Thursday, January 03, 2013
Konsert Ambang 2013, Apa Faedah Untuk Islam?
HALAMAN HIBURAN
BILA anda baca berita ini, cuba renung sejenak, apa faedah dan manfaatnya, konset ini untuk agama Islam dam pembangunan negara dalam ertikata sebenarnya? Terutama untuk remaja Malaysia sebagai pemimpin dan pencorak masa depan negara. Renung-renungkanlah..
[SEJAK diperkenalkan pada tahun 2003, Konsert Ambang yang dianjurkan oleh Kumpulan AmBank berjaya menarik perhatian umum, khususnya golongan muda yang inginkan kelainan ketika menyambut tahun baru.
Memilih Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya sebagai lokasi baru penganjurannya, Konsert Ambang 2013 Putrajaya yang diadakan baru-baru ini berlangsung dengan penuh meriah. Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, objektif penganjuran Ambang 2013 adalah bertujuan memupuk semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.
“Penganjuran konsert ini bukan sahaja mampu menaikkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan penduduk di Putrajaya ataupun Kuala Lumpur, malah ia dapat memberi kesedaran tentang kepentingan hidup bersatu padu kepada rakyat di seluruh negara.
“Selain itu, konsert ini diadakan sebagai lambang penghargaan kepada para pelanggan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kami sepanjang tahun,” ujar beliau dalam satu kenyataan media sempena penganjuran acara meriah tersebut.
Konsert yang mendapat kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya itu membariskan artis-artis popular tanah air antaranya Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Ramli Sarip dan kumpulan Hujan. Turut menggegarkan pentas pada malam itu ialah kumpulan rock legenda Wings serta penyanyi dan pelakon Cina, Stella Chung. Azman menambah, selain memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati lagu-lagu berbahasa Melayu, Inggeris, Cina serta Tamil, konsert itu juga menampilkan pelbagai jenis persembahan dan pertunjukan yang sangat menarik.
“Selain persembahan daripada artis-artis terkemuka tempatan, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai jenis tarian kebudayaan, perbarisan Polis Diraja Malaysia dan persembahan Kombo Perbadanan Putrajaya,” katanya lagi.
Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan apabila hampir 500,000 pengunjung membanjiri Persiaran Perdana pada malam itu bagi merasai sendiri kehangatan menyambut tahun baru di kota ikonik negara itu.]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment