KL: Tersebar berita, akan berlaku peralihan
kuasa tampuk kerajaan Malaysia
/BN awal tahun ini. Hari ini pula, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin
(gambar) mengarahkan
media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional
(BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
Arahan yang
biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu
ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan
Media Prima baru-baru ini. Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar
negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi
selama dua hari bermula semalam.
"Biasanya arahan sebegini keluar
dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan
media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada
Harakahdaily.
Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat
oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun
rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan. Arahan ini dikeluarkan ketikan berita angin semakin kencang akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara awal tahun depan.
Seorang
pemerhati politik dari Dubai dalam satu pesanan ringkasnya kepada
Harakahdaily berkata, beliau mendapat maklumat akan berlaku peralihan
kuasa tampuk kerajaan awal tahun ini. Ketika ditanya, dari manakah sumber itu, beliau menjawab, "Pirates of Putrajaya."
Kesemua
'berita angin' ini sampai kepada Harakahdaily ketika tekanan semakin
hebat terhadap pimpinan utama kerajaan ekoran pendedahan demi pendedahan
yang dibuat oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan. Kini,
media alternarif, Majlis Peguam dan para peguam serta bekas menteri
memberikan tekanan terhadap seorang peguam kanan yang dikatakan terlibat
dalam membuat draf akuan bersumpah kedua (SD 2) penyiasat persendirian,
P Balasubramaniam (PI Bala).
Beliau didakwa membuat akuan
bersumpah itu tanpa berbincang dengan PI Bala manakala PI Bala pula
mendakwa ia dibuat dalam tekanan. Dalam SD yang pertama, PI Bala
mendakwa pemimpin kanan negara terlibat dalam kematian tragis Altantuya
Shariibuu manakala dalam SD 2, Bala menafikan sepenuhnya dakwaan dalam
SD yang pertama itu. (IH)