KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek tersebut adalah
- pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu,
- pembinaan stadium negeri baharu,
- masjid terbesar bernilai RM50 juta,
- perumahan rakyat melibatkan 3,000 unit buat permulaan,
- menyelesaikan masalah air,
- pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara
- dan mewujudkan sistem bas Rapid Kota Bharu.
“Saya sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita. Belum lengkap lagi. Saya hendak simpan modal ini sebab saya hendak turun ke Kelantan dan umum lagi,” katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjung di sini.
Demikian berita diangkat dari Kosmo Online.
Begitulah, tinggi gunung seribu janji. Janji yang paling seronok rakyat mendengarnya ialah masalah royalti minyak dan Najib telah berjanji penubuhan jawatankuasa tentang isu ini. Isu tuntutan royalti minyak sememangnya menjadi isu yang terhangat kerana kegagalan serta keengganan Petronas membayar royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian pada bulan Mei 1975 yang lalu. Berbillion ringgit wang royalti yang sepatutnya di terima oleh rakyat Kelantan melalui kerajaan pilihan mereka masih belum dibayar dan wang royalti ini dijadikan sebagai alat menekan rakyat Kelantan untuk memilih BN dalam pilihanraya in
Seorang penulis rakyat Kelantan berkata,
"...jangan percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan itu kerana ia belum boleh memastikan rakyat Kelantan akan berjaya mendapatkannya dan ia akan memakan masa yang lama untuk mengetahui kejayaannya. Jawatankuasa itu mungkin untuk menarik perhatian rakyat Kelantan untuk menyokong BN dan juga menggunakan jawatankuasa itu untuk tidak membayarnya setelah mereka (BN) mendapat kuasa nanti."
Ini jalan penyeleaiannya..
"Rakyat Kelantan ada jalan untuk mendapatkan wang royalti itu dengan mudah dan lebih pasti. Jalannya ialah untuk memperkuatkan usaha menaikkan Pakatan Rakyat dan mempastikan Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya. Jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya untuk mendapatkan wang royalti itu akan bertambah mudah dengan melaksanakan perjanjian tahun 1975 itu dengan serta merta dan tidak payah bermula dengan perbincangan awal seolah-olah rakyat Kelantan belum pernah membuat perjanjian dengan Petronas.
"Rakyat Kelantan wajar bersama-sama dengan rakyat di negeri-negeri lain untuk memenangi pilihanraya ini kerana kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu sudah terlalu hampir jika diizinkan Tuhan. Tidak payah membuang masa untuk bermesyuarat bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan wang royalti itu yang belum pun tentu berjaya diperolehi melalui jawatankuasa itu.
"Rakyat Kelantan perlu mendapatkannya secepat mungkin melalui kuasa yang di perolehi dalam pilihanraya nanti. Kalau sudah ada jalan yang singkat, kenapa perlu kita melalui jalan yang berliku-liku. Lagi pun sememangnya rakyat Kelantan sudah pun selesai menanda tangani perjanjian tiga puluh lapan tahun yang lalu dengan Petronas. Setelah mendapat kuasa nanti laksanakan sahaja perjanjian itu. Habis cerita." Jelas penulis rakyat Kelantn itu. (http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16168-dapat-royalti-melalui-pilihan-raya-lagi-cepat-)
Jadi, jangan buang masa sekarang tinggal kurang dari tiga bulan sahaja lagi. Tidak perlu menunggu jawatankuasa yang di bentuk oleh Putrajaya itu untuk memutuskannya.Melalui usaha jawatankuasa tuntutan royalti itu lambat hasilnya.Jika kita dapatkan melalui pilihanraya ia akan memakan masa hanya lebih kurang tiga atau empat bulan sahaja lagi. Tumbangkan BN, dalam PRU 13 ini segera.
Undilah PAS dan rakan-rakan..(IH)
salam.
ReplyDeleteprojek yang dijanjikan just untuk pancing undi. pikir lojik, ni dah nak habis penggal, mana janji masa mula2 Najib jadi PM?
kenapa highway dalam RMK-6 di Kelantan boleh dipadamkan macam tu je? sebab x dapat mandat rakyat? pui!
orang Kelantan x perlukan masjid bernilai RM50juta. sebab banyak masjid yang dibina sendiri oleh orang Kelantan. kenapa nak tekankan RM50 juta tu? nak ajar orang Kelantan jadi gila harta?
Aku harap Kelantanese tolak kaum2 BN ni jauh2. Dah sisihkan, buruk2kan orang Kelantan, nak pilihanraya sibuk bagi upah nak rujuk balik.
-pakli-