Thursday, January 31, 2013
K'tan Beri Tanah Kpd Rakyat, Dituduh Main Wayang?
LIHAT berita ini...
GUA MUSANG: Lebih 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) mendakwa kerajaan negeri cuba bermain wayang dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah.
Ketua peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Abdul Rahman, 65, mendakwa, RKT tersebut telah ditadbir oleh pihak Kesedar dengan cukup sempurna sejak ia dibuka pada tahun 1981 dan para peneroka amat menghargai kesungguhan dan bantuan pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan yang diperlukan.
“Bagaimanapun, keharmonian kami terancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah kami di sini.
“Apa yang saya tahu, pihak Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah ini diselesaikan oleh Kesedar sendiri tanpa sebarang campur tangan pihak lain,” dakwanya.
Dakwanya, keadaan menjadi semakin huru-hara apabila 82 peneroka Kesedar Lebir secara tiba-tiba diberi geran hak milik oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada satu majlis di sini semalam. Terdahulu, Abdul Aziz mengadakan demonstrasi aman bersama lebih 100 peneroka di jalan utama menghala ke Kesedar Lebir yang menjadi laluan utama rombongan Nik Aziz ke majlis berkenaan.
Situasi tersebut hampir mencetuskan kekecohan apabila dua kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki penyokong kerajaan negeri cuba menghalang peserta demonstrasi. Abdul Aziz mendakwa, pemberian tersebut dilihat sebagai cubaan memecah-belahkan hubungan antara peneroka dan Kesedar serta cuba mendahului peranan Kesedar.
“Di mana kerajaan negeri ketika kami susah dahulu, ketika belum ada jalan raya yang menghubungkan kami dengan dunia luar. Tiba-tiba selepas semuanya disediakan pihak Kesedar, mereka hadir memberi geran.
“Kononnya mereka membela rakyat tetapi hakikatnya seketul batu daripada kerajaan negeri tidak pernah sampai ke sini untuk membina kemudahan asas seperti jalan raya dan rumah,” dakwanya lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan beri tanah kepada rakyat, pun dituduh main wayang? Maklum PRU 13 sudah dekat, ramai pelakon-pelakon upahan yang boleh dibeli..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment