Saturday, September 01, 2012

Sukan: Mana Ada Bawa Balik Wanita


MUSLIM (kanan) dan Ismail didakwa melanggar disiplin oleh jurulatih Terengganu, Peter Butler. 


BELI panadol, bukan bawa balik wanita ke hotel. Demikian penjelasan Muslim Ahmad yang sebelum ini digugurkan daripada skuad utama Terengganu bersama rakan sepasukan, Ismail Faruqi gara-gara didakwa melanggar disiplin oleh jurulatih, Peter James Butler.
Selain dituduh pulang lewat, mereka juga didakwa membawa wanita balik ke hotel oleh Butler selepas perlawanan menentang Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu.

Muslim menjelaskan, dia bukannya membawa balik wanita ke bilik penginapan, sebaliknya hanya pulang lewat pada hari kejadian kerana membeli makanan dan panadol untuk Ismail yang demam.

“Kita orang tak buat (bawa balik mana-mana wanita ke hotel) sebab kita orang ada bukti. Kita orang pun tak tahu macam mana laporan itu dibuat (Butler) dan dia pun tak buat laporan kepada persatuan (PBSNT).
“Memang saya (akui) keluar lewat. Tapi saya keluar beli makanan dan panadol untuk Ismail sebab dia demam,” dakwa Muslim kepada Kosmo!.

Kosmo! semalam melaporkan nasib malang Muslim dan Ismail yang digugurkan dari skuad utama Terengganu selepas mereka didakwa pulang lewat ke bilik penginapan sekitar pukul 3 pagi, selain didakwa membawa pulang wanita ke bilik hotel oleh Butler Dalam pada itu, Ismail turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Butler dan telah menyerahkan perkara itu kepada pihak atasan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menilai situasi sebenar.

“Dakwaan itu (membawa wanita ke hotel) sangat tidak berasas, jadi saya dan Muslim telah menyerahkan kes ini kepada pihak atasan untuk menilai situasi ini.

“Tuduhan berat itu telah memberikan kesan buruk kepada imej kami, keluarga, pasukan dan pihak pengurusan PBSNT.

“Justeru, kami menuntut permohonan maaf secara terbuka (daripada Butler) untuk membersihkan nama baik kami di atas kesalahan yang kami langsung tidak buat,” katanya.

Enggan mengulas lanjut, Ismail juga berharap insiden ini memberikan pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati bagi menjamin kariernya sebagai pemain bola sepak. Dalam pada itu, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan kedua-dua pemain itu bakal beraksi menentang Kedah di Stadium Ismail Nasiruddin Shah malam ini jika bebas daripada kecederaan.

“Siasatan terhadap dakwaan Butler mengenai dua pemain itu hanya akan dilakukan selepas kempen Piala Malaysia berakhir. Apa yang penting ketika ini tumpuan untuk perlawanan menentang Kedah (malam ini) sebelum menentang Kelantan dan ATM,” tegasnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menasihatkan PBSNT supaya tidak berkompromi dengan mana-mana pemain yang mempunyai masalah disiplin walaupun pemain itu berstatus bintang.

“Kita tak mahu pemain yang tidak berdisiplin. Tidak mengapa kalau kehilangan mereka pun (Muslim dan Ismail Faruqi), kita tidak boleh menjadikan bintang itu sebagai pasport untuk tunjukkan contoh yang tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam. (Kosmo)

Isu Nasha: Pas Hormat Orang Berjasa -Nik Aziz

 KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat bagi menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Nasha). Nik Aziz menegaskan beliau sudah berulang kali menyatakan kes bekas Timbalan Presiden itu perlu diputuskan pada Majlis Syura yang akan diadakan pada 9 September ini.

“Saya akan hadir pada mesyuarat itu jika tidak uzur.  Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama.

“Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri  sokongan kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ragut yang hampir putus tangan, Rohaini Abdullah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut mempertahankan Nasha apabila menegaskan agar kes itu dipertimbangkan semula, malah menyatakan hubungan pakatan adalah wajar dan bukan  satu kesalahan. Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Veteran-veteran Pas anjuran Pemuda Pas Kota Bharu di Pejabat Tabung Amanah Tok Kenali, jalan Raja Dewa, di sini. (SH)

MB Kedah Berihat Di Hospital -S/Usaha PAS


SAYA telah menziarahi YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam di Kedah Medical Centre, Alor Setar. Saya telah berbual dengan beliau dan juga berbincang dengan doktor yang merawat beliau.

Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau. Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting. Untuk itu, saya diberitahu MB akan memanggil  mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital. Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.

Dato' Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

2 Pemain Bawa Perermpuan Ke Hotel, Masya Allah!

MUSLIM (kanan) tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin.   
SUKAN
 DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin. Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.

“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi. Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya. (Kosmo)

Komen weblog Ibnu Hasyim:  Masya Allah, dari sudut disiplin. Dari sudut agama, belum tahu lagi..

Friday, August 31, 2012

Motosikal Tandas Bergerak Sejauh 300 Kilometer

SEORANG wanita menunggang motosikal tandas di Omiya, pinggir Tokyo kelmarin. 

JOM KREATIF
TOKYO - Syarikat pengeluar motosikal tandas di Jepun semalam menyatakan ia boleh bergerak sejauh 300 kilometer (km) jika diisi penuh dengan najis dan kumbahan haiwan. Ia dianggap sebagai motosikal pertama dijana dengan najis sebagai bahan bakar di dunia.

Motosikal itu mempunyai tiga roda dan mempunyai mangkuk tandas di tempat duduk. Namun, pihak pengeluar motosikal itu, TOTO menyatakan orang yang menunggangnya tidak mengeluarkan najis untuk membolehkan ia bergerak.

"Minyak bio yang dijadikan bahan bakar itu tidak dihasilkan daripada najis manusia.

"Ia adalah daripada najis dan kumbahan ternakan," kata jurucakap syarikat tersebut, Kenji Fujita.

Motosikal itu dipamerkan di bilik pameran syarikat tersebut di pinggir Tokyo. Menurutnya, para pelanggan amat berminat dengan kenderaan tersebut dengan sebahagian mereka merakamkan gambar. Setakat ini motosikal itu tidak akan dijual. - AFP

Urut Ini, Macam Pesta Sambut Merdeka?

SEBAHAGIAN daripada 641 orang yang mengurut di pinggir Bangkok semalam.

Thai cipta rekod mengurut dunia
BANGKOK - Seramai 641 tukang urut mengurut 641 orang secara serentak selama 12 minit di sini semalam sekali gus mencipta rekod baharu Guinness World Record.

Acara mengurut beramai-ramai itu dianjurkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand bagi mempromosikan industri spa dan urut di negara ini. Rekod lama dicatatkan di Australia pada tahun 2010 apabila 263 diurut serentak selama lima minit.

"Ia mudah kerana ini (mengurut) kami lakukan pada setiap hari untuk hidup," kata salah seorang tukang urut wanita, Chayanan Chanwuttisawan, 53, yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.

"Saya tidak pernah menyangka kami mempunyai peluang untuk diiktiraf seperti ini," tambahnya.
Thailand memang terkenal sebagai 'ibu kota mengurut' di dunia.

Menteri Kesihatan, Wittaya Buranasiri berkata, dia mahu industri mengurut memberi lebih banyak pendapatan kepada negaranya. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bagus, kerana 'tiada berdua-duaan di tempat sunyi', macam di sesetengah rumah urut Malaysia. Tapi... ya, macam pelajar sekolah campur lelaki perempuan dedah aurt bermain di padang sekolah... atau menyanyi campur lelaki-perempuan tidak tutup aurat sambut merdeka hari ini..

Haram Tunduk Kpd Penjajah -Idris Ahmad


Oleh  
Idris Ahmad
Merdekakah seperti gambar di atas?

 HARAM  kita tunduk kepada penjajah, kerana penjajahan selari dengan kezaliman. Tidak boleh sama sekali kita tunduk dan patuh kepada penjajah dan redha apa yang dilakukan oleh penjajah. Kedatangan Islam ialah ialah untuk membebaskan manusia daripada belenggu manusia untuk mengabdikan diri  kepada Allah SWT.

Ucapan Rubai bin Amir  kepada Rustam adalah kayu ukur kita ketika memperkatakan konsep kemerdekaan.

Rustam bertanya kepada beliau, "Apa tujuan mereka datang ?

Dengan penuh izzah (bangga)  Rubai menjawab dengan kata-kata yang masyhur: "Allah telah mengirim kami untuk mengeluarkan siapa yang Dia kehendaki dari perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri   kepada Allah, dan dari sempitnya dunia menuju keluasan  akhirat, dari penyimpangan agama-agama yang ada menuju keadilan Islam”.

Sebab itu di negara umat Islam majoriti, perjuangan kemerdekaan dipelopori oleh orang-agama kerana mereka lebih memahami erti  kemerdekaan dan arahan agama kepada mereka. Ia membabitkan dosa dan pahala. Berkompromi dengan penjajah dan membiarkan negara,agama dijajah adalah merupakan kemurkaan Allah SWT.

Atas kesedaran ini ulamak membangkitkan kesedaran beragama di kalangan rakyat untuk menentang penjajah. Berada di bawah ketiak penjajah bermakna membiarkan bangsa dan tanah air berada dibelenggu kezaliman penjajah, perbuatan ini adalah haram. Islam mengajar penganutnya tidak boleh sama sekali berkompromi dengan kezaliman dan penindasan. Firman Allah SWT bermaksud
  •  “Jangan kamu cenderung kepada kezaliman, nanti akan disambar oleh api neraka” (Surah Hud 11:113)

Penjajah adalah lambang kerakusan di dalam sebuah negara. Ia memeras ugut rakyat jelata dan menghisap segala hasil bumi. Tokoh-tokoh awal yang menggerakkan kemerdekaan negara yang terpahat di sejarah perjuangan melawan penjajah di peringkat awal ialah mereka yang terdidik dengan suasana keagamaan dan roh jihad.

Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah tokoh yang bangkit menghalau penjajah walaupun dengan kapasiti yang kecil tetapi telah memberi kesan kepada penjajah di negara ini.

Kemunculan golongan reformis (Islah) yang pulang daripada Timur Tengah telah  merancakkan lagi kesedaran berpolitik dan bernegara. Nama-nama seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Tahir Jalaludin yang mendapat aspirasi daripada Syeikh Mohamad Abduh di Mesir telah menggerakkan kesedaran untuk menuntut kemerdekaan melalui gerakan organisasi yang tersusun di negara ini.

Slogan yang mereka uar-uarkan kepada masyarakat ialah, bangsa Melayu maju jika ia berpegang kepada Islam yang syumul. Melayu tidak gagah dan perkasa jika meninggalkan Islam. Daya usaha merekalah, timbul kesedaran berorganisasi. Munculnya Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Umno (1946), Hizbul Muslimin (1948) dan Parti Islam Semalaysia (1951).

Memang jelas mereka yang memahami Islam yang sebenar tidak akan berkompromi dengan penjajah dan anak didik penjajah. Sebab itu penjajah cukup takut dengan ulamak seperti ini kerana mereka bukan sahaja mengajar tetapi juga meniupkan semangat perjuangan kepada anak muridnya. Ini yang menjadi kerisauan kepada penjajah.

Apa erti kemerdekaan jika agama masih dikongkong oleh pihak yang berkuasa. Agama menjadi dagang di negeri sendiri. 55 tahun merdeka masjid masih berkunci dan tidak berfungsi, masjid mati sebelum orang mati kerana ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya. Kecantikan Islam tidak dapat dijelmakan dalam bentuk yang praktikal, ia hanya terdapat di dalam liapatan sejarah dan kitab feqah sahaja.

Oleh itu menuntut kepada kita mendapat kemerdekaan kedua iaitu untuk menuntuk kebebasan kepada penganutnya untuk menghayati Islam yang sebenar. Kini Islam berada di kandang orang salah. Islam dihukum bukan menghukum. Islam menjadi tetamu, bukan sebagai tuan rumah.

Tidak ada makna tangan kanan melaungkan kemerdekaan, sedangkan tangan kiri yang menekan rakyat supaya jangan bersuara lebih dariapda kehendak kerajaan. Kebebasan rakyat untuk bersuara disekat atas alasan keselamatan negara. Walaupun realitinya kerana keselamatan kuasa BN yang memerintah pada hari ini.

Amat malang kepada kita, ketika negara menyambut kemerdekaan kerajaan mengetatkan kebebasan untuk bersuara dan bebas mendapat maklumat. Kerajaan memperkenalkan  Seksyen 114A Akta Keterangan yang menjadi ancaman Kepada Rakyat khususnya kepada warga siber dan ia bertentangan dengan hak setiap individu untuk di anggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan.

Sebaliknya seksyen 114A Akta Keterangan ini lebih bersifat prejudis dengan meletakkan beban pembuktian kepada orang yang kena tuduh dan bukan kepada penuduh iaitu pihak berkuasa. Tidak cukup lagikah kerajaan dengan Akta OSA, Akta Hasutan, Akta Penerbitan untuk mengongkong rakyat. Ini bukan bermakna tidak perlu ada kawalan dan mengambil tindakan kepada penyebar fitnah.

Akta ini orang yang dituduh terpaksa membuktikan yang beliau tidak bersalah. Sudah tentu ramai akan terperangkap apabila ruangan komen Face Book kita ditulis dalam bentuk fitnah dan provokasi yang bakan didakwa ialah pemilik FB. Kesemua ini memerlukan kos untuk pemilik FB  membuktikan mereka tidak bersalah. Sedangkan mungkin beliau tidak melakukan. Persoalannya di manakah ongkos yang perlu di biyai di mahkamah.

Sebenarnya ini adalah satu usaha untuk menakutkan rakyat terutama kerajaan yang BN menghadapi PRU 13. Jika PRU 12 kerajaan diancam dengan blog dan portal yang mengimbangi dan menjawab pembohongan media kerajaan. PRU akan datang, kerajaan gerun menghadapi fenomena face book, yang begitu pantas menyiarkan maklumat dan menjawab tuduhan dan fitnah kepada Pakatan Rakyat.

Akhirnya kerajaan BN yang sama dengan mazhab mana-mana diktator dunia yang takut menghadapi kebangkitan rakyat, akan menggunakan kuasa untuk menjajah otak rakyat supaya jangan menerima selaian daripada resipi BN. Walau bagaimana pun kerajaan BN perlu ingat, mereka boleh memaksa kuda pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa kuda minum air. (Hrkh)

Di S/K'tan 12 Mlm Bergema, Merdeka, Royalti!

 KOTA BHARU: Buat pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi mencatat satu sejarah yang sukar dilupakan khususnya oleh generasi muda.

Ini kerana dalam suasana penuh bersemangat, kira-kira lebih 1,000 orang pengunjung khususnya anak muda ‘menggegarkan’ dataran stadium itu dengan laungan “Merdeka – Royalti”, mengisi upacara sambutan Ambang Merdeka 31 Ogos.

Tepat detik ’12.00 tengah malam’,  Gabungan Profesional Menuntut Royalti (Royalti) yang rata-rata disertai anak muda berbaju merah “R” melaungkan “Merdeka” dan serentak itu pula disambut dengan laungan “Royalti” oleh kalangan mereka, berulang kali.

Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) Nazri Deraman berkata semua tuntutan royalti petroleum Kelantan bermula pada 19 Mei 1975, 37 tahun lalu, namun sehingga kini masih dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti itu oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Petronas.

“Bermula daripada 2005, hak kita (royalti petroleum Kelantan) kini telah tertunggak lebih RM7 bilion.

“37 tahun sesungguhnya satu tempoh terlalu lama. Mungkin ‘adik-adik’ pada masa itu kini telah berusia, manakala ‘ibu bapa’ masa itu kini ada yang telah meninggal dunia tanpa sempat menyaksikan kejayaan tuntutan perjuangan mereka.

"Detik 31 Ogos tahun ini mungkin terakhir kepada rakyat Kelantan tanpa menerima haknya dan selepas 31 Ogos tahun ini, insya Allah tuntutan petroleum ini berjaya," katanya.

Dengan ucapan penuh bersemangat, Nazri menambah pihaknya percaya tuntutan “R” sehingga kini amat berkesan dan jua telah “didengari Najib” dan kepimpinan Pusat.

“Berdoalah, nescaya Allah swt akan memakbulkan, insya Allah,” ujar Nazri.

Program sambutan Ambang Merdeka berakhir kira-kira 12.30 tengah malam dengan perarakan penuh bersemangat serta laungan “Merdeka-Royalti” sepanjang jalan oleh gerombolan anak muda bermotorsikal.

Perarakan “tuntutan Merdeka-Royalti” itu diakhiri dengan doa diketuai Ustaz Mohamad Mustafa setelah kumpulan anak muda yang membawa sepanduk berslogankan tuntutan hak petroleum rakyat Kelantan tiba di Bulatan Jam Besar (Bulatan Tuan Padang) sejauh satu kilometer dari Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Program turut diisi dengan ucapan bersemangat oleh wakil masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina selain diserikan dengan persembahan deklamasi puisi, dikir barat dan kuiz. Turut diadakan kempen mengumpul sejuta tandatangan rakyat menuntut royalti petroleum. (Hrkh)

Pinda P'bagaan, Bolehkan Lantik T/MB Kedah?

 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
ALOR SETAR - Belum ada perbincangan dibuat untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan seorang timbalan menteri besar dilantik sekiranya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalami masalah kesihatan serius.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, setakat ini perkara itu tidak pernah berbangkit ekoran tidak pernah dicadangkan oleh mana-mana pihak.

“Buat masa ini, tiada cadangan ke arah itu (lantikan), walaupun Kedah berdepan situasi sama seperti tahun lalu apabila Azizan berehat panjang selepas menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya.

Menurutnya, tiada keperluan untuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Kedah membincangkan perkara itu buat masa ini.

“Jika ada pihak mahu usul itu diteliti, mereka perlu bawa dalam perbincangan melibatkan pemimpin PR Kedah, sebelum dikemukakan kepada Pusat. Contohnya, Pas Kedah perlu usulkan dan semua pemimpin negeri bincang dan bangkitkan perkara itu di peringkat Pusat,” katanya.

Phahrolrazi berkata, ia bukan mudah kerana melibatkan dasar penting dalam perlembagaan negeri.

“Tidak ada peruntukan melantik timbalan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Berdasarkan pengalaman lalu ketika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit, Kerajaan Negeri ketika itu melantik pemangku Menteri Besar,” katanya.

Pada 29 Julai 2011, Azizan dimasukkan ke wad Cardiac Care Unit (CCU) di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan doktor untuk berehat dan menjalani rawatan jantung. Sejak itu, masalah kesihatan Azizan sering dijadikan sebagai alasan agar mengundur diri, selain timbul desakan pihak-pihak tertentu yang menyarankan agar diwujudkan jawatan itu. (SH)

K''jaan PAS Kelantan Dapat Bertahan -Ismail Kamus


 
KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan dapat dipertahankan pada Pilihan raya Umum ke-13 berikutan prestasi meningkat kerajaan itu sejak 22 tahun lalu. Penasihat Darussalam, Datuk Ismail Kamus, memberitahu keadaan lebih meyakinkan berikutan pihak lawan, Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin merudum sehingga gagal menawan hati rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan itu selepas pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan santai itu diadakan di JKR 10 petang semalam.

“Insya Allah kita yakin rakyat Kelantan akan memilih perjuangan Pakatan Rakyat berbanding BN di Kelantan dan akan terus mengekalkan kedudukan kerajaan negeri yang ada hari ini,” ujarnya.

Sambungnya, pada masa yang sama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Kelantan berada pada kedudukan yang baik, sebaliknya di negeri lain. Jawatankuasa Darussalam seramai 15 orang mengunjungi pimpinan peringkat negeri untuk bertanya khabar khususnya sempena Aidilfitri ini.

“Kami rasa syukur sebab pimpinan kita alhamdulillah sihat,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Tuan Guru menegaskan tidak ada sebab lagi rakyat ingin menolak pentadbiran kerajaan Kelantan hari ini kerana bebas dari gejala rasuah. Katanya, pentadbiran yang rasuah, zalim sudah tentu ditolak rakyat.

“Jadi rakyat Kelantan yang sememangnya pandai menilai sejak sekian lama dapat membuat pilihan yang baik dan tepat nanti,” ujarnya. (Hrkh)

Jom Ke Dataran Mereka & Shah Alam!

Mat Sabu  dikawal rapat oleh unit amal
Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka
 
SEBELUM  itu di Shah Alam, Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.
Sambutan yang bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan.

Dalam masa yang sama sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor. Manakala barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri juga turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain. Sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat.

Tepat jam 12 malam, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam. Sementara itu, kontijen dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai johan pada acara perbarisan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500.

MBPJ mengenakan seragam pasukan keselamatan pada waktu zaman pemerintahan Inggeris itu telah menarik minat mereka yang hadir kerana berjaya mengembalikkan nostalgia pasukan keselamatan sewaktu zaman menuntut kemerdekaan. (Hrkh)

Budha: Penyembahan Kpd Dewa Dg Tarian Bogel?

Budha memuja Chuchok.

CARA manusia berterima kasih pada Tuhan atau Dewa yang mereka sembah, memang berbeda-beda. Setiap agama dan kepercayaan memiliki cara menyembah yang khas, namun tujuannya sama, iaitu mengucapkan rasa syukur dan menghormati penciptanya.

Gambar-gambar yang dipamerkan di sini kecuali yang di bawah sekali, adalah salah satu bentuk penyembahan unik, iaitu tradisi berterimakasih penganut Budha pada Chuchok. Chuchok merupakan seorang pendeta dalam legenda agama Budha merupakan sosok pemuka agama yang tewas akibat keserakahannya.

Di Bangkok, Thailand, didirikan sebuah kuil khusus untuk memuja Chuchok, dan pada 21 Ogos lalu diadakan upacara pemujaan terhadap Chuchok. Sebagai bentuk pemujaan, umat Budha mengundang beberapa wanita penari bogel untuk menari di depan patung Chuchok.

Wanita ini menari, berlengga-lenggok dengan pakaian minimum, layaknya sedang menghibur lelaki. Penganut Budha yang menyembah Chuchok percaya dengan memberikan pemujaan berupa tarian seksi di depan patung Chuchok, pemujanya akan diberikan keberuntungan dan kekayaan selama mereka hidup. Ertinya hendak untung dan kaya kena menari seksi depan Chuchok.





Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dalam Islam agak lain sekali, ada ibadat 'Sujud Syukur', di samping ibadat pokok yang lain. Amalan  sujud syukur ini adalah  antara manifestasi untuk menyatakan  kesyukuran atau  terimakasih  kepada Allah SWT

Dalil menurut Islam..

1. Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah SAW menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

2. Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa, Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad SAW sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah  kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah SAW dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah SAW. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : "Ada apa-apa sahabatku, kamu nampak macam  orang bingung?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya sepertimana di atas.

Akhirnya Rasulullah SAW, "Sebenarnya, Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau, sesiapa  yang mengucapkan salawat ke atas engkau (Nabi SAW), maka Allah SWT. akan memberi salawat kepadanya. Ssiapa yang memberi salam kepada engkau (Nabi SAW) maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar  ke atas Sunnah Nabi itu, maka tidak hairanlah apabila para sahabat sering  melakukan sujud syukur  tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan.  Amalan  sujud syukur itu adalah  antara manifestasi untuk menyatakan  kesyukuran atau  terimakasih  kepada Allah SWT.
Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi menjadi Presiden baru Mesir, rakyat Mesir memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah itu. Lebuhraya dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh sesak dengan kereta berhenti.


Bagaimana amalan sujud syukur?

Mudah sahaja. Sujud syukur itu sepatutnya dilakukan secara spontan ketika mendapat nikmat atau menerima berita  gembira. Sujud syukur itu tidak berbeza seperti sujud  dalam solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan solat, seperti perlu mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian bersih dari najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan  tidak ditempat-tempat kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh dilakukan di tepi jalan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sesetengah ulama berpendapat, sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali. Begitu, alhamdulillah!

Pernahkah terjadi di Malaysia, dalam kegembiraan menyambut merdeka pemimpin-pemimpin dan rakyatnya bersujud syukur kepada Allah SWT, walaupun ada sambutan dengan tarian yang tidak sepenuhnya bogel?

(IH/Pelbagai sumber)

Thursday, August 30, 2012

Merdeka! Berselepet Dengan Otak Penjajah.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

KINI masuk bulan sambut merdeka. Sudah masuk 55 tahun Malaya merdeka dari penjajah. Padaku, walau perjajah sudah pergi, tetapi pemikirannya masih berselaput dan berselepet dalam kepala otak penduduk dan pemimpin pribumi atau bumiputera. Pemikiran bumiputera yang menjadi barua dan talibarut penjajah itu, kadang-kadang berlagak lebih tuan dari tuan penjajah mereka.

Maaf, bunyinya agak kasar. Tapi kasar lagi penjajah berkulit sawo matang yang memaksakan pemikirannya ke atas rakyat negara ini. Mereka menyekat orang Islam melaksanakan agamanya yang syumul di negaranya sendiri. Mereka paksakan perundangan 'made in England' menggantikan perundangan Islam seperti 'hudud', menseleweng tafsiran perkataan 'agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan)', dengan pandangan sekularisme 'tuan mereka' di barat, sambil mengenepikan erti agama (way of life) menurut Al-Quran dan Islam.

Kereta yang ku pandu ini, melalui Jalan Gurney, kerana aku dijemput menghadiri suatu majlis pertemuan dengan Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia, di Chow Kit Kuala Lumpur. Maaf aku masih tersasul menyebut Jalan Gurney, yang sudah ditukar namanya kepada Jalam Semarak, puluhan tahun lalu.

Sebut Jalan Gurney, teringat aku kepada otai mereka yang otaknya dijajah. Iaitu Sir Hendry Gurney. Siapa dia? Sir Henry Gurney. adalah Pesuruhjaya British Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1951. Kalau sekarang jawatannnya macam Perdana Menteri. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 di negara ini, memujinya sebagai seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM (Parti Komunis Malaya) semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier. Sebenarnya, ramai tidak sedar perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin, selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? 

Dia bertanggung jawab membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah, menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun, kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat. Peristiwa Dier Yasin (Mei 1948) yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948. Dia dibunuh di sini dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Malangnya, namanya di sanjung oleh kuncu-kuncunya di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Bengong!

Selepas baca artikel ini, diharap guru sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney sebagai seorang penjenayah dan bapak penjajah di Tanah Melayu.

Begitu juga di tahun 70an dulu, buku Tawarikh (Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau 'menghapuskan kejumudan' orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki, gantikan azan dalam bahasa Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. 

Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah dituduh sebagai Kerajaan zalim dan mundur. Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki. Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh (Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita, semasa kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris.dulu. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan, bukannya pejuang pembebsan ke arah Islam agama fitrah.

Yang jelas, walaupn perjajah sudah pergi, tetapi pemikirannya masih berselaput dan berselepet dalam kepala otak penduduk pribumi atau bumiputera. Semasa saya berada di majlis pertemuan dengan Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia, di Chow Kit Kuala Lumpur itu, seorang bekas Anggota GAM (Gerakan Aceh Merdeka) bertanya pandangan saya mengenai pengisian setelah GAM melalui PA (Parti Aceh) telah menguasai pemerintahn sendiri, seolah-olah merdeka..

Kata saya,

"Yang penting perjuangan kebebasan tidak akan berhenti, selagi agama fitrah (Islam) ini tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya, menguasai politik, ekonomi dan sosial.. seperti yang dikehendaki oleh agama itu sendiri, tidak kira di mana kita berada.. Malaysia, Indonesia, Aceh bahkan seluruh antero dunia, dari kutub utara sampai selatan, timur juga barat.

Tiada merdeka, selagi otak penjajah masih berselaput dan berselepet menggerhanai 'La ilaha Illallah'!"

Allahu 'aklam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
 

25 Ogos  2012
 KL

Foto Kehidupan Koboi Terakhir Di Amerika

rokok INI foto kehidupan koboi terakhir di Amerika. Koboi sebagai profesyen usia tua, atau suatu bentuk seni, atau hanya sebagai kenangan saja. Sebuah ikon nasional, merupakan bahagian integral dari cerita negara koboi, adalah sebuah metafora, romantis yang kasar  masa lalu, kisah hidup di perbatasan Amerika dan salah satu pemikat Hollywood untuk beberapa dekad ini.

Selama bertahun-tahun fotografer Adam Jahiel telah mengambil gambar koboi dari Great Basin di Nevada, mungkin salah satu daerah yang paling tidak ramah dari Barat Amerika.

"Orang-orang ini merupakan salah satu subkultur terakhir Amerika otentik, salah satu yang menghilang dengan kecepatan tinggi," kata Jahiel.

Akhir 1900an adalah masa-masa susah untuk koboi, penternak, petani, dan siapa saja yang bekerja tanah di AS. Keadaan yang mengubah mode dari distribusi makanan dan produk urbanisasi luas kepada kesulitan ekonomi parah yang memaksa ramai menjual tanah mereka, bahkan jadi muflis kerana  pinjaman besar di bank.
 

















Keadaan yang mengubah mode dari distribusi makanan dan produk urbanisasi luas kepada kesulitan ekonomi parah yang memaksa ramai menjual tanah mereka, bahkan jadi muflis kerana  pinjaman besar di bank.





 
(IH)

Al-Azhar: Tahniah Kpd S'ngor -Dr Halimah


 

SHAH ALAM: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Selangor mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menerima baik cadangannya agar Jais menguruskan pendaftaran kemasukkan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar-pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.

Berita baik itu telah dimaklumkn oleh Dr Halimah Ali, Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan negeri kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan (gambar) semalam.

Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung ke universiti tertua itu menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula tidak menguruskan borang-borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini menambahkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana. Justeru, Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke Jais sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.

Menurut Mohd Farhan, penerbangan bagi pemohon ujian saringan kedua di Mesir dijangka akan bertolak sebelum 15 September ini. Katanya, pihak Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka menghadapi ujian saringan akhir September ini.

Beliau berkata, gesaan itu hasil dari mesyuarat Ilmam Cawangan Selangor kelmarin yang telah bersetuju untuk menggesa kerajaan negeri menguruskan kemasukan pelajar persendirian Selangor ke Mesir.

“Mereka ke sana mempunyai beberapa lagi peluang untuk menuntut di Universiti Al-Azhar, kita tidak boleh membiarkan mereka tanpa kita memberikan kebajikan untuk mereka menuntut ilmu di sana. Ini adalah kewajipan sebagai seorang pemerintah,” ujar Farhan.

Pihak Ilmam Selangor juga, ujarnya berusaha akan membantu semaksimum yang mungkin dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi di bawahnya seperti evakuasi pelajar ketika negara Mesir bergolak, program-program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain yang pernah dijayakan bersama.

Selain itu, jelasnya Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar-pelajar ke Mesir bersama ibu bapa pada 7 September ini. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar-pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-460 1497. (Hrkh)

Penipu Nigeria Di Internet, Juga Guna Video Lucah.

RAMPAS...Soh menunjukkan foto  lucah yang digunakan suspek untuk menggoda mangsa.
RAMPAS...Soh menunjukkan foto lucah yang digunakan suspek untuk menggoda mangsa.

MELAKA: Dikatakan foto lucah digunakan saspek untuk menggoda mangsa. Cair dengan pujukan ‘Dr Michael Clinton’ kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan melalui Internet.

Hanya dalam tempoh dua bulan, seorang janda anak satu kerugian RM233,227.96 gara-gara terjerat dengan ayat-ayat cinta lelaki Nigeria menyamar sebagai doktor yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook pada awal Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, dalam tempoh perkenalan di alam siber itu, lelaki Nigeria itu mendakwa dia bekerja di Switzerland manakala mangsa yang berusia 56 tahun bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat.

Menurut beliau, setelah usia perkenalan mencecah hampir sebulan, suspek memberitahu bahawa dia ingin mengirim wang sebanyak AS$380,000 (kira-kira RM1,444,000) kepada mangsa kerana ingin membuka sebuah klinik di negara ini.

"Suspek juga memberitahu akan datang ke Malaysia pada penghujung bulan Mei untuk mengambil wang tersebut.

"Pada 30 Mei lalu, suspek mendakwa wang yang dibawa oleh seorang wanita sudah tiba di Kuching, Sarawak, namun pembawa wang tersebut ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas kesalahan membawa wang tunai," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Hock Sing berkata, suspek yang berhubungan dengan mangsa kemudian merayu agar mangsa menolongnya membayar RM54,500 kepada JKDM kononnya sebagai yuran kerana membawa wang tunai. Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata suspek memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank seorang wanita tempatan pada penghujung Mei lalu.

"Keesokan harinya, janda itu memasukkan sebanyak RM6,500 ke dalam akuan sama setelah suspek mendakwa ada caj lain," kata beliau.

Jelas Hock Sing, pada 1 Jun lalu, mangsa sekali lagi memindahkan wang berjumlah RM77,227.96 ke dalam akaun sama setelah suspek memaklumkan perlu membayar cukai sebanyak tujuh peratus kerana wang yang dibawa itu. Pada 4 Jun lalu, mangsa sekali lagi memindahkan wang sebanyak RM85,000 kononnya sebagai bayaran tambahan cukai tujuh peratus yang dikenakan.

Pada 5 Jun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek kononnya wang sudah tiba di Kuala Lumpur dan meminta mangsa membayar RM10,000 kepada pembawa wang berkenaan melalui satu akaun bank lain. Menurut Hock Sing, mangsa yang berasal dari sini kemudian diminta ke sebuah hotel di Kuala Lumpur kononnya untuk mengambil wang tersebut daripada seorang lelaki Afrika yang ditemani seorang lelaki tempatan.

"Mangsa diperbodohkan lagi apabila lelaki Afrika itu menyuruh mangsa membayar RM10,000 bagi membeli sejenis cecair kononnya bagi mencuci mata wang dolar Amerika Syarikat yang dibawa dalam sebuah peti besi," kata beliau

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa terselamat daripada terus kerugian apabila dia tidak membawa duit dan mula berasa curiga dengan kedua-dua lelaki terbabit. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir pada 16 Ogos lalu. Polis yang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut menahan pemilik akaun yang digunakan suspek.

Pemilik akaun tersebut merupakan seorang pelajar wanita tempatan berusia 23. Susulan penangkapan wanita itu, polis kemudian menahan tiga lagi lelaki Nigeria di sebuah resort di Putrajaya pada pukul 3 pagi kelmarin.
Polis turut merampas tiga telefon bimbit milik warga asing berkenaan. Semakan telefon bimbit berkenaan mengandungi klip video lucah yang dipercayai digunakan oleh lelaki-lelaki Afrika itu untuk memikat mangsa-mangsa mereka. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Driver Teksi Lelaki, Dirogol Wanita 'Angelina Jolie'.

Luminita Perijoc , wanita yang mirip Angelina Jolie
SEORANG pemandu teks Rumania mengadu seorang perempuan penggila seks telah mengancamnya untuk berhubungan intim. Kepada polis, Nicolae Stan, pemandu teksi itu mengadu, Luminita Perijoc yang berwajah mirip dengan aktres Angelina Jolie atau 'Angelina Jolie palsu' ini mengancamnya dengan menggunakan pisau untuk berhubungan intim dan oral seks.

Pada awalnya Perijoc, menumpang teksi, meminta bantuan Stan untuk mengangkat belanjaannya ke dalam rumah. Tetapi ketika memasuki apartemen, wanita itu meminta berhubungan seks. Ketika Stan menolak melakukannya, Perijoc mengeluarkan pisau, dan memaksa Stan membuka bajunya.

Soalnya, "Ketika saya menolak, wanita itu marah besar, mengambil pisau dan memaksa saya untuk membuka pakaian dan berhubungan seks dengannya," kata ayah tiga anak itu.

Tidak puas dengan hubungan seks pertama, wanita itu meminta Stan untuk berhubungan lagi dan melakukan oral seks. Ketika menolak lagi, Perijoc menusuk Stan dengan pisau di tangannya. Menurut polis setempat, dari hasil laporan Stan, polis menduga Angelina Jolie palsu itu sedang dalam ketergantungan ubat-ubatan.

Mengutip media lokal, kerabat Perijoc mengatakan wanita itu adalah peminat ekstrim artis Angelina Jolie. Khususya ketika Jolie berperanan sebagai Tomb Raider, tokoh wanita jaguh yang diangkat dari video game ke layar lebar. Namun, tidak semua teman-teman Stan sependapat bahawa pemandu teksi ini merasa diperkosa.

Teman-temannya menyayangkan Stan menolak berhubungan seks dengan duplikat artis Hollywood secantik Angelina Jolie. "Mereka tidak tahu kenapa saya menolak wanita itu. Mereka tidak tahu bagaimana rasanya dibentak wanita gila yang mengancam dengan pisau untuk berhubugan seks," kata Stan.

Stan boleh lari dari Perijoc dengan cara mengurung diri di bilik tidur. Lalu ia menelefon polis dengan telefon bimbitnya. Akhirnya polis datang dan membawa Stan yang mengalami lebih dari setengah dozen luka tusukan ke hospital.

"Kami juga akan mewawancarai kedua belah pihak untuk mengetahui kejadian yang sebenarnya," kata polis.(IH).

Guru Indo Rogol Bawah Umur, 8 Tahun Penjara


Ilustrasi pemerkosaan Ilustrasi pemerkosaan
Korban YL menjadi budak seks oknum guru bejat itu selama tiga tahun.

Jakarta: Guru seharusnya menjadi sosok mulia, yang digugu dan ditiru para muridnya. Namun perbuatan Budi Sudrajat, guru sebuah sekolah di  Jakarta ini justru kebalikannya. Ia divonis 8 tahun penjara dan denda Rp60 juta subsider 3 bulan penjara oleh Pengadilan Negeri Jakarta Pusat. Majelis hakim memutuskan ia  terbukti melakukan persetubuhan dan kekerasan pada anak di bawah umur.

Budi dijerat dengan Pasal 81 ayat 1 dan 2 UU Perlindungan Anak. Keputusan tersebut disayangkan oleh keluarga korban YL. Menurut mereka hukuman itu terlampau ringan dibanding luka psikis dan trauma yang ditanggung seumur hidup oleh anak mereka. Apalagi, vonis hakim lebih ringan dari tuntutan jaksa penuntut umum (JPU) yakni 10 tahun bui.

Perilaku bejat oknum guru pada korban terjadi lima tahun lalu. Korban, YL yang kala itu berusia 15 tahun dipaksa melayani nafsu terdakwa.  "Untuk melakukan hubungan seringkali saya disiksa, ditonjok, dililit rambut saya sampai diseret," kata YL dalam wawancara di tvOne.

Penyiksaan tersebut dilakukan bahkan di depan teman-teman sekelasnya. Namun, murid yang lain menduga, itu akibat pelajaran, tak mengira rekannya menjadi budak seks guru nista itu. Korban bahkan sempat mengandung. Dengan dukungan orang tua, terutama ibu, ia tabah meneruskan hidupnya. Juga berani melapor ke aparat agar cukup dirinya yang jadi korban.

"Saya ingin ini dibongkar. Selama 12 tahun dia mengajar, mungkin korbannya bukan saja anak saya," kata sang ibu. Saksikan videonya di tautan ini. (Viva news) 

Anak P/Pembangkang Terlibat Rogol, Siapa?



NONE
Polis ambil keterangan anak pemimpin parti lahir anak


KL: Polis telahpun mengambil keterangan anak perempuan seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang yang melahirkan seorang bayi lelaki di Jerantut, Pahang baru-baru ini. 
Sebelum ini, pemimpin pembangkang itu bersama seorang anak lelakinya berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan Isnin lalu bagi membantu siasatan polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin (kiri) berkata remaja wanita berumur 15 tahun itu diambil keterangan selepas melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur empat hari lepas.
  
"Kita juga akan menyiasat jika benar ada penglibatan individu kedua (anak lelaki pemimpin pembangkang tersebut)," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.
  
Polis juga akan mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu selain masih meneruskan siasatan, kata Mohd Bakri.
  
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Bukit Aman berkata polis tidak akan berkompromi dalam kes ini.

"Rogol adalah jenayah tidak kira siapa yang melakukan dan bila jenayah berlaku, saya anggap orang yang dikaitkan adalah suspek dan kita akan siasat seperti biasa," katanya.
  
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12. Bagaimanapun, suspek yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon BN.- Bernama

Tuntut Hak Telanjang Dada, M'sia Nak Ikut AS?

Kampanye hak telanjang dada di AS Kempen hak telanjang dada di AS 

New  York: PULUHAN wanita di Amerika Syaerikat (AS) mempamerkan  kempen menuntut hak untuk telanjang dada di seluruh negara. seantero negeri. Tidak ketinggalan, aksi mereka ini mengundang massa berkamera yang siap mengabadikan peristiwa itu.  

Diberitakan Daily Mail, Selasa 28 Ogos 2012, salah satu aksi itu dilakukan di hari Minggu di tengah persimpangan ramai di kota New York. Wanita-wanita tersebut hanya mengenakan seluar pendek dan kasut, tanpa paakaian bahagian atas pusat, menyeruakkan apa yang berada di bawah lehernya. 
Warga yang melintas langsung ramai memotret, dengan kamera profesional mahupun kamera handphone seadanya. Aksi telanjang dada serupa juga dilakukan oleh lelaki di taman-taman kota, ettapi tidak mendapat liputan massa seperti yang dilakukan aktivis wanita.

Aksi ini dilakukan untuk memperingati 'Hari Telanjang Dada Nasional' oleh National Go Topless Day, sebuah organisasi yang didirikan pada 2007. Aksi ini untuk menuntut hak wanita yang sama dengan lelaki, untuk bebas bertelanjang dada.

Aksi serupa yang tidak kalah banyak mengundang penonton dilakukan di sekitar 30 kota di AS dan 10 negara di dunia. Beberapa wanita membawa poster dan spanduk bertuliskan "Hak Bertelanjang Dada untuk Semua."

"Tidak ada yang salah dengan puting wanita. Saya punya dua, anjing saya enam, tetapi saya boleh dipenjara kerana menunjukkan puting saya. Ini tahun 2012 bung, apa kamu fikir?" kata Karen Heaven, penyelenggara aksi.


Di New York sendiri, perempuan dibenarkan dan tidak melanggar undang-undang ketika bertelanjang dada di hadapan umum, namun peraturan ini berbeda-beda di berbagai negara AS.  Menurut lain sumber.

"Saya akan menunjukkan ini pada beberapa teman dan menghapusnya setelah beberapa hari," kata Rudy Sison, penduduk kota New York yang kebetulan berkunjung ke taman pada Minggu, sambil melihat-lihat foto dan video yang baru ia ambil di telefon bimbitnya.. "Mereka telanjang dada."

Beberapa wanita membawa spanduk bertuliskan, "Hak Telanjang Dada Buat Semua". 

Setelah pidato-pidato, seorang gitaris memimpin kerumuman orang untuk menyanyikan lagu The Beatles' "Let It Be" dan mengganti liriknya dengan "Let 'em breathe" atau 'biarkan mereka bernapas'.(IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Luncai terjun dengan labu-labunya.. Jangan biarkan Luncai gila itu berenang dengan labunya ke Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails