Monday, January 07, 2013

Kawat Gigi Palsu,Trend Fesyen Remaja A/Tenggara.

Kawat gigi palsu jadi tren fashion di Asia Tenggara

BAGI remaja di negara Barat, menggunakan kawat gigi adalah hal yang memalukan. Kawat gigi digunakan untuk membetulkan posisi gigi yang salah atau kurang rapi. Remaja yang menggunakan kawat gigi seringkali dinilai cupu, tetapi lain di Barat lain lagi di Asia Tenggara.

Remaja di Thailand, Indonesia, dan Malaysia melihat kawat gigi sebagai salah satu bentuk trend fesyen. . Bahkan, banyak remaja yang rela mengeluarkan wang untuk menggunakan kawat gigi palsu agar dinilai hebat dan fashionable. Seperti dilaporkan NY Daily News (01/01), banyak remaja di kawasan Asia Tenggara menggunakan kawat gigi palsu dengan berbagai model dan design seperti warna pelangi, bergambar Hello Kitty atau Mickey Mouse.

Selain alasan trend fesyen, menggunakan kawat gigi juga dilihat sebagai simbol kemampuan di Bangkok. Biaya yang perlu dikeluarkan untuk membayar doktor gigi dan menggunakan kawat gigi boleh jadi sangat mahal di Bangkok. Sehingga remaja dengan keluarga jadi masalah kalau tidak akan mampu membelinya.
Demi fesyen, banyak remaja Asia Tenggara yang memasang kawat gigi palsu bukan di doktor gigi lagi.

Hal ini tentu berbahaya untuk kesihatan. Kerana kawat gigi palsu boleh menyebabkan luka pada gusi, boleh terlepas dan tertelan di rengkong. Beberapa kawat yang digunakan juga boleh mendatangkan bahaya.
Situs Vice UK sebelumnya pernah menulis dua remaja yang meninggal akibat menggunakan kawat gigi palsu. Namun hal ini nampaknya tidak menyurutkan trend kawat gigi palsu di kalangan remaja Asia Tenggara.(IH).

No comments:

Post a Comment