Monday, January 14, 2013

Bob Munden, Penembak Cepat & Tepat Di Dunia



SUKAN

BOB MUNDEN adalah seorang yang terkenal dengan ahli menembak cepat dan tepat. Ia biasa menggunakan senjata jenis pistol Revolver dan jenis senapang-senapang lainnya. Ia termasuk dan terkenal sebagai 18 penembak tercepat di dunia.



Bob Munden lahir di Kansas, Amerika Syarikat 8 Februari 1942. Ayahnya adalah seorang Veteran perang dunia ke II. Bob memulai kariernya sebagai penembak sejak berusia 11 tahun. Ketika duduk di Sekolah Menengah Pertama ia mengikuti kompetisi menembak Big Bear Jeff Cooper pada tahun 1950. Ia biasa menggunakan pistol Colt .45 revolver dalam setiap aksinya.

Bob banyak memberikan pertunjukan keahlian menembaknya ke khalayak ramai salah satunya dengan cara mengikuti beberapa kompetisi menembak dan pertunjukkan seperti "Super Humans" di History Channel, American Shooter, Shooting USA, Shooting USA's Impossible Shot, dan Ripley's Believe it or Not. Beberapa pertunjukannya menraik perhatian penonton. Ke akuratan munden dalam menembak sangat mematikan. Ia mampu menembak dua buah balon yang berbeda posisi dalam waktu yang bersamaan.



Berikut video aksi-aksi Bob si Penembak Cepat dan tepat:

(IH/Sumber www.telegraph.co.uk, http://en.wikipedia.org Blog)  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Belajar main senjata amat digalakkan dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:  
  • “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang. Sabda Rasulullah SAW :  
  • “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Ertinya, belajar main senjata amat digalakkan oleh Islam, sesuai dengan keadaan tempat, masa menurut kecanggihan zaman.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails