Saturday, September 15, 2012

Pelajar Belasah Guru. Lagi Bukti D/Pelajaran Gagal.

ROSAK...bilik guru disiplin disimbah cat merah.
ROSAK...bilik guru disiplin disimbah cat merah dalam kes yang lain sebelum ini..

Pelajar belasah guru disiplin
ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan, sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka. Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi bukti dasar pelajaran dan pendidikan di Malaysia gagal.. Tukar kerajaan!

Filem Porno Saddam, Macam Filem Anwar Di M'sia


pix_middle

Lelaki seiras Saddam diculik, diugut berlakon sebagai diktator Iraq dalam filem porno
KAHERAH: Seorang lelaki dengan wajah seiras Saddam Hussain mendakwa sekumpulan samseng cuba menculik dan memaksanya menyamar sebagai diktator terkenal itu untuk berlakon dalam filem porno melampau.

Warga Mesir, Mohamed Bishr yang saling tak tumpah menyerupai bekas pemerintah kuku besi itu mendakwa dipaksa melakukan perbuatan itu oleh kumpulan samseng berkenaan minggu lalu. Kumpulan yang tidak dikenal pasti itu memberitahunya, mereka akan menyiarkan rakaman palsu itu sebagai pita porno asli Saddam dan menjualnya ke seluruh dunia bagi mendapatkan wang.

Pada awalnya mereka berkata, akan membayarnya 205,000 pound (RM1.09 juta) untuk adegannya dalam kerjasama itu, tetapi kemudian membelasahnya apabila dia enggan. Mohamed dari Iskandariah berkata, dia turut menerima ugutan melalui panggilan telefon mengatakan dia akan diculik jika dia enggan berlakon dalam filem itu.

Mohamed yang warak berkata, pada minggu lalu, tiga lelaki berpakaian hitam keluar dari van dan memaksanya untuk memasuki belakang kenderaan itu. Dia memberitahu akhbar harian Mesir, Al-Ahram:

“Tiga lelaki itu yang mempunyai pistol tersisip di tali pinggang mereka memaksa saya keluar dari kereta dan menolak saya ke dalam sebuah van sambil memukul kepala saya.”

Menurutnya, orang yang lalu lalang berhimpun di tempat kejadian, tetapi amat takut untuk campur tangan dan perkara terakhir yang diingatnya, dia dicampak dari van ke kaki lima. Mohamed juga telah diserang beberapa kali pada masa lalu oleh rakyat Iraq yang menetap di Mesir.

Kebanyakan mereka tersilap menganggapnya sebagai pemimpin mereka yang diguling (dihukum mati di penjara Baghdad pada Disember 2006) dan mahu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dia terpaksa berpindah rumah beberapa kali bagi mengelak diganggu.

Anak lelakinya, Mahmoud berkata: “Kami meminta polis supaya memberi perlindungan khas kepada bapa kami kerana perkara ini sudah berlaku beberapa kali.” - TS

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Begitulah puak-puak samseng cuba memburukkan Saddam Hussain melalui filem porno diperingkat antarabangsa. Begitulah juga samseng-samseng poitik di Malaysia dalam kes filem-filem porno Anwar Ibrahim, yang haramjadah-haramjadah itu cipta dan sebarkan. Mereka berguru kepada kepala bapak samseng-samseng dunia!

Hina Nabi: UMNO Setuju PAS. Tapi..

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdoa agar mereka yang terbabit dalam pembikinan filem 'Innocence of Muslims' mendapat balasan setimpal di pekarangan Masjid Rusila, Marang, semalam
 
SHAH ALAM – Umno menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Pas selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat baik dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW. Beliau berkata, penerbitan video yang menghina Islam dan Rasulullah SAW itu menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia sehingga berlaku pembunuhan ke atas Duta Amerika Syarikat di Libya.

“Insiden tersebut amat dikesali dan saya ingin menasihatkan masyarakat supaya melakukan perhimpunan tanpa melibatkan keganasan.

“Cadangan Abdul Hadi disambut baik dan perlu dibincangkan pada peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isi kandungan filem itu sengaja diputar-belitkan supaya umat Islam dilabelkan sebagai pengganas dan tidak bermoral di mata dunia. Ahmad berkata, umat Islam harus bergabung tanpa mengira fahaman atau bangsa demi menyelamatkan maruah Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau menyokong cadangan itu dengan sepenuhnya. m  Katanya, gabungan seperti itu bukan sahaja perlu membabitkan Umno dan Pas, bahkan sepatutnya melibatkan umat Islam keseluruhannya. Beliau berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab membersihkan segala tuduhan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan memberhentikan tindakan mempersendakan Islam.

“Saya juga ingin mencadangkan ahli agama bersatu menjawab semua fitnah itu secara ilmiah dalam beberapa bahasa menjelaskan perkara ini.

“Setelah video ini tersebar Youtube, masyarakat mulai mencari bukti dan jawapan sebenar mengenai isu tersebut,” katanya.

Fathul Bari berkata, pendekatan itu harus menjawab balik fitnah mereka yang anti Islam mengenai pengisian video tersebut tidak berasas dan benar. (SH)

Demo Bantah Filem "Innocence of Muslims" Di London, umat Islam melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat di luar kedutaan itu, semalam. - 
 
Komen Weblog Ibny Hasyim: Hina Nabi: UMNO Setuju PAS?. Tapi.. cakap tak serupa bikin. Lihat.. M'sia Penyumbang Filem Hina Nabi?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

'Insiden Terbaik' Dalam Bantah Hina Rasulullah..

SEKUMPULAN peguam Kashmir melaungkan slogan kecaman semasa mengadakan demonstrasi terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims di bandar Srinagar semalam

Rusuhan terburuk bantah hina Rasulullah di Mesir
KAHERAH - Sejumlah 300 penunjuk perasaan bertempur dengan polis dekat Kedutaan Amerika Syatrikat (AS) di sini semalam kerana marahkan sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Media tempatan melaporkan seramai 224 orang cedera sejak keganasan tercetus di ibu negara Mesir itu di sini sejak Rabu lalu kerana membantah filem biadab itu.

Satu tunjuk perasaan besar-besaran kemudian diadakan di seluruh Mesir semalam. Protes tersebut dianjurkan oleh pergerakan Islam terbesar di negara itu, Ikhwanul Muslimin. Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan di bandar Khartoum, Sudan menyerbu Kedutaan Britan dan Jerman ekoran filem tersebut.
Kedua-dua kedutaan itu dibakar dan mengalami kerosakan, kata seorang wartawan agensi berita AFP.

Para penunjuk perasaan turut bertempur dengan polis di Yemen menyebabkan seorang meninggal dunia manakala 15 lagi cedera apabila perkarangan Kedutaan AS di negara berkenaan diserbu kelmarin. Filem anti-Islam, Innocence of Muslims dipersalahkan berhubung serangan ke atas konsulat AS di bandar Benghazi, timur Libya yang meragut nyawa Duta AS, Chris Stevens dan tiga warganegara kuasa besar itu pada Selasa lalu.

Di Nigeria, polis negara itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga manakala tahap keselamatan di sekitar kedutaan asing turut dipertingkatkan. Tindakan tersebut dilakukan selepas kumpulan Islam Boko Haram membunuh beratus-ratus orang dalam penentangan yang tercetus di Nigeria pada tahun ini.

Bantahan turut diadakan di wilayah Palestin dengan beribu-ribu orang berkumpul di Genting Gaza manakala ratusan yang lain berhimpun di Baitulmuqaddis. Kumpulan penunjuk perasaan berkenaan bertempur dengan polis Israel di Baitulmuqaddis. Di Gaza, penunjuk perasan mengibarkan bendera Hamas dan pergerakan Jihad Islam serta membakar beberapa bendera AS sambil melaungkan slogan meminta as dan Israel dihapuskan.

Di Pakistan, beratus-ratus orang menunjuk perasaan di beberapa bandar raya utama di negara berkenaan untuk mengutuk filem Innocence of Muslims dengan sebahagian mereka mahukan penerbit filem tersebut dibunuh. Sebahagian lagi penunjuk perasaan menuntut supaya diplomat-diplomat AS di Pakistan diusir.
Di bandar Lahore, timur Pakistan, ketua pertubuhan amal Jamaat-ud-Dawa, Hafiz Saeed mengetuai protes yang disertai oleh 500 orang bagi membantah filem tersebut. AS sebelum ini menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM31.1 juta) ke atas Hafiz.

Dia menggesa pemerintah Pakistan supaya memanggil Duta AS bagi membantah filem anti-Islam itu.
"Kami mengutuk konspirasi menerbitkan filem anti-Islam ini. Tindakan keji ini merupakan konspirasi antarabangsa dari AS dan kami tidak akan menerimanya," kata Hafiz dalam protes tersebut.
Selain Pakistan, bantahan turut merebak ke seluruh Asia Barat termasuk Bangladesh, Indonesia, Malaysia, Kashmir, Iraq, Israel, Kuwait, Sudan dan Tunisia. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya bukan 'Rusuhan terburuk bantah hina Rasulullah..". Tetapi 'Insiden terbaik' dalam bantah hina Rasulullah.. Apakah berita (Agensi) ini termasuk dalam usaha mengnagatifkan kerajaan Ikhwanul Muslimin Mesir?. (IH)

E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam


E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

Bab 1
 Bab 2
Bab 3
 Bab 4

Jangan Hina Nabi Kami -Abby Abadi & Rakyat M'sia



KUALA LUMPUR: Seluruh negara hari ini bergema dengan laungan kecaman terhadap kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika yang menghina Rsulullah melalui filem terbarunya yang berjudul "Innocence of Muslims".

Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves.

Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.

Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu. Sambil melaungkan "hancur Amerika", "Hidup Islam" mereka juga membawa sepanduk bertulis "Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah".

Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu.

"Kalau dia mahu bertindak tegas terhadap penyerang Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi sehingga maut itu, kita juga dia bertindak sama kepada penerbit filem ini," katanya.

Ridhuan dalam ucapannya pula memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menghina Rasullah agar menghentikan segera perbuatan itu.

"Kita memberi amaran bahawa pemuda Islam akan bangkit dengan nyawa dan darah demi mempertahan maruah Nabi Muhammad SAW," katanya.

Beliau turut mengumumkankan satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Kedutaan Amerika pada Jumaat, 21 September ini. Amaran sama turut dinyatakan Kamaruzaman yang mahu Amerika menarik balik serta merta filem tersebut. Ustaz Salahudin Nasir dalam ucapannya pula mendakwa, tindakan penerbitan filem ini adalah usaha menjatuhkan Islam di saat Islam sedang bangkit di seluruh dunia.

Di Ipoh Perak, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaat diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon dan selebriti, Abby Abadi (gambar di atas). Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini.

“Dimanakah NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik tetapi dalam isu ini mereka senyap,” ujar beliau lagi.

Dalam nada yang sama, Abby Abadi melahirkan kekesalan terhadap penerbitan filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan. Katanya, sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini.

“Kita sepatutnya bersatu menentang penghinaan ini dengan mengetepikan perbedeaan ideologi,” katanya dalam nada kesal.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin; Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.

Di Kedah, himpunan berlangsung di dua tempat iaitu di Masjid Padang Temusu Sungai Petani dan di Masjid Al-Ihsan Kampung Teoyong Langkawi.

Di Masjid Padang Temusu hampir 300 orang umat Islam menyertainya dari pelbagai peringkat umur dan kaum termasuk warga Bangladesh dan Pakistan.

Bantahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Antara pimpinan yang hadir sama ialah Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi; Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria; Yang DiPertua PAS Kawasan Sungai Petani, Abdullah Jusoh dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf.

“Kami sedia berikan nyawa demi mempertahankan Rasulullah SAW!” demikian antara ungkapan jihad para hadirin.

Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap ketika dihubungi berkata, antara desak yang dibuat termasuklah meminta Amerika mengambil langkah segera atau berdepan himpunan besar-besaran 21 Septrmber ini.

"Kita juga mendesak agar kerajaan Malaysia membuat satu tindakan mengecam tindakan tersebut," katanya.

Di Langkawi, Bantahan di masjid Al Ehsan, Temoyong, diketuai Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Tirmizi, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Langkawi Ustaz Sazuri Saad serta Ustaz Nasir Awang.

Hampir 200 orang menyertai himpunan itu hari ini dengan membawa pelbagai poster mengecam tindakan biadap penerbit filem itu.

Di Pulau Pinang, kira-kira 1000 orang masyarakat Islam berhimpun di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh.

Demontrasi  aman yang berlangsung 45 minit itu diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Ustaz Saleh Man bersama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Antara yang hadir dan memberikan ucapan bersemangat ialah Setiausaha PAS Negeri, Saudara Mohd Nor Harun, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Norazman Ishak, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafnan Hamimi Taib Azamudeen, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Radwan Ramli.

Dato' Ustaz Saleh Man ketika ditemui menambah, semua pihak kena peka terhadap isu yang timbul kerana ia melibatkan maruah agama. Pihak zionis katanya, sering memperdayakan Umat Islam yang lalai semata-mata untuk memastikan kebangkitan Umat Islam tidak ke mana.

"Kerajaan mesti menunjukan kepekaan yang tinggi kerana ia bukan soal politik sebaliknya maruah agama.  Jangan berpeluk tubuh bila agama dan Nabi yang kita sayangi dihina sebegitu rupa, " jelasnya ketika ditemui.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azmuden pula menyifatkan, tidakan zionis tersebut harus diajar bukan berpeluk tubuh melihat isu yang sengaja dibangkitkan. Ini bukan kali pertama Israel dan sekutunya melaksanakan program yang boleh meningkatkan kemarahan masyarakat Islam.  Sepatutnya usaha jahat mereke perlu ajar dengan menghentikan terus semua hubungan dagang dengan negara terbabit.

Inilah masa yang paing sesuai untuk Malaysia memperkenalkan produk sendiri dengan menghukum negara yang berani menghina agama Islam, katanya. (Hrkh)

Datuk Bandar Termuda di Dunia Kunjungi Indonesia

Gambar-gambar Bashaer Othman di Indonesia.

Jakarta, BASHAER Othman, 16 tahun, Datuk Bandar Allar, Palestin. Semalam dia menerima penghargaan 'The World Youngest Mayor Award dari World Peace Movement' di Pasaraya Blok M, Jakarta Selatan, Khamis 12 Sept 2012.

Basher dilantik menjadi Datuk Bandar (Wali Kota) Allar, Tulkarm, Tepi Barat, Palestin  yang dihuni lebih 8,000 penduduk pada 2 Julai 2012 dan memegang jawatan  sampai 21 September 2012. Selama 2 bulan Basher dilatih oleh Datuk Bandar sebenarnya, Sufian Shadid.

Bashaer sendiri akan melakukan serangkaian kegiatan selama di Indonesia seperti ceramah dan dialog dengan generasi muda, serta berkunjung ke sekolah-sekolah non formal. Remaja itu mengatakan, walaupun dia 'buta' tentang pekerjaan Datuk Bandar awalnya, namun dengan bantuan dan kerjasama 11 anggota dewan (enam dari partai Fatah yang berkuasa dan lima dari gerakan Islam Hamas yang menguasai Jalur Gaza) dia cepat belajar (gambar bawah di pejabatnya).
Bashaer Othman

Berikut bertempat di pejabat Kedutaan Besar Palestin Indonesia, di Jalan Pangeran Diponegoro, Jakarta, Rabu 12 Sept 2012 akhbar Tribun mewawancara menggunakan bahasa Arab dengannya..

Selamat siang, selamat datang di Indonesia. Bisakah Anda bercerita bagaimana Anda jadi wali kota (Datuk Bandar) di usia Anda yang masih muda?
Selamat siang juga senang bisa berada di Indonesia. Pada awalnya saya mengikuti program pemerintah Palestin untuk pemberdayaan kaum muda. Saya lalu bersaing dengan ribuan anak muda yang mengikuti seleksi program tersebut, walikota seperti saya dipilih tidak melalui proses pemilihan umum yang dilakukan masyarakat tapi dipilih oleh wali kota sebenarnya berdasarkan atas kompetensi atau kemampuan dalam berbagai hal.

Apa pertimbangan terbesar Anda terpilih?
Saya dinilai memiliki kemampuan individual di antaranya wawasan tentang kenegaraan, politik, sosial, ekonomi. Saya juga memiliki kemampuan leadership. Sebelum ini saya telah memimpin sebuah organisasi kepemudaan di sekolah. Saya juga punya visi dan misi yang jelas untuk kemajuan rakyat Palestin.

Anda sudah menjabat dua bulan, apa yang Anda lakukan selama periode itu?
Saya berusaha memecahkan berbagai masalah rakyat, salah satunya adalah ketersediaan lapangan pekerjaan. Beberapa waktu lalu saya keliling ke beberapa negara luar dan sepulang dari sana saya mengajak para investor serta meyakinkan mereka agar mau berinvestasi di Palestin. Hasilnya lumayan, ada tiga projek yang saya dapatkan dan saya pikir itu akan membuka lapangan kerja baru.

Ceritakan masalah tersulit yang Anda hadapi selama jadi wali kota?
Melayani rakyat Palestin terutama dalam masalah hukum. Sebenarnya mereka sudah tahu hukum tapi biasanya mereka tidak puas jika tidak langsung bertanya kepada wali kota, jadi saya harus sabar melayani mereka. Kesultian yang saya alami adalah bisa memuaskan seluruh rakyat, juga saat membuat rakyat menjalani ketentuan Dewan Kota. Beruntungnya saya punya kemampuan komunikasi yang bagus sehingga bisa mudah menjawab pertanyaan dari mereka.

Palestin identik dengan daerah konflik, tidakkah Anda takut dengan keselamatan jiwa Anda?
Daerah Tepi Barat yang saya pimpin relatif aman, tidak ada kontak senjata disana. Pertumbuhan ekonominya juga bagus, penghasilan rakyatnya di atas rata-rata. Jadi saya tidak pernah merasa takut untuk memimpin, ini semua untuk kemaslahatan umat.

Apa yang Anda pikirkan tentang konflik dengan Israel?
Saya datang kesini tidak untuk membahas konflik dengan Israel, itu sudah ada bagiannya tersendiri. Saya hanya ingin menjadi inspirasi generasi muda Palestin bahwa konflik bisa melahirkan pemimpin- pemimpin handal. Saya ingin pemuda Palestin punya sikap dan membangun peradaban mereka.

Apa perubahan yang Anda rasakan dalam diri Anda setelah menjadi wali kota?
Tentu ada yang berubah dari kepribadian saya. Sekarang, saya lebih memikirkan kepentingan umat.

Bisakan Anda ceritakan kehidupan keluarga Anda?
Saya lahir dalam keluarga yang hangat, saya hidup dengan Ayah, Ibu dan lima orang saudara, saya anak keempat. Kami hidup dalam satu rumah dan kakak-kakak saya masih belajar di perguruan tinggi. Saat jadi walikota saya mendapat dukungan penuh dari keluarga, mereka sangat mensupport karier politik yang sedang saya jalani. Kami hidup dalam keluarga yang harmonis dan bahagia.

Apa reaksi kawan-kawan Anda setelah jadi Wali Kota?
Mereka sangat apresiatif dan mendukung, kami tetap berhubungan bahkan mereka sering memberikan masukan dan berkomunikasi dengan saya melalui internet. Kami chating setiap hari dan berdiskusi banyak hal untuk kemajuan Palestin.

Apakah Anda punya pacar?
Tidak, Islam tidak memperbolehkan hubungan lelaki dan perempuan tanpa status pernikahan apapun bentuk hubungan itu. Dan generasi muda Islam tidak seharusnya memikirkan hal itu. Generasi muda Islam harus cerdas membangun peradaban dan kemajuan bangsanya. Terus terang saya tidak punya akun facebook sebab kadang itu mengganggu aktiviti saya dalam berpikir tapi saya tetap mengikuti perkembangan global lewat internet.

Bagaimana Anda melihat masa depan pemuda Palestin?
Saya optimistis kami punya masa depan lebih bagus. Saat ini memang ada banyak pemuda Palestin yang berusaha keluar ke negara lain misalnya ke Saudi Arabia, Mesir atau negara Timur Tengah lainnya untuk mencari pekerjaan dan mencari wilayah aman. Tapi mereka semua punya komitmen besar untuk tetap jadi warga negara Palestin, artinya mereka akan kembali lagi. Kami juga meyakini bahwa Palestin suatu saat akan merdeka dan berdaulat.

Di Indonesia sering ada demonstrasi dukungan terhadap Palestin biasanya memakai tagline "Save Palestina". Apa tanggapan Anda?
Saya sangat mengapresiasi perhatian Indonesia terhadap negara kami. Indonesia adalah saudara setia kami sejak tempo dulu. Saya pribadi sangat terinspirasi dengan Ahmad Soekarno (Presiden Pertama Republik Indonesia, Soekarno). Sebab beliau adalah tokoh yang pertama kali bersuara Palestin adalah negara berdaulat tanpa peduli dengan negara lain yang tidak mengakui kami.

Apakah Indonesia terkenal di negara Anda?
Iya, terutama dengan tokoh Ahmad Soekarno. Kami memanggil Ahmad Soekarno, sebab orang Palestin mengenalnya dengan nama itu. Indonesia juga negara muslim terbesar di dunia, dukungan dan suara dari Indonesia sangat memberi kami kepercayaan diri. Kami mendapatkan energi lebih ketika Indonesia bersuara lantang dan membela Palestin.

Apa pesan terakhir Anda untuk pemuda Indonesia?
Pemuda Indonesia harus terus maju kedepan. Maju Palestin! Maju Indonesia
(IH/Viva/Tribun Dll)

Friday, September 14, 2012

Show Minum Keras, N/Baizura Tak Terlibat.Syabas!


HALAMAN HIBURAN

Jika Mizz Nina dengan bangganya menyatakan sudah 2 kali berkerjasama dalam menjayakan persembahan pentas yang dianjurkan oleh syarikat minum keras, sebaliknya pula bagi Ning Baizura apabila dia secara rasminya telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan persembahan tersebut dan memaklumkan dia tidak pernah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung untuk mempromosi program tersebut.

Pengesahan Ning menarik diri telah disahkan oleh pihak pengurusan Ning iaitu HappenNings (M) Sdn Bhd menerusi kenyataan media yang telah disiarkan di laman web rasmi Ning. Menerusi kenyataan itu, Ning difahamkan berasa kecewa dengan memaklumkan bahawa gambarnya yang dapat dilihat pada poster iklan itu telah digunakan tanpa persetujuan darinya sekaligus menjejaskan reputasi dan menerima kritikan daripada banyak pihak.

Berikut kenyataan daripada pihak Ning yang disiarkan itu:-

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”


Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara “Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras. Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.
Sumber: zonartis.com

Info Tambahan:

Menurut Wikipedia, Arthur’s Day adalah merupakan hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness.
"Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators." -Editor


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebuah hadis Nabi SAW berbunyi ertinya..
  • "Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak ,orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya"
Sepuluh golongan yang dilaknat itu ialah..

Satu: Pemerah arak: Iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur, bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak, samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya, upah atau gaji yang diterima itulah dilarang.

Kedua: Meminta diperahkan arak untuknya. Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yang menggaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran.

Ketiga: Peminum arak. Orang yang meminum arak walaupun setitik atau tidak mabuk, hanya cuba-cuba .perbuatan itu juga dilarajng.

Keempat: Pembawa arak. Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/ kedai makan / hotel dsb. Ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat lain. Juga dilarang.

Kelima: 'Meminta dibawakan arak kepadanya' bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Juga salah.

Keenam: 'Memberi minum arak kepada orang lain' bermaksud seseorang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya. Contohnya, seseorang Muslim membelanja minum rakannya non Muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu juga dilarang.

Ketujuh: Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya.

Kelapan: Orang yang mendapat hasil dari arak. Hal ini agak luas. Pemegang saham, termasuk kerajaan, individu dan sesiapa yang terlibat. Artis-artis yang berkejasama dan mendapat hasil dari iklan-iklan arak juga terlibat.

Kesembilan
: Orang yang membeli arak bermaksud pembeli arak samada untuk diminum atau tidak. Dan..

Kesepuluh: Orang yang meminta dibelikan arak untuknya. Ertinya dia suruh orang lain membeli, pun salah juga.


Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada Ning Baizura kerana ketegasan sikap beiau. Syabas!! (IH)

Tengok Kaki La.. Malu Yang Berkaki..

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa pada suatu hari Nabi saw. menyebut tentang solat fardu dan baginda bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang menjaga solat, maka baginya cahaya, petunjuk dan pertolongan pada hari akhirat. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya cahaya, petunjuk atau pun pertolongan dan pada hari akhirat, dia akan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf." 
(HR. Ahmad)

Jom Lawat Muzium Seni Lipat Kertas Di Tokyo


JOM KREATIF

MUZIUM Origami Tokyo terletak di sebuah tempat di lantai 3 dalam Narita Tokyo. Kalau anda ke sana  jangan lupa mengunjunginya. Setidaknya ada 400 lebih origami, seni melipat kertas abad tradisional yang telah disempurnakan Akira Yoshizawa. Dalam muzium ini anda juga boleh dapatkan buku panduan cara membuat origami.

Lihat antara gambar-gambarnya..































(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Kisah 140 Anak Haram Di Johor... K'jaan BN Gagal



 

140 bayi luar nikah diselamatkkan.

MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai (gambar) berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan meningkat setiap tahun setelah ibunya ditempatkan di pusat-pusat perlindungan remaja hamil luar nikah.

Katanya, daripada jumlah itu, 23 bayi diselamatkan pada 2009 dengan Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lima bayi diikuti Muar dan Kluang masing-masing empat bayi, Kota Tinggi (3) dan Segamat serta Batu Pahat masing-masing dua bayi, selebihnya di daerah lain.

"Pada tahun 2010, jumlahnya meningkat apabila 39 bayi berjaya diselamatkan iaitu Johor Bahru (10), Muar, Pontian dan Kota Tinggi masing-masing lima bayi manakala Segamat, Muar dan Kluang masing-masing empat bayi dan di Mersing pula dua bayi.

"Bagi 2011, bilangan bayi yang diselamatkan melonjak kepada 70 orang iaitu Johor Bahru (15), Segamat (empat), Batu Pahat (tiga), Kulaijaya (satu) dan selebihnya di daerah lain. Sehingga Julai lalu pula, sebanyak lapan bayi dari Johor Bahru berjaya diselamatkan dan daerah lain masih belum ada laporan diterima.

"Pada tahun 2009 dan 2010, semua yang diselamatkan adalah bayi berketurunan Melayu manakala pada 2011 terdapat empat bayi Cina dan dua bayi India sementara selebihnya bayi Melayu. Pada tahun ini pula semuanya melibatkan bayi Melayu," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di Sungai Balang di sini kelmarin.

Katanya, bayi-bayi tersebut dapat diselamatkan apabila remaja yang mengandung luar nikah atau ibu bapa mereka mempunyai kesedaran lalu menghantar anak-anaknya ke pusat-pusat kebajikan. Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang itu memberitahu, di pusat-pusat kebajikan berkenaan, remaja bawah umur yang hamil itu akan dijaga dengan baik sehingga selamat melahirkan anak mereka.

Jelasnya, penghuni pusat itu juga dilatih sepenuhnya mengenai proses penjagaan bayi, selain diberi latihan dan kemahiran sebagai bekalan bagi meneruskan kehidupan selepas meninggalkan pusat itu. Ujarnya, terdapat tiga pusat penjagaan di negeri ini yang semuanya terletak di Johor Bahru dan pihaknya bercadang membina sebuah lagi di daerah ini bagi menampung bilangan remaja hamil luar nikah yang jumlahnya meningkat saban tahun. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu tandanya, kerajaan BN pimpinan UMNO gagal mentadbir negara mengikut cara Islam. Mengapa? Kerana UMNO bukan parti Islam, tetapi asobiah sempit yang menentang perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini.. (IH)

Hina Nabi: You Tube Tarik Balik Vdeo, Tapi..

 REUTERS: ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa, Yemen semalam.
Misteri pengarah filem hina nabi
LOS ANGELES - Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.

Lelaki berusia 55 tahun itu turut mengaku dia adalah pengurus syarikat yang menerbitkan filem berjudul Innocence of Muslims itu. Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin, Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu. Sebaliknya, dia menyatakan mengenali penulis dan pengarah Innocence of Muslims, Sam Bacile.

Bagaimanapun, nombor telefon yang dihubungi AP pada Selasa lalu untuk menelefon Bacile didapati menggunakan alamat sama dengan lokasi di mana Nakoula ditemui. Rekod mahkamah persekutuan AS menunjukkan Nakoula mempunyai beberapa nama lain termasuk Nicola Bacily dan Erwin Salameh. Lelaki itu menyatakan bahawa Bacile menyokong kebimbangan berhubung layanan buruk umat Islam terhadap penganut Kristian Koptik.

Namun, Nakoula menafikan dia menyamar diri sebagai Bacile. Semasa temu bual tersebut di luar rumahnya, lelaki itu menunjukkan lesen memandunya untuk mengesahkan identitinya tetapi dia menggunakan ibu jari untuk menutup nama tengahnya, Basseley. Dalam perkembangan berkaitan, seorang paderi yang mencetuskan kemarahan umat Islam dengan membakar beberapa naskhah al-Quran, Terry Jones menyatakan, dia sempat berbual dengan Bacile melalui telefon kelmarin.

Jones berkata, lelaki berkenaan menghubunginya beberapa minggu lalu untuk mempromosikan filem tersebut.
"Saya tidak menemui dia. Sam Bacile bukan nama sebenarnya.
"Saya cuma bercakap dengannya melalui telefon. Dia tentu bersembunyi dan tidak mendedahkan identitinya," kata Jones.

Bacile sebelum ini menyatakan dia dilahirkan di Israel, berusia 56 tahun dan berketurunan Yahudi. Seorang aktivis Kristian yang turut terlibat dalam projek filem berkenaan, Steve Klein memberitahu kelmarin bahawa Bacile merupakan nama samaran pengarah filem tersebut dengan dia seorang penganut Kristian. Terdahulu, beberapa pegawai di Israel berkata, tiada rekod ditemui menyatakan Bacile seorang rakyatnya.

Menurut Klein, sekitar 15 pelakon dari Syria, Iraq, Turki, Pakistan, Iran dan beberapa penganut Kristian Qibti Mesir terlibat dalam filem Innocence of Muslims. "Kebanyakan mereka enggan memberitahu nama sebenar kerana mereka takut," kata Klein.

Sementara itu, YouTube telah menarik balik klip video filem itu di Mesir dan Libya kelmarin. Namun, video berkenaan masih boleh diakses di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain. Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa Libya membuat beberapa tangkapan berhubung serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi.

"Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kehakiman telah memulakan siasatan dan mengumpulkan bukti dengan beberapa orang telah ditangkap," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wanis Al-Sharif.
Namun, beliau enggan memberikan butiran terperinci berhubung bilangan orang yang ditangkap atau latar belakang mereka kerana tidak mahu menjejaskan siasatan. - Agensi

Lihat Sebelum ini..

Thursday, September 13, 2012

M'sia Penyumbang Filem Hina Nabi?


Kerajaan Malaysia telah mengakui di Parlimen bahawa mereka menggunakan kira-kira RM77 juta duit rakyat untuk 'disedekahkan' kepada firma perunding iaitu APCO Worldwide demi untuk memulihkan imej kerajaan BN dan Najib.

APCO pula adalah syarikat Yahudi yang banyak menyumbang terhadap kepentingan kaum Zionis sedunia. Persoalannya adakah APCO Worldwide adalah 1 dari 100 penyumbang, yang keseluruhannya bernilai RM5 juta itu?
 
Najib, UMNO dan Be End sila jawab... jangan tak jawab!!

Malaysia bagi APCO, APCO bagi Zionis. Sama Malaysia bagi Zionis?
M'sia Penyumbang Filem Hina Nabi 'Innocence of Muslims'?

Lihat sebelum ini..

Pesawat Pengintai Buatan Indonesia, M'sia?

Model pesawat Tanpa Awak (UAV) jenis Alap-Alap Double BoomModel pesawat Tanpa Awak (UAV) jenis Alap-Alap Double Boom (BPPT) 
.
JOM KREATIF
kECIL-KECIL  cili api. Pesawat tanpa awak (unmanned aerial vehicle)  atau dalam Bahasa Indonesia, pesawat udara nir awak (PUNA) itu memang ukurannya kecil, bentang sayapnya saja kurang dari 4 meter. Tapi, peranannya sangat besar, terutama menjaga pertahanan wilayah Negara Republik Indonesia. Dari musuh, kapal asing yang menyelonong masuk, dan juga teroris.

Paling membanggakan, Alap-alap dan Sriti adalah produk buatan Indonesia, bukan import. PUNA jenis Sriti sempurna untuk keperluan taktik pasukan atau jenis short range, sementara Alap-alap untuk operasi surveillance dan reconnaissance.

Kepala Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Marzan A. Iskandar mengatakan pihaknya segera memproduksi pesawat tanpa awak itu . Tidak sekedar prototipe. "Sekarang kami sedang finalisasi pesawat itu untuk kepentingan pengintaian dan operasi," katanya setelah penganugerahan BJ Habibie Technology Award 2012 di Aula BPPT, Jakarta, Rabu 12 September 2012.

Setidaknya ada dua manfaat dari pesawat tanpa awak made in Indonesia itu. 
  • Untuk kepentingan pertahanan, yang salah satunya mengawasi kapal asing yang masuk wilayah Indonesia. 
  • Untuk kepentingan awam. "Pada waktu lalu, pesawat ini digunakan untuk mendukung pembuatan hujan buatan," kata Marzan.
Bulan September ini akan dilakukan uji cuba bersama dengan Kementerian Pertahanan. "Uji coba akal dilakukan di Halim Perdanakusuma. Setelah itu baru produksi diputuskan dan seberapa banyak keperluannya," katanya.

Pesawat tanpa awak yang dikembangkan oleh BPPT sesungguhnya sudah muncul dalam lima varian. Tiga merupakan jenis pesawat UAV untuk survei pemetaan sementara dua varian untuk kepentingan pertahanan. Pesawat ini akan dipakai oleh Kementerian Pertahanan mahupun TNI.

Selain Alap-alap dan Sriti, sebelumnya ada Pelatuk, Wulung, dan Gagak. Wulung, sesuai untuk misi pemantauan high altitude. Antara lain, pemotretan udara pada area yang sangat luas, pengukuran karakteristik atmosfer, dan pemantauan kebocoran letrik pada kabel listrik tegangan tinggi.

Sementara, Gagak sesuai untuk misi pemotretan dari udara pada jangkauan luas. Dan Pelatuk pula sesuai untuk misi pemotretan udara pada area kecil, pengintaian jarak dekat suatu sasaran, pemantauan hutan, pemantauan laut dan pantai.

Hal ikhwal pesawat tanpa awak pernah jadi perdebatan di awal 2012. Bermula wacana Kementerian Pertahanan membeli empat pesawat tanpa awak dari Kital Philippine Corporation (KPC). Pesawat intai tersebut mengkombinasikan mesin dari Itali, infrastruktur dari Filipina, dan teknologi dari Israel.

Wacana itu mendapat tentangan dari Anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat -parlimen), salah satunya Anggota Komisi I DPR dari Partai Gerindra, Ahmad Muzani yang meminta rencana pembelian pesawat tanpa awak tersebut dibatalkan kerana Indonesia sudah mampu mempunyai produk serupa. "Bahkan dibeli negara tetangga seperti Malaysia," kata dia di Gedung DPR, Jakarta, Isnin, 26 Mac 2012.

Spesifikasi Alap-Alap Double Boom
Bentang sayap : 3,510 m
Konfigurasi: inverted v-tail high wibng dan double boom
Berat kosong: 8,5 Kg
Berat payload: 2,5 Kg
Berat maksimum take off, MTOW : 18 Kg
Kecepatan jelajah : 55 Knots
Lama terbang : 5 Km
Jangkauan terbang : 140 Km
Tinggi terbang maksimum: 7.000 kaki

Spesifikasi Sriti
Bentang Sayap : 2,988 m
Konfigurasi: flying wing
Berat kosong: 6 Kg
Berat payload: 2 Kg
Berat Maksimum Take Off, MTOW : 8,5 Kg
Kecepatan jelajah : 30 Knots
Lama terbang : 1 jam
Jangkauan terbang : 5 Nautical mile
Tinggi terbang maksimum: 3.000 kaki.
 (IH) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)

Filem Hina Nabi, Wajar S/Bacile Dihukum Bunuh?

PENUNJUK perasaan mengoyakkan bendera AS di luar pejabat kedutaan AS di Mesir kelmarin sebagai tanda bantahan. - AFP 

Pembikin filem anti-Islam sembunyikan diri
LOS ANGELES - Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri. Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal. Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak. Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menghina Nabi Muhammad SAW adalah menghina agama Islam yang suci. Maruah Islam perlu dipertahankan. Mari kita lihat sejarah..

Lihat kisah seorang pemimpin Islam yang sanggup mempertahankan maruah Islam, walalupun hanya melalui pembelaan terhadap seorang Muslimah yang diangap kerdil. Hal ini berlaku pada zaman khalifah Al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah (833-842 Masehi). Beliau menyambut seruan seorang Muslimah yang dilecehkan auratnya oleh tentara Romawi. Beliau mengirimkan pasukan tentera untuk menyerbu kota Ammuriah dan melibas seluruh tentara Romawi di sana hingga bebaslah Muslimah tadi dari tawanan Romawi.

Kisah ini dicatat dalam kitab al-Kamil fi al-Tarikh karya Ibn Al-Athir. Peristiwa bersejarah tersebut terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, dalam judul Penaklukan kota Ammuriah. Ketika Al-Mu'tasim yang ditangannya sedang memegang gelas untuk minum mendengar berita seorang Muslimah dijatuhkan maruahnya oleh tentara Romawi, beliau terus berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana muslimah tersebut berteriak meminta tolong.

Diceritakan, Muslimah itu keturunan Bani Hashim sedang berbeli-belah di sebuah pasar di negeri bawah kekuasaan Romawi, di utara benua Asia, di kota Ammuriah, kawasan Turki hari ini. Sedang Muslimah itu berjalan, tiba-tiba dia diganggu oleh seorang lelaki Romawi yang menyentuh ujung bajunya hingga dia secara spontan berteriak : "Wa Mu'tashamah!" Ertinya, "Dimana kau Mu'tasim...Tolonglah Aku"

Kerana maruah Islam itu dicabar, maka puluhan ribu tentera pun dihantar mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga ujungnya mencapai kota Ammuriah. Pembelaan kepada Muslimah ini berakhir dengan pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Tentara Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung selama kira-kira lima bulan, akhirnya menyerah pada 13 Ogos 833 M.

Begitu juga pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Ketika itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana, demi maruah agama, dia terus membunuh orang Yahudi itu.

Kemudian orang-orang Yahudi membalas dengan membunuh orang Muslim itu pula. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin membantu. Dan Nabi SAW., mengirimkan pasukan melawan mereka dan setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir dari Madinah.

Itu baru penghinaan kepada seorang Muslimah, bagaimana dengan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW sendiri melalui filem seperti di atas? Memadaikah dengan tunjuk persaan sahaja? Atau wajarkah penulis dan pengarah, Sam Bacile itu dihukum bunuh? Ulama Malaysia berani keluarkan fatwa? (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails