Friday, January 11, 2013

BN Tumbang. Peroleh 97-107K -Kajian B/Islam.


BARISAN  Nasional (BN) akan tumbang kali ini. Ini disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.

Azrul menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini. Ia mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data mereka.

Dari segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah RM502 bilion tahun lalu.

Manakala dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu. Beliau menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya perlahan.

BN kini berusaha keras memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan paling getir dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu lalu dari British. (IH/Jalan Pulang)

No comments:

Post a Comment