Saturday, September 08, 2012

Lori Biru Ini Nazak? Mengucaplah Kalau Manusia!


Kumpulan Lebah Serang Menteri Luar AS, Ajaib?

Menlu US Hillary Clinton
Menteri Luar AS Hillary Clinton (REUTERS/Romeo Ranoco)

KL: 7 Sept 12: Ajaib. Menteri Luar Negera Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton dan rombongannya bertempiaran lari kocar-kacir setelah sekawanan lebah tiba-tiba menyerang. Insiden ini terjadi di akhir kunjungan Clinton di Malawi semalam.

Diberitakan Daily Mail, masa itu sedang diadakan upacara perpisahan di Lapangnterbang Internasional Kamuzu di ibukota Lilongwe setelah Clinton melawat negara tersebut selama enam setengah jam. Menurut saksi mata, tiba-tiba sekawanan lebah yang marah menyerang orang-orang yang ada di situ. Tiba-tiba semuanya berlarian lintang pukang termasuk isteri mantan presiden AS tersebut. Clinton dilaporkan berusaha melindungi dirinya dari sengatan lebah dan langsung masuk ke pesawat. Sementara itu, pejabat Malawi dan pasukan pengaman Mentei Luar AS berlarian tak tentu arah.

"Ada yang panik semasa lebah muncul di lapangan terbang. Orang-orang berlarian untuk menghindari sengatan, Menlteri Luar AS langsung naik ke pesawat," kata saksi mata, dilaporkan harian lokal Nyasa Times.
Clinton langsung bertolak ke Johanesburg, Afrika Selatan, untuk melanjutkan tour Afrikanya selama 11 hari. Dalam kunjungannya ke Malawi, Clinton melakukan pertemuan dengan Banda. Dalam pertemuan tersebut, Clinton memberikan selamat kepada satu dari dua presiden wanita Afrika itu kerana telah memajukan kembali perekonomian Malawi. Malawi adalah penerima donor AS hingga lebih dari US$200 juta untuk sektor kesihatan, pendidikan, pertanian, ekonomi dan pemerintahan. Negara ini adalah yang kelima dikunjungi Clinton setelah Uganda, Sudan Selatan dan Kenya dalam tour Afrika kali ini. (IH)

Friday, September 07, 2012

Kalau Mahu Selamatkan Melayu... -Abd Hadi

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR

TEMPOH masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir.

Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud
  • "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya  dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 
  • Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."

Editor Weblog Ibnu Hasyim bersama Tuan Guru Haji Hadi di majlis santai bersama blogger dan media pada 29 Apr 12 di Sg Tua S'ngor.
Agama Islam
Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan  pemikiran warisan penjajah.

Al Marhum Tan Seri Syed Ja’afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia ; ”Adalah lebih baik PAS berada diluar BN membetul keadaan dan tidak bijak berada didalam." Tegas beliau ketika PAS berada dalam Barisan Nasional. Kenyataan ikhlas kerana melihat UMNO tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.

Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa Al Quran, bukannya bahasa Inggeris. UMNO yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada ditahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah. Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal UMNO dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.

Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orentalisnya, tetapi mereka menolak aqidah dan syariat yang sempurna. Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.

Malangnya UMNO tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang. Para pemimpin UMNO lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihanraya. Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya.

Masalahnya ialah roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta’abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak. Keadaan ini menjadikan sehingga  asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.

Al Marhum Maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya : (Kembali Semula Kepada Islam ), menegaskan :” Pelaksanaan Islam dengan cabarannya  berlaku dua cara pendekatan. Samada melaksanakan Islam secara Ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara Jibayah, dengan mimilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata “.

Yang kedua inilah yang dilakukan oleh UMNO sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam dikalangan penganut yang jahil dan lebih lagi dikalangan bukan Islam. Apabila Islam dilihat  bukan melalui kacamata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin UMNO. Lebih merbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif saperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya. Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk UMNO.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan UMNO dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia. Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekulerisme dalam masyarakat Islam. Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat dibawah pemerintahan UMNO.

Seterusnya UMNO menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti Isu Syariat Islam. Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti  hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan  dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.

Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebagiannya adalah merosakkan iman. Beramal dengan sebahagian dan menolak sebagiannya pula menyababkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan  celaka dunia dan akhirat.

Hak Istimewa

Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah. Mereka tidak membantah hak istemewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua  kaum lain. Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh UMNO demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera.

Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum. Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir ditengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.

Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

Kedudukan Politik

Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis adalah kerana mengatur strategi kemenangan UMNO secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, adalah kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa UMNO bukannya memperkasakan Melayu Islam. Melayu ditanam semangat hanya UMNO parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan  Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.

Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain. Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi  jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka.

Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh.

UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain. Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam UMNO meninggalkan UMNO, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS. Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa pemerintahan.

Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli UMNO dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat . Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.

Kata Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.
  •  “Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan “. 
Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut diatas.dan Firman Allah yang bermaksud
  • "Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Melayu Tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu Rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.

Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama UMNO, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli UMNO kepada PAS.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Mengapa Rakyat Sanggup Derma Lebuhraya?


Tok Guru Nik Aziz menerima sumbangan pelajar Malaysia melalui wakil mereka

KOTA BHARU: Mengapa rakyat sanggup derma untuk lebuhraya Rakyat? Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan rakyat sanggup menderma untuk pembinaan Lebuhraya Rakyat kerana bencikan kerajaan Pusat yang berdolak dalih tentang pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang patut dilaksanakan mereka.

Menurutnya, kerana dolak-dalih yang sering dilakukan, menyebabkan rakyat mengambil kesempatan untuk bersama kerajaan negeri menjayakan pembinaan lebuhraya itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan pelajar Kelantan yang belajar di Universiti Ireland, Belfast melalui wakil mereka, Siti Sofea Idris.

Menurut Tuan Guru lagi, dolak dalih kerajaan Pusat dalam pembinaan lebuhraya itu membuatkan rakyat menjadi muak. “Kita doakan saja semoga Allah menutup pintu hati rakyat ni supaya menolak perjuangan kebangsaan sebaliknya memilih perjuangan yang berlandaskan Islam,”ujarnya.

Sambungnya lagi, rakyat amat perlukan lebuhraya kerana itu mereka sanggup menderma semata-mata untuk laluan yang selesa. “Jangankan ketika musim perayaan, tidak waktu perayaanpun jalan sesak sehingga menyukarkan orang ramai,”ujarnya.

Sofea anak Kelantan yang menuntut di Ireland menyerahkan sumbangan derma dari pelajar di sana untuk pembinaan lebuhraya. Beliau ditemani ibunya Setiausaha Pejabat UPEN, Nik Norma Nik Jusoh. Nik Norma memberitahu sumbangan RM1,500 diperolehi dari pelajar Kelantan termasuk beberapa orang pelajar luar di sana.

"Sebelum ini wakil kami telah menyerahkan sebahagiannya kepada Tuan Guru, saya menyerahkan sebahagian lagi yang dapat dapat dikumpul,”ujarnya.

Sementara itu, Block 1 Kota Darulnaim mengadakan majlis Aidilfitri tengahari semalam. Turut memeriahkan majlis itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan. Pelbagai juadah dihidangkan sempena majlis itu. (IH)

Tradisi 'Gubuk Cinta'. Seks Dulu Baru Kahwin?


Kreung Girl Nang Chan (17) with her Boyfriend Pneang (20) at Kuhn, O'chum District, Ratanakiri, Cambodia
KETIKA seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah 'Gubuk Cinta' untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kamboja.

Kreung Parents Li-Mon (L) and Ath (R) with Daughter Poeun outside her Love Hut at Krola, O'chum District, Ratanakiri, Cambodia


Poeun : A Kreung Girl outside her Love Hut at Krola, O'chum District, Ratanakiri, Cambodia

Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kamboja yang sangat liberal dan terbuka untuk hal berbau seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ' gubuk cinta' kecil dan mendorong anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sampai bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menikahinya.

Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk menemukan suami terbaik anak perempuan mereka yang merupakan pasangan sempurna. Mereka percaya, pernikahan seperti itu, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu betul apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.


Tia : 15 Years Old Kreung Girl outside her Friend's Love Hut

Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani puteri remaja mereka. Menurut mereka di zaman moden di mana perceraian dan perkosaan terlalu umum dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami kes perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, kempen menyebarkan kesedaran tentang seks yang aman, ialah dengan menggunakan kondom.


Kreung Parents : Galung (45 F) and Puang (56 M) of Nang Chan on their Farm at Ratanakiri, Cambodia
Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah gubuk cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang gubuk cinta ini :

"Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami.

"Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya.. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan 'hubungan intim' dengannya di gubuk saya.

"Tapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti menggauli seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke gubuk saya ketika saya berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.

"Saya tak kira pun, berapa ramai lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga masa ini. Saya rasa tidak ada kewajiban untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.

"Saya khawatir tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orangtua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil oleh seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainy, maka dia akan menikahi gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya.

Begitulah kisah tradisi 'Gubuk Cinta'. (IH)

Thursday, September 06, 2012

Tradisi Kahwin Romania Usaha Burukkan Taliban?

DUA penculik yang berpakaian Taliban bergambar bersama seorang pengantin perempuan di Arch of Triump, Bucharest pada Ahad lalu.

SEORANG pengantin perempuan berjalan menaiki sebuah limousin dengan seorang lelaki yang memegang senjata palsu berdiri di pintu kenderaan itu pada 26 Ogos lalu. 

Tradisi merampas pengantin perempuan di Romania

BUCHAREST, Romania: Tradisi merampas pengantin perempuan dari majlis perkahwinan untuk dijadikan tebusan semakin mendapat sambutan pada setiap Sabtu di sini. Tradisi tersebut melibatkan pengantin perempuan dibawa lari oleh rakan-rakannya menuju ke monumen Arch of Triumph yang menjadi lokasi tumpuan pelancongan.

Pengantin perempuan itu dan penculik-penculiknya menari dan bergaya seksi di hadapan kamera.
Wang tebusan untuk kes penculikan olok-olok itu merupakan beberapa botol arak atau sesuatu yang dianggap lebih romantik seperti deklarasi cinta di tempat awam oleh pengantin lelaki. Seorang pengantin perempuan berusia 25 tahun, Alisar Dragne berkata, penculikannya dirancang dengan teliti.

"Semuanya dirancang rapi. Sebuah kereta limousin menunggu untuk membawa saya di hadapan sebuah restoran di sini. Saya diberikan isyarat supaya meninggalkan pengantin lelaki dan kami pergi ke Arch of Triumph untuk berseronok," kata Dragne.

Menurutnya, tradisi tersebut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Di Romania, ia bermula beberapa tahun lalu apabila seorang bintang bola sepak tempatan menyewa Arch of Triumph untuk melamar teman wanitanya. Sejak itu, pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan majlis perkahwinan di negara berkenaan lebih meriah termasuk perbuatan menculik pengantin perempuan.

Pada Sabtu lalu, kira-kira 20 pengantin perempuan menjadi tebusan di monumen tersebut yang dibina pada tahun 1922 bagi memperingati askar-askar Romania yang mati ketika Perang Dunia Pertama.
Seorang pengantin perempuan dibawa dengan kereta dari majlis perkahwinannya di sebuah bandar yang terletak sejam dari timur Bucharest.

Seorang lagi pengantin perempuan memegang senjata palsu yang dirampas daripada penculiknya dan berpura-pura untuk menembak di monumen tersebut. Para penculiknya pula memakai pakaian jubah seperti anggota Taliban di Afghanistan. Para pengguna kenderaan membunyikan hon, melambaikan tangan dan bersorak ke arah kumpulan pengantin tersebut.

Pihak berkuasa hanya menutup mata dengan tidak mengambil tindakan terhadap parti yang diadakan di monumen tersebut. Mengadakan parti di monumen tersebut sebenarnya dilarang kerana ia merupakan tempat yang bersejarah. - AP

Komen weblog Ibnu Hasyim: Siapa sebenarnya dalang yang mencipta tradisi jahat yang memburukkan Taliban di Afghanistan itu? Apakah ianya suatu cubaan menghina perjuangan Islam pimpinan Taliban. Atau usaha baik memperkenalkan Taliban? Jangan sampai Taliban atau agen-agennya betul-betul merampas pengantin perempuan dari majlis perkahwinan untuk dijadikan tebusan.. (IH)

K'jaan Hamas Sekat Situs Porno Di Jalur Gaza

Ismail Haniyeh pemimpin Hamas berkata, "Pihak Barat sentiasa saja menggunakan wang bantuan kemanusiaan untuk menekan kembali penduduk Palestin yang dibantu." 

Hamas mahu Israel terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin sebagaimana peta 1967, membebaskan banduan di penjara Israel, mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke Palestin. Jika tidak mereka akan terus berjihad sehingga Baitulmuqaddis dibebaskan. Malangnya Israel terus menghalang penduduk Israel untuk terus bekerja di tanah mereka, merampas tanah mereka dan melakukan pembunuhan demi pembunuhan.
Pemerintahan Hamas Blokir Situs Porno di Jalur Gaza

KL: Pemerintah Hamas mengeluarkan larangan terhadap akses materi pornografi di dunia maya di Jalur Gaza. Di bawah aturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi Hamas, sepuluh penyedia layanan internet di Palestin perlu disekat semua konten XXX-rated, jika tidak mahu menghadapi denda.

Hamas, yang terpilih untuk memimpin Gaza pada tahun 2007, mendakwa langkah ini diperlukan untuk melindungi warganya. Pemerintah Gaza menegaskan, banyak warga yang kecanduan pornografi online.
Dan bagi setiap pengguna internet di Gaza yang coba masuk ke dalam situs dengan konten dewasa akan disambut dengan pesan; website ini disekat kerana melanggar etika.(IH)

Penzina Disebat, Maldives Negara Islam?

MALE, Maldives - Sebuah mahkamah di Maldives menjatuhkan hukuman rotan di khalayak ramai ke atas seorang remaja wanita berusia 16 tahun selepas dia mengaku berzina, kata beberapa pegawai semalam.
Remaja yang tidak dinamakan itu didapati bersalah selepas dia membuat pengakuan menerusi undang-undang syariah.

Pengakuan itu dibuat selepas keluarganya mengadu bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 29 tahun pada Julai lalu. Lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun berdasarkan peruntukan undang-undang sivil di sebuah mahkamah di daerah Raa atoll pada Ahad lalu kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Seorang pegawai mahkamah berkata, gadis itu boleh menolak untuk melakukan hukuman sebat di khalayak ramai untuk digantikan dengan hukuman tahanan rumah selama lapan bulan di bawah undang-undang tempatan. Mahkamah mengarahkan hukuman rotan itu dilakukan apabila gadis itu berusia 18 tahun. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Islam merupakan agama yang terbesar di Maldives. Kira-kiranya 99.9% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. (IH)

MB Kedah Sihat -S/Usaha Akhbar MB


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semalam mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman. Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid berkata, kesihatan Azizan semakin baik dan mampu menghadiri majlis-majlis rasmi.

"Ustaz Azizan sedang mempengerusikan mesyuarat dan beliau nampaknya sihat walafiat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily kira-kira jam 11 pagi semalam.


Sementara itu pada 25 Ogos lalu, rakyat Malaysia khususnya penduduk Kedah tidak sesekali melepaskan peluang merasai nikmat kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah dan tahun ini kunjungan orang ramai di luar kebiasaan, apabila lebih 40,000 menghadirinya.



Lautan manusia membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah 25 Ogos lalu pada Syawal keenam di kediaman rasmi Seri Mentaloon.
Orang ramai dari pelbagai kaum mula membanjiri Seri Mentaloon seawal jam 9.00 pagi walaupun majlis pada 25 Ogos itu bermula sekitar 11.00 pagi sehingga berlaku kesesakan lalulintas malah ada sanggup berjalan kaki lebih dua kilometer untuk ke kediaman rasmi pemimpin yang mereka hormati itu.

Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa sedang melayan ketua-ketua Sami Siam yang datang ke majlis rumah terbuka MB Kedah.


Anakanda Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Tunku Panglima Besar Kedah,  Datuk Seri DiRaja Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz disambut Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar.


Kemeriahan majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Bendahara Kedah yang merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Yang Teramat Mulia Datuk Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah serta Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Tanpa kecuali kehadiran para Exco Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri turut memeriahkan majlis ini sekaligus dapat menyantuni dan mendekati rakyat Kedah.


Orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapat juadah istimewa antaranya sate dan ais krim.

Exco Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi sedang memilih juadah di Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah. Di belakangnya (baju melayu biru) ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Haji Rasli Basir.
(IH)

Samseng Israel, Kedai Nama Hitler Pun Salah!

 GAMBAR fail menunjukkan salah seorang pemilik berada di depan kedai Hitler miliknya di Ahmedabad, India pada 28 Ogos lalu. 

Israel mahu kedai pakaian Hitler di India ditutup
NEW DELHI - Israel mengadu kepada pentadbiran tempatan negeri Gujarat berhubung sebuah kedai pakaian lelaki yang menggunakan nama Hitler. Konsul Jeneral Israel di bandar Mumbai, Orna Sagiv berkata, beliau meminta para pegawai negeri itu kelmarin untuk campur tangan bagi membolehkan nama kedai tersebut diubah.

Menurutnya, beliau cuba menjelaskan betapa seriusnya isu penggunaan nama tersebut. Kedai itu dibuka pada bulan lalu. Papan perniagaan kedai tersebut tertera nama Hitler. Pemilik kedai tersebut menyatakan beliau tidak mengetahui sejarah Hitler apabila nama itu dicadangkan oleh seornag rakannya. Datuk rakannya itu mempunyai nama jolokan Hitler. Hitler yang nama penuhnya Adolf Hitler merupakan pemimpin Nazi Jerman yang mengarahkan pembunuhan ramai kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Begitu samsengnya Israel, kedai nama Hitler di negara India pun Israel campur tangan? Sedangkan sejarah Hitler versi Israel itu sendiri diselewengkan.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia
E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia

Ini, Orang PAS Pakai Baju UMNO Beli TOTO?


Ada orang kata, orang PAS menyamar pakai baju UMNO beli judi TOTO untuk burukkan UMNO..Betul ke?

Jawab sebuah blog, "Kalau tengok pada kulit ketiga-tiga individu dalam gambar ni memang lengkap ciri-ciri melayunya. Tak tahulah pula kalau mereka ini orang seberang atau dari Sabah dan Sarawak. Tapi yang pasti mereka bukan orang PAS. Orang PAS takkan pakai baju umno bro, geli siap gatal kulit lagiiii. Kahkahkah!"
(IH)

Bashar Perlu Letak Jawatan, Iran Jangan... -Morsi

GAMBAR di laman YouTube kelmarin menunjukkan sebuah jet tentera Syria yang ditembak jatuh kumpulan pemberontak menyebabkan seorang juruterbang maut di pinggir Lapangan Terbang Abu Duhur, wilayah utara Idlib, Syria

KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Morsi menyampaikan ucapan dasar luar pertamanya semalam dengan meminta rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad meletak jawatan sebelum terlambat. Beliau turut memberi amaran kepada Iran agar tidak campur tangan dalam hal ehwal rantau Arab selain menyuarakan sokongan kepada usaha Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berucap pada mesyuarat menteri luar negara-negara Arab di sini, Morsi menggariskan beberapa objektif dasar luar pentadbirannya selepas lebih dua bulan mentadbir negara sebagai Presiden Mesir pertama yang dipilih daripada kalangan orang awam. Kenyataan Morsi itu merupakan petanda bahawa beliau kini berusaha menjadikan Mesir sebagai pemimpin rantau Asia Barat selepas peranan tersebut lenyap di bawah pemerintahan pemimpin negara itu sebelum ini, Hosni Mubarak. Ketika itu, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran mempunyai pengaruh besar di rantau Arab.

"Saya memberitahu rejim Syria bahawa masih terdapat peluang untuk menghentikan pertumpahan darah ini," kata Morsi.

"Jangan menurut suara yang menggoda kamu (rejim Bashar) agar terus berusaha untuk berkuasa kerana kamu tidak akan lama memegang tampuk pemerintahan. Tiada lagi ruang untuk melambat-lambatkan keputusan bagi menamatkan pertumpahan darah ini. Kini sudah terlambat untuk bercakap tentang pembaharuan, sekarang adalah masa untuk perubahan (pertukaran pemerintah)," kata Morsi.

"Rejim Syria perlu belajar daripada sejarah," ujarnya yang merujuk kepada kejatuhan rejim autokratik di Tunisia, Libya, Mesir dan Yemen akibat kebangkitan rakyat.

Sementara itu, tentera Syria yang dibantu unit artileri dan jet pejuang terus memerangi pemberontak di beberapa kawasan di negara berkenaan semalam. Perkembangan tersebut berlaku ketika Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, sekurang-kurangnya 34 orang maut di seluruh Syria semalam.

Menurut kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu, lebih 26,000 orang terbunuh di Syria sejak kebangkitan penduduk menentang Bashar bermula pada Mac 2011. PBB pula menyatakan, sekitar 20,000 orang terkorban ekoran pertempuran antara tentera Syria dengan para pemberontak.
- Agensi

Lihat.
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS

Derma 1 kali Boleh Ramas Payudaara Artis 2 Kali...


Kampanye penanggulangan AIDSKempen Anti AIDS (REUTERS/Soe Zeya Tun)

Gambar kiri ini sila lihat.. Ramas Payudara Untuk HIV.. Kerja UMNO

KL 4 Sept 2012:  PERKARA ini jangan tiru, kerana ada masalah moral, etika dn langgar ajaran agama. Sebuah saloran televisyen porno di Jepun mengerahkan artis-artisnya membantu kempen anti AIDS..
Dalam acara itu, artis-artis wanita menyediakan ruang dadanya untuk dipegang, diraba dan diramas oleh lelaki bermur 18 tahun ke atas yang berderma.

Paradise TV, nama saloran itu, menamakan ruangan "Erotica Will Save the World", yang berlangsung pada 25-26 Ogos lalu di Tokyo. Peserta bayar sikit wang, basuh tangan, baru diizinkan pegang sekitar kawasan dada tersebut, pada salah satu dari 10 artis yang disediakan itu, demikian menurut laman The Huffington Post. Masing-masing peserta berhak memegang dua kali.

Jika masih merasa tak puas, nak ramas lagi, kenalah sumbang semula. Seluruh dana yang dikumpulkan dalam acara itu diserahkan kepada STOP!AIDS, sebuah organisasi yang berfokus kepada cara pencegahan dan anti AIDS. Dalam negara yang 'demi wang dan menuju kemajuan (kononnya)' ianya boleh berlaku. Jadi, tidak hairan kalau hal seperti ini akan berlaku di Malaysia. (IH)

Lihat sebelum ini..

Tuesday, September 04, 2012

Bila Tok Guru MB K'tan Naik Keretapi...

Gambar: Tuan Guru menaiki keretapi dari setesen KTM Wakaf Bahru ke Setesen KTM Kuala Kerai

KUALA KRAI: Bila Tok Guru MB Kelantan naik keretapi... Maka, program pelancongan dilihat amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui program pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu  melihat perkara sebenar di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Makanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12). Majlis berkenaan diadakan di Taman Cintawangsa, di sini Ahad lalu.

“Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi peluang pada rakyat melihat perkara sebenar,”ujarnya.

Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelantan miskin, mundur dan berbagai lagi. Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk mengenali sesama manusia di muka bumi ini. Katanya, sebagai contoh ibadat haji dapat menghimpunkan pelbagai bangsa di muka dunia ini di satu tempat untuk mengenali antara satu sama lain setiap tahun.

“Pelancongan melalui ibadat haji di mana jemaahnya yang datang dari pelbagai negara dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat,”ujarnya.

Tuan Guru menaiki keretapi dari Wakaf Bharu menuju Kuala Krai kira-kira jam 8.05 pagi tadi untuk merasmikan majlis penutup pesta berkenaan.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dua orang lagi anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Md Nawi.

Turut hadir pada majlis perasmian itu, anggota-anggota Parlimen Kuala Krai dan Tanah Merah, Dr Mohd Hatta Ramli, Amran Abdul Ghani serta lain-lain wakilrakyat, pimpina peringkat Parlimen, Dun dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Terdahulu Takiyuddin memberitahu pelancong antarabangsa dan domestic mengambil kesempatan menghadiri majlis itu dengan menaiki kereta api yang ditaja oleh kerajaan negeri sepanjang pesta itu diadakan.

Katanya, perjalanan  dari Wakaf Bharu ke Gua Musang bermula 7.30 pagi, dari Tumpat, 8.05 minit dari Wakaf Bharu, 10.00 pagi tiba di Kuala Krai dan 11.30 pagi di Gua Musang di taja oleh kerajaan negeri sempena program berkenaan.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah perkaa seperti gambar di bawah ini berlaku dalam keretpi di Kelantan atau di Malaysia?

Wanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta ApiWanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta Api
Wanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta Api

GAMBAR dan rakaman video di atas menunjukkan wanita-wanita Shanghai menanggalkan dan menukar pakaian mereka dalam kereta api menjadi topik hangat di China ketika ini. (tahun-tahun lalu) Pada 22 Ogos, seorang warga internet telah mencetuskan kekecohan selepas memuat naik gambar dan rakaman video seorang gadis dalam kereta api Shanghai Metro.

Rakaman video itu menunjukkan gadis berkenaan sedang menanggalkan kesemua pakaiannya kecuali pakaian dalam dan memakai pakaian lain dalam gerabak kereta api. Warga internet mempercayai bahawa gadis tersebut mungkin lewat untuk kerja atau melakukannya untuk menarik publisiti kerana pakaian yang dipakai kelihatan seperti pakaian seragam untuk tujuan ‘cosplaying’ (pertunjukan pakaian).

Ada pihak yang mengatakan bahawa..
  • Perbuatan sebegitu adalah tidak bermoral, tidak bertamaddun, betentangan dengan adat timur seperti pandangan kebanyakan orang ramai. Islam juga melarang perbuatan-perbuatan begitu.
  • Manakala satu pihak lagi berpendpat, "Apa masalahnya? Pembangunan masyarakat sepatutnya bermakna lebih banyak kepelbagaian/kemajmukan. Jika kita terlalu berpegang kepada idea-idea tradisional, kita tidak akan dapat mengejar masa dan fesyen. (tidak maju menurut mereka). Adakah semua orang masih ingat tahun 80an, di mana mengintai wanita di bilik air boleh mengakibatkan dihukum mati? (bukan di Malaysia) Sekarang jika kita fikirkan tentang perkara itu, tidakkah ia begitu keterlaluan?"
Pendapat kedua di atas ini banyak bersarang di otak pemimpin-pemimpin Malaysi sekarang seperti pemikiran Barisan Nasional.. Asal mahu maju, tidak peduli 'halal haram' lagi. Tidak peduli maruah dan agama lagi. Ini yang berlaku di Malaysia. Jadi tidak hairan apa yang berlaku di Shanghai itu akan berlaku di Malaysia. Kecuali di Kelantan kalau PAS masih memerintah Kelantan.

Bahkan pernah berlaku puluhan tahun lalu, seorng wanita tergesa-gesa memakai baju di dalam bas di hadapan penumpang-penumpang lain di KL (sektar bas stand Klang) takut tertinggal bas dan lewat ke tempat kerja.. Untuk selamat  seperti kejadian di atas, kena kekalkan PAS memerintah Kelantan atau bantu kembangkan PAS kuasai Malaysia dalam PRU 13 akan datang. Wallahu 'aklam. (IH)

Monday, September 03, 2012

Pijak Gambar Pemimpin & Tukar Bendera? -N/Aziz:


Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan
Nik Aziz bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob (dua, Kanan) dan pengurusan kanan syarikat pada Majlis Aidilfitri Sinar Harian, hari ini.
Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan
Penasihat Persatuan Bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan Hussamuddin Yaacub pada Majlis Aidilfitri Sinar Harian, di Pengkalan Chepa.

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur, Khamis lalu sebagai amat memalukan dan mendukacitakan.

Nik Abdul Aziz berkata, perbuatan itu tidak melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang diajar agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan mereka marah jika orang lain melakukan perkara sama terhadap mereka.

“Perbuatan (pijak gambar) ini bukan kerja orang Melayu, bukan kerja orang Islam tetapi benda lain. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan. Lainlah kalau perbuatan ini dilakukan orang bukan Islam tetapi gambar yang saya tengok seperti orang Melayu,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Aidilfitri Sinar Harian di Pejabat Sinar Harian Kelantan, dekat Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.(2 Sept)

Beliau mengulas perbuatan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor yang didakwa dilakukan segelintir peserta Himpunan Janji Bersih, Jumaat lalu, seperti disiarkan media sosial.

Mengulas perbuatan peserta himpunan sama yang mengibarkan bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa, Nik Abdul Aziz mengingatkan, usaha menukar bendera bukan sesuatu yang senang dan perlu kepada perbincangan yang memakan masa bertahun-tahun.

“Tujuan apa nak tukar bendera (sedangkan) bendera kita sudah diterima masyarakat dunia dan tidak ada cacat cela. Yang cacatnya, pemikiran manusia yang buat bendera itu sendiri,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan rasa dukacita atas apa yang berlaku pada himpunan itu sama seperti perasaannya terhadap kejadian menimpa bas Jelajah Merdeka Rakyat dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disimbah cat dan cerminnya dipecahkan di sini, semalam.

“Umno dan Pas sudah banyak berdamai, berbanding dulu, pintu gerbang pun orang tumbangkan. Sekarang ini, Umno tidak kacau Pas dan Pas tidak kacau Umno, tiba-tiba buat perkara memalukan ini, hentam bas, pecahkan cermin, ini tidak patut berlaku langsung,” katanya.

Lagi Gagal Pendidikan Negara.. Anak Pemimpin?

FIFI... buat seks dengan enam lelaki.
FIFI... buat seks dengan enam lelaki.

KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.

Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk. Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah.

Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan alat perlindungan kehamilan. Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelaki keenam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Itulah antara bukti kegagalan dasar pelajaran dan pendidikan negara ini, tidak dapat melahirkan insan porfesional yang bertaqwa kepada Allah SWT. Begitu juga kalau kita lihat bagaimana pemikiran dan cara didik anak-anak pemimpin negara ini.

 Betulkah ini gambar anak pemimpin negara in?

Lihat ini..

Sunday, September 02, 2012

Gelombang Baru Tinggalkan BN Di Sabah -A/Hadi



Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah

BEAUFORT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan.
Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus.
Nasrudin memberikan ucapan

“Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13.

Perkara itu, tegas Nasrudin, penting untuk mengembalikan hak rakyat yang sering dinafikan oleh BN melalui amalan rasuah dan kronisme.

“Jadikan semangat Aidilfitri sebagai simbol mencari kemenangan ke arah membina negara baru yang sejahtera dari korupsi dan penyalahgunaan kuasa,” saran beliau.

Ustaz Hadi bersama Datuk Seri Panglima Lajim dan lain-lain pimpinan Sabah


Pimpinan Pemuda PAS yang datang ke Sabah bergambar di lapangan terbang


Gambar kenangan di tapak program

Guru Prm Zina P/Lelaki, Dasar Pendidikan Gagal

Guru akui laku seks dengan 3 pelajar
 Tania Pontbriand
READING 1 Sept 12; Seorang guru wanita berdepan dengan hukuman penjara semalam selepas mengaku mengadakan seks dengan tiga pelajar lelaki. Emma Webb, ibu dua anak, menangis ketika mengaku bersalah terhadap 16 tuduhan membabitkan pelajar berusia 15 dan 17 tahun.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, guru berusia 41 tahun itu tidur bersama dengan seorang pelajar hingga 12 kali dan melakukan seks dengannya dan seorang lagi pelajar.  Mahkamah juga diberitahu, Emma yang mempunyai suami, mencium dan memeluk pelajar ketiga serta menghantar imej lucah yang dirakamnya ketika melakukan perbuatan memberahikan pada dirinya sendiri kepada pelajar lain.

Guru itu ditangkap pada Jun lalu selepas seorang pelajar mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya. Nama pelajar dan sekolah terbabit tidak boleh disiarkan kerana alasan undang-undang.  Hukuman terhadap Emma yang berasal dari Woodley, Berkshire akan dijatuhkan bulan depan.  Hakim, John Reddihough memberitahunya di Mahkamah reading: “Hanya kerana kamu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu tidak bermakna kami tidak akan dikenakan hukuman.” - DM

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini bukti dasar pendidikan dan pendidikan barat gagal. Banyak contoh-contohnya seperti yang berlaku kepada guru-guru ini dan banyak lagi..

Guru Wanita Buat Seks Ratusan Kali Dengan Pelajar Lelaki

Seorang guru sukan dituduh berhubungan seks ratusan kali dengan seorang pelajar lelaki selama dua tahun ketika pelajar terbabit masih berumur 15 tahun. Namun, dalam sidang pengadilan,guru tersebut menolak semua tuduhan itu dan menganggap kes itu telah mencemar dan merosakkan hidupnya.
 
Guru sukan  bernama Tania Pontbriand (gambar di atas) (40) dituduh berhubungan seks dengan pelajar antara tahun 2002 dan 2004 ketika dia menjadi guru di Rosemère High School, Quebec, Kanada. Namun,peguambelanya berusaha agar kes itu dibatalkan kerana menganggap waktu kejadian sudah terlalu lama waktu guru tersebut ditangkap.  

Pelajar tersebut mengaku kepada polis jika Pontbriand berhubungan seks dengannya hingga 200 dan 300 kali ketika ia masih berusia antara 15-17 tahun. Pontbriand dianggap memanfaatkan pelajar tersebut dan menyebabkan emosinya terganggu dan kemungkinan melakukan bunuh diri. Guru itu juga dituduh membawa pelajar tersebut ke perkhemahan supaya boleh mendekati dan melakukan seks dengannya. 

Guru berhubungan seks dengan pelajar di belakang ruang kelas
Florida, Benar-benar keterlaluan! Seorang guru di Amerika Syarikat (AS) berhubungan seks dengan seorang muridnya yang masih berusia 16 tahun.Wanita berusia 28 tahun ini bahkan sering mengirimkan gambar bogel dirinya kepada remaja tersebut.Kacy Christine Wilson merupakan guru di menengah Osceola di Kissimmee, Florida.

Guru itu dikatakan melakukan aktiviti seksual dengan remaja di bawah umur dan menyebarkan gambar pornografi melalui peralatan elektronik.Tidak dijelaskan bila insiden ini terjadi.

Dan....

Trend Baru Remaja, Lagu Unsur Sinis & Satira.


LAGU rap Gangnam Style yang diperkenal Psy memukau peminat di seluruh dunia.

HALAMAN HIBURAN

Demam Gangnam di seluruh dunia
SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.

Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.

Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.

Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World! pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop. Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.

Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002. Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul. (Kosmo)

Kaldai Malang Diseret Oleh Tuannya Yang Malang..







SEORANG petani yang mengikat seekor keledai hidup di belakang truknya dan menyeretnya di jalan telah ditangkap kerana kekejaman terhadap hewan. Rekaman mengejutkan muncul online menunjukkan petani 68 tahun tidak berperasaan ini menarik binatang yang ketakutan tersebut pada kecepatan hingga 20 m per jam.

Keledai malang itu tergores-gores di jalan tar kerana berjuang untuk melepaskan diri dari tali ditambatkan ke bahagian belakang truk pick-up petani. Filem video dikatakan telah diambil oleh anggota keluarga petani semasa mengikuti truk di Podgorica, Montenegro.

Polis mengekori petani tersebut setelah memeriksa plat kendaraan - terlihat jelas dalam rekaman itu, dan sekarang dia menghadapi denda 10,000 poundsterling.

"Dia terlalu cepat untuk haiwan malang itu untuk mengikutinya. Ini adalah mukjizat kaldai selamat, "kata seorang petugas. (THESUN.CO.UK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Memaksa, mengheret binatang di luar tabii kehendaknya, adalah suatu kesalahan dan kezaliman.. apalagi memaksa manusia Islam, tidak ikut agamanya, oleh pemimpinnya di negaranya sendiri? Anda bayangkan apa hukumnya dan akibatnya.... Sungguh malang bagi pemimpin yang malang!

Mahmed Mohamed 22 Thn Buat Pesawat Sendiri..


MOHAMED MAHMED menaiki sebuah pesawat buatan sendiri kelmarin di Berrechid dekat Casablanca, Maghribi.

JOM KREATIF
Pemuda hampa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang
BERRECHID - Seorang pemuda di Maghribi hampa kerana sebuah pesawat kecil yang dibinanya di sini tidak mendapat kelulusan terbang oleh pihak berkuasa negara itu. Pemuda berkenaan, Mahmed Mohamed memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa dia mengambil masa tiga bulan untuk membina pesawat ringan itu.

Berusia 22 tahun, Mahmed berkata, pesawat satu enjin berkenaan memiliki panjang empat meter dan berat sekitar 55 kilogram. Menurutnya, kapal terbang tersebut boleh mencapai kelajuan 200 kilometer/ sejam dan terbang sejauh 120 km pada ketinggian 33 meter.

"Mereka (pihak berkuasa penerbangan) menyatakan, pesawat ini tidak layak untuk terbang dan boleh jatuh menimpa orang," keluh pencipta muda tersebut.

"Saya sepatutnya diberikan peluang untuk menguji rekaan ini. Saya yakin dengan keupayaan pesawat ini," tambahnya. - AFP

B/Jelajah Merdeka Diserang, Komen N/ Aziz-Anwar

Nik Aziz malu insiden bas berlaku di Kelantan
Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau keadaan bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat. 

Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu

KOTA BHARU- Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa terhadap serangan itu. Beliau percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh kumpulan yang tidak tahu erti dosa dan pahala.

“Ini perkara yang tidak bertanggungjawab, saya berasa malu kerana ia berlaku di Kelantan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Pas Kota Bharu di sini, pagi semalam. Terdahulu Nik Aziz melawat tempat kejadian di perkarangan Siti Khadijah Kota Bharu, Nik Aziz bersama Anwar menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa. Lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu. Menurut Harakahdaily, Anwar berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi. Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah. Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki.

“Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu.

“Saya tidak  akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,”ujarnya.


Tuan Guru Nik Aiz juga berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga ‘memuja’ nafsu. Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa.

“Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku.

“Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,”ujarnya.

Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain. “Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahu ianya datang dari luar,”ujarnya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails