Saturday, January 05, 2013

Esliza Ikhlas Berhijab, Al-hamdulillah! Ini Panduan.


 
HALAMAN HIBURAN


ESLIZA terbuka hati untuk berhijab....
TERPANTUL berita 'Esliza ikhlas berhijab'. Diletakkan gambar seperti disebelah ini.

Ditulis, antaranya.. 

"Sepanjang tahun 2012, kelihatan semakin ramai artis wanita yang terbuka hati untuk berhijrah dengan memakai hijab. Namun, pelakon yang baru berumur 16 tahun ini juga telah mengambil keputusan yang merupakan suatu perubahan besar dalam hidupnya.

"Esliza Loy iaitu adik kepada aktres Elfira Loy yang baru-baru ini ditemui ketika sidang akhbar drama bersiri Debunga Lalang yang bakal ditayangkan di slot Azalea menerusi saluran TV3, tampil manis berhijab pada majlis yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

"Masih baru dalam menempuh fasa hijrahnya itu, akui Esliza, dia memang pernah memasang niat untuk berhijab sejak setahun lalu.Namun, kerana belum benar-benar bersedia, dia menangguh keputusannya untuk berhijab."

Menurut Esliza, "Awal bulan Disember ini. Sebenarnya saya sudah lama terfikir iaitu dari tahun lepas lagi. Namun ketika itu hati saya masih lagi berbelah bahagi mahu pakai atau tidak. Akhir tahun ini, barulah saya ambil keputusan untuk berhijab....." dan seterusnya.

Maka di bawah ini dipersembahkan sebahagian dari tips panduan berhijab (Diangkat dari www.muzir.wordpress.com)


Poster yang sangat bagus untuk disebarkan. 

Cara Yang Betul  

Pakaian Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  • Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  • Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  • Mestilah kainnya tebal.  Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  • Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  • Tidak berwangi-wangian.
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  • Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…

Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  • Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
  • Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  • Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  • Tidak menutup sebahagian anggota tubuh.  Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  • Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  • Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  • Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulnya.   
Wallahu'aklam. (IH)

Cepat! Dapatkan Buku Ini, Ada Mahu Haramkan..

Buku mula dijual di pasaran dengan harga RM4 sebuah.

UMNO/BN Urus Hutan: 3 Tercorot Di Dunia.


KUANTAN: PAS mempertikaikan sikap hipokrit Umno/BN dalam aspek pengurusan hutan negara apabila mereka sendiri yang bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan ketiga tercorot di dunia berbanding 132 buah negara dari aspek pengurusan hutan.

Perkara ini telah dicatatkan dalam Laporan Indeks Prestasi Alam Sekitar Dunia yang diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini. Demikian kata Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang (LPPAS), Andansura Rabu (gambar atas) dalam satu kenyataannya.

Media Umno sejak akhir-akhir menyerang Kedah dan Kelantan kononnya gagal mengawal penebangan hutan di negeri masing-masing. Padahal apa yang cuba dibuat Umno adalah menyekat pembangunan di negeri berkenaan khasnya menyekat sumber kewangan bagi negeri-negeri Pakatan itu.


Kemusnahan hutan di Pahang

Menurut Andansura, laporan tersebut juga menggambarkan betapa teruknya prestasi negara selama 1 dekad ini (2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada Daya Tahan Ekosistem dan Sumber Asli Negara. Bagi Andansura, Umno sudah kehabisan modal politik sehingga sanggup menuduh Kedah dan Kelantan, sedangkan pada hakikatnya, merekalah yang sebenarnya gagal dalam menguruskan hutan di negeri yang ditadbir mereka sendiri dengan baik.

"Seperti juga isu Air, mereka menghentam Kelantan dan Selangor tetapi pada hakikatnya di Pahang sendiri Krisis Air masih tak selesai-selesai, merujuk kepada memorandum Krisis Air Pahang yang diserahkan wakil PAS Negeri ke MB Pahang baru-baru ini," katanya.

Di Pahang sendiri, katanya, boleh lihat banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan dengan baik contohnya di Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul, Kempung Cemomoi Mancis) yang melibatkan 3000 hektar kawasan hutan.

Projek Empangan Kelau yang melibatkan 1057 hektar Hutan Simpan Lakum, Mukim Hulu Lepar di Kuantan, manakala Hutan Simpan Tekai, Kg. Bantal, dan Kg. Mat Daling yang melibatkan 700 hektar kawasan hutan.

"Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini," katanya.

Bagi beliau, bukan sahaja pencemaran kepada alam sekitar akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal ini serta kelemahan aspek penanaman semula hutan, kehidupan masyarakat Orang Asli juga terjejas.

Andansura berharap Umno khususnya Kerajaan Persekutuan dan di negeri-negeri yang ditadbir mereka tidak hipokrit dalam isu ini kerana banyak pendedahan penyelewengan pengurusan hutan di bawah Umno/BN akan didedahkan dengan lebih banyak lagi selepas ini. (IH/Hrkh)

23 Cawangan UMNO, Demo Bantah Bahagian.

Maaf, ini gambar lain, hanya hiasan sahaja.

PENGKALAN CHEPA: Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi tadi sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.

Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed. Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.

Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar. Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.

Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi. Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.

“Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.
“Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,”ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.

Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu. Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan’, SPRM tolong siasat, ‘Rakyat Dihimpit’ dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. (IH/Hrkh)

Ape Bende Ni? Lihat, Tapi Untuk Wanita Saja!

Wanita Diminta Kencing Berdiri.
BELUM jelas betul maksud dari sosialisasi perlakuan kencing berdiri di beberapa toilet umum wanita di negara China. Namun menurut beberapa media lokal hal tersebut lebih banyak kerana tujuan praktis dan mensederhanakan toilet. Menurut mereka, kencing berdiri tidak banyak memakan tempat dan tidak perlukan air berlebihan.



Di salah satu kampus di Shaanxi Normal University, aturan kencing berdiri bagi wanita ini sudah mula dikuatkuasa atau dipraktikkan. Macam-macam reaksi muncul, terutama yang menganggap hal tersebut tidak lumrah dan tidak selesa bagi kaum wanita, belum lagi masalah higenitas. Tetapi pihak kampus berkeras menerapkan dan meyakinkan hal tersebut tiada masalah.



Lalu, bagaimana teknik dan cara kencing berdiri wanita? Dikutip dari forum BBS Cina, menjelaskan cara wanita kencing berdiri, perlu dibantu dengan kertas yang dicipta khas agar air urine tersalur ke closet berdiri. Alat bantu itu disediakan di dalam toilet.



Di beberapa tempat lainnya, toilet wanita kencing berdiri sudah mulai dibangun di tempat-tempat umum, terutama dimana air susah dapat dan tidak banyak. Perlu penyesuaian, susah bagi wanita untuk biasa kencing berdiri, kata salah satu mahasiswi yang baru saja mencuba kencing berdiri dalam toilet. Gambar di atas sekali, itulah kertas alat bantu seperti yang disebutkan.

Awas, jaga-jaga dan bersiaplah kalau anda berkunjung ke negara China! (IH)

Friday, January 04, 2013

Alasan Perempuan Dilarang Ngangkang Di Motor..

Razia Syariat
BANDA ACEH - Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA) menilai, kebijakan pelarangan perempuan duduk ngangkang di sepeda motor dan akan diterapkan Pemkott Lhokseumawe untuk menjaga marwah perempuan di Aceh.  
Sekjen HUDA, Teungku Faisal Ali, menilai, perempuan duduk mengangkang di atas sepeda motor dengan aurat terbuka atau tidak mengenakan pakaian muslimah, bisa meruntuhkan marwah seorang perempuan.

"Kebijakan ini bisa mengembalikan marwah perempuan yang ada di Aceh, kalau yang di luar Aceh tidak ada problem. Berbicara marwah sangat tergantung pada daerah," katanya, Dilansir Okezone, Kamis (3/1/2013).

Dalam sisi agama, perempuan tetap diperbolehkan duduk terbuka atau ngangkang di sepeda motor asal jangan sampai terbuka auratnya dan tidak menciderai marwah seorang perempuan.

"Sah-sah saja, asal aurat tetap terjaga, pakaian tetap sopan tidak menyerupai laki-laki, dan tidak menciderai marwah perempuan itu sendiri," ujar Faisal yang juga Ketua PW Nahdatul Ulama Aceh.

Dalam konteks adat istiadat, seorang perempuan yang duduk ngangkang di sepeda motor menyerupai laki-laki dinilai bisa meruntuhkan marwah perempuan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai ke Acehan.

"Ini tidak hanya identik dengan syariat Islam, tapi kalau saya lihat lebih kepada upaya untuk mengembalikan adat istiadat dan budaya Aceh yang mulai hilang," sebutnya.

Sekira 20 tahun lalu, lanjut Faisal, perempuan ngangkang di sepeda motor merupakan hal tabu dan langka di Aceh, karena duduk seperti itu dinilai bisa menjatuhkan harga diri perempuan itu sendiri.

Sekarang banyak terjadi pergeseran adat istiadat sehingga identitas ke Acehan itu mulai luntur khususnya di kalangan muda-mudi. "Pergeseran ini yang harus dikembalikan lagi. Kita berharap dengan kebijakan itu bisa mengembalikan identitas ke Acehan itu sendiri," katanya.

Faisal meminta Pemkot Lhokseumawe menyosialisasikan dulu kepada masyarakat secara luas jika memang kebijakan pelarangan perempuan ngangkang saat menumpangi sepeda motor.

"Yang sangat penting adalah sosialisasikan dulu kepada masyarakat, jangan langsung kepada penindakan," ujarnya.

Dalam sosialisasi, Pemkot diminta untuk menekankan sisi positif dari kebijakannya sehingga masyarakat paham dan bisa menerima.

Pemkot diharapkan untuk terus mencari masukan-masukan kepada berbagai pihak sebelum memberlakukan aturan itu, agar jangan terkesan kontroversi. "Kami sendiri sangat siap untuk memberi masukan supaya terbangun ketertiban dalam masyarakat," tukas Faisal.

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Sup Sirip Ikan Yu, Semangkuk RM391..


AFP. LEBIH 10,000 sirip ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang di Hong Kong semalam. 

10,000 sirip ikan jerung dijemur
HONG KONG - Lebih 10,000 sirip ikan yu atau ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang memproses hidupan laut di sini semalam. Sirip ikan jerung itu dihantar ke kilang tersebut dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan. Harga untuk setiap 453.59 gram sirip itu ialah antara AS$369 (RM1,120) hingga AS$459 (RM1,393) di sini.

AFP. GAMBAR dari jarak dekat menunjukkan sirip ikan tersebut yang dijemur. 

Sirip itu dijadikan sup yang dijual di restoran mewah. Ia juga dijual di kedai-kedai ubat Cina yang dipercayai boleh meningkatkan kualiti kulit, menguatkan tenaga batin, mengelak terkena sakit jantung dan merendahkan paras kolesterol. - Agensi


AFP: SEBAHAGIAN daripada ribuan sirip jerung disusun untuk dikeringkan. 
Sementtara itu menurut AFD, aktivis-aktivis alam sekitar di sini meluahkan rasa marah semalam berikutan pendedahan beberapa keping gambar menunjukkan bumbung sebuah kilang dipenuhi beribu-ribu sirip ikan jerung yang baru dilapah. Terletak di selatan China, pulau ini merupakan antara pasaran sirip jerung terbesar di dunia. Sirip jerung digunakan untuk membuat sup mewah yang disajikan pada majlis-majlis bankuet dan dianggap sajian istimewa oleh ramai penduduk Asia.

Seorang aktivis, Gary Stokes yang melawat lokasi berkenaan menganggarkan terdapat antara 15,000 hingga 20,000 sirip ikan jerung sedang dijemur di atas bumbung sebuah bangunan di kota metropolitan ini.
Sirip-sirip jerung itu dipercayai sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan mendadak bahan makanan tersebut menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari depan.

"Penemuan ini mengejutkan. Tindakan menyorok sirip jerung di kawasan tersembunyi seperti ini adalah pertama kali berlaku di pulau ini," kata koordinator kumpulan pemuliharaan alam sekitar tempatan, Sea Seherperd kepada agensi berita AFP.

Sekitar 73 juta ikan jerung dibunuh setiap tahun dengan pulau ini mengimport kira-kira 10,000 tan makanan tersebut sejak sedekad lalu. Kebanyakan sirip ikan itu kemudian dieksport ke tanah besar China. Sekilogram sirip yu atau jerung kering boleh dijual pada harga HK$10,000 (RM3,911) di sini, manakala semangkuk sup sirip jerung berharga HK$1,000 (RM391). (IH)

Indo: Terowong Ala Malaysia, Solusi Sesak / Banjir..


Smart tunnel di Malaysia.Smart tunnel di Malaysia.

JAKARTA: Pemerintah Provinsi DKI Jakarta berencana membangun terowongan raksasa multiguna. Terowongan itu akan membentang dari Jalan MT Haryono sampai Pluit. Selain berfungsi sebagai pengendali banjir, diharapkan bisa mengatasi kemacetan di Jakarta.

Pembangunan terowongan ini menghabiskan dana sekitar Rp16 triliun. Modelnya, akan dibuat seperti smart tunnel yang ada di Kuala Lumpur, Malaysia. Sementara di Jakarta, terowongan raksasa ini akan terintegrasi dengan MRT dan jalan tol. 

Kenapa multiguna, menurut Gubernur DKI Jakarta, Joko Widodo, terowongan raksasa ini bisa digunakan sebagai jalan tol saat kering. Bila musim hujan, jalan tol di terowongan akan ditutup untuk digunakan sebagai jalur air yang dialirkan ke Waduk Pluit.

Bila proses legalnya bisa cepat diselesaikan, pembangunan terowongan sepanjang 19 kilometer ini akan rampung dalam waktu empat tahun. Terowongan akan dibor hingga kedalaman 40 meter dengan diameter 17 meter.

"Terdiri tiga tingkat, dua tingkat untuk jalan, satunya untuk air. Ketika musim hujan salurannya difungsikan untuk air," kata Jokowi, Kamis, 3 Januari 2013.

Selain dapat digunakan sebagi jalan tol dan menampung air, terowongan ini juga akan dimanfaatkan sebagai tempat kabel listrik, kabel telepon dan saluran pembuangan limbah. Dipastikan ada keuntungan yang bisa diperoleh DKI dari penyewaan untuk jalur kabel atau limbah yang melalui terowongan ini. Diharapkan, biaya pembangunannya ditanggung investor tanpa harus membebani APBD DKI Jakarta. Dia optimistis banyak pihak swasta yang rela antre untuk membiayai pembangunan megaproyek tersebut.

"Kalau swasta tawar 70:30 kami hitung- hitung lagi, kan investornya juga belum ketemu. Kalaupun pemerintah pusat mau bantu ya jelas kami juga mau dong," katanya.
Di level pemerintah pusat, Menteri Pekerjaan Umum, Djoko Kirmanto, mengaku akan mendukung rencana Jokowi ini. Ia meminta rencana tersebut harus disertai kajian komprehensif mengenai aspek ekonomis, teknis dan sosial.

Solusi Terakhir?
Pembangunan terowongan ini dianggap sebagai jalan terakhir untuk menyerap genangan air hujan di jalan protokol Jakarta. Menurut Jokowi, guna mengatasi macet dan banjir, Jakarta tidak bisa hanya bertumpu pada rencana induk yang telah ditentukan. Sebab, tidak ada terobosan baru.

Tim teknis Dinas Pekerjaan Umum DKI Jakarta, sudah mulai menindaklanjuti ide Jokowi ini. Namun, sampai hari ini belum diketahui siapa yang akan mengerjakan. Apakah BUMN, BUMD atau diserahkan kepada pihak swasta. Wacana pembangunan jalan air raksasa berawal dari kejadian banjir yang melanda Jakarta pada pertengahan Desember lalu. Karena curah hujan yang tinggi, hampir seluruh jalan protokol tergenang air. Kemacetan panjang terjadi dan Jakarta nyaris lumpuh.

Selain karena curah hujan yang tinggi, banjir besar yang melanda Jakarta terjadi karena drainase yang sudah tidak dapat menampung tingginya air. Dengan menumpuknya sedimen di dasar gorong-gorong yang sudah berumur lebih dari 40 tahun, genangan air menyebar dengan cepat.

Kecaman datang dari warga Jakarta. Jokowi kemudian memberi peringatan keras kepada Kepala Dinas Perhubungan dan Dinas Pekerjaan Umum. Bila genangan air yang melumpuhkan Jalan MH.Thamrin hingga Jalan Sudirman kembali terjadi, maka jabatan kedua kepala dinas itu akan dicopot. Apalagi setelah melihat gorong-gorong di pusat kota hanya berdiameter 60 cm.

Rencana pembangunan smart tunnel di Jakarta ini sebenarnya bukan barang yang baru. Wacana mega proyek itu telah dikeluarkan Pemerintahan DKI Jakarta pada era Gubernur Sutiyoso. Saat itu, Pemerintah Provinsi DKI Jakarta bersama konsultannya dari Belanda menemui Kementerian PU untuk membahas pembangunannya. Pengkajian sempat dilakukan, bahkan survei ke Kuala Lumpur untuk melihat secara langsung bangunan juga sudah dilaksanakan.

Setelah berkunjung ke smart tunnel Malaysia, Dinas PU akhirnya menarik kesimpulan bahwa proyek tersebut tidak layak secara  ekonomis dan teknis untuk di bangun di Jakarta. Karena itu, Pemprov DKI saat ini harus melakukan pendalaman dan penelitian yang didukung kajian para ahli bila akan mengubah kesimpulan Dinas PU.

Selain itu, Pemprov DKI Jakarta juga diminta untuk tidak terburu-buru membangun terowongan multiguna yang dianggap mampu menanggulangi banjir dan kemacetan. Menurut pengamat perkotaan dari Universitas Trisakti, Nirwono Joga, pembangunan terowongan ini belum pernah masuk dalam rencana tata ruang DKI Jakarta. Padahal, 40 persen tanah di Jakarta dari utara hingga pusat berada di bawah permukaan air.

Keadaan topografi Jakarta akan sangat mempengaruhi pembangunan deep tunnel ini. Karenya, butuh dimatangkan lagi dalam Rencana Detail Tata Ruang (RDTR), agar pengerjaan terowongan tidak berhenti di tengah jalan. "Agar memmiliki kekuatan hukum, jadi bukan proyek yang tiba-tiba muncul," kata Nirwono kepada VIVAnews.

Sangat disayangkan, lanjutnya, Jakarta sebagai kota metropolitan belum memiliki masterplan ruang bawah tanah. Karena itu, Pemprov diminta untuk membuat rancangan untuk kegiatan bawah tanah bila ingin membangun terowongan raksasa. Bila hal ini dilupakan, proyek tersebut hanya akan menunjukkan bahwa Jakarta kota semrawut dan tidak pernah memiliki rencana yang matang untuk menuju modern. "Kalau tidak buat, ini akan bertabrakan dengan integrasi dengan MRT yang juga membuat ruang bawah tanah," katanya.

Pengalaman Malaysia
Mega proyek terowongan multiguna memang terinspirasi dari smart tunnel di Malaysia. Negeri jiran itu sudah membangun terowongan untuk mengatasi banjir di Kuala Lumpur. Laman roadtraffic-technology menulis, untuk membangun terowongan sepanjang 9,7 kilometer dengan jalan tol 4 kilometer, Malaysia menghabiskan dana sebesar RM1.889 juta atau sekitar Rp6,06 triliun.

Besaran biaya itu memang tidak bisa langsung dibandingkan saat terowongan yang sama dibangun di Jakarta. Kondisi Kuala Lumpur dan Jakarta tentunya tidak sama. Baik masalah harga tanah yang harus dibebaskan maupun pekerjaan proyeknya. Apalagi, di Malaysia smart tunnel sudah dibangun sejak 2003 hingga 2007. Smart tunnel Malaysia berdiameter 13,2 meter dengan panjang 9,7 kilometer. Di dalamnya dibangun dua dek bertingkat. Seperti yang direncanakan Jakarta, saat kering, dek itu dapat difungsikan sebagai jalan tol.

Secara umum, ada empat mode kerja smart tunnel Malaysia. Mode pertama diberlakukan jika terjadi hujan ringan. Dalam kondisi tersebut, terowongan masih dibuka untuk kendaraan. Dua dek masih bisa difungsikan sebagai jalan tol.

Mode kedua, diberlakukan saat terjadi hujan sedang dan air di Sungai Klang serta Ampang melebihi rata-rata. Dalam kondisi ini, sistem smart tunnel diaktifkan. Air hujan dialirkan ke saluran terbawah atau saluran yang berada di dek bawah atau jalan tol. Mode kedua diberlakukan apabila debit air di Sungai Klang dan Ampang berkisar antara 70 hingga 150 meter kubik per detik. 

Mode ketiga, apabila terjadi badai dan banjir. Jalan tol dalam terowongan ditutup untuk semua jenis kendaraan.
Setelah terowongan dikosongkan dari kendaraan, secara otomatis gerbang aliran air akan membuka. Banjir akan mengalir melalui terowongan itu. Jalan tol di terowongan akan dibuka lagi dalam waktu 2 hingga 8 jam setelah penutupan.

Mode keempat akan diterapkan apabila hujan atau badai yang terjadi jauh lebih parah dari yang diperkirakan sebelumnya. Kondisi ini biasanya diumumkan satu hingga dua jam setelah pemberlakuan mode ketiga. Jika kondisi ini terjadi, maka terowongan ini baru akan dibuka dalam waktu empat hari setelah penutupan.

Terowongan ini memiliki penyimpan air dan dua gorong-gorong kotak untuk mengalihkan banjir. Selain itu, ada pula cekungan untuk resapan. Smart tunnel juga dilengkapi dengan ventilasi di setiap 1 kilometer. Ventilasi ini memungkinkan sirkulasi udara, sehingga kualitas udara di jalan tol tetap terjaga. Tak hanya itu, terowongan ini juga dilengkapi dengan peralatan pemadam kebakaran, telekomunikasi, dan kamera pengintai. Masing-masing peralatan tersebut diletakkan pada titik-titik di setiap 1 kilometer. (Viva news)

2012: Ini Skandal, Palsu & Curi Wang Badan Dunia..


Kantor JP Morgan
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

KRISIS kewangan telah melanda dunia sejak 2008, namun perilaku buruk kalangan perbankan masih saja terjadi pada tahun 2012 lalu. ini. Skandal ini memang tidak sebesar empat tahun lalu, namun nilainya mencapai milion dolar AS.

Jika pada 2008 perusahaan-perusahaan besar seperti Lehman Brothers dan Goldman Sach tidak sanggup bertahan, maka pada 2012 itu skandal melanda lembaga kewangan sekelas JP Morgan, dan beberapa dari mereka tersangkut kes yang sama. 

Berikut 10 skandal lembaga kewangan terbesar sepanjang 2012 yang dilaporkan Forbes:

1.JP Morgan Chase 
Bank yang diakui reputasinya sebagai bank terbesar dan teraman di AS ini, awalnya diketahui merugi US$2 milion, dan terus membengkan menjadi USD5.8 miliar. CEO JP Morgan, Jamie Dimon, mengungkapkan banknya menderita kerugian perdagangan besar.

Bahkan Chief Information Officer JP Morgan, Ina Drew, kehilangan pekerjaan akibat kemalangn kekacauan transaksi yang merugikan. Ina melakukan strategi hedging serangkaian transaksi derivatif, namun strategi yang niatnya membatasi kerugian perusahaan menimbulkan kerugian besar sehingga menimbulkan credit default swap (CDS).

2. Barclays
London Interbank Offered Rate (Libor) menjegal sejumlah bank di seluruh Eropah dan Amerika. Libor adalah sistem tingkat suku bunga rata-rata yang dihitung melalui pengajuan suku bunga oleh bank-bank di London. Skandal muncul ketika bank-bank Inggeris memalsukan suku bunga kredit mereka untuk mengambl keuntungan.

Bank yang paling tersandung adalah Barclays. Otoritas perbankan Inggeris mewajibkan Barclays merogoh kocek sebesar US$450 juta untuk membayar denda. CEO Barclays, Robert E. Diamond, kehilangan pekerjaannya kerana dewan komisaris tidak mempercayainya lagi.

3. UBS
Lagi-lagi, skandal Libor makan korban. Kali ini, sebuah bank asal Swiss, UBS, mesti membayar denda US$1.5 miion atas tuduhan Libor: UBS memalsukan suku bunga Libor. UBS juga mengakui kesalahannya dan mengakui para eks-tradernya ditangkap di Eropah sebagai bahagian dari penyelidikan.

4. HSBC
Bank  multinasional asal Inggeris, HSBC, wajib membayar US$1.9 milin kepada AS dan Inggeris kerana longgarnya pengawasan sehingga milion  wang pengedar dadah asal Mexico dan teroris Iran ditransfer ke sistem kewangan AS.

5. Standard Chartered
Selain HSBC, bank asal Inggeris lainnya, Standard Chartered, juga tersandung kes pencucian wang. Standard Chartered terbukti telah melakukan transaksi ilegal dengan Iran, Sudan, Libya, dan Myanmar. Bank tersebut juga telah memutar wang melalui kewangan AS dan atas nama negara-negara itu. Akibatnya, HSBC perlu membayar denda US$327 juta kepada pengatur kewangan AS.

  Ogos lalu, Stanchard juga terlibat kes yang sama dan perlu membayar denda US$340 juta kepada lembaga pengawas perbankan New York. Menurut regulator, bank sponsor kelab bola Liverpool ini memiliki kerjasama rahsia dengan pemerintah Iran selama satu dekad terakhir senilai US$250 milion.

6. UBS


Selain skandal Libor yang memvonis UBS membayar denda sebesar US$1.5 miion, UBS juga tersangkut skandal penipuan. KWeku Adoboli, pedagang investasi UBS, mempertaruhkan investasi sebesar US$12 milion, padahal batas limit investasi sebesar US$100 juta. Hal ini menyebabkan UBS kehilangan US$ 2 milion.

7. Peregrine Financial Group

Ternyata skandal kewangan tidak hanya menyerang bank besar, sebuah perusahaan komoditas kecil di Iowa, AS, melakukan penipuan terhadap para investor dengan menggelapkan wang investor hingga US$215 juta. Presiden Peregrine, Russell Wasendorf, didakwa jaksa federal AS kerana menyerahkan informasi palsu kepada investor.

8. Knight Capital Group
Lembaga kewangan besar asal AS ini mengalami kerugian US$440 juta akibat salah membeli sekuriti. Perusahaan ini akhirnya dibeli oleh salah satu investornya, Getco, senilai US$3.75 per saham. Padahal saham Knight mencapai US$10 per lembar sebelum peristiwa ini.

9. Galleon Group

Galleon Group adalah perusahaan hedge fund, dimana pemiliknya, Raj Rajaratnam melakukan perdagangan saham dengan melakukan insider trading. Rajaratnam menerima informasi rahsia dari Direktur Goldman Sachs, Rajat Gupta, yang akhirnya didenda US$5 juta dan dipenjara dua tahun akibat membocorkan informasi Warren Buffet akan melakukan inves US$5 milion.

10. SAC Capital

Milioner yang juga manager investasi SAC Capital, Steven Cohen, didakwa jaksa kerana melakukan insider trading, iaitu bertransaksi dengan mencari informasi ilegal dari orang dalam. Cohen didakwa menggunakan informasi orang dalam untuk mencari keuntungan pribadi.

Begitu, kira-kira sembang-sembang ekonomi kali ini menjelang tahun baru2013.. Isya Allah, bertemu jika ada kesempatan yang lain. Sekian, wassalam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com  3 Jan 2013
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012  
Lihat sebelum ini.. 

Thursday, January 03, 2013

Jepun Sahkan Serah Pampasan Buruh Paksa...


Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,
"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."  Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma  yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu. Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.


Rombongan bergambar di perkarangan kedutaan selepas berjumpa pegawai kedutaan
Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara  ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.
"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan. Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan,

"kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa  ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal. (Hrkh)

Husam, Papa Gomo & Sapina Untuk Zahid Hamidi.


 
 
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini. Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. (Hrkh)

RM12.3J Wang Ehsan K'tan Melalui UMNO Lesap?


Orang ramai yang berdemo depan pejabat JPP Kota Bharu

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.

Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya. Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.

“Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta,” kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam  sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.

“Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.

“Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka,” ujarnya.

Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah. Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta.

Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta.

“Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta,” tegasnya.

Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa. Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990.

Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan. Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan.

Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar. (IH/Hrkh)

Kasut2 Ini Tergantung Di Wayar Letrik, Kreatifkah?

REUTERS. SEJUMLAH kasut tergantung pada wayar elektrik di Taman Letna, Prague semalam. 

JOM KREATIF

PRAGUE, republik Czech - Sejumlah kasut tergantung pada wayar elektrik di Taman Letna di sini. Kasut-kasut itu milik para pemain papan beroda yang membalingnya ke arah wayar tersebut. Mereka membaling kasut-kasut yang rosak dan tidak lagi boleh digunakan. - Reuters

Israel Hancur Dalam Satu Dekad -Ikhwnul Muslimin

SEORANG tokoh terkemuka Ikhwanul Muslimin Mesir mengatakan, Israel akan hancur dalam satu dekad kerana krnah-kerenah yang diadopsinya. Essam al-Erian, wakil ketua sayap politik Ikhwanul Muslimin, Partai Kebebasan dan Keadilan, membuat pernyataan dalam sebuah wawancara. Press TV, Rabu (2/1) semalam..

Erian menyatakan bahawa ideologi Zionisme telah berakhir, dan penjajah Palestin itu perlu meninggalkan wilayah tersebut dan mengizinkan warga Palestin untuk kembali. "Penjajahan Israel atas wilayah Palestin merupakan hambatan bagi hak kepulangan warga Palestina." tegasnya.

Erian menambahkan, "Siapa pun boleh membaca masa depan, dapat melihat dengan jelas bahwa projek tersebut hanya satu dekad atau kurang dari satu dekad lagi akan hancur. Kita yakin rakyat Palestina kemudian dapat kembali ke tanah air mereka."

Pada hari Selasa, Gerakan Non-Blok (GNB) mengecam Israel atas rencana terbaru untuk membangunkan permukiman ilegal di wilayah Palestin pendudukan. Pernyataan GNB menggambarkan tindakan aneksasi Israel sebagai pelanggaran hukum internasional.(IH)

Komik Nabi SAW Diluluskan Oleh UMNOPerancis?

Charlie Hebdo terbitkan kartun biografi Nabi Muhammad
Pemimpin Redaksi majalah Prancis Charlie Hebdo. Al Arabiya
 
Ilustrasi (France24) 
Majalah Perancis terbit komik Nabi Muhammad SAW

PARIS - Sebuah majalah Perancis, Charlie Hebdo yang pejabatnya pernah dilontar dengan bom api selepas ia menyiarkan kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW menerbitkan buku komik biografi tentang rasul berkenaan semalam.

Seorang editor Charlie Hebdo bertegas bahawa buku berjudul The Life of Mohammed itu diterbitkan setelah penyelidikan menyeluruh dilakukan oleh seorang ahli sosiologi berketurunan Perancis-Tunisia.
Editor itu, Stephane Charbonnier berkata, buku biografi tersebut disunting oleh orang Islam.

Kulit komik itu menunjukkan Nabi Muhammad bersama seekor unta melakukan perjalanan di padang pasir.
Charbonnier memberitahu agensi berita AFP bahawa idea menerbitkan buku komik itu diperoleh pada 2006 apabila sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan beberapa kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan semula oleh majalah Charlie Hebdo. Kartun itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.

Setakat semalam, tiada reaksi ketara berhubung buku komik baharu tersebut yang dijual pada harga enam euro (RM24).

Namun, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam karya tersebut sebagai satu bentuk provokasi dan berniat jahat.

"Bagi mengubah kehidupan rasul Islam dalam bentuk lukisan kartun itu pun merupakan satu kesalahan," kata seorang pengguna Twiiter, Ibrahim Kalin yang bersetuju dengan pendirian Erdogan di laman web tersebut. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Melihat kenyataan Perdana Menteri Turki dan Ibrahim Kalin itu, mungkin orang Islam yang menyunting dan meluluskan buku kartun The Life of Mohammed itu adalah dari puak-puak UMNO Perancis. 'UMNO Perancis' dalam ertikata, 'puak-puak yang mengaku Islam tetapi tidak mahu memperjuangkan Islam secara syumul (termasuk perjuangkan negara Islam kalau di Malaysia) di Perancis.

Ini Pelakon Didakwa Memiliki Dadah Itu..



 ZARINA dan Mohamad Fakhruzaim semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan memiliki dadah.

PETALING JAYA - Pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama seorang lagi rakannya atas tuduhan memiliki dua biji pil eramin 5, empat hari lalu.

Zarina, 27, dan rakan lelakinya yang juga seorang pelajar kolej, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.
Zarina terpaksa ditahan di Penjara Kajang sementara menunggu tarikh sebutan berikutan tiada siapa membayar wang jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

Selebriti yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu didakwa bersama-sama rakan lelakinya memiliki dua biji pil dadah tersebut dengan anggaran berat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Bukhari Wan Mohd. menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh. Peguam Mohd. Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar mengurangkan wang jaminan tersebut atas alasan anak guam masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Nazri kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan syarat penjamin merupakan ahli keluarga mereka. Mahkamah menetapkan pada 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. Mohamad Fakhruzaim membayar wang jaminan.

Sebuah akhbar kelmarin melaporkan pelakon dan model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu ditahan bersama teman lelakinya di kediaman mewah di Damansara Damai. Semasa ditahan pasangan itu didapati menyimpan dua biji pil disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada di dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah tersebut, suspek wanita membuka tingkap tetapi segera menutup semula pintu itu selepas menyedari orang itu merupakan polis.

Pada 2011, Zarina pernah ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor bersama-sama seorang lagi rakannya dalam satu operasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang. Bagaimanapun, ujian air kencing yang dilakukan terhadap Zarina yang ditahan ketika itu mendapati dia negatif dadah jenis ketamin.

Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia.
Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan banyak pihak kerana aksi-aksi panasnya itu.

Sebelum ini...

Konsert Ambang 2013, Apa Faedah Untuk Islam?


HAMPIR 500,000 pengunjung membanjiri Konsert Ambang 2013 yang menampilkan artis seperti Mizz Nina, Jamal Abdillah dan Ramli Sarip. 

HALAMAN HIBURAN
BILA anda baca berita ini, cuba renung sejenak, apa faedah dan manfaatnya, konset ini untuk agama Islam dam pembangunan negara dalam ertikata sebenarnya? Terutama untuk remaja Malaysia sebagai pemimpin dan pencorak masa depan negara. Renung-renungkanlah..

[SEJAK diperkenalkan pada tahun 2003, Konsert Ambang yang dianjurkan oleh Kumpulan AmBank berjaya menarik perhatian umum, khususnya golongan muda yang inginkan kelainan ketika menyambut tahun baru.
Memilih Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya sebagai lokasi baru penganjurannya, Konsert Ambang 2013 Putrajaya yang diadakan baru-baru ini berlangsung dengan penuh meriah. Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, objektif penganjuran Ambang 2013 adalah bertujuan memupuk semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. 

“Penganjuran konsert ini bukan sahaja mampu menaikkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan penduduk di Putrajaya ataupun Kuala Lumpur, malah ia dapat memberi kesedaran tentang kepentingan hidup bersatu padu kepada rakyat di seluruh negara.
“Selain itu, konsert ini diadakan sebagai lambang penghargaan kepada para pelanggan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kami sepanjang tahun,” ujar beliau dalam satu kenyataan media sempena penganjuran acara meriah tersebut.

BUAT julung-julung kalinya, AmBank menganjurkan sambutan ambang tahun baru di Putrajaya.

Konsert yang mendapat kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya itu membariskan artis-artis popular tanah air antaranya Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Ramli Sarip dan kumpulan Hujan. Turut menggegarkan pentas pada malam itu ialah kumpulan rock legenda Wings serta penyanyi dan pelakon Cina, Stella Chung. Azman menambah, selain memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati lagu-lagu berbahasa Melayu, Inggeris, Cina serta Tamil, konsert itu juga menampilkan pelbagai jenis persembahan dan pertunjukan yang sangat menarik.

“Selain persembahan daripada artis-artis terkemuka tempatan, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai jenis tarian kebudayaan, perbarisan Polis Diraja Malaysia dan persembahan Kombo Perbadanan Putrajaya,” katanya lagi.

Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan apabila hampir 500,000 pengunjung membanjiri Persiaran Perdana pada malam itu bagi merasai sendiri kehangatan menyambut tahun baru di kota ikonik negara itu.]

Kalau tidak untuk manfaat agama yang membawa kebahagiaan dunia-akhirat dan pembangunan negara, untuk apalagi? Untuk kehancuran? (IH)

M/Sabu Tukar Fikiran Dg Dr. Rashid Ghanoushi.

 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi di Tunisia pada 25 Disember baru-baru ini. Mereka bersama-sama bertukar fikiran dan pandangan berhubung pilihan raya dan masa depan parti An-Nahdah dan juga suasana politik di Malaysia.

Dalam kunjungan selama setengah jam itu, Mohamad turut menyampaikan salam Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh yang disegani itu.  Mohamad yang ditemani Ajk PAS Pusat Hanipa Maidin, meminta tokoh itu turut mendoakan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan dinafikan dan An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara termasuk Dr Rashid Ganoushi sendiri.

Namun pada pilihan raya terbaru Oktober lalu, iaitu selepas berlakunya revolusi rakyat di negara iti, An-Nahdah telah telah mendapat majoriti kerusi dan memenangi pilihan raya tersebut. Keputusan itu sekaligus menyaksikan Munsif Marzouki, pimpinan An-Nahdah dilantik Presiden Tunisia yang baru. (Hrkh)

Janji Kerja Restoran, Paksa Jadi Pelacur..Khidmat?


DI sebuah unit Apartmen Nountun, Inanam inilah tujuh wanita Indonesia yang dikurung diselamatkan polis. 

KOTA KINABALU – Kesengsaraan tujuh wanita Indonesia yang dipaksa menjadi pelacur sejak setahun lalu berakhir selepas mereka diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah unit Apartmen Nountun, Inanam dekat sini pada Isnin lalu.

Ketika serbuan pada pukul 2.15 petang itu, kesemua wanita yang berusia 20 hingga 41 tahun itu ditemui dikurung di dalam sebuah bilik di apartmen tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kejayaan tersebut hasil risikan pihaknya selama beberapa hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan terbabit.

“Siasatan mendapati tujuh warga asing itu memasuki negara ini melalui ejen yang menjanjikan pekerjaan sebagai pelayan restoran.
“Pemeriksaan menunjukkan ada dalam kalangan warga asing itu yang berada di negara ini sejak setahun lalu dan ada juga dibawa masuk sejak dua hari lalu,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati setiap pelanggan yang melanggan wanita warga asing itu dikenakan bayaran sebanyak RM150 bagi perkhidmatan seks. Dalam serbuan itu, polis turut menahan sepasang warga tempatan dipercayai bapa dan ibu ayam yang berusia 20 dan 42 tahun. Bagi melanggan khidmat wanita itu, pelanggan perlu menghubungi ibu atau bapa ayam untuk membuat rundingan sebelum mangsa yang dikurung di apartmen akan dihantar ke hotel-hotel berhampiran sekitar pusat bandar ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Janji kerja sebagai pelayan restoran, dipaksa jadi pelacur, pun masih disebut 'khidmat'? Khidmat itu kerja sukarela..

Wanita Dilarang Bonceng Motosial Macam Lelaki..

AFP: SEORANG wanita membonceng sebuah motosikal di Banda Aceh semalam. 

Wanita dilarang duduk seperti lelaki
BANDA ACEH, Indonesia: Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.

Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.

"Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.
"Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya.

Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam. Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001. Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. - AFP

Artis Pop Terbesar Di Jepun Bukan Manusia


Penyanyi pop terbesar di Jepang bukan manusia
JOM KREATIF

PERNAH tahun lalu, Masyarakat Jepun sedang tergila-gila sosok bintang bernama Hatsune Miku. Tiket konsertnya laris, albumnya laku. . Uniknya, dia bukan manusia, melainkan karakter animasi bikinan perusahaan Crypton Future Media (CFM) asal Jepun.

Sepuluh ribu tiket konsertnya di Ibu Kota Tokyo, habis dalam waktu dua jam saja. Padahal satu tiket bernilai kira-kira RM1,200. Di Negara Matahari Terbit itu, popular penyanyi AS Lady Gaga. Ketenaran Miku menanjak karena sejak awal penyanyi imajiner ini melibatkan para penggemar. Mereka rata-rata remaja. Anak-anak muda itu ikut merancang Miku sejak dia belum muncul menjadi sosok penyanyi virtual.

Perusahaan CFM membebaskan penggemar membuatkan lagu untuknya. Design komputer buat gerak-gerik dan kostumnya selama konser juga hasil pekerjaan puluhan animator sukarela. Seorang fans bernama Hazuki Koide membeli tiket konser Miku mengenal sosok ini sejak awal ide projek ini diumumkan CMF.

"Aku telah mengenalnya sejak lama, tapi aku belum pernah mengunjungi konsernya, jadi aku berjanji harus datang kali ini," ujar Koide.

Bila penonton konsert muzik lain datang ke stadium atau gedung pertunjukkan, maka fans Miku hadir ke panggung. Konsertnya sejak setahun terakhir telah diselenggarakan pula di Cina, Hong Kong, dan Taiwan. Diva digital ini punya penggemar dari pelbagai belahan dunia. Beberapa warga Australia membuat situs yang isinya meminta Miku mengadakan konsert di sana. Bahkan, sebuah survey online mengumumkan Miku sebagai favorit calon penyanyi pembukaan olimpiade London.

Bagi Daniel Noll asal Australia yang terbang ke Jepun menonton konser Miku, kegilaan orang-orang pada bintang jadi-jadian ini ada sebabnya.

"Miku memberi kesempatan bagi orang-orang yang selama ini ingin bernyanyi dan dekat bersama bintang pujaannya," kata Noll mengungkapkan... Hal ini berlaku pada Mac tahun lalu. Kreatifkah? (IH)

Wednesday, January 02, 2013

PR Menang, K/Melayu Makin Hapus, Sampaikan !!

SAMPAIKAN mesej ini pada keluarga dan sahabat handai!

Jangan biarkan Be End dan Umno terus menakut-nakutkan rakyat kononnya Melayu akan kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran negara ini selepas pilihan raya umum ke-13 nanti...

UMNO kata kalau PR menang 'kuasa' Melayu Islam akan hapus kerana DAP penghalang tidak memperjuangkan Melayu Islam. Apakah  tidak sama dengan bila UMO/BN menang perjuangan Melayu akan tenggelanm kerana lebih banyak lagi parti-parti bukan Melayu bergabung sekali dengannya?

INGAT UMNO INGAT PENIPU !!

Wanita Dua suami..

AMBIL KETERANGAN...penguat kuasa JAJ menyoal siasat doktor terbabit.
AMBIL KETERANGAN...penguat kuasa JAJ menyoal siasat doktor terbabit. 
BATU PAHAT: Rahsia seorang wanita beranak dua ‘memadukan’ suami selepas dipercayai bernikah dengan seorang doktor di Thailand, Julai lalu, terbongkar apabila rumah dihuni pasangan itu di Penggaram, di sini, diserbu pihak berkuasa, semalam.

Dalam serbuan itu, wanita berusia 35 tahun terbabit berkeras kononnya sudah ‘menceraikan’ suami pertama ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Batu Pahat, jam 1.30 pagi. Malah, seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai abang wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu, memarahi doktor terbabit yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan adiknya.

Pada masa sama, seorang lelaki dipercayai suami pertama wanita terbabit juga tiba tidak lama kemudian dan hanya mendiamkan diri.. Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Penguat Kuasa JAJ Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pada mulanya, wanita terbabit menafikan dia dan suami keduanya itu sudah bernikah, tetapi mengubah pengakuan selepas didesak.(IH/myMetro)

Pakai Tudung, Walau Belum Umum Islam..

 KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu  di SK Kampung Tengah, semalam.
KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu di SK Kampung Tengah, semalam.

KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.

Walaupun masih belum mengumumkan ke Islamannya, Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.

Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir. Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.

“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.
“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.

Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.

“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.
“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya. (IH)

Apa Hal Ni, Sembunyi Dalam Tangki Air?

 
SEORANG lelaki cuba bersembunyi di dalam tangki air bagi mengelak ditangkap penguat kuasa JAIS semalam.

KUCHING Seorang lelaki berusia 20-an sanggup bersembunyi di dalam sebuah tangki air di hotel bajet di Sekama di sini bagi mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana berkhalwat dengan teman wanitanya kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sekumpulan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di hotel tersebut dan menemui seorang wanita berusia 20-an bersendirian di dalam sebuah bilik. Namun, penguat kuasa tersebut curiga apabila menemui beberapa barangan milik lelaki seperti jam tangan, baju, topi keledar dan kasut di dalam bilik itu manakala tingkap bilik yang terletak di tingkat lima itu didapati terbuka.(IH/Kosmo)

UMNO Spin Dakwaan Abby Abadi.. Ambil Sekerat.


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Berkata Abby Abadi dalam twitternya, “isu kalimah (maksudnya kalimah ALLAH) lebih kecil berbanding menolak/menghina hukum Allah.”

UMNO spin dakwa Abby anggap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian sebagai perkara kecil. Memang itulah caranya UMNO dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya menyepin semua isu iaitu dengan ambil sekerat ayat tan membaca keseluruhannya.

MK takut juga kalau ada pemimpin PAS ucapkan maksud kalimah syahadah, “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.” Depa akan kutip ayat “Tiada Tuhan...” lepas tu jaja seluruh dunia, tengok pemimpin PAS tak percaya Tuhan, dah jadi atheis.

Abby sebut dengan terang perkataan BERBANDING di situ. Contoh mudah saja, 10 lebih kecil berbanding 100. Adakah bermakna 10 itu mutlak sifatnya sebagai kecil? Tidak! Kerana kalau dibandingkan dengan 1 maka 10 lebih besaq.

Maka mesej yang nak disampaikan oleh Abby ialah... isu penghinaan terhadap hukum Allah sepatutnya lebih difokuskan dan diperkatakan contohnya ucapan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO terhadap hukum Allah, isteri para pemimpin UMNO, Wanita dan Puteri... tak tutup aurat, UMNO menjadikan fitnah seolah-olah Rukun Nombor 1 mereka.. tiap-tiap hari kerja dok muhong rakyat dan buat fitnah terhadap Pakatan, metekedarah rasuah, menyeleweng wang rakyat.. semua itu bertentangan dengan hukum dan peraturan Allah. Pasai apa haktu UMNO tak bising tapi melompat sakan macam berok kena ayaq ketom bila LGE cadang benarkan orang Sabah Sarawak guna ‘Allah’ dalam Bible.




PAS pun tak setuju cadangan itu sebab itu PAS keluarkan kenyataan rasmi terbuka tak setuju walaupun LGE rakan sekutu dalam Pakatan. Ia berbeza dengan UMNO, bila Soi Lek dan Keng Liang hina Islam depa diam membisu macam berok kena racun tikuih (berok tu contoh, bukan kata UMNO tu berok) hanya kerana Soi Lek rakan sekutu... tak bolehlah macam tu sebab kedudukan Islam lebih tinggi dari Soi Lek atau Guan Eng.

MK cadangkan Mahyudin Yasin adakan tuisen matematik percuma untuk ahli-ahli UMNO) sebab banyak sangat kes ‘tak faham matematik’ melanda UMNO. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails