Wednesday, January 09, 2013

Kagum Pendekaan Toleran Agama Dibawa PAS




KL - "Saya kagum dengan PAS melalui MB Kelantan (gambar), bersetuju dengan kehendak golongan Kristian yang mahukan kerajaan membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' untuk Bible versi bahasa Melayu." Kata seorang lelaki muda beragama Kristian di temui oleh wakil Weblog IH di Wangsa Maju sebentar tadi.

"Langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam, agama rasmi negara ini.. Padasaya, dia lebih layak memerintah kerajaan Malayisa, bukan sahaja seperti yang ditunjukkan di Kelantan itu." Jelas leleki yang tidak mahu namanya dipaparkan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, dilaporkan (BERNAMA) mengeluarkan pendapat peribadinya. bahawa orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam, kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantani semalam. (IH)

No comments:

Post a Comment