▼
Thursday, January 17, 2013
Hiburan, Sukan,Dakwah, Pendekatan Baru Remaja
HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Kehangatan politik diredakan seketika kerajaan Kelantan dengan menampilkan sekali lagi program Bicara Selebriti. Kali ini selebriti hiburan, sukan dan dakwah ditampilkan. Program sempena Hari Hiburan Islam akan diadakan pada 20 Januari ini, bertempat di Balai Islam.
Peminat akan dipertemukan artis Pierre Andre. Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi muncul kali kedua di sini. Selebriti sukan, Azizul Hasni dan Ustaz Zamri Mantop mewakili selebriti dakwah. Pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, sebelum ini hanya ditampilkan selebriti dunia hiburan dan dakwah sahaja.
“Namun kali ini kita tampilkan selebriti sukan Azizul Hasni. Kita menyedari anak muda begitu berminat dengan aktiviti sukan.
“Kita juga ingin mempelbagaikan aktiviti sukan kepada golongan muda bukan hanya bola sepak semata-mata, kerana itu diundang jaguh lumba basikal negara, Azizul Hasni,” ujarnya di sini.
Program berkenaan akan dikendalikan selebriti TV al-Hijrah, Amin Idris bermula 9.00 malam. Sementara itu pada 21 Januari pula, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan akan menganjurkan program Bicara Wanita, bakal menampilkan Ustazah Asni Mansor.
Di majlis sama artis Janji Manis Mu, Wan Aishah Wan Ariffin dijemput membuat persembahan istimewa. Program tertutup itu khas untuk wanita, bertemakan “Dari Wanita Untuk Wanita” akan diadakan di Dewan Utama Kompleks Kota Darulnaim bermula jam 9 pagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyi:m: Suatu pendekatan baru hiburan untuk menarik remaja ke arah pembangunan spiritual dan moral, ke arah kebhagiaan dunia akhirat. Sepatutnya menjadi contoh kepada kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN.
(IH/Hkh)
No comments:
Post a Comment