Saturday, November 10, 2012

Bomba Tolong Kerbau Jatuh Perigi, Apalagi...


REUTERS BEBERAPA anggota bomba dan petani menarik seekor kerbau yang terjatuh ke dalam perigi dengan menggunakan tali di daerah Cangnan, Zhejiang kelmarin. 

BEIJING - Seekor kerbau terjatuh ke dalam sebuah perigi di daerah Cangnan, wilayah Zhejiang, timur China kelmarin. Beberapa anggota bomba dan petani kemudian menyelamatkan kerbau itu yang mempunyai berat lebih 200 kilogram.

Kerbau tersebut ditarik keluar dari perigi itu dengan menggunakan tali. Haiwan itu terjatuh ke dalam perigi semasa ia meragut rumput. Pemilik kerbau tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Wang meminta bantuan anggota bomba bagi menyelamatkan haiwannya itu.- Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam suruh tolong walaupun kepada binatang. Apa lagi kepada sesama manusia, tak kira bangsa dan agama. Lagi wajib ditolong kalau orang itu  teraniaya dalam domontrasi menegakkan kebenaran dan keadilan, seperti di BERSIH hari tu. Atau menegakkan kerajaan kebajikan dan  Islam, wajib ditolong! 

China Komunispun pandai jaga negara dan rakyatnya, walaupun cuma seekor lembu. Tapi BN merperlakukan puak-puak demontrasi BERSIH macam lembu. Itulah contoh puak-puak asobiah pertahankan poitik kuncu-kuncunya. (IH)

Kereta Sains Fiksyen


PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh.
PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh. 

JOM KREATIF
IA dijual pada harga RM375,000.
 IA dijual pada harga RM375,000.
LONDON: Kereta luar biasa baru ini, ‘Extra Terrestrial Vehicle’ sudah pasti dikagumi peminat sains fiksyen.
Kenderaan futuristik ini yang berharga �75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa.

Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya. Ia dijana oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan. Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh.

Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah.
Michael Vetter yang berasal dari Itali dan menguruskan The Car Factory di Florida, Amerika Syarikat, mereka dan menghasilkan kenderaan canggih ini. Dia yang dikenali sebagai Kit Car Mike sudah menghasilkan tujuh ETV dengan satu model dipamerkan di Muzium Kereta London di Middlesex.

“ETV ini dihasilkan untuk orang yang sudah memiliki semua jenis kereta tetapi masih mencari sesuatu yang berbeza,” katanya. - TS

Hudud: Presiden MCA Kurang Ajar, 1,000 Bantah

 
MARANG: Hampir 1,000 umat Islam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, semalam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina hudud serta hukum Islam.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar kiri) berkata Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.

Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.

“Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah,” ujarnya.

Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.

Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam. Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.

“Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat  oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.

“Kita sendiri juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka,” jelasnya.(Hrkh)

Kerana Seorang Pemuda, RM1.3B AS Musnah..



 AP API marak dan asap tebal pada kapal selam nuklear HMS Miami yang terbakar di Limbungan Tentera Laut Portsmouth di Maine pada 23 Mei lalu.

Pemuda mengaku bakar kapal selam nuklear AS
PORTLAND, Maine - Seorang bekas pekerja sebuah pelabuhan, Casey James Fury kelmarin mengaku bersalah membakar sebuah kapal selam nuklear milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta (RM1.3 bilion).

Fury, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS kerana melakukan kebakaran dengan sengaja sebanyak dua kali. Dia mengaku melakukan perbuatan itu di dalam kapal selam nuklear HMS Miami pada 23 Mei lalu di Limbungan Tentera Laut Portsmouth di Maine. Fury sekali lagi melakukan perbuatan yang sama tetapi di luar kapal selam berkenaan pada 16 Jun lepas. 

Pemuda itu melakukan perbuatan tersebut dengan alasan untuk segera pulang ke rumahnya. Fury memberitahu para penyiasat bahawa dia mengambil pelbagai jenis ubat bagi menangani kemurungan, alahan dan masalah sukar untuk tidur semasa kali pertama membakar kapal selam tersebut. Dia juga menjelaskan mahu pulang ke rumah selepas berasa bimbang apabila membaca mesej daripada bekas kekasihnya menyebabkannya melakukan perbuatan itu buat kali kedua.

Bagaimanapun, kebakaran itu tidak merebak ke bahagian belakang kapal yang menempatkan pelbagai komponen nuklear. Ekoran pengakuan itu, dia mungkin akan dipenjarakan hampir 20 tahun. Kapal selam itu dibaiki sebelum ia kembali beroperasi pada 2015. Kos membina kapal selam itu pada 1990 dianggarkan AS$900 juta (RM2.7 bilion). Jika kapal selam itu dibina pada tahun ini, kosnya dianggarkan AS$1.5 bilion (RM4.6 bilion). - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah kerosakan dan kemusnahan yang ditimbulkan hasil dari pendidikan yang tidak betul. Tidak betul pendidikan menurut Islam, ia akan menjadi musuh dalam selimut Islam, merosakkan Islam lebih dari itu lagi... 

Nuru Izzah/N/Aziz, Apa Kata Bernama


Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz: 'Itu tak betul, kalau itu ucapan Nurul Izzah'
KOTA BHARU,  9 November 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.

"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.

Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu".

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama

Video: Nurul Izzah Hadir Membuat Aduan Di Jais

10J Baikpulih Pangspuri Kos Rendah Sel -Iskandar


 
KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini, hampir RM10 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membaikpulih pangsapuri kos rendah yang melibatkan lebih 70 kawasan pangsapuri.

“Bilangan yang tinggi ini mungkin disebabkan kerana program Setinggan Sifar Kerajaan Barisan Nasional senelum ini di mana pangsapuri-pangsapuri kos rendah telah dibina dengan tergesa-gesa.


“Akibatnya adalah kediaman-kediaman yang rendah kualitinya telah dibina,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian ekoran terdapat pemimpin-pemimpin BN yang mendakwa tidak ada rumah kos rendah yang dibina di Selangor pada zaman Pakatan Rakyat. Menurutnya, mereka mendakwa hanya di bawah pentadbiran mereka beribu-ribu rumah kos rendah telah dibina tetapi statistik yang didedahkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini menunjukkan dakwaan itu tidak benar. 

Iskandar menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah menafikan bahawa terdapat rumah kos rendah yang telah dibina di bawah BN.
  Jelasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak seperti pemimpin BN yang sentiasa menidakkan segala pencapaian kerajaan negeri walaupun ianya jelas di hadapan mata mereka.

Walau bagaimanapun, ujarnya adalah satu kenyataan bahawa rumah kos rendah yang dibina pada zaman BN, hari ini dibelenggu dengan pelbagai masalah.


“Di antara masalah-masalah tersebut adalah lif yg rosak, bumbung yang bocor, tangki air yang bocor, paip yang tersumbat, kemudahan awam yang tidak disediakan dan bangunan yang mulai usang,” jelasnya lagi.


Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri telah pada bulan Disember 2010 mewujudkan satu program untuk membaikpulih kediaman-kediaman itu melalui kaedah perkongsian kos.


“Program ini dinamakan Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau Ceria.


“Di bawah program ini, kerajaan negeri akan menanggung 80 peratus dari kos baikpulih sementara penduduk menanggung 20 peratus. Bahagian penduduk ini pula boleh dibayar secara ansuran,” katanya.


Beliau menambah, oleh kerana permintaan orang ramai, program itu juga telah dibuka kepada pangsapuri kos sederhana di mana perkongsian kos di antara kerajaan dan penduduk adalah 60:40.


Katanya lagi, kerajaan negeri sentiasa berlaku adil di dalam memilih kawasan-kawasan pangsapuri yang hendak dibaikpulih. Pemilihan, katanya dibuat di atas faktor-faktor keperluan dan jenis kerosakan yang berlaku.


“Kerajaan negeri membaikpulih tanpa mengira sama ada penduduk  pangsapuri itu menyokong kerajaan atau tidak,” katanya.

Walau bagaimanapun, ujar beliau kerajaan negeri berharap agar penduduk yang terlibat akan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri yang mahu membantu mereka. Ini, kata beliau ialah kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan samseng-samseng untuk menghalang kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja membaikpulih.


Tambahnya, terdapat juga mereka yang menghasut penduduk agar tidak menerima tawaran di bawah program Ceria itu. “Program Ceria adalah untuk kepentingan rakyat dan tidak seharusnya dipolitikkan,” katanya. (Hrkh)

Siapa Gitaris Rock Jadi Penyamun?

GOMBAK: Dua beradik pemain gitar kumpulan rock terkenal tahun 90-an bersama seorang lagi adik lelaki mereka dan seorang wanita, ditahan polis di sebuah flat di Taman Selayang, di sini, awal pagi semalam kerana disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah. Tiga beradik lelaki dan wanita berusia antara 35 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi untuk siasatan lanjut berhubung pembabitan mereka dalam jenayah samun, curi kenderaan dan dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, hasil pemeriksaan terhadap rumah yang dihuni empat individu terbabit, polis menemui tiga parang, satu cota besi, lima jam tangan pelbagai jenama, kamera, dua telefon bimbit dan 40 kad Touch n Go.

“Polis turut menemui kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang diletakkan di tempat letak kenderaan dan semakan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di ibu kota tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemantauan berterusan terhadap mereka yang pernah ditahan polis beberapa tahun lalu atas kesalahan dadah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Matlamat hiburan di negara ini perlu dibetulkan semula, ke arah melahirkan seniman yang bertakwa, dan membantu pembangunan negara. Pembngunan material dan piritual. NGO berkaitan dan pihak kerajaan sendiri, terutamanya media perlu memainkan peranan yang lebih berkesan. (IH)

Semua Pemimpin PAS Perlu Isytihar Harta -I/H



KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Pusat yang mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini,  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

"Syabas, Pemuda! Kamu menjalankan tugas kamu dengan baik, demi pembangunan PAS dan menaikkan imej pembangkang." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim (gambar).

Sebelumnya, setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut. "Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Penganalisa politik Harakahdaily Li Fook Gao berkata sekiranya PAS dapat mewajibkan pengisytiharan harta pada semua calon PAS yang bertanding, Umno akan sangat tertekan dan gelombang PAS menggantikan Umno akan menjadi realiti.

“Maklumlah Umno suka hidup dalam keadaan tidak telus. PAS boleh melawannya dengan berkesan dengan ketelusan yang disarankan Islam, dan rakyat boleh menilai siapa yang lebih berwibawa, beramanah dan telus untuk dipilih sebagai wakil rakyat mereka,” kata Li kepada Harakahdaily.

“Ini satu langkah besar untuk PAS,” kata Li, sambil menegaskan langkah itu amat wajar dan selaras dengan keperluan rakyat Malaysia dan negara, yang kini amat memerlukan para pemimpin yang telus untuk memimpin.

Ia berbeza dengan pemimpin Umno yang berdolak-dalih dalam isu derma RM40 juta, mendapat projek kerajaan seperti NFC dan menerima komisyen secara diam-diam.

Menurut Weblog Ibnu Hasyim lagi, "Pada saya sudah sampai masanya sekarang, semua pemimpin-pemimpin PAS perlu isytihar harta masing-masing, dengan tidak peru berdolak-dalik lagi, telus seperti yang dilakukan oleh Mursyidul Am, Presiden PAS dan beberapa lagi.

"Al-hamdulillah!"  (IH)

ASK 2012, Tidak Islamik & Merosak Pembangunan?


TERBAIK...Maya Karin dan Shaheizy.
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

 
TERBAIK kononnya...Maya Karin dan Shaheizy.
MALAM tadi sempat saya menonton tv secara imbsan atau sambil lewa, siaran langsung  program Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Drama Di Telapak Kaki Bonda terbitan Filmscape Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Terbaik. Drama diterajui barisan pelakon yang kononnya hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azminda karya arahan Kabir Bhatia itu menewaskan drama lain, Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu.

Kejayaan berganda diraih drama ini apabila Kabir Bahtia turut dipilih sebagai Pengarah Terbaik Drama, diikuti beberapa kategori lain seperti Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dimenangi Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik. Pelakon berpengalaman, Namron yang membintangi drama Parit Jawa diumumkan pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik manakala drama Aku Ingin Terbang memenangi Videografi Terbaik.


Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama pula, kemenangan berpihak kepada pelakon berpengalaman, Ruminah Sidek atau Mak Mah menerusi lakonan hebatnya dalam Parit Jawa. Ia sekali gus menjadi kejutan apabila artis veteran itu berjaya menewaskan pelakon popular seperti Erra Fazira (Parut Ashikin) dan Fasha Sandha (Ku Petik Dosa). 

Sementara itu, kategori Pelakon Lelaki Drama dimenangi pelakon senior berbakat, Abu Bakar Omar menerusi drama Gincu Ayah, mengenepikan cabaran hebat Eman Manan (Parit Jawa) dan Zaidi Omar (Ku Petik Dosa).

Bagi Filem arahan Dain Said unggul dalam ASK2012em diraih Shaheizy Sam menerusi Songlap. Filem Terbaik berpihak kepada Bunohan arahan Dain Said yang dibintangi pelakon terkenal seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su dan model jelita, Tengku Azura. Filem itu terlebih dulu menang Lakon Layar Terbaik.


Bagaimanapun, Bunohan tewas di tangan pengarah bersama, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak yang muncul sebagai Pengarah Terbaik Filem melalui Songlap. Majlis berprestij yang dianjurkan sejak 1995 itu dan kini memasuki edisi ke-14, mengetengahkan tema Selami Dunia Fantasi Kami. 

Sebanyak 23 kategori dipertandingkan meliputi 11 daripadanya kategori drama, tujuh pencalonan filem dan enam kategori penerbitan dalaman. Ini termasuk dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad yang diberikan kepada Pierre Andre dan Anugerah Artis Harapan Pantene yang berpihak kepada Puteri Balqis (Pelarian).

Turut mencipta kejayaan dalam kategori filem malam tadi adalah Lisa Surihani yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Ombak Rindu.  

Begitulah kira-kira Malaysia berada di puncak kerahan asakan kebangkitan dunia hiburan negara.     

Terfikir aku, kerana negara ini, negara Islam kononnya, atau negara umat Islam, maka perlulah setiap program dalam negara ini dilihat dan dinilai dari sudut agama Persekutun atau agama rasmi negara itu. Kalau Malaysia agama Islam sebagai agama negara maka wajarlah Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) dan acara-acaranya malam tadi itu dinilai dari sudut agama negara, Islamik atau tidak?

Pertama: Adakah program itu prograam Islamik. Dari sudut hukum, pakaian menutup aurat, campur baur jantan betina, aksi kesopanan dan matlamat program itu untuk kepentingan Islam atau tidak. 

Kedua: Adakah program itu membawa ke arah pembangunan negara dari sudut rohani dan jasmani atau material dan spiritual. Ataukah hanya mampu merosakkan moral remaja, terutama di kalangan penontonnya, sehingga mengabaikan tanggung jawab seperti berpelajaran tinggi yang membantu negara, menjauhi najis dadah, arak, najis zina, pergaulan bebas dan lain-lain...  Di mana akhirnya mereka menjadi perosak yang merugikan pebangunan negara.

Kesimpulan:  Perlu dibuat suatu kajian teliti, menilai semula program-program seperti tersebut, apa faedahnya untuk kepentingan agama negara atau pelbagai agama di Malaysia dan sumbangan kepada pembangunan negara. Kalau tidak mencapai matlamat, bagaimana program itu diteruskan supaya mencapai matamatnya.

Sekian.

Selamat menyambut tahun Hijrah dan Happy Deepavali!


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com  10 Nov 2012
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012 

Tentera Wanita Dirogol, Hamba Seks & Gambar...


Gambar ini, lihat berita 'Tentera wanita dirogol dan dijadikan hamba seks' di bawah..

JATUHNYA moral tentera Amerika Syarikat, lihat berita hari ini... 'Dua pegawai tentera wanita dipaksa hantar gambar bogel.' 9 Nov 2012..

FORT BRAGG, Carolina Utara - Dua pegawai tentera wanita Amerika Syarikat yang memberi keterangan kelmarin menyatakan mereka menghantar beberapa gambar bogel kepada seorang pegawai tinggi tentera, Brigadier Jeneral Jeffrey Sinclair. Menurut akhbar Fayetteville Observer, salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa Sinclair berulang kali meminta dia menghantar gambar bogelnya.

Bagaimanapun, dia yang berpangkat kapten memuat naik beberapa gambar bogel wanita lain tanpa kepala untuk dihantar kepada pegawai tinggi itu. Keterangan itu diberikan pada hari ketiga pendengaran tentera yang diadakan di sini bagi menentukan sama ada Sinclair akan dibicarakan berhubung beberapa dakwaan termasuk liwat dan perzinaan serta perlakuan seks yang dilarang.

Semua perbuatan itu tidak dibenarkan dalam perkhidmatan ketenteraan. Pada Selasa lalu, seorang lagi pegawai tentera wanita berpangkat kapten memberi keterangan dengan menyatakan dia dipaksa melakukan seks oral dengan Sinclair. Menurutnya, Sinclair yang sudah berkahwin mengancam untuk membunuhnya dan keluarganya jika dia enggan melakukan perbuatan itu.

Seorang lagi pegawai tentera berpangkat mejar memberitahu kelmarin, dia menghantar gambar payudaranya dan video kepada Sinclair. Sinclair berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah di mahkamah tentera. - AP

Begitu juga dengan berita sebelumnya.. 'Tentera wanita dirogol dan dijadikan hamba seks' September 4, 2012

Lapan tentera wanita Amerika Syarikat (AS) termasuk yang sedang bertugas dan sudah bersara membuat pertuduhan di Mahkamah Persekutuan bahawa mereka dirogol, diserang atau diganggu sepanjang perkhidmatan mereka dan menderita selepas melapor diri kepada pegawai masing-masing.

Tuntutan mahkamah itu, difailkan hari ini di Mahkamah Daerah di Washington, mendakwa anggota tentera terdedah menjadi pemangsa seks di kalangan sesama mereka dan mengamalkan persekitaran bermusuhan yang tidak menggalakkan mangsa serangan seksual untuk tampil ke depan. Pertuduhan itu mendakwa Jabatan Pertahanan gagal mengambil langkah agresif bagi mengekang masalah berkenaan walaupun maklumat awam menyatakan sebaliknya.

Lapan wanita berkenaan termasuk seorang tentera marin dan tujuh yang lain berkhidmat dalam Tentera Laut dan Kor Marin. Tujuh wanita itu mendakwa dirogol rakan sejawatan atau cuba menyerang secara seksual, termasuk di pejabat seorang pegawai pemerintah selepas ke pub di Washington dan di dalam berek Stesen Udara tentera Laut di Florida.

Mangsa kelapan berkata, dia diganggu dan diancam ketika dihantar bertugas di Iraq, dan diberitahu pihak atasan bahawa perkara berkenaan berlaku sepanjang masa. (IH/Pelbagai sumber)

Friday, November 09, 2012

Gambar Perang Suku Di Irian, Apa Peran U/Islam?

 

Written By Petualang Jaman on Selasa, 16 Oktober 2012 | 20:51 

Apa sebenarnya sedang terjadi di Indonesia?, apa yang salah?. Orang awam seperti saya mungkin juga pembaca sekalian akan berfikir seperti itu, jika kita menghitung rentetan kejadian tragis seolah-olah negeri kita ini adalah gudang masalah, masalah selalu datang susul menyusul.

Kerusuhan horisontal seolah seolah-olah sudah menjadi tontonan tiap hari, mungkinkah ini pertanda bahwa masyarakat sudah tidak lagi percaya kepada aparat penegak hukum, sehingga mereka lebih suka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara mereka sendiri, seolah-olah mereka tidak yakin terhadap kemampuan aparat penegak hukum dalam mengayomi mereka.

Tawuran pelajar, perang antar suku, perilaku main hakim sendiri, tindakan anarkis ormas memberantas kemaksiyatan dan lain sebagainya, itu semua adalah bentuk-bentuk perilaku masyarakat dalam menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Perang suku di Irian yang hingga kini masih sering terjadi adalah merupakan "kecerdasan" masyarakat tradisional dalam mengelabuhi aparat keamanan, dimana mereka mampu berbuat diluar antisipasi aparat keamanan.

Foto-foto ini di ambil dan insiden perang antar suku di Kabupaten Mimika yaitu di desa Kwamki lama, dalam insiden ini menyebabkan seorang tewas dan 4 buah mobil terbakar.
























Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sistem keadilan sosial dalam Islam perlu diperkenalkan ke seluruh penjuru dunia, seperti yang dituntut oleh Allah SWT.kepada tiap individu, masyarakat dan negara umat Islam sendiri. Untuk melaksanakan perintah ini, tiap umat Islam wajib mendirikan jamaah dan pemerintahan Islam di mana sahaja mereka berada, mengikut kesesuaian masa, keadaan dan tempat.

Di Malaysia gunakan kuasa undi anda untuk mewujudkn sebuah pemerintahan Islam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Barulah Islam dapat mempraktikkan contoh keadilan sosialnya di kalangan rakyat tertindas.... (IH)

Along Ubah Taktik, Lagi-lagi Cerita Along...


MINTA TOLONG...Hazman (kanan) mengadu kepada Saharudin selepas diperdaya along.
MINTA TOLONG...Hazman (kanan) mengadu kepada Saharudin selepas diperdaya along.

KUALA LUMPUR: Selepas taktik mereka memperdaya peminjam dihidu pihak berkuasa, sindiket ceti haram atau along kini dikesan ‘memudahkan’ prosedur pinjaman termasuk menandatangani borang perjanjian kosong.

Dengan urus niaga dijalankan di dalam kereta, along terbabit seolah-olah cuba menyembunyikan operasi mereka dengan tidak lagi berurusan secara terbuka seperti sebelum ini. Terbaru, seorang penyelia sebuah syarikat di Kepong terjerat dengan ceti haram dan menjadi mangsa pinjaman mudah dengan hanya menandatangani perjanjian di dalam kereta.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Hazman, 38, berkata, dia mula meminjam daripada ceti haram beberapa bulan lalu apabila mengalami masalah kewangan selepas mendirikan rumah tangga.

“Menerusi seorang kawan, saya berjumpa dengan along ini di Subang Jaya dan menandatangani kertas kosong untuk membuat pinjaman RM4,000.

“Tidak berapa lama selepas itu, saya ditawarkan untuk menambah pinjaman menjadi RM12,000 dengan ansuran hampir RM2,000 sebulan menyebabkan saya tertekan. Saya tidak bersetuju dan rasa teraniaya,” katanya selepas membuat aduan kepada Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Saharudin Bakar, di sini semalam.

Hazman berkata, tidak lama selepas itu dia menyedari dipermainkan kerana kadar bunga yang dikenakan meningkat dalam tempoh sebulan menyebabkan dia meminta penjelasan daripada along terbabit.

“Saya sungguh terkejut apabila dimaklumkan saya perlu membayar keseluruhan RM15,000 untuk tutup akaun. Selepas itu, hampir setiap hari saya dipaksa membayar pinjaman berkenaan, menyebabkan saya menghubungi PPIM untuk mendapatkan bantuan,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hai, tak habis-habis cerita along..

Indonesia: Warga Lampung Kicuh Lagi


Warga Lampung Ricuh Lagi
Tawuran warga (ilustrasi).

Warga Lampung Ricuh Lagi
BANDAR LAMPUNG -- Warga yang ada di Bekri, Kabupaten Lampung Tengah, Provinsi Lampung, mengalami kericuhan, Kamis (8/11). Belum dipastikan penyebab dan kerusakan dari kericuhan yang terjadi.

Kepala Bidang Humas Polda Lampung, AKBP Sulistyaningsih, dikonfirmasi ROL, Kamis (8/11) petang, membenarkan adanya kericuhan yang terjadi di Kabupaten Lampung Tengah tersebut. "Ya benar, tapi mohon sabar dulu, kami masih dalam perjalanan menuju lokasi," kata Sulistyaningsih.

Ia belum bisa menyebutkan secara resmi lokasi ricuh warga, namun kejadian berada di Kabupaten Lampung Tengah.

Informasi yang diperoleh, kericuhan ini terjadi di Kecamatan Bekri, Lampung Tengah. Kericuhan terjadi diduga karena pencurian ternak warga. Warga mendapati pencuri ternak tersebut, lalu diserbu rumahnya. Belum diperoleh kronologis yang lengkap dari kejadian ini. (Republika)

Konsert RM150,000 Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun.

HAFIZ HAMIDUN bakal mengalunkan lagu-lagu termasuk daripada album Zikir Terapi Diri dalam konsertnya di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 14 November ini.

HALAMAN HIBURAN

NAMA Hafiz Hamidun, 28, sememangnya sudah tidak asing lagi dalam persada muzik tanah air. Lebih-lebih lagi apabila lagu zikir nyanyiannya, Law Kana Bainana menjadi siulan ramai sejak awal tahun ini. 

Lebih memeranjatkan lagi apabila album Zikir Terapi Diri yang mengandungi lagu-lagu zikir termasuk Law Kana Bainana itu berjaya meraih anugerah platinum berkembar empat ekoran pencapaian jualan album yang mencecah angka 60,000 unit.

Ia membuktikan betapa album genre lagu keagamaan masih diminati serta mampu mencuri hati peminat muzik tanah air pada saat ramai penggiat seni yang lain mengeluh dengan pasaran album yang semakin perlahan. Begitu terharu dengan sambutan tersebut, ia telah menjadi antara pendorong buat Hafiz untuk mengadakan konsert sulungnya yang diberi judul, Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. 

Ia dijadualkan berlangsung pada 14 November ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
"Konsert ini santai tetapi ia disuntik pengisian yang serius dan sebab itu kita pilih tarikh persembahan pada malam sambutan Maal Hijrah.
"Ia bermatlamat supaya penonton tidak pulang dengan tangan kosong. Kita jadikan konsert ini berbentuk keinsafan menerusi penyusunan muzik serta dekorasi dalam dewan itu sendiri nanti," ujar Hafiz tentang konsep dan matlamat konsert tersebut.

Tambahnya, zikir-zikir tersebut nanti akan diiringi persembahan orkestra supaya alunan muziknya bukan sahaja dapat didengar, malah supaya ia mampu meresap ke dalam jiwa audiens.
"Saya masih dalam proses menyiapkan 12 buah lagu untuk disusun mengikut rentak orkestra dan setakat ini empat buah lagu telah siap disusun sepenuhnya," ujarnya.

Konsert yang berdurasi 90 minit itu akan memuatkan dua buah zikir baharu yang akan dimuatkan dalam album zikir terbaharunya nanti. Selain Hafiz, artis di bawah naungan syarikatnya, Arteffects International, Izad Mahadi turut serta membuat persembahan pembukaan tirai pada malam tersebut. Konsert yang menelan kos hampir RM150,000 itu dijangka turut menjemput seorang Sheikh yang didatangkan khas dari Yemen, selain seorang penceramah bebas.

Menurut anak kelahiran Perak Darul Ridzuan itu lagi, kekuatan konsert sulungnya itu bukan sahaja bergantung kepada namanya semata-mata tetapi ia lebih kepada matlamat konsert itu untuk memberi mesej yang berguna sempena Maal Hijrah pada tahun ini. Bagi peminat Hafiz yang tidak mahu melepaskan peluang untuk berhibur dengan cara dakwah, tiket boleh terus dibeli dengan harga RM125, RM100, RM75, dan RM50 di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada hari konsert iaitu menjelang 14 November ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak penganjur Arteffects International melalui newmedia@arteffects.com.my atau hubungi talian 012-225 1297 atau 03-7727 1297. (Kosmo)

S/Pondok: Najib Kokok Berderai Ekor Gelumang...

NAJIB (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada majlis pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Institusi pondok benteng pertahan Melayu-Islam
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, institusi pondok masih relevan pada masa kini kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini. "Ia berfungsi untuk mempertahankan sistem nilai dan kehidupan umat Melayu-Islam Nusantara yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPPM) di sini semalam. Najib menarik perhatian bahawa sistem pondok memenuhi maqasid atau matlamat syariah termasuk agama, kemanusiaan, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keamanan.

Katanya, ia mesti dipertahankan kerana sebagai ilmu yang disalurkan oleh institusi pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pascamodenisme yang sedang berlaku. Najib berkata, dalam menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama, hujah daripada teks pondok adalah lebih mantap.

Menurut beliau, banyak buku karya besar diambil daripada teks pondok dan dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Justeru, beliau berkata, para ulama dan intelek Islam perlu berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan penghujahan mantap serta meyakinkan bagi menghadapi musuh.

Pada majlis itu, Najib, yang juga penaung YPPM mengumumkan geran RM100,000 bagi penubuhan sebuah pusat sumber di ibu pejabat yayasan itu. Beliau berkata, geran itu harus digunakan untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka. - Bernama

Komen Weblog Ibnu HayimPM Najib kata institusi pondok masih relevan pada masa kini, kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini. Kenapa dia tak hantar anak atau suku sakatnya belajar pondok, kalau dia yakin relevan?

Kokok saja berderai-derai, ekor bergelumang tahi! Hee najis..

Hentikan Dasar Milik & Bangun Tanah Orang Asli










Die Siedlung der Orang Asli: Auf einer Regenwald-Lichtung verstreute Pfahlbauten


















Kelantan Orang Asli slams MB, demands apology

KUALA LUMPUR: Wakil Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) hadir ke Parlimen hari ini bagi menggesa Ahli Parlimen (MP) membawa suara mereka yang membantah Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah.

Mereka mengadakan pertemuan selama satu jam dengan 17 Ahli Parlimen, majoritinya dari Pakatan bagi memberi kefahaman kepada wakil rakyat berhubung faktor Orang Asli membantah dan menolak dasar yang diluluskan pada akhir 2009 itu.

Koordinator JKOASM, Tijah Yokchopil berkata, Orang Asli menuntut dasar itu dimansuhkan serta tuntutan-tuntutan Orang Asli yang lain ditunaikan, antaranya menghentikan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli.

"Kami mahu Ahli Parlimen menyuarakan tuntutan kami di parlimen kerana setiap kali pilihan raya kami mengundi ahli parlimen tapi Orang Asli tidak tahu apa tugas ahli parlimen," katanya.

JKOASM turut menuntut kerajaan mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat Orang Asli menurut peta komuniti Orang Asli.

"Tanah dan Wilayah Adat kami semakin terancam akibat pembangunan sedangkan kami mula mendiami tanah itu sebelum Malaysia wujud lagi.

"Sekarang tanah kami dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab perhilitan, rizab Melayu, sehingga Tanah dan Wilayah Adat kami dipindah milik atau diberi kelulusan atau TOL kepada syarikat agensi kerajaan, individu san syarikat swasta," katanya lagi.

Selain itu, Tijah berkata, peruntukan belanjawan kerajaan setiap tahun tidak sampai kepada Orang Asli seperti yang sepatutnya.

"Kampung-kampung kami masih kekurangan kemudahan asas. Jadi kamu mahu ahli parlimen persoalkan ke mana dan bagaimana peruntukan untuk Orang Asli setiap negeri," katanya.

Sementara itu, Tijah juga memaklumkan Persidangan Orang Asli 2012 berlangsung bermula hari ini sehingga 12 November di Hotel Citrus, dekat sini. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Dalang Hina Nabi, Penjara 1 Tahun. Mana Padan?


 
Youssef mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden kepada akhbar

CALIFORNIA: Mark Basseley Youssef, dalang filem hina Nabi, Innocence of Muslims, yang mengakibatkan berlakunya banyak keganasan di Timur Tengah, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bagi pelanggaran percubaan yang tidak berkaitan dengan filem.

Hukuman itu diputuskan Rabu lalu selepas tawaran rayuan telah dicapai antara peguam Youssef dan pendakwa raya persekutuan. Youssef mengaku menggunakan beberapa nama palsu dan melanggar perintah percubaan dengan mendapatkan lesen pemandu California yang palsu di bawah nama palsu untuk melakukan penipuan bank.

Hakim Mahkamah Daerah AS Christina Snyder menerima perjanjian rayuan dan terus menghukum Youssef selepas dia mengaku bersalah dalam empat dari lapan dakwaan pelanggaran. Tidak lama selepas Youssef meninggalkan mahkamah, beliau mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden.

"Satu perkara yang beliau mahu saya beritahu anda semua adalah Presiden Obama mungkin telah mendapat Osama bin Laden, tetapi dialah orang yang membunuh ideologinya," ujar Seiden.

Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut, Seiden berkata, "Saya tidak tanya beliau, dan saya tidak tahu."

Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan empat tuduhan di bawah perjanjian rayuan, termasuk tempoh percubaan yang lebih lama. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada pelanggaran adalah ekoran kandungan "Innocence of Muslims", filem yang menyinggung umat Islam.

Keganasan maut yang diakibatkan filem itu tercetus 11 September lalu dan merebak ke banyak bahagian di Timur Tengah. Tetapi Penolong Peguam Amerika Syarikat, Robert Dugdale berhujah bahawa pembohongan Youssef tentang identiti beliau telah menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, termasuk kepada barisan pelakon dan krew filem tersebut.

"Mereka tidak mempunyai idea bahawa dia sebenarnya adalah seorang penjenayah yang baru dilepaskan," ujar Dugdale Rabu lalu. "Sekiranya mereka mengetahui perkara  itu, mereka mungkin akan berfikir panjang" untuk mengambil bahagian dalam filem berkenaan. Beliau berkata mereka telah menerima ancaman bunuh dan merasakan bahawa kerjaya mereka telah hancur.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalang filem hina Nabi SAW dihukum penjara 1 tahun, mana padan?

Lelaki Hidup Balik, Setelah 8 Tahun Dikuburkan.



PADA 6 Mei 2009, ratusan orang rela berjalan jauh ke desa Hluleka di Transkei, Afrika Selatan hanya untuk mendengar cerita seorang pemandu teksi minibus yang mengaku kembali dari kematian 8 tahun setelah ia dikuburkan. 

Fakta sebenarnya masih misterius bagaimana Nkosinathi Ntsente (39 tahun) yang ditembak mati pada tahun 2001 dan dikuburkan oleh orang ramai, hingga ditemukan kembali sedang berkeliaran tak tentu arah di kampungnya. Ntsente sendiri menceritakan sebuah kisah yang penuh dengan aroma mistik hingga menimbulkan tanda tanya lebih besar. 

Kisah "Kebangkitan" Ntsente tersebar seperti api membakar hutan ke seluruh Transkei hingga menarik orang ramai datang ke rumahnya. Dari pagi buta hingga menjelang siang, ia terus mengulangi ceritanya bagaimana ia dipaksa bertahan hidup dengan meminum darah manusia, jagung dan buah beri liar selama ia tinggal di hutan. 

"Aku penat ceritakan kisah yang sama terus menerus sepanjang hari." Katanya.

Ntsente dipercaya ditembak mati pada tahun 2001 ketika terjadi keributan yang melibatkan asosiasi teksi perbatasan. Ntsente mengatakan, penembaknya berada di dalam taksi minibus putih dan ia mengaku menyaksikan semua kejadian itu"Selama peristiwa tembak menembak itu, aku lihat diriku berdiri di sisi jalan lain menyaksikan seseorang yang menyerupaiku ditembak tepat di dahinya, lutut kanan, perut dan punggung."

Ntsente kemudian mengatakan, "duplikat" nya yang luka parah dibawa ke hospital St. Barnabas di Libode. "Aku melihat orang ini sekarat dan mati. Mayatnya dibawa ke bilik mayat hopital dimana ia diotopsi hingga dimasukkan ke lemari pendingin." Ntsente bahkan mengatakan, ia turut menyaksikan proses pemakamannya.

Ntsente kemudian mengatakan, pada hari "kematiannya", ia diculik oleh empat penyihir ke sebuah hutan gelap, dimana ia bertemu dengan ramai orang lain yang juga diculik. 

"Kami hanya diberi minum darah dan makan Izinsipa (sejenis jagung) dan buah beri liar. Aku dibebaskan oleh para penyihir itu setelah mereka mengatakan bahawa aku terlalu kuat untuk dipengaruhi berbuat kejahatan." Cerita Ntsente.

Berita "kebangkitan" nya mulai terdengar pada 23 Mac ketika bapa saudaranya Washington Qalingoma (59 tahun) dan Ibunya Mabhikani Ntsente menemuinya sedang berkeliaran tak tentu arah di jalan Ngqeleni dan membawanya pulang. Qalingoma mengatakan ia percaya Ntsente memang telah diculik.

Namun ia tidak dapat menjelaskan siapa yang telah dikuburkan lapan tahun sebelumnya. "Semuanya terserah keluarga ayahnya untuk memutuskan apakah akan membongkar kuburnya untuk melihat isi peti matinya." Kata Qalingoma. 

Mabhikani mengatakan, ia hanya tertarik untuk merawat anaknya yang baru kembali. "Aku bahagia kerana dapat anakku kembali setelah aku menguburkan jasadnya."

Pada hari berikutnya, pemilik teksi minibus lokal mengadakan pesta di markas teksi Hluleka untuk merayakan kembalinya Ntsente dari kematian. Teman lamanya, Duma Ndzendze mengatakan bahawa pekerja-pekerja di industri teksi lokal masih merayakan. "Kami akan menyokong dia, hingga ia mengalami pemulihan total. Masa ini pikirannya masih belum stabil."

Sihir merupakan sebuah praktek yang umum di Afrika. Pada tahun 2008, lebih dari 300 orang yang disangka penyihir dibakar oleh orang ramai di Kenya.  Hal ini mungkin diakibatkan banyaknya laporan kes penculikan yang disangka dilakukan oleh para penyihir. Namun kebanyakan korban penculikan adalah kanak-kanak yang dikorbankan untuk ritual mistik. 

Mengenai kes Ntsente, masyarakat segera meminta pemerintah lokal menyelidiki peristiwa ini. (IH)

Thursday, November 08, 2012

Lebuhraya: K'tan Malang, Kesesakan Biasa..


 

KUALA LUMPUR: Rakyat Kelantan sangat malang kerana tidak dapat menikmati kemudahan lebuh raya seperti negeri-negeri lain, kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mempersoal diskriminasi Kerajaan BN terhadap Kelantan hanya kerana rakyat Kelantan tidak menyokong parti itu.

"Dulu orang Kelantan marah dengan sikap diskriminasi Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan tapi sekarang sudah tak rasa marah, tapi kecil hati.

"Kelantan satu-satunya negeri yang tak ada lebuh raya walaupun satu meter. Apalah malangnya nasib rakyat Kelantan.

"Sampai bilakah penderaan dan diskriminasi kerajaan menganaktirikan rayat Kelantan? Rakyat Kelantan juga ingin merasai perjalanan pada musim perayaan sama dengan negeri-negeri lain," katanya.

Tegas beliau juga, BN tidak perlu berjanji untuk membina lebuh raya sekiranya mengambil alih negeri itu kerana rakyat tidak menyokong parti itu.

"Timbalan Menteri kata kerajaan memang berjanji akan membina lebuh raya sekiranya BN berjaya mengambil alih negeri Kelantan.

"Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan. Rakyat Kelantan tidak akan redha dengan perbuatan ini," tegasnya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan  KL - KB terutamanya pada musim perayaan. Timbalan Menteri, Datuk Yong Khoon Seng dalam jawapannya bagamanapun berkata, kesesakan lalu lintas merupakan perkara biasa pada musim perayaan, bukan sahaja jalan ke Kelantan.

Kontroversi Bergambar Seksi Depan Masjid Maroko..


Foto model Belgia di mesjid Maroko yang menuai kontroversi Foto model di mesjid Maroko yang kontroversi (Herpress)


GAMBAR Ratu Cantik Belgium 2013 yang diambil di Masjid terbesar di Maroko menimbulkan kontroversi di negara Afrika Utara itu. Kekuasaan di negara yang dipimpin pemerintah Islam itu saling tuding soal siapa yang memberi izin foto tersebut.

Dilansir al-Arabiya, Rabu 7 November 2012, foto-foto para model seksi itu telah tersebar di media sosial dan berbagai situs internet di Maroko. Model mengenakan tank top dan dan rok mini super ketat di alun-alun Masjid Hassan II di Casablanca. Padahal, di lingkungan mesjid sepatutnya wanita wajib mengenakan pakaian sopan yang tertutup.

Berbagai kritikan berdatangan dari warga masyarakat, mereka marah kesucian mesjid dikotori oleh pos-pos model yang memperlihatkan aurat. Beberapa orang menuntut tanggungjawab kepada penguasa yang memberikan izin berambar. Beberapa lainnya tidak peduli, kerana menurut mereka mesjid itu sekarang lebih sebagai tempat pelancung berbanding tempat ibadah.    

Situs berita populer Maroko, Hespress, mengutip sumber dari Kementerian Urusan Islam menyangkal jika mereka terlibat dalam insiden itu dan menuduh pihak administrasi masjid yang bertanggung jawab. Dewan Kota Casablanca pun mengaku tidak campur tangan atas kontroversi itu. Salah satu anggotanya mengatakan, dewan memang tidak mengizinkan.
 
Sebuah surat khabar yang dekat dengan Partai Oposisi mengutip sumber dari manajemen masjid bahawa sebuah perusahaan di balik penggambaran itu diberikan izin oleh Maroko Cinema Center (MCC). Hespress pun mengutip ulama terkemuka Sheikh Abdul-Bari Zamzami sebagai orang di kementerian dalam negeri yang bertanggung jawab atas insiden tersebut. (IH)

Tektik Pelacuran, Guna Salun Hias Kuku


 
KSEBAHAGIAN daripada 10 pelacur yang ditahan dalam serbuan di salun menghias kuku di Jalan Klang Lama kelmarin.

KL: Taktik licik satu sindiket pelacuran yang menjalankan aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik salun menghias kuku terbongkar apabila diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman kelmarin.

Serbuan pukul 10.45 malam di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di sini itu berjaya menahan lapan wanita Vietnam dan dua warga China berusia antara 18 hingga 31 tahun yang disyaki pelacur. Turut ditahan seorang penjaga premis berusia 48 tahun.

Ketua operasi, Inspektor Muhammad Md. Jais berkata, ketika serbuan, seorang pelacur didapati sedang ghairah melayan seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil. (Kosmo)

Misteri Pegunungan Hantu Di Antartika?


PENGKAJI atau peneliti membongkar kisah misteri gunung yang terkubur di bawah es Antartika. Wilayah kutub planet itu merupakan pegunungan yang luas dan setara dengan Alpen. Puncak berlekuk itu memiliki tinggi lebih dari 8.000 kaki (2.400 meter). 

Gunung itu terkubur di bawah es yang padat, dengan tebal lebih dari satu mil ( 1,6 kilometer) jauh di timur Antartika.Keberadaan pegunungan yang disebut Pegunungan Gamburtsev ini mengejutkan para ilmuwan Rusia saat pertama kali menemukan hal tersebut 50 tahun yang lalu. 

Puncak subglasial yang memiliki panjang hampir 750 mil (sekitar 1.200 kilometer) itu terus menjadi misteri. Pegunungan Gamburtsev yang dikenal sebagai "pegunungan hantu" mulai terkuak. pegunungan yang tak terlihat dengan kasat amta ini tersembunyi di bawah lapisan es dan salji di tengah hamparan es Antartika.


Sebuah team pelbagai negara beranggotakan sejumlah jurutera, pilot dan ilmuwan telah bekerja di Kutub Selatan yang memiliki cuaca ekstrim, guna mengungkap keberadaan pegunungan hantu itu. Dengan menggunakan radar dapat menembus lapisan es setebal empat kilometer ( 4 km ) dan peralatan seismik dapat "mencitrakan" puncak-puncak Pegunungan Gamburtsev yang tersembunyi.



Kelompok pertama ilmuwan terbang melintasi wilayah pegunungan tersebut dengan menggunakan pesawat dilengkapi dengan radar khusus. Radar pencitraan yang dilengkapi dengan data gravitasi dan data magnetik digunakan untuk membentuk gambar 3D (tiga dimensi) dari puncak-puncak Pegunungan Gamburtsev. 

Team kedua bekerja di darat, bertugas mendengar gelombang seismik yang terpancar dari puncak-puncak gunung. Data tersebut digunakan untuk menyelidiki struktur lapisan tanah keras di dasar pegunungan. Hasil pencitraan menunjukkan bahawa Gamburtsev terbentuk oleh jajaran puncak bergerigi tingginya sekitar 2.600 meter, yang menunjukkan kemiripan dengan Cascade Range di American Northwest.

Para peneliti yakin bahawa puncak-puncak ini memainkan peranan penting dalam membentuk lapisan es di Antartika Timur sekitar 30 juta tahun lalu. Meskipun kini sudah ada gambaran seperti apa bentuk "pegunungn hantu", pegunungan ini tetap menyimpan misteri. Pegunungan Gamburtsev nampaknya tidak terbentuk oleh aktivitas tektonik mahupun proses vulkanik -- dua hal yang umumnya membentuk suatu gugusan pegunungan (IH)

Ini Gambar Hantu, Betul Ke?


IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta  di Melaka baru-baru ini.

Jururawat rakam imej han
MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu. Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ. “Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar. (Kosmo)

Obama Menang Mudah Presiden AS

OBAMA melambaikan tangan ke arah para penyokongnya selepas memberi ucapan di Chicago, Illinois kelmarin.
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memenangi pilihan raya presiden AS dengan menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney kelmarin. Obama, 51, yang merupakan penduduk kulit hitam pertama menjadi presiden pada 2008 memenangi dengan mudah 303 undi pemilih berbanding Romney, 65, yang memperoleh 206 undi.

Obama menang di 26 negeri tanpa mengambil kira pengiraan di Florida. AS mempunyai 50 buah negeri. Kemenangan Obama pada pilihan raya kali ini adalah di kebanyakan negeri yang pernah dimenanginya pada pilihan raya 2008. Obama turut mencipta sejarah sebagai presiden kulit hitam pertama yang memegang jawatan presiden AS bagi tempoh dua penggal.

Sementara itu di negeri Florida memperuntukkan 29 undi pemilih kepada pemenang undi popular. Pengiraan undi di Florida masih belum diketahui setakat pukul 11 malam semalam waktu Malaysia. Bagaimanapun, Obama dari parti Demokrat sudah dianggap memenangi pilihan raya presiden kerana beliau hanya memerlukan 270 daripada 538 undi pemilih untuk memegang jawatan tersebut buat penggal kedua.

Pada pilihan raya 2008, Obama memenangi 365 undi pemilih berbanding pencabarnya, Senator McCain dari parti Republikan dengan 173 undi. Undi pemilih itu diberikan kepada calon presiden yang memenangi undi popular terbanyak di sesebuah negeri kecuali di Maine dan Nebraska. Negeri Maine menetapkan dua undi pemilih diberikan kepada pemenang undi keseluruhan terbanyak manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memperoleh undi paling banyak di dua daerah Kongres AS.

Bagaimanapun, di negeri tersebut, Obama menyapu bersih keempat-empat undi tersebut. Pada tahun 2008, Obama mendapat empat undi pemilih di negeri itu. Di negeri Nebraska, tiga undi pemilih diberikan kepada pemenang undi terbanyak di tiga daerah Kongres AS manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memenangi paling banyak undi popular. Romney menyapu bersih kesemua undi pemilih di negeri itu.

Pada tahun 2008, Obama hanya memperoleh satu undi pemilih di negeri berkenaan. Pada pilihan raya presiden menyaksikan, bilangan undi pemilih yang diperoleh Romney lebih banyak daripada McCain yang menentang Obama pada pilihan raya 2008. Pada pilihan raya 2008, Obama menang di Carolina Utara dan Indiana. Namun pada kali ini, Romney menang di kedua-dua negeri itu.

Menurut akhbar Wall Street Journal, Romney menang 60 peratus undi penduduk kulit putih manakala Obama hanya memperoleh 38 peratus kurang lima peratus pada pilihan raya 2008. Romney merupakan bekas gabenor Massachusetts dan seorang jutawan bertanding buat kali pertama menentang Obama. - Agensi

Jadi Isteri Raja Ke14, Jatuh Cinta Hanya Setahun?



HASIL penelitian di Itali beberapa tahun lalu membuktikan, kadar cinta seseorang yang ” jatuh cinta” hanya mencapai puncaknya sekitar satu tahun. Hal ini dibuktikan dengan kenaikan sel darah putih, yang hanya maksimal satu tahun.

Ingat, hanya satu tahun! Penelitian ini sebagai isyarat, bahawa perasaan jatuh cinta bukan pengalaman psikis semata, melainkan boleh diukur secara kimiawi. Hasil penelitian yang muncul tahun 2006 ini, mungkin sudah ” kadaluwarsa ” menurut pandangan raja Mswati III asal negara Swaziland.
Kerana raja MSwati III asal Swaziland sudah lama mengetahuinya, bahkan mempraktek sendiri. Hal ini dibuktikan dengan kegemarannya memilih perawan cantik setiap tahun untuk dijadikan isterinya. 5. Bahkan kadar cinta bertahan satu tahun.  Setelah beberapa minggu saja kadar cinta raja Swaziland sudah mulai menurun, dan mulai melirik gadis cantik lainnya  untuk dijadikan isteri berikut.

Memang, kegemaran raja Mswati III menikahi gadis cantik setiap tahun ini menghasilkan kritik dan geram dari berbagai pihak. Bahkan tindak tanduk raja Mswati III selalu menarik perhatian media, baik dari dalam dan luar negeri. Seperti pesta tahunan yang terjadi beberapa waktu lalu. Suasana malam minggu di negara Swaziland menjadi sangat meriah, dengan kehadiran 40,000 wanita muda yang masih perawan.


Mereka menghadiri pesta, dan menarikan tarian khusus, dalam rangka tebar pesona. Dengan tujuan memikat raja Mswati III, agar memilihnya untuk dijadikan isteri raja yang ke-14. Wanita muda yang dijamin 100 % masih perawan ini sangat antusias untuk membuktikan mimpinya. Iaitu mimpi menjadi wanita bangsawan dengan kehidupan glamour. (IH/Pelbagai sumber)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails