Saturday, August 11, 2012

Beda Antara Ahli Parlimen Mesir Dg M'sia..

INFO..

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :
  • Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
  • Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
  • Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
  • Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
  • Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
  • Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.
 Bandingkan dengan ahli parlimaen Malaysia.. (IH)

Salam Aidil-Fitri, Dari KU Untuk MU.. (1)

Untuk MU, Tgk Ibnu Hasyim..

Lihat gambar ini.. Ingat tak majlis berbuka puasa awal ramadhan tadi (Ogos 2012) di Gombak. Dari kanan Tgk Mansur, Tgk Ibnu Hasyim sendiri, saya Tgk Abd Kadir & Tgk Nus..

Kita berbincang ringkas di kalangan anak-anak keturunan Aceh di Malaysia. Saya setuju cadangan Tgk Mansur untuk tubuh sebuah NGO kebajikan Aceh di perantauan..

Kini saya berada di Norway di perantauan. Saya tetap sokong. Di Norway tempat saya, ada kira-kira 50 keuarga Aceh di perantauan. Kami akan memberi sokongan terus..

Kesempatan ini, saya ucapkan selamat hari raya aidil-fitri kepada Tgk Mansur dan kawan-kawan, termasuk Tgk Ibnu, kaum keluarga saya di Malaysia, dan di Aceh..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin.
dari saya..Tgk Abdul Kadir. NORWAY.

Salam Aidil-Fitri, Dari KU Untuk MU..

Salam Aidil-Fitri dari editor Ibnu Hasyim

Makluman:  
Weblog Ibnu Hasyim memberi peluang kepada mana-mana warga di dunia atau warga Malaysia yang menuntut, bertugas dan menetap di luar negara untuk menyampaikan ucapan sempena Ramadhan dan Idulfitri 1433H kepada kaum keluarga dan sahabat handai di negara ini, atau di mana-mana.

Foto beserta nama, alamat dan ucapan boleh dihantar ke e-mel..

ibnuhasyim@gmail.com

SILA ziarahi..
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

17 Perlu Tahu Mengenai Zakat Fitrah. S'ngor RM7..




KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

RAMAI umat Islam yang masih keliru tentang kewajipan zakat fitrah, bukan keliru status hukumnya, tetapi bagaimana melaksanakannya. Inilah antara, yang diharap mampu menjelaskan kekeliruan itu.

Soalan 1: Apakah makna zakat fitrah dan siapakah yang diwajibkan ke atasnya?

Jawapan: Zakat fitrah bermakna zakat badan atau zakat jiwa. Semua orang Islam diwajibkan, sama ada lelaki, perempuan, orang tua, kanak-kanak, bayi, orang gila, merdeka mahu pun hamba sahaya.

Dalilnya, 
  • Abu Hurairah r.a menyatakan: “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin,” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)
Fuqaha memang berbeza pendapat tentang siapakah yang perlu mengeluarkannya, sama ada diri sendiri ataupun wali nasab, yakni orang yang wajib menanggung nafkah. Amalan di Malaysia, zakat fitrah ini dikeluarkan oleh wali bagi semua tanggungannya. Dalam hal ini ada sebuah hadis:
  •  “Bayarlah zakat fitrah daripada semua orang yang menjadi tanggungjawab kalian.” (Hadis riwayat Imam Baihaqi).

2. Bagaimana dengan anak angkat, anak yatim dan anak tiri?

Jawapan: Perkara paling asas, fuqaha menyatakan orang yang wajib menanggung nafkah itulah wajib memberikan zakat fitrah tanggungannya. Di sini, yang wajib ialah mereka yang dinamakan sebagai wali nasab (sedarah daging) atau penanggung nafkah, iaitu bapa, datuk, bapa saudara dan sebagainya lagi.

Jika anak angkat, andai sudah tiada wali nasab yang boleh dihubungi, maka penjaganyalah yang wajib membayarkan zakat fitrahnya. Ada juga pandangan, jika sudah dibuat perjanjian dengan bapa kandungnya bahawa bapa angkat akan menanggungnya, maka terlepaslah kewajipan bapa kandungnya.

Andai anak yatim, sama juga jika sudah tidak berjumpa dengan mana-mana wali nasab, maka penjaganya yang wajib membayarkannya. Jika anak tiri, pun masih kena lihat, andai sudah tiada wali nasabnya, maka bapa tirinyalah yang wajib mengeluarkannya.

Namun, jika kesemua mereka sudah ada kemampuan sendiri, misalnya walau masih belajar namun mendapat biasiswa atau wang hasil kerja sampingan, maka mereka lebih berhak mengeluarkannya sendiri. Tetapi, penjaga yang bukannya wali nasab masih boleh mengeluarkannya dengan syarat memaklumkan dahulu kepada anak-anak jagaannya itu.

3. Adakah anak-anak perempuan yang sudah bekerja dikira masih tanggungan bapanya?

Jawapan: Anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.

4. Bagaimana pula dengan waktu menunaikan zakat fitrah?

Jawapan: Adalah harus mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya satu Ramadan. Hadis daripada Umar menyatakan:
  •  “Telah mewajibkan Rasulullah saw zakat fitrah pada bulan Ramadan.”

Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadan. Manakala Abu Hanifah pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar satu syawal.

Untuk memudahkan kita, ulama fikah telah membahagikan waktunya seperti berikut, iaitu 
  • harus sejak awal Ramadan, 
  • menjadi wajib atau paling utama sebelum solat Aidilfitri dan 
  • makruh setelah menunaikan solat Aidilfitri. 
  • Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari satu syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan kala itu ia dianggap qada.

5. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa menunaikannya?

Jawapan: Islam telah menyediakan satu ruang waktu yang amat luas bagi umatnya menunaikan zakat fitrah dan tidak sepatutnya ada orang boleh terlupa. Selalunya orang terlupa bila sengaja menunggu sehingga ke saat akhir. Jadi, jangan bertangguh.

Mungkin ada orang berhujah, mereka mahu menunggu ke saat akhir menunaikan zakat fitrah, demi mendapatkan pahala yang lebih besar. Berkenaan pahala ini, fuqaha tidak pula beranggapan menunaikannya lebih awal akan kurang pahalanya berbanding menunaikannya saat-saat akhir, lagi pun ia adalah tergantung kepada Allah SWT yang menentukannya.

Orang yang terlupa wajib segera mencari mana-mana fakir miskin dan serahkanlah zakat fitrah pada waktu itu juga dan fuqaha menyatakan ia sudah menjadi qada. Iringi juga dengan taubat dan berazam untuk tidak melalaikan lagi zakat fitrah selepas ini.

6. Ada orang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya?

Jawapan: Menunaikan zakat fitrah adalah wajib dan berpuasa juga wajib, maka mengabaikannya adalah berdosa. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: 
  • “Rasulullah saw telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri,” (Riwayat Bukari dan Muslim).

Ulamak fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran, na’uzubillah.

7. Adakah orang miskin juga wajib membayar zakat fitrah?


Jawapan: Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam, tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, merdeka atau hamba sahaya. Syaratnya, mereka mesti ada makanan yang cukup bermula dari malam satu Syawal hingga tamat satu Syawal. Orang miskin yang memenuhi syarat ini, wajib mengeluarkan zakat. Cuma ada sebahagian fuqaha menyatakan, jika orang miskin itu menjadi mampu disebabkan bantuan zakat, maka mereka tidak dibebani untuk mengeluarkan zakatnya, kerana punca hartanya adalah dari zakat juga.

8. Ada orang mahu membayar zakat fitrah dengan beras bukan wang, apa komen ustaz?

Jawapan: Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah memang begitu. Tetapi, sebahagian fuqaha berpendapat adalah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang). Pada zaman Umar bin Abdul Aziz r.a, baginda berfatwa zakat fitrah boleh dibayar dengan nilai wang. Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.

9. Ada orang berkata, jika tidak keluarkan zakat fitrah maka pahala puasa akan tergantung. Benarkah?

Jawapan: Terdapat sebuah hadis mengenai persoalan ini, iaitu: 
  • “(Ibadah) bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat kepada Allah kecuali dengan zakat fitrah,” (Riwayat Ibn Asakir). 
Tetapi, para ulama hadis mempertikaikan kesahihan hadis ini, kerana ada di antara perawinya yang tidak dikenali (majhul) dan ia juga bercanggah dengan mafhum hadis lain mengenai keutamaan beribadah khususnya di bulan Ramadan.
Bagi saya, fokuskan untuk melaksanakan setiap ibadah, sama ada solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Setelah ia ditunaikan dengan sempurna dan sah, maka serahlah kepada Allah SWT, sama ada mahu menerima atau menolaknya.

10. Adakah zakat fitrah hanya untuk fakir miskin sahaja?

Jawapan: Hal ini adalah khilaf dalam kalangan ahli fikah. Sebahagian menyatakan ia hanya untuk fakir dan miskin dan sebahagian yang lain menyatakan, zakat fitrah juga sama seperti zakat harta dan lapan asnaf masih boleh menikmatinya.

Malahan ada ulama’ yang menyatakan seorang kafir zimmi di dalam Negara Islam juga berhak mendapat zakat fitrah jika mereka adalah golongan fakir. Perbincangan ini boleh dirujuk ke dalam kitab  
  • Bidayatul Mujtahid, Juz 1, hal. 584; 
  • Fikih Sunnah, Jilid 3, hal. 129, 
  • Hukum Zakat, hal. 964 dan 
  • Ensaiklopedia Fiqh Wanita, Jilid 2, hal. 190.

11. Apakah majikan wajib membayar zakat fitrah pembantu rumahnya?

Jawapan: Majikan tidak wajib, kerana pembantu itu bukan tanggungan yang wajib dinafkahinya. Pembantu itu ada gajinya sendiri dan dia wajib menjelaskan zakat fitrahnya sendiri. Namun, jika majikan mahu menjelaskannya juga, perlu memberitahu kepada pembantunya, sebagai tanda minta izin daripadanya.

12. Apakah anak yang lahir pada waktu Maghrib hari terakhir Ramadan wajib zakat fitrah juga?

Jawapan: Tidak wajib, kerana anak itu hanya hidup pada waktu Syawal sahaja. Bukan sekadar itu, orang yang hidup sepanjang Ramadan dan meninggal dunia sebelum masuknya waktu Syawal, maka tidak wajib juga zakat fitrah. Ini kerana, hanya orang yang hidup pada dua waktu, Ramadan dan Syawal sahaja wajib zakat.

13. Apakah anak yang dikandung sudah cukup bulan tapi belum lahir hingga masuk Syawal wajib zakat juga?

Jawapan: Tidak wajib, Cuma sunat muakkad sahaja. Islam tidak mengambil kira semasa bayi masih berkeadaan janin (dalam rahim ibu) dan inilah pendapat yang kuat sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusuf al- Qaradawi, di dalam kitabnya, Hukum Zakat.

Soalan 14: Adakah seorang muallaf (saudara baru) juga wajib bayar zakat fitrah?

Jawapan: Jika muallaf itu masih kecil (belum akil baligh misalnya), maka orang yang menaunginyalah yang mengeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi, jika sudah dewasa atau remaja, maka jika mereka mampu mereka keluarkan sendiri. Jika tidak mampu, maka tidaklah wajib zakat fitrah ke atasnya.

Soalan 15: Bolehkah ustaz jelaskan hikmah zakat fitrah?

Jawapan: 
Pertama, zakat fitrah menjamin kegembiraan kepada penerimanya, seperti mana nabi menjanjikan dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, iaitu waktu berbuka (termasuk berhari raya) dan ketika menatap wajah Allah (hadis Muslim). Maka, bagaimana orang miskin boleh gembira jika tiada bantuan di hari raya.

Kedua, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ketiga, membersihkan orang yang berpuasa daripada dosa. Ibnu Abbas menyatakan: 
  • “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Keempat, menjadi bukti ketaatan manusia beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, jika mereka berpuasa tetapi enggan berzakat, maka jelaslah kualiti keimanannya di tahap mana?

Kelima, zakat fitrah itu menjadi kemuncak kepada amalan di bulan Ramadan, yakni berkongsi sedikit kekayaan. Andai jumlah RM7 itu masih dipertikaikan, maka bagaimana pula seseorang itu mampu berkongsi sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya dengan orang lain.

Soalan 16: Apakah boleh kita menunaikan zakat harta selain fitrah di bulan Ramadan?

Jawapan: Memang boleh bahkan dianjurkan sangat-sangat. Ini kerana, mafhum daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman al-Farisi, bahawa setiap amalan sunat dalam bulan Ramadan diganjari pahala wajib dan satu amalan wajib diganjari 70 kali ganda pahalanya.

Maka, andai kita berzakat RM1 ribu, maka pahalanya seolah-olah kita sudah berzakat RM70 ribu! Orang yang haul zakatnya belum tiba, boleh berniat mendahului haul zakat dan di sisi Islam, ia memang diharuskan.

Soalan 17: Soalan terakhir saya, kenapakah kadar zakat fitrah di Malaysia berbeza-beza antara setiap negeri?

Jawapan: Panjang jawapannya, namun ringkasnya saya boleh katakan, ada dua sebab kenapa berbeza. 

Pertama, pentadbiran zakat di Malaysia adalah tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Maka, setiap negeri mempunyai jawatankuasa fatwanya sendiri yang akan memutuskan harga zakat fitrah yang sesuai di negeri masing-masing. Pengasingan kuasa ini telah digazetkan di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu di dalam Jadual Kesembilan (Perkara 74, 77) Senarai Perundangan, Senarai II – Senarai Negeri.

Kedua, boleh jadi harga sekilogram beras adalah berbeza antara negeri-negeri. Ada negeri yang agak mahal, ada yang agak murah dan ia adalah sesuai dengan kondisi sosio-ekonomi rakyat negeri berkenaan. Maka, harga zakat fitrah di Selangor adalah sesuai dengan harga beras di Selangor (yakni RM7.00). Manakala di negeri lain, sesuailah dengan negeri mereka pula. Wallahua’lam.
Ustaz Hamizul Abdul Hamid ialah Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) http://www.hamizul.com/

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

Main Mercun, Apa Nasihat Tok Guru Nik Aziz?

Meriam buluh... termasuk mercun.

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati ibu bapa supaya tidak membiarkan anak mereka membeli dan bermain mercun terutama pada musim perayaan ini. Beliau berkata bermain bahan letupan berbahaya itu bukan budaya Melayu dan boleh menyebabkan kecederaan dan maut.

"Anggota badan kita ni amanah Allah, jangan bagi jadi kudung tak pasal-pasal.

"Oleh kerana budaya kita sekarang ni masih lagi (terikut-ikut) budaya penjajah tidak bertuan kepada Allah tetapi bertuankan kepada nafsu, maka kita masih lagi meneruskan budaya anak-anak kita membeli mercun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kejadian menyebabkan kanak-kanak cedera akibat bermain mercun di negeri ini, sejak kebelakangan ini.

"Nasihat saya, jangan bagi peluang sekali-kali kepada anak kita beli mercun. Dia nak beli coklat beri, nak beli kuih bui (beri), nak beli baju raya pun bui, beli mercun jangan sekali-sekali," kata Nik Aziz.

Ditanya sama ada perlu undang-undang lebih tegas dikenakan ke atas pengedar dan penjual bahan letupan itu di negara ini, beliau berkata ia terpulang kepada pihak berkuasa. - Bernama

Kes Rais: Blogger Hina Mahkamah Penjara 3 Bulan


rais yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim .

KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".(SH)

Haiwan-haiwan Ini Pun Berpuasa..

Wanita-wanita dari kaum Badwi.. Unta antara binatang yang berpuasa banyak membantu mereka..
UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

BERPUASA bukan hanya dilakukan manusia, tetapi haiwan pun ada yang berpuasa. Haiwan-haiwan tersebut biasanya berpuasa bukan disaat tertentu saja melainkan kerana memang seperti itulah cara hidup mereka.

1. Ular

Sebenarnya, haiwan melata ini terkenal rakus kerana mereka mudah memakan haiwan apa saja. Bahkan ular-ular besar sejenis Piton atau ular sawa sanggup melahap anak kerbau untuk sekali telan. Untuk mengolah makanan hasil tangkapannya, perut ular memerlukan waktu yang lama. Selama masa pengolahan itulah, ular tahan tidak makan atau berpuasa selama berhari-hari, bahkan sampai 2 hingga 3 minggu. 

Ular terhitung mulai berpuasa ketika dia memakan mangsanya. Setelah mendapatkan mangsanya, biasanya ular tidak melakukan aktiviti apa-apa. Ular akan mencari tempat bersembunyi, lalu berdiam diri saja. Pada saat berpuasa, biasanya ular menjadi lebih sabar, berkurang ganasnya, dan tidak mudah marah oleh godaan atau gangguan kecil. Saat mengakhiri puasanya, ular akan berganti kulit dan kemudian menjadi ular sebagaimana lazimnya.

2 Ikan Salmon

Habitat ikan salmon sebenarnya ada di lautan. Namun biasanya, ikan salmon secara bergerombolan akan berimigrasi ke air tawar dengan salah satu tujuannya adalah untuk bertelur. Migrasi yang harus menempuh jarak ribuan mil itu membuat ikan salmon harus berpuasa dari makanan selama berbulan-bulan. Kerana dalam perjalanan yang panjang dan sulit itu mereka tidak memiliki waktu untuk makan. 

Cadangan lemak dalam tubuhnya merupakan sumber makanan yang akan memberi kekuatan mengharungi perairan hingga mereka sampai ke sungai. Pemakaian cadangan lemak tubuh ini akan menyebabkan perubahan sisik pada ikan salmon. Mereka menjadi ramping dan gesit, sehingga mampu melarikan diri dari jaring penangkap ikan atau lari dari sergapan haiwan pemburu lain. Namun pada kondisi ini, banyak juga ikan salmon yang mati kerana luka atau keletihan sehingga akhirnya hanya sedikit yang berjaya sampai ke hulu sungai.

3. Kukang


Kukang juga merupakan haiwan penggemar kegiatan berpuasa. Primata terkecil di dunia yang dilindungi kerana terancam punah ini terkenal sebagai pemalas. Kegiatan sehariannya hanya tidur dan menggantung di atas pohon. Walau suasana di sekitar kukang tersebut penuh keributan, tetapi haiwan yang beraktiviti di malam hari tersebut tetap dapat bertahan tidur hingga seharian penuh tanpa memakan apapun. Jika perutnya sudah benar-benar lapar, barulah ia bangun untuk mencari makanan.

4. Unta


Kekuatan berpuasa unta lebih dahsyat lagi! Hewan padang pasir ini terbiasa tidak makan dan minum selama 3 minggu sambil berjalan berpanas-panas melintasi padang pasir yang gersang. Unta menjadikan punuknya sebagai tempat menyimpan air dan makanan yang ia telan. 

Sedikit demi sedikit lemak di punuk tersebut akan ia gunakan sebagai sumber energi. Itulah sebabnya, setiap unta berpuasa, akan kehilangan 33% berat tubuhnya. Jika punuknya nampak kempes, bererti persediaan makanan di tubuhnya mulai menipis. Saat unta mulai merasa haus, unta dapat meminum ratusan liter air hanya dalam waktu singkat.

Begitulah antara binatang-binatang yang berpuasa. Semuanya mengungkap rahsia keangungan Ilahi, bagi otak yang mahu memikirkan. Allahu akbar. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Jihad Seorang Muslim Di Era Globalisasi

By Tariq Ramadan
 
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)

MENJADI seorang Muslim seakan-akan sudah sinonim dengan menjadi seseorang yang diajukan pelbagai soalan pedas, sentiasa dalam situasi tegang, ketidakpercayaan, dan juga konflik.

Perkara ini telah menjadi satu fenomena global yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada hubungan antara komuniti, termasuklah retorik politik dan polisi di peringkat negara, rantau dan juga antarabangsa.

Hari-hari kita tidak akan berlalu tanpa ‘isu berkaitan Muslim’ menjadi perhatian, sama ada melalui kontroversi di peringkat lokal, konflik serantau, atau debat nasional, juga melalui keganasan, ekstremisme atau literalisme, atau mungkin juga melalui kebangkitan parti-parti politik Islam di Tunisia, Maghribi dan Mesir (yang bertahun lamanya selepas kemenangan pilihanraya di Palestin).

Islam, tanpa mengira fahaman ekstremisme, literalisme atau pun politik, telah menjadi satu isu; maklumat yang tersebar luas di era globalisasi mencipta satu kelompok pemikiran sedunia yang penuh dengan kecurigaan, ketidakpercayaan dan mungkin juga stigma, sambil mencetuskan reaksi defensif dari Muslim yang berlegar dari perasaan menjadi mangsa hinggalah kepada keagresifan yang tidak terkawal.

Pendek kata, sekarang adalah masa yang amat sukar untuk menjadi seorang Muslim, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada di peringkat lokal mahupun global. Kekeliruan telah tersebar dengan meluas. Semuanya dilihat seperti berkait rapat, segala kucar-kacir telah dicampuradukkan di dalam arus liputan media yang amat mustahil untuk dianalisa dan ditafsirkan.

FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) akhirnya menerima pemakaian tudung, tetapi Perancis masih tetap menolak idea tersebut. Demonstrasi jalanan terhadap undang-undang Syari’ah berlaku di London, protes terhadap aplikasi undang-undang Syari’ah pula berlaku di US. Empat ahli majlis perbandaran Perancis dipecat, dan kemudian dilantik kembali, hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadhan.


Di Belanda, Muslim berhadapan dengan fitnah yang nyata. Semuanya diperbesarkan melalui liputan media masa nyata dan juga internet, sama halnya dengan kebangkitan politik Islam dan kebangkitan Arab, perang saudara yang mengganas di Syria, persoalan Israel dan Palestin, ketegangan antara Syi’ah dan Ahlus Sunnah, insiden meruntuhkan makam di utara Mali oleh golongan Salafi literalis, dan juga kebangkitan suara-suara yang mendesak aplikasi undang-undang Syari’ah yang lebih ketat di Pakistan, Malaysia dan sesetengah negara monarki.

Media juga tidak terlepas pandang isu penindasan terhadap Muslim di China, dan sekarang, di Myanmar, dan juga ketegangan antara agama di merata tempat di negara-negara Afrika dan Asia.

Situasi yang melanda masyarakat sedunia ini membuatkan isu berkaitan Islam ini timbul di serata tempat: ia muncul dalam persoalan utama kewujudan agama-agama, juga dalam hubungan ketamadunan, dalam isu sekularisasi, dalam pemilihan ideologi dan model bagi struktur negara, dalam hubungan antara budaya dan globalisasi, dalam isu masyarkat bertamadun dan masa hadapannya, dan dalam isu status wanita dan rakyat.

Kita tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan isu berkaitan Islam: setiap manusia yang bertanggungjawab kini berhadapan dengan persoalan-persoalan berkaitan Islam dan mereka tentunya akan menilai fakta-fakta yang ada, membuat kesimpulan dan seterusnya mengambil pendirian berkenaan persoalan-persoalan tersebut.

Pelobi-pelobi yang berkuasa dan pihak yang berkepentingan memperloleh kelebihan yang banyak dengan mengekalkan tekanan ideologi dan media yang sedia ada, dengan niat yang jelas untuk menukarkan Islam kepada ancaman dan Muslim kepada entiti yang tidak jelas dan berbahaya.

Cubalah imbas kembali kata-kata David Yerushalmi (pengasas kempen anti-Syari’ah di US) “Walaupun cubaan untuk meluluskan penggubalan undang-undang anti-Syari’ah gagal, perkara yang lebih penting adalah untuk menimbulkan desas-desus berkenaan perkara ini, seterusnya menuai hasil kontroversi dan meyakinkan rakyat kebanyakan bahawa Islam adalah ancaman kepada mereka.”

Kegagalan teruk kempen anti-Islam mungkin dilihat sebagai kejayaan besar disebabkan hebohan yang ia cipta. Logik yang sama digunapakai oleh populis di banyak negara; media yang beroperasi dengan sistem yang sama digunakan dalam membuat liputan di negara yang majoritinya Muslim.

Kebanyakan media Barat mengunci mulut mereka serapat-rapatnya berkenaan pemerintahan diktator Zine Al Abidine bin Ali ataupun Hosni Mubarak, dan ini dengan cepatnya memberi sokongan kepada penggunaan sistem demokrasi yang mula mengambil tempat melalui sensitiviti terhadap isu wanita, homoseksual dan minoriti agama dalam rejim penggantinya.

Isu tentang diktator inilah sebenarnya antara yang isu yang tidak pernah dibincangkan, dan ia hanya dibisikkan sesama sekutu sendiri di Teluk. Dan sebenarnya, liputan media yang mempunyai ideologi tersendiri dan pengubahan maklumat adalah antara isu yang makin disedari rakyat.

Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah satu ‘konspirasi global’ terhadap Islam dan terhadap Muslim, seperti sesetengah dari kita bayangkan. Sudah pasti, golongan yang berkepentingan menyebarkan ideologi tersendiri sudah tentunya wujud; tetapi ia adalah sama pasti bahawa mesin media dan reaksi politik yang diprovokasinya telah membentuk satu kitaran yang ganas.

Kontroversi memarakkan sifat ingin tahu masyarakat awam, yang kemudiannya membekalkan strategi kepada pihak populis, yang akhirnya akan memacu strategi pilihanraya jangka pendek: media kemudiannya akan meneruskan rentak tarian mereka di hadapan kumpulan yang akan terus setia menontonnya.

Dalam era berteknologi tinggi ini, dengan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan persaingan global, Islam sebenarnya sangat bertuah. Tidak syak lagi: Islam membuat keuntungan, keuntungan yang sangat banyak. Terperangkap antara idea manipulasi dan logik para kapitalis, Islam – dan besertanya nasib Muslim – akan mendapati diri mereka sebenarnya dalam dinamik yang negatif, bukannya tertindas.

Bagaimana kita mahu membebaskan diri kita dari dinamik yang negatif ini? Bagaimana, yang lebih penting, untuk kita keluar dari pemikiran seorang mangsa, yang melanda kita setiap kali media dan tsunami politik menukar Islam kepada sebuah ancaman global, yang akan memusnahkan semua perkara yang berada dalam laluannya?

Paradoksnya, di waktu Islam dalam dinamik yang sangat negatif, keadaan sukar ini sebenarnya mengandungi banyak elemen yang diperlukan untuk mengatasi dan melangkah lebih jauh dari masalah tersebut. Bila orang ramai bertanya tentang Islam dan Muslim – selalunya dalam keadaan tidak tahu, Muslim sebenarnya dihadiahkan peluang yang terbaik untuk menjelaskan, mendidik, dan berdialog dengan mereka.

Jika ketaranya mereka terhadap pandangan sedunia dilihat sebagai satu masalah kerana kod pakaian, nama dan warna kulit, maka penyelesaian untuk masalah ini tidak kurang ketaranya. Era moden telah memanggil Muslim untuk berjuang dalam skop jihad yang global, yakni dalam ilmu pengetahuan, dalam pendidikan, dalam dialog, dalam komunikasi dan dalam ketahanan diri.

Ia adalah jihad yang tenang, yang mendamaikan, yang tidak ganas; bagi mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Titik permulaan kita adalah kefahaman tentang diri sendiri, dan kritikan terhadap diri sendiri yang dapat menjauhkan kita dari penipuan fahaman yang ekstrem dan pencambukan terhadap diri sendiri.

Hati nurani seorang Muslim mestliah bangkit, ia mestilah dapat membezakan apa yang Islam dan apa yang tidak (dengan mengambil kira isu kepelbagaian dan pluralism), dan untuk mengecam hipokrasi dalam kedua-dua aspek kendiri ataupun ideologi populis.

Hati nurani yang terbuka akan mampu menerima persoalan-persoalan yang munasabah dari majoriti yang mencari kefahaman, dan hati nurani yang berani akan mampu menghadapi isu perkauman minoriti yang menipu, mendustakan dan memanipulasikan.

Komitmen kita mestilah bersifat individu, tempatan, nasional dan sedunia. Dinamik hari ini yang membuatkan Islam menjadi satu masalah juga telah menukarkan Islam kepada pelbagai persoalan: dan kini ia adalah tanggungjawab keseluruhan umat Islam leaki dan perempuan untuk mara ke hadapan dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan.

* Ihsan: Gulf News. Tariq Ramadan adalah ahli akademik Switzerland dan profesor dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Oxford. Dia juga mengetuai Pusat Penyelidikan Penggubalan Undang-Undang Islam dan Etika yang berpusat di Qatar.
(IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

M'sia Berbangga Atletnya Begini, Apa Kata Mufti?

 Ratu terjun negara Pandelela Rinong menceriakan peluang memburu pingat kedua ...

RATU terjun negara, Pandelela Rinong mengesahkan statusnya selaku penerjun terbaik dunia selepas mara ke peringkat akhir dalam acara 10 meter platform wanita pada Sukan Olimpik 2012 malam tadi. Pada aksi di Pusat Akuatik Olimpik, London itu, Pandelela menamatkan saingan di tempat kelima selepas mengumpul 352.50 mata bagi melayakkan diri ke pentas akhir.

Kini, Pandelela sudah boleh berbangga selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 12 penerjun terbaik pada temasya di London ini. Kejayaan penerjun berusia 19 tahun kelahiran Sarawak itu turut menghidupkan peluang Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama pada temasya berprestij di dunia ini sejak tahun 1956. Selepas menduduki tempat kedua pada pusingan kelayakan semalam, Pandelela yang beraksi buat kali kedua pada Sukan Olimpik tampil dengan aksi yang lebih meyakinkan.

Pandelela yang meraih pingat emas acara tersebut pada Sukan Komanwel 2010, tampil konsisten tetapi mata yang dikumpulkannya agak menurun berbanding ketika beraksi pada peringkat kelayakan. Seorang lagi penerjun negara yang beraksi dalam acara tersebut, Traisy Vivien Tukiet terkandas seawal peringkat kelayakan selepas memungut 285.00 mata untuk menduduki tempat ke-22.
Pandelela Rinong and Leong Mun Yee competing in the 10m platform ...

Pandelela yang meraih pingat emas acara tersebut pada Sukan Komanwel 2010, nampak konsisten dengan prestasinya semalam tetapi mata yang dikumpulkannya agak menurun berbanding ketika beraksi pada peringkat kelayakan. Pada terjunan pertama dengan tahap kesukaran 3.2, Pandelela meraih 67.50 mata, diikuti 75.40 mata pada terjunan kedua bagi membolehkannya berada di kedudukan keempat.

Pada terjunan ketiga dengan tahap kesukaran 3.3, dia berjaya meraih 70.40 mata, namun mata kutipannya menurun pada terjunan keempat apabila meraih 67.20 mata pada tahap kesukaran yang sama. Pada terjunan terakhir dengan tahap kesukaran 3.2, dia mengumpul 72.00 mata dan turun ke tempat kelima, namun kedudukan tersebut sudah cukup untuk membolehkannya beraksi di final.
 MUN Yee dan Pandelela diberi ucap tahniah

Menyingkap kejayaan Pandelela pada kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini, dia memiliki reputasi yang tidak kurang hebatnya dalam acara individu. Dia mula mengukir nama pada Kejohanan Dunia pada tahun 2011 di Moscow yang menyaksikannya meraih pingat perak.
 Commonwealth Day 11: Pandelela Rinong

Sebelum itu pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dia meraih pingat gangsa dan tewas di belakang dua penerjun China. Pada temasya Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura, dia berjaya meraih pingat perak. Setakat ini, tahap kesukaran yang ditetapkan berjaya disempurnakannya dengan baik, cuma dia mengelak daripada berasa terlalu ghairah ketika melakukan entri.

Malaysia, yang 'Islam sebagai agama bagi Persekutuan', berbangga dengan pakaian atlenya begini.. Apa kata Mufti dan penasihat agama, Malaysia yang sudah merdeka 1/2 abad lebih tetapi tak tentu hala tuju, menyimpang dari agama negaranya?? (IH)

Friday, August 10, 2012

Qiam With Me! Tiada Sultan Lain Di Dunia Spt Ini







Gambar-gambar program malam tadi..

KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi. Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.

Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak. Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.

Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.

Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.


Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Sultan bersama rakyat, tiada sultan-sultan lain di dunia seperti beliau masa kini. Seruan 'ampun tuanku' pun ditukar keada 'Allahu 'akbar.'

Waheeda-Akhil Hayy, Contoh Pejuang Seni Islam..



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SETELAH Akhil Hayy, 43, diijabkabulkan dengan pelakon dan penyanyi Waheeda, 33, (gambar) Waheeda terus mengambil keputusan drastik untuk mengundur diri dari bidang seni berunsur maksiat, manakala Akhil pula sudah acap kali terbabit dengan pelbagai program agama dan dakwah di saluran Astro Oasis. Syabas Waheeda dan Akhil Hayy!

Diberitakan. Waheeda yang ditemui sewaktu sidang media episod kemuncak program Imam Muda 3 yang diadakan di Bukit Jalil baru-baru ini, beliau mengatakan antaranya, "Sebelum bersara dahulu, saya sudah 10 tahun terbabit dalam bidang seni. Kini saya masih boleh memberi sumbangan dalam bidang muzik menerusi penciptaan lagu, meskipun sudah tidak menyanyi lagi."

Sementara itu, suaminya Akhil yang baru menamatkan tugasannya sebagai pengacara Imam Muda 3 pada 3 Ogos lalu memberitahu dia sedang dalam proses untuk menghasilkan album baharu. Menurutnya, ia merupakan album yang kelima dan mengandungi 10 buah lagu. Setakat ini tujuh buah lagu sudah siap dirakamkan termasuk dua buah lagu yang dicipta oleh isterinya iaitu.. 
  • Ighfir Zdunubi (Ampunkan Aku) dan  
  • Subhanaka. 

Di situlah hebatnya isteri yang memperjuangkan seni sesuai dengan peranannya sebagai Muslimah melalui peranan suaminya.  Al-hamdulillah.

Menurut Akhil Hayy, "Sebenarnya proses untuk menghasilkan album ini sudah bermula sejak awal tahun 2010, tetapi ia terpaksa mengambil masa yang agak lama kerana saya perlu mencari lagu-lagu yang sesuai." Sudah tentu maksudnya, sesuai dengan kehendak agama.

"Kini, saya akan kembali fokus semula untuk album baharu ini dan saya berharap supaya ia dapat diterbitkan pada tahun ini," ujarnya yang pernah melahirkan empat buah album iaitu..
  • Nasyid Legenda, 
  • Di Bawah Satu Cahaya, 
  • Kembara Sufi dan 
  • Nasyid Legenda 2.

Selain dalam proses menerbitkan album baharu, Akhil menjelaskan dia juga berhasrat untuk menganjurkan sebuah konsert yang menampilkan otai-otai rock terkenal tanah air. Namun begitu, konsert yang mahu dianjurkannya itu berbentuk islamik apabila penyanyi yang diundang akan mempersembahkan lagu-lagu yang berbentuk ketuhanan. Sudah tentu bukan lagu-lagu yang melalaikan, tidak membantu pembangunan ruhani dan jasmani insan.

"Saya memang mengimpikan untuk menganjurkan konsert yang sebegitu, termasuk dengan penataan cahaya dan bunyi yang baik dan mampu memberikan hiburan yang bermakna kepada peminat," ujarnya yang pernah menganggotai kumpulan rock D'Riyadh pada awal 90-an.

Pada masa yang sama, Akhil juga memberitahu dia mempunyai perancangan untuk menerbitkan filem atau telefilem yang berunsur keagamaan dan kini sedang mencari penulis skrip yang sesuai. Kita patut berdoa dan membantu, moga-moga cita-citanya berhasil.

Berbalik kepada Waheeda, ketika ditanya mengenai kehidupan sehariannya sekarang bersama suami, beliau memberitahu dia lebih banyak memberi tumpuan kepada rumah tangga dan perniagaan abaya yang dilakukan dalam talian. Itulah yang wajar sebagai seorang isteri artis yang solihah, tidak dengan mempamirkan diri kepada awam.

Soal anak dan keluarga tidak diabaikan. Penyanyi yang zaman jahiliahnya pernah berlakon sebanyak enam buah filem itu memberi fokus untuk membesarkan dua orang anak tirinya, walaupun bukan anak kandungnya sendiri. Namun begitu dia tetap berharap dikurniakan Allah SWT cahaya mata sendiri pada tahun hadapan.

 Menurutnya seperti yang diberitakan, "Pada awal tempoh perkahwinan saya dan suami, saya memang banyak menguruskan rumah tangga dan kedua-dua anak tiri iaitu Siti Nur Maisarah dan Mohd. Syarif Idayatullah.

"Kini kedua-dua anak tiri saya sudah bersekolah di sebuah Maahad Tahfiz di Ipoh, Perak dan boleh dikatakan sekarang ini merupakan tempoh bulan madu saya dan suami termasuk berusaha untuk mendapatkan anak sendiri," ujarnya.

Menurutnya, biarpun selama ini dia sekadar membesarkan kedua-dua anak tirinya, namun dia tetap menganggap mereka seperti anak kandung dan sentiasa memastikan mereka mendapat pendidikan yang terbaik.

"Sebagai ibu, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membesarkan anak-anak dan melihat mereka berjaya. Sekurang-kurangnya berpeluang menjaga anak tiri dapat memberi pengalaman buat saya untuk membesarkan anak sendiri nanti," jelasnya.

Melihat kepada perkembangan dunia hiburan tempatan sekarang, semakin ramai artis wanita yang mengambil keputusan untuk berhijrah, Waheeda memuji tindakan rakan-rakan artis tersebut. Bagaimanapun, dia menjelaskan istilah 'hijrah' itu adalah kembali kepada fitrah kerana hasrat mereka yang kini berpegang kepada hukum Allah.SWT.

Pada saya, ituah contoh sebagai seorang Muslimah, isteri kepada artis Islam masa kini yang...
  • Tidak mempamerkan diri menyanyi di tempat yang ada lelaki bukan muhrim, kerana memperelokkan suara bukan pada tempatnya bagi wanita adalah salah dalam Islam.
  • Membantu suami menambah ekonomi keluarga dan berdakwah menyebarkan pakaian Islam supaya ramai wanita menutup aurat. 
  • Memperjuangkan seni lagu-lagu yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam dari balik hijab.
Kata pujangga, tangan yang menghayun buaian itulah yang akan menggncangkan dunia. Sesuai juga dengan kata ulama, wanita itu adalah tiang seri rumah tangga. Biasanya, tiang seri yang kukuh itu tidak nampak dari luar, tetapi kalau rumah itu roboh, siasatlah tiang serinya!  

Zaman sekarang, ibarat pelancar roket yang ditembak dari dalam rumah, tetapi sasarannya adalah medan tempur musuh!!

Allahu 'aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
 

10 Ogos  2012
 KL

 

Catatan Santai sebelum ini..

M'sia Telah Wujud Sept 1937. Ini Bukti?

MALAYSIA :telah wujud pada September 1937?

Projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (AS). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni AS untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi denganniat jahat, menjajahnya dalam bentuk baru.


Malaysia adalah projek kolonial. benar, seperti buku ini yang terbit pd September 1937




Seterusnya, projek kolonial AS mendapat akal jahat, angan-angan bergelar teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara-negara di Asia Tenggara akan menjadi negara komunis. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.” 


Antara sasaran projek kolonial AS ini adalah menubuhkan negara Malaysia; melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya; menggulingkan presiden Sukarno; menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia  yang anti penjajahan – bentuk baru dan lama – dari kuasa kolonial barat. 

Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dengan terbitnya dokumen-dukemin rahsia CIA seperti ini..Sila klik..
Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia- yang dipercayai disabotaj Jenderal Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenalpasti bocor rahsianya atau kecekapan risikan tentera Malaysia? 

Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jenderal Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka AS.
 
Nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis AS, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar AS, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara. 

Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara. Tahun orang-orang di sini belum lagi mengerti atau peduli pada makna dari kata Malaysia. Tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya. Tahun Inggeris masih lagi penjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu, Negeri-negeri Selat, Borneo-Sabah, Sarawak dan Brunei.

Gagasan AS tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial AS, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yg gagal.  

Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. 

Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia. Jadi bukan Tunku Abdul Rahman  yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. 

Apa pula cerita Bangsa Malaysia? Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)
Oleh itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
  • “Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. 
  • …saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. 
  • Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini; apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pelerjaan dan tanggungan saya itu…“(Mohamed Abid, 2003, p191-192)
Apa maksudnya? 
Ini Realiti:
Sedikit mengenai ‘agenda mereka‘ untuk semua orang Malaysia yang membaca blog ini:
  1. De-Islaming the Islamic belief through the avenue of mysticsm (installing new belief system i.e Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu closely supervised by the Freemason Orientalist) 
  2. To destroy the ‘Holy Book’ without burning it through the theory of evolution (i.e si Darwin bapak beruk. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist) 
  3. They (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power: 
  • a. to induce spiritual blindness 
  • b. to convince 
  • c. to convert 
  • d. to corrupt
Divide, conquer and destroy the ‘tauhid’ faith and religion is their agenda since the beginning of civilisation. The Secret Society @ The Elite ini ahlinya tidak ramai tetapi pengaruhnya ‘very powerful’ dan ‘very influential’ datangnya pula dari political (maybe royal) figure yang dulunya berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan Amirika sekutu kuat England.
Walaupun pada surfacenya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. 

Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaya hari ini?  

Politik dan Hiburan…Do they really care about you? No, they don’t (because that is part of the Master plan-hatred-lies and deception). Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan…akibatnya:
End result Spiritual Blindness.
http://mindaahad.wordpress.com

Telaga Tiub Bekalan Air: N/Aziz Dengar Taklimat


(TG Nik Aziz sedang diberi taklimat oleh pengurus besar AKSB Ir Haji Hanapi Mahmood mengenai telaga tiub di logi air Kelar.)

PASIR MAS: Dua buah telaga tiub yang dibina bagi menampung keperluan air di daerah ini telah mula beropersi bagi menampung keperluan penduduk di sekitar daerah ini. Dengan tambahan telaga tiub ini, ia dapat menaikan bekalan air ke daerah Pasir Mas dari biasa kepada 62 juta liter sahari.

Pengerusi Jawatankuasa Peruamahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md. Anizam Abdul Rahman berkata demikian sewaktu mengiringi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam lawatan mereka ke loji sauk Kelar dan pusat rawatan air Kelar, di sini.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan, exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd Ir Haji Hanapi Mahmud. Lawatan berkenaan susulan ganguan air selama seminggu di daerah Pasir Mas baru-baru ini. Anizam memberitahu, bekalan air di daerah itu kini pulih selepas hujan mulai turun di hulu Kelantan dan penampungan bekalan melalui dua buah telaga tiub berkenaan.

Menjawab soalan pemberita mengenai kegiatan menyedut pasir di sepanjang sungai Kelantan yang dikatakan mengakibatkan ganguan air di daerah ini baru-baru ini, Anizam berkata ianya tidak menjadi punca kepada masalah yang timbul. “Kerja-kerja pasir tiada kena mengena dengan gangguan bekalan air,” katanya.

Kenyataan Anizam itu disokong oleh Pengarah Jabatan Parit dan Saliran (JPS) negeri Kelantan, Mat Rahim Ismail. “Kerja-kerja penyedutan pasir tidak menjejaskan paras air sungai. Semakin dalam sungai semakin banyak air yang masuk.

“Cuma kalau kerja-kerja penyedutan pasir berhampiran dengan tebing sungai, ia akan mengakibatkan tebing runtuh,” ujarnya. Ujarnya lagi, pasir di dalam sungai memang perlu diambil bagi mengelak sungai menjadi cetek. (Hrkh)

BN Kalah Dalam P/Raya Akan Datang -Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - BN kalah dalam pilihan raya akan datang? Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."

BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Hasil kajian Merdeka Center diumumkan bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.

Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut. Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.

Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah. Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.

"Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.

"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. (IH/SH)

Tolak JK Royalti -R Desak N/Aziz


(NGO R menyerahkan memo kepada MB Kelantan bagi mendesaknya menolak JK Royalti)

KOTA BHARU: Gabungan Professional Menuntut Royalty, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), menyerahkan memonrandum kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Memorandum itu diserahkan oleh aktivis ‘R’ bagi mendesak kerajaan negeri Kelantan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa bayaran tunai yang dicadangkan Perdana Menteri. Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Nazri Deraman, di Dewan Teratai, di sini petang semalam.

Nazri berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri menolak penubuhan jawatankuasa itu yang telah melalui batasan kepentingan politik sempit. Sambungnya, tidak perlu jawatankuasa kerana penyelesaian seperti di Terengganu boleh dilakukan.

"Bayaran tunai boleh dibuat pada kerajaan negeri menerusi hasil gas dan minyak dalam perairan Kelantan dengan kadar segera,”ujarnya.

Tambahnya, jawatankuasa itu hanya kepentingan politik untuk menghadapi pilihanraya. Hadir sama pada majlis itu, setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali dan lain-lain aktivis. Tiga tuntutan berkenaan terkandung dalam memorandum NGO Royalti itu pada kerajaan negeri. (Hrkh)

Kurangi Kemalangan J/Raya Melalui Patung Seks..

 
JOM KREATIF

SEORANG pegawai pencen wanita di Ningbo, Zhejiang, China Timur, mempunyai cara unik dapat mengelakkan pemandu kenderaan supaya  tidak kelam-kabut laju, yang sekaligus dapat mengelakkan kemalangan jalan raya.

Caranya ialah dengan menggunakan patung mainan atau boneka seks. Wanita bernama Lin Chen itu sengaja membeli mainan seks berupa boneka tiup wanita, untuk menarik perhatian pengendara atau pemandu. Boneka itu diikat di sebuah pohon agar pengendara melihatnya dan memperlambat kendaraanya.

"Ada lampu merah dekat rumah saya itu namun para pengendara tetap juga melaju dengan cepat, ini sangatlah berbahaya," kata Cheng dilaporkan Mirror, Selasa 7 Ogos 2012.

Bukan setakat itu sahaja, wanita berusia 67 tahun itu juga mendandani boneka tersebut dengan menggunakan pakaian dalam asli untuk seorang wanita dengan warna merah seksi yang 'menggoda'.

"Saya fikir pengendara dapat perlambat kendaaranya jika mereka melihat sesuatu yang telah saya berikan (boneka seks). Polis tidak tertarik mengatasinya, jadi saya beli boneka ini dan ikat di pokok" ujar Chen.

Meski idea kreatif Chen itu agak pelik, tetapi polis setempat mengakui bahawa setelah Chen memasang boneka seks di tepi jalan, angka kemalangan di sekitar jalan tersebut menjadi berkurang.

"Ini bukan metod yang kami akan gunakan, tetapi kami tidak boleh kata hal ini tidak berjaya." kata jurucakap polis di situ.(IH)

Thursday, August 09, 2012

Masalah Beg Tangan Isteri Pemimpin, Korea, M'sia.


Ri Sol-ju dan tas jinjing mewahnyaBanjir dan Kelaparan menimpa Korea Utara, tapi 'First Lady' pamer beg tangan Dior
SEQUL: Wanita Negara Korea Utara (atau First Lady), dikritik sebuah media Inggeris kerana didapati memakai beg tangan mahal jenama Dior dalam sebuah kunjungan. Media ini menulis, penampilannya tidak menunjukkan simpati atas penderitaan rakyat Korut yang kelaparan.

The Telegraph pada Rabu, 8 Ogos 2012, mengangkat hal ini dalam artikel berjudul "Banjir dan Kelaparan menimpa Korea Utara, tapi 'First Lady' pamer beg tangan Dior." Dalam artikel tersebut, Telegraph memperlihatkan sebuah foto isteri Kim Jong-un, Ri Sol-ju, yang berpakaian elegan.

Selain pakaian putih dan atasan hitam, Ri yang terlihat moden kontras dengan suaminya yang mengenakan safari gelap ala Mao dan pegawai pejabat militer yang mengenakan seragam hijau tua dengan topi kebesaran. Namun yang paling menarik perhatian adalah beg tangan yang diletakkan di sampingnya. Beg tangan itu berwarna hitam elegan dengan tag besi bertuliskan "D" penanda jenama Christian Dior.

Beg tangan ini adalah aksesoris populer di kalangan atasan yang terbuat dari kulit kambing mewah dengan logo Dior berwarna perak.

"Beg tangan ini dijual di Seoul, ibu kota Korea Selatan, seharga 1.8 juta won (kira-kira RM5,000), harga yang sama dengan rata-rata penghasilan per tahun warga di Korea Utara," tulis Telegraph.

Media Inggeris tersebut persoalkan simpati Ri di tengah rakyatnya yang menderita kemiskinan dan kelaparan. "Negara berpenduduk 24 juta orang itu menderita krisis keperluan sejak bencana kelaparan pertengahan tahun 1990an yang membunuh ratusan ribu orang. Tahun ini, PBB menganggarkan tiga juta warga Korut perlu bantuan keperluan harian," tulis Telegraph.

Kehadiran Ri sebagai isteri Kim Jong-un baru terungkap bulan lalu semasa keduanya kerap terlihat bersama dalam berbagai kesempatan. Tidak diketahui bila dan telah berapa lama keduanya berkahwin.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Malaysia bagaimana? Agak-agak isteri PM pun macam itu juga? (IH)
Kegilaan memakai bag berjenama mahal di kalangan pemimpin dunia menjadi ikutan isteri pemimpin Malaysia
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails