Wednesday, January 23, 2013

4 Langkah Bela Tentera, Undilah Pakatan Rakyat.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriahkan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini. — Foto Reuters
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan empat langkah bagi membela kebajikan anggota-anggota tentera. Langkah-langkah itu diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Leftenan Jeneral (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid.

Katanya, penambahbaikan kebajikan tentera itu mampu dibuat dengan membenteras amalan rasuah dan kronisme. Berikut adalah langkah yang diumumkan hari ini

1. Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu dirombak semula dengan perwakilan dari kalangan anggota tentera yang lebih adil dan bebas mewakili anggota terbanyak.

Keuntungan serta perolehanan LTAT wajar diagihkan dengan lebih adil kepada anggota terbanyak termasuk melalui peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera untuk memastikan mereka mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan.

2. Meningkatkan jumlah caruman yang disumbangkan oleh kerajaan di dalam LTAT kepada 20 peratus daripada jumlah gaji setiap bulan berbanding sebelum ini hanya 15 peratus.

Peningkatan 5 peratus caruman ini perlu diuruskan secara berasingan di dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program-program imbuhan yang berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera yang berpencen dan tidak berpencen.

3. Memperkenalkan dividen khas kepada bekas anggota tentera tidak berpencen bergantung kepada keuntungan LTAT setiap tahun dan caruman tambahan 5 peratus yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dividen khas ini bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing.

4. Memastikan paras pencen adalah setara dengan dasar gaji minima RM1,100.

Ini bagi memastikan supaya tidak ada bekas anggota keselamatan yang tercicir dari pelarasan pencen seperti yang sering berlaku sekarang.

"Saya yakin pendekatan berganda membanteras rasuah dan menggunakan peruntukan yang diselamatkan untuk membela kebajikan anggota tentera akan berjaya mempertahankan kemuliaan ATM di mata rakyat," jelas Anwar.

Sementara itu, Abd Ghafir yakin dengan apa yang dinyatakan dan berharap anggota tentera yang masih berkhidmat dapat membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Saya harap tentera dikembalikan kemuliannya dan kepada mereka yang masih bertugas, saya pasti mereka akan lakukan satu tindakan yang bijak pada pilihanraya nanti.
"Tentera memerlukan kerajaan yang terbaik dan perihatin dalam membela nasib mereka sama ada yang masih bertugas ataupun sudah bersara," kata beliau.

1 comment:

usin said...

mampu ke nak tunai. bnyk sgt janji tu. tahun 2008 punya janjipun masih bnyk yg belum mampu ditunaikan di negeri2 yg dimenangi. letih la kena bohong sokmo...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails