Wednesday, January 23, 2013

K'tan Layak Terima Lebh Dari 7 Perkara -Husam

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan layak menerima lebih daripada apa yang diumumkan kerana janji-janji itu adalah sebahagian daripada perkara yang pernah disebut pada PRU12 lima tahun lalu. Tujuh projek besar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin tidak lebih dari meniru program yang dirancang dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Kelantan, kata Datuk Husam Musa.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  ini berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya merealisasikan projek-projek yang diumumkan itu sejak dahulu lagi dan bukannya meletakkan syarat ia akan dilaksanakan untuk penduduk Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, rakyat Kelantan layak menerima lebih daripada apa yang diumumkan kerana janji-janji itu adalah sebahagian daripada perkara yang pernah disebut pada PRU12 lima tahun lalu.

“Kenapa perkara itu tidak dilaksanakan dahulu lagi dan akan dilakukan jika BN menangi, rakyat sendiri boleh menilainya apa yang dinyatakan ketika lawatannya itu adalah meniru apa dilakukan di Kelantan.
“Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto,” katanya kepada pemberita hari ini.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sewajarnya rakyat Kelantan tidak boleh diberikan hak yang lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh sejak dulu lagi.
“Sebagi contoh, Najib sebenarnya lebih wajar membina lebuh raya tersebut dulu lagi kerana Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu (KB) itu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dan diluluskan semua dalam RMK9,” katanya.

Beliau mencadangkan Perdana Menteri supaya memberi tumpuan kepada projek lain seperti pembinaan benteng di Sungai Golok dan pemberian status lapangan terbang antarabangsa untuk Kelantan. Perdana Menteri dalam lawatannya kelmarin mengumumkan tujuh projek besar, yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat mandat pada PRU13 akan datang.

Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit. Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.

Husam juga kecewa kerana Najib tidak mengumumkan sama ada tuntutan royalti minyak tidak diumumkan dibayar secara tanpa penangguhan dan hanya memaklumkan jawatankuasa khas sudah ditubuhkan.

Sementara tu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi  memancing undi rakyat. Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi. (IH/SH)

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak kata bodoh ..husam dah jadi exco kanan. nak kata tak sihat tak patut tetapi otaknya di simapan di kepala lutut. manusia yang paling rugi dikelantan kerana ada seorang exco kanan yang lembab otaknya tidak tahu memajukan negeri sendiri dan masih menaruh harapan dan simpati dari pusat. Jadi pemimpin kena jadi kreatif bukan jadi dunggu dan makan gaji buta...20 tahun memerintah asyik menipu rakyat dengan batu asas sahaja. tolonglah husam cerminkan diri banyak yea. hentikan bercakap bohong macam nik aziz.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails