▼
Wednesday, January 23, 2013
Lagi Maksiat Pusat Hibuan, Lelong Diri RM300.
Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, diserbu polis, semalam. Difahamkan, wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ dirinya agar dipilih dibawa pulang dengan bayaran serendah RM300.
Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 12 malam itu menahan 13 wanita warga Vietnam berusia antara 21 dan 27 tahun. Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, selain wanita berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana bekerja sebagai pelayan.
“Risikan yang dilakukan seminggu lalu tidak menolak pusat hiburan ini ada menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.
“Ketika serbuan, ada seorang wanita yang sedang asyik menari ghairah di atas pentas, selain terdapat lebih 50 pelanggan di dalam pusat hiburan ini,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pusat hiburan yang baru sebulan beroperasi ini tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.(IH/myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selagi BN kekal memerintah Malaysia, selagi itulah maksiat pusat hiburan akan berterusan. Tolaklah BN dalam PRU 13 ini dan tentukan PAS dan rakan-rakan memerintah pula!
UNDILH PAS & PR!
'Selagi BN kekal memerintah Malaysia, selagi itulah maksiat pusat hiburan akan berterusan'.
ReplyDeletenegeri2 bawah pr takdak maksiat ka? tengok penang, tengok selangor. sapa perintah pun, kemungkaran spt ini tetap berjalan.
Perintah Malaysia, bukan perintah negeri.. Undang-undang negeri tertakluk kepada undang Malaysia. Contohnya hudud, Malaysa tak beri Ktn buat hudud.
ReplyDeletehendak seribu daya...xnak seribu dalih..
ReplyDeleteDahulu semasa tiada berkuasa,kita menginginkan sedikit kuasa iaitu dgn menguasai negeri-negeri supaya segala perubahan yang dijanjikan dapat ditepati..Namun masih tidak terlaksana juga..
Sepertinya kita tidak teruji dengan dugaan yang dihadapi sekarang, apatah lagi apabila kita diberi peluang menguasai tampuk pemerintahan Malaysia,bertambah-tambah lagi dugaan yang tidak tertampung.Pasti kita kalah oleh ujian dan dugaanNya..
Oleh kerana itulah kita sepertinya tiada mendapat keizinan DariNya,untuk menguasai Malaysia kerana masih tidak lulus ujian-ujianNya...tq
BN/UMNO gg taknak 1,000 dalih, krn dia ada kuasa Persekutuan. Tumbangkan BN sekarang, walau kuncunya tak senang. he he heh..
ReplyDeleteBagaimana menegakkan hukum Allah swt jikalau Akhlak kita bertentangan..
ReplyDeleteUjian ini adalah dariNya,andai tidak diIzinkanNYa, walaupun seorang Rasul Allah sekalipun tidak dapat merubah ketentuanNya..
Apakah tujuan hukum hudud ditegakkan kerana Allah swt semata-mata atau hendak menghukum musuh kita yang tidak disukai..Maka menggunakan agama adalah jalan terbaik menakut-nakutkan mereka dan memenangkan kita..
Bertanyalah kepada hati kecil kita apakah islam itu syumul dengan hukuman atau kasih sayang..kedua-duanya betul dan tidak salah, namun dimana pilihan kita adalah menggambarkan diri kita sebenarnya..renung2kan..
U tak mahu hudud krn U rasa akhlak U tak betul lagi? Ooi, pegi la belajar lagi. Pegi betulkan diri dulu, negeri bagi orang tak faham Islam perentah.
ReplyDeleteNabu ajar begitu ke? Tak cerdek..
Ya wahai Cik Anon,
ReplyDeleteMemang begitulah cara Rasulullah saw menerapkan Islam dihati pengikutnya...
Hukuman dan denda itu bukankah kemudiannya diturunkan Allah swt..Makanya Rasulullah mengajar kasih sayang supaya kasih mengasihani sesama saudara, melalui hati rohani..
Makanya banyak kisah-kisah awal kemunculan agama islam itu menunjukkan penganutnya sanggup mempertahankan Islam walaupun disiksa seperti kisah Bilal bin Rabah dan kisah-kisah yang lain sebagainya...
Perlaksanaan solat 5 waktu juga kemudian, itupun diberi semasa Rasulullah saw ber Israq Mikhraj bertemu Allah swt..
Bukankah persoalan timbul, sebelum arahan bersolat 5 waktu, Rasulullah saw itu melaksanakan solat apa?..apakah cara beliau berkomunikasi dengan Allah swt?..
Jadinya Encik/Cik Anon, melaksanakan hukuman beserta emosi pasti mendatangkan ketidakadilan pada perlaksanaan hukuman itu, kerana nafsu sudah menyerap ke hati lalu memperbanyakkan bintik2 hitam...
apabila hati kita sudah bersih dengan berserah diri semata2 kerana Allah, pasti lahirlah kasih sayang sesama insan..
Makanya, betullah kalimah Bismillah hirrahman nirrahim itu maksudnya 'Dengan Nama Allah Yang Maha PEMURAH Lagi Maha PENGASIH'..
Walaupun Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Adil, kenapa bukan diletakkan di kalimah itu?..Renung2kan..wassalam