Thursday, January 24, 2013

Apa Salah Buka Kelab? Awie(Rocker) Cabar Siapa?

HALAMAN HIBURAN

AWIE pada majlis prebiu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Kuala Lumpur: “Jangan tanya soalan klise. Ini adalah perniagaan, bukan orang yang bercakap itu bagi rezeki kepada saya. ‘Stop all this questions’,” kata rocker terkenal Awie (gambar)  sewaktu diminta mengesahkan kebenaran dia menguruskan perniagaan kelab di Ipoh, Perak.

Demikian lapor MyMetro hari ini..

"Sekitar penghujung tahun lalu, heboh kononnya Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 45, memiliki sebuah kelab dikenali Malai Rock Station Bistro di Ipoh. Perkara itu tersebar selepas foto-foto majlis perasmian kelab itu yang dilakukan secara tertutup beredar di Internet.

"Lantas menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir masyarakat Islam memandang imej kelab sebagai pusat hiburan yang mendorong kepada perkara maksiat. Bagaimanapun, ia tidak pernah dibangkitkan sehinggalah pertemuan dengannya sesudah majlis prebiu filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Midvalley, kelmarin.

Sambung berita itu lagi, “Apa salahnya buka kelab? Kalau macam itu tanya Tan Sri Jojo kenapa dia buka Hard Rock? Adakah buka Hard Rock itu untuk sembahyang?” katanya. Biarpun apapun situasi temu bual ketika itu, Awie langsung tidak mengiyakan atau menafikan perkhabaran berkenaan.

Soalnya  sekarang, siapa yang dicabar Awie? Pemnat-peminatnya yang Islam atau puak-puak agama dalam jabatan kerajaan yang bertanggung jawab menjelaskan kekeliruan dalam masyarakat, terutama dalam hal agama? Harap pihak bertanggung jawab perlu jelaskan. (IH)

No comments:

Post a Comment