Monday, January 14, 2013

Menikmati Keindahn Musim Sejuk.



Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Musim sejuk di Negara China.
MELANCUNG ke negara China pada musim sejuk untuk menikmati pemandangan salji yang penuh mempesonakan, dianggap pilihan yang ideal. Kebanyakan kawasan utara di negara ini menjadi dunia salji dan ais.  
 Provinsi Heilongjiang, Jilin dan Liaoning yang terletak di kawasan timur laut China, merupakan tiga wilayah yang paling dingin pada musim ini. Suhu udara menurun ke bawah -30℃ . Sekiranya saudara bercadang melancong ke tempat ini, baju yang paling tebal perlulah dibawa bersama-sama. 

Gunung Emei yang terletak di provinsi Sichuan, antara empat buah gunung agama Buddha yang terkenal di China. Puncak Emas (Jinding) kelihatan amat cantik apabila gunung ini diseliputi salji. (Temsuk gambar di atas sekali.

Memancing di sungai beku di Korea Selatan.

RIBUAN orang menyertai pertandingan memancing di sebatang sungai yang beku di Hwacheon semalam. 

SEOUL - Ribuan pemancing termasuk wanita memancing di sebatang sungai yang beku di Hwacheon, 120 kilometer ke timur laut Seoul, Korea Selatan bebeapa hai lepas. Para pemancing itu menebuk lubang pada permukaan sungai tersebut yang beku untuk menangkap ikan. Mereka merupakan antara peserta yang menyertai pertandingan memancing ketika musim sejuk. Ia merupakan antara acara yang diadakan sempena sambutan festival ais. - Agensi

Tidur di dalam bongkah ais.


Permintaan terhadap penginapan ais yang meningkat membuatkan banyak hotel seperti di Jukkasjarvi ini dibina. 
LUPAKAN seketika mengenai kemudahan yang kebiasaannya terdapat di bilik-bilik standard hotel lain yang menawarkan katil, bar mini dan jubah mandi berserta dua pasang selipar. Di sebuah hotel di Zwolle, ada sesuatu yang menarik mengenai bilik penginapannya.

"Selamat datang ke hotel ais Belanda yang pertama," 

itulah sapaan yang akan diterima apabila anda mula menjejakkan kaki ke bilik hotel yang bersuhu antara enam hingga lapan darjah Celsius itu. Penginap juga diingatkan agar memastikan rambut dalam keadaan kering jika tidak mahu ia menjadi beku.

"Jangan mengambil makanan yang terlalu berat dan pastikan juga anda menukar pakaian sebelum memasuki bilik," beritahu Pengurus Hotel, Annet Van Limburg kepada tetamu yang pertama kali mengunjungi hotel tersebut.

Sambil tertawa mendengarkan kata-kata itu, Luc Van Heijst dan Maya Zhang, 42, mendengar dengan patuh akan nasihat yang diberikan. Di dalam bagasi mereka sudah tersedia beberapa helai seluar, baju sejuk, sarung tangan dan topi sebagai persediaan untuk menginap di hotel ais itu.

"Tidak, saya tidak takut, cuma sedikit gementar. Kami datang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di sini dan saya rasa seolah-olah kanak-kanak yang teruja dengan percutiannya," kata Van Heijst.

Gudang penyejukan
Hotel ais itu dibina bersempena festival mengukir ais di Zwolle pada tahun lepas yang diuruskan oleh sebuah hotel tempatan. Namun, ia hanya mempunyai tiga buah bilik serta didirikan di dalam sebuah gudang penyejukan yang mengambil masa selama 10 hari bagi menyiapkannya.

Ia merupakan hotel ais yang terletak di Eropah paling selatan, memandangkan idea penginapan seperti itu bermula di sebelah utara benua tersebut. Hotel ais terbesar yang berada di Jukkasjarvi, Lapland iaitu di utara Sweden menawarkan sebanyak 47 buah bilik untuk musim 2011 hingga 2012, 

"Tidak seperti Kanada dan Lapland, hotel di Zwolle tidak berada dalam persekitaran semula jadi. Di sana, tetamu hotel tidur dalam suhu 20 darjah Celsius di bawah paras beku," ujar Van Limburg yang menambah bahawa suhu di hotel ais Zwolle itu masih dalam keadaan yang tidak terlalu ekstrem. 

Harga yang ditawarkan untuk satu malam bagi dua orang pengunjung adalah sebanyak AS$259 (RM788). Memasuki ruang bilik tidurnya, terdapat corak-corak abstrak yang diukir pada dinding ais tebal yang menghiasi dua daripada tiga buah bilik yang disediakan.

Tarikan utama yang terdapat pada hotel ini ialah katil segi empatnya yang dibina daripada bongkah ais besar serta memberikan limpahan cahaya berwarna merah jambu, biru dan hijau.
Warna-warna itu dipantulkan daripada lampu yang dipasang di bawah bongkah ais tersebut yang mampu membuatkan pengunjung berasa terpegun melihatkan keindahan suasana yang tercipta.

Walau bagaimanapun, menurut Van Limburg, terdapat sebuah bilik di sebuah 'hotel sebenar' yang berhampiran turut disediakan sebagai langkah persediaan andainya terdapat tetamu yang mengubah fikiran untuk tidak bermalam di dalam kiub ais itu.

Di situ anda juga akan nampak rahsia yang Maha Agug. (IH/CRI Online).

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails