KOTA BHARU: Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno
Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi
Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar),
berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta
mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika
melawat negeri ini semalam.
”Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.
“Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.
“Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.
“Dalam
PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan
Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam
universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di
situ,” ujarnya lagi.
Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk
menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan
dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang
akan menjelma tidak berapa lama lagi.
Utusan gelapkan berita
Sementara
itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa
seronoknya dengan kerjayaan berkenaan
“Saya yang dengar lebih
seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar,
tetapi saya benci kepada pengelapan berita.
“Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang,” tegasnya
Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.
“Islam
tidak pernah sekat maklumat. Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat
mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini
celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis,”
ujarnya(Hrkh)
No comments:
Post a Comment