Saturday, October 27, 2012

Selamat Hari Raya & Haramkan Nuklear -Guan Eng

2
 
 
KUALA LUMPUR: Selamat Hari Raya. Demi kesihatan dan melindungi alam sekitar, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengharamkan dan tidak membenarkan apa-apa pembinaan loji reaktor nuklear di Pulau Pinang.
Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia demi kurangkan risiko ancaman alam sekitar dengan menolak kilang nadir bumi Lynas di Kuantan dan cadangan membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

Berikut kenyataan penuh beliau.

DAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umah Islam dan mengirimkan harapan keamanan, kemakmuran, keadilan dan kebebasan dalam keadaan yang adil dan saksama.

Konsep pengorbanan dalam Islam amatlah dikagumi, termasuk mesra dengan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan.

Demi memastikan tidak berlakunya pencemaran alam sekitar, maka DAP ingin mencadangkan projek-projek pembangunan yang mencemarkan alam sekitar seperti kilang nadir bumi Lynas di Kuantan ditutup, menolak atau membatalkan cadangan kerajaan persekutuan BN membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

Keresahan penduduk di Pengerang, Johor tentang pencemaran alam sekitar harus diberikan perhatian kerana RAPID juga membabitkan suatu kilang gergasi petro-kimi Taiwan.

Sememangnya kilang nadir bumi Lynas harus ditutup kerana tidak ada jaminan sisa toksid radioaktif boleh diuruskan atau dibuang dengan selamat di luar Malaysia. Pengalaman pahit di Bukit Merah, Perak yang menghancurkan kehidupan penduduk memang tidak akan dilupakan.

Manakala tidak ada sebab kerajaan persekutuan BN masih mahu meneruskan projek loji reaktor nuklear selepas tragedi gempa bumi dan tsunami di Fukshima, Jepun.

Semasa kebanyakan negara di dunia, termasuk Jerman, menamatkan program loji reaktor nuklear, keazaman kerajaan BN meneruskan loji reaktor nuklear sungguh tidak masuk akal dan tidak waras.

Mengikut jawapan Parlimen, 7 tapak telah dikaji untuk menempatkan 2 buah loji reaktor nuklear ini. Macam mana loji reaktor nuklear boleh dikendalikan dengan baik bila rumah kediaman para angkatan tentera bernilai RM3.2 bilion pun tak dibina dengan elok dan bumbung Stadium di Kuala Terengganu pun boleh tumbang?

Demi kesihatan dan melindungi alam sekitar, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengharamkan dan tidak membenarkan apa-apa pembinaan loji reaktor nuklear di Pulau Pinang.

Adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia demi kurangkan risiko ancaman alam sekitar dengan menolak kilang nadir bumi Lynas di Kuantan dan cadangan membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

LIM GUAN ENG

Jemaah Haji Melontar Jamrah



JEMAAH haji melontar batu di Jamrah Aqaba di Mina semalam. 

MINA, Arab Saudi - Ratusan ribu jemaah haji melontar jamrah di Mina semalam pada hari pertama Hari Raya Aidiladha. Para jemaah haji dari 189 buah negara itu melontar batu di Jamrah Aqaba yang merupakan sebuah batu.

Selepas melontar jamrah, para jemaah lelaki menggunting atau mencukur rambut. Para jemaah yang selesai melontar akan kembali ke khemah masing-masing dan menunggu untuk melontar lagi batu di Jamrah Ula dan Wusta.

"Saya melontar jamrah pada awal pagi apabila tidak ramai jemaah berada di kawasan ini," kata seorang jemaah haji dari Malaysia, Abdullah Noor kepada agensi berita AFP.

Abdullah, 47, berkata, dia berasa gembira kerana dapat sampai ke tanah suci yang merupakan cita-cita sejak bertahun-tahun lamanya.

"Namun, saya berasa sedih kerana tidak dapat membawa keluarga bersama," katanya.

Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan.
Hampir 2.5 j (Kosmo)

Unta Terbang? Teknologi Potong Korban Di Mekkah


Perdagangan unta untuk kurban Idul Adha di Arab SaudiPerdagangan unta untuk korban Idul Adha di Arab Saudi (REUTERS/Fahad Shadeed )

Mekkah Pakai Teknologi Jerman

Untuk pertama kalinya, pemerintah Mekkah di Arab Saudi menggunakan teknologi Jerman di rumah jagal haiwan pada Idul Adha tahun ini. Diharapkan, teknologi baru ini mampu memenuhi keperluan potong lembu dan unta untuk korban. Diberitakan Saudi Gazette, Jumaat 26 Oktober 2012, dengan teknologi ini, binatang korban akan dikekang secara otomatik di dalam kandang sebelum disembelih dan dikuliti, kata Dr Habib Zainul Abidin, ketua pusat pengembangan projek di Kementerian urusan Perkotaan Arab Saudi.

Dia mengatakan, teknologi ini digagas oleh dua orang ahli dari Jerman yang telah menjadi mualaf. Untuk teknologi ini, Saudi merogoh kocek hingga SR56 juta. Setelah disembelih oleh tukang sembelih, dengan teknologi ini, haiwan korban akan dihantarkan secara mekanis ke unit lain untuk dikuliti sebelum dihantarkan lagi ke unit pengemasan. Korban akan lebih cepat dengan teknologi Jerman ini.

"Sekitar 10.000 unta dan lembu akan disembelih dalam waktu tiga hari," kata Abidin.

Sejauh ini, telah disembelih 41,488 kambing, 2,326 unta dan 1,452 lembu di berbagai rumah jagal di Mekkah sejak awal liburan Idul Adha. Pemerintah Saudi juga melakukan sidak untuk memastikan seluruh rumah sembelihan di Saudi memenuhi syarat yang telah ditetapkan. (IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-62: Selamat Raya Haji.. Baca Ini.
E-Buku IH-62: Selamat Raya Haji.. Baca Ini.

Friday, October 26, 2012

Jemaah Haji Berhimpun Di Arafah (Subuh Semalam)

SEJUMLAH jemaah haji tiba di Jabal Rahmah dekat Mekah semalam. 

PADANG ARAFAH - Lautan jemaah haji yang berpakaian ihram membanjiri Padang Arafah di sini, barat Arab Saudi awal pagi semalam untuk menunaikan salah satu daripada lima rukun haji. Ramai jemaah berkhemah di padang itu dengan kebanyakan mereka tiba sekitar waktu subuh semalam.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak dari 189 buah negara membanjiri kawasan itu dan mendirikan khemah pelbagai warna untuk tidur serta berdoa. Sekitar 2.5 juta jemaah berada tiba di Padang Arafah.

"Kami datang dari Mekah. Kami berjalan kaki dari Masjidilharam ke Mina dan menaiki bas ke Padang Arafah," kata seorang jemaah haji dari Mesir yang datang bersama keluarganya.
"Semakin penat kami rasa, semakin banyak ganjaran pahala yang Tuhan berikan," kata lelaki itu.

Selepas selesai solat subuh, ramai jemaah haji menuju ke sebuah bukit kecil di Padang Arafah yang dikenali sebagai Jabal Rahmah. Sebahagian jemaah berehat dan berdoa di celah batu di bukit tersebut dengan air mata mengalir di pipi mereka. Nabi Muhammad SAW dipercayai menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam di kaki bukit tersebut sebelum baginda wafat.

BEBERAPA jemaah haji berdoa di bukit Jabal Rahmah. 

Sementara itu, seorang lelaki menggesa jemaah haji agar tidak mendaki tangga batu yang licin untuk menuju ke puncak Jabal Rahmah.

"Nabi dan pengikutnya tidak pernah mendaki bukit ini. Tolong jangan mendakinya," kata lelaki berkenaan dengan menggunakan pembesar suara.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa jemaah haji pernah tergelincir dan terjatuh semasa memanjat bukit tersebut manakala sebahagian lagi meninggal dunia akibat insiden rempuhan. Sebahagian jemaah tidak menghiraukan nasihat tersebut dan cuba mendaki Jabal Rahmah tetapi tiada sebarang kejadian tidak diingini yang dilaporkan berlaku.

Beberapa jemaah haji Syria turut dilihat mengibarkan bendera para penentang Presiden Bashar Al-Assad.
Ia merupakan simbol kebangkitan rakyat negara itu yang menentang pemerintahan Bashar sejak 19 bulan lalu. Jemaah haji kemudian akan bergerak pula ke Muzdalifah yang terletak di antara Mina dan Arafah untuk melontar batu di tiga buah jamrah. - AFP

LAKSANA RUKUN...jemaah haji tiba di Arafah untuk berwukuf. 

Aidil Adha: 3 Watak Comitmen Perintah Allah..


Assalamualaikum wbt..
Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..

Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.

Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu..
  • Nabi Allah Ibrahim a.s, 
  • anaknya Ismail dan 
  • isterinya Siti Hajar.
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".

Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.

Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.

Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.

Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Thursday, October 25, 2012

Piala Malaysia: Hadiah Tunai Umrah Suatu Tarbiah.


Kelantan
Pasukan Kelantan meraikan kejayaan bersama trofi Piala Malaysia setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

KL: Suatu bentuk tarbiah atau pendidikan bila Kerajaan Negeri Kelantan menghadiahkan ganjaran berupa pakej menunaikan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak The Red Warriors atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua, Sabtu lalu. Demikian pandangan weblog Ibnu Hasyim.di sini.

Hal ini berikutan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob membuat keputusan tersebut yang dicapai menerusi mesyuarat Excodi Kota Bharu semalam. Kejayaan Kelantan merangkul piala paling berprestij itu, sekali gus meraih gelaran ‘treble’ pertama, merupakan satu sejarah bagi landskap bola sepak negeri ini.

"Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan ini. Kita berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan barisan pemain yang berjaya membawa pulang piala tersebut buat kali kedua ke negeri ini." kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob semalam.

"Jika pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia memberi lot tanah, kita hari ini bersetuju untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pakej mengerjakan umrah sebagai tanda penghargaan daripada pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam perlawanan akhir edisi ke-86 pada Sabtu lalu, Kelantan berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia menerusi kemenangan dramatik 3-2 untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini, Kerajaan Negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2009.

Malah pada tahun 2010, Kerajaan Negeri juga memberikan ganjaran RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan The Red Warriors setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat secara besar-besaran bagi meraikan kejayaan pasukan Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 3 November ini.

Bagi Weblog Ibnu Hasyim, "Pengurniaan tunai haji dan umrah adalah suatu contoh baik yang perlu diikuti kepada  pasukan-pasukan bola di negeri-negeri lain. (IH)

Fiqh Ibadah korban



Ibadat korban di Kemboja memberi peluang umat Islam di sana menikmati daging sekurang-kurangnya sekali setahun.


HUKUM berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah yang berpendapat berkorban wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Muslim yang sohih, ertinya:-

  • “Barangsiapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan telah masuk 10 awal (Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  sehinggalah sampai korban dilaksanakan." (Muslim, 3/39)
Justeru, majoriti ulama daripada mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan lain-lain kewajiban.

Korban dengan Bayar Sedekah Duit Tanpa Wakil Sembelihan


Tidak dibenarkan juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih daripada pasar lalu disedekahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, pemberian daging dianggap sedekah biasa sahaja dan bukannya korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban adalah jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya sahaja. Hal ini adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Adalah diingatkan jua agar meniatkan korban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedekahkan daging atau lain-lain niat. Firman Allah yang bermaksud:

  • “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 37)

Kongsi Lembu

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada tujuh bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadis pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berkorban. Ertinya;
  • "Hadirkanlah dirimu pada waktu sembelihan, diampunkan bagimu daripada titisan darah sembelihanmu yang pertama"

Mematahkan Tulang Dan Tanduk Binatang Korban


Majoriti ulama mengharuskannya manakala tegahan untuk mematahkan tulang hanya dalam hal akikah dengan doa ia menjadi kebaikan kepada si bayi berdasarkan hadith riwayat Al-Bayhaqi. Maksudnya;

  • “Sunnah adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi perempuan, dimasak dan tiada dipecahkan tulangnya.” ( Riwayat Al-Bayhaqi dan Al-Hakim)
Namun tiada sebarang nas atau dalil yang menegah dalam bab sembelihan korban.

Binatang Terbaik untuk Korban

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

Korban di Luar Kawasan

Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling. Namun, diharuskan mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.

Namun, ulama Mazhab Shafi’e tidak membenarkan dipindah keluar kawasan jika di dalam kawasan masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar daripada udhiyyah. Bayangkan apabila kita mewakilkan seseorang lain melaksanakan korban itu sudah menyebabkan kita terluput daripada melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana Rasulullah tidak pernah mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain.

Malah sewaktu hari raya korban berlangsung, bagi mereka yang mewakilkan kepada pihak lain, apakah yang dapat mereka rasakan daripada ibadah korban kecuali hanya seolah-olah menyedekahkan wang sahaja, sepatutnya korban melebihi dari hanya sekadar sedekah wang dan makanan. Korban adalah suatu ibadah khas menghidupkan syiar dalam komuniti dan diri.

Gabung Korban dan Akikah

Mazhab Syafi’e, Maliki dan Pandangan Ahmad: Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Korban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala akikah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haithami Al-Syafie, menyatakan bahawa - jika diniatkan seekor kambing untuk korban dan akikah sekaligus, tiada diperoleh salah satu antara keduanya, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu.

Sementara itu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, al-Hasan Basri, Ibn Sirin dan Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait - Harus digabung semua dengan niat korban atau sebahagian korban dan sebahagian akikah.

Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan.

Pembahagian Daging

Daging korban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan seperti berikut :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berkorban,
1/3 (sepertiga) kepada fakir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Agihan ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;

  • "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir." (Al-Haj : 28)
dan juga firman Allah SWT yang bermaksud;

  • "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian harus (dibenarkan) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini samada untuk makan keseluruhannya atau kebanyakkannya.

Upah kepada Tukang Sembelih dan Lapah Serta Jual Daging Qurban

Dilarang memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), Namun, harus jika dia termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud;
  • “Rasulullah mengarahkan aku agar tidak memberi pelapah sesuatu apa (upah) pun.” ( Riwayat Al-Bukhari)
Namun, boleh diberikan daging korban sebagaimana orang lain.

Tidak dibenarkan juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan.

Dibenarkan untuk menyimpan daging korban walaupun melebihi 3 hari berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim.

Memberi Daging Korban kepada Orang Bukan Islam


Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

Berkorban atau Membayar Hutang

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan, berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Justeru, untuk menentukan keutamaan sama ada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah korban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi daripada individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah korban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Hal ini amat jelas kerana ibadah korban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala melangsaikan hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘terkorban', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

Sembelih Korban Guna Ayam

Asal hukum mesti bahimatul al-an’am sebagaimana disebut di dalam al-Quran. Ayam tidak tergolong dalam kategori itu. Bagi mereka yang tidak mampu, gugurkan kesunatan korban daripada mereka. Namun jika mereka ingin menyembelih ayam sebagai ganti, hanya menjadi sedeqah biasa. Diriwayatkan Ibn Abbas pernah membeli daging dengan harga satu dirham dan berkata, “nah, inilah korban Ibn Abbas,” iaitu secara majaz.

Korban oleh Organisasi & Syarikat?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan peruntukan tertentu untuk membeli 20 ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya - "tidak boleh !" Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ibadah ini bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, jika sebuah organisasi ingin melaksanakannya, mesti menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu, korban barulah sah dan menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya dihadiahkan kepada kakitangan secara khusus untuk dilaksanakan sembelihan atau korban. Pahala korban akan hanya diperoleh oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika tidak mahu berbuat demikian, bermakna pihak syarikat mestilah meletakkan secara khusus 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Bukan atas nama syarikat, tetapi individu.

Binatang yang Dikongsi

a) Yang boleh dikongsi : Lembu, Unta, Kerbau. Dalilnya dari hadis, yang bermaksud;

  • “Rasulullah berkongsi sewaktu hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian.” (Riwayat Ahmad)
b) Yang tidak boleh dikongsi (Ijma’ ulama): Kambing, kibasy dan sepertinya. Adapun kongsi pahala, terdapat khilaf dan sebahagian mengharuskannya.

Kongsi Pahala Qurban

a) Ketua keluarga diharuskan menyembelih satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan diniatkan pahalanya kepada keluarganya. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW.
b) Namun, untuk kongsi pahala dengan seluruh syarikat atau negara, tidak dilakukan oleh sahabat nabi. Hanya Nabi yang berkorban dan menyatakan "Ini adalah untuk ummatku yang tidak berkorban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi membaca doa ini semasa ingin menyembelih, maksudnya;

“Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umatnya.

Siapa Patut Mulakan Qurban?


Jawabnya adalah imam di sesuau tempat tersebut dan diikuti dengan orang ramai, demikian sunah Nabi SAW berdasarkan hadis yang bermaksud;
  • “Berkata Ibn Umar r.a.’ ertinya : Nabi melaksanakan sembelihan sedang baginda berada di kawasan solatnya.
Berkata Imam Malik : “Imam menyembelih di kawasan solat dan agar tiada yang menyembelih satu orang pun sebelumnya.”

http://www.zaharuddin.net

Loo Jo Yee : Gadis Cina, Mengapa Peluk Islam?

Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah..


Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam.

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang
paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang
muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.


1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.


Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.


2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.


Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!


Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.


P/S: Orang bukan Islam pun boleh tertarik dengan Islam. Kenapa kita ni masih
lalai dan jauh dari-Nya? Adakah kita hanya Islam sebab keturunan yakni Islam otomatik?

Nauzubillah...

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

22 Thn K'tan: Semangat Korban Nabi Ibrahim

Sambutan 22 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kelantan
Pengajaran dari semangat korban Nabi Ibrahim – bersabar menyampai perintah Allah

Firman Allah SWT:

  • “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 30)

Sesungguhnya, Nabi Adam adalah bapa seluruh manusia di muka bumi. Bapa bagi semua bangsa di dunia ini, tidak kira Melayu, Cina mahupun Arab. Di sebalik cerita Nabi Adam ini, ia boleh menimbulkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak menimbulkan krisis bangsa dan agama bila kembali memahami dan beriman dengan keterangan Allah SWT. Justeru janganlah kita tertipu dengan seruan dan ajakan berkasih sayang berpandukan pembawaan bersifat perkauman tanpa mengambi panduan daripad Al-Quran.

 
Bersempena genap 22 tahun (pada 21 Oktober 2012) pentadbiran Membangun Bersama islam di Kelantan tahun ini adalah berlaku pada bulan Zulhijah 1433. Bulan bagi umat Islam menunaikan ibadat Haji di Mekah. Oleh kerana itu, pada bulan ini ummat Islam diseluruh dunia pergi ke Mekah untuktawaf di Baitullah dan berhimpun di Padang Arafah serta menyempurnakan rukun Islam yang kelima.

Atas nilai kebesaran ibadat Haji itu, kita disuruh mengingati kisah Nabi Ibrahim AS yang memberi sumbangan besar (berkorban) sehingga terbangunnya Kota Mekah sebagai pusat ibadat Haji. Kewajipan yang telah dilaksana oleh Nabi Ibrahim atas semata-mata melaksanakan perintah Allah.

Di sebaliknya, amatlah besar pengorbanan Nabi Ibrahim, maka kita perlu mengingati sejarahnya dan setiap kali solat kita diminta berselawat kepadanya, sama juga kita diminta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Ibadat Qurban

Satu lagi dari sejarah Nabi Ibrahim yang perlu diingati ialah Allah meminta Nabi Ibrahim melalui mimpi supaya menyembelih anaknya Ismail dan Nabi Ibrahim melaksanakan suruhan tersebut. Dengan kuasa Allah, Ismail ditukarkan dengan kibas.
Firman-Nya:

  • ”Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.”
(Surah As-Saaffat ayat 102)

Seterusnya Allah SWT membalas ketaatan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail itu dengan suatu binatang (kibas).
Firman-Nya:

  • ” Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”
(Surah As-Saaffat ayat 107-109)

Justeru setiap Hari Raya Aidil Adha kita disunatkan menjalankan kurban sebagai satu ibadat. Hikmatnya amat besar dari segi mengingatkan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta para Nabi yang lain. Atas sifat ini, janganlah kurban itu hanya ingat untuk makan daging sahaja, sebaliknya kita perlu juga memperingati sejarah Nabi Ibrahim.

Bagaimana sejarah Nabi Ibrahim, ayahnya seorang pembuat berhala dan menjual berhala tersebut ialah Nabi Ibrahim. Hidup Nabi Ibrahim amatlah perit seperti juga sejarah Nabi Nuh AS sehingga Nabi Muhammad. Ada sahaja fitnah dan cabaran atas kebenaran yang disampaikan (atas perintah Allah). Bagi Nabi Ibrahim, cabarannya ialah antara untuk mengikuti suruhan ayahnya atau untuk mentatati Allah.

Kebijaksanaan di sisi Nabi Ibrahim ialah dengan mengambil jalan tengah ketika menjual berhala (suruhan ayahnya) dengan melakukan kempen terbalik dengan mengumumkan kepada masyarakat (yang menyembah berhala) bahawa berhala yang dijualnya buta,tuli,dan tepok. Inilah jalan tengah yang dipakai oleh pejuangan islam, termasuk oleh kerajaan Negeri Kelantan selama 22 tahun melaksanakan tuntutan Membangun Bersama islam. Suatu pendekatan bersederhana dalam politik pentadbiran.

Aidil Adha

Kisah Nabi Ibrahim perlu diingati sempena Hari Raya Aidil Adha, selain nilai pengorbannya, ia juga mengandungi kalimah dan lafaz membesarkan Allah SWT. Lafaz zikir ‘wahazamal ahzabawahdah’ iaitu Allah menghancur leburkan bala tentera Ahzab. Ia dapat diambil pengajaran dari beberapa siri peperangan dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, Antaranya, perang Badar, kemudian Uhud, kemudian Ahzab dan beberapa peperangan lagi. 

Dalam lafaz ini (‘wahazamal ahzabawahdah’), Ahzab bermaksud parti, kumpulan atau NGO yang berpakat untuk lawan dan mengalahkan perjuangan Nabi Muhammad. Diminta sebut perang Ahzab kerana dari segi zahirnya Nabi dapat dikalahkan tapi dengan kuasa Allah, pasir dan ribut diarahkan oleh Allah untuk menolong Nabi Muhammad. Itul;ah kehebatan nilai keimanan dan cabaran prjuangan dalam lipatan sejarah nabi yang membawa Islam hingga samapai kita semua menjadi orang yang beriman.

Ingatlah akhirat

Saat kita menyambut apa sahaja (ulang tahun kerajaan, Aidil Adha atau pun peristiwa perjuangan Nabi-nabi), kita diajar supaya juga agar memperingati bahawa dunia akan hancur dan selepas itu ada di sana dunia baru iaitu akhirat yang mana ada syurga dan neraka. Sesiapa yang menuruti ajaran Islam akan masuk syurga, dan sesiapa yang menolak ajaran Islam akan masuk neraka. Ini kenyataan dan penegasan dari Allah dan Nabi Muhammad. Atas sebab ini, sampai masanya, setiap manusia wajib meniti Titian Sirat dan di penghujungnya ada Nabi Muhammad SAW dengan menyebut “ummati” bukan ‘qaumi’ yang bermaksud ummatku bukan bangsaku.

Hayatilah firman Allah SWT:

  • ” Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Al-Alaq ayat 6-8)

Justeru itu, perbalahan besar antara perjuangan Islam dengan perjuangan sekular atau kebangsaan adalah disebabkan oleh ada pihak yang sekadar ingin menjaga bangsanya (orang Melayu dan lain-lainnya) sahaja. Sedangkan di sana ada perintah Allah SWT yang menyuruh supaya kita menjaga manusia, kerana manusia diciptakan untuk membesarkan kedudukan keinsanan bukan membesarkan kebanggaan atas nama kaumnya. 

 Semoga kita memilih satu jalan yang selamat di akhirat kelak, iaitu Islam yang memartabatkan nilai insan.

http://www.blogtokguru.com

Sejarah Korban Sepintas Lalu..

  • DAN bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). (Al Hajj: 34).
1. Qurban Semasa Nabi Adam AS.
  • "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang-orang yang bertakwa". (Al Maidah: 27).
Allâh memerintah Adam agar mengahwinkan Qabil dengan saudara perempuan kembar Habil bernama Lubuda yang yang rupanya tidak cantik. Tetapi mengahwinkan Habil dengan saudara perempuan kembar Qabil  bernama Iqlima yang cantik rupawan. Pada saat itu Adam dilarang Allâh mengahwinkan perempuan kepada saudara lelakinya yang kembar. 

Namun Qabil menolak hal ini, sementara Habil menerima. Qabil pula ingin kahwin dengan saudara perempuan kembarnya sendiri yang cantik itu. Maka Adam menyuruh kedua anaknya berqurban (korban), siapa yang diterima qurbannya, itu yang menjadi suami bagi saudara perempuan kembar Qabil yang cantik jelita itu. Kemudian kedua anak Adam itu pun berqurbanlah..,

Habîl adalah seorang peternak kambing dan ia berqurban dengan 'Kambing Qibas' berwarna putih, mata bundar, bertanduk cantik mulus, dan berqurban dengan jiwa yang bersih. Qabil pula adalah seorang petani bercucuk tanam, Ia berqurban dengan makanan buruk, dan niat yang tidak ikhlas.

Qurban-qurban itu diletakkan di sebuah gunung, menurut Syariat pada masa itu Tanda diterima qurban itu ialah dengan datangnya api dari langit lalu membakarnya, Ternyata api menyambar Kambing Qibas qurban Habil. Bererti qurban Habil diterima, tidak qurban Qabil.

Kerana itu Qabil marah, dan membunuh saudaranya Habil.

2. Qurban Semasa Nabi Idris AS


Disunnahkan kepada kaum Nabi Idris AS yang taat kepadanya antara lain..
  • beragama Allâh, bertauhid, ibadah kepada khaliq, membersihkan jiwa dari siksa akhirat dengan cara beramal shalih di dunia, bersifat Zuhud, adil, puasa pada hari yang ditentukan pada tiap bulan, berjihad, berzakat dan sebagainya. 
  • Dan bagi kaum Idris ditetapkan hari-hari raya pada waktu-waktu yang tertentu, serta berqurban; di antaranya saat terbenam matahari ke ufuk dan saat melihat hilal. 
  • Mereka diperintah berqurban antara lain dengan al-Bakhûr (dupa atau wangi-wangian), al-Dzabâih (sembelihan), al-Rayyâhîn (tumbuhan-tumbuhan yang harum baunya), di antaranya al-Wardu (bunga ros), dan al-hubûb biji-bijian, seperti al-Hinthah (biji gandum), dan juga berqurban dengan al-Fawâkih (buah-buahan), seperti al-‘Inab (buah anggur).

3. Qurban Semasa Nabi Nuh AS.


Sesudah terjadi taufan (banjir) Nûh, Nabi Nûh AS membuat tempat yang sengaja dan tertentu untuk meletakkan qurban. Qurban tersebut sesudah diletakkan di tempat tadi akan dibakar.

Kambing Qibas4. Qurban semasa masa Nabi Ibrahim AS.

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa usia Ismail sekitar 6 atau 7 tahun. Sejak dilahirkan sampai sebesar itu Nabi Ismail senantiasa menjadi anak kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash-Shaffaat: 102 :
  • “Maka ketika sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha, Ibrahim berkata: Hai anakku aku melihat (bermimpi) dalam tidur bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu”
  • Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar”.
Dalam mimpi, Ibrahim mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail. Ketika sampai di Mina, Ibrahim menginap dan bermimpi lagi dengan mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah, malamnya di Mina, Ibrahim bermimpi lagi dengan mimpi yang tidak berbeda pula. Ibrahim kemudian mengajak puteranya, Ismail, berjalan meninggalkan tempat tinggalnya, Mina. 

Baru saja Ibrahim berjalan meninggalkan rumah, syaitan menggoda Siti Hajar: “Hajar! Benarkah suamimu itu membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail?”. 

Menyebabkan akhirnya Siti Hajar terpengaruh dan menjerit-jerit Ibrahim! Ibrahim! Nak buat apa dengan anakku ini?” 

Tetapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Setibanya di Jabal Qurban, sekitar 200 meter dari tempat tinggalnya, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih Ismail. Tetapi ancangan itu berubah drastik, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam surat Ash-Shaffaat ayat 103-107:

  • “Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya. Dan Kami panggillah Dia: "Hai Ibrahim, “Kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar “.

5. Qurban Semasa Nabi Musa AS.

Penyembelihan qurban juga berlaku hingga zaman Nabi Musa AS. Nabi Musa membahagi binatang yang disediakan untuk qurban kepada dua bahagian, sebahagian dilepaskan saja dan dibiarkan berkeliaran sesudah di beri tanda yang diperlukan. Dan sebagian lagi disembelih.

6. Qurban Bani Israil.

Umat dulu sebelum kita, jika seorang dari mereka berqurban, orang-orang keluar menyaksikan apakah qurban mereka itu diterima atau tidak. Jika diterima datang api putih (Baidhâ`u) dari langit membakar apa yang diqurbankan. Jika qurbannya tidak diterima, api itu tidak muncul. Rupa api itu Lâ dukhâna lahâ wa lahâ dawiyun (api yang tidak berasap dan berbunyi). Bila seorang lelaki dari mereka (Bani Isrâ’îl) bersedekah, jika diterima turun api dari langit, lalu membakar apa yang mereka sedekahkan.

7. Qurban Semasa Nabi zakaria AS dan Nabi Yahya AS.

Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya As adalah di antara nabi dan rasul dari Bani Israil, pada keduanya ada juga qurban. Qurbannya adalah binatang dan Amti'atun  (barang-barang) lalu di bakar api.

8. Qurban Pada Bangsa Yahudi dan Nashrani

Bangsa Yahudi merupakan sebahagian dari bani Isrâ’îl. Sementara Bani Isrâ’îl adalah keturunan Nabi Ya’qub AS. Nabi Ya’kub bergelar, Isrâ’îl. Pada bangsa Yahudi terdapat qurban yang biasa mereka lakukan, demikian juga pada bangsa Nashrani. Qurban pada bangsa Yahudi dan bangsa Nashrani, iaitu melakukan pengurbanan dengan membakar sebagai sajian  bertujuan mengingat kesalahan.

Iaitu dengan menyembelih sapi dan kambing jantan yang mulus, tidak cacat. Dengan menghidangkan: tepung, minyak dan susu. Qurban kerana adanya ketenteraman, sebagai rasa syukur kepada al-Rabb

Qurban pada bangsa Nashrani, antara lain, ialah persembahan missa seorang Kahin berupa roti dan arak. Yang menurut keyakinan pada mereka hakikatnya, roti dan arak yang mereka qurbankan, ditukar dengan daging dan darah al-Masih.

9. Qurban Pada Bangsa Arab Jahilliyah.

Bangsa Arab Jahiliyah juga suka berqurban. Qurban mereka dipersembahkan untuk berhala-berhala yang mereka sembah. Qurbannya ada binatang yang disembelih untuk berhala, dan ada binatang yang dilepas bebas berkeliaran, juga untuk berhala. Cara qurban Arab Jahiliyah, iaitu mereka jika menyembelih binatang qurban, seperti unta, mereka percikan daging dan darahnya pada al-baet (ka’bah).

Arab Jahili jika mereka menyembelih binatang, memercikan darahnya pada permukaan ka’bah, dan memotong-motong dagingnya lalu mereka simpan di atas batu. Selain qurban yang disembelih, juga ada qurban Jahiliyah yang dilepas untuk sembahan mereka, iaitu Bahîrah, sâibah, washîlah, hâm.

  • Bahîrah, ialah unta betina yang telah beranak lima kali, dibebaskan, tidak boleh di ganggu. Jika anak yang kelima jantan, mereka sembelih dan boleh dimakan baik oleh lelaki atau perempuan. Jika Betina dibelah telinganya, dan hanya dapat diambil manfaatnya oleh lelaki, tidak boleh oleh wanita. Jika betina itu mati, halal, baik bagi lelaki atau wanita.
  • Sâibah, iaitu unta jantan yang dilepas tidak boleh diganggu kerana dipakai nazar pada Thaugut-thaugut mereka. Orang Arab Jahiliyyah jika mereka sakit atau sesuatu yang hilang kembali lagi, mereka jadikan unta jantan saibah ini sebagai qurban.
  • Washîlah, ialah domba (biri-biri) betina jika melahirkan betina, mereka makan. Jika lahir jantan dipersembahkan buat Tuhan mereka. Jika kembar, mereka tidak menyembelih yang jantan kerana itu untuk Tuhan mereka.
  • Hâmialah unta jantan yang telah dapat membuntingkan unta betina 10 kali, tidak boleh diganggu-gugat lagi, itu untuk Tuhan mereka.
Sembelihan Jahiliyyah itu terbagi tiga:

1. Untuk mendekatkan diri kepada sesuatu yang dipuja. Sembelihan untuk maksud ini dibakar, mereka ambil kulitnya saja, dan mereka berikan kepada Kahin (dukun).

2. Untuk meminta ampun. Bagi maksud ini, dibakar separuh, dan separuhnya lagi diberikan kepada kahin (dukun).

3. Untuk memohon keselamatan. Bagi maksud ini mereka makan.

10. Qurban Abdul Muthalib (nenek Nabi SAW).

 
Pada waktu Ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Muthalib, belum dilahirkan. Abdul Muthalib pernah bernazar kepada berhalanya, bahawa jika anaknya lelaki sudah ada 10 orang, maka salah seorang dari mereka akan dijadikan qurban depan berhala yang ada di sisi Ka'bah.. yang biasa di puja oleh bangsawan Quraisy. 

Setelah isteri Abdul Muthalib melahirkan anak lelaki genap sepuluh orang, Abdul Muthalib bermimpi...   

Mimpinya, pada suatu malam ada suara memanggil, yang ia tidak tahu maknanya. Iaitu, Ihfir Thayyibah! Pada malam kedua bermimpi lagi, Ihfir Barrah! Berikutnya bermimpi, Ihfir Madhmûnah! Malam keempat suara dalam mimpinya iaitu, Ihfir Zamzam!. Lepas itu baru dia tahu maksud mimpinya, dan ingin melaksanakan qurbqn.

 Abdul Muthalib mengumpulkan semua anak lelakinya dan mengadakan undian. Pada masa itu undi jatuh pada diri Abdullah ayah Nabi. Padahal Abdullah itu seorang anak paling muda,  paling cantik rupanya, dan yang paling dicintainya. Tetapi apa boleh buat, undi jatuh kepadanya, dan Abdullah menurut saja kehendak ayahnya. Maka tersiarlah berita seluruh kota Mekkah, bahawa Abdul Muthalib akan mengurbankan anaknya yang paling muda. 

Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorang kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.  Kalau keluar unta mereka kena sembelih unta, kalau keuar Abdullah boleh diganti dengan 10 ekor unta.

Lalu mereka kembali ke Makkah, dan melakukan undian antara Abdullah dengan 10 ekor unta. Undian pertama keluar Abdullah, lalu diganti dengan 10 ekor unta. Hal ini berulang sampai undian 9 kali masih keluar Abdullah. Undian ke 10 baru keluar Abdullah. Maka Abdul Muthalib mengganti Abdullah  dengan 100 ekor unta untuk berqurban. Mka Abdullah tidak jadi diqurbankan oleh ayahnya..

Dengan adanya peristiwa itu, maka Nabi SAW setelah beberapa tahun menjadi rasul pernah bersabda,'Aku anak lelaki dari dua orang yang di sembelih... " atau Ibnu Dzabihain".

Ketika itu orang-orang Quraisy menolak dan menghalangnya. Mereka pergi berjumpa al-‘Arâfat iaitu seorng kahin di Yatsrib. Kahin Yatsrib menentukan hukum, supaya mereka undi antara Abdullah dengan unta.

11. Qurban Nabi Muhammad SAW.

 
Nabi Muhammad SAW melakukan qurban pada waktu Haji Wada di Mina setelah solat Aidul Adha. Beliau menyembelih 100 ekor unta, 70 ekor di sembelih dengan tangannya sendiri dan 30 ekor di sembelih oleh Sayyidina Ali RA.
  • "Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat), kemudian apabila telah roboh (mati), Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur." (Al Hajj:36).
Ayat ini menjelaskan binatang yang dijadikan qurban, tujuan qurban, cara menyembelih haiwan qurban, bila memakan daging qurban, dan siapa yang dapat memakan daging qurban. Binatang qurban, iaitu al-Budnu, nama khusus bagi unta. Sedangkan lembu (sapi) dipandang sama dengan unta dalam hukum, kerana Nabi Saw berkata, 
  • "Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan sapi merupakan bahagian dari ketujuh bentuk itu."
Wa Allhu A'lam bi showab.  (IBNU HASYIM)

Jemaah Haji Mula Bergerak Ke Mina




 BEBERAPA jemaah haji berehat dekat Masjidil Haram di Mekah selepas selesai mengerjakan solat Maghrib kelmarin.-AFP

MEKAH – Lebih dua juta jemaah haji mula menunaikan ibadah haji yang secara rasmi bermula semalam selepas tiba di Mekah seminggu lalu. Jutaan jemaah kini menuju ke Mina untuk bermalam sebelum menuju ke Arafah bagi menunaikan wukuf Antara mereka termasuk 28,000 jemaah haji Malaysia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf esok.

Jalan-jalan utama di kota Makkah kini sesak teruk dengan kenderaan yang membawa jemaah haji dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah berkenaan. Pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pada pukul 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) melalui perjalanan sejauh 20 kilometer. Jemaah haji Malaysia menuju ke Mina dan Arafah dengan menaiki bas dengan perjalanan tersebut berakhir pukul 12 tengah malam tadi.

Pengurus Media Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar berkata, 800 petugas Tabung Haji digerakkan secara berperingkat seawal jam 7.30 pagi bagi memastikan persedian awal dilakukan bagi menerima ketibaan jemaah haji Malaysia. Dalam pada itu, kebanyakan jemaah haji sudah mula menuju ke Mina pada malam kelmarin selepas selesai melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.

Kerajaan Arab Saudi yang memberi keutamaan kepada keselamatan para jemaah telah mengerahkan beribu-ribu anggota keselamatan di Mekah, Mina, Arafah dan Muzdalifah. Satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi kelmarin memberitahu, kesemua jemaah haji bergerak ke Mina dengan lancar tanpa sebarang halangan. – Agensi

Gangnam (k-POP) Tak Popular Di Jepun, Kenapa?


PSY menyampaikan lagu Gangnam Style semasa konsert sempena perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Korea, Yeongam, Korea Selatan pada 14 Oktober lalu. 

 HALAMAN HIBURAN
Gangnam Style tidak popular di Jepun

SEOUL - Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia. Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea (K-pop) di negara matahari terbit itu.

Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style. Terdapat spekulasi di Korea Selatan bahawa isu pertikaian sejumlah pulau di antara keda-dua negara menyebabkan lagu tersebut tidak popular.
Gangnam Style pernah mengungguli beberapa carta muzik di Britain dan Amerika Syarikat. Namun lagu itu cuma berada di tempat ke-30 carta 30 muzik iTunes di Jepun.

Bagi memburukkan lagi keadaan, banyak blog muzik Jepun berpendapat, kejayaan besar video muzik Gangnam Style di laman perkongsian video YouTube adalah kerana penggunaan program tontonan automatik dikenali 'bots'. Mereka memberitahu, Gangnam Style mencatat tontonan tinggi ekoran peminat di Korea Selatan menekan butang F5 pada papan kekunci komputer bagi memainkan lagu itu berulang kali.

Justeru, sebahagian peminat K-Pop di Jepun menggelarkan lagu popular itu sebagai F5 Style. Menurut beberapa pendapat lain, Gangnam Style kurang mendapat sambutan di Jepun kerana Psy, 34, tidak menerbitkan lagu versi bahasa Jepun seperti dilakukan sejumlah bintang K-pop lain sebelum ini.

Muzik video Gangnam Style yang dimuat naik pada Julai lalu telah ditonton lebih 532 juta kali di laman YouTube. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa Gangnam Style tidal popular di Jepun? Kerana belia-belia di sana menyedari bahawa politik mereka lebih penting dari hiburan.  Atau kerajaan mereka yang menentukan hiburan rakyatnya. 

Malangnya di negara umat Islam, belia-belia mereka tidak mengnggap politik Islam mereka lebih penting dari hiburan mereka yang bertentangan dengan Islam  Apa lagi bila pemimpin mereka yang menentukan arah hiburan yang tidak Islamik di negaranya sendiri. Malanglah si Lebai Malang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails