Wednesday, January 09, 2013

Peluang Kerja Lumayan Bagi Gadis, Jual Dara..

 Ini bukan lelong dara tapi klik.. Ramas Payudara Untuk HIV.. Kerja UMNO

CATATAN SANTAI

MEMANG ini suatu peluang kerja yang berpendapatan lumayan bagi seorang gadis. Bagi mereka yang kepala otaknya berfikir duit sahaja tanpa peduli halal-haram, ini peluang baik.
  
Setelah Catarina Migliorini, gadis Brazil lainnya, Rebecca Bernardo melelong dara.  Rebecca mengaku perlu wang untuk mengubati ibunya. Aksi dua gadis ini menjadi sorotan dunia. Lihat.. 
Dengan dalih apa pun, tindakan dua gadis ini dinilai tidak berbeda dengan prostitusi terselubung. Jual dara atau perawan memang bukan hal baru di belahan dunia mana pun. Praktik ini sama tuanya dengan sejarah prostitusi dan peradaban manusia. Itu sebabny a Islam diturunkan untuk menyelaraskan dengan tabi'i manusia.

Di Jepun, semenjak ratusan tahun lalu dikenal upacara Mizuage. Para Geisha melepaskan daranya untuk penawar tertinggi. Ini merupakan upacara penting dalam dunia Geisha. Setelah upacara Mizuage, para wanita muda ini dinyatakan resmi menjadi Geisha. Semacam upacara kelulusan dari latihan panjang yang memenatkan.

Dalam novel 'Ronggeng Dukuh Paruk' karya Ahmad Tohari dilukiskan juga soal 'pelelangan keperawanan' atau lelong dara di pesisir Jawa. Sebelum dinyatakan lulus sebagai ronggeng, Srintil, tokoh utama novel itu perlu serahkan daranya kepada tawaran yang paling tinggi. Di dunia modern, bisnis prostitusi menempatkan dara sebagai komoditi dengan harga mahal. 

Ramai yang sanggup tukar selaput daranya dengan sedikit wang haram. Haram dari sudut pelbagai agama, kesopanan, ketamadunan  dan kemanusiaan. Jual dara juga tiada bedanya dengan pengamal-pengamal rasuah bagi pemimpin-pemimpin negara. Contohnya rasuah kapal selam yang tak boleh selam, kapal terbang yang tak berinjin.. kalau ada..  

Makan duit haram, sama dengan mereka yang menjual dara anak gadisnya dengan sedikit wang. Asal dapat duit tidak peduli halal-haram, inilah konsep yang merosakkan hidup mereka. Sama saja seperti gambar di atas, walaupun baru ramas-ramas payuara. 

Lihat juga berita ini.. Walaupun sudah bersuami, sudah tiada dara, masih laku jual dirinya dengan projek. Mungkin mereka juga beragama Islam. Klik ini..
Kita bimbang trend 'jual dara' ini merebak di kalangan gadis-gadis negara ini, negara yang Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Lihat berita-berita sebelum ini...

Rebecca mahu lelong dara untuk bantu rawat ibu uzur
BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur. Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini.

 Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia. Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.

Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya. Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.

“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.
“Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.

“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. - TS

Na a'uzubillhi minzalik. Sekian, sembang-sembang hari ini.



Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com 8 Jan 2013
KL

Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012 

2 comments:

Anonymous said...

Tak dak Cerita Lain ke..??!! Asyik Cerita pasal Burit ajeeeee.....!!!

Anonymous said...

Rilex tuan hj!

Memang itulah dikir puak-puak um..no.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails