Friday, January 11, 2013

Masih Ada Remaja Daif Tak Sekolah Bawah BN






MUHAMMAD ZAINI (kanan) membantu ibu angkatnya, Fatimah menyusun barangan lusuh untuk dijual di Kampung Sri Jaya, Skudai Kiri, Johor Bahru semalam. 
JOHOR BAHRU: Kedaifan hidup menyebabkan seorang remaja yang tinggal di Kampung Sri Jaya, Skudai Kiri di sini terpaksa mencari barangan lusuh untuk dijual sebagai sumber pendapatan keluarga setiap hari.

Muhammad Zaini Abdullah, 18, berkata, pekerjaan itu dilakukan bagi membantu ibu angkatnya, Fatimah Ahmad, 62, menyara kehidupan mereka dengan pendapatan tidak sampai RM20 sehari. Kata Muhammad Zaini, itu sahaja yang mampu dilakukannya kerana dia tidak pernah berpeluang untuk menimba ilmu di sekolah sejak kecil ekoran kesempitan hidup yang dialami keluarga terbabit.

"Setiap hari, saya dan ibu angkat mencari barangan lusuh seperti surat khabar, tin kosong, payung dan botol untuk dijual bagi mencari sesuap nasi.
"Selain mencari barangan lusuh, saya turut menangkap ikan di sungai berdekatan rumah untuk dijadikan lauk," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam. (kosmo)

Komn Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya masih ada rakyat daif di bawah pemerintahan BN/UMNO yang telah lebih 1/2 abad merdeka.. Kokok pemimpinnya saja berderai-derai, ekor bergelumang tahi!

2 comments:

Anonymous said...

Maafkan saya.Umur 18 tahun? Kalau sekolah tu dah masuk tingkataan 6 .Tak pun Universiti.Boleh tolong jelaskan?

Anonymous said...

Bacalah smp hbs cete kt ats tu..skrg ni umo dia 18thn ttp dr kecik dia xpenah sekolah.ada paham?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails