Sunday, January 06, 2013

Cerita Saksi Bersama Mangsa Rogol Dlm Bas

ORANG ramai berhimpun untuk meratapi kematian mangsa rogol berusia 23 tahun di New Delhi, India semalam. 

Teman lelaki buka mulut
NEW DELHI - Teman lelaki seorang gadis yang maut selepas dirogol secara beramai-ramai dan diserang dengan kejam sehingga mencetuskan ketegangan di India, menceritakan pengalaman ngerinya kepada media.
Temuramah lelaki yang namanya tidak didedahkan itu disiarkan oleh saluran televisyen Zee News.

Menurutnya, kejadian pada 16 Disember lalu itu berlaku apabila mereka menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumah mangsa di pinggir New Delhi selepas menonton wayang. Sebaik sahaja masuk ke dalam bas, dia dan kekasihnya diserang sebelum mangsa dirogol dalam bas oleh enam lelaki yang mabuk. Dia dan mangsa turut dipukul dengan batang besi. Insiden itu berlaku selama dua jam setengah. Mereka kemudian dicampak keluar dari bas terbabit dalam keadaan bogel.

"Serangan itu sangat ganas dan saya tidak sanggup menceritakannya kepada kamu. Binatang pun tidak akan bertindak sedemikian," katanya yang patah kaki.

Lelaki itu mengkritik pihak polis kerana lambat tiba di tempat kejadian. Polis juga mengambil masa selama 30 minit berikutan percanggahan pendapat mengenai balai polis mana yang perlu mengambil tanggungjawab ke atas jenayah itu, sebelum membawa mereka ke hospital.

"Saya ada melawatnya di hospital. Dia memberikan semua maklumat terperinci mengenai penyerangnya dan mahu melihat mereka dibakar hidup-hidup," katanya lagi.

Berikutan siaran temuramah itu, polis India semalam telah membuka kertas siasatan ke atas Zee News.
Kertas siasatan itu didadftarkan pada Jumaat. Polis mendakwa temu ramah itu boleh menyebabkan identiti mangsa diketahui, sekali gus melanggar undang-undang India. - AFP

Berita semalam...
Ahli Politik ditahan kerana merogol.. (Video Inside )http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/01/ahli-politik-ditahan-kerana-merogol.html#more)

Rakaman yang disiarkan menunjukkan seorang Ahli Politik dari Parti Kongress telah dibelasah dengan kayu, bajunya dikoyakkan dan mukannya telah ditampar berulang kali oleh penduduk tempatan.

Rakaman tersebut telah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen di India dan ianya melibatkan seorang pemimpin dari Parti yang memerintah India.

Menurut Polis lelaki tersebut, Bikram Singh Brahma, dilaporkan telah melawat kampung Santipur di sempadan Bhutan, beliau didakwa memasuki rumah seorang wanita dan merogolnya pada kira-kira 2 pagi waktu tempatan (2030GMT Rabu) 

No comments:

Post a Comment