Saturday, July 28, 2012

6 Perkara, Jangan Kahwini Dia..

PESANAN Rasulullah SAW untuk kaum Lelaki..
 “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, 
  • jangan yang ananah, 
  • yang mananah, 
  • yang hananah 
  • dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, 
  • yang basaqah 
  • dan yang syadaqah”.

1. Wanita Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2. Wanita Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3. Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anak dari suaminya yang lain.Dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4. Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: Ada 2 makna,
  • Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
  • Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6. Wanita Syadaqah: banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. (IH)

Awas, Ramai Puasa Tapi Tak Solat (80-85%)

 
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
  Bagaiana pula puasa tapi tak tutup aurat? (gambar sebelah)
KL: 28 Jul 02: Amalan puasa orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat. Pakar motivasi, Halim Din, berkata 80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat kerana berasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan.

Sedangkan katanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaan solat mereka. Untuk melihat ibadah lain, Allah akan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat. Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanya dapat lapar dan dahaga saja, katanya pada majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).
(IH/Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Puasatetapitidaksolat/Article/artikel)

 Juga tela'ah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Ini Kempen Politik Bukan Lagu H/K'saan -B/Lokman


NONELIHAT di atas, Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan. Kata  Bob Lokman,yang menyokong kenyataan  Buddhi Hekayat. Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan.

Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu "propaganda yang kasar". "Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.

Beliau menambah bahawa lirik  "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".

"Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya," kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim.

Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini. Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.

Pandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman,
yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."

"Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan," tambahnya.(IH/MK)

Kesedaran Artis Bertudung, Menjalar Ke Indo..



PUPUT MELATI (tengah) menganggotai grup vokal yang mendendangkan lagu-lagu kerohanian, Fatima Voice bersama Pipik Dian Irawati (kiri) dan Nia Paramitha.

HALAMAN HIBURAN

Risty Tagor mula mengenakan hijab sejak dua bulan lalu. 
KISAH penghijrahan artis daripada berfesyen penuh sensasi kepada imej bertudung litup atau berhijab mungkin sudah lumrah dalam dunia hiburan Malaysia. Namun, diberitakan hal yang sama turut berlaku dalam kalangan segelintir artis Indonesia yang diakui lebih berani menggayakan fesyen pakaian demi merealisasikan gelaran bintang terkenal pada diri masing-masing.

Sekurang-kurangnya terdapat tujuh artis jelita muda Indonesia yang kini bertudung litup. Rahmat buat mereka dengan ketibaan Ramadan kali ini. Nuri Maulida adalah antara contoh yang nyata. Aktres cantik berusia 27 tahun yang muncul dengan imej anak muda urban dan moden menerusi filem sulungnya, Me vs High Heels (2005) ini memilih untuk melakukan penghijrahan imej kepada bertudung litup pada 10 Julai tahun ini. 

Pintu hatinya untuk melakukan hal tersebut terbuka sejurus selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Dalam kenyataannya kepada Jakartamagazine.com, ujar Nuri: 

 "Saya yakin sepenuhnya kepada pilihan saya untuk berhijab kerana ia bisa (mampu) membawa impak positif kepada orang lain dan diri saya sendiri.

"Tahun ini merupakan Ramadan pertama saya menyaksikan saya dengan imej berhijab ini. Saya sangat berharap bisa menjalankan segala amalan sepanjang bulan mulia kali ini dengan lebih khusyuk."

Turut berkongsi pengalaman sebagaimana Nuri Maulida dalam meraikan kedatangan Ramadan pertama kali dalam imej berhijab ialah pelakon sinetron dan bintang filem muda, Risty Tagor dan penyanyi jelita, Zaskia Sungkar yang juga isteri kepada pelakon kacak, Irwansyah. 

Risty, 22, memutuskan berhijab sejak dua bulan lalu. Bintang yang menyerlahkan sisi bakat lakonannya terutama menerusi filem Pocong 2 (2007), selain sinetron Safa dan Marwah (2010) ini berkata: "Selepas mengenakan imej berhijab, diri ini berasa semakin dekat dengan Allah."

Perubahan dirinya tersebut disokong oleh suami Risty, Rifky Balweel. "Isteriku sekarang tampak (kelihatan) lebih cantik dengan jilbabnya (hijabnya)," akui Rifky.

Sama sepertimana Risty, Zaskia, 22, juga baru sahaja memakai hijab sekitar dua bulan yang lalu. Mengenakan hijab diakui Zaskia tidak mengurangi rasa percaya dalam dirinya. Bahkan akui Zaskia: "Tiada perbezaan sedikit pun seperti sebelum memakai hijab." 

Keputusan berhijab meraih sokongan daripada keluarga dan suaminya, Irwansyah. Malah, Zaskia mengakui para peminatnya juga sudah mulai mengikuti jejak dirinya untuk mengenakan hijab.

Pelakon sinetron dan penyanyi popular, Marshanda pula memutuskan untuk mulai berhijab lebih awal iaitu pada tahun 2010. Marshanda memutuskan berhijab selepas dirinya didatangi mimpi Hari Kiamat selama beberapa hari.

"Setelah berjilbab, saya mengakui merasa lebih tenang dan lebih dilindungi Allah," bicara isteri Ben Kasyafani yang sehingga kini masih aktif dalam dunia hiburan di Indonesia.

Sementara itu, pelakon kacukan Jerman-Sunda, Rachel Maryam Sayidina, 32, pula mulai berhijab pada tahun lepas. Keputusan itu diambil selepas dia mengerjakan umrah pada tahun yang sama. Setelah berhijab, Rachel yang bersuamikan Edwin Aprihandono sejak 16 Disember tahun lepas kini mulai lebih selektif dalam memilih karakter lakonannya dalam sinetron.

Mantan penyanyi cilik popular, Puput Melati, 29, dalam pada itu mula berhijab sejak 2008. Dengan berhijab, Puput mengakui dia tidak takut kehilangan kariernya yang telah dibina sekian lama lama dibina dalam dunia hiburan. 

Mengahwini Ustaz Guntur Bumi pada tahun lepas, Puput kini kembali aktif penyanyi, namun memilih untuk fokus menyanyikan lagu-lagu keagamaan bersama grup vokal yang dikenali sebagai Fatima Voice yang dianggotainya bersama Pipik Dian Irawati dan Nia Paramitha.

Artis serba boleh Dessy Ratnasari, 38, yang terutamanya meraih populariti sebagai penyanyi lagu berjudul, Tenda Biru pula mulai mengenakan hijab sejak Ramadan tahun lalu. "Selepas mengenakan jilbab hidup saya menjadi lebih tenang. Walaupun berjilbab, saya ingin tetap aktif berkarya dalam bidang seni," ungkapnya.

Selain para selebriti tersebut, antara artis terkenal Indonesia yang sudah lama bertudung termasuklah Inneke Koesherawati, Mediana Hutomo, Annisa Triphasari, Henidar Amroe, Okky Asokawati dan Ratih Sanggarwati.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga trend kesedaran artis bertudung lingkup ini akan terus beremarak, bukan sahaja di Malysia dan Indonesia, bahkan akan bangkit di seluruh dunia. Bukan sahaja artis yang mengaku beragama Islam, mungkin artis bukan Islam pun akan bangkit sama. Bangkit ke arah pakaian bermaruah, bermoral dan bertamadun.

Bagi artis Islam, berjinak-jinaklah dengan kumpulan atau parti Islam, seperti yang berlaku di Kelantan kira-kira 30 orang artis sudah menyertai usrah dari kumpulan Islam, baru-baru ini. Al-hamdulillah! Lihat ini.. Artis Sertai Usrah Pertingkat Ilmu -Yatt Hamzah
(IH)

Karya Sains Pertama Bahasa Uygur Diterbitkan

Karya sains yang pertama dalam bahasa Uygur yang berjudul "Sejarah Tamadun Umat Manusia" diterbitkan. Kaum Uyghur adalah penduduk China yang beragama Islam.

Majlis promosi buku ini berlangsung di Dewan Sains dan Teknologi Xinjiang pada 27 Jun lalu. Buku ini terdiri daripada 12 bab antaranya "Sejarah Tulisan Manusia", "Logam Menggantikan Peralatan Batu", "Fajar Laut Aegean", "Ciptaan China pada Zaman Purba", "Daripada Zaman Pertengahan ke Zaman Renaissance".
(IH/CRI Online)

Doa Harian Sepanjang Ramadhan..

 KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

Doa Hari Pertama
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ
Ya Allah, Jadikanlah PuasaKu Sebagai Puasa Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku … Wahai Tuhan Sekalian Alam. Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari Kedua
  • اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Yaa Allah, Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku. Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Kepada  Semua Pengasih

Doa Hari Ketiga
  • اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ
Ya Allah, Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari Keempat
  • اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ
Ya Allah, Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah, Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya’-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih

Doa Hari keenam
  • اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ
Ya  Allah, Janganlah Engkau Hinakan Aku Kerana Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan

Doa Hari Ketujuh
  • اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ
Ya  Allah, Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara
Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan
  • اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ
Ya  Allah, Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari Kesembilan
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ
Ya  Allah, Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ
Ya  Allah, Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas
  • اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ
Ya  Allah, Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas
  • اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ
Ya  Allah, Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana’ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang
Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas
  • اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ
Ya  Allah, Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari keempat Belas
  • اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ
Ya  Allah, Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala’ Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas
  • اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ
Ya  Allah, Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu’. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Keenam Belas
  • َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ
Ya  Allah, Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas
  • اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ
Ya  Allah, Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari Kelapan Belas
  • اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ
Ya  Allah, Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti
Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari Kesembilan Belas
  • اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ
Ya  Allah, Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed
Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh
  • اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya  Allah, Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu’min.

Doa Hari Kedua Puluh Satu
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ
Ya  Allah, Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan,
Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua
  • اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ
Ya Allah, Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Syurga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga
  • اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ
Ya  Allah, Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat
  • اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ
Ya  Allah, Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para
Peminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ
Ya  Allah, Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ
Ya  Allah, Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aibku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh
  • اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ
Ya  Allah, Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan
  • اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ
Ya  Allah, Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan
  • اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya  Allah, Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Dosa-dosa Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh
  • اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏
Ya  Allah, Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

(Disunting dari http://albakriah.wordpress.com/2012/07/26/doa-harian-bulan-ramadhan/) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Cuba Menu Baru.. 'ayam tanpa kehidupan seks'

 By Noriani
(CRI Online)
 
 Inilah 'ayam yang didera kerajaan" 

SEJAK akhir-akhir ini, banyak mendapat undangan untuk makan dii luar. Terima kasihlah kawan-kawan termasuk dari Kedutaan Malaysia di Beijing. Tapi ada seorang sahabat mahu penulis mencuba masakan ayam yang dalam menunya disebut "ayam tanpa kehidupan seks" dan "tofu wanita tua yang berjeragat".

Manakala sahabat teman mahu mencuba kepala singa yang dibakar merah dan ayam yang didera kerajaan. Memang betulah yang dikatakan orang China gemar makanan yang eksotik. Tapi teman bukan peserta program 'X-Factor' nak cuba semua tu. Dengar sahaja nama masakan itu, rasa tidak anggup nak teman telan. Ditambah lagi dengan pencuci mulut yang mengikut sahabat teman, paling sedap 'rolling donkey' atau keldai berguling. Tambahlah kecut perut, teman nak cuba.

Rupa-rupanya itulah menu yang diterjemah secara langsung yang terdapat di Menu di Restoran di Beijing. Yang dikatakan ayam tanpa kehidupan seks itu rupanya ayam dara, ayam yang didera adalah ayam Kung Pao yang terkenal di China manakala masakan tofu itu tiada kena mengena dengan wanita tua, hanya namanya sahaja kerana tofu itu berkedut-kedut lantas di beri nama itu.

Jangan bimbang tiada kepala singa yang akan dihidangkan, tak sempat pun nak menangkap singa tu mungkin singa yang sempat makan dipemburu. Sebaliknya makanan itu merupakan daging merah yang dibakar.
Kenapalah payah bebenor nak bagi nama yang ringkas. Bagi pemanis mulut, yang dikatakan 'rolling donkey' atau keldai berguling tu bukan daging keldai sebaliknya kuih yang dibuat daripada tepung pulut yang digulung dengan gula, macam kuih gomak kita.
                                                                Kuih pencuci mulut 'Rolling donkey'
Tapi itulah keistimewaan dan keunikan makanan China. Ada usaha untuk membuat terjemahan yang sebetulnya untuk tidak mengelirukan pelancong. Tapi bagi saya, lebih baik dikekalkan dengan nama asli, itukan unik. Itukan gimik perniagaan!

Macam di Kelantan, kami ada tahi itik, sejenis kuih yang dibuat dengan telur itik, bukan seperti namanya. Dan lidah buaya... sejenis dodol.. Sayang sekali kalau ditukar (IH)

Hentikan Tindak Kejam Terhadap Rohingya -A/Hadi

MARANG: PAS menggesa kerajaan Malaysia agar dapat menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa bagi menekan kerajaan Myanmar yang disifatkan zalim serta kejam ke atas etnik Rohingya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan zalim dan kejam pihak pemerintah Myanmar terhadap umat Islam Rohingya yang minoriti dihentikan segera.
“Kita mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.

“Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di pekarangan Masjid Rusila, semalam. Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpati terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Myanmar.

“Di atas nama kemanusiaan dan Islam, PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.

“Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Yahaya Ali.

195 Penduduk Dapat Geran Tanah. Tahniah S'ngor!

Ketibaan Khalid, Halimah dan Iskandar di sambut penduduk tempatan
KLANG: 195 keluarga di Kampung Sungai Sireh Utama, Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 menerima dokumen yang mengesahkan permohonan tanah mereka telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.


Dokumen ini disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka hari ini. Turut serta dalam majlis ini adalah Adun Selat Kelang Dr. Halimah Ali dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri.

Kebanyakan penerima dokumen ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai setinggan sebelum ini. Dengan pemberian dokumen ini, mereka terkeluar dari status setinggan selepas puluhan tahun tinggal di atas tanah yang mereka teroka itu.

Tahniah kerjaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat!

Bank Islam Sumbang RM200,000, Tapi Lihat Ini...

  Lihat berita ini....Bank Islam zalimi pelanggannya?

Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti (Klik gambar dibawah.ini)

Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti
Klik gambar di atas...
 
KOTA BHARU – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melaksanakan tanggungjawab sosialnya kelmarin dengan menyerahkan sumbangan bernilai RM200,000 untuk diagihkan kepada golongan tidak bernasib baik serta sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, Datuk Norasni Ayob sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada wang zakat perniagaan berjumlah RM8.08 juta yang dikeluarkan oleh Bank Islam pada tahun lalu.
Bagi permulaan, sebanyak RM36,000 telah disumbangkan kepada golongan asnaf iaitu 200 anak yatim dan pelajar miskin serta 80 ibu tunggal di daerah ini dalam satu majlis berbuka puasa di sini kelmarin.

“Diharapkan sumbangan ini akan dapat menceriakan golongan tidak bernasib baik ini, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini dan dengan kedatangan Syawal kelak.
“Dengan sumbangan duit raya ini dapatlah mereka membeli baju raya dan keperluan lain yang mereka inginkan.
“Selepas ini kita akan mengadakan majlis serupa di tempat-tempat lain. Menyusul 4 April ini, kami akan memberi sumbangan kepada golongan terbabit di Kuantan, Pahang pula,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Pada majlis itu sumbangan sebanyak RM9,000 turut disumbangkan kepada tiga buah buah sekolah iaitu Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Pengajian Islam dan Sekolah Menengah Ugama Tarbiah Mardhiah Panchor.(IH)

Kahwin Muda Sepatutnya Jadi Contoh Remaja..


KENANGAN...antara video perkahwinan Syafiq dan Yana dalam YouTube.
KENANGAN...antara video perkahwinan Syafiq dan Yana dalam YouTube. 
PEKAN: Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37. Man berharap, majlis perkahwinan anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.

“Hampir semua ahli keluarga kami, baik di sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia muda iaitu 14 hingga 19 tahun.

“Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah, ” katanya ketika dihubungi.


Man agak keberatan untuk mengulas lanjut mengenai perkahwinan itu dan enggan membenarkan Harian Metro berjumpa serta menemu bual anak dan menantunya. Demikian menurut Harian Metro hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini suatu contoh baik bagi bagi mengatasi masalah remaja masa kini. Kahwin muda sepatutnya digalakkan oleh pemerintah.

Tipu Beli Di Facebook, P/Berwajib Tindak Segera!

DUA mangsa menunjukkan kedai menjual pakaian di Facebook yang didakwa menipu mereka selepas membeli baju kurung di laman sosial tersebut di Padang Besar semalam.

PENGGUNA 
Ditipu beli baju kurung di Facebook
PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu. Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.(Kosmo)

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Pihak berwajib perlu bertindak segera, tugas pemerintah perlu mengawasi kebajikan rakyatnya.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Landas K/api, Rupanya Tandas...

 GAMBAR fail menunjukkan seorang pekerja perkhidmatan kereta api India memeriksa landasan di Mumbai pada 13 Julai lalu. Ramai penduduk India membuang air dalam kereta api. AFP


'Tandas Terbesar' Dunia Di India

NEW DELHI - Menteri Pembangunan Luar Bandar India, Jairam Ramesh mencadangkan projek bernilai AS$130 juta (RM411.35 juta) untuk membersihkan landasan kereta api di negaranya yang dianggapnya sebagai 'tandas terbuka' yang terbesar di dunia, menurut beberapa laporan semalam.

Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat di sini kelmarin bahawa terdapat 130 juta isi rumah yang tidak mempunyai kemudahan tandas. "Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan, dukacita dan marah," kata Ramesh seperti yang dilaporkan akhbar Times of India.

Menteri itu mencadangkan supaya sebanyak AS$28 juta (RM88.59 juta) diperuntukkan untuk menyediakan 100,000 tandas mesra alam di kampung-kampung di seluruh India. Menurutnya, kereta api di India membawa 11 juta penumpang setiap hari. Justeru, katanya, landasan kereta api di negara ini merupakan tandas terbuka yang paling besar di dunia. - AFP

Kampung Ini Kreatif, Cipta Matahari Sendiri?


JOM KREATIF

DI ITALY, ada sebuah kampung  yang menarik pelancong kerana uniknya. Bayangkan, desa yang ada di dalam lembah ini dikatakan memiliki matahari sendiri. Bukan main-main. Viganella, adalah sebuah desa terdapat di dasar lembah di Piedmont, Provinsi Verbano-Cusio-Ossola, Italy.

Hampir sepanjang tahun, desa ini tidak pernah disinari matahari seperti wilayah lainnya di dunia. Bila datang  musim dingin, masyarakat Viganella dapat merasakan dingin yang luar biasa. Idea cemerlang muncul dari kepala Giacomo Bonzani, jurutera  yang cuba buat matahari untuk Viganella. 

Awalnya, banyak kalangan yang membantah kerana dianggap mustahil. Namun, Giacomo telah memuktikannya..

"Tapi saya yakin. Saya percaya pada ilmu fizik." ungkap Bonzani yang dikutip oleh DetikTravel dari Oddity Central, 16 Julai 2012.

Ini, sinar dari matahari buatan

Kaca raksasa yang memantulkan sinar

Bonzani membuat cermin raksasa yang memantulkan cahaya matahari ke arah desa yang ada di dasar lembah. Cermin raksasa ini kemudian dijuluki oleh masyarakat Viganella sebagai matahari buatan.

Cermin tersebut dikendalikan oleh perangkat lunak komputer yang dapat mengambil dari sumber matahari dan memantulkan secara otomatik ke arah desa itu. Tidak hanya masyarakat Viganella saja yang dapat menikmati sinarnya, tetapi juga pelancong yang mensasarkan idea kreatif tersebut.

Pengunjung yang datang tidak hanya dari Italy saja, tetapi juga dari pelbagai negara. Lembah ini memiliki pemandangan yang sangat cantik lengkap dengan hawanya yang sejuk. Dtambah pula dengan masyarakat Viganella yang sangat ramah kepada para pengunjung yang datang.

Ilustrasi keberadaan desa dan proses pemantulan sinar

Benarkah mereka mencipta matahari sendiri? Melihat rajah di atas ini, mereka mengambil sinar dari matahari yang sedia ada, dan mengembangkan cahayanya ke kampung mereka.
 Itulah hakikatnya! (IH)

 Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Tahniah Ust Salleh Man, Dilantik YDP Maipp..

Datuk Salleh Man
KL: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah  kepada Datuk Salleh Man yang dilantik memegang jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) secara sah hari ini. Ertinya, kemelut isu jawatan itu, kini sudah berakhir. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dilaporkan oleh Sinar Harian berkata, pengesahan itu dibuat susulan daripada penerimaan surat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang memperkenankan cadangan yang dikemukakan Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Alhamdulillah, kita sudah terima surat daripada pihak istana yang memperkenankan senarai perlantikan baru ahli majlis yang kita syorkan dulu. Surat bertarikh 23 Julai 2012 ini mengesahkan bahawa YDP MAINPP sekarang adalah (Datuk) Salleh Man dan timbalannya adalah Maktar Shapee berkuat kuasa serta-merta.

"Senarai lima Ex-Officio yang lain kekal namun ada tiga muka baru akan dilantik dalam lapan ahli majlis yang sedia ada,” katanya kepada media hari ini.

Jawatan berkenaan sebelum ini di sandang Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim. “Saya harap, dengan pengumuman rasmi ini, isu ini tidak dipolitikkan dan  di manipulasi oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Salleh Man yang diminta mengulas berkata, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi laluan kepadanya untuk menggalas jawatan berkenaan.

"Terima kasih atas laluan ini untuk saya terus melaksanakan tugas ini dan ia adalah jawatan berat untuk saya laksanakan namun saya akan laksanakan mandat Kerajaan Negeri yang diberikan ini dengan baik.

“Apa yang penting adalah sokongan daripada pelbagai pihak termasuk bekas YDP dan umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Abdul Malik yang turut berada di sidang media yang sama berkata, pertukaran jawatan itu adalah kesinambungan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan orang Islam serta meletakkan agama Islam pada kedudukan yang tertinggi.

“Pembaharuan ini adalah pembaharuan dalaman dan ia kesinambungan yang biasa. Saya percaya dengan pelantikan ini akan menaikkan lagi martabat umat Islam serta agama Islam itu sendiri. Saya akan memberi sepenuh kerjasama bagi memastikan Islam di Pulau Pinang terus dipelihara,” katanya.

"Tahniah kepada Datuk Salleh Man!" Kata editor weblog ini Hj Mohd Hasyim. "Sudah sewajarnya.."

Ramadhan.. & How to Use? -Nik Aziz

Oleh: Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,  
Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS.


KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
BERSYUKUR kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim).

Sempena dengannya. marilah kita merenung perjalanan masa kita hidup ini, kita telah memanfaat segala anggota tubuh badan bagi menyempurnakan segala urusan seharian. Jika diibarat sebuah motokar yang kita pakai sehari-hari, akan ada masanya kita perlu bawa motokar ke bengkel untuk diservis atau mungkin perlu dioverhaul bagi memulih dan menjaga kondisi motokar sentiasa berkeadaan baik. 


Demikian juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersihkan luar dan dalam. Maka sampainya Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai penyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan sebagainya. Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit ini.

Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini diwajibkan oleh Allah sekali setahun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di sebalik perintah Allah, wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri. Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain.

Oleh sebab itu, bulan Ramadhan ada kelebihan tertentu, antaranya dimuliakan dengan ibadat solat tarawih. Islam meletakkan solat tarawih sebagai sunat mua’akad dengan tujuan supaya manusia yakin dengan apa sahaja kelebihan yang disebut dalam Al-Quran. Ini kerana Al-Quran adalah sebagai buku panduan “How to Use”. Ibarat kita memandu motokar, bagaimana cara pemanduan yang selamat ada disebutkan dalam buku “How to Use.” Ini bermakna, pemanduan tanpa panduan yang betul, maka berkemungkinan motokar akan rosak dan tidak selamat.

Oleh yang demikian, manusia kena faham tujuan Allah menjadikan manusia. Firman-Nya:

Bermaksud, “Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah Al-Baqarah 2:29).
Oleh sebab itu manusia yang ramai di dunia ini, perlu ada “How to Use” yakni sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan, jika tidak, akan porak peranda masyarakat. Firman Allah SWT:

Bermaksud, “Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Surah Al-A’araf 7:203).
Bagi menjayakan perintah ini, Allah menetapkan dalam Al-Quran betapa setiap manusia akan berdepan dengan pembalasan dan pada hari pembalasan setiap manusia kena berdepan dengan Allah SWT. Firman-Nya:

Maksudnya, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya” (Surah Ali-Imran 3:185).
Di akhirat kelak tidak guna lagi harta, tiada lagi benda untuk kita pujuk, bodek atau rasuah seumpama beli undi untuk masuk syurga. Harta yang kita banggakan di dunia ini sudah tidak berguna di akhirat. Hakikatnya semua manusia akan berdepan dengan suasana pembalasan. Firman Allah SWT:

Bermaksud, “Apabila berlaku hari kiamat itu. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)” (Surah Al-Waaqi’ah 56:1-3)
.
Oleh sebab itulah, diwajibkan sebut “maaliki yaumid-din” dalam segenap kali kita solat, Atas kerananya kita diwajid baca Surah Al-Fatihah dalam solat. Ini kerana intisarinya mengandungi maksud kita mohon dan merayu kepada Allah SWT, berserta dengan kita memuji Allah SWT..

Dalam ayat “maaliki yaumid-din” itu juga disebut “ad-din” iaitu lafaz “musytarikun” iaitu hari ‘agama’ sebagai al-jazak. Sedangkan lafaz “al-jazak” adalah makna asal dalam memahaami “maaliki yaumiddin”, tetapi hikmatnya yang tinggi digunakan “ad-din” supaya diyakini ketika itu berlaku pembalasan mengikut agama. Atas asas agamalah, segala akta, dan undang-undang yang digubal di parlimen atau sebarang keputusan oleh badan tertinggi di dunia seumpama Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mana yang tidak selaras dengan ad-din akan tertolak.

Memahami waqi’ sedemikian, bulan Ramadhan ini hendaklah dilalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Ia selari dengan kelebihan beribadat sepanjang Ramadhan akan meningkatkan takwa diri kita di sisi Allah SWT. Firman-Nya:

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Surah Al-Baqarah 2:183).
Selamat menyambut Ramadhan Al-Muabarak dengan penuh ketakwaan.


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Friday, July 27, 2012

Ini, Masjid Dibakar & Rakyat Dibunuh Di Myanmar...

http://kachipemas.blogspot.com,
Terkini...peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya...Masjid tempat beribadah hangus dibakar!
Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa...
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar...


Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan  kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin.

Penindasan Muslim Rohingya Burma - video (alih bahasa)

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 27 Jul 2012
Suku Rohingya adalah muslim minoritas yang tinggal pada daerah utara negara bagian Rakhine (Arakan), Myanmar Burma.
"Di Myanmar kami tidak diberi kesempatan untuk beribadah, jika shalat berjamaah kami ditangkap dan dipenjarakan, masjid kami ditutup. Lebih baik kami mati di tangan orang muslim ketimbang mati di Myanmar," (Rahmat Bin Mohammad Daud, Rohingya Muslim)

Ramadhan Menurut Hj Abdu Hadi Awang

Oleh TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWNG
 KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
  • Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi  manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa ; (Al-Baqarah :185)

Petikan ayat ini bukan sahaja menegaskan wajib berpuasa dibulan Ramadan. Bulan yang mulia ini juga dipilih masa yang paling munasabah diturunkan Al Quran kitab petunjuk, keterangan-keterangan dan penjelasan kepada petunjuk, serta menegaskan pemisah yang mebezakan diantara dua perkara yang bertentangan. 

Ia bagi menentukan benar dan salah, adil dan zalim, petunjuk dan kesesatan daripada Allah Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui segala-galanya dan bersifat dengan segala sifat kepujian. Ibadat puasa bukan hanya sekadar ibadat yang terlalu besar pahalanya, tidak saperti ibadat lain yang dinyatakan pahala sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah menyimpan puasa itu disisinya dan berjanji untuk diserahkan pada hari qiamat kelak. 

Ibadat puasa juga adalah tarbiyah diri dengan sifat ikhlas dan kemuncaknya membuahkan taqwa yang menentukan nilai harga diri manusia disisi Allah. Menjelaskan bahawa martabat manusia bukannya keturunan, bangsa, pangkat, ilmu, harta dan warna kulit. Apabila berpuasa dengan ikhlas bermakna kesediaan patuh kepada Allah di atas sifat hamba, sehingga  meninggalkan makan minum dan kepuasan hawa nafsu walaupun dihalalkan dimasa yang lain. 

Walaupun semua perkara yang membatalkan puasa itu adalah rukun hidup manusia secara tabie'nya. Kepatuhan menunaikan perintah itu secara memperhambakan diri kepada Allah, yang berbeza dengan patuh kepada sesama makhluk saperti ibubapa, ketua, raja dan pemimpin. Menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah adalah mutlak. Adapun ketaatan kepada sesama makhluk pula bersyarat selagi tidak berlawanan dengan perintah Allah. 

Ia menunjukkan bahawa hubungan hamba dengan Allah adalah Maha tinggi, berbeza dengan hubungan rakyat dengan raja dan pemimpin, hubungan pekerja dengan majikan, hubungan anak dengan ibu bapa. Adalah menjadi hikmat paling besar Allah memilih bulan ramadan, bahawa Al Quran diturunkan seluruhnya ditempat mulia yang ditentukannya. Ada kalangan para ulama yang menamakannya dengan Bait Al Izzah dan ada yang menamakanya dengan Mawaqei’ Al Nujum.  

Kemudian Al Quran diturunkan melalui wahyu oleh Malaikat Jibril A.S secara berperingkat mengikut sebab dan keperluan yang diatur supaya mendidik generasi awal yang menerimanya dengan cara paling berkesan. Ini kerana mereka menjadi contoh kepada seluruh manusia. Al Quran adalah kalam Allah. Sifatnya yang wajib dinyatakan ke dalam bahasa Arab, bahasa pilihan Allah di dunia dan pada hari Qiamat. Al Quran juga adalah petunjuk daripada Allah kepada manusia dalam semua perkara yang berkait dengan kejadian mereka dan peranan mereka di alam dunia dengan cara yang betul. 

Allah memilih manusia berperanan dibumi kerana sifat kejadian mereka dan menguji kesetiaan mereka kepada Allah dengan kemampuan jasad, roh dan akal. Dengan kemampuan ini manusia mampu beribadat dibumi dan memakmurkan segala yang lain dengan petunjuk Allah dan kemampuan akal dan ilmu yang ada kepada mereka. Ada kalangan manusia yang menerima perintah Allah itu dengan Islam (menyerah diri) dan Iman (percaya). 

Namun ramai kalangan manusia yang tidak bersyukur, lalu menjadi kufur dan sombong menolak petunjuk Allah dengan mencipta cara yang merosakkan diri manusia dan alam kelilingnya. Maka berlakulah perlawanan sengit dalam kalangan manusia itu. Rasulullah S.A.W. terpaksa berdepan dengan pertembungan yang membawa kepada perpecahan yang wajib berlaku, bermula daripada perbalahan sehingga terpaksa berperang kerana adanya kalangan manusia yang melampau. 

Maka menjadi ujian diantara hubungan dengan Allah yang lebih diutamakan atau hubungan dengan manusia yang wajib dijaga dengan semangat kekeluargaan dan persaudaraan. Bulan ramadhan dipilih berlakunya peristiwa Badar dan Fathu Makkah. Rasulullah S.A.W. dituduh menjadi sebab perpecahan dalam satu bangsa dan satu keluarga kerana tidak bersedia  menerima tawaran menjadi Raja Makkah atau pemimpin bersama harta kekayaan dengan syarat yang ditetapkan supaya meninggalkan Islam, sama ada semua atau sebahagian. 

Puncanya para pemimpin Makkah tetap mempertahankan sistem jahiliyah dan menolak petunjuk Allah yang diamanahkan kepada Rasulullah S.A.W. menyampaikannya supaya dilaksanakan kepada seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari qiamat. Allah mewajibkan kepada Rasulullah S.A.W. mencari tempat hijrah. Akhirnya berjumpa Madinah dan berbagai kaumnya yang bersedia menerima Islam sehingga ditegakkan negaranya. Maka Islam yang adil kepada seluruh manusia masyarakat majmuk dapat ditunjukkan secara nyata dan terbuka. 

Tiba-tiba para pemimpin Makkah berketuakan Abu Jahal membawa bala tentera menyerang Rasulullah dan para sahabatnya, kerana Islam yang diamalkan itu mendedahkan kejahatan dan kesesatan penentangnya. Kedua-dua belah pihak bertempur di tempat bernama Badar dan berlaku dibulan ramadhan. Abu Jahal berdoa kepada Allah supaya membinasakan Muhamad yang dituduh membawa ajaran sesat dan memecahbelahkan keluarga dan bangsa. 

Rasulullah S.A.W. juga berdoa dengan munajat memohon pertolongan supaya Islam dan penganutnya diselamatkan. Kedua-dua belah pihak mengaku benar dan berdoa. Akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang setia dalam keadaan terlalu kecil jumlahnya dan tidak mencukupi kelengkapan peperangannya. Bala tentera Musyrikin Makkah dikalahkan. 

Abu Jahal pemimpin utama dan ramai kalangan para pemimpin dibunuh dan ramai yang ditawan dengan hina walaupun jumlahnya berlipat kali ganda dan lengkap bersenjata. Allah menamakan hari Badar dengan Hari Furqan (pemisahan diantara dua pihak), daripada satu bangsa dan satu keluarga. Menjadi peristiwa yang menguji diantara perasaan beriman dan cintakan Allah bertembung dengan perasaan kasihkan keluarga dan bangsa. Maka Allah menentukan supaya hubungan dengan Allah mengatasi hubungan dengan sesama manusia. 

Walaupun kalangan paling hampir hubungan kekeluargaannya. Allah  memberi sanjungan paling tinggi kepada mereka yang berjaya dalam ujian perasaan dan peperangan dalam peristiwa Badar dengan firmannya :

  • يا أهل بدر اعملوا ما شئتم , قد غفرت لكم . (wahai Ahli Badar! Lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu, kerana aku telah mengampunkan kamu).

Di bulan ramadhan juga berlakunya Fathu Makkah (Makkah di bebaskan). Apabila negaranya yang dipimpin oleh Abu Sufian (bapa mertua Rasulullah S.A.W.) yang dilantik selepas terbunuhnya Abu Jahal dalam peperangan Badar. Apabila pengikut Abu Sufian mencabuli perjanjian damai (Hudaibiyah) dan apabila qabilah yang bernaung di bawah kerajaan Islam diserang oleh kabilah yang berpihak kepada Makkah. 

Maka Rasulullah S.A.W. menggerakkan bala tentera Islam menyerang Makkah (tanah airnya sendiri) yang dikuasai oleh keluarga dan bangsanya sendiri, bukannya bangsa asing atau makhluk asing. Akhirnya Abu Sufian dan pengikutnya menyerah kepada Islam dan masuk Islam. Rasulullah S.A.W. mengisytiharkan pengampunan umum yang tidak diduga oleh mereka yang pernah berlaku zalim terhadap Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, menyebabkan hati mereka terbuka beramai ramai menerima Islam dengan redha tanpa paksaan.

Semua perkara tersebut adalah hikmat ramadhan yang tinggi nilainya kepada seluruh alam, khususnya kepada umat Islam. Hidayahnya! Bahawa Islam yang menyelamatkan diri, keluarga, bangsa dan tanahair. Maka Islam hendaklah diutamakan dengan melaksanakan rukun puasa sehingga membuahkan taqwa dan menegakkan Islam diutamakan, perintah Allah didahulukan, sehingga mengatasi kepentingan diri.  

Begitulah makan minum, hawa nafsu yang dihalalkan diketepikan dahulu, apabila berpuasa kerana Allah dengan ikhlas .(Hrkh)