Saturday, December 22, 2012

Rumah Berbentuk Kapal Angkasa.

RUMAH berbentuk seperti kapal angkasa lepas yang dibina oleh Vinholis di Alto Paraiso De Goias, Brazil.

JOM KREATIF
ALTO PARAISO DE GOIAS, Brazil Seorang pengamal perubatan alternatif, Agusto Vinholis membina sebuah rumah berbentuk seperti kapal angkasa lepas di sini. Dia percaya rumah tersebut akan dapat melindungi keluarganya daripada kemusnahan akibat hari kiamat yang dipercayainya berlaku semalam.
Hari kiamat tersebut dipercayai berlaku berdasarkan tafsiran kalendar kaum Maya yang berakhir pada 21 Disember 2012. Bagaimanapun, hari kiamat itu tidak berlaku seperti ramalan sebahagian pihak yang fanatik dengan kalendar tersebut. - Agensi

Occupy Dataran: Berkhemah di Penjara Kajang

 
KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis mahasiswa bertekad akan 'berkampung' di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi.

Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.

“Sejak malam tadi, kami sudah berkumpul dari jam 8 malam dan tidur dalam empat khemah disediakan. Lebih kurang 30 orang tidur di sini malam tadi,” katanya dipetik Keadilandaily.

Katanya, meskipun tiada gangguan polis setakat ini, kumpulan itu dipantau pihak berkuasa dari cawangan khas (SB), sejak malam tadi.

“Lebih kurang 8.45 pagi tadi, ada enam orang polis datang ambil maklumat ahli SMM yang duduk berhampiran khemah. Walaupun nampak tenang dengan himpunan aman, tapi kami dikawal 10 orang polis yang memerhati gerak kami,” ujarnya.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil. (Hrkh)

Mesir: Ikhwan Lawan Liberal 77 Cedera.

Ikhwanul Muslimin - Kaum Liberal Bentrok
Lawan kelompok liberal dengan Ikhwanul Muslimin
 
ALEXANDRIA: Aksi tunjuk perasaan mendukung perlembagaan Mesir berakhir kicuh. Kelompok penyokong perlembagaan disokong Ikhwanul Muslimin (IM) terlibat berselisih dengan kelompok liberal yang menolak perlembagaan. Perlawann terjadi pada Jumaat (21/12) malam waktu Mesir.

Seperti dilanporkan Aljazeera, bentrok berawal saat kelompok properlembagaan berjumpa dengan kelompok liberal di pusat kota ALexandria. Aksi saling lempar batu dan benda tumpul terjadi. Sumber rasmi Kementerian Kesihatan Mesir mengumumkan, "77 orang tercedera akibat perlawann,".

Pergeseran tidak dapat dihindarkan kerana kedua kelompok sama-sama saling memprovokasi. Kalangan liberal melakukan provokasi dengan menyerang kelompok properlembagaan dalam sejumlah peristiwa terpisah selama seminggu. Aksi ini mendapat reaksi kuat dari kelompok IM dan salafi Mesir.

Kelompok salafi menyeru aksi sejuta umat untuk melindungi pelajar dan situs umat Islam dari serangan kelompok liberal. Kelompok Islam yang digerakkan IM adalah penyokong perlembagaan Mesir. Sedangkan kalangan liberal adalah penentangnya. Pergeseran IM dan kelompok liberal memanaskan referendum final untuk pengesahan perlembagaan yang berlangsung hari ini.  (IH)

SPRM Tapis Dulu Calon PRU 13, N/Aziz Sambut


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Pas Kelantan bersedia untuk menyerahkan senarai nama calon yang terlibat dalam pilihan raya umum akan datang bagi melalui proses tapisan SPRM seperti dicadangkan. Menurutnya, langkah tersebut adalah baik untuk dilaksanakan supaya calon benar-benar bersih daripada amalan rasuah yang sememangnya boleh mencemarkan nama baik parti mahupun individu itu sendiri.

“Baguslah cadangan ini dan ia perlu dilakukan terhadap tidak kira siapapun calon,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar mencadangkan parti politik mengemukakan senarai calon pilihan raya umum terdekat untuk ditapis oleh SPRM terlebih dahulu. Berdasarkan cadangan itu, Johan berkata langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan calon yang bakal bertanding bersih daripada rasuah selain mengelak tanggapan tidak berasas ke atas individu bertanding mahupun parti. (SH)

Nik Aziz Prihatin, Ziarah Kanak2 Dirempuh Lori


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkesempatan menziarahi kanak-kanak malang, Hakim Aizuddin Ismariza, 7, semalam.

Adik Hakim, lumpuh seluruh badan dan tidak mampu bercakap setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila dirempuh sebuah lori kecil pada 10 September lalu. Atas rasa simpati, Tuan Guru turun menziarahi anak kecil yang kini tidak memberikan sebarang tindak balas

Jauh untuk tersenyum, menangis apa lagi bercakap. Tuan Guru melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa anak ketiga daripada lima orang adik beradik sejak September lalu.

“Saya berharap semoga keluarga ini lebih tabah menerima ketentuan Ilahi, insya Allah besar ganjarannya,” ujarnya dengan wajah sugul.

Tuan Guru turut beramah mesra dengan  kedua ibu bapa Hakim, Norhakimah Ghazali, 36, dan Ismariza Dollah, 36 yang tinggal di Kampung Kedondong, Kota Jembal dekat sini. Norhakimah ketika ditemui memberitahu, anaknya kini hanya minum susu melalui tiub dan menggunakan lampin pakai buang.

“Dia dulu seorang anak yang aktif, riang sentiasa, tetapi kini dah tak ada lagi,” ujarnya yang juga seorang guru.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menziarahi datuk kepada Hakim, Dollah Awang, 75, yang mengidap angin ahmar dan masalah buah pinggang. (Hrkh)

Hutang RM500B, M'sia Diambang Bankrap -M/Sabu


Gambar: Mohamad menandatangani plak perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang.

SETIU: Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi RM500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini di ambang bankrap.

Ini kerana, katanya, hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, sewaktu pemerintahan bekas PM terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hutang negara berjumlah RM250 bilion.

“Ini bermakna, hutang negara tiga tahun di bawah Perdana Menteri Najib mengatasi jumlah hutang yang dibuat oleh lima PM terdahulu,” jelasnya ketika berucap pada majlis minum petang sempena perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang, petang semalam. (IH)

UMNO Ni Kalaulah Kafir...

Oleh: LensaHandphone
DAP vs UMNO
 "DAP sekarang ini menjadi sasaran utama UMNO. Seolah-olah DAP akan memerintah. Teruk sangat ke DAP ini? AKu tak boleh komen banyak... Tapi gambar di bawah rasanya boleh menjawab!



UMNO ni kalaulah kafir, aku rasa satu sen pun tak gun
Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com"

(IH/TKO)

Friday, December 21, 2012

Alamak, Telekung Tiada! Bagaimana Hendak Solat?

By Shahmuzir
NADHIRAH adalah seorang Pengawas dan juga ahli BADAR sekolahnya.  Beliau akhir-akhir ini berasa rungsing dengan keadaan pelajar muslimah yang bising di dalam surau.  Keadaan bising itu mengganggu kekhusyukan dan ketenangan pelajar-pelajar muslimah lain yang sedang bersolat. 

Mengikut peraturan sekolah, para pelajar dikehendaki untuk bersolat fardhu Zuhur secara berjemaah sebelum dibenarkan pulang.  Kebisingan bukan berpunca dari pelajar-pelajar yang uzur, tidak boleh solat.  Kerana mereka yang uzur telah ditempatkan ke kelas khas untuk sesi tadzkirah sementara menunggu pelajar-pelajar yang bersolat jemaah fardhu Zuhur selesai.  

Masalah bising di surau adalah berpunca dari kekurangan telekung.  Nadhirah telah mengadu hal ini kepada beberapa orang ustadzah, tetapi belum ada tindakan yang dilakukan. Nadhirah membuat keputusan untuk mengadukan hal ini kepada Ketua Guru Penasihat BADAR, iaitu Ustadz Faisal.  

Beliau mengajak Husna dan Hidayah menemaninya.  Mereka bertiga telah membuat temujanji dengan Ustadz Faisal selepas waktu persekolahan untuk membincangkan hal itu. 

“Assalamu’alaikum Ustadz” sapa Nadhirah, Husna dan Hidayah kepada Ustadz Faisal. 
“Wa’alaikumussalam warahmatullah” jawab Ustadz Faisal. 
 “Ustadz, kami pelajar-pelajar muslimah ada masalah.”  Nadhirah memulakan bicara. 
“Masalah apa tu?  Besar ke? Kecil?”  Tanya Ustadz Faisal. 
“Tak tahulah ustadz samada ia masalah besar atau kecil.  Tapi mungkin pada ustadz masalah ni kecillah kot…”  respon Nadhirah. 
“OK, takpe.  Awak ceritakan pada saya.  Saya dengar…”  balas Ustadz Faisal sambil membetulkan posisi duduknya di atas kerusi dan menumpukan perhatian pada apa yang bakal dikatakan oleh anak muridnya. 

“Begini.  Surau bising waktu solat fardhu Zuhur berjemaah.  Sebab ramai yang tidak bawa telekung, jadi terpaksa tunggu giliran untuk bersolat.  Sambil menunggu tu, ada kalangan pelajar yang berbual-bual, malah ketawa pun ada…”  Nadhirah memberikan penerangan. 
“Kami nak solat pun tak khusyuk…!”  Husna mencelah, marah dengan keadaan yang terpaksa mereka hadapi. 
“Betul tu Ustadz!”  Hidayah mengiyakan apa yang dikatakan oleh Husna dan Nadhirah.

Ustadz  Faisal yang tadinya serius mendengar penjelasan Nadhirah, tiba-tiba menguntum senyum dan riak wajah beliau seakan berlalunya kelam mendung berganti cerah. 
“Oh sebab tu aje.  Sebab telekung tak cukup ye?  Bising ye?”  Ustadz Faisal tenang.

Nadhirah, Husna dan Hidayah kehairanan.  Mereka berpandangan sesama mereka.  Kening kanan Hidayah terangkat selama 3 saat, sebijik lagaknya seperti seorang artis wanita tempatan yang terkenal dengan suara tingginya, sedang memikirkan sesuatu.  Mereka terkejut.  Seakan masalah itu di sisi Ustadz Faisal hanyalah habuk di atas meja yang mudah untuk dilap dan dihilangkan. 

“Saya nak tanya awak bertiga.  Awak sekarang ni pakai baju tutup aurat tak?”  tanya Ustadz Faisal. 
“Eh, err…tentulah Ustadz.”  Jawab Husna 95% yakin sambil melihat atas bawah pakaiannya dan pakaian rakan-rakannya. 
“Confirm awak tutup aurat!  Malah bukan awak bertiga sahaja.  Malah kesemua pelajar-pelajar di sekolah ini menutup aurat dengan sempurna.  Kita yang bersekolah agama ni untung sebab sudah dididik bertudung labuh, berstokin, pakaian tak nipis dan saya lihat awak bertiga ni siap berbutang di pergelangan tangan lagi hah!  Tahniah, comel dah!”  ujar Ustadz Faisal.
Nadhirah, Husna dan Hidayah tersenyum.  Mereka bangga kerana diberikan pujian dalam hal berpakaian menutup aurat.  Dalam masa yang sama terbit rasa syukur di dalam hati mereka kerana selama ini mereka bersekolah di sekolah menengah agama dan mendapat tarbiyyah yang menyeluruh dari para guru dan pentadbiran sekolah. 

“Boleh tak awak pakai baju yang sama ni pergi solat, tak payah cari telekung?”  tanya Ustadz Faisal pula. 
“Err…bolehlah Ustadz.  Tapi……..” Nadhirah cuba menyambung, tetapi dipotong percakapannya itu oleh Ustadz Faisal. 
“Saya tahu…awak tak biasa kan?”  Ustadz Faisal dengan yakin meneka. 
“Yelah ustadz.  Mana dibuat orang…”  Husna mengerut dahi sambil memuncung panjang bibirnya.   

“ISLAM ni mudah.  Yang disuruh agama hanyalah menutup aurat.  Memang bagus jika dapat memakai pakaian berwarna putih seperti telekung itu.  Tapi, jangan pula disusah-susahkan hal yang mudah ini.  Sampaikan surau jadi bising kerana terpaksa tunggu giliran ingin pakai telekung.”  Ustadz Faisal memberikan responnya. 

“Jika awak ke luar negara, mana ada orang pakai telekung ni.  Yang pakai telekung ni orang sekitar sini sahaja.  Saya pernah ke luar negara.  Wanita-wanita di sana semuanya memandang aneh kepada wanita Malaysia yang memakai serba putih telekung ketika mendirikan solat di luar negara.  Mereka tak biasa lihat.  Sedangkan wanita-wanita di sana, hanya memakai pakaian harian mereka dan bertudung sahaja untuk mengerjakan solat.  Sudah tentulah pakaian itu menutup aurat seperti yang ditetapkan syara’.”  Sambung Ustadz Faisal lagi. 

“Tapi, kalau diorang datang sini, tentu diorang pulak akan dipandang pelik, kan Ustadz.  Sebab solat pakai baju biasa dan tidak bertelekung macam kami”  Hidayah mencelah sambil tersengih. 

“Ha’ah kan…”  Nadhirah dan Husna mengiyakan.  Mereka tertawa kecil sebentar.  Ustadz Faisal sekadar tersenyum, antara ketawa dan tidak.  

“Beginilah…saya tahu memang sukar untuk kita melakukan sesuatu yang di luar dari kebiasaan kita.  Tapi, selagi ia dalam lingkungan syara’, tiada masalah untuk kita melakukannya.  Malah, ini boleh memudahkan kamu semua.  Memang mula-mula tu akan rasa pelik.  Tapi, apabila masyarakat dah mula faham bahawa ISLAM itu mudah, nah mereka akan mula sedar.  

"Saya cukup rasa sedih, sebilangan masyarakat kadang-kadang apabila berhenti di Hentian Lebuhraya terpaksa menangguhkan solat fardhu mereka hanya kerana telekung tiada, telekung yang disediakan berbau busuk atau kotor dan sebagainya.  Sedangkan solat mesti disegerakan.  Kadang-kadang tu sampai terluput masa solat dan yang lebih teruk ada yang terus tidak mengerjakan solat akibat terlupa dan malas”  Jelas Ustadz Faisal. 

“Sebab itu kita kena selalu berpakaian menutup aurat.  Sebilangan wanita yang memerlukan telekung ini sebenarnya mereka sedar pakaian mereka memang belum menutup aurat dengan sempurna.  Jadi takut untuk mengerjakan solat fardhu, walaupun mereka bertudung.  Jika mereka berpakaian menutup aurat dengan sempurna seperti yang awak bertiga pakai ini, nescaya mereka akan berasa yakin untuk mengerjakan solat dengan pakaian harian itu.”  Ustadz Faisal meneruskan bicara. 

“Awak tengok para muslimin.  Mereka dengan baju dan seluar itu pergi sekolah, pergi kerja, naik kenderaan, dan pakaian itu juga mereka mengerjakan solat.  Bukankah mudah?  Tak perlu cari pakaian istimewa seperti wanita terpaksa mencari telekung.  Wanita pun boleh buat macam tu.  Dengan pakaian yang sama boleh kamu mengerjakan solat.  Dengan syarat:  Tutup aurat dengan sempurna seperti di dalam solat setiap ketika.  Dan itulah sebenarnya tuntutan agama.”  Tambahnya lagi. 

“Alhamdulillah Ustadz, kami faham.  Tapi, macam mana ye kami nak mulakan?  Seganlah…takut pun ada”  Tanya Nadhirah. 

“OK, awak pergi jumpa Ustadzah Nabilah atau Ustadzah Sofea, ceritakan apa yang kita bincangkan tadi.  Saya faham untuk awak mulakan, tentulah awak gementar dan takut penerimaan kawan-kawan dan adik-adik awak.  Awak kumpulkan 5 atau 10 orang pelajar Tingkatan 5 bersama Ustadzah Nabilah atau Ustadzah Sofea, awak mulakan esok.  Esok merupakan ice-breaking.  

"Mudah-mudahan apabila mereka dah nampak awak sebagai kakak-kakak senior buat, ditambah pula dengan Ustadzah pun buat juga, nescaya mereka akan dapat terima.  Dan insyaALLAH, lusa atau tulat awak khabarkan kepada semua pelajar muslimah agar takperlu tunggu telekung.  Ambil wudhu’, dengan pakaian sekolah tu awak semua angkat takbir serentak selepas Imam mengangkat takbiratulihram.  Amacam, OK?”  ujar Ustadz Faisal, disusuli helaan nafas dan senyuman memberikan harapan.
Nadhirah, Husna dan Hidayah tersenyum dengan pendedahan baru ini.  Sebenarnya ia bukan ilmu baru, cuma perbuatan baru yang bakal mengaplikasikan apa yang mereka pernah dan biasa dengar, iaitu:  ISLAM itu mudah. Keesokannya, Nadhirah, Husna, Hidayah dan beberapa orang pelajar Tingkatan 5 merealisasikan apa yang dicadangkan oleh Ustadz Faisal.  Mereka menjadi yakin apabila Ustadzah Nabilah dan Ustadzah Sofea turut bersama mereka dalam sesi ice-breaking itu.  

Ya, mereka sedang memecahkan paradigma orang Melayu Malaysia yang mengatakan solat mesti bertelekung.  Bukan mudah untuk keluar dari kebiasaan.  Tapi, alhamdulillah mereka telah berjaya. Beberapa hari dan minggu selepas itu masalah bising sudah dapat dikurangkan apabila hampir semua pelajar muslimah dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5, mereka bersolat serentak dengan jemaah lelaki. 

Tak perlu cari telekung.  Tak perlu tunggu giliran untuk pinjam telekung.  Dengan berpakaian sekolah yang sempurna menutup aurat mereka sudah boleh mengerjakan solat.  ISLAM itu mudah!

Nik Aziz Bersara Sekirannya UMNO... -Bernama.


Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan terus berjuang melawan pihak yang menentang Islam selagi diberi kesihatan.
Nik Abdul Aziz Nik Mat


MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bersara daripada politik? Lihat berita lidah UMNO ini...

KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan. Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.
"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama
 (IH)

Berlaku Alihkuasa K'jaan Awal Tahun Ini -Pemerhati


KL: Tersebar berita, akan berlaku peralihan kuasa tampuk kerajaan Malaysia/BN awal tahun ini. Hari ini pula, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) mengarahkan media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Arahan yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan Media Prima baru-baru ini. Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi selama dua hari bermula semalam.

"Biasanya arahan sebegini keluar dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada Harakahdaily.

Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan. Arahan ini dikeluarkan ketikan berita angin semakin kencang akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara awal tahun depan.

Seorang pemerhati politik dari Dubai dalam satu pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily berkata, beliau mendapat maklumat akan berlaku peralihan kuasa tampuk kerajaan awal tahun ini. Ketika ditanya, dari manakah sumber itu, beliau menjawab, "Pirates of Putrajaya."

Kesemua 'berita angin' ini sampai kepada Harakahdaily ketika tekanan semakin hebat terhadap pimpinan utama kerajaan ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan. Kini, media alternarif, Majlis Peguam dan para peguam serta bekas menteri memberikan tekanan terhadap seorang peguam kanan yang dikatakan terlibat dalam membuat draf akuan bersumpah kedua (SD 2) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Beliau didakwa membuat akuan bersumpah itu tanpa berbincang dengan PI Bala manakala PI Bala pula mendakwa ia dibuat dalam tekanan. Dalam SD yang pertama, PI Bala mendakwa pemimpin kanan negara terlibat dalam kematian tragis Altantuya Shariibuu manakala dalam SD 2, Bala menafikan sepenuhnya dakwaan dalam SD yang pertama itu. (IH)

Mengapa Presiden PAS Diserang?


ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG

SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM. Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat.

Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan. Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan  Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang.

Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri.

Itulah yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri itu berjaya ditolak dengan munculnya cadangan ini. Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden Pas pula. Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri akan menjadi sasaran serangan media BN.

Rakyat mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi berfikiran bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu hak eksklusif Umno sahaja di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru. (IH/SH)

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

PAS Rasuah 10,526 Hektar Tanah Kpd DAP?


Oleh Ahmad Fadhli Shaari,

Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. 

Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.
 
Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar!

Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... - 21 Disember 2012

Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

2 Sebab, Ini Bukan Gambar Najib Sindir Rosmah...

Gambar Najib Sindir Rosmah Tersebar..


Gambar dan artikel terbaik.. Diam-diam ubi berisi jugak Najib ni.. Samada Rosmah faham ke tidak ataupun Najib yang buat-buat tak faham.  Najib selamba dek je sindir Rosmah.. Apa pendapat ko orang tentang gambar ni? (Diangkat dari Blog Addin)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak! Ini bukan gambar Najib sindir Rosmah, tetapi gambar Rosmah sindir Najib kerana 2 sebab...
  1. .PM Najib pernah mengatakan Malaysia negara Islam dan menyuruh pertahan ajaran Islam, sedangkan beliau sendiri tidak mampu  mengikut ajaran Isam sepenuhnya, contohnya lihat gambar di atas, isterinya sendiri, sebagai isteri pemimpin no1 negara Islam (menurut istilah beliau) tidak menutup aurat sepenuhnya.  Di waktu-waktu yang lain tidak pakai tudung langsung, namun Rosmah buat-buat taat,  itulah sindirannya.
  2. Najib adalah kepala keluarga, jadi beliau tidak perlu sindir, memadai dengan menyurh saja, itu perkara baik, Rosmah wajib ikut. Tetapi mungkin Rosmah tidak bersetuju, maka dialah yang menyindir seperti gambar di atas. Jadi dialah yang sepatutnya menyindir suaminya  yang lebih berkuasa atasnya, bukan Najib.
 Maaf, ini hanya gurauan islah untuk PM kita. (IH)



Ramas Payudara Dapat Lumpuhkan Sel Barah..


Meremas payudara bisa lumpuhkan sel kanker?
KESIHATAN

RAMAS sikit-sikit payudara boleh memberikan manfaat bagi pada wanita. Kajian menunjukkan bahawa meramas payudara mampu mencegah sel barah untuk tumbuh dan berkembang. Penelitian laboratorium menemukan bahawa memberikan tekanan fizik pada sel barah mampu menekan pada pola pertumbuhan normal.

"Selama berabad-abad orang telah mengetahui bahawa tekanan fizik mampu mempengaruhi tubuh. Penelitian ini juga menunjukkan bahawa tekanan fizik juga dapat mempengaruhi pertumbuhan sel," kata Gautham Venugopalan, Ketua Teamim Pengkaji di University of California, Berkeley.

Dalam percubaan ini pengkaji memasukkan sel barah payudara ganas pada silikon. Kemudian mencuba menekan dan meramas silikon berisi sel barah ganas. Setelah beberapa lama, sel barah yang dapat tekanan fizik mulai tumbuh secara normal dan tidak ganas lagi.

"Sel barah ganas belum lupa pertumbuhan yang normal dan sihat. Hanya diperlukan cara mengarah kembali pada pertumbuhan normal," jelas Profesor Daniel Fletcher, seperti dilapor oleh Daily Mail (17/12).

Fletcher menjelaskan di mana kegiatan meramas dan menekan payudara mungkin tidak boleh dikembangkan menjadi bentuk terapi. Meski begitu, penemuan ini memberi petunjuk baru untuk melacak molekul dan struktur sel bagi dijadikan target terapi. (IH)

Thursday, December 20, 2012

Pulau Tristan da Cunha Terpencil Di Dunia


Ini Pulau Terpencil di Dunia
Pulau Tristan da Cunha
Bendera Tristan da Cunha Lambang Tristan da Cunha


PULAU berpenghuni namun paling terpencil di bumi ini berada di wilayah yang masuk teritori Inggeris, Tristan da Cunha. Meski terpencil, kepulauan itu pernah masuk rute maritim favorit para penjelajah menuju Tanjung Harapan dan Samudera Hindia pada abad 17-18.

Seperti diberitakan situs howstuffworks.com, pulau ini dihuni 270 orang dan hanya melihat kapal pengiriman setahun sekali. Tristan da Cunha terletak 1.242 mil (2000 kilometer) dari St.Helena dan 2.800 kilometer dari daratan terdekat, Tanjung Harapan, Afrika Selatan.

Tristan berbentuk lingkaran dengan diameter 10 kilometer dengan luas total sekitar 78 kilometer persegi.
Musim panas di kawasan ini terjadi pada Desember dan Mac. Bulan-bulan lainnya merupakan musim dingin. Gunung Berapi dengan ketinggian 2.010 meter merupakan pusat Tristan di mana puncaknya tertutup salji.
Tristan da Cunha, pulau utama hanya satu-satunya pulau yang dihuni di kepulauan. Pulau lainnya Nightingale, Stoltenhof, Gough, dan Inaccessible tidak dihuni manusia.

Kepulauan Tristan da Cunha ditemukan penjelajah Portugis, Tristao da Cunha selama ekspedisi ke Tanjung Harapan pada 1506. Pada 1643, kapal dari Belanda, Heemstede mendarat di Tristan untuk mengisi persediaan. Kemudian pada 1650 dan 1669, Belanda mulai menjelajahi pulau itu namun segera ditinggalkan kerana tidak memiliki pelabuhan yang aman.

Kini, Tristan masuk wilayah kepulauan Inggeris dan semua penduduknya warga negaraa Ingegris. Penduduk di Tristan da Cunha hanya terdiri dari lapan nama keluarga. Di Tristan, ada rumah, sekolah, hospital, pejabat pos, muzeum, kafe, kedai, kolam renang, dan bangunan pertemuan.

Penduduk kepulauan ini hidup dari perikanan dan membuat perangko. Tukang kacamata dan doktor gigi utusan Inggeris dikirim ke pulau ini setahun sekali. Meski tidak ada lapangan terbang di Tristan, kapal pelancong sesekali mengunjungi pulau ini.(IH/ROL)

Lihat Sebelum ini...

Dijual! Rumah Lindung Keselamatan, Kiamat Dll

BENTUK rumah perlindungan yang dibina Seyfried di Salt Lake Utara, Utah pada 12 Disember lalu. 

JOM KREATIF
WASHINGTON - Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.

Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471).
Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.
Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. - Agensi

Ugut Gambar Bogel, Dipaksa Bayar RM50,000


TAN (kiri) menunjukkan gambar bekas teman lelakinya kepada Michael di Kuala Lumpur semalam. 

KUALA LUMPUR – Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah.

“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.(kosmo)

Lihat sebelm ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

Ini, Saspek Samseng UMNO, Polis Berpakat Sama?


Inilah wajah suspek samseng Umno yang dikenal pasti melalui satu rakaman pada hari kejadian.

KL: 20 Dis: Adakah pihak polis berpakat sama dengan saspek samseng Gombak ini? Hal ini timbul, apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kelewatan polis bertindak ke atas samseng yang menyerang penyokong Pakatan Rakyat pada ceramah di Gombak 4 Disember lalu, meskipun identiti samseng Umno berkenaan tersebar di internet.

Wajah samseng yang bertopi keledar itu dirakam dalam sebuah video dari saksi kejadian, dipercayai individu sama yang menikam penyokong Pakatan ketika provokasi berlaku. Video tersebut juga tersebar di internet dan dengan jelas memaparkan wajah lelaki tersebut.

“Saya gesa polis bertindak profesional. Kalau serangan melibatkan pemimpin Umno, pastinya tindakan segera dan serius diambil,” kata Amiruddin yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak.

“Tapi bila isu melibatkan pemimpin Pakatan, dengan segera akan dipanggil ke balai polis,” katanya ketika dihubungi.
“Justeru kita minta polis bertindak adil, tanpa mengira pemimpin Umno atau Pakatan kerana kami juga rakyat Malaysia,” sinisnya.

Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung Gombak Utara itu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak berkuasa itu di pihak mereka. Selain melontarkan kata-kata kesat dan lucah sepanjang ceramah berlangsung, mereka turut bertindak ganas dengan membaling batu, buah kelapa, botol minuman malah baldi ke arah penyokong yang hadir.

Mereka yang berbaju BN itu turut menikam bahu seorang lelaki hingga berlumuran darah, manakala seorang lagi luka akibat dibaling pasu. (IH/KD)

Ini, Wanita Pemain Skuasy Negara Islam M'sia?

Pemain skuasy nombor dua negara, Low Wee Wern. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor

SUKAN
Wee Wern ke suku akhir Kejohanan Terbuka Wanita Dunia
KUALA LUMPUR - Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring, pemain nombor dua negara Low Wee Wern berjaya mara ke suku akhir Kejohanan Terbuka Wanita Dunia di Kepulauan Cayman pada Selasa.

Pemain beranking ketujuh dunia itu mudah menyingkirkan Kasey Brown dari Australia dengan 11-5, 11-8 dan 12-10 dalam masa 35 minit. Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.worldopensquash.com, Wee Wern akan bertemu sama ada pemain England Laura Massaro atau Nicollete Fernandes dari Guyana.

Terdahulu, ratu skuasy negara Datuk Nicol David dengan mudah mengetepikan cabaran pemain pilihan kesembilan Annie Au dari Hong Kong dengan 11-3, 11-2 dan 11-3. Beliau dijadual bertemu pemain Ireland Madeline Perry. Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 19 Dis (20 Dis di Malaysia). - Bernama

B/Menteri M'sia Takut Reformaasi -Puteri Gus Dur

Mantan Menteri Penerangan Malaysia, Zainudin Maidin Mantan Menteri Penerangan Malaysia, Zainudin Maidin

Yenny: Sentil Gus Dur, Eks Menteri Malaysia Takut Reformasi
VIVAnews - Mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin (semula ditulis Zainudin) kembali menyeret tokoh Indonesia dalam tulisannya. Setelah menghina mantan Presiden Indonesia ke-3 BJ Habibie dengan sebutan 'The Dog of Imperialism' atau anjing imperialis, kini Maidin menyinggung-nyinggung Abdurahman Wahid atau Gus Dur, mantan presiden Indonesia ke-4.


Gus Dur disebutnya melakukan konspirasi pada reformasi Indonesia tahun 1998 bersama-sama Habibie dan Amien Rais.

Putri Gus Dur, Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid menilai, tulisan Maidin tentang tokoh Indonesia adalah ketakutannya terhadap demokrasi. Yenny Wahid, begitu dia disapa, melihat pandangan Maidin yang tidak menginginkan adanya reformasi di Malaysia.

"Dia kan punya masalah di negerinya sendiri, lalu mau menyalahkan orang lain. Dia ketakutan gerakan reformasi di Malaysia akan membesar. Padahal sekarang zamannya keterbukaan, transparan. Orang menuntut diberikan haknya," ujar Yenny Wahid kepada VIVAnews, Kamis 20 Desember 2012.

Namun Yenny tidak ambil pusing dengan pernyataan-pernyataan Maidin. Menurutnya, Maidin adalah orang yang kalah. Sehingga, dia mencoba untuk mencari kambing hitam dengan membuat pernyataan-pernyataan kontroversial tentang tokoh-tokoh Indonesia. "Dia tidak mewakili warga Malaysia. Dia sendiri," kata Yenny.

Teman Gus Dur di Malaysia, kata Yenny, tidak hanya tokoh oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim. Tapi juga tokoh Malaysia lainnya. Bahkan Yenny sendiri mengaku berteman baik dengan anak-anak pejabat tinggi di Malaysia.

"Anaknya Mahathir sahabat saya, Marina Mahathir. Anaknya Anwar Ibrahim juga teman saya, Nurul Izzah. Saya sama istrinya Perdana Menteri Malaysia, Pak Najib sama-sama di sebuah organisasi yang mempromosikan Islam di Malaysia dan Indonesia. Jadi saya melihat orang ini (Maidin) aneh, dia orang kalah, dia sendirian," tutur Yenny.

Yenny menegaskan, tidak akan menindaklanjuti ocehan Maidin tentang Gus Dur itu. Namun dia berharap, Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia agar melayangkan surat ke Pemerintah Malaysia yang berisi teguran kepada  Maidin.

Dalam blog pribadinya, zamkata.blogspot.com, Rabu 19 Desember 2012, Maidin menyebut Gus Dur sebagai salah satu tokoh yang melakukan konspirasi pada reformasi 1998, bersama Habibie dan Amien Rais.

"Demonstrasi reformasi hasil konspirasi Habibie, Amien Rais, dan Gus Dur," begitu tulis Maidin.

Karena itu, Maidin menyerukan kepada rakyat Malaysia untuk tidak meniru reformasi di Indonesia. "Sadarlah ! Insaflah masyarakat Cina Malaysia ! Adakah ini (reformasi) yang Anda mahu? Adakah ini yang Anda kejar?" tulis Maidin dengan berbagai foto aksi demonstrasi di Malaysia.

Foto-foto itu antara lain menunjukkan polisi Malaysia yang cedera di kepala akibat terkena lemparan batu demonstran, jurnalis media yang terluka di kepala akibat diserang demonstran, dan kendaraan polisi Malaysia yang dirusak gerombolan demonstran.

"Indonesia mahu menghentikannya (reformasi) dan kita mahu memulakannya dengan ajaran Anwar Ibrahim. Orang Cina telah mulai meniru budaya ini dan akibatnya suatu masa nanti akan menimpa diri mereka sendiri. Sayangilah perniagaan Anda!" kata Maidin. (umi)
(IH)

Marah Rogol Ganas Dlm Bas & Campak Keluar..

 SEORANg penunjuk perasaan tidak menghiraukan tembakan meriam air dari sebuah kenderaan polis di New Delhi semalam.

Pelajar perempuan dirogol, dicampak dari bas
NEW DELHI: Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India. Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati. Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.
"Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu negara?" kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata.
"Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol," kata beliau lagi.

Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak keluar dari bas. Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki. Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak di selatan Delhi.

"Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi dipukul dengan teruk.
"Pelajar perempuan itu juga cuba menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas.
"Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas," kata Neeraj.

Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal. Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan. Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.

The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka  melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India. Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.

“Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka," katanya.

Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula keperluan untuk menubuhkan mahkamah ‘fast track’ bagi memastikan keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa. (SH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bertuah bagi penganut -penganut agama Islam, kerana sistem perundangan mengenai jenayah sudah ada digariskan dalam agamany.a. Beruntunglah bagi pemimpin-pemimpin Islam yang yakin dengan tarbiah melalui perundanganNya.  


Malang bagi yang tidak yakin, mereka masih tercari-cari hukum lain dari hukum yang Allah SWT ciptakan. Buta mata hati mereka dan kecil jiwa mereka kerana tidak melihat hukum Allah lebih baik dari segala hukum di muka dunia ini, yang sesuai dilaksanakan di segenap tempat, masa dan keadaan.

Kalau pemimpin bukan Islam menolak Islam, itu wajar. Tetapi kalau yang mengaku Islam dan negara Islam, tiba-tiba menolak hukum Islam, amat malang sekali.. Sudah tentu pemimpin itu tidak siuman, gila! Maka wajar dibetulkan atau dijatuhkan. Diganti dengan golongan Islam yang lain.

Mengenai hukum rogol, sila rujuk.. 

TERKINI
Bantahan ganas di New Delhi
NEW DELHI : Polis rusuhan India melepaskan tembakan meriam air semalam bagi menyuraikan tunjuk perasaan di sini yang diadakan bagi membantah kejadian merogol secara berkumpulan ke atas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun di dalam sebuah bas, kata beberapa saksi.

Pihak polis melepaskan tembakan air ke arah penunjuk perasaan ketika sebahagian daripada mereka cuba meruntuhkan penghadang besi di luar kediaman rasmi Ketua Menteri Delhi, Sheila Dikshit. Para penunjuk perasaan turut bertempur dengan anggota polis. Siri bantahan itu bermula sejak malam Ahad lalu.

Mangsa rogol yang dihumban keluar dari bas kini dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital. Teman lelaki wanita itu turut cedera parah selepas diserang kumpulan yang sama. Empat orang suspek termasuk pemandu bas telah ditahan dan misi memburu dilancarkan bagi mencari dua lagi suspek. 

Pelajar wanita yang dirogol itu belajar dalam jurusan perubatan di sebuah universiti. Ribuan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya di depan ibu pejabat polis dan dekat bangunan Parlimen bagi membantah perbuatan tersebut. Sebahagian pelajar universiti yang marah membuat sekatan di beberapa batang jalan raya di sini menyebabkan kesesakan teruk berlaku. – Agensi

Dia Bongkar Skandal Seks Poitikus, Bola Sepak & ..



Bintang film dewasa Lea Di Leo (bergamosera.com)

KENYATAAN heboh dilontarkan bintang porno Itali, Lea di Leo. Dalam otobiografinya yang berjudul ‘Sonia Faccio racconta Lea Di Leo’, dia mengaku telah berhubungan dengan sejumlah tokoh terkenal di Itali, dari politikus, bintang panggung hingga pemain bola sepak  ternama.

Seperti dilaporkan giornalettismo, Lea di Leo mengungkapkan pernah menjalin hubungan asmara dengan mantan pejabat Itali Mario Baldassarri, wartawan Amedeo Goria, pemain rugby Dennis Dallan, aktor Roberto Farnessi hingga penyanyi Conjure Fabri.

Tidak hanya itu, wanita kelahiran Castelfranco Veneto itu juga mengaku menjalin hubungan asmara sesaat dengan sejumlah pemain bola sepak ternama Serie A. Mulai dari Vincenzo Iaquinta, Simone Inzaghi, Marco Borriello, Valeri Bojinov, Francesco Coco, Luca Toni, Fabio Galante hingga Massimo Ambrosini.

Namun semua nama yang disebutkan membantah mengenal dan pernah menjalin hubungan dengan wanita berambut pirang itu. "Mungkin terlalu buruk bagi mereka (khabar ini mencuat). Saya mengerti kerana mungkin mereka semua sudah memiliki isteri atau pasangan. Tapi saya mengatakan yang sebenarnya.." kata Lea.

Lea mengungkapkan sebahagian di antaranya menjadi pelanggannya selama bertahun-tahun. Dia menyatakan pemain bola adalah teman terbaik. "Di tempat tidur, para pemain sepakbola adalah yang terbaik, mungkin kerana mereka melakukan latihan fizik sangat baik," katanya.

Namun pengungkapan wanita yang juga berprofesi sebagai penari ini dianggap merupakan aksi pemerasan. Kerana berhembus khabar jika sejumlah tokoh yang masuk dalam buku Lea sempat diminta wang sebesar €40 ribu jika namanya tidak ingin dimasukkan di buku kontroversial tersebut. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi pemimpin Islam yang mematuhi ajaran agamanya, ia selamat, di dunia dan di akhirat. Insya Allah!

Wednesday, December 19, 2012

10,000 'Gangnam Style' Masuk Pondok Pasuruan


Ribuan Santri di Pasuruan "Gangnam Style" Bersama
10 rribu hdir Senaman Gangnam Style. 
PASURUAN: Sekitar 10.000 santri dari berbagai Pondok Pesantren (Pones) dan Lembaga Pendidikan (LP) Ma'arif se-Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur memperkenalkan 'Senam Bersama' di GOR Untung Suropati Kota Pasuruan, Jawa Timur Hari Minggu lal (16/12/2012).

Puluhan ribu santri lelaki dan wanita dari berbagai tingkatan pendidikan melakukan senaman sehat bersama-sama, yang dilanjutkan dengan melakukan tarian 'Gangnam Style'. Santri lellaki seluruhnya memakai kain sarung dan kopiah sedangkan santri perempuan semuanya mengenakan jilbab atau hijab.

"Seperti diketahui mereka berpakaian itu sebagai ciri khas para santri dan santriwati," tegas M. Ghozali, penggagas acara sekaligus Ketua Himpunan Pengusaha Santri Indonesia (HPSI).

Selain dapat menyehatkan jasmani, Ghozali berharap para santri bersemangat menjadi calon usahaawan (wirausahawan) di masa depan. "Kerana HIPSI mempunyai visi melahirkan pengusaha nasional dari Pesantren dan mencetak 1 juta santri pengusaha", tambahnya.

Sementara itu KH. Mudjib Imron, pengasuh Pondok Pesantren Al-Yasini Areng-areng Wonorejo mengatakan bahawa di masa mendatang santri dapat menjadi seorang entepreneur dengan menciptakan lapangan kerja sendiri, tanpa harus terungkung dengan pemahaman santri yang harus menjadi seorang guru di bidang agama atau seorang ustaz saja.

"Dan saya menyambut positif apa yang digagas HPSI yang mengajarkan nilai-nilai kejujuran serta kerja keras melalui wirausaha. Serta lebih bersemangat dengan senam massal ini," jelasnya. (IH)

Menuju Jelapang Makanan Negara -TMB K'tan
















KOTA BHARU: Kelantan akan menghidupkan tanah terbiar dengan lebih agresif dalam menjayakan hasrat sebagai Jelapang Makanan Negara menjelang tahun 2015. Dianggarkan sebanyak 100 hektar tanah terbiar lagi bakal diterokai tahun 2013, berbanding 57 hektar tahun ini dengan pelbagai program pertanian.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata usaha Kelantan untuk menjadikan negeri pertanian tidak pernah silap sejak menerajui kepimpinan negeri tahun 1990 sehingga muncul sebagai pengeluar produk pertanian yang terpenting di negara ini.

Katanya, peningkatan itu hingga berjaya mencapai 19.4 peratus bagi sektor pertanian yang merupakan sebahagian penyumbang besar KDNK tahun 2012.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Bertani Satu Ibadat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik). Menurutnya, walaupun telah banyak kawasan tanah terbiar telah diterokai, namun usaha itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Islam menitik beratkan pertanian, kerana itu Kelantan memperkenalkan tema pertanian Bertani Satu Ibadat kerana aspek itu merupakan sebahagian dari ibadat,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun dengan peruntukkan yang kecil hanya RM2.2 juta peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk program pertanian, namun hasil yang diperolehi begitu membanggakan. “Sema aspek sama ada pertanian, penternakan khususnya lembu pawah begitu berjaya,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Seramai empat orang petani dan pengusaha berjaya menerima cenderahati berupa benih durian dan baja dari Timbalan Menteri Besar pada majlis yang diadakan di Balai Islam, Lundang pagi tadi. (Hrkh)

PRU 13: Abby Abadi Ingin Jihad Gempur Lawan..


KANGAR: Bekas pelakon popular drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi (gambar) ingin membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). “Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

“Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu. Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR. Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah  di sebaliknya.

“Saya ingin membina rumah di syurga,” katanya sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas.

Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan. “Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan,” katanya. (IH/SH)

Perangi Israel: Rakyat P'tin Pilih PAS Dari UMNO

Usir Israel, Warga Palestina Memilih Perang
Perayaan anggota polisi Hamas yang baru diwisuda sebagai pasukan keamanan Palestin di kota Gaza,Isnin (17/12). (Reuters/Suhaib Salem)

Sekitar 88 persen warga Palestin, baik yang tinggal di Tebing Barat mahupun Jalur Gaza menganggap perlawanan bersenjata merupakan jalan satu-satunya untuk meraih kemerdekaan tanah air mereka. Sikap warga Palestin itu merupakan sebuah hasil poling yang dilakukan di Tepi Barat dan Jalur Gaza. 

Surat khabar Times, sebagaimana dikutip Qodsna Isnin (17/12) dan Irib melaporkan, poling itu mengusung tema "Keyakinan Warga Palestin terhadap Perlawanan". Poling tersebut diselenggarakan oleh Pusat Studi dan Pembangunan Dunia Arab.

"Hasil sebuah poling baru menunjukkan bahawa majoriti rakyat Palestin yakin kemenangan mereka dalam perang lapan hari melawan Israel membuktikan perlawanan bersenjata menjadi jalan terbaik untuk meraih kemerdekaan bangsanya," tulis Times.

Berdasarkan hasil jajak pendapat itu bererti warga Palestin di Tebing Barat lebih memilih strategi politik Hamas (PAS) berbandig Fatah) (UMNO).  Halil Frisch, seorang analis masalah Palestin, mengatakan, hasil poling yang dilakukan Pusat Studi dan Pembangunan Dunia Arab bukan sesuatu yang mengejutkan.

''Mengingat sebelumnya bangsa Palestin telah meraih kemenangan dalam perang Pilar Pertahanan dan pembekuan aset Otorita Ramallah oleh Israel." (IH)

Lihar sebelum ini..

Pelakon Mustapha Kamal Sertai PKR?

Mustafa Kamal (kanan) bersama Rafizi PKR di Pandan.


HALAMAN HIBURAN
SEORANG pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi. Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan. Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Dari kiri, Adnan Ibrahim, Mohd Rafizi Ramli, Ibnu Hasyim & Tuan Junuh Tuan Lembut.
Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie. Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.

Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya... Silakan Mustapa, jemputlah sertai Pakatan Rakyat! (IH)

Jangan Jual Murah Harga Mufti... Nik Aziz


Nik Aziz
Nik Aziz
SHAH ALAM: Para mufti di negara ini diingatkan supaya tidak menjual diri mereka, yakni harga seorang mufti sehingga menjadikannya begitu murah. "Jangan jual harga mufti dengan murah...," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik." Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.

Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu. Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.
(IH/SH)