan jual bagger depan rumah Ambiga (Pemimpin BERSIH) bulan lepas, maka wujud pula 'Demontrasi Tujuk Cangkul' yang mewakili 32 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam. Menurut laporan Kosmo.



Demontrasi yang disebut 'Tukar Acu Test Sepenggal' itu juga menunjukkan dan mehyerahkan alat peralatan pembinaan  termasuklah kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang menjadi simbol sokongan terhadap ‘hasrat murni’ kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyat, juga sebagai ingatan kepada Nik Aziz, MB Kelantan.
Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu tersebut yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.


Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan (gambar kanan) menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.


Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.


Menurutnya, sejak pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk pembinaan jambatan mahupun surau dan masjid di negeri ini.


“Kenapa apabila ada rakyat memberikan sumbangan untuk membina masjid dan surau tiada pihak yang mempersoalkan tetapi setelah rakyat membantu kerajaan menyediakan lebuh raya ada yang mempertikaikan dengan anggapan kita mengutip derma.


“Saya yakin Kerajaan Negeri mampu membina lebuh raya tersebut berdasarkan sumber-sumber yang ada dan tidak perlulah pihak lain mempertikaikannya kerana sebenarnya kita mengotakan janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini mahu membina lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Pusat Penerangan Pas di sini, semalam.


Pusat penerangan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil rakyat di Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.


Mohd Fadhli berkata, pendekatan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan itu bukannya untuk mengaut duit rakyat bagi menjayakan janji-janji kerajaan tetapi sebenarnya sebagai pendedahan menggalakkan umat Islam beramal jariah.


“Rakyat juga sedar pembinaan lebuh raya ini penting kepada mereka dan bukan sahaja digunakan oleh orang Islam sahaja, bahkan semua orang akan menggunakannya terutamanya mengatasi masalah kesesakan,” katanya. (IH)

Thursday, June 07, 2012

Ternak Lebah Madu Atas Bumbung.. KL?


CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin. 
 JOM KREATIF

Ternak lebah madu atas bumbung hotel 

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini. Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut.

"Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut, Andrew Cote.

"Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya.
Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022.

Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boleh cuba di Kl, samada di kondominium, flat atau  rumah teres di kota atau di pinggit bandar?

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Esok, Demo Di Kedutaan Syria.. -Riduan














KL: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Syria di ibu negara Jumaat ini.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, himpunan itu bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad yang tidak henti-henti membunuh rakyat sendiri di negara itu. Terbaru minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

"Kita akan berkumpul di masjid Tabung Haji dan akan berarak ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat," kata Riduan kepada Harakahdaily.

Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.

Presiden Syiria itu juga mengulangi ketegasannya akan menggunakan kekerasan ketenteraan dalam berdepan batahan rakyat di negara itu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh umat Islam dan individu prihatin bersama mereka Jumaat ini bagi mendesak kerajaan Syiria menghentikan segala kezaliman terhadap rakyatnya.(IH)

Wow, Basikal Setinggi Rumah, Apa Faedah?


FELIX GUIROLA melambai tangan semasa menunggang basikal setinggi 3.45 meter di Havana pada 18 Mei lalu. 

JOM KREATIF

Lelaki tunggang basikal setinggi rumah

HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini. Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.

Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar. "Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.

"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.

Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983. Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.

Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.
Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. - Agensi.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Janji PKR: RM5,000 setahun untuk siswa

RANCANGAN PKR untuk membiaya pendidikan tinggi percuma melibatkan dana berjumlah RM2.5 bilion setahun bagi menyediakan elaun RM5,000 kepada setiap 500,000 penuntut universiti setiap tahun.

Pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli berkata jumlah tersebut akan dapat menampung perbelanjaann asas pelajar, manakala yuran pengajian pula akan diberikan percuma. Katanya, elaun sebanyak RM5,000 itu boleh digunakan untuk mengimbangi yuran pengajian.

Rafizi berkongsi tawaran Pakatan Rakyat kepada sekumpulan siswa di Shah Alam. Katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang menyediakan pinjaman murah kepada siswa tidak dapat dilestarikan.

Katanya, hutang siswa sebanyak RM24 bilion kepada PTPTN itu akhirnya perlu ditampung oleh kerajaan. Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran rancangan berkenaan.(MK)

Fitnah, Ini Rumah Mewah Tok Guru N/Aziz?


KANGAR: Umno sekali lagi dikecam hebat kerana dikaitkan dengan fitnah apabila tersebarnya gambar yang dikaitkan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri.

Bagaimanapun fitnah yang cuba dilemparkan kepada Mursyidul Am PAS itu akhirnya terjawab bila pengguna-pengguna laman sosial terbabit menjawab balik melalui komen-komen mereka bahawa gambar yang disiarkan itu adalah sebuah rumah di Perlis.

Rumah tersebut adalah milik seorang usahawan di negeri ini yang masih dalam pembinaan dan terletak di Kampung Utan Ibus, Kayang dekat sini. Rumah ini dapat dilihat oleh pengguna Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun yang mana lokasinya berada di tepi jalan iaitu di sebelah kiri jalan menghala ke Changlun. (IH)

Bogel Kumpul Wang Tak Apa, Kerana Dia...




























 Berbogel untuk kumpul wang ke Sukan Paralimpik

TOKYO - Seorang pelari wanita, Maya Nakanishi (gambar), 27, sanggup berbogel bagi tujuan untuk mengumpulkan wang bagi membiayai kos penyertaannya ke Sukan Paralimpik di London.

Gambar-gambar bogel itu kemudian disiarkan dalam kalendar yang dijual kepada orang ramai. Hasil jualan itu akan turut digunakan bagi membantunya untuk turut memperoleh kaki palsu yang baharu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bogel untuk kumpul wang guna bagi keperluan harian, bagi dia tidak salah, kerana dia bukan beragama Islam. Sebab dalam Islam membuka dan tontonkan aurat kepada umum  itu adalah perbuatan maksiat yang salah. Tidak boleh makan duit dari hasil maksiat.

Begitu juga bagi sebuah kerajaan yang mengaku Islam, apalagi bila Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan), mencari wang negara dengan cara yang haram dan maksiat, sudah tentu lebih salah lagi. Kerana di dalamnya ada ramai ulama dan bijakpandai-bijakpandai Islam, termasuk yang menjadi 'syaitan bisu'.

Haram, bagi negara yang cari wang dengan hasil judi, arak, hotel lacur, pusat hiburan maksiat, judi bola sepak dan aktiviti-aktiviti yang sekandang dengannya. (IH)

Wednesday, June 06, 2012

M'sia Pengeksport Judi Sedunia -Mapim


 
KUALA LUMPUR: “Dengan dasar kerajaan yang liberal, Malaysia kini membawa imej pengeksport industri judi terkenal di dunia,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Katanya, hal ini dapat dilihat dalam laporan akhbar NST semalam (5 Jun) di ruangan Business Times yang melaporkan syarikat Malaysia iaitu Genting Malaysia Bhd kini sedang berusaha untuk mendapat kelulusan mengembangkan pelaburan kasino perjudian sehingga ke New York, Amerika Syarikat.

Dalam kenyataannya berdasarkan aliran tunainya yang kukuh ia mungkin membida salah satu lesen kasino yang ditawarkan di New York atau di Florida.

Ia berdasarkan operasi kasino yang dijalankan oleh Resorts World Genting yang didapati sangat kukuh.

Mohd Azmi berkata, dalam laporan NST semalam, berita mengenai cadangan syarikat judi itu berunding dengan pihak kerajaan di Amerika Syarikat sedang diusahakan.

Beliau menambah, World Resorts Genting memang terkenal dengan industri judi, malah Singapura sendiri telah mengundangnya untuk membina kasino di negara itu beberapa tahun yang lalu.

Katanya, ditambah lagi kini laporan berjudi dalam Kejohanan Bola sepak Negara Eropah (Euro) @012 sudah bermula dan akan melibatkan pertaruhan berjuta ringgit dan Malaysia tidak ketinggalan.

“Sindiket pertaruhan setiap perlawanan bolasepak dunia sudah lama bertapak di Malaysia. Hanya semada pertaruhan itu beroperasi secara berlesen atau tidak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dianggarkan nilai industri judi di Malaysia mencecah anggaran RM10 bilion setahun.

“Soalnya dasar kerajaan yang liberal mengenai judi menyebabkan amalan berjudi sangat berleluasa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, ujarnya Mapim menyatakan pendiriannya bahawa kerajaan sepatutnya mewujudkan polisi yang tegas untuk menghapuskan industri judi secara beransur-ansur kerana implikasi negatif kepada sosial, ekonomi dan keselamatan negara sangat jelas.

“Kami percaya bahawa semua kaum dan agama di negara ini menerima hakikat bahawa keburukan judi adalah jauh lebih besar berbanding manfaat,” ujarnya.

Oleh itu, tegasnya tidak ada sebab kenapa kerajaan harus terus melanjutkan polisi mewujudkan lesen judi untuk mengawal judi haram.

Beliau berkata, Mapim menilai bahawa isu lesen judi bola yang pernah dilulus oleh kerajaan dan kemudian ditarik balik dan ditangguh kelulusannya tiga tahun yang lalu menunjukkan kerajaan sendiri tidak tegas dengan menghapus sebuah industri yang mendatangkan kesan buruk kepada negara.

“Kami dengan ini menuntut supaya pengeluaran lesen judi dinilai semula dan polisi ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara sifar judi harus menjadi dasar yang diamalkan di Malaysia,” ujarnya. (Hrkh)

Demo: Majlis Syura Sanggah Majlis Fatwa. Alasan...





Majlis Syura Ulama PAS menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilihat bersikap negatif terhadap perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Badan tertinggi parti Islam itu berpendapat, perhimpunan pimpinan Datuk S Ambiga itu bukan saja tidak bercanggah dengan syariat, malah paling sesuai menentang "kezaliman dan kemungkaran" pemerintah.

azlan"Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar," menurut kenyataan majlis yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik itu.

"Bahkan ia menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN, yang membahayakan keselamatan negara dan terus menerus dengan cara kezaliman dan penipuan yang licik, bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada orang Umno itu sendiri."

Majlis Syura Ulama PAS juga berkata, amalan demonstrasi mempunyai asas kuat menurut sunah dan sejarah Islam.

Justeru, jelasnya, perkara "teknikal", seperti isu bergabung dengan bukan Islam bukan isu selagi tidak menghakis dasar Islam.

Demonstrasi 70 wanita dalam hadis
"Selain demonstrasi jalanan, apakah instrumen terbaik dalam realiti Malaysia yang mengamalkan demokrasi bagi memberitahu mereka yang tidak tahu, menyedarkan mereka yang masih tidur, menakutkan mereka yang berkepentingan, menyedarkan semua rakyat supaya bergerak membantah tindakan Umno dan BN?"

"Justeru, di manakah kezaliman pihak BERSIH dan di manakah salahnya?" soal majlis syura.

azlanBadan penggubal dasar PAS itu juga menegaskan, demonstrasi pada asasnya "tidak mempunyai hukum" kerana ia bergantung kepada sebab diadakan.

"Hukum boleh jadi sunat atau wajib jika tujuannya untuk baik dan penting," jelas majlis itu sambil mengemukakan beberapa hujah al-Quran, antaranya yang menyeru menasihati pemimpin dan menentang kezaliman.

Menurut majlis syura, amalan itu turut berlaku dan dirakam dalam hadis, seperti diriwayatkan Ibnu Umar, antaranya peristiwa kedatangan 70 wanita ke rumah nabi mengadu dipukul suami.

"Justeru itu, nabi mengeluarkan sabda dan arahan supaya jangan memukul isteri dan nabi menceritakan kepada sahabat lain tentang peristiwa isteri-isteri yang datang berdemonstrasi meminta pembelaan," kata kenyataan itu lagi.(MK)

Rakyat Menang, Bila Sultan T/Tangan Royalti..

RAKYAT Kelantan menang! Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan... Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".

Sejurus selepas Tuanku menurunkan tandatangan Baginda, Tuanku meminta Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menurunkan juga tandatangan beliau diatas Plak yang sama sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Sumber:FB
Sultan tandatangani plak tuntutan royalti

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.

Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.

Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.

Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.

“Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.

Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” Hisahmuddin mengulas.

Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.

Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.

Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
-HD









Tetapi, tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah
dari yang ini



Ahli UMNO Masuk UMNO, 688-2=?


 
















LARUT: Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno.

“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.

"Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar.

Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut.

(Gambar: Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya)

Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.

“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya.

Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.

Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.

“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi. (IH/Hrkh)

Menteri Tidak Pasti Siapa Bayar Untuk ‘WWW 15’

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran “WWW 15” yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau.

Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa yang membuat pembayaran tersebut, timbalan presiden MCA itu mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak membayar untuk nombor tersebut.

Namun bila didesak, beliau teragak-agak untuk menjawab sebelum berkata “tidak pasti, saya perlu semak semula.”

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang turut hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat MCA itu, dilihat cuba membantu Liow mengatakan “duit itu datang dari tangan kiri, ke kanan.”

“Bila saya membidanya, saya tidak memikirkan kos tersebut,” kata Liow (gambar).
Beliau turut mempertahankan dirinya dengan berkata “proses (bidaan) diuruskan JPJ” dan bidaan itu dibuat kerana perubahan kereta rasminya.

Beliau berkata, “semua menteri perlu ada satu nombor (plat), saya tidak merasakan pilihan itu pada mulanya.”
Beliau menambah “nombor itu tidak penting, apa yang utama adalah servis kepada rakyat.”
Pada 28 Mei, JPJ telah mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, menewaskan bidaan hampir 10,000 pembida untuk WWW 1 dengan bidaan bernilai RM520,000.
Turut didedahkan Liow telah memenangi bidaan tersebut untuk “WWW 15”.

Muzakarah: N/Aziz Jelaskan Tertangguh Kerana...

 
Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengiringi Sultan Muhammad V melawat gerai ekspo pertanian

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).

Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh.

Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'.

"Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS),” katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya.

Mengulas muzakarah itu, beliau hanya menyokong cadangannya adalah atas cadangan Presiden PAS, namun apabila cadangan itu ditarik balik, beliau pun menarik balik.

Tuan Guru Nik Aziz bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.

Ekspo bertemakan 'Bertani Satu Ibadah, 'Kelantan Ke  Arah Pertanian Organik' bermula semalam hingga 10 Jun itu disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V.

WWW 1: PDRM Pilih Bulu?e


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan.
Menurutnya, akhbar Kosmo juga ada menyiarkan karikatur tentang isu bidaan tersebut namun pihak polis tidak mengambil tindakan walaupun pihak akhbar perdana itu tidak memohon maaf.
Dalam akhbar Kosmo bertarikh 28 dan 30 Mei jelas membicarakan tentang isu plat WWW 1 dalam ruangan karikatur yang jelas memberikan maksud yang sama seperti Nizar maksudkan.
“Kami tertanya-tanya adakan pihak Polis terlalu advance dan terlampau hebat kerana hanya membaca laman media baru twitter tetapi tidak membaca akhbar-akhbar tempatan,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat Laporan Polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Ipoh hari ini. (IH)

YDP PAS Jeli Saman Blogger RM1J

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar)

Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk “YDP PAS Jeli samun tanah rakyat” pada 8 November 2011.

Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.

Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.

Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.

Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.

Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Isteri Dituduh Lelaki Ingkar Perintah Mahkamah?


 

Sri Wani ingkar perintah mahkamah

KUALA LUMPUR – Pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk menjawab notis tunjuk sebab mengapa dia tidak boleh dipenjarakan berhubung permohonan komital suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi selepas wanita itu didakwa menghina dan melanggar lapan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dua tahun lalu.

Hakim Abdul Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan komital Bahrom, 61, dan berpuas hati bahawa isteri ketiga bekas dekan itu melanggar semua perintah yang dikeluarkan mahkamah pada 29 Disember 2010 berhubung kes pengesahan cerai dan faraq (membubarkan perkahwinan) pasangan itu.

Terdahulu, peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili Bahrom selaku pemohon, memaklumkan pihaknya memfailkan notis tunjuk sebab pada 17 April lalu atas alasan Sri Wani, 37, telah melanggar lapan perintah tersebut.

Sehubungan itu, pemohon mahu responden iaitu Sri Wani menjawab permohonan komital dengan mengemukakan sebab mengapa dia tidak patut dihantar ke penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda maksimum RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah mahkamah. (IH)

Lihat sebelum ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails