Wednesday, January 16, 2013

Kutip Barang Lusuh Untuk Hidup. Mana Kerajaan?



SITI JARIAH (kanan) menunjukkan antara barangan lusuh yang dikutip untuk dijual bagi menyara tiga anaknya ketika ditemui di rumahnya di Flat Sri Stulang, Johor Bahru semalam. 

JOHOR BAHRU – Setiap hari, penduduk di Flat Sri Stulang dan sekitar Permas Jaya dekat sini melihat kelibat Siti Jariah Yusuf, 57, mengayuh basikal mencari barangan lusuh.  

Kata Siti Jariah, sejak ditinggalkan suaminya sejak enam tahun lalu, dia melakukan pekerjaan itu demi menyara tiga anaknya yang salah seorang daripada mereka berpenyakit mental selepas terbabit kemalangan beberapa tahun lalu. Dia kini bimbang kerana pendapatannya terjejas ekoran penyakit asmanya yang teruk hingga dia tidak mampu berjalan jauh mencari barangan lusuh.

“Jika sihat, saya mampu menjual botol terpakai, tin dan surat khabar dengan pendapatan RM200 sebulan. Jika tidak, saya hanya dapat sekitar RM90 sahaja,” katanya di sini semalam.

Tinjauan di rumahnya mendapati, bukan sahaja tidak dihiasi dengan perabot, malah sebuah bilik di kediaman itu dijadikan stor menyimpan barangan lusuh. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Seorang rakyat Malaysia yang..
  • menjanda ditinggal suami 6 tahun lalu
  • miskin tiada pendapatan tetap
  • masih sakit-sakit
  • menjaga anak yatim
  • satu anaknya cedera (sakit mental)
  • tidak sempurna tempat kediaman
  • pem'belajar'an dan lain-lain?
Disamping saudara-maranya kalau ada,dll, siapa lagi yang bertanggung jawab kalau bukan kerajaan?  Sejak kecil dan sihat, segala macam cukai diperas dan diperah oleh kerajaan, apabila tua begini ditinggakan begitu saja? Sepatutnya, kalau kerajaan berteraskan Islam dan kebajikan, perkra-perkara sebegini tidak mungkin berlaku. Fikir-fikirlah! (IH)

No comments:

Post a Comment