Monday, January 21, 2013

Lidah Bercabang,118 Projek Tak Buat, Janji Baru!

 

KOTA BHARU: Satu lagi contoh lidah PM Najib bercabang. Semalam tabur janji baru pula, sedangkan sebelum ini sebanyak 118 projek yang telah diluluskan di Kelantan dibeku angkara politik. Projek tersebut mendapat kerjasama kerajaan negeri terutamanya aspek kelulusan tanah, sebaliknya kerajaan pusat membeku dan melengah-lengah projek berkenaan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mempersoalkan mengapa sebelum ini kerajaan pusat menyekat lebih 118 projek yang sudah diluluskan di Kelantan.

“Kenapa hendak tunggu BN rampas Kelantan. Meneruskan dasar diskriminasi dan mengkhianati Islam dan demokrasi. Janji nak buat lebuh raya sejak 1986, kini datang tabur janji lagi.

“Inilah dinamakan janji pilihan raya. Perangai biasa BN. Pergi ke Sabah hina rakyat Kelantan paling miskin. Datang ke Kelantan minta sokongan dalam masa sama rampas harta orang Kelantan,” katanya di sini.

Semalam ketika merasmikan program Janji Ditepati di Tunjung, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan janji kerajaan BN untuk membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar. Selain itu 3,000 unit rumah rakyat, kampus Bandar UiTM, sistem pengangkutan rapid, stadium baru dan menyelesaikan masalah air.

Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman berkata, janji ditabur Najib tidak lain hanyalah untuk memperbodohkan rakyat Kelantan yang mungkin pada pandangannya mudah diumpan. Katanya, sejak lebih dua dekad Kelantan di bawah PAS pelbagai janji ditabur perdana menteri bermula Tun Dr Mahathir Mohammad, kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Najib.

“Namun rakyat Kelantan tidak pernah termakan umpan sebegini, bahkan terus mempertahan kerajaan Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
“Sepatutnya Perdana Menteri menyemak terlebih dahulu janji-janji yang dikemukakan pemimpin Umno sebelum ini.
“Janji Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sudah tersenarai dalam Rancangan Malaysia Keenam dan sehingga sekarang janji tersebut sudah berusia 26 tahun,” katanya.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdullah Ya’kob berkata, kalau Perdana Menteri benar-benar ikhlas, bayar terlebih dahulu royalti minyak yang sudah termaktub dalam perjanjian pada 1974. Katanya, perjanjian yang ada dokumen secara jelas pun dinodai dengan mudah, inikah pula janji mulut seorang pemimpin politik sekula.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, bukan janji lama yang diulang-ulang dikehendaki rakyat, sebaliknya turunkan kos hidup lebih utama.

“Masjid terbesar tergelak saya mendengarnya. Lebih baik Perdana Menteri fikir bagaimana hendak penuh ahli-ahli jemaah di masjid yang sedia ada sekarang.
“Di Kelantan masjid-masjid besar dibina rakyat melalui gotong royong dan punggutan derma diusahakan mereka. Presiden Umno patut belajar kegigihan rakyat Kelantan,” ujarnya.

Pengerusi Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera (Kerabat) Kelantan, Mejar (B) Yusof Mat Ali mempersoalkan mengapa baru sekarang hendak janji bina lebuh raya, sedangkan janji 1986 tidak ditunai sampai sekarang. Begitu juga projek Rapid yang dicadangkan hanya hendak menguntungkan kroni dan menafikan rezeki pemandu-pemandu teksi yang ada sekarang.

Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim berkata, semua warga yang waras sudah tentu mempersoalkan janji-janji tersebut berdasar kepada “track record” lalu.

“Lagi pun sekarang ia ditabur menjelang pilihan raya umum ke-13,” ujarnya.

Weblog Ibnu Hasyim berpendpat dan menyetujui, cara mudah untuk rakyat Kelantan mendapat apa yang dijanji Perdana Menteri menukar kerajaan persekutuan.

"Rakyat Keantan ada di mana-mana di Malayisa, boleh main peranan. Rakyat Malaysia pun peru sedar, simbol kezalman di mana-mana pun perlu dijatuhkan! Pemimpin lidah bercabang perlu disingkirkan. BN wajib diranapkan.". Kata editornya Hj Mohd Hasyim.

UNDILAH PAS DAN RAKAN PAKATAN!! (IH)

Lihat sebelum ini...

3 comments:

Anonymous said...

PAS akan tumbang di Kelantan!!!

Anonymous said...

PAS akan tumbang di Kelantan!!!

Anonymous said...

percayalah, Nik Aziz akan jadi rakyat biasa tak lama lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails