Saturday, December 01, 2012

Rosmah Penjaga Gol, Peluang PR Menang Cerah!


Rosmah bakal dapat RM126 Bilion dakwa Deepak

KL: Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini. Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion. Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.

Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.

"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi. Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.

Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala. Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung. (Hrkh)

Sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

Program Pengisian Remaja, 3 Selebriti Malam Ini..


KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira dari Inodonesia akan menjayakan Bicara Selebriti ke-7 malam ini. Dua orang lagi ialah Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Buat julung kalinya program selebriti, ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, berbanding sebelum ini di Balai Islam, KTC dan KB Mall.

Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob di JKR 10, petang tadi. (Gambar atas)

Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam. Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.

“Jadi pada malam ini saya menyeru pada semua supaya datang beramai-ramai, kita buat di stadium malam ni,” ujarnya bernada ceria.

Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini. Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru. (Hrkh)

Tentera Bunuh Diri, Tanda Dekat Kejatuhan Israel?

BUNUH diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.

Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.

Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu. Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.

Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya. Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri.

Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri. Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.

Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009. Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.

Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.

Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri. Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.

Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh. Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.

Diterjemahkan dari sumber globalmuslim - http://detikislam.blogspot.com 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah tanda-tanda kejatuhan Isael sudah dekat..

Facebook: 100 Wanita Thai Ditipu.

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 100 wanita Thailand ditipu lebih 100 juta baht (RM10 juta) melalui akaun Facebook lelaki penipu yang berjanji untuk berkahwin dan meminta gambar lucah mangsa yang kemudian digunakan untuk mengugut mereka, kata polis, semalam.

Dua wanita Trang membuat aduan polis mengatakan mereka ditipu untuk menghantar wang hingga 100,000 baht (RM10,000) kepada kumpulan yang mengugut mereka. Masih ramai mangsa lain yang terlalu malu untuk tampil ke hadapan, kata mereka kepada polis.

Anggota kumpulan itu menggunakan gambar lelaki asing berwajah tampan dan mendekati mereka melalui akaun Facebook. Wanita pertama berkata, dia berkenalan dengan lelaki yang menamakan dirinya “Wyne Smith” dan berjanji untuk mengahwininya, manakala seorang wanita lagi secara tidak sengaja menghantar “gambar tidak senonoh” dirinya kepada “Alex Chris.”

Selepas itu, mereka telah beberapa kali diperas ugut supaya menghantar wang ke akaun khusus di wilayah Chon Buri dan Songkhla. Mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa selepas dipaksa membayar beribu-ribu baht.

Polis berkata, mereka menemui lebih daripada 100 mangsa, kebanyakannya wanita bujang, janda atau balu yang telah ditipu untuk menghantar wang lebih 100 juta baht (RM10 juta) ke dalam akaun kumpulan itu. Polis mendapati, wang itu dikeluarkan di Malaysia dan telah membekukan semua akaun yang terlibat sebelum lebih ramai wanita menjadi mangsa kumpulan itu.

Polis AntiJenayah dan Pusat Penyelaras Jenayah Transnasional telah dipanggil untuk membantu siasatan. - Bangkok Post (myMetro)

Jennifer Lopez 'Goyang & Panaskan' Jakarta


Jennifer Lopez saat koner di MEIS, Ancol, Jumat malam, 30 November 2012. (VIVAnews/Muhamad Solihin)

HALAMAN HIBURAN
UMNO memainkan peranan perosak generasi muda Malaysiaa. Khuatir generasi muda terus dibanjiri idola tanpa teladan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penganjuran Konsert Elton John, serta Konsert Jennifer Lopez. Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini. (Lihat seterusnya Bantah Konsert Elton John & Jennifer Lopez.)

Ini pula berita dari Jakarta, negara yang sama pemikirannya dengan pemimpin-peimpin Kuala Lumpur mengenai konsep hiburan negara. 

Jakarta: Penyanyi seksi Jennifer Lopez atau akrab disapa JLo memenuhi janjinya untuk menyesuaikan kostum saat konser di Mata Elang International Stadium, Ancol, Jakarta, Jumat malam, 30 November 2012. Hal ini ia lakukan untuk menghargai budaya di Indonesia.

Dalam sebuah segmen, pelantun On the Floor ini terlihat mengenakan kain panjang yang terlihat dibentuk dan dililitkan di tuibuhnya. Kain tersebut menyerupai maxi dress berwarna biru dan tampaknya sengaja dikenakan untuk menutupi salah satu kostum mininya.

Meski demikian, penampilan berbeda tersebut tak mengurangi aksi energik JLo saat tampil di atas panggung. Di usianya yang tak lagi muda, ibu dua anak ini masih piawai melenggak-lenggokkan tubuhnya. Ia menunjukkan kebolehannya menari salsa memakai kursi bersama para penari latar. Ia bahkan menari dari awal hingga akhir pertunjukkan.

Dalam konser kali ini, wanita kelahiran 24 Juli 1969 ini,  tak hanya membawakan lagu-lagu baru tapi juga sederet hits lama yang melambungkan namanya seperti All I Have, Jenny From The Block, dan If You Had My Love. Konser selama 1,5 jam itupun tuntas setelah lagu Dance Again bergema.
 
Konser JLO di MEIS Jakarta
Mampukan kerajaan negara umat Islam bertahan serangan budaya perosak ini? Kuasa ada di tangan rakyat, tentukan dalam PRU 13 mendatang itu.

Bantah Konsert Elton John & Jennifer Lopez.

    HALAMAN HIBURAN 
Jenifer Lopez

KL: Khuatir generasi muda terus dibanjiri idola tanpa teladan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penganjuran Konsert Elton John, serta Konsert Jennifer Lopez.

Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.

Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini.

Abim juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara.

Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif.

Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata.

Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.

"Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar negara," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Penganjuran kedua-dua konsert tersebut, katanya,  merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini.

Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri “idola” tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif, tegasnya.(IH)

Hapuskan As-Syahid Shuhid Baseem & Keturunan


SIMPATI...Zulkifli (dua dari kiri) menghulurkan bungkusan makanan kepada mangsa sekitar Khan Younis, semalam.
SIMPATI...Zulkifli (dua dari kiri) menghulurkan bungkusan makanan kepada mangsa sekitar Khan Younis, semalam.

GAZA: Seorang mujahidin Hamas, As-syahid Shuhid Baseem sudah meninggal dunia lapan tahun lalu, namun dendam rejim Israel terhadapnya nyata belum berkesudahan apabila sebuah rumah dihuni 30 warisnya, dibedil hingga musnah sama sekali dalam kejadian pada tengah malam 21 November lalu.

Seorang ahli keluarga Shuhid, Zuhir Salim Gudiah, 55, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, rumah tiga tingkat didiami mereka di perkampungan Abasan Kabira, Khan Younis, di sini, dihujani lebih 30 roket Zionis hingga menghasilkan kesan lubang besar menyerupai kawah gunung berapi.

“Mujur kami semua selamat kerana melarikan diri dan bersembunyi di tempat selamat, 10 minit sebelum serangan,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, sebelum diserang, beberapa jet pejuang F-16 Zionis berlegar di ruang udara Gaza dan sejurus mereka melarikan diri puluhan roket dilancarkan ke arah rumah mereka, menghasilkan letupan kuat hingga menggoncang seluruh kampung.

“Letupan dahsyat itu mengakibatkan rumah batu tiga tingkat milik lima sekeluarga runtuh menyembah bumi.
“Kesan ledakan peluru roket terlalu kuat hingga membentuk lubang kawah sedalam 10 meter di tengah rumah runtuh,” katanya.

Zuhir Salim berkata, dia yakin serangan itu ada kaitan dengan dendam Israel terhadap Allahyarham Shuhid yang terkorban dalam satu kejadian pada 2004.

“Dalam kejadian itu sepasukan anggota tentera Zionis yang memburu Shuhid menceroboh masuk ke dalam kampung dan mengepung rumah Allahyarham.
“Mereka memaksa Shuhid menyerah diri, namun Shuhid enggan dan berlaku kejadian tembak-menembak selama kira-kira enam jam antara Shuhid dan kumpulan tentera Zionis.

“Shuhid yang lebih rela mati syahid meletupkan dirinya menggunakan bom dipasang pada tubuh. Tindakan itu menyebabkan dua tentera Israel mati dan lima lagi parah,” katanya. Menurutnya, tentera Israel berang dengan kejadian itu meletupkan rumah Shuhid sebelum beredar meninggalkan Tebing Gaza.

“Ternyata dendam Zionis terhadap Shuhid tidak pernah padam apabila mereka sekali lagi menyerang rumah kami 10 hari lalu untuk membunuh kami yang juga waris Shuhid.

“Kami kini hilang tempat tinggal dan terpaksa hidup merempat. Tiada satupun barangan sempat diselamatkan, namun kami tidak akan berpindah dan nekad membina semula hidup baru di tapak rumah runtuh ini,” kata Zuhir Salim. (IH)

2 Perompak Pelajar M'sia Di London Dibebeskan.


KAFUNDA (kiri) meraikan pembebasannya bersama Donovan di Mahkamah Wood Green, semalam. Gambar kecil, Muhammad Ashraff baru sebulan berada di London ketika kejadian.
KAFUNDA (kiri) meraikan pembebasannya bersama Donovan di Mahkamah Wood Green, semalam. Gambar kecil, Muhammad Ashraff baru sebulan berada di London ketika kejadian.

LONDON: Dua lelaki yang dipenjara kerana merompak penuntut Malaysia dalam rusuhan tahun lalu, dibebaskan semalam selepas tuduhan ke atas mereka dibatalkan. John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex, dituduh merompak Muhammad Ashraff Haziq Rossli di Jalan Queen, London.

Kafunda dijatuhi hukuman penjara empat tahun tiga bulan kerana merompak, manakala Donovan dijel lima tahun selepas disabitkan kesalahan merompak, berkelakuan ganas serta mencuri. Kedua-dua mereka membuat rayuan dan semalam, sabitan mereka dibatalkan Ketua Hakim England, Igor Judge, yang bersidang bersama dua hakim kanan lain.

Kejadian menimpa Muhammad Ashraff disaksikan jutaan orang di seluruh dunia melalui video kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan bagaimana dia dirompak beberapa lelaki yang menyamar sebagai penyelamat. Muhammad Ashraff, 21, adalah penuntut bidang akauntan sebelum itu mengalami kecederaan akibat diserang perusuh ketika berbasikal di Barking, London Timur. Dia baru saja sebulan berada di London apabila diserang pada 8 Ogos 2011.

Sidang semalam berlangsung secara tertutup di Mahkamah Rayuan, tetapi keputusannya diumumkan secara terbuka. Kafunda dan Donovan sebelum ini mendakwa imej dalam rakaman CCTV itu bukan mereka, tetapi hakim menerima keterangan saksi tidak didedahkan identitinya untuk menyabitkan kesalahan berkenaan.

Ketika menjatuhkan hukuman Mac lalu, hakim James Patrick berkata, tindakan Kafunda dan Donovan menjadi imej ikon terhadap rusuhan yang menyaksikan kedai dan premis perniagaan dijarah, manakala orang awam ketakutan. “Kamu adalah sebahagian daripada golongan yang dianggap mengancam dan amat mengejutkan apabila kumpulan ini turut membabitkan kanak-kanak.

“Apa yang lakukan dirakam dan apabila disiarkan di seluruh dunia, ia mengaibkan negara ini,” katanya.
Pendakwa tidak memohon untuk perbicaraan semula selepas Judge membacakan keputusannya - DM

Jerman Larang Hubungan Seks Dg Haiwan.


JERMAN akan segera melarang hubungan seksual antara manusia dengan haiwan atau bestiality/zoophilia. Bagi pelanggarnya, akan didenda hingga ratusan ribu  RM. Undang-undang larangan hubungan seks dengan haiwan ini diajukan koalisi berkuasan Jerman di parlemen. Komite pertanian parlemen Jerman menganggap perilaku seks macam ini adalah bentuk penyiksaan binatang dan menyimpang dari kodrat.

Rencananya, voting untuk arangan ini akan diumumkan di Bundestag (Majlis Tinggi Jerman) pada 14 Desember mendatang. Sebelumnya sejak tahun 1969, Jerman melegalkan bestiality dengan beberapa syarat. Praktik ini jadi larangan jika dianggap menyakiti binatang. Namun, undang-undang ini sejak lama mendapat kecaman dari kelompok pecinta binatang.

"Dengan larangan ini, akan lebih mudah melakukan hukuman dan meningkatkan perlindungan hewan," kata Hans-Michael Goldmann, ketua komite di parlemen Jerman yang menggodok amandemen undang-undang seks dengan haiwan. Dalam rancangan amandemen, dikatakan bahawa mereka yang berhubungan seks dengan binatang akan dikenakan denda sebesar 25,000 euro.

Rencana ini ditentang oleh kelompok penggiat seks dengan binatang di Jerman, Zeta (Zoophile Engagement for Tolerance and Information). Michael Kiok, ketua organisasi beranggotakan lebih dari 100 orang ini mengatakan, mereka akan mengajukan gugatan hukum jika larangan tersebut disahkan. Menurut Kiok, ukuran penyiksaan binatang dalam hal ini sangat bias dan tidak dapat ditentukan. "Dasar keyakinan para zoophile (pelaku seks dengan haiwan) adalah tidak melakukan apa yang tidak ingin dilakukan binatang itu," kata Kiok.

"Binatang mampu menunjukkan apa yang mereka mahu atau tidak mahu. Saat saya melihat anjing saya, saya tahu apa yang dia mau. Binatang lebih mudah diketahui mengerti berbanding wanita," lanjutnya lagi.

Praktik Bestiality dilarang di kebanyakan negara Eropah, termasuk Belanda, Perancis dan Swiss. Namun di beberapa negara seperti Belgiaum Denmark dan Sweden, praktik ini diperbolehkan. (IH)

Siasat Penipuan/Penyelewengan Ke Atas Pelajar

 Gambar: Rameli menunjukkan surat tuntutan tunggakan bil internet yang tidak pernah beliau gunakan

TEMERLOH: Pihak bertangguntg jawab sepatutnya disiasat samada berlaku penyelewengan atau penipuan.ke atas pelajar atau orang kampung di sini.

“Harapkan apabila dapat netbook daripada kerajaan dapatlah membantu pelajaran anak, tetapi rupa-rupanya langsung tidak boleh digunakan kerana ketiadaan internet.
“Sudahlah begitu, kini sampai pula surat saman minta dijelaskan walhal netbook itu tidak pernah digunakan,” demikian keluh seorang pesara kerajaan ketika mengadu di pejabat PAS Pahang di sini hari ini.

Rameli Kassim, 57, berkata pada April tahun lalu anaknya Raida Syahiza menerima netbook percuma melalui Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang, tetapi tidak boleh digunakan kerana kawasan internet percuma hanya berada 60 kilometer dari rumahnya di Taman Bunga Raya.

Menurutnya, kira-kira sebulan selepas anaknya menerima netbook, telah sampai bil menuntut bayaran caj internet sebanyak RM25 (sebulan) sedangkan ia tidak pernah digunakan.

“Saya kemudian pergi ke pejabat TM di Mentakab mengadu hal berkenaan dan minta ditamatkan perkhidmatan kerana tidak pernah sekalipun menggunakan internet,” jelasnya.

Tambahnya, bil tuntutan tetap sampai setiap bulan sehinggalah beliau menerima notis tuntutan daripada peguam TM yang meminta dijelaskan tunggakan sebanyak RM302.05 dalam masa tujuh hari.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, yang beliau kesalkan ialah tidak ada pihak sekolah ataupun TM sendiri yang menerangkan kepadanya tentang pakej atau syarat tertentu semasa menerima netbook itu dulu.

Tegasnya lagi, beliau sudah mengadu kepada unit aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi tiada sebarang respons.

“Apa yang saya harapkan ialah keadilan kepada saya. Wang RM300 itu mungkin dianggap kecil oleh sesetengah orang, tetapi dalam keadaan kos hidup yang melambung tinggi ini tentulah tidak patut untuk saya bayar apa yang saya tidak pernah guna,” tegasnya. (IH/Hrkh)

UMNO Mengalami Perubahan Sepenuhnya -Najib


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak Mac 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.

Mesej beliau itu disambut dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.

"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.

[UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO 2012]

Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."
Dengan senyuman Najib menjawab,"sudah bersedia? Sudah bersedia? Sudah bersedia?
Disambut perwakilan "sudah"
Bila? Esok? Tahun depan?," tambah Najib
Kemudian Najib berkata, beliau mahu dan yakin Umno akan kembali bersidang di Dewan Merdeka tahun depan dengan membentuk kerajaan.
"Kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat dan kita akan kembali berhimpun di dewan ini tahun depan dengan membentuk kerajaan," kata beliau lagi.
"Jelas sekali terasa, parti kita telah semakin pulih semangatnya. Kita yakin bahawa jentera parti pula, daripada peringkat cawangan, bahagian, perhubungan sehinggalah ke peringkat Kebangsaan telah pun bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan.
"Namun begitu, dalam pada kita sedang memupuk semangat juang yang marak dan membara ini, janganlah alpa pada kisah-kisah lalu.
"Beringatlah, Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008 merupakan pengalaman yang sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan Barisan Nasional," kata beliau.
Kata Najib, "apa yang pasti, kita tidak boleh banyak berbicara dan bertangguh-tangguh lagi. Kita perlu memperhebatkan tindakan dan menggandakan usaha."
Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan. Ketika berucap pada sesi Taklimat Presiden kelmarin, Najib dikatakan mengesahkan PRU13, yang sebelum ini Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sebagai "ibu segala pilihan raya", tidak akan diadakan bulan depan.
AGM Umno tahun ini dilihat akan memberi tumpuan dan fokus mendalam ketika seluruh negara bersiap sedia untuk menghadapi PRU13. BN dan Umno, pada tahun 2008, diketuai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. (IH/SH)

Ini, Wanita Perasuah Seks


ZHAO guna wang untuk rawat bapa.
ZHAO guna wang untuk rawat bapa.



BEIJING: Inilah wanita yang dirakam mengadakan seks dengan pegawai Parti Komunis China dalam video yang tersebar di Internet sehingga menggemparkan seluruh negara itu.

Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini. Wanita itu mulanya didakwa perempuan simpanan Lei. Bagaimanapun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang diupah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit.

Zhao Hongxia yang berusia 18 tahun ketika video itu dirakam pada 2007, menulis dalam blognya bahawa dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei. Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya.

Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah.

“Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya,” kata Zhao.

Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis di bandar yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, ahli politik yang dipecat sebelum ini. Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video serupa membabitkan lebih ramai pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi.

Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai. Chongqing, bandar raya yang diketuainya, digambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu.

Berita mengenai video seks itu yang dipercayai dirakam pada 2007 hanya tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah. Video itu tersebar di Internet negara itu pada 20 November selepas imej rakaman itu dimuatnaikkan oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang didaftarkan di Hong Kong.

Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu. Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang dipetik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak.

Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei. Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali. Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum. - DT

Sampah Plastik Diubah Jadi Bahan Bakar Pula.


Sampah Plastik Bisa Diubah Jadi Bahan Bakar
Kini, sampah plastik bisa diubah jadi bahan bakar

JOM KREATIF
SAMPAH plastik yang boleh dikitar semula hanya sedikit. Badan Alam Sekitar Amerika (EPA) mengatakan hanya tujuh persen sampah plastik di AS yang dikitar semula setiap tahun..Kini, perusahaan baru di New York utara menyatakan mampu meningkatkan persentej kitar semula sampah plastik itu. Perusahaan itu menyatakan mampu membantu AS mengurangi jumlah import minyak.

Perusahaan itu memiliki mesin yang mereka sebut "raksasa pemakan plastik." Setiap jam, ribuan kilogram bejana susu dan  air, serta beg plastik belanjaan dimasukkan ke mesin itu. Limbah plastik itu berasal dari tempat pembuangan sampah di seluruh AS John Bordnyniuk mengoperasikan perusahaan, yang disebut JBI.

Bordyniuk menciptakan proses baru untuk mengubah plastik menjadi bahan bakar. Pertama, berbagai jenis plastik yang tidak dicuci dilelehkan bersama-sama. Hasilnya, kata Bordyniuk, akan mirip susu. Hampir sama seperti kalau kita memanaskan susu di atas kompor. Persis seperti itu, bedanya warnanya hitam.

Bordyniuk menggunakan bahan kimia khusus untuk mengubah cairan plastik itu menjadi wap. Itu mengubah plastik menjadi unsurnya yang paling dasar. Ia menjelaskan, "Plastik hanyalah rantai panjang hidrokarbon. Apa yang kami lakukan adalah membentuk kembali plastik-plastik itu menjadi rantai yang kami inginkan supaya  memiliki nilai bahan bakar yang tinggi."

Lapan persen plastik kitar semula digunakan untuk menjalankan sistem itu. Penguji independen mengatakan, 86 persen plastik yang masuk diubah menjadi bahan bakar. Bob Molodynia membantu mengelola perusahaan itu. Ia mengamati ketika mesin pemakan plastik itu menuangkan cairan coklat yang encer menjadi satu barel minyak.

"Kita dapat manfaatkan minyak ini sekarang juga dan minyak ini siap digunakan. Itu bahan bakar nombor enam, yang banyak digunakan perusahaan seperti Baja AS, banyak perusahaan besar, pengeluaran besar mereka lari ke sana, ke minyak itu," ujarnya.

JBI memroduksi ribuan liter bahan bakar per hari. Perusahaan itu membuat beberapa jenis minyak untuk industri yang berbeda. JBI menjual bahan bakar itu hingga 100 dolar per barel. Biaya produksi setiap barel minyak sekitar 10 dolar. John Bordyniuk percaya plastik akan menjadi sumber bahan bakar penting bagi Amerika.

Ia mengatakan, hal itu akan mengurangi ketergantungan negara pada minyak asing dan mengurangi jumlah sampah plastik. Menurut ilman, teknologi mengubah plastik menjadi minyak, masih baru dan berkembang. Mereka mengakui, belum tahu apakah proses itu ramah lingkungan. Juga ada pertanyaan apakah mengubah plastik menjadi minyak dapat dianggap sebagai "kitar semula."

Carson Maxted bekerja untuk Resource Recycling atau Kitar Semua Sumber Daya, kata majalah yang melaporkan tentang industri kitar semula plastik itu. Ia mengatakan, kerana banyak sampah plastik dan permintaan yang besar terhadap minyak, teknologi kitar semula JBI dapat menciptakan perubahan besar dalam kedua industri.

Jadi, kata Maxted, mereka mendapat manfaat dari sesuatu yang sepatutnya masuk tempat pembuangan sampah akhir, atau barang-barang yang tidak diterima masuk ke kitar semula. (IH/voanews.com)

Thursday, November 29, 2012

Bincang Salon, Akan Selesai Terdekat -Takiyuddin

 
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengutamakan kepentingan semua pihak termasuk peniaga, pelanggan dan orang awam berkaitan isu kedai gunting lain jantina (uniseks).

“Hari ini sesi penerangan dan perbincangan dalam keadaan yang amat harmonis dan amat baik bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik antara semua pihak berkaitan kedai gunting rambut.
“Ini kerana ia ada kaitan dengan dasar kerajaan negeri. Kami menerima beberapa cadangan daripada kedua-dua pertubuhan masyarakat Cina.
“Dan dengan penuh gembira dan suci hati kami akan membawa cadangan dibincang dalam mesyuarat Exco tidak lama lagi,” kata anggota Exco Datuk Takiyuddin Hassan.

Hari ini berlangsung pertemuan kerajaan negeri bersama Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan berkaitan isu kedai gunting lain jantina. Kedua-dua NGO terbabit disertai seramai 10 wakil termasuk seorang wanita. Pertemuan diadakan di Pejabat Menteri Besar. Selepas pertemuan mereka turut menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada pertemuan terbabit anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pegawai hubungan kaum Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chua Lay dan Guan Seng. Sebelum ini seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting mendakwa terpaksa membayar saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, cadangan dikemukakan kedua-dua NGO terbabit begitu baik dan boleh membantu kerajaan menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya yakin kerajaan akan membuat satu keputusan tidak lama lagi dengan mengutamakan semua pihak.
“Jadi saya tidak berhasrat untuk sebut cadangan itu kerana pertemuan diadakan secara tertutup, InsyaAllah akan dibincang dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat,” ujarnya.

Ditanya pemberita, kata beliau cadangan itu lebih daripada tiga perkara. Menurutnya beliau memberi jaminan cadangan tersebut akan dipertimbangkan dengan cara terbaik oleh kerajaan.

“Isu ini akan selesai dalam masa terdekat. Kita telah banyak menyelesaikan perbagai isu berbangkit termasuk isu bekalan air.
“Dalam isu ini saya optimis boleh selesai dengan cara terbaik. Cadangan itu boleh jadi terima sepenuhnya atau ada ubah suai, jadi kalau ada masalah kita boleh bincang balik.  Perbincangan ini tidak terhenti setakat ini sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, perkara yang berkait dengan undang-undang, ada kaedahnya yang boleh diselesaikan termasuk melalui budi bicara. (Hrkh)

Sentimen Anti-Israel Meningkat Di AS


 Sentimen Anti-Israel Meningkat di Amerika
Boikot produk Israel (ilustrasi).
SERANGAN Serangan yang dilakukan Israel terhadap warga Gaza memantik sentimen anti-Israel. Harian Yediot Aharonot menulis, sentimen anti-Israel meningkat di seluruh dunia, terutama di Amerika Syarika (AS)t.

"Sejak dimulainya operasi militer rejim Zionis di Jalur Gaza, gelombang protes anti-Israel meningkat di dunia," tulis harian berbahasa Ibrani itu pada hari Rabu (28/11).

Seraya mengutip keterangan salah satu lembaga Yahudi, akhbar tersebut menambahkan, perang  antara Israel dan Hamas di Gaza telah menambah jumlah musuh Israel di universiti-universiti AS. Dikatakan, sejak serangan itu dimulai, sekitar 100 demonstrasi menentang Israel diumumkan di AS dan dua pertiga dari aksi itu dilakukan di kampus-kampus.

 Aksi-aksi tersebut dihadiri oleh ribuan warga AS dan mereka meneriakkan slogan-slogan anti-Zionis. Para demonstran juga mengecam agresi Israel terhadap rakyat Palestin. Yediot Aharonot menyatakan bahawa demonstrasi itu juga diikuti oleh kelompok Yahudi yang menentang kehadiran Israel di tanah pendudukan Palestin. (IH)

HAMAS: Pemain Bola Belanda Bangga Jadi Musim


Bek Timnas Belanda Bangga Jadi Muslim
Khalid Boulahrouz

SUKAN
LISABON: Bagi bek de Oranje Khalid Boulahrouz, Islam adalah agama yang menyampaikan kedamaian. Kerana itu, ia sangat tegas membantah tuduhan yang mengidentikkan Islam sebagai ajaran penuh kekerasan.

Tidak terkeculi ketika ada pernyataan emosional yang dilontarkan pengikut akaun twitter, Boulahrouz, @YoeriAlbrecht. Dalam kicauannya, akun tersebut menanyakan ancaman Hamas yang memiliki 1,000 roket dan siap diluncurkan ke wilayah Israel.

Namun pemain Sporting Lisbon itu menegaskan bahawa usaha itu dilakukan sebagai bentuk pertahanan diri. Hamas hanya menjaga Jalur Gaza dari bombardir serangan roket jet tempur militer Zionis. Kerana itu, Boulahrouz tidak sepakat agama hanya mengajar teror seperti stigma yang melekat di masyarakat Barat. Melalui @boulahrouz81, ia menjawabnya.

 "@YoeriAlbrecht @fbarend Ik als moslim zijnde ben tegen geweld, maar ook tegen onderdrukking! Can i have a RT. Alvast bedankt #peace #islam (Saya senang menjadi seorang Muslim, saya menentang kekerasan, tetapi melawan penindasan. Dapatkah saya memiliki RT Terima kasih #damai #Islam)."

Bersama Ibrahim Afellay, keduanya tercatat sebagai pesepak bola Muslim yang memperkuat  team Belanda. Pemain kelahiran Belanda berdarah Maroko itu dikenal sebagai penganut agama yang taat.

Mantan pemain Chelsea dan Sevilla itu gemar membaca Alquran dan pernah kursus bahasa Arab untuk dapat mendalami kandungan tafsir ayat suci. Setiap Jumaat, ia selalu berkicau mendoakan umat Muslim agar selalu diberkahi hari yang penuh barokah itu. (IH/ROL)

Menara Condong 1960-an, China

BEBERAPA pelajar bermain bola keranjang di tepi  Menara Wanshousi yang condong di Xi'an, wilayah Shaanxi kelmarin. 

XI'AN, China - Menara Wanshousi di sini yang terletak berdekatan sebuah sekolah di sini condong sejak tahun 1960-an. Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644. Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.
- Reuters

Isyarat Awal, UMNO Perlu Lepaskan Najib.

Dato' Sri Haji Mohammad Najib

KL: 29 Nov 12: INI mungkin isyarat awal. Isyarat awal supaya UMNO melepaskan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohammad Najib sebelum pilihanraya. Hal ini mungkin boleh menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival kemenangannya.

Mungkin kerana di atas premis PM baru, akan sentiasa membawa sebuah harapan baru. Hal ini tidak asing bagi UMNO kerana PM sebelum ini pernah memberi laluan begitu. PM pertama, ketiga, keempat dan kelima pun begitu.

"Saya bersetuju dengan bayangan pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, seolah-olah trend 'tulang belakang' parti pemerintah kini sedang bergolak ke arah itu..." Kata editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Dalam UMNO, tidak kurang pemimpin-pemimpin berkelibar yang mampu meneruskan perjuangan mereka. Saya harap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO prihatin, bergeraklah untuk survival UMNO. Yang patah akan tumbuh, yang hiang tentu akan berganti.." sambungnya.



Berikut adalah kenyataan penuh Datu Husam, dalam melihat kemelut keringat dingin dalam UMNO.

Kenyataan Terbuka Deepak Jaikishan: Hayat Politik Najib Berakhir Sebelum PRU 13?


Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.

Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO di mana Najib akan berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib.

Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya - sehingga bagi insan waras - Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.

Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan  sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, UMNO adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah 'diam itu emas'.


Gambar: Kenyataan Deepak dalam tiga media semalam.

Kenyataan Deepak sangat serius kesannya :

1. "Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya".

"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala".

2.   "Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti".

3.  "Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori".

4. "Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam".

5. "Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka".

Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan  keluarganya dengan beraninya dilibatkan.

Bagaimana Najib akan menerajui UMNO/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?

Adakah UMNO sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival UMNO ditambah beban oleh   isu peribadi Presiden partinya, ketika UMNO sendiri tercungap-cungap keletihan?

Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya UMNO dengan isu peribadi Najib.

UMNO mempunyai pilihan.

Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.

Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.

Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan.  Satu kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir atau Muhyidin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.

Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.

Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.

Najib yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.

Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!

Husam Musa
Naib Presiden PAS
28 November 2012

Nenek Jadi GRO Di 'Bar Korek'. -K/Islam M'sia?

TAHAN...dua wanita warga emas dicekup kerana disyaki berkelakuan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan.

BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin.

Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat di beberapa lokasi pusat hiburan berkonsepkan ‘bar korek’, pada jam 11 malam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan 50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan. Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nenek atau warga emas jadi GRO di 'Bar Korek'. Inilah 'kerajaan Islam Malaysia' banggaan UMNO, Fasal 3 Perlembagaan Malaysia, 'Islam agama bagi Persekutuan'...

Israel Bunuh 50 Kanak Palestin. Kurang Ajar!


Biadab, Israel Bunuh 50 Anak Palestina
Perdana Menteri Palestina Ismail Haniyeh (kedua kiri) dan Sekjen Liga Arab Nabil Elaraby (kedua kanan) di menjenguk seorang anak Palestin yang terluka dalam serangan udara Israel di sebuah rumah sakit di Gaza,Selasa (20/11). (AP Pool/Ahmed Zakot)

ZIONIS Israel benar-benar kurang ajar. Serangan militer yang mereka lakukan atas Gaza, Palestin ternyata mensasarkan orng awam. Anak-anak Gaza pun menjadi korban kebrutalan militer Israel. Serangan yang membabi-buta yang dilakukan tentara Zionis juga telah mengorbankan anak-anak yang tak berdosa.

Serangan Israel itu telah membunuh sebanyak 50 anak Gaza yang tak berdosa. Selain itu, sebanyak 450 anak juga mengalami luka parah akibat bombardir senjata yang dilakukan tentara Zionis. Kini, kanak-kanak yang luka itu terbaring tak berdaya di rumah sakit. Masa kecil yang seharusnya mereka nikmati dengan bermain malah dilukai dengan trauma yang tak akan pernah mereka lupakan sepanjang hidupnya.

Inilah video kebrutalan Zionis Israel terhadap kanak-kanak Gaza, Palestin:
 (IH)

Bom Nuklear 3X Hiroshima, Saintis Iran.


GAMBAR RAJAH yang menunjukkan pengiraan letupan nuklear oleh saintis Iran. 

VIENNA - Satu gambar rajah yang diperolehi oleh agensi berita The Associated Press menunjukkan bahawa para saintis di Iran telah mengendalikan simulasi komputer untuk sebuah senjata nuklear yang mampu menghasilkan kuasa letupan tiga kali ganda lebih kuat daripada bom atom pada Perang Dunia Kedua yang memusnahkan Hiroshima, Jepun.

Maklumat mengenai gambar rajah itu telah dibocorkan oleh pegawai-pegawai dari sebuah negara yang tidak bersetuju dengan program nuklear Iran. Ia didedahkan sebagai hujah sokongan kepada dakwaan mereka yang mahukan program nuklear Iran dihentikan.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang merupakan pemerhati nuklear untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria melaporkan pada tahun lalu bahawa pihaknya telah menerima gambar rajah tersebut. Menurut agensi tersebut, gambar rajah itu menunjukkan Iran melakukan pengiraan tentang letupan nuklear. - AP

Berkhemah Di Dataran Tahrir Bantah Morsi



RIBUAN penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir kelmarin. 

KAHERAH - Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir di sini yang masuk hari keenam semalam bagi menuntut Presiden Mesir, Mohamed Morsi (gambar kecil) membatalkan dekri yang membolehkan semua keputusannya tidak boleh dicabar di mahkamah. Polis turut melepaskan bedilan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan yang membaling batu di dataran berkenaan.
BEBERAPA pemuda melontar batu ke arah kumpulan anggota polis dekat Dataran Tahrir, Kaherah semalam. 

Seramai 40 orang cedera dalam pertempuran itu yang dianggap sebagai kejadian yang kelihatan seperti ketika para penunjuk perasaan menentang pemerintahan bekas presiden, Hosni Mubarak pada awal tahun lalu. Hosni meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu selepas tunjuk perasaan berlaku di serata negara ini. Beliau meletakkan jawatan setelah para penunjuk perasaan menganggap pemerintahannya korup. Morsi mengeluarkan dekri itu pada minggu lalu.
 Morsi
Kumpulan-kumpulan penentang menuduh Morsi sebagai pemimpin bersifat kuku besi. Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Morsi menyatakan, dekri itu hanya dilaksanakan buat sementara waktu. Menurut pergerakan itu, ia bertujuan untuk menjamin keselamatan bagi mengelak pemberontakan berlaku seperti pada era Hosni yang menyebabkannya meletak jawatan.

Morsi menjadi presiden menerusi pilihan raya pada Jun lalu. Hakim-hakim di Mahkamah Rayuan di Mesir juga akan melancarkan mogok sehingga Morsi membatalkan dekri tersebut. - Agensi

Morsi: Revolusi Rakyat Mesir Dikhianat


Oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa.
 
Kebangkitan rakyat Mesir menggulingkan Hosni Mubarak dibayar dengan harga yang tinggi. Ramai yang terkorban akibat keganasan saat akhir regim Hosni Mubarak terdesak untuk mempertahankan kuasa.

Setelah berbulan bertahan di Tahrir Square, akhirnya tumbanglah regim Mubarak yang memerintah Mesir hampir 30 tahun.

Namun era baru tidak menjanjikan jalan mudah yang diharapkan kerana cabaran post-revolusi ialah memastikan proses pendemokrasian berjalan dan adalah paling utama revolusi rakyat membuka jalan untuk proses pilihanraya yang adil dan dan bersih.

Setelah melalui berbagai halangan khususnya berhadapan dengan kuasa tentera yang masih menguasai pentadbiran negara Mesir, satu pilihanraya Presiden yang demokratik berjalan dan akibatnya Dr Mohd Morsi telah memenangi pilihanraya tersebut.

PRESIDEN TANPA KUASA


Walaupun Morsi menang bergaya dalam pemilihan yang demokratik, Presiden Mesir itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa kerana beliau gagal membentuk Parlimen memandangkan kuasa tentera masih lagi merupakan kuasa tertinggi yang boleh membubarkan Parlimen.

Kuasa kehakiman juga masih terhad dan banyak perkara yang tertunggak dalam tuntutan rakyat tidak dapat dilaksanakan umpamanya penghakiman ke atas pembunuhan demonstran oleh pasukan polis, penghapusan kuasa tentera dan penggubalan perlembagaan baru bagi memberi laluan parlimen berfungsi secara bebas.

Presiden tanpa kuasa adalah jolokan terbaik yang diberi kepada Morsi dan oleh kerana itu Morsi memerlukan mekanisma untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat melalui pendemokrasian sistem pentadbiran negara yang berterusan.

Tapi soalannya bagaimana Presiden Mesir dari Ikhwan itu harus melakukannya?

AMBIL KUASA UNTUK BERI KUASA

Morsi melihat keadaan ini tidak boleh berterusan dan kerana itu beliau terpaksa melakukan sesuatu yang berisiko tinggi dengan mengambil kuasa imuniti dalam mengembalikan dan memudahkan aturcara pendemokrasian berjalan lancar.

Tindakan Morsi terdedah kepada persepsi menyegar semulakan kediktatoran dan mengkhianati revolusi kebebasan rakyat.

Memang benar, hari ini dan minggu sebelumnya Medan Tahrir kembali berdengung dengan bantahan terhadap tindakan yang dibuat oleh Morsi.
Presiden Mesir telah meminta kepada Parlimen supaya diberi kepadanya kuasa imuniti dalam keputusan-keputusan yang  dibuatnya untuk tujuan-tujuan berikut.

Pertama, memulakan semula kes-kes mahkamah terhadap penjenayah revolusi rakyat, kedua, kuasa untuk membentuk parlimen baru dan ketiga melantik Peguam Negara dan memberi kuasa kepadanya bagi membentuk jawatankuasa penggubalan perlembagaan.

Setelah selesai semua urusan, Presiden berjanji untuk mengembalikan kuasanya semula kepada Parlimen yang mewakili hasrat revolusi rakyat.

JALAN SUKAR


Ketika Morsi menang, seluruh kelompok dan arus tidak mempertikaikan kemenangannya kerana ia menang melalui peti undi yang berjalan secara telus, bersih dan adil.

Namun hari ini sebahagian besar kelompok liberal-sekular dan hak asasi manusia tidak bersama Morsi dalam langkah berisiko tingginya.

Pesaing calon Presiden beliau seperti Amru Musa dan El Baradai menganggap tindakan Morsi kali ini boleh membawa kepada kediktatoran baru malah ada yang mengatakan beliau mengkhianati revolusi rakyat.

Parti Keadilan dan Kebebasan serta rakan-rakannya dari Parti Nur dan Parti Pembangunan bersetuju dengan hasrat Morsi bagi mengembalikan kuasa rakyat melalui keputusan Presiden yang diberi imuniti sementara.

MESIR TERUS BERGOLAK

Pada saat artikel ini ditulis Medan Tahrir semakin membengkak dengan kehadiran beribu-ribu demonstran.

Ikhwan dan rakyat yang menyokong mulanya  mahu mengadakan perhimpunan besar bagi menyatakan sokongan kepada Morsi namun bagi mengelakkan ketegangan, organisasi yang paling berpengaruh dan paling tersusun itu membuat keputusan membatalkan niat tersebut.

Kemelut post revolusi akan terus menghantui usaha pendemokrasian di Mesir dan Morsi ditakdirkan menjadi Presiden pertama yang akan memastikan ianya berlaku, bagi sesetengah pihak mereka belum meyakininya.

*Penulis adalah bekas pelajar di Mesir. Beliau kini adalah anggota Parlimen Parit Buntar.

Wednesday, November 28, 2012

Himpunan Cendiakawan Islam Dunia Di K/Bharu


KOTA BHARU: Kongres Dunia Mengenai Sistem Islam akan menghimpun cendikiawan Islam dari beberapa negara di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika Utara bagi mencetus pendekatan baru menghadapi alaf ke-21.

Lebih 500 peserta dan pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negeri akan berhimpun di Kota Bharu selama lima hari, membincangkan pelbagai aspek mengenai Islam.

Kongres berkenaan dianjurkan kerajaan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 akan berlangsung 1 hingga 5 Disember 2012 turut mendapat kerjasama Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan).

Pemimpin gerakan Islam, profesor dan wakil beberapa kerajaan akan membentang kertas kerja pada kongres berkenaan.

Antaranya anggota jawatankuasa parlimen Mesir, Dr Abdel Rahman al-Bar; Naib Canselor Riphan International University Pakistan, Prof Dr Anis Ahmed; Sheikh Rashid Al Ghannushi dari Tunisia, Prof Glenn Hardaker dari England, wakil gerakan Islam Maghribi, Dr Abu Zaid Al Muqri Al Idirisi.

Selain itu Prof Dr Abdel Rahim Ali (Sudan), Dr Sofwat Jijazi (Mesir), Prof Dr Masudul Alam Choudhury (Kanada), Dr Hidayat Nur Wahit (Indonesia) dan wakil Kementerian Luar Turki.

Manakala Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga dijemput menyampaikan syarahan. Kongres yang julung kali diadakan itu akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 3 Disember.

Pengerusi kongres berkenaan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah  berkata, penganjuran kongres berkenaan dibuat bagi mewujudkan platform peringkat global berkaitan pembangunan dan pelaksanaan sistem Islam.

Kongres berkenaan akan diadakan di Balai Islam dan sebuah hotel. Ia terbuka kepada umum dan agensi kerajaan. Peserta dikenakan bayaran pendaftaran, manakala percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

Mereka yang berminat juga boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari www.world-islam.com atau emel hasnoor@eduxplore.com.my. (IH)

Pijak G/Zionis, Sumbang RM50,000 P'tin -N/Aziz


Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan cek sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada Presiden Cakna Palastine Nazri Deraman

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyampaikan cek sebanyak RM50,000 untuk membantu rakyat Palestin di negara sendiri.

Sumbangan dari Tabung Serambi Mekah itu disampaikan Tuan Guru kepada Pengerusi Persatuan Cakna Palestin, Nazri Deraman, selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Pengerusi Tabung Serambi Mekah, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Sebelum itu, Tuan Guru sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, terlebih dahulu memijak gambar-gambar pemimpin zionis Israel termasuk benderanya berulang kali sebagai tanda protes.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, kerajaan negeri begitu simpati terhadap nasib umat Islam di Palestin yang sentiasa menjadi buruan zionis.

“Kerana itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan sumbangan ini kepada umat Islam di Palestin yang tertindas,”ujarnya. (Hrkh)

Esok, Dailog K'tan Dg Masyarat Cina (Salon)

 

KOTA BHARU: Kesediaan Kerajaan Kelantan berbincang dengan pengusaha salon dan wakil persatuan bagi mencari penyelesaian isu larangan bergunting rambut lain jantina membabitkan masyarakat bukan Islam disambut baik masyarakat Cina.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan, Lim Guang Seng (gambar) berkata, enakmen pengawalan kedai gunting rambut uniseks dilaksanakan lebih 20 tahun lalu setelah membuat kajian terperinci.

“Peraturan itu hendaklah dipatuhi kerana tujuan menghalang membiaknya maksiat dan gejala sosial.
“Bagaimanapun masyarakat Cina meminta sedikit kelonggaran supaya dibenarkan kedai salon milik bukan Islam menggunting pelanggan bukan Islam berlainan jantina di tempat yang terbuka seperti di KB Mall.
“Di tempat terbuka tersebut tidak mungkin pengusaha salon mengambil kesempatan menjalankan aktiviti tak bermoral kerana orang ramai dapat melihat dari jauh,” katanya di sini.

Sebelum itu seorang pengurus kedai gunting, Ong Lee Ting dilapor mendakwa terpaksa membayar banyak saman dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Menjelaskan kekeliruan terbabit Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peraturan melarang kedai gunting uniseks sebagai langkah awal kerajaan membendung gejala tidak sihat.

Katanya, peraturan itu diwujudkan bukan kerana sentimen agama, sebaliknya bagi membendung lebih awal gejala tidak baik berlaku. Menurutnya sejak 1991 pihak berkuasa tempatan tidak mengeluarkan sebarang lesen kedai gunting uniseks di Kelantan. Peraturan tersebut di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut, Pendandan Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 1986.

Kelmarin anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pertemuan dengan pengusaha salon dan wakil-wakil persatuan masyarakat bukan Islam dijangka  dalam masa terdekat. Difahamkan pertemuan itu dijangka diadakan di Kota Darulnaim esok.

Seorang pemimpin masyarakat Cina, Chia Chuan Lay (gambar kiri) berkata, masyarakat Cina di Kelantan sudah faham mengenai peraturan tersebut, namun dibimbangi orang Cina di luar Kelantan kurang faham mengenainya. Oleh itu beliau berharap peraturan tersebut diberi sedikit kelonggaran bagi kedai salon milik bukan Islam dengan pemantauan MPKB BRI untuk mengelakkan berlaku gejala kurang sihat.

Sementara itu Setiausaha Pemuda PAS Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, pihaknya berjiwa besar sebarang usaha mengkaji pandangan golongan non Muslim terhadap kewujudan peraturan larangan bergunting lain jantina demi kemaslahatan semua pihak.

“Hakikatnya Pemuda PAS yakin peraturan yang diperkenalkan semenjak 1991 tanpa sebarang bantahan mana-mana pihak menunjukkan bahawa ia sudah diterima secara umum masyarakat di Kelantan,” katanya.

Menurutnya juga media Umno dan Barisan Nasional sengaja memainkan isu berkenaan sebagai langkah terdesak untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu. (IH/Hrkh)

Inisiatif Baru Potongan 25% Cukai Pintu Pangsapuri

Dari kiri YB Iskandar, Ibnu Hasyim dan Tuan Junuh penghuni pangsapuri.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenal satu lagi inisiatif baru kepada pemilik pangsapuri kos rendah di negeri itu iaitu memberi potongan 25 peratus cukai pintu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, potongan diberikan terus kepada pemilik ketika membuat bayaran cukai pintu di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama borang khas. Katanya, potongan itu bukan sahaja tertakluk kepada permohonan semua pemilik di sesebuah pangsapuri, tetapi juga terpakai permohonan individu.

“Walaupun seorang pemilik membuat permohonan, beliau akan mendapat potongan 25 peratus.
“Setiap permohonan mestilah disertakan bersama borang khas yang disahkan oleh pengerusi JMC atau MC, Pesuruhjaya Bangunan (COB) PBT atau Ahli Majlis PBT,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau menambah, potongan juga hanya untuk pangsapuri-pangsapuri yang didiami oleh pemilik atau waris pemilik. Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri masih belum ada bilangan pemilik yang diberikan potongan kerana polisi ini baru sahaja dikuatkuasakan pada bulan September lepas.

“Data-data ini akan diperolehi daripada PBT-PBT pada akhir tahun ini.
“Dari data ini, satu kajian juga akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan sama ada dengan potongan cukai maka lebih ramai pemilik membayar yuran penyelenggaraan pangsapuri mereka,” ujar beliau lagi.(IH)

Israel Lebih Islamik Dari Indonesia, Saudi & M'sia?

Negara Islam maju, konon..

INDONESIA boleh saja mendakwa sebagai negara berpenduduk majoriti muslim terbesar sejagat. Arab Saudi juga layak menyebut sebagai kiblat umat Islam. Malaysia dengan bangganya menyebut diri sebagai negara umat Islam maju dan moden menjadi contoh kepada negara-neara umat Islam lain.

Namun, soal urusan praktik ajaran agama dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu, negara-negara ini, buat bikin malu.sahaja. Dari sekitar 240 juta penduduk di Indonesia, sekitar 90 persen pemeluk Islam. Saudi juga menjadi tujuan belasan juta umat Islam dari seluruh dunia tiap tahun berumrah atau berhaji. Maaysia? Perasan, dirinya menjadi Isla contoh?

Menurut penelitian dilakoni oleh Scheherazade S. Rehman and Hossein Askari dari Universiti George Washington di Ibu Kota Washington DC, Amerika Syarikat, 

  • 'kedudukan Indonesia dan Saudi jauh di bawah Israel dalam Indeks Ekonomi Islam. Dari 208 negara disurvei, 37 peringkat teratas ditempati oleh negara-negara non-muslim'
Seperti dilaporkan akhbar the Jerusalem Post, Khamis 8 Nov lalu..

Menurut kedua ilmuwan itu, nilai-nilai Islam lebih berhasil diterapkan di perekonomian negara-negara non-muslim berbaanding negara-negara dihuni majoriti umat Islam. Menurut daftar itu, Israel menempati kedudukan ke-61, di atas Bahrain (64), Brunei Darussalam (65), Jordan (77), Oman (99), Qatar (112), Arab saudi (131), Indonesia (140), Mesir (153), dan Iran (163).

Menurut Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia, Irman Gusman, banyak pelaku kejahatan ekonomi adalah orang-orang mengerti ajaran Islam dan kelihatannya sangat taat. 


"Beberapa yang rajin menyumbang buat masjid tapi juga giat merompak wang negara," katanya.

Irman Gusman termasuk delegasi yang hadir dalam Forum Amerika Syarikat-Dunia Islam di Ibu Kota Doha, Qatar baru-baru ini. Sungguh ironis. Hampir seluruh umat Islam membenci negara Zionis itu lantaran menjajah bangsa Palestin. Tapi, hasil penelitian membuktikan negara berpenduduk majoriti Yahudi ini mampu menerapkan ajaran Islam di negeri mereka.

Malaysia walaupun  menentang Israel, negara bangsat yang tiada negara itu, tetapi mengiktiraf kewujudannaya dan masih berhubungan ekonomi dengan negara durjana itu. (IH)

Tiada Air Bersih, Mana Pencapaian Diutamakan?


Seorang penduduk membawa Abang Mat [kiri] ke dapurnya untuk menunjukkan air tidak ada

KOTA SAMARAHAN: Lebih 3,000 keluarga di daerah Asajaya telah mengalami gangguan bekalan air yang kritikal sejak beberapa hari lalu. Menyedari keadaan semakin meruncing sehingga langsung tiada air bersih di kampong mereka, penduduk menghubungi PAS bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Kampung yang terjejas teruk dengan masalah tersebut adalah Kampung Tambirat, Sambir dan Moyan dan Sebandi yang terletak di bawah DUN Asajaya, Parlimen Kota Samarahan.  Lebih memeritkan lagi, ada kalangan penduduk kampung yang terpaksa berbelanja lebih untuk membeli bekalan air bersih berupa air mineral dan air minuman untuk meneruskan majlis kenduri kahwin.

Antara yang menerima aduan ini adalah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat. Beliau menerima panggilan daripada penduduk kampung tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk mendengar dan melihat sendiri keadaan tersebut. Menurut beliau seteleh meninjau keadaan di ketiga-tiga kampung tersebut, keadaan ini amat menyusahkan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Situasi ini amat memalukan. Sudahlah tiada notis diberikan sebelum 'pemotongan untuk penyelenggaraan' tersebut dilakukan, pihak Lembaga Air yang berkenaan langsung tidak menghantar bantuan yang sepatutnya disalurkan melalui lori-lori air ke kampong berkenaan. Ini mengundang kemarahan penduduk kampung di atas ketidakcekapan di dalam pentadbiran kerajaan negeri BN," kata Abang Mat.

Tambah beliau lagi, “Apabila persoalan diajukan kepada Penghulu dan Pengerusi JKKK kampong berkenaan, jawapan yang diberikan adalah tiada makluman daripada pihak atasan untuk dihebahkan.”

Bagi penduduk kampung yang mempunyai tangki simpanan air, mereka memaklumkan air yang ditadah semasa hujan beberapa hari sebelumnya sedikit sebanyak membantu mereka menjalankan kehidupan harian mereka. Namun, daripada tinjauan di sekitar kampong tersebut, hanya beberapa buah rumah sahaja yang mempunyai tangki tersebut dan selebihnya bergantung sepenuhnya daripada sumber yang dibekalkan oleh Lembaga Air yang berkenaan.

Seorang penduduk kampung, Mahathir Ahmad, 35, beliau terdetik untuk menghubungi PAS setelah Harakahdaily melaporkan berita mengenai lawatan Abang Ahmad Kerdee di Pusa, Beting Maro berkenaan masalah yang sama.

“Tiada cara lain lagi untuk mengajar pemerintah, hanya melalui PAS dan PR sahaja pilihan yang ada. Aduan demi aduan sudah dibuat kepada YB dan pihak berkenaan namun hasilnya mengecewakan. Batang paip untuk saluran air yang dikhabarkan pada pilihanraya negeri tahun lepas pun banyak yang tersadai di tepi jalanraya. Mungkin dah dekat PRU nanti barulah disambung,”ujar beliau sinis.

Gambar: Abang Mat menunjukkan batang paip yang diletakkan di tepi jalan menjelang pilihan raya negeri lalu...ia tersadai di situ selepas pilihan raya

Beliau berkata lagi, di kampungnya hampir setiap hari bekalan air terganggu dan meminta pihak YB dan yang berkenaan segera mengatasi masalah mereka dan bukan hanya meletakkan paip air di tepi jalan semata-mata. Para peniaga yang ditemui juga melahirkan rasa terkilan dan marah dengan keadaan tersebut. Menurut mereka kemungkinan perniagaan kedai makan mereka terpaksa ditutup jika keadaan tiada bekalan air itu berterusan.

“Slogan 'Rakyat Didahulukan' betul-betul kena atas batang hidung kami. Sekarang mana perginya 'Pencapaian Diutamakan?'," soal Mahathir lagi.

Kucing Ini Pakai Cermin Mata, Mengapa?

JOM KREATIF
KUCING pakai cermin mata! Mengapa? 
Bererti kita boleh berjimna-jinak dan main-main dengan kucing. Tidak ada apa-apa penyakit berbahaya!











Hadith-Hadith, berupa panduan Islam mengenai kucing.

Antaranya..
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan, bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya, lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lalu ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
 
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang jinak rumahan),
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
 

Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.  Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.  Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.
 

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
 

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
 

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”.
 

Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


Rasul Muhammad SAW telah memberitahu hal ini sejak 1500 tahun yang lalu, hanya kini baru ditemui oleh para ilmuan. Lihat kajian-kajian ini..


Kajian Yang Dijalankan..

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter 
yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa. 

Yakni yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen 
pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme. 
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Itulah istimewaya kucing, sehingga ia dijadikan binatang peliharaan yang jinak.  Sehingga lekat gelaran seorang sahabat Nabi SAW yang meminati kucing bernama Abu Hurairah periwayat hadis terkenal, ertinya 'bapa si anak kucing'!

NgomongOpoo's Avatar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails