Alor Gajah: Sekumpulan kaki judi bertempiaran melarikan diri ke dalam hutan selepas ‘kasino mini’ yang menganjurkan judi belangkas di dalam hutan di Kuala Ina, Pulau Sebang, dekat sini, diserbu sepasukan polis malam kelmarin.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 7.30 malam, seramai 18 lelaki berusia antara 20 hingga 55 tahun diberkas bersama wang tunai lebih RM40,000 dipercayai digunakan dalam pertaruhan itu. Harian Metro difahamkan, mini kasino itu beroperasi sejak kira-kira tiga minggu lalu dan bermula jam 5 petang hingga tengah malam serta didalangi seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.
Pegawai Turus Unit Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan itu melakukan intipan sebelum menyerbu lokasi berkenaan.
“Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan mereka yang sedang leka bertaruh cuba melarikan diri ke dalam hutan dengan meninggalkan wang pertaruhan bertaburan di atas meja namun gagal kerana kawasan terbabit sudah dikepung pasukan polis yang melakukan operasi. (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa ada 'kasino mini' yang ditangkap? Kerana ada bapak kasino yang bebas! Inilah kerajaan Islam Malaysa (kononnya) pimpinan UMNO, parti orang Islam, walaupun ada ahlinya bumiputera yang bukan Islam.
No comments:
Post a Comment