Thursday, January 03, 2013

Janji Kerja Restoran, Paksa Jadi Pelacur..Khidmat?


DI sebuah unit Apartmen Nountun, Inanam inilah tujuh wanita Indonesia yang dikurung diselamatkan polis. 

KOTA KINABALU – Kesengsaraan tujuh wanita Indonesia yang dipaksa menjadi pelacur sejak setahun lalu berakhir selepas mereka diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah unit Apartmen Nountun, Inanam dekat sini pada Isnin lalu.

Ketika serbuan pada pukul 2.15 petang itu, kesemua wanita yang berusia 20 hingga 41 tahun itu ditemui dikurung di dalam sebuah bilik di apartmen tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kejayaan tersebut hasil risikan pihaknya selama beberapa hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan terbabit.

“Siasatan mendapati tujuh warga asing itu memasuki negara ini melalui ejen yang menjanjikan pekerjaan sebagai pelayan restoran.
“Pemeriksaan menunjukkan ada dalam kalangan warga asing itu yang berada di negara ini sejak setahun lalu dan ada juga dibawa masuk sejak dua hari lalu,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati setiap pelanggan yang melanggan wanita warga asing itu dikenakan bayaran sebanyak RM150 bagi perkhidmatan seks. Dalam serbuan itu, polis turut menahan sepasang warga tempatan dipercayai bapa dan ibu ayam yang berusia 20 dan 42 tahun. Bagi melanggan khidmat wanita itu, pelanggan perlu menghubungi ibu atau bapa ayam untuk membuat rundingan sebelum mangsa yang dikurung di apartmen akan dihantar ke hotel-hotel berhampiran sekitar pusat bandar ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Janji kerja sebagai pelayan restoran, dipaksa jadi pelacur, pun masih disebut 'khidmat'? Khidmat itu kerja sukarela..

No comments:

Post a Comment