Saturday, August 25, 2012

Restoran London Perkenal Makanan Zombie?


 MAKANAN ZOMBIE: Burger Otak 
JOM KREATIF  
LONDON- Otak yang menjadi makanan zombie dan biasanya hanya dilihat dalam filem kini akan disajikan di London. Klik seterusnya di sini.. Restoran di London perkenal menu makanan zombie
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Hudud Terbukti Mampu Selesai Jenayah Di Saudi

Oleh
Dr Aminurrasyid Yatiban
RIYADH – Seorang lelaki warganegara Arab Saudi dikenakan hukuman pancung hari ini di atas kesalahan membunuh, menurut kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri. Tertuduh yang dikenali sebagai Hamad al-Shahrani didapati bersalah menikam seorang lelaki beberapa kali dengan menggunakan pisau. Dia dikenakan hukuman tersebut di rantau Asser yang terletak di barat daya negara itu. Sementara itu, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Amnesty International menyatakan semalam bahawa negara itu sudah melaksanakan sekurang-kurangnya 44 hukuman mati sejak Januari lalu. – AFP September 23, 2011
MENYEDARI terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

1.       Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2.       Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam.

Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.

3.       Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.

4.       Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.

5.       Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang  yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.


Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

N/Aziz: Hudud, Macam 'Kahwin Sejenis' Di AS?

Oleh
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.

Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.

Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.

Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.

Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT.  Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.

Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.

Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil.  Malah tidak terkecuali  poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.

Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini?  Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz 

Hudud, Dr M, UMNO & Dr Asri: Apa Komen N/Aziz?

Suasana ketika Nik Abdul Aziz dikunjungi Mohd Asri. – Foto ihsan laman sosial Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hudud yang dibentangkan Pas Kelantan sudah menjangkaui 19 tahun sedangkan Umno pula  tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.

“Umno khususnya bekas Presidennya (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang sudah bersara, tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno, tempoh 19 tahun, satu huruf pun hudud ala Umno masih belum wujud.

“Jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud," kata beliau sambil menegaskan "apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata."

"Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu,” kata beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Beliau yang sedang berehat di HUSM atas nasihat doktor berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Di akhir kenyataan yang diposkan menerusi laman sosial Facebook, Nik Aziz juga sertakan satu foto menunjukkan beliau dikunjungi Asri. Tetapi tidak pasti bila Asri mengunjungi beliau, tetapi difahamkan ia pertemuan lama.

Mengulas teguran Asri itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, digubal mengikut pakar perlembagaan dan undang-undang negara.

Katanya, antara mereka termasuk pakar undang-undang seperti Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Datuk Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar,  Datuk Hasbullah Mohd Hassan, H Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad.

"Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali,” katanya.

Nik Aziz berkata, beliau berterima kasih dengan teguran Asri  dan menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Dalam masa yang sama,  beliau menyokong kenyataan Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya.(SH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

'Wi-Fi Bergerak', Guna Kaldai..

Keledai dilengkapi Wi-Fi di Israel Keledai dilengkapi Wi-Fi di Israel (theverge.com)
JOM KREATIF

Tel Aviv: Jaringan internet memang kian menjadi keperluan, termasuk bagi para pelancung. Memahami ini, pengelola pelancungan di Israel pun menyediakan jaringan Wi-Fi, dengan memanfaatkan kaldai. Mengutip laman Israel Hayom, kota Galilea di Hoshaya, yang mengelola taman rekreasi Kfar Kedem, menggunakan kaldai untuk mengangkut router. Jaringan internet pun dapat dijangkau para pengunjung.

Kfar Kedem merupakan tempat hiburan yang memungkinkan pengunjungnya melakukan simulasi kehidupan Galilea kuno. Dengan Wi-Fi via kaldai ini, para pengunjung tetap boleh mengakses email sambil menunggang haiwan itu. Pengurus situs rekreasi Kfar Kedem, Menachem Goldberg, mengatakan tiap kaldai akan dilengkapi dengan wireless router. Meski begitu, masa ini baru seperenam kaldai yang dilengkapi router.

"Kami ada 30 keledai di kota kami dan telah melengkapi lima keledai dengan wireless internet. Kami akan pertimbangkan untuk melengkapi semua, seiring berjalannya waktu," kata Goldberg. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Malu Nak Sebut.. Restoran Alat Kelamin

 Antara penis dijadikan santapan.
JOM KREATIF

ADA sebuah restoran di Beijing bernama Gualizhuang. Di restoran ini, anda akan disajikan berbagai menu makanan unik, iaitu penis atau aalat kelamin. Ya, seluruh menu masakan yang ada di restoran ini dibuat dari penis. Bukan penis manusia, tetapi penis dari berbagai macam binatang yang ada.

Banyak orang China mempercayai bahawa alat kelamin binatang dapat meningkatkan keperkasaan untuk lelaki dan memiliki khasiat yang sangat bagus untuk kaum wanita. Sebab itu, sejak di buka di jalan Dongsishitiao tahun 2006 silam, populariti restoran ini dengan cepat menyebar ke seluruh penjuru negera.

Melihat dari menu yang ditawarkan, restoran ini jelas bukan ditujukan kepada seseorang yang hanya sekedar penikmat biasa. Walau mungkin mempunyai kesan menjijikkan, namun cara penyajian yang ditampilkan tidaklah seseram yang dibayangkan. Beberapa menu disajikan dengan tampilan menarik. Dengan nama-nama yang unik, seperti 'Saripati Buddha Emas', 'Burung Phoenix Terbang', atau 'Bunga Melati 1,000 Lapisan'.
 

Alat kelamin yang digunakan pun mulai dari penis lembu, penis kambing, penis kuda hingga penis monyet. Jika anda ingin merasakan khasiat lebih, anda boleh dapatkan menu mentah, macam sushi.

Restoran Guolizhuang didirikan oleh seseorang bernama Guo, Menurut cerita, ia meninggalkan China di tahun 1949 masa perang, dan pindah ke Taiwan, sebelum akhirnya ke Atlanta, Georgia, tempat dimana ia mendalami ubat-ubatan tradisional China.

Tidak sebarang orang masuk ke restoran ini. Pihak restoran melarang remaja di bawah 15 tahun menikmati makanan di tempat ini kerana hormon yang terkandung di dalamnya dapat mempengaruhi pertumbuhan alami mereka. Kebanyakan dari pelanggan adalah kalangan pebisnis dan pegawai kerajaan.







Hampir seluruh menu makanan di tempat ini berharga mahal. Namun diantara semuanya, ada satu menu yang dianggap paling spesial, yakni penis harimau. Untuk menu yang satu ini, pelanggan perlu  bayar lebih dari USD 1,500 dan memesan beberapa bulan sebelumnya. 

Kreatifkah restoran ini? (IH)

Friday, August 24, 2012

Gambar Putera Hary Britian & Wanita Berbogel..

HARRY dikelilingi beberapa wanita di hotel tempat dia menginap  di Las Vegas.
HARRY dikelilingi beberapa wanita di hotel tempat dia menginap di Las Vegas. 
FOTO  (kanan) bogel Harry yang tersebar di Internet.

LONDON: Putera Harry pulang ke Britain semalam selepas tercetusnya berita yang menggemparkan apabila fotonya berparti dalam keadaan bogel bersama seorang wanita yang bertelanjang tersebar di seluruh dunia.

Harry menanggalkan pakaian ketika bermain permainan ‘strip billiards’ selepas dia dan rakannya menjemput sekumpulan wanita dan dibawa memasuki bilik hotel mereka di Vegas.

Satu foto yang diambil dengan mengguna telefon bimbit menunjukkan Harry menutup kemaluannya sambil seorang wanita bogel berdiri di belakangnya. Dalam foto lain, Harry memeluk seorang wanita dari belakang sambil memegang bola snooker. Kedua-duanya dilihat bertelanjang.

Foto kurang sopan itu dipaparkan menerusi ribuan laman web di seluruh dunia, termasuk laman web baru dicipta. Bagaimanapun, Istana St James menghantar surat rasmi kepada akhbar Britian menggesa pengarang tidak menggunakannya dengan berkata foto itu adalah satu bentuk pencerobohan terhadap kehidupan peribadi putera terbabit.

Sumber diraja berkata, Harry, anggota tentera dan juruterbang helikopter Apache hanya cuba ‘menenangkan tekanan’ sebelum kembali bertugas. Dia dijangka dihantar ke Afghanistan hujung tahun ini. Sumber tentera berkata, kepemimpinan tinggi tentera hanya ‘memandang ringan’ mengenai kenakalan Harry itu. Walaupun dia akan diberikan teguran tegas, dia tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan disiplin kerana berbuat demikian ketika bercuti.

Foto berkenaan mencetuskan pertikaian mengenai tahap keselamatan putera berusia 27 tahun itu dan peranan pengawal peribadinya.  Pegawai tidak akan mengulas mengenai foto berkenaan dan enam pengawal keselamatan yang melindunginya juga tidak akan disoal.

Harry yang mewakili Ratu Elizabeth pada acara penutup Olimpik berparti di Vegas bersama rakannya di Kolej Eton, Tom Skippy Inskip, 27, dan anak lelaki peniaga senjata yang kaya-raya, Arthur London, 30. Parti bogel dihadiri mereka berlangsung selama 72 jam di Sin City.

Ia berlaku pada malam Sabtu di bilik rakannya, di hotel Wynn yang eksklusif. Seorang daripada rakannya mendedahkan: “Harry dan rakannya memulakan malam mereka dengan makan malam. Kemudian mereka minum arak di bar hotel sebelum bertemu dengan sekumpulan wanita dan mengundang mereka untuk berparti. - TS

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Diharap anak-isteri pemimpin-pemimpin dan raja-raja di Malaysia tidak begini.

Gambar ini, bapak borek anak rintik kah?





Hudud Hukum Agama Bukan Ideologi -N/Aziz


Nik Aziz
Nik Aziz disambut YDP Pas Kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan pegawai peribadinya, Hasan Mamat (kanan) pada sambutan Hari Raya Pas kawasan itu, semalam
 
KOTA BHARU: Meskipun pemerintahan secara Islam termasuk hudud menjadi dasar perjuangan politik Pas, ia bukan bawah undang-undang Pas, sebaliknya hukum Islam yang dilaksanakan di beberapa negara termasuk Arab Saudi yang jelas dapat dilihat berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara itu. Kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan hukum hudud untuk mengatasi jenayah sama sekali tidak menggugat hubungan baik antara dua parti itu.

"Isu ini tidak perlu dibincang kerana ia adalah hukum agama, bukan ideologi, kalau hukum dunia, kita boleh tolak, tetapi sebagai orang Islam, (jika) tolak agama bermakna akan terima pembalasan di akhirat kelak," katanya.

Menurutnya, dibandingkan dengan undang-undang ciptaan manusia, termasuk hukuman gantung sampai mati, hudud jauh lebih baik walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu.

"Sekurang-kurangnya, dia (pesalah) masih boleh bekerja dan hukuman yang diterima, boleh jadi pengajaran kepada masyarakat. Undang-undang Islam sudah semestinya cukup adil. Buat salah, terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan," katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, kenyataan Karpal sedikit pun tidak  tidak menjejaskan hubungan Pas dengan DAP, mahu pun hubungan peribadi sesama pemimpin parti itu.

"Tidak timbul soal perpecahan kerana sekarang kita tidak menghadapi masalah dan perkara ini hanya diperbesar-besarkan bagi menimbulkan kekeliruan," katanya.

Sementara itu, dalam satu entri ringkas menerusi laman sosial Facebook, semalam, Nik Aziz mahu pemimpin Umno memberi respons berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai isu hudud. Katanya, Soi Lek sebelum ini secara berterusan menghina hudud dan pernah melabel seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dari Johor sebagai hilang akal kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.

 “Saya hendak membaca respons pemimpin Umno terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," katanya.

Dua bulan lalu, Adun Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat, mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor mengambil inisiatif menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

Tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri, termasuk MCA dan Gerakan, yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menganggap Ayub hilang akal.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz menyuarakan penghargaan kepada semua pihak yang bermurah hati menyumbang dana untuk projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dengan  kos RM1.8 bilion.

“Sokongan rakyat tidak pernah berkurangan di Kelantan, malah Pas turut terima sokongan dari seluruh negara termasuk di luar Malaysia. Sokongan yang mereka berikan terhadap projek ini amat kami hargai walaupun sebelum ini mendapat pelbagai tohmahan negatif daripada parti lawan," katanya.

Nik Aziz berkata, pembinaan lebuh raya itu dijalankan dengan konsep wakaf dan ia bukan derma.
"Usaha kita adalah memperluaskan konsep wakaf. Jika dulu, kita wakaf barang-barang kepada masjid untuk digunakan orang ramai, jadi konsep yang sama digunakan dalam projek pembinaan lebuh raya untuk kemudahan rakyat apabila ia siap kelak," katanya. (IH/SH)

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

K'tan Jual Ladang Rakyat, Penuduh Mohon Maaf..



PASIR MAS: Projek Ladang Rakyat sekali lagi menghadapi difitnah pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menuduh telah menjual 1,400 hektar ladangnya di Limau Kasturi, Gua Musang kepada syarikat swasta. Kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika menghadiri majlis Aidilfitri Majlis Tindakan Dun Tendong, dekat sini petang tadi (gambar) bagi mengulas kenyataan Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah. 

Norzula dalam sebuah akhbar harian hari ini berkata, kerajaan negeri melalui Ladang Rakyat telah menjual 1,400 hektar tanah Ladang Rakyat kepada syarikat swasta.

“Baru-baru ini blogger mesra Umno Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella), memohon maaf kepada Ladang Rakyat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu atas fakta yang tidak benar berhubung Ladang Rakyat,” ujarnya.

Ahmad seterusnya berkta, tidak berlaku sebarang penjualan atau pindah milik tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi. Tambahnya, sebaliknya tanah berkenaan dimajukan pihak swasta melalui satu kaedah pemajuan yang biasa diamalkan oleh agensi kerajaan, iaitu pajakan.

“Hak milik tanah kekal di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat negeri Kelantan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan yang mentatakan tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi perlu diserahkan kembali pada rakyat adalah tidak berasas. Tambahnya, ini kerana kerja-kerja pengukuran ladang telahpun dibuat, termasuk kawasan rentahan orang kampung juga turut dikelurkan dari kawasan Ladang Rakyat.

“Oleh itu, sebagai penjelasan kawasan Ladang Rakyat Limau Kasturi tidak pernah terbabit dengan kawasan terokaan orang kampung,” ujarnya. (IH/Hrkh)

Sheikh Australia Syahid Di Syria. Al-hamdulillah!

Sheikh Mustapha Al Majzoub has been killed in Syria.
Sheikh Mustapha Al Majzoub has been killed in Syria.

SEORANG sheikh yang terkenal di Sydney telah terbunuh dalam satu serangan roket di Syria, pengesahan telah dibuat oleh keluarganya di Australia.

Sheikh Mustapha Al Majzoub meninggal dunia Ahad lalu semasa menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan di Syria, ujar keluarga itu dalam satu kenyataan, yang turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas sokongan dan mesej takziah.

''Walaupun sekarang adalah masa yang amat mendukacitakan kami kerana kehilangan ahli keluarga yang amat kami sayangi, namun kami amat berbangga kerana Sheikh Al Majzoub meninggal dunia sewaktu melakukan apa yang dia telah lakukan sepanjang hidupnya - berkhidmat kepada masyarakat demi Allah, tanpa memikirkan dirinya sendiri," katanya.

Beliau telah dikebumikan di Syria Isnin lalu dengan majlis pengebumian diketuai oleh abangnya, Sheikh Fedaa Majzoub, satu-satunya warganegara Australia yang menjadi ahli kumpulang pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria, lapor laman web Muslim Village.

Disebabkan kesukaran mengakses maklumat dari Syria, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan masih belum mengesahkan kematian Sheikh Al Majzoub, atau sama ada dia adalah warga Australia pertama yang mati dalam konflik yang berterusan di Syria.

Penghargaan untuk syeikh terkenal ini, yang berketurunan Syria, telah membanjiri laman sosial media sebelum satu perhimpunan yang akan dihadiri oleh keluarganya di Lakemba Selasa lalu. Pusat anti-keganasan New South Wales berkemungkinan besar akan memerhatikan situasi ini, memandangkan potensinya untuk terus memarakkan ketegangan antara masyarakat Sunni dan Syi’ah di Sydney sejak konflik Syria berlaku.

Bekas guru di Unity Grammar School di barat Sydney itu pergi ke Syria atas alasan kemanusiaan Jun lalu. Punca kematiannya masih tidak diketahui apabila berita kematiannya tersebar di Australia di tengah-tengah sambutan Aidilfitri. Beberapa laporan awal menyatakan bahawa Sheikh Al Majzoub mengetuai platun pemberontak di bandar utara Salma apabila dia telah diserang, satu kemungkinan yang ditolak oleh keluarga dan pemimpin komunitinya.

Presiden Persatuan Muslim Lubnan, Samier Dandan, berkata beliau percaya Sheikh al Majzoub menguruskan perbincangan antara pemimpin kumpulan pemberontak yang perlu bekerjasama selepas konflik, dan bukannya terlibat secara langsung dalam sebarang pertempuran.

"Sheikh al Majzoub adalah seorang individu yang berkaliber, maka mereka memerlukannya untuk cuba membina hubungan antara kumpulan pemberontak yang berbeza," katanya.

''Orang seperti beliau, secara jujurnya, jika saya adalah komander tentera, saya tidak akan meletakkan mereka untuk berperang kerana mereka tidak mempunyai apa-apa pengalaman berperang. "

Jurucakap Persatuan Persahabatan Islam Australia (Islamic Friendship Association of Australia), Keysar Trad, yang percaya Sheikh Al Majzoub berada dalam wilayah Latakia pada masa kematiannya, juga menolak kemungkinan beliau terlibat dalam pertempuran, dan menganggap kemungkinan itu sebagai "tidak masuk akal".

"Beberapa roket telah dilancarkan kira-kira 50 kilometer dari bandar beliau menginap oleh tentera rejim Syria, dan malangnya beliau terbunuh dalam serangan rawak yang menghujani bandar tersebut," katanya.

"Seorang lelaki berjubah yang misi hidupnya ialah untuk membawa keamanan dan memenuhi keperluan rohani orang-orang di sekelilingnya telah dibunuh secara kejam oleh rejim Assad yang hampir runtuh."

Mr Dandan berkata Sheikh Al Majzoub dikenali sebagai seorang yang sederhana dalam komunitinya, dan juga dihormati untuk kerja-kerja beliau dengan belia Islam Australia.

"Beliau adalah seorang lelaki yang sayangkan keluarga, seorang bapa yang penyayang. Dia sangat mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku di Syria," katanya.

Pada bulan Januari, Sheikh Al Majzoub berucap di satu perhimpunan protes di Bankstown yang menyokong pemberontakan Syria terhadap rejim Bashar al-Assad. Beliau menyatakan tentang keperluan menyokong mereka yang tertindas di seluruh di dunia, khususnya di Syria. Dalam status Facebook terakhir beliau pada 3 Ogos, dia menulis bahawa dia belajar untuk tidak menghukum seseorang melalui kekuatan mereka, "tetapi menghukum seseorang berdasarkan kesabaran mereka di waktu musibah dan di medan perang".

"Saya bertemu dengan saudara-saudara orang Islam di sini yang pada mulanya anda berfikir mereka terlalu pengasih atau lemah (kerana cara mereka melayan orang Islam yang lain), namun di medan perang mereka adalah singa yang mengganas," katanya.

Sheikh Al Majzoub mengajar di Unity Grammar School di Australia, sebuah sekolah Islam, sehingga awal tahun ini. Guru besar sekolah itu, Walid Ali, berkata Syeikh al Majzoub adalah seorang yang komited dalam pengajaran dan terhadap pelajar-pelajar beliau. Pelajar-pelajar bersama-sama kakitangan sekolah itu terkejut dengan berita kematiannya.

"Beliau adalah seorang yang benar-benar periang, sangat komited dalam pengajaran, sangat komited terhadap pelajar-pelajar di bawah jagaan beliau, dan beliau benar-benar seorang contoh teladan yang positif untuk orang lain," katanya. "Kehilangannya akan amat dirasai oleh semua orang yang mengenali beliau."
Link asal
http://www.smh.com.au/nsw/sydney-sheikh-killed-in-syria-reports-20120821-24k0r.html

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mati adalah sesuatu yang telah ditentukan. Cuma cara mati dalam perjuangan, adalah anugerah Allah SWT.untuk ditinggikan darjatnya di akhirat.  Al-hamdulillh!!

Pelajar Ini Buka Baju Bantah Reformasi Pendidikan

 Seorang pelajar menulis di tubuhnya dengan bahasa Latin, ertinya "pendidikan membuatku telanjang dan terganggu"

PELAJAR-PELAJAR ini memprotes sistem pendidikan nasional yang dimanfaatkan untuk mengambil keuntungan ekonomi semata-mata. (20 Ogos 12). 

Gambar pelajar perempuan, membuka baju semasa demo reformasi pendidikan di Santiago, Chiliitu.

Pelajar di kota Santiago, Chili itu berjalan sambil meneriakkan protes kepada pemerintah untuk merubah sistem pendidikan nasional.

.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begini jadinya bila negara tidak berdasarkan agama dan 'Hari Akhirat'. Budaya itu hidup subur dalam negara kapitalis, komunis-sosialis, dan nasionalis.
(IH)

Thursday, August 23, 2012

S/Aini, Keluarga Dekat Pisah Jauh, Ingin Bertemu


Syed Zakaria
KL 22 Ogos 2012: Untuk perhatian Datuk Sharifah Aini biduanita terkenal tanah air (gambar atas), ada seorang lelaki berumur agak lebih setahun dari beliau datang dari luar negara mengaku 'keluarga terdekat' ingin bertemu beliau.

Dia kini sudah puluhan hari berada di Kuala Lumpur khusus datang untuk bertemu, tetapi masih belum ada ruang dan tidak tahu bagaimana dapat bertemu.

Demikian makluman dari Tgk Mansur Din, Pengerusi NGO Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia se waktu ditemui di kedai makan 'Aceh Meutuah, Jalan Raja Alang dekat Chow Kit sebentar tadi..

"Saya minta tolong kepada Blog Ibnu Hasym supaya umumkan, dan berharap akan dapat respon dari Datuk Syarifah atau keluarganya.  Banyak lagi rahsia-rahsia kekeluargaan yang dia ingin sampaikan kepada Datuk Syarifah." Jelas Tgk Mansur Din, selaku pengerusi NGO yang bertaggung jawab masalah kebajikan orang-orang Aceh di Malaysia..

Blog Ibnu Hasyim sempat bertemu dengan lelaki itu.  Namanya: Syed Zakaria bin Syed Idris datang dari Perlak Aceh Timur. Blog Ibnu Hasyim mengharapkan media-media lain tolong panjangkan.

Dari kanan Ibnu Hasyim, Syed Zakaria & Tgk Mansur Din semasa di kedai makan 'Aceh Meutuah, Jalan Raja Alang dekat Chow Kit sebentar tadi..

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tgk Mansur Din  014 2243408
Syed Zakaria sendiri 010 510 2584 (M) 
082368430690 (Indo)

Menurut Syaed Zakaria, "Kami (Syed Zakaria dan Syarifah Aini) pernah bertemu pada tahun 1990an, tetapi saling tidak kenal mengenal.. Saya cukup kesal dan sedih, kerana hubungan kekeluargaan yang sudah lama terpisah.. Mungkin dengan cara ini sekarang saya harap dapat bertemu kembali.." katanya dengan nada sedih, kerana terpisah sejak puluhan tahun lalu. (IH)
Tgk Mansur Din

Lihat sebelum ini..

Pelacuran Buka Di Malam Takbir

 
Wow! Prostitusi Jarak Buka di Malam Takbiran
:setan:Surabaya: Rupanya bisnis lendir di kawasan lokalisasi Jarak Surabaya tak kuat menahan syahwatnya barang sejenak. Usai tutup selama bulan Ramadan, memasuki malam Idul Fitri dimana gema Takbir terdengar di angkasa, perlahan namun pasti, geliat bisnis yang menawarkan kenikmatan sesaat tersebut mulai digelar (diumumkan).

Meski belum menyatakan buka secara resmi, namun para PSK(pusat pelacuran) masih bisa memasukkan tamunya untuk sekedar beradu badan merengkuh kenikmatan sekejap. Secara resmi, lokalisasi baru akan dibuka H+1 lebaran, namun malam ini para hidung belang sudah bisa menuntaskan hasrat seksnya bersama PSK Idola yang sudah lama tertunda akibat bulan Ramadan.

Dari pantauan beritajatim.com di lapangan, tidak ada wisma yang secara terang terangan menyatakan buka di kawasan Dolly, seluruh wisma belum menunjukkan geliat bisnisnya. Namun jika kita bergeser sekitar 300 meter, tepatnya di lokalisasi Jarak, ternyata PSK mulai menawarkan jasanya meski tak sevulgar hari biasa.

Beritajatim.com mencoba menyusuri kampung - kampung di kawasan Putat Gede. Berbeda dengan suasana di lokalisasi Dolly yang cenderung sepi dan gelap. Di kampung yang terkenal dengan lokalisasi Jarak tersebut lebih ramai, pasalnya lokalisasi tersebut berhimpitan dengan kampung warga.

Namun jika diteliti, akan mendapati beberapa wanita yang terlihat berdiri di ujung gang, serta berlalu lalang di kampung. Dari sorot matanya terlihat wanita - wanita tersebut terlihat sedang menantikan seseorang. Setiap pengendara yang melintas, tak lepas dari pandangan wanita tersebut.

Seperti warga biasa, para wanita itu terlihat melakukan aktivitas normal. Mereka berkelompok dan terlihat sesekali bersendau gurau. Namun jika ada pengendara yang memelankan laju kendaraanya, spontan para wanita tersebut akan melambaikan tangannya tanda memanggil.

Beritajatim.com juga mendapat 'jatah' lambaian tangan, lantaran memelankan laju kendaraan. Dengan berniat ingin menggali informasi, beritajatim.com menghampiri wanita yang mengenalkan diri bernama Rini tersebut. Dengan berbasa-basi, Rini menanyakan tujuan beritajatim.com, "mau kemana mas?" tanya Rini dengan manja. Kerena tak kunjung menjawab, tak sabar, Rini akhirnya membuka diri dengan menawarkan jasa seks.

Dengan menggunakan bahasa kiasan, Rini menawarkan beritajatim.com cinta kilat. "Ngamar (istilah untuk kencan) ta," tawarnya sembari tersenyum manja.

Beritajatim.com, balik bertanya, apakah sudah bisa 'ngamar', dengan kondisi wisma masih bertuliskan tutup?

Dengan enteng Rini menjawab, sangat mungkin dan bahkan lebih tenang. "Bisa kok, santai aja malah lebih tenang. Orang - orang kan sibuk takbiran, nggak ada yang bakal curiga," ujarnya.

Karena dirasa cukup mendapat informasi, dengan alasan takut digerebek, beritajatim.com menolak ajakan 'ngamar' Rini dan berpamitan. Jika diperhatikan, kawasan lokalisasi Jarak, memang sudah terlihat melakukan aktivitasnya, hal ini diperkuat dengan beberapa petugas berpakaian hitam khas Linmas yang berkeliling ke wisma - wisma.

Para petugas balai RT tersebut biasanya meminta iuran yang diatasnamakan kontrol kepada PSK yang menerima tamunya diatas jam 12 malam. Namun kali ini petugas tersebut terlihat aktif mendatangi wisma yang menerima tamu. (IH/BC)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia bagaimana? Kita tidak dengar pun pengharaman pelacuran atau pondan-pondan beraktiviti di bulan Ramadhan dan hari raya. Di Belakang Mati, Lorong Haji Taib atau di hotel-hotel dikatakan aktiviti itu berjalan seperti biasa. Bahkan ada pelacur-pelacur sibuk cari wang untuk berhari raya di kampung.

Di Malaysia dikatakan tidak ada NGO seperti FPI (Front Pembebasan Islam) di Indonesia yang beroperasi mencegah mungkar, terutamanya di bulan Ramadhan atau malam raya. (IH)

Lihat sebelum ini..

SBY Jadi Presiden Indo Kerana ‘Kecurangan IT'





Terungkap! SBY Jadi Presiden Karena ‘Kecurangan’ Sistem IT

Jakarta: BOLEH percaya atau tidak... Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dikatakan menjadi pemenang dalam Pilpres (pilihan raya Presiden) sebanyak dua kali karena kecurangan sistem Informasi Teknologi (IT) yang dikendalikan oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU).(Suruhanjaya Pilihan Raya, kalau di Malaysia)

Adalah Ir S Indro Tjahjono yang mengungkapkan informasi mengejutkan tersebut. Ia mengaku ikut terlibat dalam kecurangan oleh sistem Informasi Teknologi (IT) yang sistemnya dikendalikan oleh KPU.

Indro mengatakan sistem kecurangan IT dulu terjadi di zaman Orde Baru dan kini kembali terjadi di era pemerintahan Kabinet Indonesia Bersatu di bawah kepemimpinan SBY.

“Pemilu (Pilihan Raya Umum) sekarang tidak berbeda dangan pemilu di ORBA. Ada biaya rekayasa besar yang dipersiapkan untuk menset-up sistem entry dan rekap data komputer yang hasilnya akan memenangkan SBY,” terang mantan aktivis 78 di Rumah Perubahan Jl Gajah Mada, Jakarta, Selasa (03/07).

Terang Indro, modus ini merupakan bagian dari sistem National Democratic Institute (NDI)  yang dipakai untuk kemenangan pemilu di Amerika Serikat, dengan menggunakan lembaga-lembaga pemantau pemilu yang sebenarnya ditugaskan untuk memantau jalannya sistem yang dipakai dalam pelaksanaan pemilu.

Lanjutnya dia menceritakan ketika KPU terang-terangan menawarkan terhadap dirinya penjualan suara. Dan menurutnya ini bisa jadi panduan bagaimana memenangkan suara dan DPT. Dia mengharapkan perlu dilakukan revolusi dan buat aturan KPU yang baru.

“KPU melakukan riset terlebih dulu sebelum melakukan rekayasa. Formulir C-1 sangat menentukan kemenangan pemilu,” pungkasnya.(sumber: Otak Berita)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Adakah di Malaysia juga berlaku kecurangan dalam pilihan raya seperti undi pos, daftar pemilih, pengundi hantu, impot pengundi luar negara dan lain-lain? Inikah rahsia kemenangan Barisan Nasional seperti juga SBY dengan 'kecurangan IT'? (IH)

Sukan Ini Buat Muslimah Belot Pada Agama.

SAADEH memakai sut perlumbaan semasa dia berlatih di Ramallah, Palestin pada 16 Julai lalu. 
SUKAN 
Pasukan lumba kereta wanita pertama Asia Barat
RAMALLAH, Palestin - Seramai enam orang yang terdiri daripada wanita penganut Islam dan Kristian yang berusia 20-an dan pertengahan 30-an bergabung membentuk sebuah pasukan perlumbaan kereta. Mereka merupakan pasukan lumba kereta wanita yang pertama di Asia Barat.

Pasukan itu diketuai oleh Maysoon Jayyusi, 36, dan antara anggotanya ialah Mona Ennab, 26, serta Betty Saadeh, 31. Penubuhan pasukan itu ditaja oleh British Council. Anggota-anggota pasukan itu dicari oleh Ketua Persekutuan Motosikal dan Sukan Bermotor Palestin, Khaled Qaddoura.

Jayyusi, Ennab dan Saadeh pada mulanya menyembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa tentang kerjaya mereka itu. Namun, laporan akhbar menyebabkan ibu bapa mereka mengetahui tentang kerjaya anak masing-masing sebelum memberi sokongan.

"Saya mahu bertanding pada pertandingan Formula Satu," kata Saadeh tentang cita-citanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sukan yang ditaja oleh British Council.ini merupakan pasukan lumba kereta wanita yang pertama di Asia Barat. Memang hebat bunyinya. Tetapi, melihat kelibat pakaiannya dan aktiviti sukannya di bumi Palestin yang masih dirampas Zionis bangsat itu, ia adalah merupakan tarbiah melalaikan dan membawa kaum Muslimahnya belot dan cabut lari dari medan perjuangan agamanya.

Adakah, ahli-ahli sukan di Malaysia yang masih dijajah pemikiran juga, mempunyai ciri-ciri  begitu? Na'auzubillahi min zalik! (IH)

Geng Susu Kangkang Pulak...

Ab. Rashid (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan daripada lapan ahli Geng Susu Kangkang pada sidang akhbar di Kajang semalam.
Polis berkas 6 anggota 'Geng Susu Kangkang'
KL 22 Ogos 12: Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.
 
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan. Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.
   
"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.
 
Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan. Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.
 
Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.
 
"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.
 
Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam. Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. -Bernama

Wednesday, August 22, 2012

Hudud: TG Nik Aziz Tunggu Umno Respons MCA

 KL: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud sebelum beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.

Menurutnya, Soli Lek sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.

"Saya diminta respon tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai.

"Manakala saya, saya ingin membaca respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," tulisnya dalam Facebook pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam isu hudud.

Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.

Sebelum ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.

Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.

"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya. (Hrkh)

Pinjam Bank Berjudi, Meningkatkah Mutu Penjudi?

Dikatakan, kaki judi semua akan memperlahankan kereta untuk melihat nombor kereta terbalik...

SHAH ALAM: “Saya hanya fikir nak bunuh diri saja,” kata Hashim, 48, (bukan nama sebenar) yang kini mengalami tekanan hidup selepas berhutang hampir RM160,000 termasuk dengan along selepas ketagih bermain judi dengan mesin slot sejak dua tahun lalu.

Hashim ketika ditemui berkata, dia mula ketagih dengan aktiviti itu selepas mengikut beberapa rakannya sebelum mula menghabiskan masa di pusat perjudian haram di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Cheras dan Kuala Selangor.


Malah, bapa kepada seorang anak ini pernah menghabiskan RM8,000 sehari dengan bermain mesin slot.

“Judi ini memang ‘berhantu’. Kita akan terus main selagi tak menang. Bila kalah nak menang, bila menang pula, nak menang lagi banyak,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Begitulah, setelah masuk 55 tahun Malaysia merdeka, penjudi-penjudi sudah naik taraf, pinjam bank untuk main judi. Jadi profesionalkah mereka? Itulah sebab ulama-ulama dalam UMNO (awal tahun 50an) dulu bantah UMNO bawa rakyatnya main judi. Mereka keluar dari UMNO yang bawa sial, akhirnya tubuh PAS.(Persatuan Islam Se Tanah Melayu).

Kerana ulama tahu, masalah judi bukan perkara kecil. Ada hadis, juga Al-Quran menyebutkan 'arak (se bangsa dadah hasil dari kebebasan arak di Malaya dulu), judi (amalan pemimpin UMNO waktu itu) adalah kotor, jijik dan perbuatan syaitan!' (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails