Saturday, November 24, 2012
Wanita Laku Seks Dg Tengkorak 2 Tahun Penjara
SEORANG wanita di Sweden didakwa atas tuduhan melakukan aktiviti seksual dengan tengkorak manusia. Jika terbukti bersalah dia akan menjalani hukuman penjara maksimal dua tahun. Dilaporkan Reuters, Sabtu 24 November 2012, menurut dokumen pengadilan Stockholm dimuat di laman internet kejaksaan, wanita yang tidak disebutkan namanya itu memperlakukan tulang manusia dengan cara memalukan dan tidak senonoh. Itu menggangu 'ketentraman' orang mati.
Kejadian itu bermula saat polis menemukan tulang-belulang manusia utuh, tengkorak kepala dan tulang manusia lainnya, setelah mendapat telefon yang menyebutkan wanita itu telah menembakkan senjata di apartemennya di kota Gothenburg. Dari situ, petugas menemukan CD berjudul 'my necrophilia' and 'my first experience', serta sejumlah foto yang menggambarkan wanita pengangguran berusia 37 tahun itu 'berhubungan badan' dengan sebuah tengkorak.
"Dia tertarik terhadap orang mati. Itu dilihat dari sejumlah gambar batu nisan, gereja, dan kubur miliknya," kata Jaksa Penuntut Umum Ehrenborg-Staffas.
Dalam pembelaannya, wanita itu menegaskan tulang yang berumur sekitar 50 tahunan itu dibeli dari berbagai tempat di seluruh dunia, melalui internet dengan tujuan penelitian sejarah. Sebelumnya, ia juga didakwa atas tuduhan menjual tulang manusia kepada seniman di wilayah timur Sweden, Uppsala, pada musim panas lalu. Persidangan kes ini dijadwalkan berlangsung mingg depan. Jika terbukti bersalah, dia bakal didenda maksimal dua tahun.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hubungan seks dengan manusia bukan tengkorak, tak ade apa-apa? Siapa yang giler? (IH)
Forum Dakwah Fenomena Masyarakat Alaf Baru
Peserta forum dakwah antarabangsa turut menikmati kesenian Kelantan
KOTA BHARU: Peserta 13 negara yang menghadiri Forum Antarabangsa Dakwah: Pelancongan Islam dan Mutawwif Profesional selama dua hari mulai 22 hingga 23 November 2012 di Balai Islam, Lundang dekat sini yang berakhir malam ini amat terpesona dengan kesenian dan kebudayan Islam di Kelantan.
Forum antarabangsa dakwah itu bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat di samping ‘memperkasa’ minda dan intelektual pendakwah mengenai fenomena masyarakat alaf baru.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berharap dengan berlangsungnya forum itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pelancongan sebagai satu ibadah selain membantu Kerajaan Negeri mempromosikan ‘pelancongan ibadah’.
Forum berkenaan memberi fokus, antara lain kepada lestari dakwah dan peluang dakwah melalui pelancongan, membabitkan dimensi pelancoangan Islam termasuk ‘pelancongan masjid, amanah pemandu dakwah pelancong dan mutawwif professional.
Bercakap kepada wakil Harakahdaily pada Malam Kesenian dan Kebudayan Islam yang berlangsung di Gelanggan Seni, Jalan Mahmood dekat sini, beliau berkata program itu sebagai sokongan kepada program menjadikan 2012 Tahun Melawat Kelantan, yang JAHEAIK turut terbabit.
Menurutnya, JAHEIK memainkan peranan dalam semua sektor berkaitan dakwah kepada masyarakat termasuk program pelancongan Islam.
Pengarah JAHEAIK bersama para peserta forum dakwah
“Pelancongan sebagai methodologi baru, sebagai medium dakwah yang perlu diberi perhatian.
"Kita mengharapkan kehadiran pelancong ke Kelantan ini memberi peluang kita berdakwah kepada mereka," katanya.
Mengengenai bentuk persembahan kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan kepada peserta forum dan pelancong antarabangsa itu seni silat, permainan gasing dan persembahan Dikir Seri Halaqat, beliau berkata pada awal pelancongan dan peserta forum antarabangsa itu melihat persembahan itu, sekaligus mereka melihat Islam adalah suatu yang ‘terbuka’, yang boleh diterima manusia sejagat.
Fokus juga diberikan kepada program lawatan ke masjid yang menekankan bahawa pelancong yang datang ke masjid bukan saja memakai ‘jubah’ tetapi juga menghayati apa yang berlaku di masjid berkenaan.
“Kenapa kita sembahyang lima kali sehari, kenapa waktu sembahyang berbeza-beza, dan pergerakan sembahyang macam ini, apa disiplinnya, kenapa ambil wudhuk.
“Itu sebagai satu pendidikan baru kepada orang yang belum Islam untuk mengenali Islam," jelasnya.
Mengulas persembahan dikir oleh Kumpulan Dikir Sri Halaqat pada malam ini, beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Islam tidak menolak ‘hiburan’.
“Apa yang dibenarkan syarak, kita tidak menolak, bahkan manusia dan masyarakat keseluruhannya boleh memenuhi keperluan hidup mereka, tidak bertentangan dengan Islam," tegasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajan mempromosikan Dikir Sri Halaqat ini pada persada masyarakat di setiap program yang kita adakan sama ada majlis makan malam atau lain majlis di peringkat negeri, peringkat nasional dan antarabangsa.
”Kita cuba tonjolkan kumpulan dikir ini, dan malam ini (persembahan dikir oleh kumpulan ini) adalah peringkat antarabangsa. Kini 'budaya' dan maklumat mengenai persembahan kumpulan ini dimiliki warga dunia, bukan saja di Kelantan," beritahunya.
Antara yang sempat menyaksikan persembahan tadi ialah peserta daripada 13 negara termasuk Amerika Syarikat, Mesir, Bahrain dan German. Mereka terdiri dari muslim dan non-muslim.
Pengarah JAHEAIK berharap program Malam Kesenian dan Kebudayan Islam itu akan dijadikan program tahunan.
“Dan saya telah mendapat persetujuan daripad Bahrain tadi, mereka sanggup untuk memberi kerjasama dalam tempoh dua tahun sekali untuk hadir ke Kelantan menjayakan program ini,” ujarnya. (IH/Hrkh)
Lanun Indo Rampas Kapal M'sia Di L/China Selatan
GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan sebahagian lelaki yang disyaki lanun dikawal anggota polis marin Vietnam di bandar Vung Tau.
KL: Pihak berkuasa Vietnam menangkap 11 orang disyaki lanun Indonesia kerana merampas sebuah kapal tangki yang membawa bahan kimia milik Malaysia ke Borneo, kata Biro Maritim Antarabangsa semalam. Menurut ketua biro itu, Noel Choong, kapal tersebut terputus hubungan pada minggu lalu selepas meninggalkan negeri Johor.Kapal tersebut dipercayai diserang di Laut China Selatan. Pihak berkuasa Vietnam berjaya memintas kapal tangki itu kelmarin dan menangkap 11 suspek. Lanun itu turut menukar nama kapal berkenaan dan mengibarkan bendera Honduras. Anak kapal itu terdiri daripada lima warga Myanmar dan empat rakyat Indonesia.
Akhbar Tuoi Tre News melaporkan semua suspek lanun itu warga Indonesia dan mereka memakai topeng muka semasa merampas kapal tersebut. - AFP
Islamkan Sukan Renang Wanita, M'sia Boleh??
SEHARI dua ini, terlihat saya dalam CRI Online berita 'China Muncul Johan Acara Renang Segerak Asia'. Mempamerkan gambar-gambar ini...
Kontinjen China menjuarai acara renang segerak dalam Kejohanan Renang
Asia ke-9 yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu semalam. Kontinjen
Republik Rakyat Demokrotik Korea menduduki tempat kedua.
Terlintas di fikirann saya, apakah aktiviti sukan renang seperti ini tidak boleh diIslamkan? Sekurang-kurangnya kalau tidak boleh mempengaruhi dunia (yakni berjiwa besar 'big thinking' berdakwah kepada dunia melalui sukan renang cara Islam), tidak bolehkah.dilaksanakan di negara sendiri yang mengaku negara Islam? Berjiwa kecil sangatkah pemimpin-pemimpin negara Malaysia ini?
Teringat lagi dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia sekarang.. sewaktu baru merdeka, ditanyai mengapa tidak dilaksanaan sistem perundangan Islam? Jawab pemimpin No 1 UMNO teras gabungan Perikatan yang memerintah masa itu, jangan gopoh sangat, kita Meayu Islam ramai, bila-bila masa kita boleh buat!
Memang waktu itu, orang Melayu Islam sekitar 70-80% dari penduduk Malaya. Tetapi selepas berlaku penubuhan Malaysia termasuk Sabah Serawak, peratus Melayu Islam hampir sama atau lebih sikit tidak seperti dulu. Bila ditanya persoalan yang sama, pada pemimpin yang sama, dia menjawab, tidak lihatkah realiti rakyat Malaysia yang majmuk Melayu Islam bukan menjadi penentu lagi?
Begitulah 'jiwa kecil'nya pemimpin Malaysia dalam hal perlaksanaan perundangan Islam, tidak yakin boleh. Sewaktu tertubuhnya 'Kerajaan Islam Madinah' ditafsirkan penduduk Islamnya baru sekitar 20% lebih sikit, kerana Rasul yakin boleh, sebelumnya. Hingga sekarang pemimpin Malaysia kini, jelasnya UMNO, masih berjiwa sampah, kerdil, yakni tidak yakin boleh dalam melaksanakan perundangan Islam di negara ini.
Jauh lagi kalau mereka hendak memikir untuk melaksanakan aktiviti sukan renang seperti di atas yang Islamik. Mungkinkah tidak terlintas lansung di hati mereka hasrat seperti itu?.
Mengapa saya lihat sukan renang itu sebagai penting?
Ajaran Islam ternyata begitu lengkap dan sempurna. Bahkan aktivti sukan memang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti sukan berenang, memanah, berlari, berkuda, bergusti, dan sebagainya. Dipandang sebagai nikmat kedua terbaik setelah Iman. Selain itu, banyak ibadah dalam Islam perlukan tubuh yang kuat seperti shalat, puasa, haji, apalagi jihad.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
- “Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mu’min yang lemah."
- Ajarkan putera-puteramu berenang dan memanah. (HR. Ath-Thahawi).
- Setiap sesuatu yang tidak termasuk mengingat Allah, ia merupakan permainan yang sia-sia kecuali empat hal ; seorang lelaki berjalan di antara dua tujuan (untuk memanah), melatih berkuda, bermesraan dengan keluarga, dan mengajarnya berenang.(Hadis Riwayat At-Thabrani)
- “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zamanmu.”
Jom kita lihat aktiviti berenang..
Tentu ada alasan kuat mengapa Rasul menyuruh ibubapa Muslim mengajar anak-anaknya dengan keterampilan-keterampilan khusus tersebut. Apaagi bagi masyarakat di padang pasir, berkuda dan memanah adalah lumrah. Naik kuda ataupun naik unta merupakan kegiatan harian mereka, dalam masyarakat Arab. Tetapi bagaimana dengan aktiviti berenang?
ini yang agak menghairankan. Orang Arab dulunya tidak terlalu suka air. Kolam renang nampak macam tiada. Kalau adapun, kolam itu berbentuk oasis atau wadi, kebanyakan dipakai sebagai sumber minum. Tetapi.. dikatakan oleh ahli-ahli kesihatan, inti dari sukan renang adalah pelancaran nafas. Dimana Fungsi nafas adalah untuk memasukkan atau menghirup oksigen dari alam ke dalam tubuh kita melalui paru-paru.
Oksigen yang kita hirup masuk ke paru-paru, melalui aliran darah dari jantung. Paru-paru adalah organ pada sistem pernapasan (respirasi) dan berhubungan dengan sistem peredaran darah (sirkulasi) yang bernapas dengan udara. Fungsinya adalah menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah. Prosesnya disebut "pernapasan eksternal" atau bernapas. Begitulah seterusnya kebaikan-kebaikan dari sudut kesihatan, sehigga dikatakan, 'berenang adalah simbol kekuatan dan ketahanan fizikal prima yang perlu dimiliki oleh setiap manusia.
Hingga banyak diceritakan dalam riwayat, bagaimana sahabat-sahabat Rasul memiliki ketampanan dan kemampuan luar biasa. Misalnya Ali bin Abi Thalib. Beliau mampu memukul pintu gerbang dengan sekali pukul sama dengan 40 tenaga orang lain. Atau beliau mampu membelah badan musuh yang memakai baju besi bersama kudanya dengan sekali tebas dan libas sahaja.
Yang penting, dalam kontek masakini ajarkan
anak-anak kita latihan beladiri dan kemampuan tubuh. Sehingga akan
lahir generasi-generasi dengan penguasaan energi tubuh yang kuat,
mengusai teknologi, memiliki peribadi berakhlak dan bertauhid pejal.
Mungkin itulah hikmahnya, Rasul suruh belajar berenang dan jenis-jenis sukan yang sejenis dengannya.
Bagaimana disiplin wanita dalam bersukan?
Satu: Hendaklah menjaga aurat dengan memakai pakaian menurut syariat.
Atas dasar Islam itu indah dan amat menjaga sensitiviti wanita serta kedudukan sebagai muslimah, maka Islam menetapkan tata cara garis panduan wanita yang ingin keluar sama ada untuk bekerja, bersukan atau perkara lain mestilah menjaga adab-adab atau disiplin.
Dua: Bersukan hanya di kalangan wanita
Mengambil kepentingan hak dan kemuliaan wanita dalam sukan adalah sesuai jika tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita diasingkan. Wanita mempunyai hak yang perlu dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian wanita yang sopan dan pemalu. Layanan istimewa bukan sahaja terhadap wanita Islam malah terhadap wanita bukan Islam.
Contohnya seperti pengasingan penggunaan bilik gymnasium mengikut hari-hari tertentu antara lelaki-perempuan yang diamalkan dikebanyakan IPTA di Malaysia. Dengan pengasingan tersebut kaum wanita dapat melakukan aktiviti sukan tanpa batasan.
Tiga: Menjaga pergerakan semasa bersukan.
Tidak boleh wanita perlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang, gimnastik, luncur ais , tarian ballet dan sebagainya boleh diadakan sesama wanita dengan syarat-syaratnya. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
Dalam menyokong pasukan, keganasan perlu dielakkan. Menang dalam pertandingan tidak semestinya menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia. Penyokong sukan wanita biarlah dari kalangan wanita sahaja, tidak dipertontonkan kepada lelaki.
Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara, membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak. Nabi SAW bersabda. Maksudnya:
Sukan tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan bersolat. Firman Allah SWT:
Wanita yang bersukan perlu ada jati diri dan keimanan yang teguh agar tidak mudah membuka tudung semasa mempamerkan aksi sukan. Sesetengah atlet wanita yang berkecimpung dalam sukan sering kali dilihat membuka tudung semasa bersukan dan kembali bertudung selepas kejohanan atau pertandingan. Fenomena ini dilihat sebagai mencemar imej Islam dan jati diri yang goyah.
Perlu ada cara lain yang difikirkan bagi mengatasi syarat yang dikenakan oleh sesetengah peraturan sukan yang tidak membenarkan memakai tudung ketika kejohanan. Atlet juga boleh memakai tudung yang sesuai untuk bersukan. Contohnya, seperti memakai Sports Hijab rekaan Elham Seyed Javad dari Kanada semasa bersukan. Juga atlet tekong skuad wanita Indonesia Cahaya Permata Fahrani perlu dicontohi.
Mereka tampil dengan pakaian yang menutup aurat sama sekali tidak menghalang beliau melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) tahun 2011 yang berlansung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang muslim perlu ada jati diri dan tidak perlu meniru gaya orang barat untuk bersukan. Jati diri dan iman yang teguh tidak menjadi penghalang untuk seseorang atlet menutup aurat semasa bersukan walaupun di peringkat antarabangsa. Lihat ungkapan dari kitab Al-Hikam ini. iaitu..
Rumusan dan cadangan sukan bagi wanita.
Satu: Sukan yang dianjurkan untuk wanita perlu bersesuaian dengan keadaan. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk persatuan pengguna atau lain-lain perlu bekerjasama dengan Jabatan atau bahagian agama kerajaan. Boleh ambil contoh negara Iran. Aktivis Iran sering tampil memperjuangkan hak wanita berpakaian menutup aurat ketika bersukan.
Pernah Persatuan Bola Sepak Iran memperjuangkan agar pasukan bola sepak wanita mereka diberi peluang berpakaian menutup aurat sepenuhnya pada Kejohanan antarabangsa di Singapura.
Dua: Golongan wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara profesional perlu mempunyai jati diri yang kukuh berlandaskan syari’at Islam. Hal demikian menekankan bahawa segala hal ibadat wajib seperti solat dan puasa wajar ditunaikan walaupun atlet bertanding di peringkat antarabangsa.
Tiga: Batas aurat antara lelaki-wanita perlu dijaga. Jika perlu adakan stadium khas untuk wanita sahaja di mana atlet dan penonton adalah dari kalangan wanita sahaja. Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohamed Ghazali (Pas-Titiwangsa) pernah mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri masa itu, agar mewujudkan ruang senaman eksklusif di komples sukan khas untuk golongan wanita Islam bersukan.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmod 2010 juga pernah menyarankan agar Kementerian Belia dan Sukan menyediakan prasarana sukan kepada wanita Islam.
Empat: Dari segi adab berpakaian, pengeluaran fesyen sukan atau pakaian sukan perlu mengarahkan berpakaian menutup aurat untuk menfaat masyarakat wanita bersukan. Pakaian dan trend masa kini yang kurang sesuai dengan syariat sedikit sebanyak telah mengurangkan minat wanita Islam untuk aktif dalam sukan walaupun mereka mempunyai minat dan bakat untuk dipamerkan.
Kejayaan Ruqaya Al- Ghasara dalam sukan Asia di Doha beberapa tahun lalu membuktikan bahawa pakaian menutup aurat bukan penghalang bagi wanita menempa kejayaan dalam sukan. Di negara kita, Sukan Nisa’ -acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni dengan kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur.
Lagi teringat saya semasa bersama bekas Setia Usaha Agung PAS di zaman Presiden PAS ke 6 Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Ustaz Abdul Halim Arshat. Kami pergi menemui seorang tokoh akademik di pejabatnya, yang waktu itu sedang berjinak-jinak dengan PAS. Banyak perancangan pembangunan dan Islam yang boleh beliau buat.
Kini beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sekarang. Beliau adalah Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mempukah beliau mengIslamkan aktiviti sukan wanita yang menjadi amanah masyarakat Islam melalui kementeriannya? Apakah bila masuk UMNO, semangat 'Malaysia Boleh', sudah tidak boleh lagi kalau berkait dengan hal-hal agama?
Atau UMNO sebenarnya telah berjaya mengkerdilkan cita-cita Islam pemimpin-pemimpinnya? Bagaimana hendak membersihkan najis melalui masuk ke dalam tong najis?
Sukan disebuah perkampungan Islam..
Sekian, terima kasih, di tahun Hijrah..
Bagaimana disiplin wanita dalam bersukan?
Satu: Hendaklah menjaga aurat dengan memakai pakaian menurut syariat.
Atas dasar Islam itu indah dan amat menjaga sensitiviti wanita serta kedudukan sebagai muslimah, maka Islam menetapkan tata cara garis panduan wanita yang ingin keluar sama ada untuk bekerja, bersukan atau perkara lain mestilah menjaga adab-adab atau disiplin.
- Antaranya dengan izin suami bagi yang bersuami dan bapa bagi yang belum bersuami.
- Menutup aurat dengan memenuhi syarat-syaratnya seperti tutup kawasan yang wajib, tidak ketat, tidak nipis dan tidak menyerupai lelaki.
- Menjaga suara
- Dan menjaga pergaulan dengan lelaki.
- “Wanita itu adalah aurat, maka apabila ia keluar mendonggaklah syaitan memandangi dia.”- (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim). :
- “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan tapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud).
- “Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya….”.
- “Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:
- 1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.
- 2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
- 3)Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.”
Dua: Bersukan hanya di kalangan wanita
Mengambil kepentingan hak dan kemuliaan wanita dalam sukan adalah sesuai jika tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita diasingkan. Wanita mempunyai hak yang perlu dilayan sesuai dengan fitrah dan kejadian wanita yang sopan dan pemalu. Layanan istimewa bukan sahaja terhadap wanita Islam malah terhadap wanita bukan Islam.
Contohnya seperti pengasingan penggunaan bilik gymnasium mengikut hari-hari tertentu antara lelaki-perempuan yang diamalkan dikebanyakan IPTA di Malaysia. Dengan pengasingan tersebut kaum wanita dapat melakukan aktiviti sukan tanpa batasan.
Tiga: Menjaga pergerakan semasa bersukan.
Tidak boleh wanita perlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang, gimnastik, luncur ais , tarian ballet dan sebagainya boleh diadakan sesama wanita dengan syarat-syaratnya. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:
- “Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, hendaklah diadakan sesama wanita mengikut syarat-syaratnya. Tidak patut ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki bukan mahram.”
Dalam menyokong pasukan, keganasan perlu dielakkan. Menang dalam pertandingan tidak semestinya menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia. Penyokong sukan wanita biarlah dari kalangan wanita sahaja, tidak dipertontonkan kepada lelaki.
Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara, membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak. Nabi SAW bersabda. Maksudnya:
- “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat Tabrani)
Sukan tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan bersolat. Firman Allah SWT:
- “Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu).” (4 : al-Ma’un).
Wanita yang bersukan perlu ada jati diri dan keimanan yang teguh agar tidak mudah membuka tudung semasa mempamerkan aksi sukan. Sesetengah atlet wanita yang berkecimpung dalam sukan sering kali dilihat membuka tudung semasa bersukan dan kembali bertudung selepas kejohanan atau pertandingan. Fenomena ini dilihat sebagai mencemar imej Islam dan jati diri yang goyah.
Perlu ada cara lain yang difikirkan bagi mengatasi syarat yang dikenakan oleh sesetengah peraturan sukan yang tidak membenarkan memakai tudung ketika kejohanan. Atlet juga boleh memakai tudung yang sesuai untuk bersukan. Contohnya, seperti memakai Sports Hijab rekaan Elham Seyed Javad dari Kanada semasa bersukan. Juga atlet tekong skuad wanita Indonesia Cahaya Permata Fahrani perlu dicontohi.
Mereka tampil dengan pakaian yang menutup aurat sama sekali tidak menghalang beliau melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) tahun 2011 yang berlansung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang muslim perlu ada jati diri dan tidak perlu meniru gaya orang barat untuk bersukan. Jati diri dan iman yang teguh tidak menjadi penghalang untuk seseorang atlet menutup aurat semasa bersukan walaupun di peringkat antarabangsa. Lihat ungkapan dari kitab Al-Hikam ini. iaitu..
- “Istiqamah itu lebih tinggi daripada Karamah kerana Istiqamah itu hakikatnya lebih sukar. Istiqamah memerlukan mujahadah sedangkan Karamah itu adalah anugerah. Mujahadah itu kerja kita dan Karamah itu ‘kerja’ ALLAH."
Rumusan dan cadangan sukan bagi wanita.
Satu: Sukan yang dianjurkan untuk wanita perlu bersesuaian dengan keadaan. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk persatuan pengguna atau lain-lain perlu bekerjasama dengan Jabatan atau bahagian agama kerajaan. Boleh ambil contoh negara Iran. Aktivis Iran sering tampil memperjuangkan hak wanita berpakaian menutup aurat ketika bersukan.
Pernah Persatuan Bola Sepak Iran memperjuangkan agar pasukan bola sepak wanita mereka diberi peluang berpakaian menutup aurat sepenuhnya pada Kejohanan antarabangsa di Singapura.
Dua: Golongan wanita yang melibatkan diri dalam sukan secara profesional perlu mempunyai jati diri yang kukuh berlandaskan syari’at Islam. Hal demikian menekankan bahawa segala hal ibadat wajib seperti solat dan puasa wajar ditunaikan walaupun atlet bertanding di peringkat antarabangsa.
Tiga: Batas aurat antara lelaki-wanita perlu dijaga. Jika perlu adakan stadium khas untuk wanita sahaja di mana atlet dan penonton adalah dari kalangan wanita sahaja. Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohamed Ghazali (Pas-Titiwangsa) pernah mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri masa itu, agar mewujudkan ruang senaman eksklusif di komples sukan khas untuk golongan wanita Islam bersukan.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmod 2010 juga pernah menyarankan agar Kementerian Belia dan Sukan menyediakan prasarana sukan kepada wanita Islam.
Empat: Dari segi adab berpakaian, pengeluaran fesyen sukan atau pakaian sukan perlu mengarahkan berpakaian menutup aurat untuk menfaat masyarakat wanita bersukan. Pakaian dan trend masa kini yang kurang sesuai dengan syariat sedikit sebanyak telah mengurangkan minat wanita Islam untuk aktif dalam sukan walaupun mereka mempunyai minat dan bakat untuk dipamerkan.
Kejayaan Ruqaya Al- Ghasara dalam sukan Asia di Doha beberapa tahun lalu membuktikan bahawa pakaian menutup aurat bukan penghalang bagi wanita menempa kejayaan dalam sukan. Di negara kita, Sukan Nisa’ -acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni dengan kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur.
Lagi teringat saya semasa bersama bekas Setia Usaha Agung PAS di zaman Presiden PAS ke 6 Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Ustaz Abdul Halim Arshat. Kami pergi menemui seorang tokoh akademik di pejabatnya, yang waktu itu sedang berjinak-jinak dengan PAS. Banyak perancangan pembangunan dan Islam yang boleh beliau buat.
Kini beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sekarang. Beliau adalah Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mempukah beliau mengIslamkan aktiviti sukan wanita yang menjadi amanah masyarakat Islam melalui kementeriannya? Apakah bila masuk UMNO, semangat 'Malaysia Boleh', sudah tidak boleh lagi kalau berkait dengan hal-hal agama?
Atau UMNO sebenarnya telah berjaya mengkerdilkan cita-cita Islam pemimpin-pemimpinnya? Bagaimana hendak membersihkan najis melalui masuk ke dalam tong najis?
Sukan disebuah perkampungan Islam..
Sekian, terima kasih, di tahun Hijrah..
Hijrah: Dulu Juara Pop Kini Nasyid
HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU – Kumpulan Voices of Prison yang diketuai oleh Ameng Spring dan masih menjalani hukuman penjara, muncul johan Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 di Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.
Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail bersama empat lagi rakan banduan berjaya menewaskan 11 kumpulan lain menerusi lagu Insafi Diri. Kejayaan tersebut menyaksikan kumpulan berkenaan mengharumkan nama Penjara Kluang di Johor yang sebelum ini meraih tempat ketiga pada pertandingan tahun lalu.
Mereka menerima hadiah piala pusingan dan senaskhah Al-Quran. Ameng Spring yang dahulunya terkenal dengan lagu Sampai Hati sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah. Ketika ditemui pemberita, banduan yang berusia 44 tahun itu berkata, penat jerih dia dan ahli kumpulan menjalani latihan selama tiga bulan berbalas dengan kejayaan tersebut yang disifatkan cukup manis.
“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid,” katanya.
Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Penjara Kajang di Selangor manakala tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Henry Gurney, Melaka. (Kosmo)
134,675 Pengundi Tak Kenal, Strategi Busuk BN?
KL: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.
Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan. Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.
Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang. Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.
Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun. Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun. Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.
Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita. Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.
Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan. Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti. Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.
Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka. Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.
Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.
Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita. Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang DNS berakhir minggu depan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah strategi busuk BN/UMNO tawan Selangor? Curang, jahat? (IH)
Israel Cabul Gencatan Senjata Kali Kedua.
BEBERAPA pemuda Palestin berlari semasa sebuah kenderaan tentera Israel meronda di sempadan Gaza, timur Khan Yunis semalam.
BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam, kata beberapa pegawai kesihatan. Menurut mereka, 15 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku selepas gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel dipersetujui pada Rabu lalu.
Gencatan senjata itu dipersetujui selepas Israel melancarkan serangan udara dan laut di Gaza selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Hamas. Seorang jurucakap Hamas menuduh Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir itu.
Beberapa pegawai kesihatan menyatakan, penduduk Palestin yang terbunuh itu, Anwar Odeih, 23, terkena tembakan di kepala selepas dia mendekati pagar keselamatan di sempadan Gaza. "Anwar hanya cuba untuk meletakkan bendera Hamas di pagar itu," kata seorang saudara lelaki tersebut. - Agensi
Terbaru!!
KEMASKINIi: Satu Syahid Ditembak Israel pasca Gencatan Senjata Sabtu, 24 November
GAZA -- Anwar Qadeh (21) akhirnya meninggal syahid. Sementara, sebanyak 19 lainya luka-luka pada Jumaat (23 Nov) akibat tembakan tentara Zionis terhadap puluhan warga yang mencoba mendekati wilayah perbatasan di timur Khanyunis, selatan Jalur Gaza.
Penembakan ini merupakan pelanggaran kedua yang dilakukan pihak Zionis pasca kesepakatan gencatan senjata. Dr.
Asyraf, jurucakap departemen kesihatan Palestin, mengatakan jumlah
korban akibat pelanggaran Zionis paska perjanjian gencatan senjata
bertambah. Satu orang meninggal syahid dan 25 lainya luka-luka.
Sementara itu sebelumnya perlanggaran gencatan senjata pertama berlaku, berita dari Tel Aviv menyebutkan, sehari pasca penandatanganan nota gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Rejim Zionis melanggar kesepakatan damai itu dengan menembak sejumlah warga Palestin di timur Khan Yunis. Penembakan yang dilakukan militer Israel terhadap warga sivil Palestin Khamis lalu setidaknya melukai lima orang.
Sementara itu sebelumnya perlanggaran gencatan senjata pertama berlaku, berita dari Tel Aviv menyebutkan, sehari pasca penandatanganan nota gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Rejim Zionis melanggar kesepakatan damai itu dengan menembak sejumlah warga Palestin di timur Khan Yunis. Penembakan yang dilakukan militer Israel terhadap warga sivil Palestin Khamis lalu setidaknya melukai lima orang.
Lihat ini..
Friday, November 23, 2012
Pemuda UMNO, Dadah-Arak, Ini Hasil Tarbiahnya?
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2D2vBaLm0
© Utusan Melayu (M) Bhd
BOLEHKAH berita ini dijadikan bukti, bahawa ini salah satu contoh terbaru tarbiah dan didikan UMNO kepada ahinya? UMNO mendidik pemimpimnya pun tak mampu, bagaimana nak pimpin rakyat Malaysia? Oh, kesian, renunglah berita ini.
KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.
“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan
arak,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.
Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.
“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno,” kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.
Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.
“Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup,” katanya. (SK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bapak borek anak rintik. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari Kokok berderai-derai, ekor bergeumang tahi... dan banyak lagi.. Tukar cepat UMNO, nasi dah jadi bubur! Jangan sampai rentung dak boeh makan langsung!!
Perang Ini Belum Berakhir, Baru Tembusi Israel..
Salah satu pasukan Jihad Islam Palestin
PALESTIN: Perang ini belum berakhir, baru tembus pertahanan Israel. Itu kesimpulannya. Jurucakap Jihad Jihad Palestin, Daud Shihab mengatakan, kekalahan Israel terjadi setelah mujahid mereka berhasil merobek-robek kekebalan dan ketahanan rejim itu dengan hujan roket ke Tel Aviv, sehingga kota itupun tidak aman dari jangkauan roket.Palestin
Daud Shihab Khamis malam 22 Nov saat diwawancara al-Alam menilai kemenangan Palestin menghadapi militer Israel sebagai hasil besar bagi kelompok mujahid Palestin dan seluruh kubu kebebasan nasional Palestin. Beliau juga memperingatkan bahawa perang ini belum sepenuhnya berakhir, namun hanya salah satu babak dari babak berperang dengan Israel.
"Perang melawan penjajah masih akan terus berlanjutan," tekan Daud Shihab.
Menurutnya, Isarel memasuki perang ini dengan tujuan menghancurkan kekuatan roket mujahidin, namun apa yang terjadi kemudian adalah kemampuan besar kubu Palestin semakin terlihat. Brigade al-Quds menembak roketnya ke distrik Sderot, Ashkelon dan Beersheba.
Jubir Jihad Islam Palestin ini menekankan bahawa Israel gagal mencapai tujuannya pada perang kali ini dan para mujahid berhasil menyerang target-target di Israel.
"Poin penting dan menjadi harapan kami adalah berlanjutnya sokongan kepada kelompok Palestin dan mempersenjatai mereka guna meningkatkan kemampuan kubu Palestin dalam menghadapi keganasan Rejim Zionis." ungkap Daud Shihab lagi.(IH/ROL)
Ini, Senjata Israel, Pembunuh Rakyat Palestin
TELAH dijumpai banyak fakta di wilayah Gaza, Israel telah melakukan ujicoba berbagai macam bom-bom terbaru buatan mereka. Israel disokong negara sekutunya membunuh manusia bagaikan
membunuh binatang. Berikut bom-bom yang digunakan oleh binatang Israel itu, yang salah satunnya
dilarang dalam perang internasional :
1. Misil jenis GBU-39
Misil jenis GBU-39 adalah misil rancangan baru AS yang dibuat dalam
bentuk bom-bom berdiameter kecil. AS merancang misil itu dengan biaya
murah tapi tetap memiliki tingkat presisi yang tinggi dan daya hancur
yang dahsyat. Misil jenis GBU-39 merupakan salah satu jenis bom di dunia yang paling
akurat.
Jenis GBU seberat 113 kilogram memiliki kemampuan penetrasi yang sama dengan GBU dengan berat normal 900 kilogram, meskipun bom jenis ini hanya mengandung 22,7 kilogram bahan peledak. Dengan panjang hanya 1,75 meter, memungkinkan pesawat-pesawat pembom membawa bom jenis ini dengan jumlah besar sehingga boleh menghancurkan lebih banyak target dalam waktu singkat.
2. Vacum Bomb
Vacuum Bomb, yang dijatuhkan dari udara dan ketika meledak mampu menghisap satu blok bangunan sepuluh tingkat ke dalam tanah hanya dalam beberapa detik, membuatnya menjadi tumpukan beton dan mengubur seluruh penghuninya hidup-hidup.Bom jenis ini sangat ampuh ketika menyerang dan mencari titik titik persembunyian dari objek yang di cari, samada manusia atau lain-lain.
3. Fragmentation bomb atau cluster bomb
Cluster bomb, awalnya nampak hanya satu, akan memecah diri menjadi
ratusan bola-bola besi kecil seukuran bola tenis dan menyebar dalam
radius ratusan meter persegi. Bom-bom kecil ini tidak segera meledak dan
tergeletak di dalam tanah. Jika seorang anak kecil mengutak-atiknya
kerana dikiranya sebuah mainan, maka bom ini akan meledak dan membunuh
atau merusak bahagian tubuh anak tersebut.
Bom ini biasanya sengaja dijatuhkan di lokasi padat penduduk seperti pasar atau sebuah tempat penghunian ramai orang, Lalu ada fosfor bomb yang bersifat membakar. “Zat fosfornya menempel di kulit, paru-paru, dan usus para korban selama bertahun-tahun, terus membakar dan menghanguskan serta menyebabkan nyeri berkepanjangan.
4. White Phosporus
Phosporus putih dapat menghasilkan kebakaran dan asap. Fosfor putih
dibuat dari allotrope unsur kimia fosfor. Fungsi utama dari bom fosfor
adalah untuk menghasilkan asap pelindung yang akan melindungi gerakan
dan pandangan musuh, atau agar asal tembakan tidak dilihat oleh musuh..
Fosfor putih atau White Phosporus (WP) dapat menghasilkan asap dengan cepat, dan terus meledak. Penggunaan WP ini dikenal umum dalam dunia militer, baik infantry, tank, artileri dan lainnya. (IH)
1. Misil jenis GBU-39
Jenis GBU seberat 113 kilogram memiliki kemampuan penetrasi yang sama dengan GBU dengan berat normal 900 kilogram, meskipun bom jenis ini hanya mengandung 22,7 kilogram bahan peledak. Dengan panjang hanya 1,75 meter, memungkinkan pesawat-pesawat pembom membawa bom jenis ini dengan jumlah besar sehingga boleh menghancurkan lebih banyak target dalam waktu singkat.
2. Vacum Bomb
Vacuum Bomb, yang dijatuhkan dari udara dan ketika meledak mampu menghisap satu blok bangunan sepuluh tingkat ke dalam tanah hanya dalam beberapa detik, membuatnya menjadi tumpukan beton dan mengubur seluruh penghuninya hidup-hidup.Bom jenis ini sangat ampuh ketika menyerang dan mencari titik titik persembunyian dari objek yang di cari, samada manusia atau lain-lain.
3. Fragmentation bomb atau cluster bomb
Bom ini biasanya sengaja dijatuhkan di lokasi padat penduduk seperti pasar atau sebuah tempat penghunian ramai orang, Lalu ada fosfor bomb yang bersifat membakar. “Zat fosfornya menempel di kulit, paru-paru, dan usus para korban selama bertahun-tahun, terus membakar dan menghanguskan serta menyebabkan nyeri berkepanjangan.
4. White Phosporus
Fosfor putih atau White Phosporus (WP) dapat menghasilkan asap dengan cepat, dan terus meledak. Penggunaan WP ini dikenal umum dalam dunia militer, baik infantry, tank, artileri dan lainnya. (IH)
Minyak FELDA Bantu Israel Pembunuh. Bantah!
KL: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara. Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.
Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.
Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.
Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda. Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.
"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.
"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.
Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.
"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.
"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.
Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.
"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.
"Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.
Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.
Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.
Felda tolak memorandum
Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk. Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.
"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.
Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang. (Hrkh)
Komen Weblg Ibnu Hasyim: Rupanya tenaga pekerja-pekerja FELDA digunakan untuk membantu Yahudi/Zionis, membunuh rakyat Palestin? Macam perangai UMNO Palestin juga. Sila jerit doa ini, kalau boleh ramai-ramai..
Jahannam UMNO Palestin!
Jahannam UMNO Malaysia!!
Palestin:Ronaldo Buktikan, Bukan Saudara Syaitan
Cristiano Ronaldo
SUKAN
MEMBAZIR (atau bermewah-mewah menyalahi syariat) itu adalah saudara syaitan, kata Nabi Muhammad SAW. Kini bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo telah membuat keputusan mengejut dengan mendonasikan 1.5 juta euro diperuntukkan untuk kebajikan anak-anak Palestin.
Demikian dilaporkan Russia Today, Jumaat, bintang Team Nasional Portugal itu menyerahkan Sepatu Emas yang diperoleh pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid untuk dilelong. Yayasan tersebut kemudian mengadakan acara lelong dan dana terkumpul disumbangkan untuk pendidikan anak-anak di Jalur Gaza dan Tebing Barat.
Keputusan Ronaldo itu sesuai dengan kebijaksanaan Los Blancos yang baru-baru ini membawa United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) bagi mendidik 10 ribu anak Palestin. Kedua belah pihak melakukan nota kesefahaman untuk berusaha membangunkan anak-anak penghuni Jalur Gaza dan Tebing Barat agar melalui program pengenalan bola sepak.
Dana itu juga bakal digunakan Yayasan Real Madrid untuk pembangunan 167 sekolah di 66 negara. Khusus CR7, bantuan ke Palestin bukan kali pertama dilakukannya. Kedermawanan yang ada dalam dirinya sudah ditunjukkan dengan melelong kasut sukan yang dihelat Yayasan Real Madrid pada tahun lalu. Dana yang terkumpul semuanya disumbangkan untuk pembangunan sekolah di Jalur Gaza yang hancur akibat serangan brutal Zionis pada 2009.
Kini beliau telah membuktikan, beliau bukan saudara syaitan, beliua sanggup berkorban hartanya, bukan seperti pekaya-pekaya pembazir, tidak kira bangsa Arab, Ajam atau Melayu, di negara mana dan agama apapun.. (IH)
Tender Terbuka: S'gor Selamatkan Lebih RM100J
SHAH ALAM: Amalan tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan dana perbelanjaan Selangor sebanyak RM102, 206, 460. Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah ini adalah kira-kira 19 peratus melalui sejumlah 63 projek dan tender yang diluluskan.
“Jumlah penjimatan itu meliputi tawaran untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor.
“Prinsip tender terbuka ini memberi pulangan baik kepada rakyat iaitu ‘value for money’,” jelas beliau ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan perbendaharaan negeri juga membenarkan amalan rundingan terus bagi memenuhi keperluan projek-projek tertentu.
“Contohnya, rundingan terus boleh diadakan dalam kes mendesak yang mana jika tidak diadakan akan membawa kemudaratan seperti kes banjir,” ujarnya.
Mengulas soalan tambahan mengenai kegagalan projek akibat harga tender yang terlalu rendah, Abdul Khalid menafikan perkara tersebut.
“Peratus kegagalan projek antara amalan rundingan terus dan tender terbuka tiada beza.
“Jadi, tender rendah bukan alasan menyebabkan kegagalan,” tegas beliau. (Hrkh)
Israel Mula Langgar Gencatan Senjata. Bangsat!
Tentara negara bangsat, Israel.
TEL AVIV: Sehari pasca penandatanganan nota gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Rezim Zionis melanggar kesepakatan damai itu dengan menembak sejumlah warga Palestin di timur Khan Yunis.
Penembakan yang dilakukan militer Israel terhadap warga awam Palestin Khamis semalam setidaknya melukai lima orang.
Tv al-Alam melaporkan kelima warga Palestin itu ditembak dari kereta militer Israel yang mengawal di wilayah al-Farahin. Pada Rabu malam 21 Nov Menteri Luar Negeri Mesir Mohammed Kamel Amr mengumumkan Israel dan gerakan muqawama Palestin Hamas mencapai sepakat gencatan senjata. .
Isi gencatan senjata itu menegaskan dua hal penting:
Pertama, Israel akan menghentikan seluruh agresinya terhadap Jalur Gaza dari darat dan udara.
Kedua Pembukaan jalur-jalur penyeberangan dan mempermudah lalu lintas orang dan barang, serta tidak membatasi warga dan penduduk Gaza.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Namapun Yahudi/Zionis, negara bangsat tidak pernah tepati janji. Lihat sejarahnya dalm Al-Quran. Awa-awal lagi sudah diterangkan supaya berjaga-jaga, walauun tidak semua begitu. (IH)
Israel Siap Isytihar Akan Serang Lagi -Netanyahu
TEL AVIV 23 Nov 12: Baru saja sepakat gencatan senjata, Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu (gambar) mengancam akan melakukan serangan kembali ke Jalur Gaza. Dia menyatakan rejim Tel Aviv siap untuk serangan baru ke Jalur Gaza, sebentar tadi.
"Saya tahu ada warga yang mengharapkan kami bertindak tegas di Gaza. Kerana itu kami siap untuk menyatukannya. Kami memilih bia, terhadap siapa, dan bagaimana perlu bertindak," katanya seperti dikutip dari Press TV.
Hal serupa juga pernah diungkapkan sebelumnya oleh Menteri Urusan Militer Israel Ehud Barak. Barak mengancam akan melanjutkan serangan ke Gaza jika kesepakatan yang diprakarsai Mesir menemui kegagalan. Barak juga menyatakan kesepakatan gencatan senjata kemarin bukan perjanjian formal antara rezim Israel-Hamas.
Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, menolak kemungkinan terulangnya kembali aksi kekerasan di daerah pesisir Gaza.
"Saya ingin mengatakan kepada rakyat Palestin di Gaza, di Tepi Barat dan di manapun berada, pilihan menyerang Gaza setelah kemenangan ini telah hilang dan tidak akan pernah kembali," katanya.
Seperti diketahui sebelumnya, gencatan senjata antara Israel-Palestin akhirnya tercapai mulai pukul 21.00 waktu Kairo, Khamis. Gencatan senjata dicapai setelah lapan hari pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas yang menguasai Jalur Gaza. Pertempuran yang sudah dimulai sejak Rabu lalu telah mengorbankan lebih dari 160 warga Palestin, lima warga Israel, serta membuat sekitar 1,200 warga Palestin terluka.(IH)
Ladang Ganja Canggih & Mewah Di Kota London
POKOK ganja ditanam di bawah lampu dengan pengedaran udara dari kipas.
JOM KREATIF
400 pokok ganja ditanam dalam 7 bilik tidur rumah mewah
RUMAH agam dibina dengan ciri silam di Whitworth
LONDON: Sebuah ladang ganja yang “canggih dan mewah” ditemui polis di
bangunan tidak dijangka sebuah kediaman mewah berciri zaman silam
bernilai �750,000 (RM3.7 juta), semalam. Di rumah mewah itu, polis Britain menemui pokok ganja bernilai
�160,000 (RM781,500) yang ditanam di semua tujuh bilik tidur yang ada.Rumah itu terletak di Whitworth, berhampiran Rochdale. Bangunan berkenaan yang dikelilingi taman dan tiga ruang tamu, kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM3.7 juta. Ejen hartanah menganggap bangunan itu sebagai unik kerana dibina dengan ciri era zaman Victoria.
Jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pokok ganja ditemui ditanam dalam rumah itu dan membesar dengan bantuan haba dari lampu dan kipas. Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki membekalkan pokok ganja itu. - DM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini kreatif juga, tapi jangan ikut.
N/Aziz Sambut Debat, M/Pondok Berani Dari PM
KL:Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari (kanan) menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran debat Minda Pondok bagi menjernihkan tuduhan yang dilemparkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Cabaran itu, katanya khusus bagi memperbetulkan tuduhan terhadap Tuan Guru khususnya dalam isu doa dan dakwaan memurtadkan Umno.
"Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran Minda Pondok yang saya kira perlu untuk dilaksanakan.
"Dalam hal ini saya kira samada Minda Pondok boleh merangka program ini ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjadi urusetia," katanya dalam kenyataan.
Beliau berharap Minda Pondok boleh menerima cadangan ini sekiranya benar-benar mereka ikhlas untuk menjernihkan suasana. Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, dalam isu debat perlulah sekurang-kurangnya panelis yang terlibat dilihat sama kedudukan sama ada dalam parti mahupun kerajaan.
"Selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, adalah tidak munasabah untuk meletakkan Minda Pondok sepentas dengan Tuan Guru dalam apa jua tajuk sekalipun," katanya.
Namun, beliau turut memuji Minda Pondok yang dilihat lebih berani daripada Perdana Menteri dalam hal ini. Ini kerana katanya, cabaran debat ini agak kontra dengan keputusan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayan cabaran debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas alasan bahawa debat bukan budaya rakyat negara ini.
Beliau memberi respons demikian ekoran cabaran debat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang menamakan diri mereka sebagai Minda Pondok seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini. Minda Pondok dilaporkan mencabar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berdebat dalam isu doa dan dakwaan bahawa UMNO murtad. (IH/Hrkh)
Wanita Ini Berhubungan Seks Dalam Teksi?
BLAKE (kiri) berdiri di luar sebuah mahkamah di Dubai semalam.
Pasangan Britain berkelakuan tidak senonoh dalam teksi dipenjara DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu - Seorang wanita warga Britain dan lelaki Ireland yang didapati bersalah melakukan hubungan seks di dalam sebuah teksi di sini dihukum penjara selama tiga bulan semalam sebelum dihantar pulang, kata peguam mereka.Wanita itu, Rebecca Blake dan pasangannya, Conor McRedmond menafikan mereka berkelakuan tidak senonoh di dalam teksi semasa menghadiri perbicaraan pada bulan lepas. Bagaimanapun, pasangan itu mengaku bersalah terhadap tuduhan ketiga di sebuah mahkamah iaitu minum minuman keras di tempat awam.
"Mereka dihukum penjara selama tiga bulan dan dihantar pulang serta didenda AS$817 (RM2,500) setiap seorang," kata peguam mereka, Shaker al-Shammary. Shaker berkata, kedua-dua mereka akan membuat rayuan berhubung keputusan tersebut. - Reuters
Gaduh Kerana Air Johor? Bukan, Bukan Air Saja..
JOHOR BAHRU – Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.
Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam. Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.
Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.
"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.
“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.
"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini, namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.
Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.
“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.
"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan tidak munasabah.
“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.
“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik. Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, dia akan membantu membawa perkara itu kepada pihak berkaitan malah mendakwa isu pampasan pernah diutarakan kepada Kerajaan Negeri, namun tiada reaksi diterima.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi berkata, seramai 15 orang termasuk kontraktor ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Manakala lima yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gaduh kerana air? Bukan. Bukan kerna air sahaja. Baca betul-betul. Juga kerana..
- 'kontraktor, mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka..'
- 'penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) ', ' Kami jadi tidak puas hati'
- sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah'
- 'memberi jaminan keselamatan'
- 'membantu penduduk kampung yang musykil'
- 'memberi pampasan tidak munasabah.' Mungkin ini perkara utama melibatkan ribuan RM.
- ' tampil berbincang secara baik'
- ' isu pampasan pernah diutarakan kepada Kerajaan Negeri, namun tiada reaksi diterima'
Rumah Tengah Jalan Begini, Boleh Runding Lagi.
Bangunan kediaman di tengah jalan raya
WENLING, China - Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang di sini. Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.
Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut. Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah. Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau di Malaysia, begini, masih boleh runding lagi ke? Boleh jadi, kena berdepan dengan jentolak atau jin tolak!
N/Aziz Cadang Limkokwing Banyakkan Kemahiran.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyarankan Limkokwing Academy serta kolej-kolej lain memperbanyakkan kursus kemahiran di tempat masing-masing. Katanya, ianya bertujuan untuk memudahkan golongan muda memilih bidang yang mereka minati untuk dipelajari.
Menurutnya, selain memberi peluang pada golongan muda meningkatkan ilmu kemahiran mereka dalam bidang yang diminati, ianya juga dapat ‘menyejukkan’ hati pelajar yang tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
“Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan setiap kali kita akan berhadapan dengan pelajar yang kecewa kerana tidak memperolehi keputusan yang cemerlang.
“Kerana itu hasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT begitu sukar, kerana itu saya sarankan supaya Limkokwing menyediakan banyak peluang untuk berbanding yang telah sedia ada,”ujarnya.
Beliau seterusnya berkata, untuk menjadi seorang insan yang berjaya tidak semestinya mempunyai pendidikan yang tinggi.
“Andainya kita rajin berusaha, mengikuti kursus kemahiran di mana-mana insyaallah kita akan berjaya di suatu hari nanti,”ujarnya.
Namun apa yang penting, tambahnya ilmu untuk mengenali Allah perlu diterapkan pada apa yang dipelajari, khususnya sains. Tuan Guru berkata demikian ketika berucap pada majlis taklimat Limkokwing kepada Tuan Guru, di akademik itu tengahari tadi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Pengarah Akademinya, Haji Zainal Rahman, memberitahu sejak ianya ditubuhkan, akademi telah berjaya ditubuhkan cawangannya sama ada dalam dan luar negara. Menurutnya, selain Melaka cawangan terbarunya, Bali, Indonesia dan Kemboja.
Katanya, selain kursus komputer, pihaknya turut memperkenal kursus warisan tempatan, keusahawanan dan perniagaan juga kraf.
“Ianya memberi peluang anak muda memilih mana-mana kursus yang mereka minati.
“Selepas memperolehi diploma, mereka berpeluang membuka perniagaan sendiri, bekerja atau melanjutkan pengajian di Universiti Limkokwing,”ujarnya. (IH/Hrkh)
Baju Gadis Ini Dibuat Dari Wang, Kreatifkah?
JIKA Lady Gaga berkreatif mencari pubisiti dngan mempamerkan gaun dagingnya, maka gadis berusia 21 tahun dari China ini bangga dengan bajunya yang terbuat dari wang. Seperti yang dilaporkan dari Huffington Post, gadis tersebut tepatnya memposting sebuah potret dirinya dengan baju terbuat dari wang di situs Weibo, jejaring sosial terkenal di China.
Jika diperhatikan, sebenarnya baju gadis itu cukup cantik. Sebab wang kertas disusun sedemikian rupa menjadi sebuah gaun dengan aksesori ikat pinggang kuning dan strap warna pink. Di dalam situs Weibo, gadis berbaju wang menjelaskan bagaimana ia mendapat pakaian berharga mahal tersebut.
"Untuk merayakan ulang tahun seorang puteri ke-21 tahun, papa mengirim sebuah kueh krim yang lezat. Dan yang mengejutkan adalah "baju terbuat dari wang" berharga 200,000 yuan (sekitar RM100,000)," begitu tulisnya.
Tetapi salah satu komen dari situs Beijing Cream berkata, sebenarnya itu adalah dari jenis mata wang Ukraina bernilai kira-kira RM600 sahaja. Namun bolehkan dipakai berjaan-jaan?
Jangan ikut kreatif gila, tanpa faedah dan merbahaya ini? (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)