Saturday, November 17, 2012

Gambar Kesusahan Hidup Di China, 'Rumah Kabsul'


CHINA, menurut berita ekonomi yang sering kita dengar pertumbuhan ekonominya amat fantastis. Dan mereka kini menjadi kekuatan ekonomi nomor satu di Asia. Apakah itu bererti rakyat China itu kaya raya?
Sekadar info, kini harga sewa tempat tinggal per bulan di China melambung tinggi. Bahkan, beberapa orang per rela tinggal di sebuah ruangan berukuran 4.5 meter persegi dan berbagai tempat dengan orang lain.

Siapa pun boleh mengintip cara hidup para kaum urban pekerja di Provinsi Hubei, China, ini. Seorang pemilik bangunan mengubah bangunan setinggi enam lantai miliknya menjadi 55 "rumah kapsul". Setiap ruangan yang disebut dengan "kapsul" ini berfungsi sebagai ruang tidur, ruang keluarga, bilik mandi, dan sekaligus dapur.

Bilik begini, kira-kira RM200 sebulan, contohnya, termasuk gambar di atas.
(IH/CNN, What's On Xiamen)

Siapa PM? Ialah Mereka Dipilih Rakyat. -Pres PAS


KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Gambar) menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta jawatan. Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

"Saya sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya.
"Apa yang penting kita nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang dipilih rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk rakyat.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sanggup jadi nelayan balik. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi khadam rakyat," kata beliau pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik hari ini.

Beliau juga berkata, PAS merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi apabila memberi ruang kepada perwakilan menyuarakan pandangan dan kritikan.

"Demokrasi dalam PAS, kita membenarkan orang bercakap dalam muktamar dan kita akan gulung dan jawab. Ada yang wajar, ada yang tak wajarlah. Ada batasnya.
"Apa lagi sekarang ini zaman terbuka, bukan sahaja yang lidah panjang tapi tangan panjang tulis macam-macam pandangan dia dalam blog dansebagainya dan orang ambil pandagannya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pembahagian kerusi antara PAS dan Pakatan Rakyat sudah selesai 90 peratus.

"Pembahagian kerusi dengan Pakatan Rakyat lebih 90 peratus selesai tapi kita tak boleh sebut lagi kerusi-kerusi tersebut," katanya sambil menambah, terdapat wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan bertanding. (IH/Hrkh)

PAS Bukan Macam Kepimpinan Khomeini. -T/Ibarhim

KOTA BHARU: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang berlangsung sejak semalam menunjukkan betapa kematangan perwakilan PAS yang tidak termakan sebarang provokasi dan fitnah pihak lawan.

Sebagai contoh katanya, walaupun media pihak lawan melakukan provokasi kononnya isu Nurul Izzah akan menjadi topik hangat dalam muktamar kali ini, namun perwakilan yang tampil berbahas langsung tidak membangkitkan isu ini.

Malah katanya, perwakilan dilihat matang membangkitkan isu khsusnya melontarkan kritikan membina kepada pimpinan parti ke arah menjadikan PAS lebih mantap berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini juga menunjukkan bahawa PAS bukan macam kepimpinan (Ayatullah) Khomeini yang tidak boleh ditegur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan penggulungan ucapan dasar Presiden PAS petang ini. Beliau turut mengingatkan ahli agar tidak termakan dengan mainan media musuh yang cuba memecah belahkan PAS. Sebaliknya ujar beliau, penerangan PAS termasuk Harakah dan Harakahdaily perlu dijadikan sumber rujukan walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan.

"Biarpun berdepan pelbagai kekurangan, namun Harakah dan Harakahdaily dutakuti musuh stakat ini,' katanya.

Beliau juga mahu ahli dan pimpinan tahu membezakan pendirian rasmi parti dan pandangan peribadi apabila seseorang ahli atau pimpinan mengulas sesuatu isu kepada media khususnya media perdana.

"Saya ingatkan bahawa pendirian rasmi parti hanya oleh presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha dan ketua penerangan.
"Sementara isu-isu tertentu hanya dikeluarkan oleh presiden dan ketua penerangan sahaja," katanya.

Justeru katanya, ahli selain pimpinan yang disebutkan itu boleh melontarkan pandangan tetapi harus menjurus kepada apa yang diputuskan kepimpinan parti. Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada semua perwakilan yang telah memberi teguran dan kritikan khususnya berkait penerangan PAS. Kesemua teguran itu katanya akan diambil perhatian oleh lajnah penerangan untuk tindakan seterusnya. (IH/Hrkh)

Rogol TKI: Desak Presiden RI Protes PM Malaysia

Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah
Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah (VIVAnews/Bayu Galih)


Migran Care Kecam Lepasnya 3 Polisi Pemerkosa TKI Hakim mengabulkan penangguhan penahanan tiga pemerkosa TKI.
JAKARTA Sabtu, 17 November 2012: Dalam sidang perdana tiga polisi Malaysia yang jadi terdakwa kasus pemerkosaan tenaga kerja Indonesia (TKI), Hakim mengabulkan penangguhan penahanan dengan jaminan. Lembaga swadaya masyarakat (LSM) Migran Care menilai hal ini bukti ketidakseriusan Malaysia menyelesaikan kasus tersebut.

"Sikap ini semakin meneguhkan pelestarian impunitas pelaku kejahatan terhadap buruh migran Indonesia," kata Direktur Eksekutif Migran Care, Anis Hidayah dalam keterangan pers, Sabtu 17 November 2012. Ketiga terdakwa dilepaskan dengan uang jaminan RM 25 ribu. Mereka pun diwajibkan melapor ke kantor polisi terdekat, sebulan sekali.

Sejak awal sidang, menurut dia, pengadilan sudah memperlihatkan ketidakadilan. Indikasinya, ada upaya untuk mengkriminalisasi korban dengan mempertanyakan keberadaan dokumen keimigrasian korban. Atas dasar situasi tersebut, kata Anis, Migran Care memprotes dan mengecam keras pemberian penangguhan penahanan terhadap para pelaku pemerkosaan.

Kedua, kata dia,  Migran Care juga Memprotes sikap Pemerintah Malaysia yang tidak serius menyelesaiakn dan menuntaskan kasus ini. "Kami mendesak Pemerintah Indonesia untul mengambil tindakan politik yang lebih tegas dengan memanggil pulang Duta Besar RI untuk Malaysia dan memulangkan dengan segera Duta Besar Malaysia untuk RI dengan status Persona Non Grata."

Mereka juga mendesak Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyampaikan protes secara terbuka terhadap PM Malaysia Najib Razak atas kasus perkosaan yang dilakukan 3 Polisi Di Raja Malaysia terhadap PRT Migran Indonesia di KTT ASEAN tanggal 18-20 November 2012. (IH/Viva)

BERITA TERKAIT

Polisi Pemerkosa TKI Terancam 20 Tahun Bui dan Cambuk

Sokong Tangguh AES, MB K'tan Terima Memo


MB Kelantan menerima memo sokong tangguh AES

KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima memorandum yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menangguhkan pelaksanaan AES di negeri Serambi Mekah itu.

Memorandum disampaikan oleh Koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES Kelantan (BANTAH AES), Ismady Radzuan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini. Dalam memorandum tersebut, mereka menyokong penuh tindakan kerajaan Kelantan yang menangguhkan pelaksanaan AES 29 Oktober lepas.

Tuan Guru ketika menerima memorandum tersebut berkata, Kelantan mengambil tindakan tersebut selaras dengan keputusan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat untuk menolak AES. "Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan sudah memutuskan langkah yang sama dengan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Antara isu yang dibangkitkan dalam memorandum BANTAH AES kerana ia amat membebankan rakyat, mempersoalkan pengswastaan AES kepada Beta Tegap, selain latarbelakang syarikat yang menguruskan AES amat mencurigakan.

"Kemalangan tidak disebabkan hanya kerana kelajuan semata-mata," tegas memorandum tersebut.(IH)

Felda Terlibat Israel, Genting Bhd & Kamera Litar.


Berjudi Di Genting Highland

KOTA BHARU: Ketika negara haram Israel menyerang umat Islam di Gaza, Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengumumkan kesediaan mereka untuk mendedahkan invois  penjualan minyak sawit Felda ke negara Israel.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, mulai tahun 2010 Felda telah menjual minyak sawit dari kilangnya dari Pasir Gudang ke negara Zionis itu. Mazlan mengumumkan perkara ini ketika berucap dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Sultan Muhamad ke IV dekat sini.

"Saya akan dedahkan satu invois penjualan minyak sawit kepada negara Israel oleh Felda," katanya dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Muhammad Ke IV. Dalam pada itu, Mazlan turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab dakwaannya bagaimana RM400 juta saham syarikat perjudian Genting Berhad boleh berada di dalam Felda Global Venture (FGV).

Terkini katanya, seorang pegawai Felda dikatakan telah memasang 40 kamera litar tertutup untuk memantau aktiviti kakitangan Felda kononnya ada di kalangan mereka pecah maklumat kepada orang luar.

"Pegawai terbabit berada dalam ketakutan apabila mula bertindak memantau staf bimbang pecah maklumat," katanya di hadapan kira-kira 30,000 penyokong Pakatan Rakyat yang meneyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat ke 2 dekat sini.(Hrkh)

760 Bekas Tentera Pula Sertai PAS


 
KOTA BHARU: Seramai 760 ahli Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung malam tadi, Kerabat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar,  Sekretariat  Kerabat mengisytihar kesediaan mereka untuk bersama-sama PAS.

Katanya, kesediaan itu kerana tertawan dengan konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS.

"290,000 pesara tentera di seluruh Malaysia, dan ramai di kalangan kita tidak dipeduli oleh kerajaan, kebajikan mereka terabai.
"Kami percaya PAS akan mengubah nasib mereka selepas ini, selepas PRU ke-13 nanti," katanya diikuti sorakan lebih 30,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Muhamad ke IV malam tadi.

Dengan penubuhan cawangan baru di negeri ini, beliau percaya kebangkitan bekas tentera ini boleh mengejutkan Perkasa dan Perkida. Malah Kerabat turut berjanji akan bangkit bersama-sama membela nasib vateran angkatan tentera yang dipinggirkan.

"Dulu wira, sekarang dianiaya oleh kerajaan Umno BN. Seru seluruh tentera sedarlah duit kita antara terbanyak dilaburkan untuk memenangkan pimpinan BN," tegasnya. (Hrkh)

Nak Besar, Tetapi Kemaluan Kena Buang Terus!


Kemaluan terpaksa dibuang selepas disuntik minyak zaitun

Gambar hiasan. Rumpai laut seakan zakar.



BANGKOK - Pegawai-pegawai kesihatan semalam menasihati kaum lelaki di Thailand bahawa saiz tidak penting selepas zakar seorang pesakit terpaksa dibuang susulan percubaannya membesarkan organ tersebut dengan suntikan minyak zaitun.

Berisiko dan belum terbukti berkesan, kaedah itu biasa digunakan di Thailand, malah, sebuah hospital di sini menerima sekitar 40 pesakit sebulan yang bimbangkan kesan sampingan teknik tersebut. Selain minyak zaitun, lelaki Thailand gemar menggunakan lilin lebah, silikon dan parafin untuk membesarkan saiz kemaluan mereka.

Jurucakap Hospital Besar Polis di sini, Sirikul Jiaranaikhajorn memberitahu agensi berita AFP bahawa pesakit berusia 50 tahun itu telah beberapa kali menjalani rawatan suntikan minyak zaitun sejak bertahun-tahun lalu. Menurutnya, kemaluan lelaki itu mengalami jangkitan kuman yang teruk. Dia juga didapati menghidap kanser zakar sekali gus menyebabkan pembedahan membuang organ berkenaan perlu dilakukan.

"Ini ialah pembedahan membuang kemaluan terbesar yang kami pernah lakukan selepas kami menemui kanser pada organ tersebut," kata Sirikul. Katanya lagi, mereka merawat antara dua hingga tiga pesakit akibat zakar dijangkiti kuman pada setiap minggu tetapi belum ada bukti teknik itu menyebabkan kanser.

Jelas Sirikul, lelaki berkenaan menjalani suntikan itu di sebuah klinik dengan ditemani beberapa rakannya walaupun amaran telah dikeluarkan bahawa teknik pembesaran zakar seperti itu amat berisiko. "Kaedah ini hanya mendatangkan mudarat, orang ramai mendapat maklumat salah bahawa ia berkesan," ujarnya.

Tambah jurucakap itu, kebanyakan lelaki mencuba prosedur tersebut kerana terpedaya dengan cerita rakan-rakan mereka. "Wanita mencintai lelaki bukan kerana saiz zakarnya," jelas Sirikul.
- AFP

James Bond, Pecah Panggung, Pecah Rekod


















HALAMAN HUBURAN

"NAMA saya Bond, James Bond!" Itu merupakan dialog yang cukup sinonim dengan watak perisik British yang cukup dikenali dengan nombor kod 007 dan mula diperkenalkan kepada penonton di layar perak pada 5 Oktober, 1962 menerusi siri filem sulungnya berjudul, Dr. No. Watak James Bond yang pertama itu dilakonkan oleh aktor Sean Connery.

Sejak itu sehingga tahun lepas, sejumlah 22 buah filem James Bond muncul membina francais dengan keuntungan keseluruhan terkumpul hasil kutipan tiket tayangan di pawagam yang cukup hebat - mencecah AS$5 bilion (RM15.5 bilion). Meneruskan legasi filem-filem James Bond yang muncul sebelumnya, tayangan perdana Skyfall diadakan pada 26 Oktober tahun ini di Eropah sebelum ia menjengah pawagam di lebih 20 buah negara termasuk Malaysia.

Ia bagaimanapun hanya mula ditayangkan di Amerika Utara (menerusi rangkaian pawagam meliputi Amerika Syarikat dan Kanada) pada Jumaat, 9 November lalu dengan hasil kutipan selama tiga hari sepanjang hujung minggu lalu iaitu sehingga Ahad, 11 November mencecah AS$88.4 juta (RM266 juta).

Kutipan itu bukan sahaja meletakkan Skyfall sebagai juara carta Top 10 Filem Pecah Panggung Amerika Syarikat tetapi juga memecah rekod sebagai filem James Bond dengan kutipan minggu pembukaan tertinggi berbanding 22 filem James Bond yang muncul sebelum ini. (IH)

Serang Gaza, Israel Kerah 16,000 Tentera..


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 AFP: BARISAN kereta kebal dan anggota tentera Israel dihantar ke sempadan Israel-Genting Gaza semalam. Pihak berkuasa Israel menyatakan ia bersedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Genting Gaza jika keadaan memaksa. 


BAITULMUQADDIS - Tentera Pertahanan Israel (IDF) dilihat mula mengerahkan kira-kira 16,000 anggota tentera simpanannya semalam sebagai persiapan untuk menyerang Genting Gaza. 

"Proses memanggil anggota tentera telah pun dimulakan. Sebagai sebahagian daripada Operasi Tiang Pertahanan, IDF akan mula merekrut 16,000 anggota simpanan," kata kementerian terbabit dalam satu tweet rasminya.
AFP GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam. 

Pada Khamis lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak meluluskan proses untuk memanggil 30,000 tentera simpanan yang boleh dikerah bagi terlibat dalam operasi ketenteraan pada bila-bila masa. Langkah itu dibuat ketika Israel terus memberi tekanan ke atas pejuang Palestin yang dilihat bakal meningkatkan serangan roket kepada operasi ketenteraan darat selepas sebutir roket mengenai pantai tidak jauh dari Tel Aviv. Roket kedua pula meletup di bahagian selatan bandar tersebut.
AFP IBU kepada kanak-kanak perempuan Palestin yang terbunuh, Hanen Tafesh ditenangkan oleh suami dan saudara-maranya sebelum mayat anaknya itu dikebumikan di Bandar Gaza. Serangan udara tentera Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 23 orang warga Palestin. 

"Kami kini dalam proses meningkatkan operasi ketenteraan. Menteri Pertahanan sudah memberi kelulusan berdasarkan kepada permintaan tentera iaitu penambahan 30,000 anggota lagi. 

"Kami akan mengenal pasti berapa ramai tentera yang perlu dipanggil. Ini bermakna kami mempunyai semua pilihan," kata jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral Yoav Mordechai kepada televisyen Israel, Channel 2.
AFP ANGGOTA polis antirusuhan Israel menahan seorang lelaki Palestin dalam satu protes membantah operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza di di Gerbang Damsyik, Bandar Lama Baitulmuqaddis semalam. 

Menteri Kanan Kabinet Israel, Moshe Yaalon turut menyatakan bahawa pihaknya sedang menimbang semua pilihan operasi ketenteraan. Ini termasuklah amaran akan menyerang Gaza bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin. 
 
Dalam perkembangan berkaitan, seorang warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera akibat serangan udara Israel di bandar Khan Yunis semalam. "Ismail Qandil telah mati syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan," jelas kenyataan perkhidmatan kecemasan Genting Gaza.
AP SEKUMPULAN tentera simpanan Israel berkumpul di kem Mishmar Hanegev, selatan Israel semalam. Pihak berkuasa Israel pada Khamis telah meluluskan kerahan sehingga 30,000 tentera simpanan jika ia mahu menyerang Genting Gaza. 

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Genting Gaza, Adham Abu Selmiya memberitahu, dua orang penduduk Palestin telah meninggal dunia kerana cedera dalam serangan udara Israel di bahagian utara wilayah tersebut. 

Menurutnya, tiga kematian pada Jumaat menyebabkan jumlah mangsa meningkat kepada 23 orang dengan 250 yang lain cedera.
Reuters PASUKAN bomba Palestin bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kilang yang terbakar selepas terkena bedilan roket tentera udara Israel semalam. 

Sementara itu, Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak akan membiarkan Gaza bersendirian. 

Mursi membuat kenyataan itu dalam satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di tengah Kaherah, lapor agensi berita Mena. Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil pulang semalam mengadakan lawatan selama tiga ke Genting Gaza. 

"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam. Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini," tegas Mursi. - Agensi

Desak Obama Hentikan Serangan Israel -Muslim AS


Muslim Amerika Desak Obama Hentikan Serangan Israel
Asap membumbung di Kota Gaza dari ledakan yang disebabkan serangan udara Israel.

WASHINGTON. 16 Nov 2012: Koalisi Muslim di Amerika Syarikat mendesak Presiden Barack Obama turun tangan mengatasi kekerasan di Jalur Gaza, Palestin. Obama didesak menghentikan Israel melancarkan serangan di Gaza.

"Kami mendesak Presiden Obama tidak hanya berpangku tangan, ketika senjata yang didanai cukai warga AS digunakan untuk membunuh orang awam, termasuk anak-anak, dan merosak infrastruktur di Gaza," kata Direktur Komunikasi Dewan Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Ibrahim Hooper seperti dilaporkan PR Newswire, Jumaat tadi..

Hooper menyatakan sokongan buta tuli AS terhadap tindakan-tindakan brutal Israel makin mencoreng negaranya di Timur Tengah dan dunia Islam. Ia menekankan, warga sivil Palestin memiliki hak asasi yang sama seperti warga Israel.

"Kami sesal adanya warga sivil yang terkorban dan luka dalam konflik berpanjangan tersebut. AS semestinya tidak terlibat dalam kekerasan ini," ujarnya menegaskan.

Serangan baru Israel ke Gaza menewaskan sedikitnya 17 orang sejak Rabu lalu. Seorang pimpinan sayap militer Hamas, Ahmed Al Ja'abari turut terkorban dalam rangkaian serangan tersebut. (IH/ROL)

Bekas Pengarah JAIS & JAIM Sertai PAS.


Datuk Nahrawi sertai PAS

KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS. Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini. Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.
"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang. Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya. Menerutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik. (Hrkh)

1,000 Bantah Serangan Israel Ke Atas Gaza


Demo bantah kekejaman Israel di depan pejabat kedutaan Amerika

KUALA LUMPUR: Lebih seribu orang menyertai himpunan bantah serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.

Demostrasi aman yang bermula di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat kemudiannya berarak dan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika disertai oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) dan Aqsa Syarif.

Timbalan Presiden Ikram, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom yang mewakili badan-badan bukan kerajaan (Ngo) bagi menyerahkan memorandum kepada wakil pihak kedutaan itu memberitahu Amerika Syarikat perlu memainkan peranan untuk menghentikan ketegangan yang berlaku di Gaza.

"Kita terkejut dengan ketegangan yang semakin meruncing telah berlaku antara Israel dan Gaza.

"Serangan berterusan Israel ke atas penduduk Gaza jelas kejam, malah pendiri yang dikeluarkan oleh Israel jelas angkuh yang mana mereka ini meneruskan pencerobohan serta mengisytiharkan perang terhadap penduduk Gaza," jelasnya selepas menyerah memorandum.

Beliau yang pada masa yang sama turut meminta agar Amerika tidak menjadi boneka kepada Israel dan bersikap berat sebelah dalam isu ini. Baginya, sebagai kuasa besar dunia, Amerika perlu perlu menjadi orang tengah dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu Palestin.

Peserta himpunan aman itu telah bersurai pada kira-kira jam 3.30 petang tanpa ada sebarang provokasi dan mendapat kawalan yang baik dari pihak polis. Rabu lepas, tentera Israel telah mengebom bandar Gaza Palestin pada malam tahun baru Islam dalam satu misi khas yang dinamakan 'Pillar of Defence' yang sehingga kini membunuh 15 orang termasuk seorang pemimpin kanan Hamas.

Israel melancarkan serangan tersebut kira-kira jam 10 malam (waktu Malaysia) pada Rabu. Selain serangan udara, serangan roket juga dilancarkan dari kapal tentera laut Israel ke penempatan masyarakat Palestin di Gaza. (IH)

Friday, November 16, 2012

Nik Aziz Bersama 30,000 Di Stadium S/Muhamad


Stadium Sultan Muhamad penuh sesak

KOTA BHARU: Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu mulai penuh dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat. Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini.

Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini. Dianggarkan pada ketika ini sudah lebih 30,000 berada di padang stadium dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam stadium.

Kebangkitan malam ini juga bakal sekali lagi menyaksikan sejarah dicipta di stadium penuh keramat ini apabila beberapa tokoh besar juga turut hadir. Antara pemimpin besar Pakatan Rakyat yang dijangka akan memberi ucapan termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Suasana dalam stadium ketika ini dipenuhi dengan empat warna kebangkitan rakyat iaitu oren, merah, hijau dan kuning. Oren mewakili gerakan menyelamatkan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), merah mewakili perjuangan NGO 'R' menuntut hak bayaran royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan, hijau mewakili gerakan menyelamatkan alam sekitar dan anti-Lynas dan kuning mewakili perjuangan Bersih yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Selain daripada warna dari pakaian yang dipakai, setiap hadirin juga turut diagihkan bendera mewakili keempat-empat warna tersebut. Malam ini juga kesemua wakil-wakil NGO tersebut diberi peluang berucap memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini isu-isu yang diperjuangan mereka.

Perhimpunan malam ini juga dibuat bersempena berlangsungnya Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) yang bermula hari ini hingga Ahad nanti. Perhimpunan bermula sejak petang tadi apabila pelbagai acara hiburan dan ringan diadakan di perkarangan stadium dan di sekitar bandar Kota Bharu.

Perarakan bermotor NgO 'R' mengelilingi stadium kira-kira jam 3 petang. Selepas itu persembahan kesenian diadakan di situ termasuklah tarian singa dan lain-lain permainan tradisi. (Hrkh)

Salahuddin Nasir Berucap Dalam Kantonis & Tamil.


Tiga pimpinan utama PAS ketawa besar dengan celoteh perwakilan Gombak

KOTA BHARU: Perwakilan dari Gombak, Selangor, Salahuddin Nasir mencuit hati sidang Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 hari ini apabila berucap dalam bahasa Kantonis dan Tamil. Beliau berucap dalam bahasa Kantonis dan Tamil kira-kira lima minit dan mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, pemerhati dan pimpinan PAS.

Bagaimanapun, apabila Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ismail bertanya maksud ucapannya, Salahuddin secara berseloroh menyuruh beliau bertanya sendiri kepada wakil Cina dan India. Ucapan dalam kedua-dua bahasa itu sebagai meraikan kehadiran wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ke muktamar yang berlangsung di Putik itu.

"Hasil usaha yang dilakar bersama maka terbina DHPP dan selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil DHPP yang hadir bersama hari ini. Oleh itu, saya akan menyampaikan ucapan dalam bahasa Kantonis dan Tamil," kata Salahudin (gambar).

Beliau dalam pada itu secara serius menyeru ahli ikhlas memberikan sokongan kepada PAS dan meminta golongan yang mempunyai agenda tersembunyi meninggalkan PAS.

"Ahli-ahli parti terlebih dahulu mesti memberi wala' kepada pimpinan dan jemaah.

"Kita tidak mahu ahli PAS yang berada dalam jemaah tapi memberi wala' kepada yang lain dari PAS.

"Orang yang seperti ini kita harap angkat kaki dan tinggalkan PAS. Kita tidak perlu orang seperti ini," tegasnya.

Beliau turut mengingatkan ahli agar tidak menjadikan Putrajaya sebagai matlamat akhir tapi hanya wasilah untuk menegakkan Islam.

"Ingatan saya, Putrajaya bukan matlamat tapi wasilah. Matlamat kita menegakkan Islam di atas runtuhan kemungkaran," katanya. (Hrkh)

Sokong Isytihar Harta, Minta Calon Ikut -SAMM

 
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah di atas komitmen Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk mengistiharkan harta sebelum menyertai PRU 13 jika dinamakan oleh parti sebagai calon.

Komitmen beliau telah ditegaskan melalui ucapan dalam Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53 di Kelantan beberapa hari lalu.

"Tindakan berani ini perlu kerana PRU dan pentadbiran negara masa mendatang ini memerlukan komitmen tinggi pemimpin dan ahli politik yang telus dan penuh berintegriti," kata ketuanya, Badrul Hisham Shahrin (gambar).

SAMM, katanya, menyeru rakyat atau pengundi menjadikan pengistiharan harta ini sebahagian syarat wajib untuk mendapatkan undi rakyat. Beliau seterusnya menyeru rakyat agar bangkit menolak pemimpin calon yang tidak mengistiharkan hartanya. Pengistiharan harta juga perlu dibuat secara serius dengan turut mengumumkan harta calon, isteri, anak dan saudara terdekat.

"Ini penting dan mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah," kata beliau.

Menurutnya, ramai ahli politik yang menjadi kaya mendadak walaupun baru sahaja memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran negara.

"Baik BN atau PR selepas mengistiharkan harta sebelum PRU maka apabila ingin memasuki PRU berikutnya, rakyat boleh menilai berapa banyak laba yang diperolehi apabila duduk sesuatu jawatan atau mandat yang diberikan rakyat.

"Tanpa menafikan sememangnya bukan sedikit mereka yang dahulunya hidup sederhana malah susah tetapi selepas PRU meraih laba yang melampau apabila duduk mengalas sesuatu amanah yang diberi rakyat," tambahnya.

Rakyat juga, katanya, perlu menilai kejujuran dan kebenaran harta yang diistiharkan dan keadaan semasa kehidupan seseorang bakal calon.

"Mekanisma isytihar harta mungkin ada kelemahan tetapi yang penting wajib istihar dan rakyat akan melihat betapa serius kita melakukannya demi menjamin pentadbiran yang berintegriti.
"Sama ada ia inisiatif SPR menjadikan ia perkara wajib, atau usaha parti politik mahupun individu, yang pastinya rakyat harus menjadikan pengistiharan harta sebagai satu kriteria wajib sebelum memilih calon," katanya.

Lihat sebelum ini..

4 Cara Pulihkan Ekonomi, Menurut PAS.



Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar

KOTA BHARU: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menawarkan empat pendekatan untuk memulihkan ekonomi yang sudah dirosakkan BN. Ia perlu dilakukan untuk mengelakkan negara dari muflis.

“Melaksanakan transformasi ekonomi ala Kerajaan BN untuk setanding dengan negara yang kaya di dunia Barat juga, bukanlah ukuran yang rakyat inginkan.
"Nilai ringgit yang ada pula makin menyusut, sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi apa-apa makna lagi,” tegas Abdul Hadi dalam ucapan pembukaan Muktamar PAS ke 58.

Yang pertama, kata Ahli Parlimen Marang itu,  PAS akan membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan.

“Dalam hal ini, dasar fiskal mahupun monetari yang adil sifatnya, mesti digunakan sebaiknya untuk memacu pertumbuhan,” terang beliau.

(kedua)Abdul Hadi turut menyatakan bahawa PAS berhasrat membetulkan perlaksanaan ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mampu mencegah, dan seterusnya mencegah pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah.

Yang ketiga, PAS, katanya akan membuat penilaian menyeluruh terhadap hasil negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat.

Keempat - menolak diskriminasi, di mana dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik – negeri - wilayah; dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar,” kata Abdul Hadi.

Ini sekaligus, katanya akan menolak amalan kronisme dan monopoli pasaran tempatan, dengan memperkenalkan akta-akta bagi mengikat kewujudan “kartel‟ yang bertindak menekan rakyat. (Hrkh)

Hudud Sudah Ada Kata Sepakat Pakatan Rakyat

 KOTA BAHARU - Di sebalik kecaman yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hudud di negara ini,  Pas mendakwa mendapat kata sepakat dari Pakatan Rakyat (PR) untuk melaksanakan syariat Islam itu sekiranya mendapat keyakinan rakyat.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bagaimanapun berkata, pelaksanaan hukuman itu perlu dibuat  mengikut perlembagaan negara ini.

“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.
“Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tidak setuju, contohnya ada undang-undang jalan raya, orang pun tidak setuju, kerajaan laksana juga,” katanya selepas Merasmikan  Muktamar Dewan Ulama Pas di sini, semalam.

Sebelum ini pemimpin PR menafikan membincangkan soal hudud walaupun Pas berkeras mahu melaksanakan hukum Islam tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ditanya tindakan Karpal menolak pelaksanaan hukuman itu, Harun berkata, pemimpin itu belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada Pas.

“Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). Sebelum PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.
“Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamad  dalam ucaptama mewakili Harun menasihatkan ulama  berpegang kepada konsep  “Tahaluf Siyasi”  atau kesepakatan dengan PKR dan DAP. Bagi tujuan itu beliau berkata, ahli Pas diarahkan mengundi calon-calon pilihan raya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. (SH)

Senator Australia Lapor Polis Utusan Fitnahnya


 
KUALA LUMPUR: Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times sebelum ini.

Bagi beliau, kedua-dua media itu membuat laporan palsu apabila mendakwa beliau anti Islam. Turut serta bersama Nick Xenophon ialah peguamnya, Amer Hamzah Arshad.

Ketika perhimpunan Bersih 3.0, Xenophon telah bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati perhimpunan itu. Beliau turut merasai kepedihan gas pemedih mata yang di tembak oleh pasukan keselamatan di perhimpunan itu.

Ekoran komennya terhadap perhimpunan itu, Utusan dan NST telah menyerang beliau dengan mendakwa senator Australia itu anti Islam. Ia berdasarkan satu ucapan beliau di Australia. Senator ini juga didakwa seorang penyokong LGBT. (Hrkh)

Tahaluf Siyasi, Tidak Lari Landasan -Dr Harun Din

KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS sentiasa memantau perjalanan parti itu agar tidak lari dari landasan perjuangan sebenar.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din berkata, ianya termasuklah berkaitan tahaluf siyasi. "Majlis Syura Ulama sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS berada dalam landasan yang betul," kata beliau di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-58 di Putik hari ini.

Beliau juga berkata, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dnegan keputusan yang dibuat. Namun katanya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan kepada media seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.

"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.
"Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.
"Pandangan-pandangan individu kadang-kadang terbawa-bawa di luar mesyuaratdan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesar," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Perwakilan Kalabakan,  Kasman Karate dalam pembentangan laporan tahunan PAS petang ini. Kasman dalam soalannya berkata, terdapat perkara yang sudah diputuskan oleh Majlis Syura tetapi ada ahli Majlis Syura sendiri yang seakan-akan tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat. (Hrkh)

Bekas Atlet Wanita, Rupanya Lelaki?




KOLKATA, India - Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.

Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya. Polis mengemukakan dakwaan merogol tersebut terhadap Pramanik, 26, pada Isnin lalu selepas satu panel doktor mengumumkan hasil pemeriksaan mereka itu. Pramanik ditangkap pada awal Jun lalu selepas bekas kekasihnya, Anamika Acharya membuat aduan polis bahawa dia diperkosa oleh bekas bintang sukan tersebut.

Pramanik dibebaskan dengan ikat jamin selepas dipenjara dua minggu apabila seorang hakim memutuskan dia tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol. Beberapa ujian perubatan pada masa itu gagal mengesan jantinanya dengan tepat menyebabkan satu panel doktor diarah melakukan pemeriksaan terhadap tubuhnya.

"Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan," kata Pramanik.
"Seluruh episod ini merupakan satu penghinaan kepada pemerintah India selepas saya berusaha untuk memenangi kesemua pingat emas. Saya berasa sedih kerana jantina saya menjadi topik perbincangan secara terbuka," tambahnya.

Pramanik juga mendakwa polis melakukan gangguan terhadapnya dan cuba 'menghasutnya' untuk melakukan perbuatan bunuh diri. Kes Pramanik akan didengar pada 26 November ini. - Agensi

Serangan Seksual Lagi Bongkar Biadab Tentera AS

WASHINGTON: Hampir 50 orang kadet wanita menjadi mangsa jurulatih yang melatih mereka di pangkalan tentera udara Texas, termasuk 13 wanita yang mengalami serangan seksual, menurut laporan ketenteraan Amerika Syarikat dikeluarkan semalam.

Sekurang-kurangnya 23 jurulatih tentera terbabit dalam kes salah laku seksual itu, yang terbongkar pada Jun tahun lalu di pangkalan tentera udara Lackland dekat San Antonio. Antara 48 mangsa dikenal pasti, 35 mempunyai “hubungan tidak profesional” dengan jurulatih mereka, manakala yang lain menjadi bahan serangan seksual, termasuk enam orang yang diserang oleh seorang jurulatih yang telah disabitkan dengan kesalahan berkenaan.

“Jenis salah laku ini tidak dapat diterima di mana-mana pasukan tentera udara AS, tetapi ia betul-betul kesalahan besar dalam suasana latihan asas, di mana kami mempunyai populasi kakitangan wanita sebagai anggota udara terbaru,” kata Ketua Am Kerahan Pendidikan dan Latihan, Edward Rice yang mengetuai siasatan itu.- AFP

Rhoma Irama Tanding Presiden Indo -Komen PKS

Ketua Fraksi Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Hidayat Nur Wahid
Nur Wahid (atas) Rhoma Irama (kanan)

Jakarta 16 Nov 2012: Ketua Fraksi Partai Keadilan Sejahtera (PKS) atau sering diebut juga sebagai Parti Isam di Indonesia, Hidayat Nur Wahid memberi komen mengenai Rhoma Irama yang dicalonkan menjadi presiden dalam pemilihan presiden 2014 mendatang.

Menurut mantan Ketua DPR RI periode 2004-2009, sah-sah saja seorang artis mencalonkan diri sebagai presiden.
"Itu sudah biasa. Bahkan, di negara yang mengklaim paling demokratis, yakni Amerika, seorang artis juga meramaikan pencapres(calon presiden)an seperti Ronald Reagan," kata dia.

Hanya saja, Nur Hidayat mengkritik, kualiti seorang tokoh dalam mengurus sebuah negara. "Saya mengapresiasi pencapresan Rhoma. Apalagi dia mengklaim punya konstituen besar, yakni penggemar dangdut. Bahkan, ulama dan para habib juga mendukung. Namun, kepopuleran seseorang belum cukup," tegasnya.

Menurutnya, Indonesia saat ini lebih memerlukan tokoh berkualiti yang sudah teruji dalam mengurus negara. Bukan hanya mengandalkan kepopuleran saja. "Kalau PKS, intinya mengapresiasi pencapresan Rhoma. Namun, belum tentu PKS menjadi partai pendukung. Sebab, di internal partai sendiri kemungkinan ada tokoh yang diunggulkan," tutur dia. (IH)

'Taufan Wang', Lwn Secara Terancang -A/Hadi



Para tetamu, perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS ke 58 di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti melakukan tindakan secara terancang bagi melawan serangan "taufan wang" yang bakal digunakan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, PAS akan berdepan dengan ujian getir iaitu rakyat dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain daripada pelbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama Umno BN.

"Petugas PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.

"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno BN. Teguhlah dengan jemaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-58 yang bertema 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Putik, dekat sini, hari ini.

Dewan Putik penuh sesak dengan perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh negara untuk mengikut dan menyertai muktamar terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.

Terdahulu, Ustaz Hadi menerima tabik hormat dari pasukan Unit Amal serta dipersembahkan dengan kawad kaki dari Briged Amal.

Persiapan rapi

Ustaz Hadi turut meminta ahli membuat persediaan rapi menjaga Parlimen atau Dun masing-masing bagi menghadapi musuh yang amat licik.

Tambah beliau, petugas juga perlu bersedia menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno.

"Sikap orang muda sekarang amat berbeza dengan generasi terdahulu. Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong PAS tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan PAS memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi facebook, blog, sms dan lain-lain," katanya.
 

Kerusi


Selain itu katanya, PAS juga harus memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan kepada parti itu dengan keutamaan mempertahankan semua kerusi Parlimen yang telah dimenangi dalam PRU 2008 (24 kerusi).

"Kerusi parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua parlimen yg ditandingi PAS di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," katanya lagi.

Justeru tegasnya,  media parti seperti Harakah dan Harakahdaily bersama-sama jentera penerangan parti mesti bertindak membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan.

"Tempoh yang ada ini wajar dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat pencapaian pemerintahan kerajaan kita kepada ahli-ahli kita, yang kemudiannya akan menyampaikannya kepada rakyat yang menjadi pengundi senyap dalam pilihanraya. Konsep mendahulukan kebijaksanaan daripada kemusnahan atau kemarahan hendaklah diutamakan," katanya.

Memandangkan pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang melibatkan perang siber, persiapannya bukan lagi seperti pilihan raya yang pernah dilalui sebelum sebelum ini.

Sebaliknya, petugas di semua peringkat mesti melakukan reformasi cara bekerja dengan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya dalam menghadapi fenomena perang siber menerusi media baru ICT sekarang ini.

"Kerjasama penerangan dan ICT perlu diperkukuhkan segera untuk menghadapi PRU-13 ini dengan mewujudkan satu urusetia berkaitan media baru sebagaimana yang diresolusikan dalam Persidangan ICT dan Media Baru 2011 pada tahun lepas.

"Saya menyeru kepada semua pimpinan PAS terutamanya yang terlibat dengan Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihanraya disemua peringkat melihat potensi ICT dan Media Baru ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan kempen dan dakwah melalui laman sesawang, youtube, facebook, twitter, webtv, selain dari ceramah dan bahan-bahan media cetak," katanya.(IH/Hrkh)

Negara Berkebajikan Teras Perpaduan -Pres. PAS

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan ahli parti di semua peringkat bersiap sedia pada tahap maksimum bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir.

Beliau berkata, ahli biasa mahupun pimpinan di setiap peringkat harus berada dalam keadaan bersedia kerana mereka akan berhadapan dengan provokasi media dan BN yang mahu memporak perandakan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita.

"Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-58 yang bertema 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Putik, dekat sini, hari ini.

"Saya mengarahkan kepada semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting," katanya.

Ustaz Hadi juga menyeru semua pihak dalam parti melaksanakan tugas pilihan raya dengan penuh hikmah dan tertib agar rakyat mudah memahami dan menerima perjuangan PAS.

"Saya mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah, bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT," katanya lagi.

Selain itu beliau turut membuat seruan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat agar menggunakan menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan urusan rakyat, meneruskan kerja kebajikan tanpa meninggalkan gerak kerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.



"Saya mengarahkan agar semua jentera parti, dewan-dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihan raya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan pusat," katanya.

Turut diingatkan beliau agar semua peringkat dalam parti menjaga hubungan sesama sendiri dan memperbaiki hubungan dengan Allah supaya segala urusan tidak tergendala.

"Saya mengarahkan semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada-Nya.

"Suasana menghadapi pilihan raya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT," katanya. (IH/Hrkh)

Muktamar, Medan Berdepan PRU 13 -SU PAS

 
KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengaharapkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang berlangsung bermula hari ini menjadi medan memperkuatkan parti berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Berucap memberikan aluan pada muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini beliau berkata, para perwakilan harus menggunakan peluang muktamar ini sebaik mungkin kerana PAS sudah tidak banyak masa untuk menghadapi PRU13.

Ini kerana menurutnya, PRU13 mesti diadakan paling lewat pada tarikh 27 Jun 2013 manakala parlimen akan terbubar secara automatik pada tarikh 29 April jika tiada sebarang pembubaran lebih awal dari itu.

Justeru katanya, muktamar ini adalah masa paling penting yang ada untuk melakukan penambahbaikan dan persediaan untuk parti.

"Muktamar ini mesti digunakan untuk memberi kritikan membina kerana kita sudah tidak banyak masa untuk PRU13," tegasnya.

Menurt beliau lagi, semua pihak meyakini bahawa pilihan raya akan datang ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negara ini. Ianya boleh dilihat dari kenyataan pemimpin-pemimpin Umno BN yang mendakwa pilihan raya kali ini adalah hidup mati bagi mereka.

"Sabab itu kita meyakini bahawa Umno BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka," tegasnya lagi.

Sehubungan itu gesanya, semua pihak dalam parti perlu bersiap sedia pada taham paling tinggi berdepan segala manipulasi yang akan berlaku. Beliau juga memberi peringatan bahawa menawan Putrajaya 'bukan matlamat akhir' PAS dalam menyertai politik negara ini. Namun ujarnya, matlamat lebih besar adalah mengisi kemenangan selepas itu dengan perinsip keadilan Islam dalam pemerintahan.

Sementara itu, hampir 5000 perwakilan dan pemerhati hadir pada muktamar PAS kali ini. Selain pemimpin PAS, pimpinan Pakatan Rakyat lain yang hadir termasuklah Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw.

Wakil-wakil gerakan Islam antarabangsa juga turut hadir pada muktamar ini dan antaranya Hamas Syria dan gerakan Islam dari Sri Lanka. Muktamar kali ini juga turut dihadiri ahli baru PAS khususnya dari kalangan bekas pegawai kerajaan, seniman dan artis, ahli kademik dan aktivis masyarakat.

Pada sesi pagi ini akan berlangsung Ucapan Dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dijangka memberi fokus khusus kepada beberapa isu termasuk persiapan PRU13. (IH/Hrkh)

Terburuk! Israel Hamas, 2 Roket Landa Tel Aviv..

KEADAAN semakin tegang di Timur Tengah dengan Israel dan Hamas, terus berbalas tembakan dalam keganasan terburuk sejak serangan Israel ke atas wilayah itu hampir empat tahun lalu. Tiga rakyat Israel meninggal dunia di bandar utara, Kiryat Maleakhi Khamis lalu selepas roket yang dilancarkan dari Gaza melanda sebuah bangunan apartmen.

Sumber Israel berkata dua roket dilancarkan ke Tel Aviv - dengan sebuah peluru berpandu mendarat di laut manakala peluru berpandu lain melanda kawasan yang tidak didiami , kawasan pusat komersial Israel. Siren serangan udara menyebabkan penduduk mencari perlindungan di Tel Aviv, sebuah bandar Mediterranean yang tidak pernah diserang roket sejak Perang Teluk 1991.

Jihad Islam, satu lagi kumpulan yang berpangkalan di Gaza berkata mereka telah melancarkan salah satu roket yang menyerang Tel Aviv. Walaupun kawasan selatan Israel berhampiran Gaza telah lama berhadapan situasi tersebut, namun serangan ke atas kawasan Tel Aviv menggambarkan keupayaan Hamas yang telah meningkat.

Pejuang Palestin pernah menyerang Rishon Lezion sebelum ini tetapi tidak pernah sampai ke Tel Aviv, kira-kira 70 km utara Sttrip Gaza. Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, telah terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera Khamis dalam pertempuran yang bermula dengan serangan udara yang membunuh Ahmad Jabari, komander tentera Hamas yang dituduh Israel menjadi dalang serangan terhadap orang awam.

"Ia adalah penting untuk memahami satu perkara yang mudah: tiada moral yang simetri antara pengganas di Gaza dan Israel," ujar Binyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, Khamis lalu.

"Mereka telah melakukan jenayah perang berganda: mereka menyerang orang awam Israel dan bersembunyi di belakang orang awam Palestin." (aljazeera.com)

Kereta Mini Isi 28 Orang, Guinness World Records


SEORANG jurugambar merakamkan gambar 28 orang wanita yang melakonkan semula cara mereka berada di dalam sebuah kereta mini di London semalam. 

LONDON - Seramai 28 wanita berjaya berada di dalam sebuah Mini Cooper di sini semalam sekali gus mencipta rekod baharu Guinness World Records. Rekod sebelum ini mencatatkan seramai 27 orang berjaya berada di dalam kereta kecil tersebut. Kejayaan rekod terbaharu itu dibuat dalam tempoh 18 minit. - AP

K/Pemuda PAS Isytihar Harta Cuma RM9,000

Nasrudin Hassan
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap. Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas! (SH)

Hukum Pegang Papant Tanda, Wajarkah Di M'sia?

HARDIN memegang papan tanda yang menyatakan kesalahannya di Cleveland kelmarin.

Wanita dihukum pegang papan tanda
CLEVELAND, Amerika Syarikat - Seorang wanita terpaksa memegang papan tanda di sebuah kaki lima di sini. Wanita berkenaan, Shena Hardin diperintahkan oleh Hakim Pinkey Carr supaya berdiri di kaki lima berkenaan selama sejam pada Selasa lalu dan kelmarin.

Dia memegang papan tanda itu yang tertera ayat: "Hanya orang bodoh memandu di laluan pejalan kaki kerana mahu memotong sebuah bas sekolah". Hardin dikenakan hukuman itu selepas dia memandu kereta di laluan pejalan kaki dengan tujuan untuk memotong bas tersebut. - Agensi

Komen Ibnu Hasyim:  Kalau hukum begini di Malaysia, kerajaan tak dapat duit denda le!

Turki Iktiraf Majlis Kebangsaan Syria, Britain/AS Tak


SEBAHAGIAN daripada artis yang tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2012.

ISTANBUL - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semalam menyatakan, negaranya mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria sebagai wakil sah penduduk negara itu. Sebelum ini, ketua majlis itu, Ahmed Moaz al-Khatib meminta ia diiktiraf bagi memudahkan penyaluran dana dan pembelian senjata untuk menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.

Davutoglu membuat pengiktirafan itu semasa mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Djibouti, lapor agensi berita Anatolia. Britain dan Amerika Syarikat sebelum ini turut memberi sokongan kepada majlis tersebut tetapi enggan mengiktirafnya sebagai pemerintah dalam buangan. Perancis turut mengiktiraf majlis berkenaan.

Sementara itu di London, Perdana Menteri David Cameron dijangka mempengerusikan satu mesyuarat bersama beberapa anggota kanan Kabinet bagi membincangkan operasi ketenteraan, kemanusiaan dan diplomatik Britain di Syria, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pertemuan tersebut dijangka dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg dan Menteri Kewangan, George Osborne bersama Setiausaha Luar, William Hague serta Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond.
Menurut BBC, mereka akan turut membincangkan tentang pelaksanaan zon larangan terbang di Syria di samping membekalkan senjata antipesawat kepada para penentang yang memerangi rejim Bashar.

Perdana Menteri Britain berkenaan melawat kem pelarian Zaatari yang menempatkan sekitar 36,000 pelarian Syria di Jordan pada minggu lalu. Lebih 39,000 orang terbunuh sejak kebangkitan menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu. - Agensi

Sejarah Tandas Tercipta Di Sini?

Thursday, November 15, 2012

'Pembunuhan Facebook’, Peranan Media Sosial.


AMSTERDAM: Mahkamah mengarahkan dua remaja ditahan dua tahun di pusat tahanan juvana dan perlu menjalani terapi selama tiga tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang remaja perempuan selepas mereka bergaduh di Facebook.

Kes itu dikenali sebagai “Pembunuhan Facebook” di Belanda dan kini menyebabkan debat mengenai peranan media sosial dalam jenayah ganas. Mangsa hanya dikenali sebagai Winsie, 15, ditikam hingga mati Januari lalu atas permintaan seorang remaja lelaki dan perempuan berusia 17 dan 16 tahun, waktu itu.

Winsie dan remaja perempuan itu bertengkar dan saling menghina satu sama lain di laman sosial itu selama berminggu-minggu - Reuters

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Muslimat PAS: Ini Penyelesaian Pembantu Rumah.


Suasana Muktamar Muslimat PAS Pusat di dewan Kelantan Trade Centre.

KOTA BHARU: Kementerian Sumber Manusia digesa melaksanakan pelan tindakan bagi melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah untuk mengurangkan pergantungan kepada pihak luar dan menyekat pengaliran keluar wang negara. Usul ini dikemukakan oleh Perwakilan Muslimat dari Indera Mahkota Zuriati Muhammad telah dibahaskan dan diluluskan.

Ketika mengemukakan usul ini, Zuriati (gambar) berkata, isu pembantu rumah tidak pernah reda apatah lagi apabila Kerajaan Indonesia menetapkan syarat agar majikan Malaysia membayar gaji minimum RM700 bagi setiap jenis pekerjaan.
"Senario ini membuka mata semua apabila masing-masing mempersoalkan mengapa perlu menggaji orang luar?
"Mana perginya rakyat tempatan? Persoalan ini menjadi retorik apabila kita sendiri yang mengambil pekerja asing sebagai pembantu rumah," katanya di depan lebih 600 perwakilan di Kelantan Trade Centre.

Katanya, berdasarkan kajian keadaan ini berlaku kerana sikap rakyat tempatan yang memandang remeh pekerjaan tersebut atau menilai kualiti kerja orang luar labih baik dari warga tempatan. Oleh yang demikian, katanya pelbagai pihak telah tampil memberi cadangan untuk mengangkat martabat pembantu rumah sebagai satu profesion untuk menarik minat warga tempatan.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan intitusi latihan kemahiran pembantu rumah yang diakreditasi, mengiktiraf pekerjaan tersebut dalam Akta Pekerjaan 1955, diberikan kelayakan cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum.

Selain itu, katanya, pembantu rumah diberi kelayakan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sossial (Perkeso). Seramai 10 perwakilan antaranya dari Dungun, Padang Terap, Beruas, Subang dan Kuala Langat turut membahaskan usul ini.

Perwakilan Kuala Langat Rogayah Ibrahim (gambar atas) mensyorkan agar DMPP menjadi pelopor untuk merialisasikan cadangan ini dengan menubuhkan akademi latihan pembantu rumah.

"Apa yang dibuat Muslimat, dapat melatih para pengasuh yang mempunyai jiwa islam. Kami berada di bawah ini sangat memohon agar selepas ini DMPP wujudkan akademi itu supaya dapat lihat. Bukan setakat usul sahaja," katanya.

Perwakilan Subang Mariam Rashid mencadangkan agar peranan suami amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah pembantu rumah ini. Katanya, suami harus bersama-sama isteri menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama mereka berdua bekerja dan mengekalkan kualiti kerja.

"Usul ini sangat baik dan sokong sepenuhnya. Institusi pembantu rumah perlu diperdanakan, jangan melabelkan institusi ini sebagai pekerjaan yang dipandang rendah," katanya. (IH/Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails