Saturday, August 04, 2012

Cuba Jelir Lidah, Bercabang Tak? Ini Buktinya...

Hampir 37 tahun kita ditipu kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya. Hari ini Tok Guru menerima surat memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Lihat ini..

10 Perkara, Menjemput Rahmat Allah



KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK) 
SESUNGGUHNYA Allah Ta’ala Maha Pemberi rahmat (kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan rezki kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesehatan kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita. Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal soleh. Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui. Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita.

Allah Ta’ala berfirman, ertinya,   
  • “Sesungguhnya Allah Ta’ala membela orang-orang yang telah beriman.” (QS. al-Hajj: 38).
Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,. Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh ke dalam sYurga. Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari neraka.Segala sesuatu semuanya adalah berkat rahmat Allah Ta’ala.

Oleh kerananya seorang muslim perlu mengetahui faktor penyebab, Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada makhlukNya, iaitu:

1. Berbuat Ihsan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala dengan menyempurnakan ibadah kepadaNya dan merasa diperhatikan (diawasi) oleh Allah Ta’ala, bahawasanya kamu beribadah kepada Allah Ta’ala, seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu, dan berbuat baik kepada manusia semaksima mungkin, baik dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan. Allah Ta’ala berfirman, ertinya,  
  • “Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. al-A’raf: 56)2. 
2. bertakwa kepadaNya dan mentaatiNya dengan melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, seperti mengeluarkan zakat kepada orang-orang yang berhak menerimanya (Mustahiq), beriman dengan ayat-ayat Allah swt, dan mengikuti RasulNya. 
Allah Ta’ala berfirman, ertinya,  
  • “Dan rahmatKu meliputi segala  sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi.” (QS. al-A’raf: 156, 157)  
3. Kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya baik manusia maupun binatang. Rasulullah SAW bersabda,  
  • “Orang-orang yang penyayang, maka Allah Ta’ala akan menyayangi mereka (memberikan rahmat kepada mereka), sayangilah / kasilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangi kalian.” (HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Dan hal itu lebih ditekankan lagi kepada orang-orang fakir dan miskin yang sangat memerlukan. Sedangkan balasan (ganjarannya) sesuai dengan perbuatan, sebagaimana kita berbuat baik, maka kita akan mendapatkan balasan dari kebaikan tersebut.
4. Beriman, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman, ertinya,   
  • “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Baqarah: 218). 
Maka orang-orang yang beriman selalu mengharapkan rahmat Allah Ta’ala setelah mereka melaksanakan sebab-sebab mendapatkan rahmat iaitu iman, hijrah, dan berjihad di jalan Allah Ta’ala. Adapun hijrah meliputi berpindah dari negri syirik ke negri Islam dan meninggalkan apa yang dilarang Allah Ta’ala dan RasulNya saw, sebagaimana Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 
  • “Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah Ta’ala.” (Muttafaq ‘alaih).
Sedang jihad mencakup jihad melawan hawa nafsu dalam mentaati Allah Ta’ala, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw,  
  • “Orang yang berjihad adalah orang yang memerangi hawa nafsunya dalam menaati Allah Ta’ala.” (HR. al-Baihaqi).  
Sebagaimana jihad meliputi pula jihad melawan syaitan dengan menyelisihinya dan bersungguh-sungguh untuk mendurhakainya dan jihad dalam memerangi orang-orang kafir dan jihad terhadap orang-orang munafik dan pelaku-pelaku maksiat baik dengan tangan, kemudian (jika tidak mampu) dengan lisan, kemudian (jika tidak mampu juga), maka dengan hati.
5. Mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menaati Rasulullah Ta’ala, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, ertinya,
  • “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ta’atlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat.” (QS. an-Nur: 56).
6. Berdo’a kepada Allah Ta’ala untuk mendapatkannya dengan bertawasul dengan nama-namaNya yang Maha Pengasih (ar-Rahman) lagi Maha Penyayang (ar-Rahim) atau yang lainnya dari nama-namaNya yang Agung / Indah, seperti kamu mengatakan, “Ya Rahman Wahai Yang Maha Penyayang), sayangilah aku (rahmatilah aku), ya Allah  sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmatMu yang luas yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampuni dosaku dan menyayangiku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

Allah Ta’ala berfirman, ertinya, 
  • “Wahai Rabb kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (QS. al-Kahfi: 10). 
  • “Hanya milik Allah asma`u al-Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asma`u al-Husna itu.” (QS. al-A’raf: 180). 
Maka hendaklah seseorang memohon setiap permintaannya dengan nama yang sesuai dengan permintaannya itu untuk mendapatkannya. Allah Ta’ala berfirman, ertinya,  
  • “Dan Rabbmu berfirman, ‘Berdo’alah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu’.” (QS. al-Mu’min: 60).
  •  “Dan katakanlah, ‘Ya Rabbku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik.” (QS. al-Mu’minun: 118). 
Sungguh Allah Ta’ala telah menyuruh (kita) berdo’a dan menjamin ijabah (mengabulkan do’a tersebut) dan Dia Maha Suci yang tidak pernah mengingkari janji.

7. Mengikuti al-Qur`an al-Karim dan mengamalkannya. Allah Ta’ala berfirman, ertinya,  
  • “Dan Al-Qur`an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.” (QS. al-An’am: 155).
8. Menaati Allah Ta’ala dan RasulNya SAW sebagaimana yang  telah dijelaskan sebelumnya.  Allah Ta’ala berfirman, ertinya, 
  • “Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat.” (QS. Ali ‘Imran: 132).
9. Mendengar dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan al-Qur`an al-Karim. Allah Ta’ala berfirman, ertinya,  
  • “Dan apabila dibacakan Al-Qur`an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (QS. al-A’raf: 204).
10. Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman, ertinya,  
  • “Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agarkamu mendapat rahmat.” (QS. an-Naml: 46). 
Wallahu a’lam.
Sumber: Diterjemahkan dari Kitab “An-Nuqath al-’Asyarah adz-Dzahabiyah”, Syaikh Abdur Rahman ad-Dusari.

Allahu 'aklam.

Juga tela'ah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Bergaya Dg Tudung Hijab Segera Yang Praktis..



Kreatif dengan 'Tudung Hijab Segera..

FESYEN
MEMAKAI hijab tidak lagi membosankan. Bermula dari kreatifiti melilit tudung menjadikan sebuah tumpukan bunga di atas kepala. Trend berhijab ini terus berkembang menjadi pakaian harian yang menarik.

Sayangnya, untuk mendapatkan hasil sempurna,  perlukan waktu yang agak lama dalam menggayakannya. Pada hal, sebenarnya tidak mesti begitu. Anda cukup dengan menyarung tudung, tambah sikit dengan heiaian tudung seperti berikut..
  • Gunakan kancing: Ganti jarum atau peniti yang biasa Anda gunakan dengan kancing yang lebih simpel. Cara ini lebih praktis masa anda ingin gantikan lapisan tudung dengan tudung lain.
  • Hiasan instan: Tak hanya itu, hiasan instan pun dapat ditambahkan untuk menghias tudung segi tiga. Caranya, buat satu sampai tiga lipatan (pleats) pada bahagian yang diinginkan. Kemudian, rapikan dengan menggunakan jahitan. Tambahkan corsage atau payet untuk tambilan berbeda. 
  • Lilitan sederhana: Untuk tampilan yang lebih sederhana, anda perlu mengancingkan tudung pada bergo dan melilitkannya secara sederhana di atas kepala anda. Percantik dengan menggunakan bros di salah satu sudut kepala.
Step by step kerudung instan
(IH)

Khutbah Jumaat Bahasa Isyarat Di Masjid Nabawi


Masjid NabawiMasjid Nabawi  

SELAMA ini, jamaah OKU (Orang Kurang Upaya) di Madinah kerapkali merasa terpinggirkan mendengar khotbah Jumaat di Masjid Nabawi. Sebab, mereka tidak dapat memahami isi khotbah yang diberikan secara lisan. Menyngikapi hal ini, pengelola masjid membuat penyelesaian baru. Mereka akhirnya menyediakan penerjemah bahasa isyarat khusus untuk membuat Muslim OKU lebih khusyuk beribadah.

"Dulu OKU merasa tidak ada perlunya mendengar khotbah Jumaat, bahkan banyak akhirnya yang pulang kerana malas. Namun, kini mereka memiliki tempat khusus dalam masjid dan tidak lagi berbeda dengan jamaah lainnya," kata Khalid al-Thakir, seorang penerjemah bahasa isyarat.

Dilaporkan Al-Arabiya, fasiliti khusus OKU ini memang baru disediakan hanya di masjid tertentu saja, termausk Masjid Nabawi. Namun, kewujudannya membuat ramai OKU terbantu dan sangat tenang beribadah. Khusyuknya ibadah mereka dapat di lihat jelas. Sesuatu yang tidak sering ditemui pada jamaah normal yang dengar khotbah. (IH)

Video: Al Quran Unik, Ditulis Dg Getah

Al Quran
Al Quran (Bobby Andalan (Bali))
SEBUAH Al Quran kuno yang terdiri dari 400 halaman masih terpelihara dengan baik di Masjid purbakala di Bukit Salabose, Majene, Sulawesi Barat. Al Quran tersebut adalah warisan Syeh Abdul Mannan yang merupakan ulama penyebar Islam pertama di tanah Mandar. Usia Al Quran tersebut diperkirakan 350 tahun, sejak awal abad ke-16. Kitab suci itu adalah yang tertua di Majene.

Uniknya, huruf-huruf dalam kitab suci tidak ditoreh dengan tinta, melainkan getah pohon kurma. Kertasnya dari sejenis kulit kayu. Saat ini Al Quran itu dijaga oleh Muhammad Gaus, keturunan dari Syeh Abdul Manan.
"Umur tak tahu persis, keberadaan beliau [Syeh Abdul Manan] di awal abad ke-16," kata Muhammad Gaus kepada tvOne. Dia menambahkan, warisan berharga itu dijaga turun-temurun oleh keturunan Syeh Abdul Manan. Tradisi itu akan diteruskan.

Kerana usianya yang tua, Al Quran tersebut tidak dipakai sehari-hari, hanya dikeluarkan dari kotak kayu dua kali setahun dalam momentum istimewa, peringatan Maulid Nabi Muhammad dan bulan Ramadan.

Lihat videonya di tautan ini.

Najib Nak Bincang Royalti Berkat Ramadhan N/Aziz


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad. Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini. Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian. Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13. "Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.


(Gambar: Pertemuan terakhir antara Najib dengan Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ini)

Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'. Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.

Reaksi

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan. "Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera. Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah. "Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.

Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz. "PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz. (Hrkh)

 Juga tela'ah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Polis Wanita Diminta Beri Khidmat Seks..

Ganas betul polis ni...belasah orang sesuka hati dan yang lebih teruk bogelkan orang 
yang tak bersalah.. Gambar dan video ini hiasan sahaja..

 OTTAWA: Lebih 200 polis dan bekas polis wanita mendakwa mengalami gangguan seksual ketika bertugas dalam saman terhadap polis Kanada dalam perbicaraan bermula, semalam.

Kes itu didengar di Mahkamah Agung British Columbia di Vancouver, bagi memperakui saman difailkan Janet Merlo, Mac lalu. Janet berkhidmat dengan Polis Diraja Kanada selama 19 tahun.

Peguam, David Klein, berkata saman itu dikemukakan selepas lebih ramai wanita tampil mendakwa menjadi mangsa gangguan ketika bertugas. Saman itu menyatakan bahawa “ada masalah dengan sistem” polis di negara itu.

Kata Klein, masalah berkenaan memang diketahui pihak berkuasa dan sepatutnya diatasi lama dulu. “Kini pelanggan saya mahu ia diperbaiki,” katanya. Berdasarkan keterangan mangsa, mereka mengalami pelbagai gangguan, termasuk diminta memberi khidmat seks serta berdepan jenaka biadab. - AFP

Jom Intip Kehidupan Kampung Fir'aun Mesir

Operet penyelamatan Nabi Musa a.s dari sungai Nil.
gebukDI CAIRO, ada sebuah perkampungan unik yang diberi nama dengan Pharaonic Village atau Kampung Fir’aun. Lokasi perkampungan ini berada di sebuah pulau kecil di tengah aliran sungai Nil biru, dan banyak ditumbuhi berbagai macam pepohanan dan tumbuhan lainnya. Jarak antara pusat kota ke lokasi ini sekitar 5 km, dan dapat dicapai dengan menggunakan teksi atau transport lainnya.

Keunikan perkampungan ini, kerana letaknya berada di tengah-tengah sungai Nil serta terisolasi dari kehidupan masyarakat Mesir secara umum. Warga yang tinggal di perkampungan tersebut, secara keseluruhan menerapkan semua tradisi kehidupan yang dilakukan oleh masyarakat Mesir kuno, pada era kejayaan Fir’aun ribuan tahun yang lalu.

Kita dapat menyaksikan dengan detail, bagaimana kehidupan sosial di tengah masyarakat Fir’aun. Baik hubungan personal intra keluarga, tetangga dan warga sekitar. Di samping itu, kita juga dapat menyaksikan bagaimana mereka melakukan aktivitiyang ada kaitannya dengan aspek ekonomi dan perdagangan. Di sana kita dapat melihat masyarakat melakukan transaksi jual beli dengan menggunakan alat tukar resmi yang sah saat itu. 

Begitu juga aktiviti seorang seniman lukis, ahli bangunan, ahli mummi, ahli keramik, ahli kimia dan lain sebagainya, yang dilakukan secara detail dan sangat natural. Di kampung Fira’un, kita dapat menyaksikan bagaimana kehidupan sebuah keluarga kecil dalam masyarakat Fir’aun. Khususnya yang berprofesi sebagai petani dalam mengelola ladang dan ternakya. Begitu juga dalam melindungi keluarganya menghadapi ancaman alam sekitar. 

Atau kehidupan serdadu Fir’aun dalam mengamankan istana dan anggota keluarga Fir’aun. Pokoknya, semua kehidupan yang terjadi ribuan tahun lalu dapat kita lihat dengan jelas di kampung tersebut. Termasuk bagaimana mereka membuat berhala, serta ritual menyembah dewa-dewa Mesir kuno.

Serdadu firaun dalam mengawal istana dan keluarga firaun.

Hebatnya, sebagai pengunjung kita tidak perlu berjalan kaki mengitari semua sisi kampung tersebut melalui jalan kaki. Tapi, cukup duduk manis di atas kursi empuk dalam sebuah boat kecil, yang akan mebawa kita mengitari semua sudut kampung Fir’aun itu. Menyusuri kelokan sungai kecil yang khusus dibuat untuk maksud tersebut. Sambil mendengarkan penjelasan pemandu pelancong tentang kisah kehidupan, berkaitan aktiviti warga kampung yang sedang kita saksikan.

Di akhir perjalanan, kita akan disuguhkan sebuah pertunjukan mini operet sekitar peristiwa penyelamatan Musa AS. Dihanyutkan oleh Ibundanya ke sungai Nil dalam sebuah peti, sebagai upaya menghindari kekejaman Fir’aun yang akan membunuh semua bayi yang terlahir dari keluarga Bani Israil. Karena menurut penasehat spritualnya, bayi tersebut akan menjadi hambatan bagi kekuasaan Fir’aun kelak di negeri Mesir.

Beginilah masyarakat di masa firaun menyiapkan roti untuk makanan pokok mereka.

Kawasan Kampung Fir’aun, memang khusus dikemas secara unik dan spesial. Sehingga menimbulkan daya tarik luar biasa bagi pelancong berbagai negara untuk berkunjung ke tempat itu. Kampung Fir’aun atau Pharaonic Village dikelola secara profesional oleh sebuah perusahaan swasta nasional Mesir, di bawah bendera Dr. Ragab Papyrus Academy. 

Iaitu sebuah perusahaan yang sangat intens bergerak dalam mempromosikan obyek pelancongan negeri piramida itu ke seluruh penjuru dunia. Sebagai negara yang banyak memiliki peninggalan sejarah, Mesir mendapatkan pemasukan devisa negara yang sangat besar dari sektor ini.

Salam. (IH)

K'tan Bonos 1/2 Bulan -Nik/Aziz


 
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya.

“Saya baru sahaja bersetuju dan mendatangi surat tersebut,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini.

Kerajaan negeri Selangor pula menambah RM200 dari bonus dengan memasukkan wang itu sebagai simpanan.

“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN),” umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis lepas.(Hrkh)

Annan Letak Jawatan Utusan PBB Kerana Gagal...


BEBERAPA pemuda berdiri di atas sebuah kereta kebal tentera Syria yang musnah di luar Masjid Azaz di utara bandar Aleppo kelmarin.

ALEPPO - Kuasa-kuasa dunia saling menuding jari semalam selepas bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan meletak jawatan sebagai utusan keamanan ke Syria berikutan inisiatif beliau untuk menamatkan pertumpahan darah di negara berkenaan gagal mendapat sokongan yang sepatutnya.

Ketika jet-jet pejuang dikerahkan untuk mengebom pemberontak yang bersenjatakan kereta kebal di sekitar ibu kota komersial negara berkenaan di sini, utusan PBB-Liga Arab itu menyuarakan kekesalan berhubung peningkatan kuasa ketenteraan dalam konflik di Syria yang berlanjutan selama 17 bulan.

Annan turut membidas tindakan saling menuding jari dalam kalangan anggota Majlis Keselamatan PBB. Menurutnya, perkembangan tersebut menghalang satu tindakan bersama dilaksanakan bagi menamatkan keganasan di Syria.

"Saya tidak menerima segala sokongan yang diperlukan untuk menjayakan inisiatif ini," kata Annan pada satu sidang media di Geneva.
"Anda perlu faham bahawa sebagai utusan keamanan saya tidak boleh lebih mementingkan keamanan berbanding Majlis Keselamatan atau masyarakat antarabangsa bagi tujuan ini," tambahnya.

Namun, beliau meramalkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad akan tumbang suatu masa nanti. Peletakan jawatan Annan mencetuskan pertikaman lidah terbaru dalam kalangan lima anggota tetap Majlis Keselamatan dengan Amerika Syarikat menyalahkan Rusia dan China kerana menggunakan kuasa veto untuk membatalkan tiga resolusi PBB berhubung konflik di Syria.

Namun, utusan Rusia ke badan dunia itu, Vitaly Churkin bertegas bahawa Moscow menyokong Annan sepenuhnya manakala Presiden Vladimir Putin menyifatkan perletakan jawatan beliau sebagai sesuatu yang amat dikesalkan. Kekesalan itu turut disuarakan oleh China. Menurut Beijing, negaranya mahukan PBB memainkan peranan utama dalam menamatkan konflik di Syria.

Terdahulu, beberapa aktivis menyatakan lebih 20,000 orang terbunuh sejak rakyat Syria bangkit menentang rejim Bashar pada Mac 2011. Sementara itu, keganasan terus berlaku di seluruh Syria dengan pertempuran untuk menguasai bandar raya ini menjadi semakin sengit. Tentera Bashar kini menggunakan sejumlah jet pejuang untuk mengebom beberapa kawasan yang dikuasai pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Pejuang-pejuang FSA pula melakukan serangan balas dengan membedil sebuah pangkalan udara di luar bandar raya ini. Mereka menggunakan beberapa kereta kebal yang dirampas daripada tentera Bashar.

"Kami pernah beberapa kali menyerang lapangan terbang ini tetapi ini kali pertama kami menggunakan senjata berat," kata seorang komander FSA, Abdel Aziz Salameh.

Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Pemantau Syria Bagi Hak Asasi Manusia melaporkan sekurang-kurangnya 179 orang terbunuh dalam keganasan kelmarin termasuk 14 kanak-kanak, 43 askar dan 26 pemberontak. - AFP

Hijrah & PAS, Jernihkan Abby Dg Bekas Suami.


Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
Abby dan Memey mesra bergambar bersama
Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
Norman, Abby, Memey dan tiga anak mereka berbuka puasa bersama-sama

SHAH ALAM : Sebelum ini heboh mengenai hubungan kurang baik antara Norman Hakim, bekas suami Abb Abadi dan Memey Suhaiza, isteri Norman kini, bersama Abby Abadi sendiri. Tetapi kini gambar Abby bersama Memey dalam persalinan telekung di atas, yang dikongsi dengan peminat mereka menerusi laman twitter semalam, menjawab segala persoalan berkaitan selama ini.

Rupanya, bulan Ramadan mulia namapaknya telah menyatukan keluarga ini. Apa lagi bila Abby telah menyertai parti Islam dan sudah berhijrah ke arah hidup baru dalam kejerihan.

Norman menurut Sinar Harian Online hari ini berkata, dia (Norman Hakim bekas suami Abby) sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.
“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.

“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.

Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."

"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.

Norman, 36, turut memberitahu sebagai seorang Muslim, dia tidak pernah berhenti dan berputus asa daripada berdoa demi kesejahteraan keluarganya dan sekarang segala doa itu sudah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. dan berharap perkara ini akan berkekalan buat selama-lamanya.

Semalam, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.

Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.

Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah politik Abby yang semakin serius menceburi bidang itu kebelakangan ini, Norman berkata, dia tidak pernah mencampuri hal itu dan berkata perkara itu adalah hak dan kebebasan seseorang individu untuk menentukan hala tujunya sendiri.

“Jika kami bertemu, tidak pernah sesekali saya bertanyakan mengenai perkara itu. Kami hanya banyak berkomunikasi mengenai masa depan dan perkembangan pendidikan anak-anak kami, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania, 7, dan Maria Danisha, 4.

“Saya sangat menghargai Abby menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya dan lain-lain hal mengenai dia saya tidak mahu masuk campur kerana itu adalah hak dia,” kata Norman.

“Kami berdua juga masih dalam perbincangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan mengerjakan umrah bersama mungkin selepas Memey bersalin nanti,” katanya.

Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.

Alhamdulillah, semuanya adalah hasil dari fidhilat berhijrah dari gelap menuju terang, menuju kepada penghayatan Islam sepenuhnya termasuk berpoltik  menurut Islam. atau menyertai PAS. (IH)

Friday, August 03, 2012

Masalah GRO Tidak Boleh Selesai, Mengapa?



SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan di sebuah kelab malam di Bandar Hilir malam kelmarin.


MELAKA – Keghairahan 35 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing membelai pelanggan masing-masing tersentak apabila kelab malam di Bandar Hilir di sini diserbu Imigresen. Dalam serbuan pada pukul 11 malam kelmarin, macam-macam gelagat GRO yang cuba mengelakkan diri daripada ditangkap.

Ada antara gadis-gadis yang berpakaian menjolok mata itu menyorok secara berasak-asak di belakang sofa atau sinki bilik air. Lebih melucukan ada beberapa orang GRO itu cuba berlagak bagai wanita tempatan dengan bersikap selamba.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu dibuat kjian, mengapa maslalah GRO tidak boleh selesai di negara in? Perlu dicari jalan cara mengatasi, mengapa gagal, atau sengaja digagalkan. Atau ada udang disebalik batu?

10 Perang AS, Mula Dari Bohong..

JIKA diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat (AS) telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.

Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.

Hasil perang yang diingini ‘mereka’

1. Perang Vietnam (1964-1975)

Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera AS di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.
Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.
Kesan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.
Kawasan semburan Agent Orange. Kecacatan genetik disebabkan Agent orange


2. Perang Grenada (1983)

Pembohongan Media: Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.
Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.
Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata ‘Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita’.
Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.

3. Perang Panama (1989)

Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.
Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US
Analisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama..
Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).
Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.

4. Perang Iraq (1991)

Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).
Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill &Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.
Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq
Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.
Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.

5. Perang Somalia (1993)

Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.
Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.
Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.
Kesan perang terhadap rakyat Somalia
Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.

6. Perang Bosnia (1992 – 1995)

Tahanan perang Bosnia di Kem Manjaca
Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan ‘kem-kem penghapusan Serbia’.
Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia Itzebegovic mengakuinya.
Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.
Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).

7. Perang Yugoslavia (1999)

Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.
Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.
Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.
Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.

8. Perang Afganistan (2001)

Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.
Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.
Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.
Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.

9. Perang Iraq (2003)

Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.
Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam
Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.
Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.

10. Perang Venezuela-Ecuador (2008)

Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.
Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).
Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.
Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.

Kesimpulan: AS adalah negara pengganas, perompak dan segala sumber kejahatan, tetapi bukan rakyatnya. (IH)

Ramadhan: Pengemis Bukan Islam Ini Menyamar ..



DUA pengemis berketurunan Cina menutup muka ketika ditahan penguat kuasa di Bazar Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor kelmarin.


SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.

Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh. Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan.

Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari. Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.

“Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
“Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
“Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu,” katanya.(Kosmo)

 Juga tela'ah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

5 Rahsia Ramadhan -Dr Yusuf Qardhawi


KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
DR Yusuf Qardhawi dalm kitabnya 'al-Ibadah Fil Islam' mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

1. Menguatkan jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firmanNya bermaksud :
  • "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya." (Surah Al-Jaathiyah : 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga seala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda :
  • "Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi." (Hadith Riwayat At-Tirmizi)

2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
  • "Puasa itu sebagai benteng." (daripada serangan keburukan)
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohai unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan melupakan diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


3. Menyihatkan badan
Di samping kesihatn dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

4. Mengenal nilai keknikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat keran menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.


Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenugn nikmat Allah kepada kita. Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita mnejadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.


Allah berfirman bermaksud :
  • "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)


5. Mengingati dan merasakan penderitaan 0rang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaiman beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.


Dari sini puasa akan melahirkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.


Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya abgi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.


Allah berfirman bermaksud :
  • "Ambillah zakat daripada sebahagian harta merekan dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah At-Taubah : 103) 
 Juga tela'ah..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

Thursday, August 02, 2012

Wartawan Olimpik Diserang Ciuman, 'Aku Puasa'!

Reporter SkyNews Arab
Wartawan Sky News Arab
TAK sangka, seorang penyokong bola sepak 'curi cium' kepada seorang wartawan Sky News Arab yang sedang melaporkan suasana Olimpik 2012 di London. Dalam sebuah siaran langsung, kisah wartawan yang tidak disebutkan nama iu pula menjadi tajuk berita antarabangsa.

Seorang wanita pirang berambut panjng melintasi wartawan Sky News yang sedang membuat laporan secara langsung dari luar Stadion Old Trafford. Dihimpitnya dari belakang, dipeluk leher dan terus menciumnya kuat-kuat. Wartawan itu cuba mengelak, tetapi ciuman itu telah mendarat di pipinya."Terima kasih!" kata perempuan itu.

Wartawan itu cuba mengawal tawanya, lalu bergegas menuju rakan-rakannya yang sedang bersorak.

"Saya sedang puasa!" katanya meneruskan laporan sambil tersenyum.

Di bulan Ramadan yang mulia, selain menahan haus dan lapar, umat Muslim juga kena tahan nafsu dan amarah. Wajarkah riaksi wartawan itu, begitu?
(IH/sumber: Examiner)

Haramkan Tazkirah Di Masjid... Haramjadah?




HAMIDZUN (tengah) dan beberapa wakil NGO menyerahkan memorandum kepada Mohd. Shahzihan (dua kiri) di Shah Alam semalam. 
SHAH ALAM – Kira-kira 50 orang berhimpun di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini bagi mendesak pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang memberi tazkirah berbau politik di masjid dan surau sepanjang Ramadan.

Mereka merupakan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Ikatan Kebajikan dan Dakwa Selangor, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMPS).

Satu memorandum berhubung perkara tersebut yang ditandatangani oleh setiap wakil NGO turut diserahkan kepada Pemangku Timbalan Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad. Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, desakan itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan mengenai wujudnya usaha untuk membawa pengaruh politik ke masjid dengan menjemput ahli politik yang tidak bertauliah bagi menyampaikan tazkirah. (Kosmo)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bodoh betul ngok-ngok ni, tazkirah Ramadhan yang baik pun perlu diambil tindakan? Bagaimana 'amru makruf & nahi mungkar' nak berkembang?. Konon 'berbau politik'.. Mana ada perkara-perkara yang berlaku atas dunia ini tiada kaitan dengan poitik?. Apa lagi dari sudut Islam, Islam melarang pemisahan agama dengan politik, yang disebut sekularisme.

Lain, kalau politik yang memisah agama dengan hidup harian, politik suku agama suku. Itu politik 3suku. Seperti parti politik asobiah UMNO dan yang sekandang dengannya. Itupun memperkatakan dan berbincang mengenainya boleh, walaupun mengnutnya haaram.

Haramjadah..  (Maaf pinjam kata-kata Perdana Menteri).

KEMAS Tipu, Bukti Janji Tidak Ditunaikan?




 

BERA: Seorang bapa bertekad mengheret Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ke mahkamah yang didakwa menjanjikan kerja kepada anaknya yang kini terpaksa menanggung malu.

Kakitangan Majlis Daerah Bera Johari Ismail, 50, dari Kampung Batu Papan dekat sini, berkata anaknya Akqramah Johari, 22, telah menjalani temuduga sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S 17 pada 16 Ogos 2011 di Kuantan.

“Pada 29 Jun lalu saya telah dihubungi oleh seorang pegawai bahagian perjawatan Kemas negeri mengatakan anak saya telah berjaya dalam temu duga dan akan di tempatkan di Parlimen Cameron Highland.

“Dengan jelas dia mengatakan surat tawaran akan menyusul pada awal bulan Julai. Bukan kepalang lagi gembiranya anak saya memberitahu rakan-rakannya dan terus meletakkan jawatan sebagai pembantu kedai.

“Setelah sebulan berlalu surat tak sampai juga, pada 31 Julai anak saya menelefon pula pegawai berkenaan. Yang memeranjatkan, dia kata anak saya tak berjaya (dalam temuduga) tetapi tidak memberi sebarang alasan,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Johari yang juga pesara polis berkata, berikutan dengan itu anak keempatnya dari enam beradik itu terpaksa menanggung malu dan sedih setelah kawan-kawan sekerja dan sekampung telah meraikan kejayaan kononnya memperolehi pekerjaan baru dengan kerajaan.

Tambahnya, beliau percaya pegawai yang menghubunginya dulu bukan main-main dan menurut sumber yang beliau sendiri selidiki ada kemungkinan jawatan yang sepatutnya diisi anaknya disabotaj oleh pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu, beliau telahpun membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Bahagian Perhubungan Awam ibu pejabat Kemas Kuala Lumpur bagi memohon satu siasatan demi keadilan.

“Saya redha jika jawatan berkaitan Bina Insan itu bukan milik anak saya tetapi demi keadilan dan maruah anak saya, saya terpaksa bertindak supaya perkara ini tidak sewenang-wenangnya menimpa orang lain kelak,” tegasnya yang datang bersama isteri dan Akqramah.

Akqramah yang ditanya perasaannya, mengatakan malu untuk berdepan dengan orang ramai dan merasa sedih kerana masa depannya untuk terus hidup dipermainkan sebegitu rupa tanpa rasa tanggungjawab oleh kakitangan kerajaan sendiri.

Kemas ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bera Musaniff Abdul Rahman yang turut hadir berkata, kes tersebut sebagai satu penganiayaan.

“Dia (Akqramah) orang kampung, apabila kakitangan kerajaan telefon sudah tentulah dia akan percaya seratus peratus dan menaruh harapan tinggi. Bila itu pekerjaan tetap sudah tentu dia rasa bangga dan mahu berkongsi kegembiraan denga kawan-kawan.

“Tapi apabila terbukti itu satu penipuan tentu dia menanggung rasa aib yang besar dan rasa dipermain-mainkan,” katanya.

Musaniff berkata, PAS Bera akan cuba membantu kes Akramah ini termasuk cuba mencarikan peguam jika didapati ada unsur penipuan dan tidak telus dalam hal berkenaan. (Harakah)

Awang Adek, Jelaskan RM80,000 Cek Rasuah?





















KL: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk membuat penjelasan mengenai sebuah syarikat yang memasukkan cek bernilai RM80,000 ke akaun beliau.

Cek tersebut didakwa sebagai rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Syarikat Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB). Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Awang Adek  tidak memberikan sebarang respon berhubung tuduhan tersebut, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.

"Kita beri Dr Awang Adek seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar.

"Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya dan bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun Awang Adek ketika beliau menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010.

Pertengahan Julai lalu, DPPP mendakwa Awang Adek pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).

DPPP mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Awang Adek.

"Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama.

"Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang Adek tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan DPPP, Nik Abduh Nik Aziz, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Exconya Nurul Islam.(IH)

Lagu H/Merdeka Ciplak Dari Lagu Pujian Gereja


 






















KL: Menurut Debra Chong Penolong Peyunting Berita 'The Malaysian Insider',
  • Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini. Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.
  • Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi dengan gergasi Asia Tenggara itu.
  • Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahawa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”.
  • Lirik “Janji Ditepati” ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.
“Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,” kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.
“Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen.
“Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan,” katanya lagi.

Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain.
Klip video lagu “Janji Ditepati” dan “Serukan Namanya” telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular dikalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini.

“Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu ‘Janji Ditepati’nya sama style dengan lagu ni,” kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008.

Lagu “Serukan Namanya” dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, “All Things New”.
“Sekarang saya benar-benar benci  kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia,” kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. “Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!”
  • Melodi lagu “Janji Ditepati” dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six. Dari posting video lagu tersebut di YouTube disini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada pagi semalam. Rais juga mengetahui kritikan ini apabila dia telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu dia tulis liriknya.
“Apa pandangan sdr tntg lagu janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg ‘ibu jari k bawah’ ada juga,” kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim. Beberapa penyanyi, penulis lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil perhatian persamaan ketara antara melodi “Janji Ditepati” dan lagu injil ini akan tetapi tidak mengatakan ianya plagiarisme.

“Persamaan dalam melodi biasanya membawa kepada isu plagiarisme,” kata pendidik musik Tay Cher Siang, yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara langsung di tempat beli-belah yang popular, Pavllion.

Beliau setuju bahawa terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 nota. Beliau bertambah lagi yang komposisi musik pop biasanya mempunyai 7 nota.

Menurutnya lagi, “Walaupun sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada ‘Janji Ditepati’ ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini.” Beliau benci kerana ini merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak ketahui sama ada komposer untuk “Janji Ditepati” sedar akan persamaan yang ada dengan “Serukan Namanya” dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut.

  • Penyanyi lagu rakyat dan penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles pada 1960-an dan 1970-an.
Beliau berkata lagu kebangsaan Malaysia, “Negaraku”, turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu Indonesia, “Terang Boelan”, dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18, “La Rosalie”, daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger.
  • Seorang lagi komposer yang tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi diantara lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu.
“Persamaan substantif antara sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?” tanya beliau.
  • Gabungan Barisan Nasional (BN) telah memilih “Janji Ditepati” sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat Malaysia. Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen politik mereka. Mereka juga menuduh BN menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik pilihan raya.
  • Jumaat lepas, Rais telah mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa “segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup”.
“Malaysia telah benar-benar menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan janji ditepati?” katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi. (IH/MI)

China Larang Rakyat Islamnya Berpuasa. Ganas!


SEORANG penduduk Islam membaca al-Quran di Aksu, Xinjiang pada 27 Julai lalu. 
BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan. Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.

Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.

"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.
Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.

Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China. Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP

Komen Weblg Ibnu Hasyim:  Sebenarnya keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 bukan kerana penduduk Uighur menyerang bangsa Han, tetapi kerana orang Islam rakyat China sendiri bangsa Uighur terpaksa mempertahankan diri membela keadilan menolak kezaliman, untuk melaksanakan hak dan tumtutan agama sendiri di bumi mereka sendiri.

Contohnya seperti perlarangan hak  berpuasa dan aktiviti Ramadahan. Perlarangan itu suatu keganasan kepada agama Islam. Mana suara pejuang-pejuang keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia? Perlukah diboikot hubungan dagang dengan China? (IH)

Urut Bogel, Bagus MPSJ Bukan Makan Gaji Buta

 
 Tukang urut wanita dan pelanggan terkedu ketika premis diserbu pihak berkuasa.

PUCHONG – Keasyikan beberapa pelanggan diurut tanpa seurat benang di pusat refleksologi Bandar Puteri di sini terbantut apabila premis dikunjungi mereka diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin. Difahamkan, premis sama pernah diserbu sebelum ini namun pengusaha dikatakan tidak serik mengulangi kesalahan lama.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu, seramai 11 wanita warga asing, dua penjaga premis dan tiga pelanggan ditahan. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu rumah urut dan pusat penjagaan kesihatan di Jalan Puteri 1/4 dan Puteri 1/8.

Menurutnya, anggota penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu masuk utama kerana penjaga premis menutup kesemua pintu bagi menyukarkan tindakan pecah masuk ke dalam premis. Katanya, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap pintu dan di bahagian luar dipercayai untuk mengawal kehadiran pihak berkuasa.

Beliau berkata, berapa kondom yang sudah digunakan ditemui dan hasil siasatan mendapati pengusaha premis menawarkan khidmat seks serta urutan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan.

“Ketika tindakan operasi diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd dijalankan di premis kedua, terdapat pelanggan yang diurut dalam keadaan berbogel.

“Kedua-dua premis dikenakan tindakan di bawah UUK 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat sekatan lesen yang dikeluarkan majlis dengan menggajikan wanita warga asing,” katanya.

Ahmad berkata, semua yang dicekup diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sehingga Julai lalu katanya, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan manakala 36 premis rumah urut dikenakan tindakan sitaan dan penutupan premis oleh MPSJ.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagus MPSJ, kamu bukan makan gaji buta, kamu buat kerja amanah rakyat. (SH)

Abby Milik Jejaka UMNO Dulu Kini & Selamanya?



 HALAMAN HIBURAN

ABBY dengan nada bergurau menyatakan di twitter miliknya pada 1 ogos, 12:21 pagi berkaitan pertanyaan seseorang tentang soal kahwin, Insyaallah bulan 12 nanti. Cara jawapannya agak betul walaupun nada bergurau dan tahniah diucapkan.

Sementara itu melalui blog OhBulan, Zul Ariffin yang pernah menjadi glamer kerana bertemankan Abby suatu ketika dahulu berkata, tindakan Abby kini agak melampau. Ini berikutan tindakan Abby yang telah menyertai politik dan beberapa kenyataan sebelum ini.

“Tindakan itu agak melampau. Tapi saya memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Jika pilihan itu yang dia mahukan, baguslah.

“Saya sememangnya tidak mahu terlibat dengan apa-apa perkara dan isu yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan saya.” Semoga kenyataan Abby menjadi kenyataan dan tahniah sekali lagi!!


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa agaknya yang bertuah akan memiliki Abby? Kerana dia sudah menjadi ahli PAS seumur hidup, minta simpang malaikat 44, jangan dapat kepada puak-puak UMNO dulu, kini dan selamanya. Mustahil belayar dalam sebuah perahu sedangkan yang satu berdayung ke timur dan satu lagi berdayung ke barat.

Dakwa Rafizi Bukti Politik Dendam Najib -Anwar


SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan mahkamah ke atas Rafizi Ramli, yang dikenakan pertubuhan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) hari ini, sambil menyifatkannya sebagai "berunsurkan politk semata-mata" dan "politik dendam."

Ketua Pembangkang berkata, motif penangkapan dan pertuduhan yang dikenakan bertujuan untuk memastikan Rafizi, Pengarah Strategi PKR, untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional.(SH)

Cipta Robot Serangga Bunuh Musuh.. Lawan Balik.

 JOM KREATIF
SEBUAH laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.

Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.

Menurut sumber internet yang dihimpun dari pelbagai pasukan penyelidik di Johns Hopkins University kerjasama dengan Pejabat Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang mengembangkan apa yang mereka sebut dengan kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas sebagai perisikan di pelbagai tempat dan negara.

Serangga robot itu direka sedemikian rupa sehingga dengan mudah dapat menyusup kawasan bandar, walaupun faktor padatnya bangunan dan konsentrasi orang-orang, namun kewujudan enjin pembunuh ini tak terduga dan tanpa halangan dan sangat praktikal. Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan mikrofon built-in.

Walaupun peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, dengan menggunakan super-mikron jarum bersaiz kecil untuk mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kelajuan tinggi. Orang hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa sensasi terbakar dan bengkak.

Drone serangga super surveilans ini sukar dikesan dan juga boleh menyuntik racun melalui pengenalan frekuensi radio mikro RFID sebagai peranti pengesan yang boleh menyusup di bawah kulit, dan dapat menyuntik racun ke tubuh musuh jika berlaku peperangan. Pada awal tahun 2007, kerajaan AS dituduh secara diam-diam mengembangkan perisik serangga robot tersebut ketika para penunjuk perasaan anti perang di Amerika Syarikat menyaksikan beberapa benda terbang mirip dengan pepatung atau helikopter melayang-melayang di atas kepala mereka


AS tidak sendirian dalam membuat drone ini, terdapat negara seperti Perancis, Belanda dan Israel juga mengembangkan peranti yang sama. Perancis juga telah mengembangkan kepakan sayap dengan bio-terinspirasi drone mikro. Sementara badan Netherlands BioMAV Biologically Inspired AI for Micro Aerial Vehicles juga telah mencipta drone burung Kakak tua AR.

Sementara itu, Israel Aerospace Industries IAI telah menghasilkan pesawat berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram, yang kemampuannya dapat mengumpulkan semua data perisikan yang disimpan di dalam bangunan.


Sementara drone serangga AS ini dilengkapi dengan kamera 0,15 gram dan kad memori, yang dikawal dari jarak jauh dengan helm khusus. Mengenakan helm, pembekal akan mendapati diri mereka dalam "badan kupu-kupu" dan melihat drone tersebut tepat seperti kupu-kupu secara real.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak lawan AS perlu cipta sesuatu untuk lawan balik. Tiap ciptaan manusia tentu ada kelemahannya, tidak semestinya tiada jalan penyelesaian.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

Pemikiran Sesat UMNO Cuba Racuni Kanak-kanak?

KOTA BHARU: Umno dianggap sudah kehabisan ikhtiar apabila dikatakan menggunakan anak bagi menyebarkan buku-buku berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno di sekolah.

Buku kartun bertajuk “Dari PM Untuk Rakyat” terbitan Gerakan Anak Muda Malaysia dan “Transformasi Najib” tulisan Akmar Hisham Mokhles diedar di sekolah di parlimen Kota Bharu menjelang Ramadan lalu. Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa anaknya diberi tiga buku berkaitan Perdana Menteri dan Umno oleh seorang rakannya.

“Anak saya beritahu rakannya itu membawa banyak buku mengenai Najib yang diberi kepada rakan-rakan di dalam kelas.

“Pada awalnya anak saya tidak mahu ambil kerana takut dimarahi saya dan ibunya. Namun dia ambil juga dan terus memberi kepada saya setelah sampai di rumah,” katanya di sini.

Menurutnya buku Dari PM Untuk Rakyat 20 halaman menceritakan dalam bentuk lakaran kartun mengenai program-program yang dilaksanakan kerajaan BN di bawah Najib. Antaranya BRIM, bantuan persekolahan, rumah pertama, Saham Amanah 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat dan pelbagai lagi.

Manakala buku Transformasi Najib mengisahkan kehidupan Perdana Menteri sejak dari kecil sehingga kedudukan sekarang. Persoalannya kata beliau mengapa budak sekolah rendah diperalatkan bagi mengedarkan buku-buku kartun mengenai Najib.

“Kalau hendak dikatakan buku itu diedar tanpa pengetahuan bapanya, mengapa pula kuantitinya banyak, seolah-olah seperti disengajakan.

“Mungkin pihak sekolah dan guru tidak sedar perkara itu. Namun sekolah terbabit sedia dimaklumi sering dikunjungi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh.

“Kalau buku mengenai pemimpin kerajaan negeri diedar di sekolah mungkin telah lama geger. Namun pengedaran buku berkaitan Umno hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak sekolah,” ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara kanak-kanak diracuni oleh pemikiran sesat UMNO. UMNO/BN nampaknya dah macam nyawa ikan di atas darat. Teruk sanagat, bukan di Kelantan sahaja, satu Malaysia dah nak terlingkup, dah takde jalan lain nak pertahan diri?

Olimpik: Muka Tak Malu, M'sia Atlet Bertelanjang?

 Penerjun negara, Leong Mun Yee menjalani latihan di Pusat Akuatik di London, semalam  

SUKAN
Semangat perjuangan memuncak
LONDON - Doa restu kami pohonkan antara nada merendah diri tetapi penuh bersemangat yang ditagih 33 atlet negara yang antara mereka turun ke gelanggang pertarungan hari ini, beberapa jam sebelum Sukan Olimpik 2012 membuka tirainya secara rasmi di kota London malam ini.

Luahan itu disampaikan ketua kontinjen negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang bersemangat ketika meninjau latihan atlet terjun negara di pusat akuatik di Olympic Park, semalam.

Menurut Ahmad Sarji, persiapan akhir atlet negara berada pada tahap tertinggi dengan semua mereka telah berada di perkampungan sukan melainkan atlet olahraga Noraseela Khalid dan lompat tinggi, Lee Hup Wei yang dijangka menyertai yang lain tidak lama lagi... Lapor sebuah akhbar tempatan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang bersemangat ketika meninjau latihan atlet terjun negara di pusat akuatik di Olympic Park, semalam. Bersemangat dengan semangat perjuangan yang memuncak. Apa yang memuncak dengan pakaian bertelanjang atletnya, di bulan puasa ini?

Malaysia memang bangga dengan pakaiaan atletnya bertelanjang (berpakaian tetapi telanjang seperti yang disabdakan Nabi SAW)? Juga mengaku Malaysia negara Islam? Tak malu atletnya bertelanjang? Memang melatih ahli sukannya muka tak malu.. Termasuk bersama pemimpin-pemimpinnya. Gambar di atas sebagai contoh..(IH)