Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013: Antara RM50J Dg RM1.2 B.. -Siti Zailah

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan ketidakprihatinan terhadap wanita negara ini apabila hanya memperuntukkan RM50 juta untuk pembangunan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sedangkan, satu peruntukan yang cukup besar telah diberikan kepada prasekolah termasuklah Permata iaitu sebanyak RM1.2 billion.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff kecewa apabila peruntukan untuk prasekolah jauh lebih besar berbanding pembangunan wanita.

"Saya tersentuh hati sebagai pimpinan Muslimat apabila bajet untuk wanita sedikit berbeza sebelum ini," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan ini satu penghinaan kepada kaum wanita apabila menteri wanita tidak menerajui kementerian wanita.

"Inilah akibatnya orang lelaki jadi menteri wanita. Dia tidak prihatin dan peka terhadap pembangunan wanita," katanya.

Malah katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, ia merupakan perkara yang memalukan dan meminta wanita di luar sana harus peka dengan situasi ini. Ketika ditemui, Zailah berkata bajet kali ini banyak menabur janji temasuk pemberian 'one off' menampakkan Najib terdesak untuk menyelamatkan keadaan di saat kebangkitan rakyat menjelang pilihan raya.

Membandingkan bajet Pakatan Rakyat dengan BN, Zailah berkata bajet Pakatan Rakyat lebih menjurus kepada keseimbangan dan kemampuan negara dengan kedudukan hutang yang semakin bertambah. Tetapi katanya apa yang diwar-warkan Najib lebih kepada tawaran untuk pancing undi dengan menawarkan insentif kepada kakitangan awam, petani, dan golongan muda dengan memberi rebat untuk 'smart phone'.

Justeru, katanya, insentif-insentif ini tidak akan menggugat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat kerana mereka sedar pengurusan kewangan negara banyak berlaku ketirisan dan penyelewengan. (Hrkh)

Gula-gula Bajet 2013, Apa Komen Nik Aziz?







KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah.

Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.

Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah.

“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.

“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.

Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w  bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.

Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.

“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram. (Hrkh)

Terendak A/Hadi, Surat Cinta Anwar Dll Dilelong


Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000

SHAH ALAM: Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat. Majlis lelongan itu dibuat dalam majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini.

2, 250 orang menyertai majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati dekat sini. Majlis itu disertai oleh hampir kesemua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP serta para penyokong Pakatan dan dermawan di samping pemimpin pro Pakatan dari Sabah dan Sarawak. Antara yang hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
  • Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibayar dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang membeli surat itu.
  • Ia diikuti oleh kartun yang dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000.
  • Pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.
  • Gambar santai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda DHPP Selangor, Sri Jalaraman. Jalaraman ketika ditemui berkata, beliau membelinya kerana penghormatan beliau kepada Presiden PAS itu.
  • Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS berjaya dilelong dengan harga RM11,000, 
  • gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000),
  •  teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000), 
  • gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000) 
  • dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).
  • Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja, Sebanyak 255 meja berjaya dijual dalam majlis makan malam ini di mana setiap meja dijual dengan harga RM1,000. 
  • Di samping itu, sebanyak RM20,000 berjaya dikutip dalam bentuk derma yang disumbangkan oleh peserta majlis makan malam ini.

"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata pengarah majlis ini, Dr Hatta Ramli kepada Harakahdaily.

Kartun Zunar telah berjaya dillelong dengan harga RM32,000 untuk tabung pilihan raya Pakatan Rakyat

Lelong! Lebih RM200,000 Malam Ini -Dr Hatta

 Datuk Lajim membeli surat cinta dari penjara dengan harga RM50,000

 Dr Hatta
SHAH ALAM - Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), antaranya tongkat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'surat cinta' Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjana RM182,000 untuk tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perikatan itu.

Lelongan diadakan pada majlis makan malam perdana PR di sini malam tadi.

Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Anwar, Ketua Pembangkang, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditulis beliau dari penjara.

Ia dibeli dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, pemimpin dari Sabah yang bulan lalu meninggalkan Umno dan BN.

Ia diikuti oleh kartun dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000, lapor Harakahdaily.

Pen yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ketika dalam penjara, dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.

Gambar santai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Selangor, Sri Jalaraman.

Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden Pas, berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000) dan tongkat Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja.

"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli.(SH)

Saya Isytiharkan Lelong Tongkat.. N/Aziz


Nik Aziz
Nik Aziz menggunakan tongkat, yang dilelong, semasa berjalan untuk menemui orang ramai yang mengikuti kuliah mingguan di sini, baru-baru ini.
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama untuk untuk menaja dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu. Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti,” katanya hari ini.

Ribuan orang mengikuti kuliah tersebut berdiri sebagai sokongan terhadap tindakan Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan.

Bajet: Bukan Angka Tapi Manfaat.. -A/Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata apa yang lebih penting dari pengumuman insentif dalam bajet adalah mekanisma penyampaiannya kepada rakyat.

Menurut beliau, tidak guna jika pengumuman dengan angka dan jumlah berbilion ringgit tetapi manfaatnya tidak sampai dan tidak dirasai rakyat. Malah lebih menyedihkan, tambah Ahli Parlimen Marang itu, perlaksanaannya selama ini hanya lebih menguntungkan kroni berbanding rakyat kebanyakan.

"Bajet bukan sekadar angka-angka dan duit berbillion untuk melaksanakan projek semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana membetulkan prinsip dan pelaksanaannya serta kesannya selama ini telah tidak sampai kepada manfaat rakyat terbanyak.

"Projek-projek berskala besar pula dipergunakan untuk mendapat laba keuntungan berlipat ganda menerusi naungan dan kroni politik Umno-putra," katanya kepada Harakahdaily.

Kenyataan itu sebagai ulasan ringkas terhadap Bajet 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini. Najib yang juga Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bajet dengan jangkaan hasil kerajaan pada 2013 sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

Beberapa isentif bersifat "one-off" juga diumumkan termasuk bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucar buku RM250 kepada pelajar universiti. Selain itu beliau turut mengumumkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 serta pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.

Biarpun menyambut baik pengumuman insentif itu, namun apa yang harus dibimbangi adalah mekanisme penyampaiannya.

"Selama puluhan tahun dibentang dan dijanjikan, rakyat perlu sedar tentang ketirisan berbillion duit khazanah negara yg telah hilang entah ke mana," kata Tuan Guru Abdul Hadi. (Hrkh)

Bajet 2013: Tak Dapat Selesai Hutang -Dr Mujahid


KUALA LUMPUR: Bajet 2013 didakwa memberi tumpuan yang lebih kepada golongan sasar untuk menarik undi mereka pada Pilihan raya Umum ke-13.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pemberian one off kepada golongan belia, nelayan, petani dan pesara tentera menunjukkan kerajaan sedang menawan hati golongan itu.

"Apa yang kerajaan beri dalam bentuk one off kepada golongan 21 tahun ke atas seperti rebat pembelian smartphone,  pelajar sekolah dapat RM100 baucer, RM250 baucer buku kepada pelajar IPT, ini semua sasaran kerajaan dalam pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, petang tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tiada sesuatu yang baru dalam Bajet 2013 selain tidak menyelesaikan masalah bebanan hidup rakyat.

"Semua ini tidak menyelesaikan bebanan hidup. Kita mahu kalau boleh ada isu harga minyak tapi tak ditekankan.

"Saya menganggap bajet ini berada dalam kerangka lama, tidak ada sesuatu yang baru dan bajet pilihan raya kerana semuanya akan diberi pada 2013.

Selain itu katanya, masalah hutang negara juga tidak dapat diselesaikan jika kerajaan terus mengamalkan pemberian one off.

"Masalah hutang negara tidak digarap dan meningkap 10.1 peratus dalam laporan ekonomi iaitu hutang dalaman RM484.8 bilion berbanding dahulu iaitu lebih kurang RM430 bilion," katanya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Bajet 2013: Pepulariti & Kekayaan Kroni -DS Anwar

Ahli-ahli Parlimen pembangkang mengangkat laporan Bajet Pakatan Rakyat 2013 sebaik tamatnya pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Abdul Razak petang tadi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sementara Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri ucapan Bajet 2013 dengan menegaskan masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendakwa pembentangan bajet kali ini oleh Perdana Menteri adalah untuk menaikkan popularitinya.

Anwar berkata, pembentangan bajet itu hanya memberi kekayaan ekonomi kroninya sahaja.

Katanya, "ya, dekat pilihan raya, isu untuk menjadikannya (bajet) populariti itu betul, kalau kecil-kecil tak mengapa."

"Tapi Najib perlu menyatakan isu-isu berkaitan harga barang keperluan dan perkhidmatan (GST) perlu difokuskan bukannya dengan hanya memberi insentif," katanya kepada pemberita di luar bangunan Parlimen petang ini.

Sebelum ini, ramai pihak termasuklah pemimpin PR mengatakan Najib akan menggunakan Bajet 2013 sebagai menaikkan kembali popularitinya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini pernah berkata, bajet yang akan dibentangkan Najib hari ini akan menjadikannya sebagai platform untuk meraih kembali popularitinya.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kemungkinan trend semasa akan naik semula memandangkan Najib akan mengumumkan Bajet 2013 hari ini.

Justeru, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, bajet yang dibentangkan Najib bersifat gimik politik dan bukan untuk rakyat.

Tambahnya, pembentangan bajet tersebut hanya mengetengahkan ekonomi negara yang kukuh tetapi tidak menekankan cara untuk meningkatkan pendapatan negara.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan bagi menentukan masa depan mereka dan anak-anak mereka sambil menggesa rakyat memberikan mandate kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada.

Perdana Menteri berkata persoalan yang perlu ditanya semasa membuat keputusan ialah sama ada kehidupan mereka hari ini lebih baik berbanding semalam dan sama ada hari esok menjanjikan harapan yang sarat dengan peluang serta potensi.

"Jika jawapannya ya, maka tanpa ragu-ragu berilah mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 berjumlah RM251.6 bilion di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib yang mengumumkan bahawa Bajet 2013 sebagai yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, berkata ia merupakan antara siri-siri belanjawan yang akan mendorong negara tercinta ke arah pencapaian wawasan nasional.

"Sebagai parti yang telah dimandatkan, kami menyeru rakyat menilai secara kritikal dan rasional akan titipan rekod kejayaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN). Kerajaan BN dan sebelum itu perikatan telah selama 55 tahun mencipta kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata, hakikat rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan BN sebanyak 12 kali tanpa putus sejak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada.

"Kita tahu ada pihak yang menyeru supaya mereka diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Secara berlapang dada, dalam sebuah negara yang demokratik, kita faham tidak salah menawarkan diri, kerana mereka juga ada hak,  namun pada akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan siapa akan mendapat mandat melalui peti undi," kata beliau.

Sambil memetik madah pujangga, bumi mana tak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak, Najib turut mengakui bahawa kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan tetapi yang membezakan BN dengan pakatan pembangkang ialah mereka tidak mempunyai ketawadu'an untuk mengakui kesilapan sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.

Najib berkata, pucuk pangkalnya, pihak yang menawarkan alternatif ini juga perlu dinilai catatan rekod mereka.

"Kerana mereka bukan tidak dikenali rakyat Malaysia. Malah, ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara. Tidak cukup dengan itu, hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan.

"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila kerajaan berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika kita berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya?" kata beliau.

Katanya jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa.

"Ini berbeza dengan kerajaan BN. Apabila berjanji, ditepati. Bahkan sebelum berjanji pun lagi, kita bersikap bertanggungjawab, dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak. Bukannya mengambil sikap asal menang, segala-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah ke mana."

Najib berkata, kerajaan BN juga pada hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala kepada rakyat sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan terhadap segala masalah mereka.

Memetik kata-kata seorang ahli falsafah Yunani "The measure of a man is what he does with power" Najib berkata justeru pada hari ini, untuk berkuasa, ada sesetengah pihak sanggup mengadu domba antara agama dan bangsa,  sanggup menggadai segala-galanya hatta prinsip sekalipun demi kerakusan kuasa.

Katanya, kerajaan BN dibimbing prinsip "fastabiqul khairat" seperti yang terkandung dalam ayat al-Quran yang dibacanya di awal ucapannya, iaitu berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang mencadangkan supaya keseluruhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang amat tidak  bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, rakyat Malaysialah yang akan terbeban menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN.

Katanya, pada hakikatnya kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional tetapi pihak lain yang ingin menjadi kerajaan merintis kekuatan melalui konflik dan kebencian dan kerajaan  difitnah serta dituduh semahunya.

"Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi Kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina  sebuah negara yang boleh kita banggakan. Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati  dan yang berbakat digilap.

"Sesungguhnya kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global. Mudah-mudahan dengan izin-Nya  dan sokongan padu rakyat, kita bakal membina sebuah realiti dari impian.

Kepada ALLAH kita berserah," katanya mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2013 itu. (SH)

Amaran! Seks Bebas, Taxes AS Diserang Siflis..


TEXAS Sept 12: Penguasaan Kesihatan Amerika Syarikat (AS) Rabu kemarin mengumumkan wabak siflis telah melanda Houston dan Harris County di negara Texas, AS.

Jabatan kesihatan Houston melaporkan adanya peningkatan hampir 100% kes baru siflis yang menular selama tujuh bulan pertama tahun 2012 dibandingkan dengan period sama tahun lalu, dikutip Xinhua menurut laporan situs The Houston Chronicle.

Ada 318 kes siflis menular di Harris County dari Januari hingga Ogos tahun ini, dibandingkan dengan 264 kes pada tahun 2011, menurut laporan bahagian penguasaan kesihatan Houston.
Kes-kes pada tahun 2012 sebesar 7.5 kes per 100,000 orang, naik dari 4.2 melalui period yang sama tahun 2011. Peningkatan baru-baru ini adalah 7,8 kes per 100,000 orang pada tahun 2007, menurut laporan tersebut.

Bahagian kesihatan setempat mendesak adanya pengujian langsung untuk penyakit siflis bagi lelaki berhubungan seks dengan lelaki, orang-orang terlibat dalam seks singkat, siapa saja telah melakukan seks dengan banyak pasangan dan orang-orang yang diuji positif mengidap penyakit seksual menular lainnya.

Sifilis merupakan penyakit infeksi menular seksual. Jika tak dirawat  boleh menyebabkan komplikasi serius.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu amaran kepada pelampau-pelampau taksub penciplak budaya barat, berhati-hatilah bukan semua yang didatangkan dari barat itu baik dan sesuai di sini.. Budaya tersebut jelas bercanggah dengan ajaran Islam. 


Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (najis zina), gay dan lesbian:
1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:
  • Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:
  • Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:
  • “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
  • “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”
4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:
منزنىأوشربالخمرنزعاللهمنهالإيمانكمايخلعالإنسانالقميصمنرأسه (رواه الحاكمعنأبىهريرة
  • Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.
5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:
عنابنعباسرضياللهعنهما،أنرسولاللهصلىاللهعليهوسلمقال : «منوجدتموهيعملعملقوملوطفاقتلواالفاعلوالمفعولبه»
  • Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.
6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:
إذاأتىالرجلُالرجلَفهمازانيانوإذاأتتالمرأةُالمرأةَفهمازانيتان
  • Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.
Janganlah seseorang Muslim bersikap diam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkannya secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa mereka yang mendiamkan diri itu. Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:
  • Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:
  • Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu? (IH)

Friday, September 28, 2012

K/Bharu Bandar Islam, Rujukan B/Aceh K/Madani.

 Gubernur Kelantan, Malaysia, dalam seminar "Banda Aceh Model Kota Madani"

Banda Aceh 28 Sept 12: Menteri Besat Kelantan atau disebut Gubernur Kelantan, Malaysia, Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat menjadi narasumber dalam seminar internasional sehari bertajuk Banda Aceh Model Kota Madani di Aula Balai Kota Banda Aceh, Khamis 27 September semalam. 

Seminar ini dipenuhi peserta dari berbagai komponen yang dengan seksama menyimak setiap paparan narasumber yang berjumlah 4 orang. Demikian menurut Hidayatullah.com.

Menurut berita itu lagi, Wali Kota Banda Aceh, Mawardi Nurdin mengatakan, seminar ini untuk menyaring aspirasi dan menyamakan persepsi. Selain itu untuk melakukan sinkronisasi dan sinerginisasi mindset menyangkut Kota Madani.

"Seminar ini untuk mencari masukan agar memiliki pemahaman yang sama dalam memahami Kota Madani tersebut," ucap Mawardi Nurdin.

Sebagai pembicara Gubernur Kelantan, Malaysia, membagikan pengalamannya selama memimpin Kelantan. Dato Bentara telah terlebih dahulu menerapkan Kota Baru, Bandar Islami Kelantan. Paparannya akan dijadikan bahan pertimbangan menyusun Banda Aceh Kota Madani.

“Kita tidak semua mengadopsi dari Kelantan. Ada hal-hal yang tidak sama, baik budaya maupun lainnya. Akan tetapi, secara umum, Kota Banda Aceh bisa menjadikan Kelantan sebagai referensi,” kata Mawardi.

Menurut beliau, yang penting dalam penerapan Banda Aceh Kota Madani adalah sikap toleransi antaragama harus terjaga. Di Kelantan, toleransi memang menjadi hal sangat diperhatikan untuk membina kerukunan beragama.

"Ke depan tentunya kita akan sangat toleransi dengan agama lain di Aceh dalam penerapan Kota Madani," tukasnya.

Setelah seminar ini Mawardi Nurdin akan segera membentuk team kecil untuk merumuskan semua hasil tersebut, kemudian langsung akan berkoordinasi dengan DPRK untuk dibahas lebih jauh. Baru setelah itu akan dimasukkan ke dalam Rencana Pembangunan Jangka Menengah (RPJM).

“Gubernur Aceh memberikan batas waktu dalam jangka 3 bulan setelah dilantik harus telah selesai RPJM Kota Banda Aceh,” katanya, dlaporkan The Globe Journal.

Pembicara lain dalam seminar Prof. Dr. Al Yasa' Abubakar, MA dan Prof. Dr. Syahrizal Abbas, MA, dipandu Mawardi Ismail, SH, MH, pakar hukum Universitas Syiah Kuala. Pembandingnya Prof. Drs. Yusny Saby, MA, Ph.D, pakar ilmu pemikiran Islam IAIN Ar-Raniry.

Sementara itu di Kuala Lumpur sebentar tadi, Tgk Mansur Din (gambar sebelah), Pengerusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM) menyambut baik usaha menerapkan Kota Baru, Bandar Islami Kelantan, yang paparannya akan dijadikan bahan pertimbangan bagi menyusun Banda Aceh Kota Madani.

"Saya, sambut baik hal tersebut dan persatuan kami akan setiasa memberi kerjasama ke arah cita-cita trsebut." Jelas beliau. (IH)


Lihat sebelum ini mengenai PKBAM....

Lihat catatan perjalanan ke Aceh sebelum ini...
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh.. E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh'
E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh' E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro' E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

Kedah: Khutbah Politik Wajib?


Datuk Noh Dahya
Datuk Noh Dahya

Kedah benar khutbah politik
ALOR SETAR – Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam. Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.

“Kalau politik itu untuk kebaikan dan mempunyai unsur-unsur keagamaan tidak mengapa. Tetapi sekiranya ia bertujuan untuk mengata seseorang memang tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan kekacauan,” kata kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang khatib yang membaca khutbah Jumaat berunsur politik baru-baru ini. “Difahamkan, khatib yang berbuat demikian adalah bukan daripada imam yang mendapat pentauliahan daripada Jaik. Sebaliknya dia hanyalah seorang imam atau khatib jemputan.

“Bagaimanapun, Jaik masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara itu,” katanya.

Noh berkata, sekiranya imam yang dilantik Jaik membuat kesalahan atau membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. Bagaimanapun, masih belum ada rekod kesalahan itu di negeri ini.

Berhubung insiden yang berlaku, Jaik akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil kepada khatib tersebut kerana masih belum mendapat laporan penuh. “Lagi pun, belum ada mana-mana anak kariah yang datang berjumpa saya untuk melaporkan kejadian yang berlaku dalam masjid berkenaan,” jelasnya.

Menurutnya, kes yang sering berlaku ini adalah kes yang terpinggir berikutan kelewatan buku khutbah dihantar.

“Walaupun begitu, khatib dibolehkan membaca teks khutbah yang lama sementara menunggu buku yang baru diterima kerana isi kandungan teks adalah lebih kurang sama.

“Lagi pun, sekarang ini adalah musim haji. Khatib boleh baca teks yang lama dahulu,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, salah seorang jemaah kesal dengan tindakan khatib jemputan yang mengaitkan isu politik sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, baru-baru ini.

Menurut laporan itu, bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, beliau khuatir disebabkan tindakan berkenaan akan menimbulkan pecah belah di kalangan jemaah masjid.

“Ada juga kalangan jemaah masjid yang hadir mengeluh, menggelengkan kepala kerana tidak menyangka khatib akan berceramah mengenai isu politik termasuk kejadian baling kasut di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, di sini, " katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini sokong Kedah benarkan khutbah politik kerana dalam Islam ada politik. Bahkan dalam mengumpat pun, ada mengumpat yang harus, apa lagi dalam khutbah Jumaat. Kadang-kadang perlu atau wajib dijelaskan hal-hal politik untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan jamaah.

Mana ada kehidupan di muka bumi ini yang tiada kaitan dengan politik hidup di dunia dan hari akhirat? Kerajaan Baisan Nasional sudah lama peralatkan agama, ketua agama, imam, khatib, masjid dan khutbah untuk politik haram sekular mereka.

Tidak Mustahil PAS Kalah Di K'tan PRU 13 Ini?


KL: 27 Sept 12: Tidak Mustahil PAS kalah di Kelantn dalam PRU 13 ini, berikutan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan kuasa parti itu akan hilang pada pilihan raya akan datang.

Demikian kenyataan editor weblog Ibnu Hasyim Dr HJ Mohd Hasyim (gambar) di sini sebentar tadi.


"Saya sokong pandangan Ketua Penerangan PAS/Kelantan Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan yang berkata, keputusan berkenaan akan berubah dari masa ke masa berdasarkan trend tertentu dalam polemik politik semasa. Jadi tidak mustahil PAS kalah di Kelanan dalam PRU 13 ini.." kata Hj Mohd.

Menurut Mohd Fadhli sebelum ini, hasil kajian itu tidak boleh dianggap secara jelasnya akan menentukan masa depan pemerintahan Pas sejak 22 tahun di Kelantan kerana jangka waktu penentuan masih panjang untuk menjawab segala-galanya. Walaupun begitu beliau menghormati dan menilai kajian yang dijalankan tersebut dalam bentuk positif terhadap kelangsungan kuasa Pas di Kelantan.

Jelas Hj Mohd lagi, "PAS tidak boleh pandang ringan kelemahannya, mahupun kelebihan parti lawan bila melihat keputusan kajian Umcedel yang menggambarkan trend sokongan BN di Kelantan positif pada PRU13 nanti. Lagipun sekarang ini, dikatakan trend rakyat mahu mengubah kuasa di peringkat pusat."

Walaupun begitu, Mohd Fadhli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, mahukan penjelasan lebih menyeluruh aspek kajian termasuk jumlah responden, variasi responden dan sudut persoalan dikemukakan kepada individu terlibat. Beliau tidak perlekehkan kajian ini, kalau boleh Pas Kelantan mahu melihatnya dan bagi PAS, ini adalah salah satu kajian daripada beberapa pihak di negara ini terhadap perkembangan politik di negeri. 

Jangkaan BN menang di Kelantan bertambah baik Kajian jangkaan BN menang pada PRU ke-13 di negeri Kelantan bertambah baik.


"Sudah tentu kenyataan ini tidak akan melemahkan PAS, bahkan ia memberi keazaman yang lebih kuat kepada jentera parti, untuk terus bekerja keras memastikan BN tidak boleh merampas Kelantan di bawah kepimpinan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."Jelas Hj Mohd lagi. (IH)

Kosong Ini (Yg Luluskan) Hantu/Syaitan Poitik..

Diangkat dari http://naimnikmat.blogspot.com, 27 Sep 2012
http://bm.harakahdaily.net/cache/557097_475129305853682_1029407399_n_thumb_medium490_0.jpg

Jangan pelik.. di Negara kita Malaysia.. ada rakyat yang mempunyai nama hanya dengan tanda ( ' ) sahaja... Dan sebab inilah puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta pembersihan daftar pemilih... KALAU DOK MAIN KOTOR.. BUKAN UMNO NAMANYA!!

Sila ikut arahan dibawah....

1 - KLIK link ini : http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
2 - Taipkan no kad pengenalan ini : 781220135703
3- Saksikan lawak antarabangsa SPR.........

Mengapa Iklan Tony Blair Ini Dilarang Di England?

England: Dilarang kerana barcode di atas bibir Tony Blair ini mengingatkan sosok Adolf Hitler manusia yang digeruni..
Siri 2: Ikuti sambungannya...
Lihat sebelum ini..

Ditahan Salahguna Pas, Bukan Kerana Najis Zina.

CEKUP...wanita asing yang ditahan dalam operasi itu, kelmarin.
CEKUP...wanita asing yang ditahan dalam operasi itu, kelmarin.

MELAKA: Lima wanita asing disyaki tukang urut yang sedang menanti kehadiran pelanggan di sebuah premis di sekitar bandaraya ini tergamam dan tidak sempat melarikan diri apabila ‘dikunjungi’ pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30-an itu menjalankan kegiatan berkenaan secara tidak sah dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka. Serbuan khas itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Salim Ahmad, kira-kira jam 3.45 petang.

Ketika serbuan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di bangunan berkenaan. Bagaimanapun, keadaan terkawal berikutan keenam-enam mereka tidak meloloskan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut. Pegawai Turus D7 Melaka, Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti menyalahi undang-undang premis itu.

“Ia berikutan semua wanita asing itu dipercayai bekerja tanpa permit sah sebagai tukang urut.

“Dalam serbuan sama, kami turut menahan seorang wanita tempatan berusia 30-an untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral berkenaan dapat dibanteras sepenuhnya di negeri ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK negeri iaitu 06-2851999 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti yang sering diulang-ulang oleh blog ini, 'Selagi aktiviti  'najis zina' itu tidak diaktakan sebagai suatu kesalahan, selagi itulah, masalah keruntuhan sosial ditengah masyaakat kita ini tidak dapat diselesaikan. Itu yang kerajaan kena sedar!

Thursday, September 27, 2012

Belanjawan PR 2013: 3 Agenda K'jikan -D/Pemuda




DEWAN Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan PR 2013 yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ianya dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat;
  • a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup,
  • b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan
  • c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.

Belanjawan PR ini menjadi satu lagi bukti kemampuan Pakatan Rakyat di dalam merangka strategi alternatif ekonomi nasional  yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar untuk Malaysia.

Kelak UMNO-BN dan pengampu-pengampu mereka tidak boleh lagi berhujah bahawa Pakatan Rakyat cuma pandai beretorik dan membuat omongan kosong kerana Belanjawan PR ini buat kesekian kalinya telah menjelaskan tawaran kita secara objektif, profesional dan bijaksana tanpa bersikap apologetik terhadap cabaran ekonomi yang seolah-olah cuba disembunyikan oleh pemerintah.

Belanjawan ini tidak membuaikan rakyat dengan gula-gula politik dan strategi perbelanjaan melampau seperti  Bajet kerajaan pada 2012  yang telah disifatkan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri sebagai suatu rasuah politik.

Sebaliknya belanjawan setebal 98 mukasurat ini menyusun program perbelanjaan konstruktif untuk membina jaringan keselamatan sosial bagi golongan miskin dan kelas ekonomi menengah secara mapan dengan penekanan terhadap aspek perumahan, belanja isirumah, pemilikan kenderaan dan pendidikan tinggi percuma tanpa bebanan dari PTPTN.

Di dalam hal ini, kita juga komited untuk merungkai monopoli UMNO-BN yang terus menerus menjerut dan menghambat potensi sebenar sistem ekonomi kita, sama ada di dalam soal bayaran tol sehinggalah amalan kolusi syarikat-syarikat besar yang menjadi penyumbang dana kepada kelangsungan politik wang pemerintah yang telah membarah.

Belanjawan ini penting sebagai bukti kepada rakyat bahawa amalan korupsi, kolusi dan nepotisme UMNO-BN ini boleh ditamatkan dengan langkah-langkah jitu dan realistik bersandarkan kemahuan politik kuat pemerintah yang cuma akan hadir melalui Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pasca PRU ke13 nanti insyaallah.

Agenda-agenda besar Belanjawan PR ini juga boleh dicapai berdasarkan kepada kebijakan yang terjana hasil dari pengalaman mentadbir negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang pastinya berguna untuk diaplikasikan di peringkat nasional.

Rakyat telah menyaksikan prestasi kepimpinan PR yang telah berjaya mengekalkan integriti bebas rasuah di samping kompeten, telus dan berhemat di dalam urusan pentadbiran walau terus dimomok dengan pemberitaan berat sebelah dan layanan tidak adil dari kerajaan pusat.

Malah kerendahan hati dan kesederhanaan pemimpin menyantuni rakyat menjadi pembeza kepada gaya mewah pimpinan UMNO-BN dan keluarga mereka. Atas dasar ini jugalah, kita yakin dengan aspirasi untuk meningkatkan hasil mahsul negara sehingga 18% sebagai sesuatu yang realistik bersandarkan kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PR untuk mendepani isu ketirisan, rasuah dan kecekapan di dalam urusan negara.

Dewan Pemuda PAS melihat Belanjawan PR ini sebagai suatu lagi terjemahan kepada konsep Negara Berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS bagi memastikan kekayaan negara tidak lagi berkisar di kalangan penguasa dan pemodal semata-mata, sedang ianya adalah  merupakan satu bentuk kezaliman.

Belanjawan ini menjadi satu manifestasi strategi untuk merakyatkan kekayaan negara secara adil dan saksama agar rezeki yang ada dirasakan cukup untuk semua orang dan semua urusan sekaligus membebaskan rakyat dari cengkaman mafia ekonomi.

Bermula dari nurani tersebut, timbul kesungguhan untuk terus berusaha mencambah kekayaan negara dan lahir pula keikhlasan dari rakyat untuk memanjat doa dan pengharapan kepada tuhan agar kebajikan dan kesejahteraan ini berpanjangan. Inilah kitaran keberkatan yang cuba dicapai, bermula dengan perbentangan strategi Belanjawan PR ini.

Aspek rububiyyah inilah yang tidak mungkin dapat difahami oleh pemerintah yang terus menerus merasakan penguasaan terhadap kekayaan negara adalah hak istimewa mereka secara tradisi.

Dewan Pemuda PAS dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah di atas pembentangan belanjawan rakyat ini. Kita akan melangkah penuh yakin untuk ke lapangan bagi menjelaskan visi dan strategi Pakatan Rakyat membawa kemakmuran kepada rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

N/Aziz Pakai T-Shirt, Berihat & Sokong Anak Muda.


KOTA BHARU: Biar pun masih berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, namun  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemangat menyokong anak-anak muda menuntut hak ke atas royalti minyak.

Petang tadi beliau memakai t-shirt R sebagai menyokong dan menghargai kegigihan anak-anak muda berjuang menuntut royalti. Baju tersebut dibawa aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) diketuai Naib Presiden, Dr Syed Khalid Abdullah ketika menziarahi Menteri Besar.

Kelihatan sama di wad, anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Dr Syed Khalid berkata, sokongan padu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menaikkan semangat anak-anak muda berjuang menuntut royalti minyak.

“Biar pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.

“Malah kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai,” katanya di sini.

Program tersebut akan menampilkan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selain itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin.

Wakil-wakil dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sabah dijemput menghadiri program berkenaan. Rombongan R dari Kelantan akan bertolak pagi 2 Oktober. Dr Syed Khalid berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta rakyat Kelantan hadir beramai-ramai pada program berkenaan sebagai memberi sokongan kepada perjuangan menuntut royalti.

“Kata Tok Guru kalau mereka tidak ada peluang hadir hendaklah doakan semoga perjuangan menuntut royalti menjadi kenyataan.

“Selain itu beliau juga menyarankan orang ramai mengibar bendera R atau tampal sticker pada kenderaan masing-masing,” katanya. (Hrkh)

Islam, PAS & Harapan Negeri Aceh..


KOTA BHARU: PAS diharap menjadi sebuah parti Islam yang disegani di rantau ini kerana parti itu yang memperjuangkan Islam sebagai sumber kekuatan umat Islam di negara lain. Ahli Dewan Perwakilan Aceh, Ramli Sulaiman berkata semoga PAS yang telah lama mentadbir Kelantan terus maju kerana parti itu menjadi contoh umat Islam di negara lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili anggota rombongan Dewan Perwakilan Aceh, di Bilik Gerakan, di Kota Darulnaim, di sini semalam. Seramai 14 orang anggota rombongan tersebut melakukan lawatan muhibah ke Kelantan selama empat hari.

Dalam tempoh itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Amar ketika berucap pada majlis itu memberitahu Aceh dan Kelantan merupakan dua buah negeri yang mendapat jolokan Serambi Makkah di Malaysia dan Indonesia.

“Kita ni serumpun walaupun di negara lain, mempunyai persamaan dalam banyak perkara, budaya, makanan, percakapan,” ujarnya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini mengenai PKBAM....
Lihat catatan perjalanan ke Aceh sebelum ini...
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh.. E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh'
E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh' E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro' E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

Sukan Unik: Lompat Unta Di Yaman

SUKAN
LELAKI suku Zaraniq yang tinggal di pantai barat Yaman, memiliki tradisi sukan unik 'loncat-loncat' sederetan unta! Inti dari sukan ini, adalah lari secepat mungkin untuk melompat dan melintasi sebanyak boleh unta yang sedang berbaris. Pemenangnya adalah orang yang meloncati barisan unta paling banyak. Sebelumnya, para peserta loncat unta memakai pakaian tradisional warna biru, digulungkan di sekitar pinggang sebelum mereka meloncat.

Sebenarnya, tradisi loncat unta ini sudah ada sejak zaman dahulu kala, tetapi hampir dilupakan. Sukan ini mulai dikenal lagi sejak anggota suku Zaraniq mulai mempraktik lagi baru-baru ini. Suku Zaraniq memang terkenal dengan kecepatan, kekuatan, dan keberaniannya di seluruh Yaman.

Acara loncat unta biasanya berlangsung ketika ada acara pernikahan dan al-Khamis, iaitu festival tahunan yang menandai berakhirnya musim tuai, diiringi oleh tarian dan nyanyian.
 
Lihat videonya..
(IH)

Mandi Buih Bogel (Najis Zina) Terbongkar Lagi..


Mandi buih sambil bogel
Warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan di sebuah rumah urut di Bandar Puteri.

PUCHONG – Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT). Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup.

Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.

Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen. Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.

“Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.

“Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya.

Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selagi aktiviti  'najis zina' itu tidak diaktakan sebagai suatu kesalahan, selagi itulah, masalah keruntuhan sosial ditengah masyaakat kita ini tidak dapat diselesaikan. (IH)

Tuesday, September 25, 2012

Royalti Minyak: Sokong K'tan Batal Perjanjian.


 MB Kelantan teraniaya..

KOTA BHARU: Seorang peguam, Muhammad Faizal Che Yusof berhujah kerajaan Kelantan berhak membatalkan dan menamat perjanjian dengan Petronas kerana ada perlanggaran undang-undang kontrak. 

Beliau berkata, secara jelas berlaku rescind the contract apabila Petronas gagal membayar royalti sebagaimana dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani 9 Mei 1975. Katanya, Petronas telah memecah janji atau repudiate the contract.

“Justeru itu pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975.

“Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka sumber minyak,” katanya di sini.

Pada 2, 3 dan 4 Oktober ini akan berlangsung perbicaraan kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya. Sempena perbicaraan tersebut Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) akan mengadakan konvoi beramai-ramai ke Putrajaya.

Muhamad Faizal seorang peguam hak asasi berkata, kerajaan Kelantan boleh memohon pengisytiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian tersebut. Ini kerana kata beliau undang-undang paling asas dalam sesuatu kontrak menyatakan bila mana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau repudiate.

“Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk rescind the contract iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian yang dipersetujui,” katanya.

Menurutnya kerajaan Kelantan berhak untuk memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan daratan dan perairan Kelantan dengan cara sendiri. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Serah KTM, Pulau Batu Putih dan bertolak ansur dengan jambatan bengkok kepada negara Singapura boleh, mengapa dengan Kelantan negeri sesama agama-bangsa tak boleh? 

Kita setuju kerajaan Kelantan berhak batal dan tamatkan perjanjian dengan Petronas segera, kerana ada perlanggaran undang-undang kontrak. Rakyat Malaysia perlu tolak kerajaan yang menyamun hak rakyat Islam-Melayu dalam PRU 13 ini...(Hrkh)

Iklan Ini Tak Bermoral, Dilarang Di Rusia. Wajarkah?

Rusia larang iklan ini, tidak bermoral atau lucah. Wajarkah?
Siri 1, Ikuti sambungannya...

Facebook/Twitter Buat Pengguna 'Muflis'.


DUNIA maya, melalui Facebook dan Twitter telah membuka ruang diskusi seluas-luasnya. Tak bertatap muka membuat diskusi lebih berani, terkadang terlalu berani. Melemparkan pandangan sebagai bentuk pengingatan, tapi caranya tak sesuai tuntunan. Tak sedar mungkin kita termasuk golongan dibawah ini:

1. Orang yang muflis tapi tak sedar
  • “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala shalat, puasa, dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kedzaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kedzalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibagi-bagikan kepada orang-orang yang didzaliminya sementara belum semua kedzalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang didzaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR. Muslim)“
Hujah, cemun, debat, cerca, tuduh menjadi hal yang biasa di Facebook dan Twitter. Tak sedar, akan muflis  diakhirat nanti. Gambar-gambar cemuhan boleh masuk cerca, walau niat hanya untuk satire rileks atau mengingatkan. Ingatkan pun ada adabnya.
  • “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik “(QS an Nahl: 125)
  • “Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam” (HR. Bukhari Muslim)
2. Tak dianggap Mukmin
  • “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji “(HR. Tirmidzi)
Sedih kan? Hanya kepuasan menang debat yang kita dapat, tapi predikat mukmin terbuang

3. Mendapatkan Hadiah dari Semua yang dituduhkannya
  • Dari Abu Zar ra, ia mendengar Nabi saw bersabda, “Seorang lelaki yang menuduh lelaki lain jahat, atau menuduhnya kafir, maka tuduhan itu berbalik kepadanya, jika orang yang dituduhnya itu tidak seperti itu.”(HR. Bukhori)
Tuduhan liar, belum tentu kebenarannya. Nafsu marah puas, tapi jika tak benar keburukan itu kembali padanya.
  • Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda: “Apabila seseorang berkata, ‘Celakalah mereka!’ maka orang itulah yang paling celaka.”(HR. Bukhori)
4. Pendusta
  • “Cukuplah seorang itu (disebut) telah berdusta jika mengatakan semua yang didengar.” (HR Muslim)
Itulah yang sering kita lakukan. Mengatakan apa yang kita baca dan dengar. Berhati-hatilah saat mentautkan link dan menyebar berita dari media. Apalagi dari sumber yang tidak betul. Kita anggap perkataan kita mudah, ternyata tidak bagi Allah.
  • Rasulullah` bersabda “Sesungguhnya ada seorang lelaki mengucapkan sepatah kata yang dianggap tidak apa-apa tetapi ternyata boleh menjerumuskannya ke dalam Neraka sampai tujuh puluh tahun.” Dan tatkala Uqban bin Amir bertanya kepada Rasulullah “ Ya Rasulullah apakah sesuatu yang dapat menyelematkan kita? ” Lalu dijawab oleh Nabi ` “Tahanlah olehmu lisanmu.”
Sedihnya melihat diskusi-diskusi di fesbuk saat ini. Menyakiti hati saudaranya dianggap biasa.
  • Anas bin Malik berkata kepada para tabiin ”Sesungguhnya kalian melihat dosa yang kalian lakukan itu lebih kecil dari sehelai rambut, padahal kami menganggapnya di masa Nabi SAW termasuk dosa yg membinasakan”
Dosa sekecil apapun, jika terbiasa akan menumpuk menjadi dosa besar. Padahal tak ada dosa yang tak terbalas.
  • “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” (al Anbiyaa’ 21:47)

5. Beralaskan tikar api neraka di akhirat

Tahukah kau saudaraku, bahawa dusta, tuduhan, olok-olok termasuk perbuatan zalim?
  • “Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim” (QS. Al A’raaf [7]: 41)
Saudaraku, tahanlah keinginan kita. Sungguh perkataan kita berat pertanggungjawabannya disisi Allah. Tinggalkanlah debat yang sia-sia!Rasulullah SAW bersabda: “Aku akan menjamin sebuah rumah di dasar surga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bahagian teratas syurga bagi orang yang membaguskan akhlaknya.”(HR. Abu Dawud)
  • Rasulullah bersabda: “Barangsiapa meninggalkan debat dalam (masalah) agama, padahal ia di pihak yang menolak (kontra), maka dibangunkan untuknya rumah di tengah Surga.” (HR. Abu Dawud dll)
  • Ibnu Abbas berkata: “Cukuplah engkau sebagai orang zhalim bila engkau selalu mendebat. Dan cukuplah dosamu jika kamu selalu menentang, dan cukuplah dosamu bila kamu selalu berbicara dengan selain dzikir kepada Allah.”
  • Muslim bin Yasar berkata: “Jauhilah perdebatan, karena ia adalah saat bodohnya seorang alim, di dalamnya setan menginginkan ketergelincirannya.” 
(IH/Zilzaal)
Lihat sebelum ini...

Ambil Makan Dg Mulut Dari Tubuh Wanita Bogel..


JOM KREATIF

APA rasa, bila U ambil makanan dengan mulut U dari puting susu seorang wanita bogel, yang sedang terlentang depan U? Gambar di atas ini buktinya.

Ini betul-betul terjadi, bukan main-main. Berbagai cara kreatif menarik pelanggan mengunjungi restoran dalam rangka memajukan bisnes. Sebuah restoran di Miami, Amerika Syarikat memberi pengunjung kesempatan untuk makan sushi terus dari tubuh telanjang. Tarif untuk makan istimewa itu bernilai US$500.

Pelanggan dapat memesan hingga enam meter dari sushi dan sashimi di Hotel Catalina&Beach Club Kung Fu dan Dapur Sushi, cukup untuk memberi makan 15 pengunjung. Masakan Jepun diletakkan di tempat strategik sepanjang tubuh model.

"Pada dasarnya U boleh makan dari tubuh manusia telanjang." kata pemilik restoran itu, Nathan Lieberman. "Ini sebahagian besar bagi jamuan makan ramai-ramai atau hari pesta ulang tahun."

Makanan yang menutupi kelaminnya juga boleh diambil. Tentu boleh tenguk terus bahagian kelaminnya, kerana tidak ditutup kecuali terlindung oleh lapisan makanan. Pengunjung boleh gigit makanan dari puting susu jika mereka mahu. Bagi yang ingin makan di atas tubuh lelaki pun ada.  

"Saya memiliki staf yang sangat tampan," katanya kepada stasiun TV. "Mereka kata, Kami mahu wang, dan kami sedia telanjang! Ketika tamu meminta model lelaki, mereka guna salah satu koki sushi, 'pejantan nyata," kata Lieberman.

Praktik melayani makanan dari tubuh telanjang dilarang di Cina pada tahun 2005. Tetapi Jabatan Bisnis dan Peraturan Profesional Florida tidak melarang hal itu selama restoran makanan yang disajikan tetap higienis. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah hal seperti ini berlaku di Malayisa? Jawabnnya, memang boleh! Selagi negara pimpinan UMNO ini, masih mengamalkan dasar haram, 'asal dapat duit tidak peduli halal-haram' lagi.

PERHATIAN:  Halaman 'Jom Keatif' di sini bukan mengajak pelayar-pelayar mengikut 'buta-tuli' berita-berita perlakuan kreatif, tetapi hanya menjenguk saja 'dunai kreatif termasuk 'kegilaan'nya. (IH/Pelbagai Sumber)

Monday, September 24, 2012

Wajarkah Rosmah Tidak Bertudung Di Majlis Ini?

Tetamu Diraja
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (atas kanan) beramah mesra dengan tetamu kehormat lain ketika Majlis Istiadat Perkahwinan pasangan diraja Brunei di Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan, hari ini. – Foto Bernama
Meraikan Pengantin Diraja
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (bawah -lima, kanan) dan Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha (enam, kiri) bergambar kenang-kenangan bersama Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, hari ini. – Foto Bernama

Bertudung, Najla Mahmud isteri Presiden Mesir.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkan isteri Perdana Menteri Malayisa, negara yang 'Islam adalah agama bagi Persekutuan' tidak pakai tudung berbanding gambar di bawah?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..


SESEORANG memberi komen kepada artikel yang disiarkan di blog ini semalam Jun 20, bertajuk 'Perubahan: UMNO Macam Sumpah-sumpah.. Oleh Ustaz Idris Ahmad'. Komen tersebut berbunyi..

Rantong said... Berhati-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman. "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12) June 20, 2009 8:55 AM

Terima kasih kepada kepada Rantong, kerana kita memang disuruh saling pesan memesan dan ingat-mengingati. Al-hamdulillah, anda mengingatkan penulis-penulis blog yang bukan blog ini sahaja mengenai larangan mengumpat seperti di ayat Al-Hujurat Ayat 12. Pihak kami ingin melebarkan perbincangan mengenai 'mengumpat' itu.


Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!

Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut.
Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain.

6 Perkara tersebut ialah:


Pertama:
Orang yang dizalimi. Maka harus bagi orang yang dizalimi mengadu kezaliman yang dilakukan ke atasnya kepada pemerintah, qadhi dan sebagainya yang menjadi penguasa atau mempunyai kekuatan untuk menghentikan kezaliman orang itu. Contohnya, dengan menyebut : “aku dizalimi oleh fulan seperti ini... “.


Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran. Caranya dengan menyampaikan kepada sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kemampuan untuk membetulkan kemungkaran tersebut. Contohnya, dengan menyebut : “ fulan itu melakukan begini.. “. Maka boleh disampaikan dengan tujuan untuk mengubah mungkar. Jika bukan dengan tujuan itu adalah haram.

Ketiga:
Meminta fatwa. Contohnya, kita bertemu mufti dan berkata : “ aku dizalimi ayahku atau saudaraku atau suamiku atau fulan dengan begini. Maka apa pandangan mu (mufti )?”. Pertanyaan itu bertujuan untuk meminta pandangan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi, baik juga jika nama identiti individu tersebut tidak disebut secara terperinci kecuali dengan menyebut kesalahannya sahaja.

Keempat:
Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka. Contohnya apabila kita mengetahui adanya orang yang diambil menjadi saksi dalam sesuatu kes, tetapi kita tahu kefasiqannya, maka wajib mendedahkannya demi kemaslahatan umat Islam. Ataupun seorang perawi hadith yang diketahui mempunyai masalah di sudut thiqah atau adilnya, maka boleh didedahkan kerana untuk menjaga kepentingan ramai daripada menerima hadith yang diriwayatkannya.

Ataupun dalam bab perkahwinan, dibenarkan kita menyebut keburukan seseorang jika ada orang yang ingin mengahwininya datang bertanya tentang diri individu itu pada kita, atau dalam urusan untuk berpakat berniaga, maka dibenarkan kita menyampaikan keburukan seseorang yang ingin melakukan kerjasama dalam perniagaan agar terselamat dari amalan buruknya, atau dalam urusan menyimpan barang, maka boleh kita maklumkan keburukan seseorang yang kita tahu dia tidak amanah dan sebagainya dan lain-lain.


Atau kita memaklumkan kepada orang ramai agar tidak berguru dan berhati-hati dengan seseorang yang kita tahu dia sering berulang-alik belajar dari guru yang bid’ah. Atau ilmunya diambil dari orang yang fasiq kerana kita bimbang akan timbul mudarat darinya nanti.
Ataupun kita memaklumkan pada orang ramai tentang keburukan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin kepada satu kaum, tetapi dia fasiq, lagha (lalai) dan sebagainya. Maka wajib memaklumkan pada orang ramai.

Kelima:
Orang yang melakukan maksiat atau bid’ah secara terang-terangan seperti minum arak, mengambil cukai (peras ugut dan sebagainya), ambil harta orang secara zalim, menjadi kepala utama dalam melakukan kejahatan, maka harus didedahkan kejahatan mereka ini. Namun, perbuatannya jahat yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja perlu disebut, bukan selainnya.

Keenam:
Pengenalan diri . Apabila ada manusia yang dikenal dengan gelaran seperti mata berair, tempang, pekak, buta, juling dan sebagainya, maka harus memanggil mereka dengan gelaran itu dengan tujuan untuk mudah dikenali. Jika bukan dengan tujuan untuk mudah mengenali, sekadar untuk menghinanya, maka hukumnya haram. Adapun, jika gelaran-gelaran itu tidak diredhoi oleh mereka, maka tidak dibenarkan memanggil gelaran itu dan usahakan dengan panggilan lain jika ingin mudah kenal sekalipun.

Inilah 6 keadaan diharuskan ghibah (mengumpat) oleh ulama'-ulama’ dengan pelbagai dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadith masyhur yang telah mereka sepakati.
Maka pandai-pandailah kita menilai dan meletakkan mengumpat kita dan anda, sehingga tidak terjerumus jadi 'pengumpat' yang dilarang pula!
Sekian, Harap maklum, wassalam... dari editor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails