Hotel kapsul ini sangat selesa dan ditawarkan pada harga sewaan yang berpatutan.- Reuters
JOM KREATIF
SHANDONG, China – Sebuah hotel kapsul paling besar di China telah
dibuka di Qingdao pada 15 Januari lalu dan mula mendapat perhatian
pengunjung yang singgah ke wilayah Shandong.
Hotel itu menyediakan 100 bilik yang dilengkapi televisyen LCD,
perkhidmatan WiFi, sebuah meja komputer, almari dan katil yang selesa.
Setiap kapsulnya direka dan dibina dari saiz 1 hingga 2 meter lebar dan 1.2 meter tinggi. Pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak 45 yuan (RM21.68) sehari
pada hari biasa dan 80 yuan (RM38.75) pada waktu puncak. – Agensi
No comments:
Post a Comment