Friday, January 25, 2013

Filem Tamil Hina Islam, M/Madras Lebih Peka.


 
HALAMAN HIBURAN

KL: Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, sedangkan rakyat Malaysia bebas menonton filem itu di sini.

Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini. Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara. Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem.

Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India.

"Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dengan segera filem ini," kata satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini. Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bahagian penapis filem Malayisa kena fikir secara Islam, jangan fikir macam pemimpin UMNO yang tidak tahu  dan tidak sensitif terhadap maslahat agama Persekutuan, negara ini. Apakah Mahkamah Tinggi Madras lagi lebih peka dari mereka yang pekak ini?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails