KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mengajak semua media di negara ini supaya menjaga intergriti masing-masing kerana dengannya mereka sendiri akan untung. “Kalau
kita jujur, duit pun dapat, surat khabar kita tidak jatuh nama, orang
suka baca dan macam-macam lagi perkara yang baik akan kita
dapat,”katanya.
Beliau mengulas kemenangan demi kemenangan yang dicapai pemimpin Pakatan Rakyat ketika mereka berdepan dengan akhbar Umno, Utusan Malaysia di mahkamah. Terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kesnya melawan Utusan Malaysia. Beliau berkata, akhbar arus perdana sama ada cetak atau eletronik akan ‘mempergiatkan’ usaha fitnah mereka menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang terhadap Pakatan Rakyat.
Menurutnya, media masa berkenaan melakukan demikian untuk menjatuhkan pihak lawan dengan mengikut ‘telunjuk’ pemimpin kerajaan BN. “Bagaimanapun dengan jatuhnya integriti akhbar berkenaan, masyarakat dengan sendirinya akan faham berhubung perkara itu,”ujarnya.
Beliau turut berkata, dengan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan media berkenaan cukup masyhur menggambarkan pemimpin pembangkang dengan gambaran yang salah. Sehubungan itu, beliau mengajak pengamal media melaporkan perkara yang betul tanpa fitnah untuk kesejahteraan masyarakat.
Sambungnya, berapa lama akan bertahan media seumpama itu (suka memfitnah) di dunia ini. Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri memberitahu, biarpun pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat lain sering mengingatkan media di negara ini supaya melaporkan perkara yang benar, namun ianya terus berlaku.
Tegasnya, ianya disebabkan kurangnya iman oleh pengamal media, disamping kurang akhlak.
“Kalau kita kuat iman, tentu kita takut untuk memfitnah, kita tahu akhirat kelak kita akan bankrap di akhirat dari segi dosa dan pahalanya, di dunia akhbar tidak laku.
“Kita juga hairan bagaimana surat khabar orang Islam lebih banyak kena saman berbanding milik orang bukan Islam,”ujarnya.
Tambahnya, nampak jelas etika masyarakat berkenaan lebih tinggi dari pengamal media orang Melayu sendiri. Pada masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang saman fitnah dengan akhbar Utusan Malaysia.
Beliau juga berkata, akhbar berkenaan bakal berhadapan dengan dua kes lagi melalui saman yang dikemukakan olehnya. Jelas Husam lagi, beliau juga yakin kesnya akan menang bila berhadapan saman fitnah akhbar terbabit. (Hrkh)

saranan yg baik sekali buat pengamal media.
ReplyDelete