TUNGGU...dua perempuan menanti pelanggan.
KL, 22 Sept 12: Bukan sekadar menawarkan khidmat seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘mandian buih naga’.
Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan hubungan seks.
Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2 petang hingga awal pagi.
Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.
Sementara itu, hasil maklumat diberikan Harian Metro, sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melakukan risikan dan serbuan di premis yang menawarkan khidmat seks di Bukit Bintang, di sini, semalam. Operasi jam 8 malam yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd dengan kekuatan 10 anggota menahan tiga wanita warga China berusia 21 hingga 38 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
“Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga wanita terbabit berusia 30-an,” katanya.
Menurutnya, selain empat yang ditahan dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa sembilan wanita tempatan terdiri daripada pelbagai bangsa berusia 21 hingga 38 tahun.
Ketika ditanya mengenai tawaran khidmat seks di premis itu, Azman mengakui perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga RM160 hingga RM250. Katanya, premis itu diserbu empat kali sejak tahun lalu dan semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih dan tahniah myMetro kerana bongkar kes najis zina (bukan khidmat seks)!