Saturday, June 30, 2012
UMNO Nak Buat Hudud Semua Kaum? Porrah!!
ADUN Umno cadang Johor laksana hudud
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS. Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.
"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.
Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
'Sokong Umno kalau ikhlas'
Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS. Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya.
Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar. Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam
"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.
Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO! Kamu perintah negeri dan negara, kamu cadang, kamu sokong, kamu buatlah! Setengah abad lebih, kamu peritah negara kenapa tak jadi lagi. Kan rakan-rakan kamu ada, MCA/MIC?
Porrah!!
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
Kempen 'Pencen'kan N/Aziz Gagal Total...
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat secara bersama antara pucuk pimpinan parti di peringkat Pas Negeri dan Pusat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO gigit jari lagi, kempen untuk mem'pencen'kan Tok Guru ini gagal total...
Undi DAP Syurga, UMNO Neraka? Apa Kata N/Aziz
Banner-banner provokasi macam nih dah
selalu sangat bertebaran hanya bertujuan untuk memburukkan PAS. Namun
rakyat yang semakin cerdik dari Umno BN, tahu menilai kebenaran di
sebalik tersebarnya banner fitnah macam nih.
Ini menunjukkan betapa terdesaknya
parti pemerintah dan pencacai-pencacainya untuk memenangi hati rakyat
walaupun jalan yang digunakan jalan yang kotor lagi jijik. Namun rakyat
yang semakin bijak memberikan komen-komen pedas bekenaan isu nih.
Kat bawah nih print screen dari FB TGNA untuk tatapan umum..
Zulkarnaen & Tembuk Besar China
UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
SUMBER awal yang menyebutkan, Zulkarnaen, tanpa nama Iskandar di depan, adalah Alexander the Great, menurut khazanah literatur Islam Ibn Hisyam. Ibn Hiyam adalah salah seorang ahli sejarah Islam awal yang menulis sejarah kehidupan Rasulullah. Sebagai bahan dasar penulisan sejarah Rasulullah tersebut, beliau banyak mengambil bahan dari sejarah Rasulullah ditulis oleh Ibn Ishaq yang sekarang diyakin tidak ada lagi..
Ibn Hisyam mengasosiasikan Zulkarnaen dengan Alexander dari Yunani. Tafsiran '2 tanduknya' adalah rentangan kekuasaannya terbentang dari Yunani ke Persia, yang dahulu kekuasaan kerajaan Persia sampai ke India, atau dari barat sampai ke timur. Kemungkinan besar sejak itulah dikatakan Zulkarnaen adalah Alexander, atau Iskandar menurut bahasa Arab dan Eskandar menurut bahasa Persia.
Cuma masalahnya, Alexander diperkirakan bukan seorang monoteis, atau percaya kepada keEsaan Allah. Kerana itu Sayyid Abul Ala Maududi berpendapat, Zulkarnaen bukanlah Alexander.
Maududi berpendapat sifat-sifat Zulkarnaen adalah:
- Sudah meninggal dunia semasa Qur'an diturunkan.
- Mempunyai 2 tanduk
- Kekuasaannya meliputi suatu daerah yang sangat luas
- Membangun tembok untuk menahan Yajuj dan Majuj
- Penguasa yang adil dan percaya kepada Tuhan
Cyrus the Great (590 — 529 sebelum Masehi) adalah pendiri dan penguasa kerajaan Persia Kuno. Kerajaannya terbentang dari Asia Barat Selatan (Libanon, Israel) hingga Pakistan (sekarang), dari Timur Tengah hingga Armenia. Kekuasaannya meliputi Timur Barat Utara Selatan. Kerajaan Persia terkenal dengan logo kambing dengan 2 tanduk yang melingkar.
Menurut Al Maududi mengenai tembok besi untuk menghalang Yajuj dan Majuj, beliau berpendapat Yajuj dan Majuj adalah bangsa barbar yang tinggal di daerah Asia Tengah (seperti Mongol, Tartar, Hun, Scythian). Menurut Maududi, Cyrus telah membangunkan dinding untuk membatasi bangsa yang lebih beradap dari bangsa-bangsa barbar tersebut.
Selain itu Cyrus terkenal sebagai raja yang adil dan bijaksana. Bahkan dikhabarkan dia melepaskan Bani Israel kerana Bani Israel adalah kaum monoteistik dan memerintahkan pembangunan Kuil Sulaiman sebagai tempat penyembahan kepada Tuhan.
Orang Israel dan Christian mengenal adanya Book of Daniel, yang menceritakan kehidupan orang Israel dibawah kekuasaan dan tirani Nebukadnezar, dengan Daniel sebagai tokoh utamanya. Daniel adalah orang Israel yang memiliki kemampuan menafsirkan mimpi, dan dia sempat menjadi penasihat Nebukadnezar kerana kemampuannya trersebut.
Pada suatu ketika Daniel bermimpi, adanya seekor domba atau biri-biri mempunyai 2 tanduk. Salah satu tanduknya agak panjang sebelah. Domba itu menyeruduk ke Barat, ke selatan dan keUtara. Tidak ada binatang yang tahan tandukan domba tersebut. Maka seekor kambing dengan tanduk tunggal diantara 2 matanya muncul dari barat.
'Munculnya Ya’juj dan Ma’juj di Asia' Oleh: Syekh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid
Menurut buku, "Mengungkap Misteri Perjalanan Dzulqarnain ke Cina: Munculnya Ya'juj dan Ma'juj di Asia", Zulkarnain bukanlah Alexander Agung, kerana Alexander Agung bukanlah seorang Muslim dan juga merupakan agresor. Zulkarnain tidak lain adalah Akhnaton (Amnihotib IV), Raja Mesir yang berkuasa antara tahun 1370 s.d. 1352 SM (Dinasti XVIII).Akhnaton adalah anak dari Amnihotib III yang kita kenal dengan Fir'aun, raja Mesir yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan ingin membunuh nabi Musa. Banyak fakta yang ditampilkan oleh penulis yang mengarah Zulkarnain sebagai anak Firaun. Zulkarnain inilah yang diyakini sebagai orang yang membela Nabi Musa ketika Firaun ingin membunuhnya yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai 'lelaki yang beriman'.
- Q.S. 40:27: Dan berkata Fir`aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi".
- Q.S. 40:27: Dan Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab".
- Q.S. Al-Mu`min:40:28 Dan seorang lelaki yang beriman di antara keluarga (pengikut-pengikut) Fir`aun yang menyembunyikan imannya berkata: "Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki karena dia menyatakan: "Tuhanku ialah Allah padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar nescaya sebahagian (bencana) yang diancamnya kepadamu akan menimpamu". Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta.
Siapakah lelaki beriman itu? Menurut penulis itu, dia tidak lain adalah Zulkarnain. Bersama isteri dan keenam puterinya beliau mengajar untuk bertauhid dan dia adalah satu-satunya raja Mesir dalam sejarah yang beriman kepada satu Tuhan, Tuhannya Matahari, yang pada masa itu Matahari dianggap sebagai Tuhan oleh masyarakat Mesir.
Bahkan sangat mungkin anak Firaun ini beriman, kerana beliau hidup semasa dengan Nabi Musa yang ketika kecil nabi Musa dirawat oleh isteri Firaun. Pergaulannya dengan nabi Musa menyebabkan Akhnaton beriman kepada Allah. Akhnaton menjadi raja setelah ayahnya Firaun tewas di laut merah ketika mengejar nabi Musa.
Dari sekian banyak raja Mesir, hanya Raja Zulkarnain (Akhnaton) dan keluarganya yang tidak ditemui muminya. Meskipun piramid digunakan untuk makam Raja Akhnaton berhasil ditemukan, namun para ahli sejarah tidak berhasil menemukan muminya. Mengapa tidak ada makam Raja Akhnaton?
Salah satu jawapannya ialah Raja Akhnaton atau Zulkarnain tidak meninggal di Mesir, tetapi di luar Mesir. Perjalanan Zulkarnain ke luar Mesir berdasarkan perintah Allah yang tercatat dalam kisah Zulkarnain di Al-Quran Q.S. Al-Kahfi: 83-99.
Zulkarnain diperintahkan untuk menuju
- tempat terbenam matahari (bahagian barat bumi),
- tempat terbit matahari (bahagian timur bumi),
- dan juga menuju tempat "baina as-saddain (di antara dua bukit).
Berdasarkan bukti, fakta, dan argumentasi yang diberikan oleh penulis buku itu, penulis meyakini bahwa yang dimaksud tempat terbenam matahari adalah kepulauan Maladewa, kemudian beliau menyusuri khatulistiwa menuju tempat terbitnya matahari. Kepulauan Kiribati dinyatakan oleh penulis sebagai tempat terbitnya matahari.
Di tempat ini terbit dan terbenamnya matahari selalu sama sepanjang tahun, iaitu terbit selalu jam 06.30 dan terbenam selalu jam 18.30, dengan kata lain siang hari selalu 12 jam, dan malam hari selalu 12 jam. Setelah itu beliau diperintahkan oleh untuk berbelok arah menuju tempat yang terletak di antara dua bukit. Berdasarkan penelitian beliau, lokasi itu tidak lain adalah China.
Cerita Zulkarnain juga berkait dengan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam kaidah bahasa Arab, kata Ya'juj dan Ma'juj ini adalah kata yang aneh kerana tidak dapat ditashrif. Ternyata Allah ingin membuktikan sebuah sejarah dengan menggunakan kata aslinya.
Ya'juj dan Ma'juj ternyata berasal dari bahasa China:
- Ya = Asia
- Jou atau Zhou = Benua, tempat tinggal
- Ma = kuda
Pemahaman tentang Ya'juj dan Ma'juj ini juga sejalan dengan hadits nabi:
- "Kamu katakan, kamu tiada musuh. Kamu tetap akan melawan musuh kamu sehingga keluar Ya'juj dan Ma'juj yang bermuka lebar, bermata sepit, bersosok (atau berkulit kuning), akan turun dari setiap perbukitan, seakan wajah mereka rata bagai permukaan palu." (Hadits riwayat Imam Ahmad)
Di dalam hadits lain Rasulullah saw bersabda:
- "Tiada ilah selain Allah. Celaka orang-orang Arab akibat kejahatan yang kian dekat. Tembok pemisah (perlindungan dari) Ya'juj dan Ma'juj terlah terbuka, seperti ini," beliau sambil melingkarkan ibu jari dan telunjuknya. Zainab berkata, "Kataku: Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa sedang di tengah-tengah kita terdapat orang-orang shaleh?" Beliau menjawab, "Ya, jika kejahatan merajalela." HR. Bukhori.
Perlu dicatat, penulis itu menganggap bahawa Tembok China yang kita ketahui kini adalah tembok yang dibangun oleh Zulkarnain atas permintaan rakyat China untuk melindungi mereka dari bangsa Ya'juj dan Ma'juj. Hadits riwayat Bukhori di atas diperkirakan disampaikan oleh nabi antara tahun 622-632M. Ketika itu sebahagian tembok pemisah yang dibangun Zulkarnain di Vina telah terbuka, yakni antara tahun 615-632 M.
Pada rentang tahun itu, China menjadi negara superpower di Asia bahagian utara yang dapat menghancurkan Turki bahagian timur dan menguasai Mongolia pedalaman, Rodesia, dan daerah-daerah di Asia Tengah dengan kekuatan tentara yang sangat dahsyat di bawah kepemimpinan Kaisar Taizon.
Berbagai bencana, peperangan, dan peristiwa yang terjadi antara 615 - 632 M rupanya menjadi sebab terbukanya sebahagian tembok pemisah sebagai pertahanan dari Ya'juj dan Ma'juj, seperti dalam hadits di atas. Bencana, peperangan dan kerosakan yang terjadi merupakan parameter Ya'juj dan Ma'juj. Perang sadis dan tidak berperikemanusiaan juga terjadi sekitar tahun 1200an M di bawah kepemimpinan raja Mongol, Jenghis Khan.
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
Lelaki Subur Pupus 50 Tn Lagi, Kerana Alkohol & ....
DUNIA berdepan masalah ketiadaan lelaki subur dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan bilangan sperma mikroskopik yang semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara.
Akhbar Times of India melaporkan, lebih membimbangkan apabila anggaran menunjukkan kekurangan itu mencecah 50 peratus sejak 50 tahun lalu. Pegawai yang bertanggungjawab mengusahakan garis panduan India untuk membantu teknik reproduktif, Dr P M Bhargava berkata, aliran pengurangan sperma dikesan sejak pertengahan tahun 1990an di Barat.
“Beberapa doktor di India percaya keadaan itu juga berlaku di negara ini. Kajian di Barat menunjukkan bilangan itu menurun dua peratus setiap tahun. Pada kadar ini, tiada lagi lelaki subur antara 40 hingga 50 tahun lagi,” kata Bhargava yang dianggap antara saintis terkemuka India.
Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus. Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti.
“Banyak bahan yang digunakan setiap hari seperti plastik atau botol susu membebaskan kimia yang sama dengan estrogen, hormon wanita,” kata Bhargava.
Kata saintis, pendedahan kepada kimia seperti hormon wanita boleh mengurangkan sperma pada lelaki. Penggunaan racun serangga seperti DDT dan dioksin juga antara punca masalah itu. Namun, sebahagian saintis tidak bersetuju. Pakar kesuburan, Dr Aniruddha Malpani, berkata gangguan yang disebutkan cuma satu daripada teori tidak dibuktikan untuk menjelaskan mengenai pengurangan sperma.
“Ia teori paling terkenal tetapi belum terbukti lagi. Kadar ketidaksuburan ialah masalah lelaki dan wanita disebabkan mereka lewat berkahwin serta bertangguh untuk melahirkan anak,” katanya.
Seorang lagi pakar, Dr Anjali Malpani, memberikan statistik bagaimana sperma menurun sejak berdekad lalu. “Ketika menubuhkan bank sperma pertama di Mumbai dua dekad lalu, kami mudah mendapat 40 hingga 60 juta sperma setiap satu mililiter,” katanya.
Namun pada akhir tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyemak semula definisi bilangan sperma normal kepada 20 juta setiap mililiter. Jadi, bank sperma cuma menolak penderma yang bilangan sperma tidak sampai 15 juta setiap mililiter.
“Pada 1950an, WHO sendiri mengikat bilangan normal pada 113 juta setiap mililiter,” katanya.
“Dua dekad lalu, apabila kami menubuhkan bank sperma pertama, kami ditanya bagaimana mahu menggunakan perkataan itu secara terbuka.
“Sukar mendapatkan sumbangan kerana lelaki tidak mahu seseorang yang kelihatan seperti mereka berjalan-jalan di bandar 20 tahun akan datang,” kata Malpani. (Agensi)
Komen Weblog Ibnu Hsyim: Nampaknya apa yang menjadi punca penyakit itu ialah apa yang dilarang penagamalannya oleh agama Islam, seperti..
- Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti.
- Kadar ketidaksuburan ialah masalah lelaki dan wanita disebabkan mereka lewat berkahwin serta bertangguh untuk melahirkan anak.
Maka bertuahlah bagi negara dan rakyatnya yang mengamalkan cara hidup Islam. (IH)
Friday, June 29, 2012
BB Plaza: Ibnu Hasyim Sokong Pemuda PAS..
Bawah, Ibn Hasyim semasa berforum di P.Pinang
KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong bantahan Dewan Pemuda
PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) yang berasa kesal dan kecewa dengan tindakan
kerajaan ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza)
bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT."Apakah tidak ada cara lain selain dengan merobohkan bengunann yang merupakan aset kepada UDA Holding rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu? " kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim. "UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera..."
BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa. DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini. Apa lagi tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza itu pula memakan masa selama 5 tahun.
Menurut Kamaruzaman Mohamad ketua DPPWP yang berkata melalui Harakah Online, walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu menampung kos sewa yang mahal...
Sebelum ini, ujar beliau UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore. Aset-aset itu, tambah Kamaruzaman telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu. DPPWP juga, katanya difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza, hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambinghitamkan.
"Sila kaji balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza dan permainan dibelakangnya, demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di KL.. Mana peranan kerajaan UMNO/BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu?”
Tempelak editor weblog Ibnu Hasyim lagi, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (IH)
Selamat Datang, Doa Unt Biduanita Sharifah Aini!
HALAMAN HIBURAN
SHAH ALAM: Pejabat Pos Besar di sini telah menerima kunjungan pelanggan istimewa iaitu biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir untuk mendaftar sebagai pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.
Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah berkata, walaupun rasa malu dan bersalah kerana sudah terlewat untuk mendaftar namun sebagai warganegara bertanggungjawab, semua itu terpaksa diketepikan demi memastikan masa depan negara akan terjamin.
Menurutnya, kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.
"Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.
"Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini dulu semalam. (Sumber Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Kak Pah memulai ke arah kesedaran berpoitik. Memang poitik tidak dapat dipisahkan dari kehidupan harian dan agama. Bahkan ada kaitan dengan hari akhirat, syurga dan neraka. Kalau makan minum atau yang sekecil-kecilnya perlu ikut cara Islam, apa lagi dalam menentukan politik, kepimpinan dan pemerintahan masa depan kita.
Bukan sahaja dalam seluruh kehidupan di dunia, bahkan hingga ke luar dunia, iaitu akhirat. Maka amatlah wajar Kak Pah pilih politik Islam, dengan mengambil Islam (termasuk politik) sebagai penaung hidup. Kini sudah ramai artis-artis sudah memilih cara hidup Islam sepenuhnya termasuk berpolitik Contohnya seperti Bob Lukman, Aishah, Akhil Hai, terbaru Heiri Othman dan lain-lain..
Apa lagi Kak Pah orang yang mempunyai pengetahuan agama, dan mempunyai anak-anak yang hebat dalam pengajian agama. Insya Allah semoga akhirnya Kak Pah akan memilih parti Islam, dan dipilih Allah dengan melibatkan diri bersama-sama perjuangan Islam.
Sementara itu menurut Weblog Nizar, sebentar tadi..
""Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini. Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.
Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran. Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad..."
Salam weblog ini kepada biduanita negara, Datuk Sharifah Aini. Selamat datang, kami sama-sama mendoakan kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat! Allahu Akbar!
(IH)
Masuk PAS Hilang Kerja, Nak Makan Apa? -Hairie
KL Bagi Hairie Othman hero filem Leftenan Adnan, , keputusannya menyertai parti PAS hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaannya, dalam dunia lakonann yang diceburi selama 20 tahun ini.
"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!
"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.
Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini.
"Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya.
Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat.
"Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya.
Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap.
"Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau.
Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi.
Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip.
Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon.
"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie.
Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti.
"Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik. (IH)
Baring Bogel Depan Ambulans, Mengapa?
ZHANG yang berbogel berbaring depan ambulans, semalam.
WANG yang cedera terbaring di jalan selepas dilanggar Zhang, manakala seorang petugas mengangkat anaknya yang parah.
BEIJING: Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital, semalam.
Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.
Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.
“Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan,” kata jurucakap polis.
“Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital,” katanya.
Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.
Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cdera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka.
Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.
“Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam,” kata pendakwa raya. - DM
Kahwin Di Betong Mudah, Mengapa M'sia Susah?
Di Betong Thailand
PENGKALAN HULU: Proses akad nikah yang mudah dan situasi yang lebih selamat menjadikan pekan Betong, Thailand yang bersempadan dengan daerah ini, kini menjadi lokasi utama untuk pasangan dari Malaysia untuk ‘kahwin lari’ atau mengamalkan poligami.
Keadaan itu secara tidak langsung memberi sumber rezeki baru kepada penduduk daerah ini yang menjadi ejen tidak rasmi serta menyediakan pakej nikah untuk pasangan yang berhasrat bernikah di Betong.
Difahamkan, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 10 ejen menyediakan pakej nikah dengan bayaran antara RM1,500 dan RM3,000, sedangkan bayaran kos nikah cuma RM450.
Ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Sani, 40, berkata, pakej disediakan merangkumi khidmat pengangkutan dari daerah ini ke Betong serta semua urusan akad nikah dengan jurunikah bertauliah di pekan berkenaan.
“Sediakan RM1,500 dan proses akad nikah di Betong, Thailand, selesai dalam masa tidak sampai 15 minit. Proses itu lebih pantas berbanding pejabat kadi di kawasan lain di Selatan Thailand,” katanya. (Mymetro)
Lihat sebelum ini...
Blog Ibnu Hasyim mendoakan kesejahteraan beliau. Tetapi kenapa hingga perlu berkahwin di Thailand dan akan daftar semula perkahwinan semula di Malaysia? Mengapa perlu jadi susah-susah dalam hendak buat kebajikan? Bukankah agama menyuruh "Mudahkan jangan persusahkan'? Pihak agama kena semak balik peraturan, pilih jalan memudahkan!
Wanita Ini Dirogol, Tak Malukah Kita?
KENALKAH dia? Dialah Dr. Aafia Siddiqui. Seorang muslimah dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun.
Namun, tiada seorang pun pemimpin umat Islam hari ini tampil untuk membelanya. Malah, kerajaan Pakistan sendiri yang membantu Amerika Laknatullah untuk menangkapnya.
Beliau bukan sahaja dipenjarakan, malah turut dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada hidungnya. Bukan sekadar itu, beliau juga turut dirogol di dalam penjara.
Kebobrokan pemimpin umat Islam hari ini jelas terpampang apabila mereka tidak menghantar sebarang bala tentera untuk menjawab kebiadapan Amerika.
Sudah lupakah kita, Khalifah Mu'tasim Billah menghantar bala tentera untuk menyerang Rom kerana beberapa orang kafir telah mempersenda aurat seorang muslimah pada waktu itu? Di mana pula bala tentera muslim hari ini?
Wahai umat Islam, butakah mata hati kita sehingga kita sanggup menyokong pemimpin-pemimpin muslim (yang menzalimi umat Islam sendiri) hari ini? Mahukah perkara yang sama berlaku pada ibu, kakak, atau adik kita? Mahukah ibu, kakak, atau adik kita senasib dengan Dr. Aafia Siddiqui? -soutulmujahid
26 Tempiaran Lari, GRO Tiada Jalan Selesai?
SEBERANG JAYA – Seramai 26 wanita yang sedang asyik melayan pelanggan di sebuah restoran terbuka dekat Taman Impian Alma, di sini, bertempiaran lari kerana terkejut selepas premis berkenaan diserbu Jabatan Imigresen dalam satu operasi awal pagi semalam.
Semua mereka yang bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (GRO) di restoran itu terdiri daripada 24 warga Thailand, sementara masing-masing satu Indonesia dan Myanmar berusia
antara 20 dan 35 tahun.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, serbuan itu dibuat sepasukan 30 anggota bahagian penguatkuasaan pada jam 1.15 pagi hingga 1.45 pagi.
Menurutnya, ketika serbuan semua wanita berkenaan bersama pelanggan cuba melarikan diri, namun gagal apabila semua penjuru premis telah dikepung.
“Hasil pemeriksaan mendapati, empat daripada mereka, yang mana tiga warganegara Thailand dan satu Indonesia merupakan isteri kepada lelaki warga tempatan.
“Tiga yang lain pula didapati tidak mempunyai sebarang dokumen, manakala selebihnya menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen Negeri, di sini.
Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, pada 2010 dan tahun lalu, premis berkenaan pernah diserbu dua kali, namun dilihat masih degil dengan melakukan kesalahan sama.
Sorang wanita warga Thailand juga didapati pernah ditahan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini kerana melakukan aktiviti tidak bermoral dengan bekerja sebagai GRO. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, masalah GRO asing di Malaysia, masih belum ada jalan selesai. Tidak mungkin tidak ada jalan selesai, yang ada mungkin sengaja tidak mahu cari penyelesaiaan. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin Malaysia bodoh atau tidak cerdik dan kreatif...
Cuba cari bagaimana penyelesaiannya menurut Islam pula!
Tv M'sia & Indo, Bazirkan Masa Rakyat?
1,600 jam dibazir depan TV
JAKARTA: Purata kanak-kanak di negara ini meluangkan masa lebih banyak menonton televisyen dalam setahun berbanding berada di bilik darjah, kata Timbalan Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Eski Tri Rejeki Suyanto, semalam.
Kajian dibuat KPI menunjukkan kanak-kanak di Indonesia mungkin meluangkan masa empat hingga lima jam sehari atau 30 hingga 35 jam seminggu atau 1,600 jam setahun menonton televisyen.
“Sementara itu, jumlah waktu persekolahan dalam setahun adalah 740 jam. Hasilnya, jumlah masa yang diluangkan kanak-kanak untuk menonton televisyen adalah dua kali ganda jumlah masa yang diluangkan di kelas,” kata Eski seperti mana dipetik daripada agensi berita Antara.
Eski berkata, waktu yang diluangkan menonton televisyen semakin meningkat pada hujung minggu.
Menurutnya, amalan ini bermula sejak awal usia kanak-kanak ekoran tindakan ibu bapa menggunakan televisyen sebagai alat untuk menenangkan anak mereka yang menangis. “Kebanyakan kanak-kanak segera menonton stesen televisyen kegemaran mereka sebaik pulang ke rumah daripada sekolah,” katanya.
Eski berkata, membiarkan kanak-kanak memenuhi masa senggang mereka dengan menonton televisyen adalah amalan yang tidak baik. - Antara
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tv, rupanya telah disalahgunakan, bukan untuk pembangunan insan, rohani jasmani, dan dunia akhirat. Termasuk penganjur atau penontonnya, samada swasta atau kerajaan, Malaysia atau Indonesia, yang telah menyelewengkn fungsi sebenar, bahkan digunakan untuk hiburan semata-mata.
Kita lihat berapa banyak masa dihabiskan penonton yang melihat pertandingan bola sepak contohnya. Berapa juta jam masa penonton dihabiskan dalam sesuatu pertandingan.. Kaji-kaji balik, banyak rugikah atau untung? Terutama bagi pelajar...
Israel Cipta Daun Ganja Yang Tidak Mabuk, Ubat....
JOM KREATIF
Tanaman ganja ini merupakan hasil gubahan sekelompok ilmuwan dari Israel. Seperti yang dilaporkan Harian Maariv, tanaman ganja versi baru ini memiliki karakteristik yang hampir sama dengan ganja versi lama, namun tidak memiliki efek sampingan yang umum terjadi.
Hal itu disebabkan kandungan zat tetrahydrocannabinol (THC), zat yang menyebabkan mabuk, berhasil dieliminasi. Sebagai gantinya, para ilmuwan meningkatkan efek zat lain disebut dengan cannabidiol yang sering digunakan untuk mengobati penyakit mental. Jadi, tanaman ganja ini mampu dijadikan resep untuk merawat pasien yang mengalami gangguan psikologis.
Menurut Tzahi Klein, ketua divisi pengembangan di Tikkum Olam, perusahaan yang membuat tanaman itu, mengatakan bahawa tanaman tersebut telah diujicuba kepada penderita penyakit MS (Multiple Sclerosis).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara-negara pengeluar ganja samada secara haram (gelap) atau melalui prses undang-undang, perlu memikirkan supaya dapat mewujudkan pengeluaran ganja untuk ubat, untuk kebaikan masyarakat dan penggunanya. Sehingga dapat menjadi sumber ekonomi negara. Contohnya, seperti negara Aceh, Myanmar dan sebagainya. (IH)
Dari hal ganja...
- Demontrasi Ganja & Negara Penyalurnya.
- Universiti Ganja Diserbu, Tapi Patut Ada Di Aceh.
- Masa Depan Perusahaan Ganja di Aceh…
- Lihat Taman Pokok Ganja, Bisakah Aceh Manfaatkan?
- Aceh, Perlu Jadikan Ganja Sebagai Sumber Eko Halal...
- AS Batal Haram Ganja, Peluang Niaga Bagi Aceh ...
- Misteri Pulau Puaka Di Aceh.
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
Gadis Muslim Ini Wajar Dibunuh Atau Dihukum.
FOTO Telanjang, Sila Sahin, gadis Muslim pertama yang tampil di majalah Playboy Germany diancam dibunuh (gambar kanan). Wajarkah?
Dia seorang wanita Muslim tampil sebagai model
Playboy. Model
sekaligus artis tv beragama Islam, Sila Sahin bergambar sebanyak 12 halaman tampil di majalah itu. Sila
Sahin disebut pelacur oleh sejumlah orang Islam, dicaci bahkan
sampai pada ancaman bunuh!
Sila Sahin, wanita kelahiran 3 Desember 1985 ini, dibesarkan di Jerman oleh keluarga keturunan Turki dan sempat mengaku takut dicaci dan dimaki ataupun dipermalukan.
Orangtuanya sangat marah ketika melihat foto telanjang itu. Ibunya memutuskan tidak mahu kenal anaknya lagi. Sila Sahin yang juga bintang sinetron Jerman berjudul Good Times, Bad Times, menjelaskan konon foto telanjangnya itu terhasil, adalah reaksi dari masa remajanya yang terkungkung.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau hal ini berlaku di negara ini atau negara di dalam kekuasaan Islam, orang seperti ini wajib dihukum. Hukuman yang mendidik supaya tidak berlaku lagi penghinaan kepada agama seperti ini.
Apa hukumnya, hukum matikah? Terserah kepada syura ulama yang menentukan. (IH)

Thursday, June 28, 2012
Ku Renung Bangunan MPPP, Teringat Tokoh2 PAS..
KEBETULAN saya dapat melihat program 'Perhimpunan Hijau dan XPresi Anak Muda' Pulau Pinang pada 24 Jun lalu melalui atas sebuah hotel, di tepi Padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth. Padang Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bersejarah, di mana di situlah PAS ditubuhkan pada tahun 1951.
Padang yang masih digunakan sekarang, begitu anggun bila dilihat pada malam hari kerana lampu-lampu yang menghiasinya, mencorakkan padanan warna yang cukup menawan. Arahan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar bangunan lama dipelihara begitu tepat sekali, sebab ianya mempunyai seni reka bentuk yang unit.
Asal bangunan lama dicat dan diperindahkan sebegitu rupa sesuai dengan Georgetown yang mendapat pengisytiharan sebagai 'Bandaraya Warisan' dari UNESCO tiga tahun lalu. Mana-mana bangunan lama tidak kira ia berteraskan penjajah Inggeris atau bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India perlu ndipelihara kesenian yang terpahat lama dengan baik.
Gambar-gambar di atas, Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang bersejarah..
Saya turun ke padang itu lepas solat asar, kebetulan bertemu Setiausaha PAS Balik Pulau, rakan lama, Cikgu Taufek. Dia mengatakan bahawa Ustaz Saleh Man Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ada di pentas, dan memang saya berjanji akan menemuinya melalui telefon tadi. Maka saya ke pentas dan dia nmenjemput saya naik dan duduk di sisinya, bila saudara Omar memberi laluan. Terima kasih Umaq!
Dia bersebelahan sebaris dengan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan
Tantawi, Hu Pang Chou Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS. Di belakang ada YB Nasir ADUN Kedah dan beberapa lagi. Al-hamdulillah, memang saya sudah lama tidak bertemu Ustaz Saleh.
Majlis terus berlalu dengan nyanyian lagu dan nasyid disertai acara lelong dan sebagainya, sebagai perencah penyedap hidangan di majlis.
Gambar di bawah Ustaz Saleh Man, Pesuruhjaya PAS P.Pinang sekarang, sedang berceramah.
1. Haji Mansur JP.: Nama sebenar Haji Mansur bin Haji Hasan Kwantung. Ayahnya beragama Islam, Islam asal dari negara China, berambut panjang bertocang. Rumahnya di tengah pekan Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau mendirikan sistem pendidikan Islam pondok yang pertama di pulau, tidak termasuk Seberang Prai, di kawasan surau simpang 3 Bayan Lepas, Kampung Seronok dan Teluk Kumbar.
Surau tersebut masih ada sampai sekarang. (Sumber temuramah Ibnu Hasyim dengan anak bongsunya Hj Murshid di awal 1990an. Rujuk buku Ibnu Hasyim: Krisis UMNO-PAS, Penyelesaian Menurut Islam ??). Hj Mansur JP berjawatan sebagai Naib Yang Di Pertua Aguang PAS yang pertama selepas penubuhan PAS pada tahun 1951. (Rujuk buku Ibnu Hasyim: 1950-200 PAS Kuasai Malaysia?)
2. Hj Ahmad Badawi: Beliau adalah menantu kepada Haji Mansur JP. Ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Hj Ahmad Badawi. Ada kenyataan menyebutkan beliau adalah penaja Pemuda PAS dan menjadi ketua Pemuda yang pertama. Tetapi akhirnya beliau kembali kepada UMNO.
3. Ustaz Ahmad Azam. Berketurunan Banjar, menjadi penaja Persatuan Banjar di Malaya. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang pertama dan dihantar menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu yang pertama selepas di Pulau Pinang. Terengganu pernah ditawan PAS dalam pilihan raya 1959 di zaman pentadbiran beliau. Beliau pernah menjadi Naib Persatuan Ulama Malaysia.
4. Tuan Hj Ahmad Tuan Husin: Berketurunan Banjar asal Pontianak Indonesia. Beliau adalah tuan guru Pondok Pengajian Islam di Pokok Sena Pulau Pinang, Pernah menjadi Ahli Parlimen PAS pertama dalam pilihan raya umum pertama 1955 di Malaya. Waktu itu PAS memenangi 1 Kerusi Parlimen di Kerian Perak, dan 1 kerusi DUN (Semanggul) Perak.
5. Tuan Hj Yusuf Rawa: Menjadi Pesruhjaya PAS Pulau Pinang selepas Ahmad Azam. Pernah mengalahkan Dr Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia, dalam pilihan raya umum di Kedah (sebelum Dr Mahatihi menjdi PM). Menjawat jawatan tertinggi dalam PAS sebagai Yang Di Pertua Agung PAS dan Mursyidul Am.
6. Hj Zabidi Ali: Menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dan ahli parlimen tunggal PAS Pulau Pinang, sejak Kerajaan Campuran PAS/BN hingga Anwar Ibrahim masuk UMNO mengalahkan beliau. Di zaman mudanya, beliau terkenal sebagai pelopor Kampung Pertanian.
7. Ustaz Hamdan Abdul Rahman: Menjadi Pesuruhjaya PAS sebelum yang sekarang. Menjadi ADUN tunggal PAS di DUN Pulau Pinang sehingga beliau meninggal dunia.
Begitulah antara tokoh-tokoh PAS Pulau Pianang dalam kenangan. Perjuangan mereka untuk menegakkan agama Allah, melalui partiNya atau parti Islam, bagi negara Malaysia tercinta. Al-hamdulillah!
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
P.Pg 25 Jun 2012
'K'tan Tak Kuasa Larang Judi' Ditolak -N/Aziz Syukur
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari MCA yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.
(Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Rayuan)
Menurut Setiausaha Akhbar MB, Fadhli Shaari, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini berada di Kuala Lumpur beranggapan keputusan ini satu kejayaan yang besar ertinya kepada kerajaan Kelantan.
Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.
Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Hakikatnya, dasar ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga kemaslahatan semua pihak dan ia secara umumnya diterima dengan baik kecuali anasir-anasir yang bersifat minoriti yang dipercayai berpunca daripada dakyah pihak-pihak tertentu.
"Tuan Guru Menteri Besar juga menyuarakan rasa kesal teramat sangat di atas tindakan saman yang difailkan yang dipercayai direstui oleh parti MCA berdasarkan kehadiran anggota jawatankuasa pusatnya semasa proses saman tersebut difailkan," kata Fadli dalam kenyataannya.
Persoalannya, kata beliau, di manakah suara Umno yang selama ini mendakwa sebagai juara membela agama dan bangsa?
"Kenapakah langsung tidak bersuara dalam isu ini yang sekaligus dilihat sebagai menyokong tindakan menyaman kerajaan Kelantan?" soal beliau.
Justeru, katanya, menjadi harapan Tuan Guru Menteri Besar agar keputusan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak lagi bertindak menggugat dasar-dasar yang telah diputuskan sekian lama.
Dasar ini pula selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990. (Hrkh)
Cabul Dlm Tandas, Lagi Bukti D/Pelajaran Gagal.
GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.
Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.
Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin. Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini, lebih-lebih lagi berlaku di sekolah, lagi bukti kegagalan dasar pelajaran negara ini... BN bertanggung jawab.
Rela Zina Bawah 18, Tapi Lelaki Dihukum.. Adilkah?
SINGAPURA: Seorang ahli perniagaan Singapura yang terkenal semalam
mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan pelacur di bawah umur. Howard Shaw, 41, cucu kepada ahli perniagaan perfileman Runme Shaw
dan bekas aktivis alam sekitar, didakwa April lalu kerana melanggan
pelacur berusia 17 tahun pada Oktober 2010.
Pelacuran dibenarkan di Singapura tetapi 48 lelaki dalam usia 20-an hingga lewat 40-an, telah didakwa di bawah undang-undang 2008 yang menjadikan ia sebagai jenayah melanggan pelacur wanita di bawah umur 18 tahun. Senarai itu termasuk ahli perniagaan, penjawat awam dan pegawai beruniform dan hukuman maksimum adalah tujuh tahun penjara dan denda.
“Saya mengaku bersalah, tuan,” Howardmemberitahu hakim See Kee Oon di Mahkamah Daerah.
Peguamnya, Harpreet Singh Nehal berkata, Shaw perlu menerima hukuman ringan kerana dia membuat kesilapan “jujur dan munasabah berkenaan umur gadis itu.”
Harpreet berkata, “Dalam prinsip undang-undang, seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan jujur dan munasabah tidak dianggap mempunyai niat jenayah. Undang-undang menganggap beliau sebagai tidak boleh disalahkan secara mental.”
Howard yang berkahwin dengan bekas peserta ratu cantik, mempunyai dua orang anak perempuan hasil daripada perkahwinan yang pertama, merupakan lelaki keempat dijatuhkan hukuman kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur yang sama. Kesnya akan didengar sekali lagi lewat bulan depan.
Perkhidmatan pelacuran itu diiklankan dalam satu laman web yang tidak berfungsi kini dan namanya tidak boleh disiarkan kerana masih di bawh umur ketika kesalahan itu dilakukan. Bekas pengetua sekolah rendah yang mengaku bersalah atas kesalahan sama telah dijatuhkan hukuman sembilan minggu penjara.
Lima warga asing juga didakwa melakukan hubungan seks dengannya, antaranya adalah Juerg Buergin, expatriat dari Switzerland yang bekerja dengan syarikat perbankan gergasi UBS. - Straits Times
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melakukan najis zina, suka sama suka tidak salah, tetapi kalau dengan wanita bawah umur (18 tahun), cuma lelaki yang dihukum. Apakah wanita itu tidak kenal erti seks rela dengan seks paksa? Lebih tepat menggunakan 'baligh' (mengikut istilah Islam) yang tidak tentu jumlah umurnya.
Bagaimana si yang rela menggoda tetapi tidak dihukum? Maka seks bawah umur aakan terus berlaku dan terus menzaimi kaum lelaki. Peraturan inilah juga yang dilaksanakan di Malaysia. (IH)

Haire Othman Jumpa Tok Guru Nik Aziz Pula..
Haire Othman dalam Facebooknya berkata:-
Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja..seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan..bagaimana tergamak kita berkata beliau Tok guru kafir..? Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulliah! (IH)
Sebelum ini...

Bunuh Diri Ujian Merosot, Lagi D/Pelajaran Gagal..
JAKARTA: Seorang gadis berusia 16 tahun lengkap berpakaian seragam
sekolah, menggantung diri sehingga mati kerana dikatakan bimbang akan
keputusan peperiksaannya yang teruk, semalam.
Gadis itu yang dikenali hanya sebagai SA, ditemui mati di rumahnya di Kampung Tengah di Kramat Jati Timur, Jakarta Timur. Abang SA, Komaruddin, 22 menemui mayat adiknya tergangtung dari siling tingkat dua rumah mereka. Dia dikatakan menggunakan tali leher dan tali pinggang untuk menggantung dirinya.
“Saya sangat terperanjat melihat mayatnya. Saya terus menjerit dan meminta bantuan jiran,” katanya.
Komaruddin terus membawa adiknya ke Hospital Al Fauzan di mana doktor memberitahunya, adiknya telah meninggal dunia. -JP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi contoh kegagalan dasar pelajaran sekular yang memisahkan ilmu dengan tuntutan di akhirat. Bukan ilmu untuk bertakwa.. Seperti juga praktikal dasar pelajaran di Malaysia.

Memo Tuntut Royalti Kepada MB Kelantan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN (ROYALTI)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia.
Dengan hormatnya, ini adalah MEMORANDUM kepada Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan. Bahawa isu Pengeluaran Petroleum sebagai Hasil Bumi Negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui Batasan Kepentingan Politik yang sempit.
Pertama; Kami mewakili NGO-NGO Negeri Kelantan mengucapkan Jutaan Terima Kasih diatas kesungguhan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam memikul Amanah dan Tanggungjawab yang telah diberikan oleh Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya didalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS.
Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengambil tindakan bijak, membawa isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan untuk dibicarakan didalam Mahkamah yang Sah mengikut lunas Undang-Undang yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan Negara Malaysia yang kita cintai.
Kami percaya, Majoriti Rakyat Negeri Kelantan sentiasa memberi sokongan Padu yang Tidak Berbelah bagi atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dan sokongan itu dapat dilihat hari ini dan juga melalui Kempen mengumpul Tandatangan Sokongan kepada Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah kami jalankan sebelum ini yang setakat ini telah berjaya mengumpul hampir 70,000 tandatangan Rakyat Negeri Kelantan Pelbagai lapisan Masyarakat dan Umur.
Kedua; Seperti yang dimaklumi oleh Pihak Kerajaan Negeri, Tanah Tumpah Darah kita, Negeri Kelantan Darul Naim yang lebih dikenali sebagai “Serambi Mekah” adalah sebuah Negeri yang kaya Buminya baik di Daratan yang penuh dengan Sumber Alam Semula jadi termasuk Mineral dan Lautannya yang penuh dengan Galian Minyak dan Gas.
Perairan Negeri Kelantan menyimpan sebanyak 17 Trillion Gas Asli yang pada masa ini sudah mula diterokai dan dituai hasilnya oleh Syarikat Carigali Minyak Malaysia PETRONAS semenjak awal 1980-an dan setakat hari ini, 5 blok yang kaya dengan Minyak Mentah, Gas Asli dan Condensate telah ditemui iaitu dari Blok MTJDA (Malaysia – Thailand Joint Development Area), PM301, PM302, PM325 dan PM326.
Pihak kami ingin mengambil contoh Negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu yang juga dianugerahkan oleh Allah dengan Hasil Bumi yang bukan sedikit seperti juga Negeri Kelantan. Masing-masing Negeri tersebut dikenali sebagai Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dan masing-masing Negeri tersebut juga diberi kelebihan mempunyai lokasi Pendaratan Minyak dan Gas yang dikeluarkan dari Perairan Negeri masing-masing ke Daratan Negeri masing-masing. Malangnya ini tidak berlaku kepada Tanah Tumpah Darah kita Negeri Kelantan yang kita sayangi.
Merujuk kepada apa yang berlaku semasa Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-12, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V telah bertitah;
“Beta berharap, Gas ini dapat didaratkan di Negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petrolium di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”
Kami dengan ini Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menyokong sepenuhnya Hasrat dan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V supaya Hasil Bumi yang disedut dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri ini supaya Manfaatnya dapat dinikmati oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang amat-amat kita sayangi dan cintai.
Kami juga berharap supaya pihak Kerajaan Negeri Kelantan lebih bersungguh dalam membuat Tuntutan Pendaratan Gas di Negeri Kelantan supaya Hasil dan Manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai Golongan, Kaum, Bangsa, Agama dan peringkat umur.
Pihak kami mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Tuntutan Pendaratan Gas yang dianggotai oleh Pelbagai Profesional dalam bidang berkaitan bagi mengkaji kesan-kesan Sosio-Politik keatas Negeri Kelantan sekiranya Hasil Bumi dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dan hasil kajian tersebut perlu dibentangkan kepada Rakyat Kelantan melalui apa sahaja cara sebagai bahan umum supaya seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai peringkat lebih faham akan Nikmat dan Manfaat yang akan sama-sama kita berkongsi di kemudian hari Hasil dari Perut Bumi Negeri Kelantan sendiri.
Ketiga; Kami juga mencadangkan supaya Plak Royalti yang telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dibuat salinan, digantung dan dipamerkan di permis-permis Kerajaan sebagai simbolik Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Memorandum ini bertarikh 26hb. Jun, 2012
Haji Nazeri bin Deraman
Pengerusi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
http://royaltikelantan.com/

Mengapa Saya Masih Belum PAS? -Abby Abadi
HALAMAN HIBURAN
ALOR SETAR - Belum sampai masanya lagi! Demikian kata Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan televisyen Gerak Khas ketika diajukan pertanyaan sama ada akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.
Beliau berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini.
Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.
“Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan.
“Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya.
Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya."
Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.
Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.
“Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan.
“Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian,” katanya.
Menurutnya, hasrat beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.
“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.
“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.
Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.
"Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya.
Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah. (SH)

The Avengers Filem No.3 Di Dunia
SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Avengers.
HALAMAN HIBURANThe Avengers filem No.3 di dunia
LOS ANGELES - Filem The Avengers kelmarin diumumkan menduduki No.3 dalam senarai kutipan tiket tertinggi di dunia. Ia berada di belakang filem Avatar yang menduduki tempat pertama diikuti Titanic.Filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama Marvel Comics itu memperoleh kutipan sebanyak AS$7 juta (RM22.3 juta) pada minggu lalu. Filem itu menampilkan beberapa watak adi wira seperti Iron Man, Captain America dan Hulk.
Dianggarkan kutipan filem tersebut setakat ini ialah AS$1,438.3 juta (RM4.59 bilion) sejak ia ditayangkan pada Mei lalu. Filem Avatar arahan James Cameron mencatatkan kutipan tiket sebanyak AS$2.78 bilion (RM8.8 bilion). Titanic yang turut diarahkan Cameron memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$2.19 bilion (RM6.9 bilion). - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)